Monday, March 31, 2025

Happy Eid Mubarak

Happy Eid Mubarak

It's 2:43 AM in Bangkok, and I'm working late into the night. The earthquake's aftermath has been severe, leaving many in shock and some traumatized. I spoke with the project head, who seems reluctant to continue. Facing potential losses, he asked me to put the project on hold while he seeks external funding, and I agreed. Although some work still needs to be done, heavy machinery and vehicles cannot access the site due to earthquake-induced fissures.

Sunday, March 30, 2025

Yang pergi jangan di nanti

Lama saya ambil masa untuk jelaskan kepada anak-anak. Bukan mudah untuk menyakinkan mereka. Mereka meminta saya menunggu, kalau-kalau ada khabar baik. Kalau-kalau yang pergi akan kembali. Saya tahu yang pergi tidak akan kembali, walau hati masih menanti. Saya berpegang pada prinsip 去る者は追わず. Saya beritahu anak-anak, apabila seseorang meninggalkan kita, itu bukan bererti dia membenci atau mementingkan diri. Kadang-kadang, jalan menuju bahagia adalah meninggalkan.

Waktu itu, separuh hati saya masih menginginkan dia, separuh lagi mahu melangkah pergi. Saya sudah cuba menerima dia kembali, namun saya tahu — hati saya terlalu hancur untuk memulakan semula. Satu petikan dalam filem Mann yang saya masih ingat — "Amat mudah untuk meruntuhkan sebuah kepercayaan daripada membinanya semula." Cinta? Mungkin yang tinggal hanya rindu yang bersandarkan kenangan. Saya tak mampu menyintai seorang wanita yang mencintai lelaki lain.

Saya bertahan sehingga saya tidak lagi diperlukan. Tiada apa yang perlu dipertahankan, lalu saya memilih untuk mundur. Hati saya hancur. Setiap hari ditemani air mata. Setiap hari mengingat dia. Saya ikhlaskan dia pergi kerana cinta yang mendalam. Sukar, tetapi saya relakan. Mencintainya mengajar saya banyak perkara. Barangkali, itulah hakikat cinta — kita belajar tentang kehidupan. Saya tak pernah berdendam, malah sentiasa mendoakan agar hidupnya dilimpahi kegembiraan.

Malam itu, saya duduk sendirian di dapur. Umar turun dari bilik untuk mengisi botol air. Setiap malam sebelum tidur, dia akan ke dapur mengambil air — tabiat yang tidak pernah berubah sejak kecil. Dia mewarisi kebiasaan itu daripada seseorang. Dia tidak lagi bertanya. Mungkin sudah lupa. Lebih baik dia lupa daripada mengingat kisah silam. Kali terakhir dia bertanya, "Daddy, Mama dah kahwin? Mesti Mama lupa adik." Sejak itu, dia belajar melupakan. La vida va avanti.

Saya mohon agar Ara rahsiakan komunikasi saya dengan orang lama daripada pengetahuan mereka, agar nostalgia kekal sebagai nostalgia. Kebahagiaan yang ada sudah cukup. Saya tidak mahu ia hilang hanya kerana mengejar bayangan masa silam yang telah lama berlalu. Saya juga tidak mahu menjadi contoh yang buruk kepada anak-anak dengan terus berhubung dengan seseorang yang sepatutnya saya lepaskan. Biarlah ia kekal di luar pengetahuan mereka. Itu lebih baik.


Entah sudah berapa lama kita berpisah;
ratusan hari, ribuan hari,
aku tidak tahu pasti.
Yang aku tahu adalah:

tidak pernah ada waktu yang tepat untuk melupakanmu.

(patahan.ranting)




Mac 26, 2025

Saturday, March 29, 2025

Kapur

"Ara, kapur abang dah habis"
"Sekotak kita beli ri tu"
"Kontot-kontot macam misai Hitler je ada"
"Kita suruh beli white board tak nak. Old school sangat"
"Feel tak sama. Kira guna kapur rasa excited macam hmm heee"
"Acam apa?"
"Acam ngilu-ngilu tu hahahahaha"
"Suko"
"Aummmmmm"
"Lupa terus pasal kapur"
"Ha tu la kapur habis"
*peluk*
_

Every husband wants a feminine wife, but I’ve come to realize that femininity isn’t just something women are born with—it’s something nurtured over time. She speaks in such a soft, soothing tone, and I love that about her. Her spontaneous jokes always catch me off guard and make me laugh. She never raises her voice like other women, never fierce or harsh. Every time I’m with her, I feel this warmth, this sense of comfort and being truly welcomed. She makes me feel honored just by being by her side. 

She’s such a lovely wife.

Mimpi

"Mimpi Kajang ek"
"Dah tahu nangis kejut la"
"Ase acam tak sampai hati nak kejut… dalam mimpi aje abang boleh jumpa dia…"
"Abang nak mandi"
"Is your heart tryna reach hers?"
"Tak"
"Jawab la iye, kita nak jealous"
"Tak payah buang masa benda tak ada faedah"
"Bekeng"


24/3

Kambing

Daddy: Hasha tak nak tidur? Lambat lagi sampai
Hasha: Tak nak
Daddy: Kita kira kambing nak?
Hasha: Daddy asyik suruh Asha kira kambing. Asha tak suka kambing
Daddy: Bukan daddy ke patut bebel dekat Hasha? Ni terbalik
Hasha: Asha tak suka kambing
Daddy: Apa masalah dengan kambing tu?
Hasha: Kambing tak mandi

Earthquake

A massive 7.7-magnitude earthquake struck Bangkok from Myanmar, and it looks like I'll have to work during Eid. I had originally planned to stay in Kuala Lumpur until the second day of Eid, but I may now extend my stay in Bangkok for work. My wife has to leave for work on Friday, and I’m figuring out how to manage my work in Thailand while ensuring my teenage boys can attend school in Cyprus. Bringing the quadruplets wouldn’t be an issue. The Eid spirit feels dampened, but I remind myself to be grateful—the building is still standing, and no one was hurt.

Tuesday, March 25, 2025

Refund

"Abang bual apa berdekah-dekah ketawanya"
"Bagi dia petua macam mana nak kasi rasa dan bau air lelaki manis. Petua dia senang je. Makan oren, betik, nenas, daun sederi, brokoli, buah pala, kulit kayu manis"
"Tak dok lain ko nok kecek?"
"Dapat permainan baru kan mesti la nak lanyak habis-habisan hahahaha"
"…………"
"Adeh, adeh sakit Ara. Adoi"
"Permainan baru deh?"
"Hehehe betul la. Banyak nak di teroka. Belajar sains hehe"
"Galok sungguh la. Tuo doh bea"
"Tua - tua pun handsome hehehe"
"Sapo kato?"
"Abang"
"Sendiri up diri?"
"Haah"
"Lorat"
"Potong la nenas buka puasa. Abang kan manis. Air abang mesti manis macam abang hahahahahahaha"
"Tolong tanya Kajang. Dia nak abang tak. Kito nok refund"
"Kesian abang kan. Nak hantar rumah parents pun tak ada. Kena hantar rumah bekas makwe hehe Taman Delima, Kajang. Rumah nombor 29 eh 28. 30 kot. Poskod lupa hahahaha"
"Suka sangat"
"Jangan refund. Abang kan handsome. Tengok pun dah kenyang, kan hehe"
*geleng kepala*
"Kita takut orang garang-garang. Orang lawa kita tak takut. Suka lagi ada"
"Mula dah jual ayat manis"
"Tak jadi kan refund? Nasib abang handsome hehe"
"Malas layan abang. Kita nak potong sayur"
"Nak ikut!"
"Mari"
"Ra, abang handsome, kan?"
"Hola. Segak"
"Hehehe okey, okey"

Pengsan

"Surat cinta Jawi, you"
"Heee"
"Acam tu la bila kawin laki tua"
"Mana yang tua tu?"
"Errrr"
"Hmmm"
"Mmmm"
"Ra"
"Apa, bang?"
"Malam kita ronda, nak?"
"Abang takde assignment ke?"
"Ada"
"Astu?"
"Lepas ride motor, ride Ara hehehe"
"Itu senanya kannn"
_

Dua-dua terbaring lepas solat terawih berimamkan Umar - 36 rakaat tak termasuk witir.

Pengsan.

Monday, March 24, 2025

Water cycle model

Back from the meeting — taking a moment to rest before preparing materials for the water cycle model. It’s a science project with my quadruplets, and they’re thrilled to start gluing the craft pieces. My teenage boys are just as excited to help their younger siblings. 

As I gaze at the Bosphorus Strait, sipping Türk kahvesi and savoring lamb kebab, my heart aches for my other half. I miss you, my love. The days feel incomplete without you here — your laughter, your warmth, and the way everything feels brighter when you’re around.


22/2

Barang baik

"Tu siapa tu?"
"Influenza. Penat eh dapat laki acam ni. Sian wife dia"
"Dulu abang fikir kalau jadi apa-apa, abang nak ambil anak tapi ada satu benda jadi. Tak ingat apa, tapi abang janji dengan diri abang, kalau jodoh kita tak panjang, abang tak tuntut anak. Abang tak nak pisahkan anak dengan Ara"
"…………"
"Kenapa dia orang gaduh? Buat anak sama-sama, bogel sama-sama. Dah cerai, gaduh. Tak ingat ke gugusan hari-hari indah bersamamu Kamelia hahahaha"
"Fikir situ aje"
"Betul la kan. Dah sedap sama-sama. Kadang laki bukan nak anak sangat pun. Saja nak sakitkan hati bini"
"Emang pun"
"Video Ara bagi abang baca caption je. Tak manfaat abang tak dengar. Rugi data"
"Tu pun berkira"
"Masa itu emas. Nanti kena tanya dalam kubur, buat apa dengan masa? Nak jawab apa? Dengan influencer gaduh?"
"Abang ni kan. Nasib kita eh dapat laki tua"
"Tua pun barang naikkkk. Eh silap, silap. Barang baikkk hahahahahahaha"
"Eeeeeeeee!"


3/3

Learning through DIY

I grew up without a father, and life was tough. With no one to guide me, I had to figure things out on my own. I sought knowledge, worked with different people in various jobs, and asked questions whenever I didn’t know something. Some were willing to teach me, while others weren’t. I turned to books and the internet, though it wasn’t as advanced then.

When I became a parent, I made it a priority to teach my kids practical skills from a young age — starting as early as 2. I taught them plumbing, carpentry, electrical work, roofing, drywall, painting, mechanics, how to plant trees, and gardening. I wanted to give them a head start in life so they’d never have to endure the struggles I faced.

I once read that children who spend time working on DIY projects with their dads tend to grow up to be more successful in life. The Fathering Project highlights the vital role fathers and father figures play in children’s lives, with evidence showing their potential to positively influence their children’s health, social success, and academic achievements.


22/2

Putus cinta




LAPORAN AWAL KEJADIAN ORANG DISYAKI TERJUN DI SUNGAI KUANTAN DI ATAS JAMBATAN PUTRA KUANTAN, PAHANG


A) RINGKASAN KEJADIAN

Rujukan Kes (KTN RPT): 5668/2025
Tarikh: 04/03/2025
Masa: 0001 hrs


B) LOKASI KEJADIAN

Lokasi: Jambatan Putra, Kuantan, Pahang


C) BUTIR-BUTIR PENGADU

Nama: Md Sharifuddin bin Awang
Pangkat: Sarjan (Sjn)
Umur: 59 tahun
Jawatan: Polis
Cawangan: Bilik Kawalan, IPD Kuantan


D) BUTIR-BUTIR MANGSA

Nama: Ahmad Afzan Syahmi bin Zabidi
No. K/P: ************
Umur: 22 tahun
Jantina: Lelaki
Alamat: No. 40, Lorong Indera Sempurna 83, 25150, Kuantan, Pahang


E) KETERANGAN KES

1. Maklumat Awal:

Pada 03/03/2025, jam lebih kurang 2243 hrs, DCC Kuantan menerima panggilan melalui MERS 999 daripada En. Shukran (014-7055912). Beliau melaporkan terdapat sebuah motosikal ditinggalkan di atas Jambatan Putra, Kuantan dalam keadaan enjin masih hidup tanpa penunggang.


2. Saksi Awal:

Nama Saksi: Shukran bin Mohamad Yussuf

Saksi melaporkan melihat motosikal jenis R250, no pendaftaran VCV 398, ditinggalkan dengan enjin hidup. Saksi menemui sebuah telefon bimbit di atas motosikal yang sedang membuat panggilan video dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut memaklumkan pemilik telefon berhasrat untuk terjun ke sungai. Saksi berasa curiga lalu menghubungi MERS 999.


3. Siasatan Awal:

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai lelaki Melayu berusia 22 tahun, bekerja di sebuah kilang di Gebeng, Kuantan. AIO menemu bual bekas teman wanita mangsa, Puteri, melalui telefon. Puteri mengesahkan hubungan mereka berakhir pada Disember 2024, dan mangsa sukar menerima hakikat perpisahan serta menyatakan hasrat untuk terjun ke sungai.


F) TINDAKAN AWAL POLIS

1. AIO menerima maklumat dan menemu bual pengadu.

2. 03/03/2025 @ 2300 hrs: AIO bersama KPB Kuantan ke lokasi kejadian dan menemu bual saksi pertama.

3. Siasatan lanjut dibuat terhadap bekas teman wanita mangsa bagi melengkapkan maklumat latar belakang.


G) OPERASI SAR (SEARCH AND RESCUE)

1. Ketua Polis Daerah Kuantan mengarahkan OP SAR dilaksanakan setelah lokasi kejadian dikenal pasti.


2. SAR diaktifkan:

Tarikh: 03/03/2025
Masa: 2330 hrs


3. Pasukan terlibat:

PDRM IPD Kuantan
Bomba dan Penyelamat Kuantan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)


H) RANHAD (PUSAT KAWALAN TAKTIKAL)

PKTK didirikan di lokasi kejadian bagi menyelaras operasi SAR.


I) KEKUATAN SAR

1. PDRM:
IPD Kuantan: 1 pegawai / 13 anggota

2. JBPM:
3 pegawai / 12 anggota

3. APM:
1 pegawai / 12 anggota


J) ASET SAR

1. PDRM IPD Kuantan:
1 x Land Rover

2. JBPM:
1 x FRT (Fire Rescue Tender)
1 x EMRS (Emergency Medical Rescue Services)
1 x Bot

Sekian, untuk makluman YDH Dato' Seri / Dato' / Tuan / Puan.

Terima kasih.


(Sumber: Facebook)

Jangan percaya

Daddy: Dalam hidup ni ada 5 benda jangan percaya bulat-bulat. Pertama bank. Banks are the real mafia. Kalau berurusan dengan bank, baik buat pinjaman atau apa sahaja, baca betul-betul dokumen sampai faham. Ada terms tak faham, tanya. Dia ubah satu perkataan, merana kita seumur hidup. Client daddy pernah kena sampai sekarang tak selesai lebih 35 tahun. Kedua, insurans. Walaupun kita ambil insurans, tiba masa nak guna, pihak insurans tak bagi kita claim. Ketiga, kawan. Jangan percaya cakap kawan. Banyak kawan yang nak rosakkan kita. Kena pilih bila berkawan. Kawan kita menentukan masa depan kita. Kalau kawan ajak buat sesuatu, fikir betul-betul. Jangan sebab kawan ajak, kita buat tanpa fikir. Ada satu kawan yang baik dah cukup dalam hidup. Kawan tak perlu ramai-ramai
Umar: Tapi perempuan lebih merbahaya. Mereka ibarat ular berbisa
Daddy: Ya, ada betulnya. Kalau jumpa, lari. Jangan dekat
Adam: Babang anti-perempuan
Kakak: Why do you hate us? We’re girls. We don’t know anything. We’re so innocent, hehe
Umar: The Quran says they are a fitna. That’s why many women are in hell
Ibu: Oh, wait a minute
Daddy: Daddy sini. Hasha nak mandi ye
Adam: Follow daddy
Umar: Err... Babang...
Ibu: No, no, you stay
Kakak: Good luck, adik


Januari, 2025

Ikat

"Vasektomi haram, ikat rahim pun haram. Ikat kekal tak boleh kecuali ada alasan. Ikat sementara boleh"
"Tapaya ikat. Kita pandai jaga diri"
"Ramai orang pakai IUD kalau tak nak anak"
"Junior cakap, IUD paling tak boleh percaya"
"Tak nak anak, suruh je la laki buang luar. Apa susah. Dah tentu selamat dari guna kondom yang kadang bocor"
"Bangun tidur terus cerita ikat. Mimpi apa, bang?"
"Hahahahahaha"


17/1

Makan umpan



(Facebook)
_

"Usaha tangga kejayaan. Dah usaha mesti la dapat"
"Acam mana Kajang kenal laki dia?"
"Dekat hospital"
"Oooo tetiba terjatuh cinta ehhh"
"Ye la kot"
"Astu minta nombor phone?"
"Tunggu tempat parking"
"Laki dia sakit apa?"
"Lutut cedera kot"
"Semua ingat"
"Nak lupa tapi macam kena simen dalam kepala. Melekat je"
"Itu namanya trauma, abang"
"Hati kita milik Allah, Ara. Hasil tak akan mengkhianati usaha. Dia berusaha, dia dapat. Kajang pun happy. Finally, ada laki sayang dia sepenuh hati. Tak adalah dia complain masa dengan abang. Boleh buat perbandingan siapa okey, siapa tak. Allah bagi yang terbaik"
"Ayat pujuk diri"
"Benda betul. Dulu Hana ada ca…"
"Abang jangan sebut nama dia depan kita"
"Hahahaha makan umpan!"
"Kita tak suka"
"Ye, ye. Aduuu sakit Ara. Jangan cubit"
"Nak cakap agi tak?"
"Tak, tak"
"Erm!"
"Tak sayang laki ke cubit kuat-kuat"
"Berani cakap, siap la"
"Garangnya. Macam singa"
"Kita tak reti gedik acam perempuan tu"
"Tak ada sekelumit cinta pun dalam hati abang untuk dia"
"Eleh"
"Ara je ada"
"Acam la kita percaya"
"Betul"
"Astu tadi tu nak cakap apa?"
"Saja tabur umpan"
"Ingat kita ayam ke?"

Condom 50 G-Spot





"Macam la sengkek sangat sampai jadi ejen jual kondom"
"Ri tu G-String. Ri ni G-Spot. Minat betul dia"
"Pakar segala pakar"
"Astu dekat Mekah tak beribadah ke?"
"Busy mendebunga"
"Siang pun?"
"Hmmm"
"Abang tak nasihat ke?"
"Dah. Dia buat bodoh je"

Saturday, March 22, 2025

Anti peguam


"Macam mana nak pergi? Pork free. Tak sebut halal"
"Astu la"
"Kira semua lawyer lepak situ aaa?"
"Entah"
"Mesti bajet, kan?"
"Lawyer low profile tau"
"Macam tak je"
"Eleh. Anti lawyer konon"
"Tak cakap apa pun"
"Elele doktor pun sama bajet la"
"Hahahaha tak pasal doktor kena"

Nasi kenduri

"Abang nak makan apa?"
"Nasi kenduri"
_

"Ara masak apa?"
"Ayam stim"
"Kenapa tak masak nasi kenduri?"
"Abang nak ke?"
"Ha"
_

Menu 1-20 Ramadan 1446

Nasi minyak
Ayam masak rose
Jelatah
Acar buah
Lai Chi Kang


Ara dan anak-anak makan juadah lain. Aku seorang sahaja makan nasi kenduri.

Nota Ramadan

Nabi ﷺ bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka janganlah dia membiarkan isterinya masuk ke Hammam (tempat mandi umum). Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka janganlah dia masuk ke Hammam tanpa mengenakan Izar (kain penutup aurat)."

Jami' at-Tirmidzi (no. 2801)

Masih terdapat segelintir suami yang membiarkan isteri mereka mandi-manda di tempat awam seperti di laut, sungai, menyertai aktiviti selam skuba atau snorkeling, beriadah di kolam renang awam, atau taman tema. Tidak di nafikan, ada yang bertudung dan menutup aurat, tetapi apabila basah, aurat tetap kelihatan.

Lelaki adalah imam dan ketua keluarga. Menjadi tanggungjawab suami membimbing isteri agar maruah dan aurat mereka terpelihara dengan sempurna. Kata Buya Hamka, “Lelaki menjadi pemimpin kaum wanita bukanlah untuk memeras atau memaksa, melainkan untuk mendidik, menjaga, dan melindungi.”

Setiap suami yang menyayangi isteri wajib menegur dan memberi nasihat dengan hikmah. Pepatah Melayu ada menyebut, “Seorang lelaki tidak akan menegur atau menasihati seorang wanita yang tidak penting baginya. Maka ketahuilah, jika dia menasihati, itu tanda dia sangat mencintai.”

Tidak semua lelaki beruntung dikurniakan isteri yang baik akhlaknya, mudah dilentur dan dididik. Ada wanita yang sukar di tegur, apatah lagi mendengar kata. Jika seorang suami memiliki isteri yang baik budi pekerti, ketahuilah bahawa itulah sebaik-baik anugerah dalam kehidupan seorang lelaki.

Friday, March 21, 2025

The Poldark Saga

 














#UmarBookNook

Thursday, March 20, 2025

Dino girl

 


Daddy: Comel tak?
Raysha: Dino girl
Daddy: Mentang dia comel terus jadi girl eh

Berudu



"Abang ipar Ara kawin lagi"
"Siapa? Abang Ary?"
"Ha. Dekat Mekah"
"Warak"
"Lepas tu dia bagi gambar"
"Gambar apa? Kawin?"
"Tak la. Gambar berudu"
"Hihihi teruk masuk air"

Wednesday, March 19, 2025

Dinosaur girl

 


Hasha: Dinosaur girl
Daddy: Daddy pun lupa dinosaur ada girl adeh

Tuesday, March 18, 2025

Lelaki manis

You're in a relationship with a man who is both a gentleman and a savage in bed. He takes his time and understands your body, knowing exactly where to kiss you softly and when to toss you. He's a dangerously sweet man, the kind who genuinely wants to respectfully ruin you in bed but also treat you like a princess.

"Read this. My thoughts turn to you"
"Nak lagi cakap hahahaha"
"Heyyyyy!"
"Rindu bertamu lagi kekasih"
"Mulut manis"
"Nama pun dangerously sweet man"
"Emang tak boleh eh kalau tak puji diri?"
"Bukan dosa pun"

Monday, March 17, 2025

Moon


حتى القمر يغار من نورك، فأنت الضوء الوحيد الذي يسرق قلبي.

Even the moon is jealous of your light, for you are the only glow that steals my heart.
_

I didn’t have a bad dream, but I woke up in the middle of the night thinking about you. Are you okay? Please stay away from knives or anything sharp. If you ever need someone to talk to, I’m here. Take care of yourself. Make sure you’re eating well and getting enough rest — you’ll need all the energy you can get while caring for the baby.

Sunday, March 16, 2025

Janji handsome


"A new study has revealed that men whose names start with ‘D’ or ‘T’ are the biggest hotties, while women whose names begin with ‘M’ or ‘J’ are more attractive"
"Tu la. Malas nak cakap banyak"
"Eee muka tak boleh tahan"
"Handsome, kan?"
"Boleh la"
"Sedunia dah akui punya hebat abang hahahaha"
"Bila gaknya Tuhan nak ambil perasan dia nih. Parah sangat"
"Janji handsome"

Handsome

"Sayang"
"Ni mesti nak apa-apa"
"Boleh tak simpan rambut acam ni?"
"Mana boleh. Abang bisnes"
"Alaaaa abang bos. Siapa kisah"
"Potential client. Good looks are the strongest recommendation"
"Sekali aje, please"
"Kang beratur gegirl nak dekat abang, Ara jugak susah. Abang kan handsome, suara sedap, wangi, rajin pergi masjid, pandai bertukang"
"Eee perlu ke puji diri sendiri"
"Perlu. Kan handsome"

Thursday, March 13, 2025

Otak senget

"Walau isteri guna mukanya utk sapu debu pd kaki suami, hatta isteri jilat nanah & darah suami pun, belum tentu isteri mampu tunai hak suami. Betapa besarnya hak suami. Sebab tu, kita perlu sibuk menunaikan hak suami, bukan sibuk menuntut hak kita"
"Siapa cakap tu?"
"Patin Pauzi"
"Oo, dia. Yang Ara tak suka tu"
"Sembang pasal seks dengan suami aje. Takde benda lain"
"Yang asyik salahkan perempuan tu, kan?"
"Ha'a. Penyokong dia ramai"
"Pemikiran lain macam"
"Otak senget"


Mac, 2025

Bulan pembaziran

Catatan 29 Mac 2024

330 tan makanan dan minuman bernilai RM3.7 juta tidak habis di jual di 5,564 bazar Ramadan di seluruh negara setiap hari.

Poket tebal

"Kadang-kadang kita acam meluat gak la baca komen suami-suami yang tersakiti"
"Tabur duit, hilang terus tersakiti tu. Bukannya susah pun. Baik punya bini layan. Kot dia yang tak larat"
"Acam tu aje abang komen?"
"Benda betul. Susah nak cari bini hormat kalau laki sengkek. Dah sengkek, tiap hari nak. Angin la bini. Mana-mana perempuan mesti nak laki poket lebat. Sembang je tak nak laki loaded"
"Kannnn"
"Puas hati dah?"
"Dah hihi"


23/1

Curang Tanpa Niat

"Cerita apa tu? Asyik gaduh je"
"Curang Tanpa Niat"
"Hari tu curang jugak, kan?"
"Andai Tiada Dia"
"Habis semua drama Ara tengok. Kira khatam la ni"
"Cerita sama aje. Curang astu rebut laki orang astu skandal sana sini"
"Tengok jugak"
"Benda ada, bang. Kita layankan aje"
"Macam tu pulak"
_

"Tengok drama Melayu lepas tu mula dia naik sama marah"
"Acam tak perlu pun bawa anak jumpa skandal"
"Haah"
"Astu tengok laki lain layan anak dia, ehhhh dia angin tapi sibuk dengan skandal sampai tidur sana"
"Budak pun tahu kalau bapak dia curang. Tak payah mak bagitahu. Anak boleh nilai sendiri. Anak pun tak nak dengan dia"
"Kannnn. Benda ntah"
"Tapi tengok"
"Hihi"


Februari, 2025

Unforgettable adventure

"Bang, busy tak?"
"Ada kerja sikit. Client ni bising. Tak menyempat macam esok nak kiamat. Kenapa?"
"Oooo takpe la"
"Ada apa?"
"I thought you were going to take me on a wild, unforgettable adventure… tonight…"
"Ha?"
*senyum*
"Kejab, kejab, kejab. Mandi!"
"Kerja?"
"Dah siap dah"
"Hihihi tak payah lari"
"Tertinggal. Jom sama"


Mac 12, 2025

Wednesday, March 12, 2025

Gadis Masa


It’s not a date night with Ara, just keeping her company while she streams a Viu Original series on the boat. I’m dressed in a white turtleneck sweater, white slim-fit pants, cream espadrilles, and Armani perfume. There’s something special about dressing well for your wife—it makes you feel good, and they love it. Guys, pay attention to your style when you're with your wife; it boosts your credibility and charisma. We had oats with berries and milk while watching the series. Later, she rested her head on my lap as I gently caressed her. She dozed off before the episode even ended.


March 11, 2025

Tuesday, March 11, 2025

Memori dan masa kini

Sakit dada telah pun hilang, dan dia telah selamat melahirkan anak jam 2:51 petang, 10 Mac 2025. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hari ini jadual aku padat sejak awal pagi. Di sela-sela waktu antara menjawab panggilan telefon, mesyuarat bersama staf, menyemak dokumen dan perkembangan projek, aku tetap mencuri masa membalas e-mel walaupun aku sendiri tak pasti apa yang harus aku tuliskan — aku membalasnya sebagai tanda aku ada; setia menemaninya dari benua kejauhan. 

Saat ini aku benar-benar merasa letih kerana kurang tidur. Sejak mendapat berita dia di masukkan ke wad, aku tidak putus menunaikan solat hajat, membaca Quran dan doa-doa yang aku tahu. Aku mohon agar segalanya dipermudahkan. Itulah satu-satunya yang mampu aku lakukan —tidaklah sebesar mana, hanya sekadar mengirim doa pada Yang Maha Besar. Aku sukar melelapkan mata di waktu malam kerana gusar. Mujurlah semuanya baik-baik sahaja. Aku titipkan rasa syukur dengan solat sunat dua rakaat.

Setelah tahu semuanya telah selamat, aku log out dari Skype. Malam ini, keletihan terasa begitu menyeluruh. Ara pula merajuk, barangkali kerana cemburu. Aku tak menyembunyikan apa-apa daripadanya. Dia mengetahui setiap perkembangan kerana aku sentiasa memberitahunya—tiada yang perlu di rahsiakan. Ara tak menunjukkan kemarahan atau bersikap dingin cuma wajahnya sedikit muram. Tentulah perempuan akan cemburu tetapi berlalu jujur lebih baik dari menyimpan rahsia yang lebih melelahkan. 
_

"Merajuk esok boleh?"
"Sapa merajuk?"
"Malam ni abang penat. Esok abang pujuk"
_

"Tidur sana"
"Kenapa pulak?"
"Bangggg"
"Picit ke urut ke sedap jugak. Lenguh badan"
"Suruh dia, watpe suruh kita. Sayang kannnn"
_

"Kita di tuntut berbuat baik"
"Dengan ex? Please la"
"Kenapa ni? Cemburu? Solat je bukannya apa pun"
"Gigih"
"Dah habis dah"
"Apa yang dia ada, kita tak ada?"
"Sepatutnya tanya, apa yang Ara ada, dia tak ada. Baru betul"
_

"Nak tahu tak apa Saidina Ali cakap dekat bini dia?"
"Tak nak"
"Abang nak tidur dekat riba Ara…"
"Mmm…"
"Dah…jangan marah"
"Tak marah pun"
_

"Kita acam nak lupuskan Kajang dari peta Malaysia"
"Marah betul tu"
"Hola"
"Okey, confirm marah"
_

"Bagi abang tidur dua jam. 12:30 abang bangun. Boleh?"
"Mmm…"
_

"Pukul berapa?"
"1"
"Kenapa tak kejut?"
"Saja"
"Jom naik bot pusing-pusing"
_

"She makes you happy?"
"Hmm?"
"Does she make you laugh like I do?"
"……"
"You want her back?"
"……"
"She bring back memories from before I was even around?"
"Abang bagitahu bukan nak buat Ara jealous. Abang tak nak sorok. Abang rasa bersalah dengan Ara. Kalau sorok, rasa macam ada skandal. Tak sorok, tak rasa macam tu. Ara tak suka abang reply, abang tak reply. Your feelings matter"
"I hate feeling insecure. I don’t wanna be a needy, paranoid, overly dramatic wife"
"………"
"Since she came back, you look good"
"Tak la. Abang yang janji dengan diri tak nak mengamuk apa semua tu"
"Betul ke?"
"Ye"
"Bukan sebab dia?"
"Tak"
_

"Ara ingat senang ke?"
"Tapi abang sayang dia"
"Sometimes, you missed the memories with that person but not the person itself"
"Abang? Memori ke orangnya?"
"Tak aci la perangkap abang"
"See. Soalan acam tu pun tak boleh jawab"
_

"Abanggggg!"
"Geli, geli, geli hehehe"
"Abang jahat!"
"Eh, belum mula dah jahat hahahaha"
"Abangggg tak nak la. Geli"
_

"Hempap sekali senyap terus"
"Abang berat!"



Mac 10, 2025

Monday, March 03, 2025

Happy 70th birthday, Ibu

I first wrote this letter on February 20th, fully believing that was your birthday. Then I rewrote it on February 22nd, and now, on March 2nd, I’m still struggling to finish it. While searching my blog, I came across a note I had written for your 69th birthday last year—on February 9th. That made me realize my mistake. I even checked Skype to confirm, but, as always, Skype wasn’t much help. So, February 20th isn’t your birthday after all—it’s February 9th, isn’t it? My overconfidence failed me. I’m sorry. I know I never change—I’ve never been good at remembering birthdays, not even those of my wife, in-laws, or kids. Just one of those bad habits men tend to have. I guess old habits die hard.

Last year, they didn’t bring you any presents, but they gathered at your home—and their presence was the greatest gift of all. I hope you continue to stay healthy and strong, able to travel the world. At your age, good health is the greatest wealth. As Prophet Muhammad taught, we should value five blessings before they are lost—one of them being health before illness. This serves as a reminder to prioritize self-care. There’s a saying in French: "L’amour-propre est le commencement d’un amour éternel," which means, "Self-love is the beginning of an eternal love." True wealth lies in well-being. I wonder how many countries you’ve visited—100 and counting?You must have countless priceless stories.

Lately, I feel like my writing has become jabberwocky. Each time that thought crosses my mind, I stop writing. I rewrote this letter because my previous words felt empty, unworthy of being rephrased. Instead, I simply deleted them. That has become my way of life now—whatever or whoever disturbs my peace, I remove them. Be it in life, work, or anything else, I choose mental peace above all. My priority is taking care of myself and my small family while enjoying the financial freedom I’ve worked hard for. I cherish spending quality time with my kids and watching them grow—they are my greatest gift in life, my nepenthe. Their presence reminds me that joy still exists. They are my light in the darkness.

I am teaching myself to let go of the past and embrace the present. There is still a soft spot in my heart for her—memories remain even when people leave. Her absence left a deep wound, but I have learned to endure it. As Nizar Qabbani said, "Life doesn’t stop after losing someone; it simply goes on without them, differently." I often find myself lost in saudade, my mind constantly drifting to her, overwhelmed by sadness and grief. She was once my world—her laughter, stories, and jokes brought light to my days. I miss her more than words can express. Some days, the ache feels unbearable. As Proverbs 19:21 says, 'Many are the plans in a man's heart, but it is the Lord's purpose that prevails.'

Moving forward has been anything but easy. No matter how hard I try, she remains etched in my heart—unforgettable. Letting go feels like bidding farewell to some of my most cherished memories, a thought that brings an ache I cannot ignore. Each time I think of her, a deep sense of loss washes over me, threatening to overshadow the countless blessings my Lord has granted me. Yet, I remind myself to embrace qanā‘ah, trusting in Allah’s perfect decree. At this stage in life, I am learning to cultivate gratitude, just as Prophet Sulaiman. With this mindset, I open my heart to what lies ahead, believing that what is meant for me will find its way, and what is not will fade with grace.
_

Happy 70th birthday, Ibu! May Allah bless you with good health, endless happiness, and a lifetime of cherished memories. May He accept your good deeds, keep you surrounded by your loved ones, and fill your heart with peace. May all your prayers be fulfilled. 


Baghdad, Iraq
February 2, 2025