Wednesday, May 27, 2015

Street Fighting

Nampak kereta berwarna merah di parkir. Entah kenapa tiba-tiba teringat Ainullah menunggu awak di parkir kereta setahun yang lepas. Ia sebuah ingatan yang merimaskan juga meresahkan dan terbawa-bawa. Hilang fokus. Hilang mood. Belum habis angkat barang di Pusat Komuniti terus balik rumah. Memerap diri di dalam bilik.

Bangun selepas Zuhur. Sambung angkat barang. ‘Gangguan’ masih ada. Sekali lagi mood hilang. Tetap juga angkat barang hingga jam 5 petang. Kemudian pergi jogging. Seharian suntuk stres. Entah kenapa ingatan tersebut perlu menjelma dan seharusnya ia tak lagi menganggu. Kalau hilang ingatan tak perlu ingat apa-apa yang menyakitkan hati.

Malam keluar lagi. Jam 10 ada street fighting. Ambil glove dan bergerak ke gelanggang. Baru tiga kali berlatih tapi rasa hendak berlawan. Menang setelah 4 pusingan. Balik rumah jam 3 pagi dengan muka lebam dan bibir pecah. Kena marah dengan Makcik Siti. Hampir setengah jam kena bebel. Lepas mandi, buat kerja. Terlelap di meja sampai Subuh. 

_ _ _

“Tuam dengan ais. Bengkak muka kamu tu”
“Sakit la makcik . Kejab lagi la tuam”
“Padan muka kamu! Pergi mandi. Makcik panaskan lauk”
“Tak lapar. Nak mandi rehat je”
“Menang tak kamu main tadi?”
“Menang. Kenapa? Makcik nak makan besar ke?”
“Kepala otak kamu!”
“Kesian pulak orang tu kena teruk. Mata dia habis”
“Kamu okey dah ke?”
“Kalau dapat balun si Ainullah tu kan bagus. Nak jugak pergi cari mamat tu”
“Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kamu pukul dia silap haribulan kamu ke dalam”
“Hmm…Makcik tak payah panaskan lauk. Nanti Im buat sendiri”
“Aku tak faham jantan-jantan sekarang ni bla bla bla”
“Cinta makcik cinta. Makcik apa tau”
“Pant*t kamu”

Tuesday, May 26, 2015

OK

“Abang baca ke tak e-mel Hana hantar tu?”
“Baru baca. Amsterdam? Tiba-tiba je?”
“I cannot tell you how thankful I am for our little infinity”
Quote siapa tu?”
“John Green The Fault In Our Stars”
“Ooo. Cover novel cantik”
“Yep! Jatuh cinta dengan novel tu”
“Sebab tu nak pergi sana?”
“Yep!”
“Gila!”
“Bila nak datang sini?”
“Dalam masa terdekat”
“Jangan lupa cari Hana tau”
Thesis OK?”
“Susah”
“Usaha tangga kejayaan”
Stay dengan Hana sampai Hana habis belajar okey?”
“Lepas tu? Boleh campak masuk tong sampah?”
“Tak. Campak masuk parit”
Yeah…right
“Abang OK?”
Yeah. OK?”
“OK”
“OK”
“I love you abang to the moon and back”

Ibu

Hai awak.

Abang teringatkan ibu. Abang harap ibu dan ayah sihat. Tentu ibu sedih awak nak pindah ke Sabah. Sabah agak jauh untuk seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan seorang anak. Kalau ada kecemasan tentu ambil masa untuk balik ke rumah. Abang harap awak dapat bekerja di tempat yang berhampiran airport supaya mudah untuk awak balik bila ada ibu ayah sakit. Abang tak minta ibu ayah sakit tapi bila sudah tua faham-faham sajalah.

Abang rasa selain awak cuma ada Kakak untuk jaga ibu. Tapi dia agak jauh dan tetap ambil masa juga untuk balik bila ada kecemasan. Kalau ibu ayah sudah pindah ke Melaka seperti yang di rancangkan, tak ada masalah untuk Kakak. Abang tak fikir Angah, Ateh dan Fuad boleh tengok-tengokkan ibu ayah. Yalah, mereka sangat sibuk dengan hal masing-masing yang tak pernah selesai dan abang selalu rasa mereka kurang ambil berat tentang ibu ayah.

Abang orang luar. Abang tak boleh masuk campur hal urusan awak. Abang cuma harap segala-galanya dipermudahkan untuk awak. Selamat menjalani hidup baru di tempat orang. Selamat menimba dan mendapat ilmu dan pengalaman baru. Syukurlah awak dapat melalui tempoh HO yang sukar dengan pelbagai masalah dan ragam juga ketika bergelut dengan perpisahan kita. Semuanya sudah tentu ada hikmahnya. Perjalanan abang sudah terhenti di situ. Kini masa untuk awak teruskan perjalanan seorang diri. Tentu akan ada orang lain yang akan menemani perjalanan awak yang akan datang.

Rindu.

Sunday, May 24, 2015

Nota: Hampir Setahun

Cepatnya masa berlalu. Bulan depan cukuplah setahun kita berpisah. Hubungan kita mula retak sejak bulan Jun, sejak muncul Ainullah (teringat tentang Ainullah terus tak ada mood). Setahun sudah berlalu. Awak sudah pun habis HO. Saya sudah pun mampu berjalan dan sihat seperti orang lain. Ia satu keajaiban. Saya hilang awak tapi saya dapat semula kesihatan.

Kalau di buat perbandingan, kehadiran awak dalam hidup saya tak ada tolak bandingnya. Sungguhpun saya sakit, selalu tak sihat tapi saya selalu rasa gembira sebab awak ada. Itu hakikat yang tak mampu saya nafikan. Sekarang saya sihat tapi saya tak begitu gembira atau dalam kata lain, kegembiraan sebenar belum ada. Hidup saya agak sunyi dan muram. Agaknya saya rindukan gurau senda awak yang selalu buat saya tersenyum.

Setahun sudah berlalu dan kita sudah pun mempunyai hidup masing-masing. Masa berlalu dengan cepat sekali. Tak banyak perkara yang berubah dalam hidup saya. Awak tahu, kalau saya tak sembuh pun saya rasa tak apa. Kalau saya terpaksa harungi sakit setiap malam pun saya rela sebab di antara waktu-waktu itu saya ada awak. Saya ada tempat untuk bergantung. Well…love through thick and thin. Sekarang tak ada…

Awak tahu, saya susah nak lari dari rasa cinta pada awak. Tak, saya tak menaruh sebarang harapan. Saya tahu tak ada lagi harapan. Saya tak boleh buang awak dari diri saya. Saya tak boleh jauhkan ingatan saya dari mengingat awak. Lewat bulan ini ingatan saya pada awak semakin kuat, semakin sukar di tahan. Beberapa bulan yang lepas saya hampir berjaya loloskan diri dari terus hidup dalam bayangan awak, dari terus merindu awak, dari terus mengingat awak.

Entah kenapa ia datang semula. Mungkin sebab awak yang merindu, mengingat saya? Jadi rindu dan ingatan awak sampai pada saya? Itu teori yang paling bodoh yang boleh saya berikan. Saya tahu awak rindu saya. Saya tahu awak ingat saya setiap waktu. Saya juga tahu awak tak mampu jauhkan diri awak dari saya. Saya tahu awak tak begitu jauh dari saya. Saya tahu awak dan saya sama saja. Entah kenapa kita harus melalui jalan ini.

Awak tahu, sejak awak tak ada saya rasa tak seronok. Bila saya susah hati, saya tak tahu nak cakap pada siapa. Waktu awak ada dulu pun kalau saya susah hati saya tak cakap apa-apa tapi sekurang-kurangnya saya ada sebab untuk menjadi kuat. Saya tak ada kawan nak bergosip. Rasa bosan tak ada kawan bersembang, mengusik. Hidup awak okey sejak saya tak ada? Tak? Hidup kita berdua tak okey cuma kita yang buat-buat okey.

Can I have a hug, please?

First Time

Dalam  bidang perniagaan ada 3 perkara yang tak dapat di pisahkan – rasuah, perempuan dan arak. Rasuah perkara biasa dalam apa bidang pun. Perempuan biasanya di jadikan objek hiburan. Mengikut teori, kalau client rasa terhibur, tentu projek berada dalam genggaman. Alkohol perkara biasa untuk seorang ahli perniagaan – berlibur di kelab malam atau hotel mewah sudah menjadi sebahagian dari permainan perniagaan.

Untuk menjaga diri dari terlibat dengan 3 perkara ini bukanlah mudah. Kelab malam mewah memang tak dapat di elakkan. Tempat berkumpul dan berborak. Paling tidak perlu duduk dalam 10-15 minit. Bila arak di hidangkan, boleh minta angkat kaki dan kita akan di ketawakan beramai-ramai kerana tak minum.

Seperti biasa, bila ada projek mega tentu ada escort girl / call girl. Boleh di katakan hampir setiap kali berurusan dalam jumlah wang yang banyak escort girl akan ada – sebagai habuan awal. Prinsip mudah – kalau client happy, projek berjalan tanpa banyak masalah. Biasanya kalau sediakan call girl tak pernah pun nak pergi. Tapi malam tadi gatal pula nak pergi.
_ _ _

“Hey! Mr. Imran”
“Hai. Jennifer”
“Do you bring your condom?”
“Errr tak. Ingatkan di sediakan”
“My business depends on customer satisfaction. Sometimes they bring their own”
“OK. Saya tak bawa apa-apa pun. First time
“Oh! I see. Patutlah. You need to take your shower first
Towel?
“Dalam almari. Are you sure you're in the right place?
“Kenapa? Saya ni perkasa tau”
Show me
“Alaa tak percaya ke?”
“Encik Habib cakap you ni good man
“Encik Habib booking berapa lama?”
“2 jam”
May I know how much he pays for your service?
“20k”
“OK. So which room? or in the Jacuzzi? On the table maybe?
“It depends on you”
“CCTV ada ke dalam apartment ni?”
No. You're talking too much. Bila nak buat?”
I’m not going to sleep with you. Saja datang, Mandi pun saya tak nak”
“Tapi Encik Habib dah bayar”
“Biarlah dia. How old are you?
“27”
“Muda lagi”
 “Coffee or tea?”
“Tak nak. Nanti awak letak apa-apa habis saya”
Trust me. Coffee je”
“I don’t trust people”

Dan perbualan berlanjutan hingga dua jam sebelum kaki melangkah keluar.

“Jen, kalau ada kerja lain. Jangan buat kerja ni lagi okey?”
Nice to meet you Mr.Imran”
Nice to meet you too, gorgeous
Encik Habib was so right
About what?”
“Adalah. Take care. See you around
“Bye Jen”

Friday, May 22, 2015

Trip

“Hai abang! Habis dah habis ke angkat barang?”
“Belum. Banyak lagi”
“Abang belum reply e-mel Hana tau”
Sorry. Aku busy. Seminggu dah kot tak check e-mel. Ko hantar apa?”
“Hana nak pergi trip dengan kawan. Nak mintak pendapat abang”
“Trip ke mana?”
“Hana dah send details. Abang nak join? Jomlah”
“Malas aku”
“Abang jangan lupa jumpa abah tau”
“Nak buat apa? ”
“Ada hadiah untuk abang. Hana mintak address abang kerek
“Hadiah apa ko bagi?”
“Minta dengan bakal mertua abang. Hana bagitau abah, abang nak datang jumpa dia”
“Bila masa aku cakap? Ko memandai je”
“Jumpa abah ambil hadiah je. Abang ni kelam la”
“Bila aku kelam?”
Nervous jumpa bakal mertua ke bang hahaha?”
“Malas aku layan ko. Dah dah aku nak sambung buat kerja”
“Eleh. Nervous tak mengaku”
“Bye”
“Bye je?”
“Bye-bye”
“Poyo!”

Thursday, May 21, 2015

Perjalanan

Hai awak.

Abang ada di KL. Tidur di Bukit Tunku. Siang tadi main polo kemudian malam ada dinner dengan client. Jumpa client pun tak ada mood sangat. Mungkin sebab badan penat. Minggu yang memenatkan dengan kerja yang agak banyak.

Macam biasa, abang pergi Hospital Kajang. Tidur dalam kereta sambil pandang atap. Kalau awak ada bolehlah pandang awak. Abang dengar lagu kita sampai tertidur. Tidur lena. Entah kenapa setiap kali ke sini abang dapat tidur dengan lena. Mungkin sebab awak ada walaupun sebenarnya awak tak ada pun dengan abang...
_ _ _

Abang cari awak. Separuh dari abang masih mahukan awak. Separuh dari abang tak mahukan awak. Hampir setiap saat abang rindukan awak – dari bangun tidur, dalam meeting, memandu, minum kopi, baca buku sampailah dalam waktu-waktu kerja yang sibuk. Fikiran abang selalu melayang ingat awak.

Yang selalu buat abang berhenti untuk terus cari awak bila abang teringat setiap kata-kata awak. Abang akui setiap kata-kata awak sangat pedih dan menyakitkan hati abang. Setiap kata-kata awak abang terima. Abang pendam dan ia menyakitkan. Sangat menyakitkan. Tapi rindu yang terpendam lebih menyakitkan…

_ _ _

Jangan risau. Abang tak akan kacau awak. Abang tak akan ambil berat. Abang tak akan buat apa-apa. Kalau abang rindu awak, abang pergi Hospital Kajang. Entah kenapa abang pergi sana. Mungkin sebab awak ada. Orang kata kalau tak dapat tengok orang yang kita sayang, dapat tengok bumbung pun jadilah.

Langkah-langkah rindu abang selalu mati dan tawar setiap kali abang teringat kata-kata awak. Ada beberapa kata-kata awak yang sangat pedih. Abang tak mahu ingat tapi kadang-kadang abang teringat juga. Sebolehnya abang tak mahu ingat yang buruk-buruk tentang awak. Awak perempuan yang paling abang sayang tentu abang akan ingat yang baik-baik saja tentang awak.
_ _ _

Lagi sebulan kita puasa. Tahun lepas kita tak puasa bersama. Tahun lepas tak ada lagi gurau senda. Tahun lepas kita sudah tak ada. Entahlah…kalau layan rasa rindu rasanya memang tak akan ada kesudahan. Abang rindu awak banyak sangat. Rindu dari jauh…

Terima kasih pernah hidup susah senang dengan abang. Perempuan seperti awak sukar di cari ganti. Awak perempuan yang setia. Banyak kali mata awak basah sebab abang. Terlalu banyak… Awak tak sesuai hidup dengan lelaki macam abang. Hidup kita tak macam orang lain. Perjalanan kita rumit…

_ _ _

I miss you babe. 

Wednesday, May 20, 2015

#Borak Bisu III

Hai awak.

Ada banyak cerita tapi nantilah dulu. Abang sibuk kemas Pusat Komuniti. Pusat di tutup bermula Isnin lepas. Kena angkat barang-barang bawa balik ke rumah. Bangunan abang jual pada kontraktor Cina. Abang tak nak masalah dan agak penat untuk layan benda yang remah jadi abang ambil keputusan untuk tutup Pusat Komuniti. Bukan tak fikir anak bangsa tapi rasanya itu keputusan paling terbaik.

Bahu senggal-senggal. Tolong picit boleh? Kena angkat barang secepat mungkin sebab nanti abang kena pergi Kuwait seminggu kemudian ke Norway selanjutnya ke Paris.

I miss you badly.


PS: Nasib baik abang tak simpan gambar awak masa kecil. Kalau tak abang pun kena tangkap sebab pedofilia. Tak pasal-pasal masuk jel. 

Tuesday, May 19, 2015

Dalam Imaginasi

Daddy: Umar buat apa tu?
Umar: Adik pinjam tomputer daddy.
Daddy: Umar buat apa?
Umar: Adik buat pelabulan. Adik untung tepuluh libu
Daddy: Wow! Belanja daddy makan besar eh
Umar: Tak ada masalah daddy. Adik nak buat kenduli rumah anak yatim
Daddy: Baiknya Umar. Bila nak buat? Daddy boleh tolong.
Umar: Bila daddy ada luit.
Daddy: Eh? Tadi kata untung besar?
Umar: Adik untung dalam imaginasi.
Daddy: Laa. Labun ajelah ni?
Umar: Adik untung. Daddy tengok adik kile-kile. Tepuluh ribu. Daddy tengok sini (tunjuk skrin)
Daddy: Ha’ah la. Pandai Umar. Habis kenapa tak main terus tadi?
Umar: Adik belum legishter daddy.
Daddy: Hahaha belum daftar rupanya. Adeh kesian dia.
Umar: Daddy tukee mengata adik.
Daddy: Hahaha untung dalam imaginasi. Macam ni pun ada adeh.
Umar: Adik tak nak tawan daddy.

Monday, May 18, 2015

Nuha

Perkara yang selalu di buat di perpustakaan adalah melihat susunan buku. Melihat susunan buku yang sama walau berulang kali tak pernah memenatkan. Tak mencari sebarang buku khusus. Sengaja singgah di library setelah menghantar anak-anak ke pusat latihan atau sebetulnya cuba - menjalani - rutin - harian - seorang - ayah yang - sibuk - menguruskan -anak-anaknya.

Waktu pagi tak begiu ramai orang. Sedang ralit mencari buku, terpandang seorang perempuan (cantik!) sedang mencari buku. Entah kenapa mata (seperti biasa tak mahu terlepas memandang (satu pembaziran kalau tak memandang hahaha) perempuan yang sedang membelek-belek buku di rak. Memerhatinya antara deretan buku yang tersusun. Dia sungguh manis. 

Cuba menjadi seorang gentleman dengan (tolong) mengambil buku di rak paling atas. Tak ingat pula buku apa yang di capai (sebab terlalu teruja (hmm) melihat perempuan - bad habit yang masih gagal di buang). 

“Saya tolong ambilkan”
“Terima kasih”
“Selalu ada kerusi panjat. Tak nampak pulak. Selalu datang sini?”
“Kadang-kadang”
“Nah. Buku ni berat. Pegang elok-elok”
“Terima kasih. Encik tak pelik tengok orang buta cari buku?”
“Eh?”

Nama dia Nuha dan dia cacat penglihatan. Setelah duduk-duduk di Ipoh Padang sambil makan rojak, balik rumah dengan seribu kesyukuran. Masih ada mata walau pernah nyaris-nyaris jadi buta kerana kanser. Waktu bertemu Nuha, dia tak memegang tongkat dan tak memakai kaca mata hitam (tentu nampak pelik kalau dia memakai kaca mata hitam di dalam library). 

Kata Nuha, dia suka pergi library. Dia suka ‘melihat’ buku dan bergaya seolah-olah sedang mencari buku khusus untuk di baca/pinjam. Kata Nuha, orang tentu pelik melihat perlakuannya tapi dia tak kisah. Hendak bertukar e-mel tentu tak boleh. Hendak bertukar nombor telefon, handphone pun tak beli lagi tapi ambil jugalah nombor Nuha. Mana tahu kalau-kalau rasa hendak telefon dia nanti.

“Nuha yang manis, selamat berkenalan. Jalan baik-baik. Saya balik dulu”
“Ya, selamat berkenalan. Sweet talker. Bahaya” 


Dan senyum sepanjang hari.

Saturday, May 16, 2015

#Borak Bisu II

Hai sayang.

Haaa baru balik kerja jangan nak menyendeng-nyendeng. Ada macam-macam bau melekat. Pergi mandi dulu kemudian baru boleh peluk. Kalau tak, nanti habis melekat bau peluh, darah, air ketuban dekat abang. 

Get some rest, dear.

Thursday, May 14, 2015

#Borak Bisu

Hai sayang.

Abang baru balik. Penatnya rasa. Empat hari tak tidur. Sekarang nak buka mata pun tak larat. Asyik menguap dari tadi. Kerja okey? Rasa nak menyendeng dekat awak. Tumpang rehat. Abang nak tidur. Awak jangan nakal-nakal. 

Selamat malam sayang. Tidur lena, mimpi indah.

Sunday, May 10, 2015

3.03 am

Umar: Adik lindu Mama. Mama lindu adik tak daddy?
Daddy: Mesti la Mama rindu Umar.
Umar: Kita itelefon Mama boleh tak daddy?
Daddy: Daddy tak ada handphone.
Umar: Kita cari telefon tepi jalan.
Daddy: Daddy tak ingat nombor Mama.
Umar: Daddy tangan tipu adik.
Daddy: Betul. Daddy tak ingat.
Umar: Daddy tak tulish nombor Mama tekat buku?
Daddy: Ada. Tapi buku dekat rumah. Rasanyalah.
Umar: Mama buat apa waktu ni daddy?
Daddy: Sekarang pukul berapa?
Umar: Pukul 1 pagi.
Daddy: Biasa kan Mama tidur 12.30. Kalau Mama tak tidur, Mama ingat daddy.
Umar: Daddy tomfident Mama ingat daddy. Daddy ada telopong ke?
Daddy: Tak payah teropng. Hati Mama bagitau dia rindu daddy.
Umar: Daddy tiba-tiba jiwang. Adik nak sambung tidur.
Daddy: Hahaha habis dah tanya banyak sangat kan.
Umar: Adik percaya Mama rindu daddy.
Daddy: Mama rindu kita semua. 

Saturday, May 09, 2015

A

Umar: Tenapa daddy tak takap-takap tengan Mama?
Daddy: Hmm…Mama tak suka daddy. Macam mana nak cakap-cakap haa.
Umar: Tapi Mama tayang daddy banyak-banyak.
Daddy: Tapi Mama benci daddy pun banyak jugak.
Umar: Daddy, Mama ada Uncle A kan?
Daddy: Siapa bagitau Umar?
Umar: Nenek Siti takap. Daddy, kenapa Mama suka orang lain?
Daddy: Uncle A boleh jaga Mama lebih baik dari daddy jaga Mama.
Umar: Daddy tak malah Mama?
Daddy: Tak. Daddy tak marah. Bagus kan ada orang jaga Mama.
Umar: Tenapa daddy tak malah Mama?
Daddy: Sebab daddy sayang Mama. Daddy nak tengok Mama happy.
Umar: Tapi Mama happy dengan orang lain.
Daddy: Asalkan Mama happy, daddy tak kisah. Daddy okey.
Umar: Daddy tak takit hati? Sedih hati daddy.
Daddy: Bila kita sayang seorang perempuan, kita akan buat apa sahaja untuk buat dia gembira walaupun kita terpaksa tinggalkan dia dan tengok dia happy dengan orang lain. Kalau kita dapat buat, itu tandanya kita sayang dia seikhlas hati. Orang kata sayang sungguh-sungguh. Walaupun hati kita terluka, kita rela sebab kita sayang.
Umar:  Tetian daddy.
Daddy: Umar tak boleh benci Mama. Mama sayang Umar. Umar kena ingat tu.
Umar: Adik tak tuke Mama.
Daddy: Kalau Mama tahu Umar tak suka dia, tentu Mama sedih. Tak baik buat macam tu.
Umar: Tapi Mama tak baik ada Uncle A.
Daddy: Masalah daddy dengan Mama tak kurangkan walau sikit kasih sayang Mama pada Umar. Ingat tu selalu.
Umar: Daddy tangan tedih. Daddy tengar temua lagu tedih-tedih.
Daddy: Tu DJ yang pasang.
Umar: DJ pasang tenapa daddy tengar.
Daddy: Jealous la tu lagu nasyid tak ada hahaha
Umar: Adik melajuk.



Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Tahun lepas dan tahun ini tidak putus-putus kekecewaan berlaku dalam hidup. Ia silih berganti. Lepas satu pergi, kekecewaan lain datang mengganti. Rasa kecewa sungguh. Sedang teruja untuk terbang lebih tinggi, sebelah sayap umpama di patahkan. Rasa kecewa belum hilang…

Ia bukan sahaja kecewa tapi menyedihkan. Hari yang terang terus bertukar muram. Mood yang baik di pagi hari bertukar suram. Tak tahu hendak di khabarkan kekecewaan dan kesedihan yang di alami. Agaknya hidup ini lebih banyak pahit dari manis, lebih banyak derita dari bahagia, lebih banyak kekecewaan dari kegembiraan.

Umar: Daddy tenape diam? Daddy takit tepala?
Daddy: Tak. Daddy frust sikit. Nanti daddy okey.
Umar: Daddy flust tenape?
Daddy: Ingat business daddy yang baru nak menjadi tu?
Umar: Bishnis yang telalu buat daddy bishi tu daddy?
Daddy: Ha’ah. Dah kena caras.
Umar: Daddy tangan tedih-tedih. Daddy tunggu tejab.
Daddy: Umar nak pergi mana?
Umar: Adik nak ambil Quran.
Daddy: OK.

Selepas 5 minit

Umar: Daddy tengar adik baca.
Daddy: OK.

Habis baca ayat.

Umar:  Daddy faham maksud ayat adik baca?
Daddy: Hmm…tak.
Umar: Adik baca maksud dia. Daddy tengar tau.
Daddy : OK. Bacalah. Daddy nak dengar.
Umar: 1). Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? 2). Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu 3). Yang memberatkan punggungmu ? 4). Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu , 5). Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan 6). Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan 7). Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain 8). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
Daddy: Surah Alam Nasyrah kan?
Umar: Surah al-Insyirah daddy. Kita panggil Alam Nasyrah. Ustaz kata doa untuk lapang hati kita.
Daddy: Yeah. Betul. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Umar: Daddy tangan tedih.
Daddy: Terima kasih Umar. Pandai mengaji. Macam dengar Pak Arab baca.
Umar: Adik tahu adik hebat. Daddy tangan tengki.
Daddy: Hahaha perasan. Tak ada maknanya daddy nak dengki dengan budak kecik macam Umar ni.
Umar: Daddy nak kopi tak panash?
Daddy: Umar teman daddy tengok bulan eh?
Umar: Bulan daddy, Mama kan?
Daddy: Pandai Umar ni.
Umar: Adik dah takap adik hebat. Daddy telalu tak percaya.
Daddy: Yela, yela. Daddy percaya ni.

Thursday, May 07, 2015

Dasar Jantan

“Cantik lagi sweetheart kamu tu”
“Cantik. Dia kan memang cantik”
“Kamu nampak profesional je tadi”
“Bini orang. Kena behave sikit”
“Kalau janda?”
Well…janda memang hot makcik. Bujang, yang dan kawin, yang tua gayut pun cari janda”
“Habis kamu pun merenyam ke janda juga la ya?”
“Hahaha taste Im bukan janda. Suka usha je hahaha”
“Aku korek bijik mata tu barutau. Suka bebenor tengok pompuan
“Ala orang tengok je. Bukan buat apa pun. Tengok pun gitu-gitu je”
“Esok kalau Huda dah jadi anak dara budak laki tengok dia kamu jangan melenting”
“Hmm…makcik ni”
“Faham ke apa aku cakap ni?”
“OK makcik. Deep dah kena ni. Nak naik tidur”
“Kopi atas meja tu nak bagi jin mendarat minum?”
“Haaa lupa nak ambik
“Kamu nak tidur ke berborak dengan si budak Hana tu?”
“Kalau dia call. Sembang. Kalau tak, cadang nak tulis-tulis”
“Kamu nak buat Hana tu bini?”
“Kenapa makcik tanya?”
“Kalau tak nak buat bini jangan layan sangat. Tak baik bagi harapan pada orang”
“Dia yang call. Im layan je la. Kalau tak angkat nanti dia bising”
“Kamu tu jangan dok layan perasaan sangat. Ingat yang lama ke? Tak boleh lupa?”
“Hmm…tak boleh”
“Sihat ke janda kamu tu”
“Entah. Mesti la sihat kan. Dia kan pandai jaga diri”
“Padan muka kamu. Pergi tengok atap hospital dapat apa? Bukan nak masuk cari”
“Mana nak tahu dia kerja wad mana. Hmm…nanti kena sembur”
“Hati perempuan ni kerak nasi, Im. Setakat mana sangat dia nak marah kamu”
“Entah la. Rasa tak nak kawin dah. Bujang sampai tua”
Pulak dah”
“Kalau Im kawin, nak poligami boleh tak? Hahahaha”
“Masin mulut kamu bulan Rejab ni dapat kamu dua bini”
“Aminnnnn. Senang hati dapat bini banyak ni”
“Dasar jantan!”

Wednesday, May 06, 2015

2.42 am

Macam biasa, Hana akan call Skype lewat malam waktu Malaysia. Hana call macam biasa tapi dia seperti marah-marah dan tak ada mood. Tiba-tiba dia merajuk dan off Skype begitu sahaja. Rupanya Hana merajuk sebab status yang di muat naik di Skype.

Tak sampai sejam, Hana call semula (ini juga kebiasaan). Dia tak merajuk lagi. Bercerita tentang progress tesisnya yang semakin baik. Dan seperti biasa, dia akan berborak tentang buku yang baru di beli atau yang baru di langsaikan bacaan.

Hana bertanya tentang semalam. Semalam tak Skype dengan Hana sebab berada di Hospital Kajang (merenung bumbung). Tak beritahu dia apa-apa. Makcik Siti mula bertanya tentang hubungan dengan Hana memandangkan hampir setiap malam ber-Skype.
_ _ _

Belum ada six pack. Pagi tadi pergi wall climbing. Tak seronok memanjat. Seronok cuci mata sambil lihat perempuan. Lebih banyak perempuan dari lelaki. Segan. Lepas habis memanjat terus balik rumah. Sebelum itu, sempatlah cuci mata tengok perempuan dalam 5 minit. Patutnya tempat memanjat kena asingkan lelaki dan perempuan.

Petang tadi cuba jogging 5 kilometer dan semput. Rasa penat sangat. Biasa buat 2 kilometer sahaja. Sengaja hari ini cuba 5 kilometer. Badan belum begitu fit. Cubaan 5 kilometer gagal. Kena usaha lebih keras lagi. Malam ke gym.

Balik dari gym, anak-anak belum tidur. Mereka sedang bergosip. Bila di tanya, tak mahu pula cerita. Mereka mula bertutur dalam kod rahsia. Sampai ke sudah tak mahu berkongsi. Selepas mandi lebih kurang sejam setengah, tidurkan Adam sambil bacakan kisah-kisah di zaman Ottoman.
_ _ _

Huda: Kakak nak adik perempuan.
Daddy: Angin ribut tak ada tiba-tiba nak adik?
Huda: Umar buli Kakak.
Daddy: Umar buat apa?
Huda: Bila Kakak tanya “Adik buat apa tu?” dia jawab “Boys things”
Daddy: Hehehe Kakak jangan ambil hati eh.
Huda: Kakak tanya Adam, Adam jawab “Adam tak tahu. Adam ikut abang”
Daddy: Kalau ada adik perempuan Huda nak buat apa?
Huda: Kakak nak jawab ‘Girls things” kalau adik tanya apa-apa soalan.
Daddy: Nak balas dendam la ni ye.


Tuesday, May 05, 2015

07:00 am

Rasa… sekarang juga hendak beli handphone baru dan call awak. Rasa… sekarang juga hendak lari cari awak. Rasa…rasa rindu sangat. Tapi rindu yang ada perlu di tahan, perlu di sekat. Dan ia terasa amat sakit. Amat menyesak dada. Terasa sangat pedih.

Tak tahu hendak buat apa. Dari Bukit Antarabangsa terus memandu ke Hospital Kajang. Tak tahulah kenapa hati bawa ke situ. Mungkin sebab awak ada di sana. Tak tahu hendak buat apa. Parkir kereta di tepi, buka tingkap dan dengar lagu sambil cuba baca novel.

Pandang bangunan hospital serasa macam pandang awak. Renung bumbung hospital terasa seperti merenung awak. Agaknya saya sudah gila bayang. Agaknya, rindu saya terlalu banyak hingga saya jadi mabuk – mabuk cinta.

Terlelap seketika. Terjaga jam 5 pagi. Terus balik rumah dan cuba berehat. Ingatan masih melayang mengingat awak. Hati masih rasa rindu. Bila saya tengok tempat parkir kereta di hospital, saya teringat awak dan Ainullah bertemu di situ.

Haih…

Monday, May 04, 2015

Nostalgia

Hi sayang.

How are you? I hope you’re doing fine. To tell you the truth, I still miss you. I miss you around. There’s no days and night that I didn't think about you. I miss your sweet words that never failed to make me smile. I miss your voice. I miss how close we were. I miss everything about you, about us.

How’s work? Is everything okay, sayang? Every day I look at the calendar. I count the days that you will be transferred to Sabah. That doesn't make sense anyway, but yeah, I enjoy doing that. Have you packed your bag? Do you bring your car or you’ll be using public transport?

I miss our daily conversation. The story that we share together. Well, yeah, we share gossip too. I miss you so much. Sometimes I ask myself. Do you miss me too? Have you thought about me like I do? Do you still hear our favorite songs?

I will always love you. You’re my perfect lover.
_ _ _

I swear
By the moon and stars in the sky
I'll be there
I swear
Like the shadow that's by your side
I'll be there
For better or worse
Till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
I swear

I'll give you everything I can
I'll build your dreams with these two hands
We'll hang some memories on the wall
And when there's silver in your hair
You won't have to ask if I still care
'Cause as time turns the page
My love won't age at all

I Swear
John Michael Montgomery

_ _ _

I love you to the moon and back to infinity and beyond forever and ever. 

Sunday, May 03, 2015

2:50 am

“Abang…”
“Hai”
“Hai abang…mmmm”
“Are you okay?”
“Tak…”
“Kenapa? Jurnal serabut lagi?”
“Tak”
 “Lecturer marah?”
“Tak”
“Habis kenapa nangis?”
“Sedih”
“Sedih kenapa?”
“Tengok movie
“Cerita apa?”
“The Fault in Our Stars”
“Oh novel John Green tu”
“Abang baca dah?”
“Tak. Tak sempat beli lagi. Orang kata bestseller
“Gus mati. Dia tinggalkan Hazel Graces”
Sad ending
“Hana takut hilang abang…”
“Macam mana nak bercinta belum apa-apa lagi dah takut”
“Hana serius ni”
“Aku cakap serius jugak. Cuba fikir”
“Mmmmm”
“Orang yang bercinta adalah orang yang berani”
“Mmmm…tapi…”
“Dah la tu. Jangan nangis. Aku nak tidur dah ni”
“Awal abang nak tidur. Nak mimpi Hana eh?”
“Nak sahur la der. Puasa Rejab. Ko apa tau”
“Abang jangan tinggal Hana tau”
“Dulu pun ada jugak orang cakap macam tu. Last sekali dia yang tinggal aku”
“Tapi Hana tak macam tu”
I’m not the good man that you search for. Find another man who suits you
“Tak nak. Hana nak abang je”
“Tak nak sudah. Ngantuk der. Bye”
“Menyampah! Blewekk”

Saturday, May 02, 2015

4:14 am

Bawa lori cuma satu setengah hari tapi dapat banyak pengalaman. Mula-mula Umar membebel kemudian Umar suka pula. Hujan lebat mencurah-curah. Tak boleh pandu laju dan hanya kekal di lorong kiri. Berhenti rehat, makan, mandi dan tidur di R&R. Pengalaman baru. Seperti biasa, Umar tak mahu mandi di R&R dan tidur di dalam lori. Dia mahu tidur di hotel. Setelah di pujuk, akhirnya dia mengalah. Ini pengalaman sekali seumur hidup – hidup sebagai pemandu lori.

Di tahan oleh JPJ tapi tidak di kenakan apa-apa tindakan. Mujurlah tak kena ujian air kencing. Kalau tak malu juga. JPJ tahan kemudian lepaskan tanpa banyak soal. “Kemas betul pakaian kamu. Tak macam driver lori lain. Okey. Boleh jalan”. Syukur! Kalau kena ‘kacau’ dengan JPJ mahupun SPAD boleh tahan juga kerenah mereka. Mengikut kata Aiman, biasanya tauke lori akan bekalkan “wang saku” sebelum lori mula bergerak lagi.
_ _ _

“Hai driver lori. Orang call putus jari tau”
“Anak-anak ada la. Lagipun ingat sini London ke? Coverage Skype tenat”
“Oooo…patut la Skype susah dapat. So anak-anak mana?”
“Dah tidur”
“Romantik je cakap pelan-pelan”
“Penerajang nak penerajang”
“Eeee takutnya. Takutnya. Sat nak hantar gambar”
“Gambar apa?”
“Orang masak kek coklat”
“Mana gambar kek? Tak nampak pun”
“Hihihi main baling tepung dengan housemate
Then hantar dekat aku buat apa?”
Feeling nak main baling tepung dengan abang hihihi”
“Hmm…ko ni macam-macam la”
Drive safely abang. Ingat orang tersayang selalu tau”
“Bye”
“Bye je?”
“Bye je yang ada”
“Cakap la bye yang ke, bye darling ke, bye love ke sedap telinga orang dengar”
“Bye”
“Bye!”
“Marah ke?”
“Tak. Best sangat dengar bye abang tu”
“OK. Bye”
“Blewekkkk”