Sunday, April 30, 2023

Kedai buku nadir

Meluangkan masa yang berbaki melatari kedai buku sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sayangnya, banyak yang telah menutup operasi. Penerbit Antara telah di lelong awal Januari lalu. Thinker's Library dan Marwilis telah cuba mengecilkan operasi namun tidak mampu bertahan. Silverfish Books bergelut di sebabkan kenaikkan kadar sewa yang tinggi. Jika kita membesar dengan hasil terbitan mereka, tentulah kita berasa sayu dan sedih.

Bangunan Zhongshan yang terletak di Kampung Attap, Kuala Lumpur mempunyai dua buah kedai buku yang menjual karya nadir dari dalam dan luar negara. Malangnya, Tintabudi yang banyak menjual buku langka dari luar negara bergenre seni dan sastera sudah tidak beroperasi. Sebuah lagi premis buku yang menjual karya nadir tempatan iaitu Balai Buku Raya masih berjualan. Kedainya sederhana kecil namun koleksi jualannya mengagumkan.

Terdapat sebuah kedai buku nadir yang baru di buka di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur iaitu Riwayat hasil kolaborasi Kedai Buku Titiwangsa dan Bukuku Press yang memberi fokus menjual karya nadir khususnya sejarah dan politik dari penerbit luar. Pemilihan karya yang di paparkan amat teliti dan menarik hati. Baru-baru ini Riwayat telah menerima dana melalui Program Geran DTKL sebuah inisiatif di bawah anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Thinkcity.

Semasa ke Pulau Pinang, sempat mencuri masa ke Gerakbudaya berhampiran Masjid Kapitan Keling namun kedai ini sudah di tutup sepenuhnya. Kedai buku yang masih beroperasi ialah Areca Books yang terletak di Lebuh Acheh, Tanjung Town Books Store dan Hikayat. Kali ini, tdak sempat melawat deretan kedai buku di Pasat Chowrasta juga tidak sempat membuat temujanji untuk membeli di The Penang Bookshelf.

Rumah penerbitan dan kedai buku mempunyai potensi yang besar untuk di kembangkan jika di beri sokongan dan dokongan yang mantap dan berkesan. Masih banyak tradisi keilmuan yang belum di terokai menyebabkan pembangunan intelektual Malaysia agak perlahan berbanding negara maju yang lain. Kengkangan modal, saiz pasaran serta pergelutan ekonomi pasca pandemik menyebabkan industri ini sukar berkembang dengan pantas.

Saturday, April 29, 2023

23:26

Allah is al-Baaqi. When everything else leaves or dies, He is with us. There is no heartbreak if we are attached to Him—He will always remain.

Thursday, April 27, 2023

Wednesday, April 26, 2023

Borak petang

"Lelaki ni pelik. Perempuan curang dia masih sayang. Masih maafkan. Bukan satu dua kes. Banyak"
"Kalau lelaki curang, kiamat terus dunia ni"
"Macam mana lelaki boleh maafkan?"
"Sebab sayang"
"Tu je?"
"Kena ada sebab lain?"
"Taklah cuma terfikir dari mana datangnya kekuatan"
"Sayang kena ikhlas. Kalau Allah nak uji dengan bolak-balikkan hati, kita nak buat macam mana. Dah itu ujian untuk kita dan dia"
"Mmm tu la"
"Kalau orang yang kita sayang tak sayang kita lagi, biarlah dia tak sayang kita. Kita tetaplah sayang dia tanpa harapkan dia sayang kita sama macam kita sayang dia"
"Lain macam makamnya"
"Didik hati kita sentiasa lembut, jangan benci. Kalau nak sedih dan marah pun biarlah sekejab je. Yang parah diri kita juga. Dia dah bahagia. Kita nak rosakkan diri kita buat apa"
"Macam mana abang buat?"
"Abang pun tak ingat. Betul cakap Haruki Murakami; And once the storm is over, you won’t remember how you made it through, how you managed to survive. You won’t even be sure, whether the storm is really over"
"Novel apa tu?"
"Kafka on the Shore"
"Ooo ingat. Abang ada bawa Ara pergi Muzium Murakami dekat Waseda University. Panjang lebar abang cerita pasal dia"
"Lepas tu Hara tak ingat"
"Tak hihihi"
"Apa je la Hara ingat"
"Ingat masa nak balik abang letak tangan dekat pinggang Ara masa nak lintas jalan. Masa tu kan Ara senyum sampai balik rumah"
"Laaa yang itu pulak dia ingat"
"Mesti abang tak ingat kan?"
"Tak"
"Apa je abang ingat"
"Dah marah kita pulak. Abang buat salah apa?"
"Menyampahlah. Semua tak ingat"
"Eh"
"Dahlah. Kita nak mandi. Panassss"
*krik krik krik*

.

Memang salah abang ke? Bukan salah Hara? Kita cerita hal Murakami bukan hal lintas jalan.

Saturday, April 22, 2023

Raya 2023

(SMS)

- Jumpa dekat belakang kejab
+ Kenapa?
- Kejab je
+ Okey ๐Ÿ‘Œ

.

"Rindu ke?"
"Tak"
"Habis tu?
"Terlupa muka bini hahaha"
*pap pap pap*
"Gurau pun tak boleh"
"Biar. Kito sibuk buat kijo nok jupo meta nok oyak gadio bla bla bla"
"Tu. Tudung tu terselak sikit. Meh abang betulkan"
"Oooo ingat apa"
"Bekeng sokmo"
"Hola. Singo kea"
"Lawa Hara hari ni. Pagi tadi tak sempat puji hahaha"
"Eeee gerey la ho"
"Hahahaha"

Tuesday, April 18, 2023

Selamat malam

Daddy: Dah gosak gigi?
Huda: Dah daddy
Umar: Dah daddy
Adam: Dah daddy
Daddy: Okey. Tidur
Umar: Daddy, nak ucapan selamat malam
Adam: Adam nak
Huda: Me too
Daddy: Okey

"Good night and sweet dreams! May you sleep peacefully tonight and wake up refreshed for a new day tomorrow. 

May your dreams be filled with happiness, love, and positivity.

Remember to always count your blessings before bed and focus on the good in your life. Sleep well and know that you are loved and appreciated".

Huda: ❤
Adam: ๐Ÿ’™
Umar: ๐Ÿ’š

Monday, April 17, 2023

18:57

One of my biggest fears is getting attached to something that is not destined to be mine. A job. A person. A place. or a dream.

ุงู„ู„ู‡ู… ู„ุง ุชุนู„ู‚ ู‚ู„ุจูŠ ุจู…ุง ู„ูŠุณ ู„ูŠ

O Allah. Don’t let my heart get attached to what’s not mine.



[Copyright to the author]

Saturday, April 15, 2023

13:26

To tell you the truth, if He’s tested you greatly, He loves you dearly.

"ู…ุง ูุงุชูƒ ู„ู… ูŠُุฎู„ู‚ ู„ูƒ ูˆู…ุง ุฎُู„ِู‚ ู„ูƒ ู„ู† ูŠููˆุชูƒ."

What you missed was not created for you and what was created for you will not miss you.



[Copyright to the author]

Thursday, April 13, 2023

Saja kacau

"Abangggggg"
"Ye. Kejab"
"Cepat laaaaaaaa"
"Ye. Kejab"
"Cepat laaaaaaaaaa"
"Dah. Ada apa?"
"Rindu"
"Ingat apa tadi. Nak mandi pun tak senang"
"Hihi jange maroh bea. Adik rindu"
"Meh masuk sama"
"Tak nak, tak nak"
"Ah tak kira. Siapa suruh kacau"
"Ore mandi doh"
"Tak apa. Tengok je abang mandi"
"Awww kejab nak ambil tuala"
"Tak payah panjang akal. Duduk je sini"
"Abeeeeeeee hmmm"
"Hara jangan macam-macam"
"Tak"
"Eleh. Sebenarnya rindu ke saja kacau abang?"
"Entah"

.

Sit next to me, I will give you away all my life,
only to have your heart
(Nizar Qabbani)




Batu Feringghi, Penang
13 April 2023, 3.03 pagi

Tuesday, April 11, 2023

Selamat Hari Lahir

Merinduimu
kadang-kala mengasyikkan
lalu aku memilih
untuk tidak lagi meluahkannya.
Cukuplah memendam rasa
dan menyimpannya di dalam hati 
agar tiada siapa yang tahu
beratnya hati ini
menanggung rindu.

.

Selamat Hari Lahir, renek. Semoga dirimu sentiasa dalam naungan Yang Maha Berkuasa.

Syahid kerana rindu

Apabila rindu itu datang mengganggu ia amat menyakitkan. Sesekali rindu menjengah ia boleh menyiksa jiwa dan batin. Lagi tersiksa jika rindu itu kepada yang telah tiada.

Rindu kepada seseorang yang jauh juga boleh membuatkan angau yang tidak keruan. Apatah lagi rindu kepada seseorang yang tidak ambil kisah dan peduli akan perasaan ini menjadikan ‘haru biru’ dibuatnya.

Namun, rindu kepada Rasulullah S.A.W adalah rindu yang paling agung.


Apa itu rindu?

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan dan ada rindu disertai dengan menjaga diri dan ada juga di ikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. Seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan

Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari golongan syuhada di akhirat adalah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang-orang meskipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.


Kredit: Sumber asal

Sunday, April 09, 2023

Memendam Rindu

ูŠู‚ูˆู„ ุงู„ุฃุตู…ุนูŠ :

Imam al-Asmu'i menceritakan:

ุจูŠู†ู…ุง ูƒู†ุช ุงุณูŠุฑ ููŠ ุงู„ุจุงุฏูŠุฉ,
ุฅุฐ ู…ุฑุฑุช ุจุญุฌุฑ ู…ูƒุชูˆุจ ุนู„ูŠู‡ ู‡ุฐุง ุงู„ุจูŠุช :

Tatkala aku berjalan di suatu kampung, tiba-tiba aku melewati batu yang tertulis syair seperti berikut :

ุฃูŠุง ู…ุนุดุฑ ุงู„ุนุดุงู‚ ุจุงู„ู„ู‡ ุฎุจุฑูˆุง
ุฅุฐุง ุญู„ ุนุดู‚ ุจุงู„ูุชู‰ ูƒูŠู ูŠุตู†ุน

Wahai para pejuang cinta, tolong beritahu aku, jika seseorang dilanda rindu, apa yang harus dia lakukan?

ููƒุชุจุช ุชุญุชู‡ ุงู„ุจูŠุช ุงู„ุชุงู„ูŠ:

Kemudian aku (Imam al - Asmu'i) menulis di bawah syair tersebut:

ูŠุฏุงุฑูŠ ู‡ูˆุงู‡ ุซู… ูŠูƒุชู… ุณู€ู€ู€ู€ู€ุฑู‡
ูˆูŠุฎุดุน ููŠ ูƒู„ ุงู„ุงู…ูˆุฑ ูˆูŠุฎุถุน

Jagalah cintamu kemudian simpan dalam hatimu, lalu bersikaplah biasa saja dan jangan menampakkan apa yang ada di dalam hatimu.

ูŠู‚ูˆู„ ุซู… ุนุฏุช ููŠ ุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุชุงู„ูŠ
ููˆุฌุฏุช ู…ูƒุชูˆุจุง ุชุญุชู‡ ู‡ุฐุง ุงู„ุจูŠุช :

Kemudian keesokan harinya aku kembali dan menemukan balasan syair ini:

ูˆูƒูŠู ูŠุฏุงุฑูŠ ูˆุงู„ู‡ูˆู‰ ู‚ุงุชู„ ุงู„ูุชู‰
ูˆูู€ู€ู€ู€ู€ูŠ ูƒู„ ูŠูˆู… ู‚ู„ุจู‡ ูŠุชู‚ุทู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ุน

Bagaimana bisa aku menahan cinta ini sedangkan cinta ini membunuhku, setiap hari hatiku terasa seperti hancur

ููƒุชุจุช ุชุญุชู‡ ุงู„ุจูŠุช ุงู„ุชุงู„ูŠ :

Kemudian aku membalas dengan menulis syair di bawahnya:

ุฅุฐุง ู„ู… ูŠุฌุฏ ุตุจุฑุง ู„ูƒุชู…ุงู† ุณุฑู‡
. ูู„ูŠู€ู€ู€ุณ ู„ู‡ ุดูŠุก ุณูˆู‰ ุงู„ู…ูˆุช ูŠู†ูุน

Jika kamu tidak bisa lagi bersabar dalam menyimpan rasa cintamu, maka tidak ada lagi kebaikan untukmu kecuali menunggu ajal datang menjemputmu

ูŠู‚ูˆู„ ุงู„ุงุตู…ุนูŠ :
ูุนุฏุช ููŠ ุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุซุงู„ุซ، ููˆุฌุฏุช ุดุงุจุงً ู…ู„ู‚ู‰ ุชุญุช ุงู„ุญุฌุฑ ู…ูŠุชุง، ูˆู…ูƒุชูˆุจ ุชุญุชู‡ ู‡ุฐุงู† ุงู„ุจูŠุชุงู† :

Kemudian aku kembali lagi pada hari ketiga dan aku menjumpai seorang pemuda di bawah batu tersebut dalam keadaan sudah meregang nyawa sementara batunya bertuliskan dua bait syair ini:

ุณู…ุนู†ุง ุฃุทุนู†ุง ุซู… ู…ุชู†ุง ูุจู„ุบู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูˆุง
ุณู„ุงู…ูŠ ุฅู„ู‰ ู…ู† ูƒุงู† ุจุงู„ูˆุตู„ ูŠู…ู†ู€ู€ู€ุน

Aku mendengarmu dan aku mematuhimu, kemudian aku merasakan ajal akan menjemputku, maka tolong sampaikanlah salamku pada seseorang yang cintaku tidak kesampaian.

ู‡ู†ูŠู€ู€ู€ู€ู€ุฆุง ู„ุงุฑุจุงุจ ุงู„ู†ุนูŠู… ู†ุนูŠู…ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู‡ู…
ูˆู„ู„ุนุงุดู‚ ุงู„ู…ุณูƒูŠู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู† ู…ุง ูŠุชุฌุฑุน

Selamat bagi mereka yang dapat menggapai cintanya, dan malangnya nasibku karena cintaku tidak kesampaian.


Sumber: Kitab Nafhatul yamani fi ma yazulu bidzikrihi as syajanu

(ู…ู† ุนุดู‚ ููƒุชู… ูˆุนู ูˆู…ุงุช ู…ุงุช ุดู‡ูŠุฏุง) ู‚ุงู„ ุงุจู† ุนุฑุจูŠ : ุงู„ุนุดู‚ ุงู„ุชู‚ุงุก ุงู„ุญุจ ุจุงู„ู…ุญุจ ุญุชู‰ ุฎุงู„ุท ุฌู…ูŠุน ุฃุฌุฒุงุฆู‡ ูˆุงุดุชู…ู„ ุนู„ูŠู‡ ุงุดุชู…ุงู„ ุงู„ุตู…ุงุก.

“Barangsiapa yang jatuh cinta lantas dia menahannya hingga ia mati, maka dia mati syahid.”

(Faidh al-Qadiir VI/233)




Kredit: Sumber asal

The back hug

"Abang..."
"Lena tidur?"
"Lena sangat. Abang masak apa tu?"
"Sup ayam. Cuba rasa sedap tak?"
"Sedap. Abang masak semua sedap"
"Rasa pun belum dah sedap"
"Haah semua sedap. Macam abang, tengok je dah kenyang"
"Amboi"
"Terima kasih tau. Masak sahur hari-hari"


Yang paling indah antara yang terindah adalah menerima bingkisan takdir Yang Maha Esa.





Pavilion Residences, KL
8 April 2023, 4.15 pagi