Monday, August 28, 2017

Memorable

“Abang suka tengok pemandangan dari atas”
“Hara suka pantai”
“Sekali-sekala breakfast atas awan rasa fresh
“Thank you so much abang
“Tak pernah terbayang breakfast dalam awan goku eh?”
“Tak. Hara tak tahu abang ada private pilot certificate
“Hara tak pernah tanya. Mana nak tahu”
“Hara nak tanya boleh?”
“Apa dia?”
“Why you always get thing hide from me?
“Hara tak selesa?”
A bit. Hara tak kenal abang and abang suka berahsia dari Hara”
“Things are sometimes complicated”
“Who, exactly, are you?”
“Kenapa? Hara takut dengan abang ke?”
“Sometimes”
“Jangan banyak fikir. Tak baik untuk kesihatan”
“Abang…”
“Hmmm…”
“Thank you for this special moment. It's ever so memorable”
“Tak ada apalah”
“You’re always full of surprises in mysterious ways”

Fairy tales


Saturday, August 26, 2017

Buku untuk Hara

Buku-buku ini telah ku hadiahkan buat Hara sebelum berlepas ke Pulau Pinang minggu lepas. Harapanku agar buku-buku ini menjadi pengikat kasih antara dua jiwa yang sedang bergelora rasa cintanya. Buat Hara, selamat menikmati rencam ilmu.

  • Sacred Knowledge: Aims and Objectives
  • Knowledge and Wisdom
  • Rumi's Little Book of Love
  • Before You Tie the Knot: A Guide for Couples
  • 5 Love Languages: The Secret to Love That Lasts
  • Initiating & Upholding Islamic Marriage
  • Muslim Marriage Guide
  • Guide to Parenting in Islam: Addressing Adolescence
  • A Guide to Parenting in Islam: Cherishing Childhood
  • Educating Children: Classical Advice for Modern Times
  • Florence and Baghdad: Renaissance Art and Arab Science
  • Galileo's Glassworks The Telescope and the Mirror
  • Einstein and Oppenheimer The Meaning of Genius
  • From Clockwork to Crapshoot A History of Physics
  • Galaxies and the Cosmic Frontier
  • Sir Humphry Davy's Published Work

Friday, August 25, 2017

Seven Figures

Yesterday morning, a man wear mail uniform gave me a piece of paper for signature confirmation. I didn’t expect any good news this month, but somehow God gives me a surprise. For sure everybody like surprise. Me too. I opened the envelope carefully with trepidation. 

I found that I just received unexpected money from a company that I was investing quite a long time ago and yeah I totally forget about it. All I can remember, I didn’t spend much on that, but what I just saw on a cheque sound good - the value of seven digit numbers. 

Praise to Allah the Almighty. I feel extra grateful and my day went smoothly. I bring kids to Tanjung Aru for a treat. We really had a good time here. May this happiness with me till the end of my life. Kids, thank you for always be there for me.

Wedding night

One of my dreams is to carry you into our bedroom on our wedding night.


Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa, Sabah
11.45 pm, August 25 2017

Thursday, August 24, 2017

Tuesday, August 22, 2017

Sekufu

Rumah tangga akan jadi harmoni bila orang yang kita kahwini sekufu dengan kita. Ini adalah pesanan arwah Ummi sejak kami kecil lagi. Lelaki, menurut Ummi harus mempunyai sebanyak mungkin kelebihan berbanding isterinya bila berumah tangga. Seorang suami yang mempunyai banyak kelemahan terutama dari segi kewangan mudah menyebabkan rumah tangga goyah dan menunggu retak menanti belah. Dua hari lepas terima khabar duka daripada Quzair bahawa dia telah melafazkan cerai talak satu pada Quzrina setelah hampir tiga tahun bergelut dalam masalah rumah tangga. 

Quzair memiliki sebuah Vellfire, Quzrina memandu Mustang. Quzair berpendapatan RM 12 ribu sebulan. Quzrina bergaji lebih dari RM 22 ribu sebulan. Segala urusan pembelian kediaman, kelengkapan rumah, persekolahan anak dan lain-lain di uruskan oleh Quzrina. Dari perselisihan yang kecil merebak menjadi pertengkaran yang besar. Pertengkaran yang besar setiap hari menyebabkan kasih sayang semakin pudar. Sedikit-sebanyak dari pertengkaran ini menyebabkan Quzrina hilang rasa hormat pada Quzair. Atas sebab ini dalam Islam di anjurkan perkahwinan yang sekufu supaya rumah tangga terjaga kerukunannya. 

_

Kaum lelaki perlu ukur baju di badan sendiri sebelum berkeluarga. Pastikan diri kita benar-benar mampu menyara anak dan isteri kita. Salah satu faktor berlakunya penceraian adalah berpunca daripada kegagalan ketua keluarga menyediakan kelengkapan asas secukupnya kerana kengkangan kewangan yang rendah serta pendapatan yang tidak stabil. Seorang lelaki yang juga ketua keluarga harus pastikan sumber ekonomi buat keluarganya serba cukup dan terjamin. Hidup di zaman moden ini segalanya perlukan duit. Begitu juga kelangsungan sebuah ikatan perkahwinan bergantung pada sumber kewangan yang kukuh.

Hari ini, jika diperhatikan lebih ramai lelaki suka berkahwin dengan perempuan yang lebih tinggi taraf dari dirinya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki-lelaki ini mencari perempuan yang bekerja supaya tidak berasa terlalu terbeban menanggung keluarga. Pendapat lain mengatakan bahawa lelaki-lelaki ini ingin menumpang senang si isteri. Malulah kita sebagai seorang lelaki jika gagal menyediakan makan pakai buat keluarga secukupnya. Lebih malang lagi jika orang di sekeliling kita mengatakan bahawa kita berkahwin dengan si isteri kerana ingin menumpang senang.

Berkahwinlah dengan perempuan yang sama taraf dengan kita, berkarier seperti kita, memiliki tahap pendidikan seperti kita. Hal ini amat penting untuk dipertimbangkan supaya di kemudian hari nanti tidak timbul isu isteri tidak hormati suami kerana perbezaan taraf hidup. Bagi pihak perempuan pula, pilihlah bakal suami yang berpengatahuan tinggi, berjaya dalam karier, mempunyai sumber kewangan yang mampan serta di yakini mampu menyara keluarga dari semua sudut. Hal-hal sebegini amat penting di teliti untuk melahirkan keluarga bahagia yang ideal lagi harmoni.

Monday, August 21, 2017

Manga

Peristiwa ini telah lama berlaku tapi saya masih ingat. Kira-kira jam 10 pagi, saya terima panggilan dari sebuah syarikat buku. Menurutnya, tempahan set lengkap komik yang di buat dua minggu lepas sudah ada. Mereka menyebutnya sebagai Manga dan saya pula tanpa berfikir panjang terus saja mengatakan bahawa tidak ada seorang pun dalam kalangan keluarga saya pembaca majalah Mangga. Rupanya saya silap kerana terlalu cepat buruk sangka. Sebut sahaja Manga, otak ligat berfikir pada majalah artis yang bersepah tergantung di kedai buku. Rupanya yang mereka maksudkan adalah komik Jepun. Saya beroleh pengajaran pada hari itu supaya tidak terlalu cepat melatah dan mudah buruk sangka pada suatu perkara. Benarlah pesanan dalam surah Al-Hujarat ayat 12 supaya kita menjauhi prasangka kerana ia mendatangkan dosa.

Pihak kedai berikan alamat dan saya ke sana mengambil pesanan yang di buat oleh anak saya, Adam. Saat saya melihat komik yang tersedia di atas meja, hati saya begitu sebak, mata saya berkaca. Anak saya sudah berusia 6 tahun dan saya tak tahu dia penggemar komik. Saya malah tak pernah tahu dia membaca komik. Saya cuma tahu dia penggemar filem bertemakan cinta dan dia amat suka menonton slot drama cinta TV3. Saya juga tahu dia suka lagu Hindi dari filem-flem cinta era Bobby. Dia suka menonton tv sambil makan dark chocolate atau minum koko panas. Agaknya, itu sahaja yang saya tahu tentang dia. Tiba-tiba terdetik di hati saya apakah selama ini saya tidak begitu prihatin akan dirinya? Apakah saya bersikap berat sebelah dalam memberi kasih sayang?

Balik sahaja dari kedai komik, saya terus naik ke bilik Adam. Bilik dia tidak sekemas bilik Umar tapi masih bersih cuma tidak begitu teratur. Saya selongkar buku-buku di atas meja, kertas-kertas di dalam laci. Saya menemui begitu banyak lukisan komik. Saya tak pernah tahu Adam pandai melukis komik. Saya tak pernah tahu setiap kali dia tekun tunduk ke bawah rupanya dia melukis. Saya sangkakan dia melihat video kerana Adam amat suka mengambil gambar dan merakam video. Beratus gambar di ambilnya. Dia, menurut Huda adalah photographer tidak rasmi keluarga kami. Lama saya berada di dalam bilik Adam menikmati hasil lukisan komiknya satu persatu. Dia melukis tentang perkara di sekelilingnya - pergaduhan kecil, perbualan santai dan hal-hal lain yang menarik hatinya. 

Saya kumpul semua lukisan dan bawa turun ke ruang tamu, menikmatinya bersama pembantu rumah; Dianti, Bik Arni, Che Nam, Jo dan Don. Mereka kata lukisannya cantik dan dia begitu pandai menyimpan rahsia, begitu pandai menyorokkan bakat istimewanya. Ada beberapa lukisan berkisah tentang pembantu-pembantu rumah dan lukisan yang paling banyak ialah tentang “Daddy” dalam siri lukisan “Adam & Daddy”. Saya minta Jo masak hidangan istimewa untuk meraikan Adam. Diantri dan Che Nam pula saya minta mereka hiasi ruang rumah untuk sambutan santai pada malam itu. Tentu sahaja Adam terkejut apabila di rai. Saya mahu dia gembira, berasa di sayangi dan di kelilingi dengan kebahagiaan yang berpanjangan. Saya berharap agar dia membesar dengan penuh keriangan dan menghargai setiap detik dalam kehidupan ini.

Eventually, things will be alright


Saturday, August 19, 2017

Until we meet again

It has been almost 3 years. I’m not sure whether you still remember or not when we fighting you took a decision to come over here at Perhentian Island without telling me any single word. I was very sad at that time thinking that I will lose you forever. What I had been afraid of comes true - we broke up. We tried to save our relationship but God’s plan was otherwise.

From that time until now I always make excuses when Huda asked me to go diving on this island. You know, I hate this island so much. Every time I heard someone pronounce Perhentian Island, all in my mind is you and our hard arguing. I felt so bad. I want to change that. So, I make the decision to come here and build new memories, full of fun and happiness. 

I come here to think how blessed I am to have a girl named Nurhara in my life, to try new ride of love, to feel loved again. This planet that we lived is so wonderful if we can see what we had after we had been struggling for so long. I always wanted to let it go. I don’t want to keep any bitter memories. I want to free myself from the past. I really wanted to have a good life.

Like other people out there, I think life has so much to offer to all of us. We need to search our own path. We need to figure out what we really want in our life. We still have the chance to choose our own journey of life. While I’m writing this, I play all of our favorite songs. I downloaded it again. Yes, that’s your favorite song. Your favorite song is my favorite song too. 

It comes with thoughts why would I delete all that song when I always enjoy listening to it? I enjoy every line of lyrics. I enjoy the melody. I enjoy the rhythm of the song. I enjoy the music you introduce to me as much as I enjoy having you as my company. You and I are one and we can’t be separate. We are like salt in the ocean. We fell in love, we broke up and we move on together.

You have found your soul mate, I have found mine. We enjoy our new company. We keep our deep love in our hearts. We know that we always have each other. We never truly separate. There is no separation in our love story. Sometimes we still missed each other and what we once had when we still together. We can’t undo our life, neither we can’t reverse our heart. We can only rewind all those sweet, loving memories. 

How’s life after marriage? It is still like a fairy tale? Is he treating you like a princess in a castle of love? I hope so. All I can do is pray that you will always have a happy life. Do make lots of cute babies. You always adore kids. Your happiness is my happiness. People say if we wish someone happy, that is pure love. You’re my pure love and all I ever want is you to be happy.

Did you go to Switzerland for honeymoon? I bring kids to once in the life time Swiss journey from Interlaken to Jungfraujoch by train. The journey was so amazing. I wish you were there with me ride on the train. How was your experience there? I’m sure everything place in order. You’re good at making holiday trip. I hope you enjoy time waste at your most favorite place in the world with your loved ones.

You need to know I still missed you every single day. I believe you missed me too, sometimes, or maybe most of the time. I always like to spell your name and you know it, but your name no longer belongs to me. No matter what you do, know that you’re always on my mind. You are so dear to me. There is a place in my heart where nobody can replace you. You are always special.

I will always love you. Be kind to your husband. He is the one for you. As for me, I will just slip in your heart and live there forever. There is no one like you in this world. You are one and only, my love at first sight, my forever love. Who knows, if God is willing we will meet again someday on the busy side road and say hello to each other. Maybe we will meet at the park carrying our first newborn baby. Nobody knows God's plan.

Until we meet again. 


And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to be

(Goodbye my lover - James Blunt )

_


PS: Kids always asked for your wedding photos. Send your photo if you feel wanted to share your happy moment with me and the kids. We love to see it. 

PSS: I still enjoy writing to you. There is no such pleasure like writing letters to you.





Perhentian Island, Terengganu
4.00 pagi, 19 Ogos 2017

Learn to forgive yourself

+ Abang sedang berdamai dengan masa lepas
_ How do you feel now?
+ Peace and relieve
_ Learn to forgive yourself sayang
+ I'm slowly figuring out how to do that
_ I'm sure you can do it
+ Kalau Hara ada sini kan best
_ Kupu-kupu terbang merayap,
Hinggap di bunga menghisap madu,
Hendak terbang tiada bersayap,
Meranalah dinda menanggung rindu.
+ Amboi bukan main lagi sekarang. Dah pandai
_ Belajar dari kasih sayang abang
+ I'm grateful for having found you
_ Tu baru mukadimah tau
+ Hahahaha kemain lagi
_ Have fun baby
+ Take care Hara
_ Bila entah dia nak panggil kita sayang. Asyik Hara je
+ I love your name, sweetie
_ Eleh nak ambil hati kita tak jadi
+ Hahaha mana ada. Dah, nanti lambat
_ Bye yang
+ Bye babe

Wednesday, August 16, 2017

Forevermore

“Hai sayang. Jom breakfast
“Abang dekat bawah ke?”
“Yup. Turunlah. Lapar gila ni”
“Okey. Tunggu kejab tau”
“Alright”

_

“16 buah buku untuk Hara baca masa abang pergi Penang”
“Bila abang pergi?”
“Lepas breakfast terus gerak”
“Berapa hari dekat sana?”
“Esok balik”
“Tapi abang bagi buku macam pergi sebulan”
“Hahaha apa salahnya bagi orang tersayang”
“I miss you already”
“Ala sian dia”
“Abang, do we have forever?
“Forevermore”


And we stare silently into each other's eyes… 




10.30 pagi, 16 Ogos 2017
Le Méridien Hotel, KL

Tuesday, August 15, 2017

You smile, I melt

“Hai sayang. Dah lunch ke?”
“Belum. Abang nak belanja ke?”
“Abang ada dekat bawah. Turunlah”
“Abang serius nak belanja?”
“Ye. Meh turun. Kita pergi lunch
“Kejab tau”
“Okay babe”
_

“Makanlah. Tak nak makan ke?”
“Kenyang”
“Mesti tengah diet kan”
“Taklah”
“Habis tu kenapa tak makan?”
“Tengok muka abang dah kenyang”
“Ayat gula-gula kapas”
“Belajar dari abang”
_

And we look at each other eye and we smile, smile, and smile. Your smile is my favorite. Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love.





15 Ogos 2017, 2.20 petang
Sheraton Imperial Hotel, KL

Monday, August 14, 2017

Mini pussy

A: Aku ada produk sesuai untuk lelaki kesunyiaan macam kau
I: Produk apa bang? Pantanglah tengok aku online. Ada je
A: Kau sesuai pakai. Gua guarantee sedap, padat, tip top
I: Hahaha produk mende bang? Beria promote ni
A: Ni hah mini pussy sesuai untuk lelaki sunyi di tinggal bini kahkahkah
I: Hahahaha celaka kau ni bang! Ada ke jual menatang ni dekat aku 
A: Kesian kau dik. Kau kan sunyi. Cian aku tengok memalam peluk bantal kahkahkah
I: Hahahaha aku ingat produk apa la tadi. Mangkak betul!
A: Aku rindu bini kau. Dia apa cer eh? Dah kawin ke? 
I: Dah kawin lepas raya hari tu rasanya. Lain cerita gua tak tahu. Lepaslah bang. Cerita dah habis
A: Ni mini pussy jangan lupa dik. US 580 je abang jual. Promosi tau dik
I: Hahahahaha keji kau ni bang. Tak nak aku
A: Kalau kau contact dia cakap dekat dia “Arygen rindu adik ipor dia. Kabor suh jaga makan minum laki. Aku doa baik-baik je untuk dia”
I: Yelah. Kalau contact nanti aku cakap. Gosip celaka melibatkan kau memang sedap berborak dengan dia pun
A: Rindu le tu kahkahkah
I: Manalah tak rindu. Cinta pertama. Kau mana tau 
A: Banyak bersabor dik. Jodoh kau tengah mengopek, mumayiz gamaknya hahahaha
I: Hahahaha bangang kau ni bang!

Cuai

Daddy: Macam mana sekolah hari ni? 
Umar: Adik tersepak batu daddy
Daddy: Laa macam mana boleh tersepak batu? Cuai la tu
Umar: Batu cuai daddy. Takit kaki adik
Daddy: Oh batu yang cuai bukan Umar?
Umar: Batu yang cuai. Adik tak cuai daddy
Daddy: Boleh pulak batu yang cuai. Tak pernah lagi daddy dengar

Sunday, August 13, 2017

Second best

_ Dare or Truth
+ Dare
_ Ala abang pilih Truth please
+ Eh eh boleh pulak macam tu
_ Game kita peraturan kita
+ Ni mesti nak tanya apa-apa kan
_ Tahu je abang ni
+ Masak dah. Nak tanya apa?
_ If she comes back will you trust her again?
+ I never doubt her
_ How can you so sure?
+ She more myself than I. I know her well
_ If so, why she breaks her promise?
+ You can’t chain a woman who wants to pursue for her own happiness
_ If she loves you why she break her promise?
+ She didn’t break her promise. I did by doing nothing about that. 
_ I’m addicted to your love story. Will ask more
+ Do not addict to my past love story. Let’s write our own love story
_ I'm your second best. I want to feel I’m your number one
+ I don’t mind drown into the ocean to save you and our love. Everybody loses someone. I’m losing her. You lose your ex-fiance, my kids losing their mommy. I don’t want to lose you. I just want you in my life. No matter how hard it is, let’s give a try together. It’s worth it.
_ I’m getting jealous every day by though of you miss her company
+ Hara, please don’t drag my past love into our lives. She’s weds to someone else. It’s over
_ Abang, orang bercinta boleh berpisah, orang bertunang boleh putus, orang kawin boleh bertalak
+ I'm sorry if I made you feel second best, but you’re not my second best

Saturday, August 12, 2017

The little things

You are the little things in everything.



August 12, 2017, 6.15 pm
Vancouver - Riyadh

Thursday, August 10, 2017

Pengantin Bersanding




_ What’s your favorite wedding song?
+ Pengantin Bersanding by Jasni Ahmad

Wednesday, August 09, 2017

Dare or Truth

_ Dare @ Truth
+ Truth
_ Do you miss her still?
+ Yes I am
_ Do you secretly still miss her?
+ Yes I am
_ Do you miss her now?
+ Yes I am
_ Do you miss her company?
+ Yes I am
_ Do you ever miss her though?
+ Yes I am

Haffez

Abang masih dalam perjalanan dari Toronto ke Vancouver. Perjalanan sejauh 4466 kilometer ini mengambil masa selama 5 hari. Kata orang ini adalah pengembaraan (wajib) sekali seumur hidup. Hari ini merupakan hari ketiga abang berada di dalam train. Mengikut jadual, hari ini perjalanan bermula dari Winnipeg ke Saskatoon. Perjalanan berjalan lancar. Pemandangan sepanjang laluan amat mengagumkan. Semalam dan kemarin, laluan train di penuhi kawasan perindustrian dan blok-blok bangunan. Esok adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh semua penumpang kerana train akan bergerak ke Jasper National Park, Alberta salah satu taman negara tercantik di Kanada.

Selesai sarapan jam 8.10 pagi, abang bergerak ke kabin. Anak-anak duduk di tepi tingkap bersama kamera - merakam sebanyak mungkin gambar sebagai kenangan sepanjang perjalanan. Abang duduk tanpa berbuat apa-apa. Hanya membuang pandangan ke luar; menikmati alam ciptaan Tuhan sambil memandang anak-anak berbual, berbisik, dan ketawa kegirangan. Abang cuba merapatkan tangan seerat mungkin, melafazkan syukur atas setiap nikmat yang Tuhan berikan - harta, anak-anak, kesihatan, kelapangan, keluarga dan Hara. Abang bersyukur atas setiap detik indah, hidup abang penuh warna dan bercahaya.

Setiap hari abang belajar menikmati alam ini serta penghuni di dalamnya. Abang mahu lebih mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan buat abang. Abang mahu menghirup udara bersih di pagi hari kerana abang tahu sukarnya bernafas bila bergantung pada alat pernafasan. Abang mahu menikmati basahnya rintik hujan, merasai dinginnya kabus di subuh hari, melihat matahari terbit setiap pagi, mendengar kicauan burung di waktu senja dan tentu sekali melihat bulan bintang di waktu malam. Hal-hal ini adalah hal yang kecil tapi besar maknanya buat abang. Bila kita lebih bersyukur, Tuhan kurniakan kita lebih kesenangan. 

Bersyukurlah pada Tuhan kerana Hara masih di beri peluang untuk merasai hidup di atas dunia ini. Terima kasih kerana berkongsi berita dengan abang bahawa bekas tunang Hara, Haffez telah mendirikan baitul muslim tanggal 29 Julai lepas. Abang pasti sedikit-sebanyak Hara berasa sedih kerana dia meninggalkan Hara untuk bina sebuah kehidupan baru bersama orang lain. Ketahuilah sayang bahawa setiap manusia pasti akan berasa sedih di tinggalkan orang tersayang. Setiap manusia di kurniakan hati dan perasaan. Pastilah kita merasa sedih atas kebahagiaan yang lenyap begitu sahaja. Janganlah Hara malu menzahirkan kesedihan kerana ia adalah lumrah kehidupan. 

Hara ada abang. Abang berjanji akan bahagiakan Hara dengan segala kudrat yang abang ada seperti kata Lucas W. “I promise you, I will take you to a place you feel safe. I will make this world feel like a home. I will never allow the world to steal you away from you. I promise you, I will do what it takes to keep your smile happy, heart safe, and your soul loved”. Abang mahu berkongsi hidup dengan Hara, membina dunia kecil kita serba sederhana. Abang mahu meneroka alam ini dan seluruh isi dunia bersama Hara. Abang bercita-cita ingin mendaki Gunung Everest bersama Hara. Kalau kita tak sampai ke kemuncak, menjejak kaki di base camp sudah cukup buat abang. 

Abang selalu ada untuk Hara. Abang mahu menikmati setiap detik bersama Hara. Kita meraikan hidup dengan senyuman, gelak ketawa dan perbincangan-perbincangan sederhana berat. Abang mahu Hara tahu yang abang berasa beruntung mengenali Hara. Abang bersyukur Hara hadir dalam hidup abang. Abang gembira bersama Hara. Abang jatuh cinta bukan kerana rupa paras Hara tapi kerana santun budi yang Hara miliki. Hara memiliki segala-galanya. Di mata abang, Hara begitu sempurna seperti kata F. Scott Fitzgerald “You are the finest, loveliest, tenderest, and most beautiful person I have ever known - and even that is an understatement”




11.30 pagi, 9 Ogos 2017
Winnipeg, Manitoba

Tuesday, August 08, 2017

Amour sans fin




Hara, my darling,

I want to spend the rest of my life exploring love with you. 





August 8, 2017, 9.40 am
Greater Sudbury, Ontario

Monday, August 07, 2017

Rahsia hati

Suatu masa dulu, seseorang yang penting dalam hidup abang pernah berkata bahawa dia mencintai abang sepenuh hati seperti bulan penuh di dada langit. Bulan lepas, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul tanpa tahu asal usul. Abang teringat kata-kata William Shakespeare, “Do not swear by the moon, for she changes constantly. Then your love would also change”. Mungkin kerana pengalaman ini, abang kira kata-kata Shakespeare  ada benarnya. 

Pada 6 Ogos 2017, menurut Hara, bulan melimpahkan seluruh cahayanya membasahi segenap kota raya Kuala Lumpur. Abang kira, setiap insan yang berkasih tenggelam dalam keindahan bulan. Ramai yang memujanya bila di lambung gelora asmara. Seperti mereka, abang juga pernah jatuh cinta rembulan. Setiap malam, tak kiralah di mana sahaja abang berada, abang tak pernah jemu memandangnya. “The moon is a loyal companion”, begitulah sifat bulan menurut Tahereh Mafi. 

Bulan selalu membawa kita menyelak halaman rindu penuh makna. Bulan menyimpan begitu banyak cerita cinta. Bulanlah yang menjadi saksi bahangnya api asmara insan yang sedang berkasih. Bulan juga menjadi saksi perpisahan antara dua hati yang di lambung badai cinta berpisah buat selama-lamanya. Bulan begitu banyak mendengar kita merintah. Bulan turut mendengar tangisan kita merindui seseorang setiap malam. Bulan begitu banyak menyimpan memori duka penuh lara. 

Abang selalu percaya bulan sering membawa kita menjelajah masa lepas. Bulan sering membuat kita ingin meneroka sudut paling rahsia dalam hati kita. Setiap antara kita mempunyai banyak rahsia, rahsia hati yang di pendam begitu lama, rahsia yang tak mahu di kongsi bersama sesiapa. Mungkin saja dengan memandang bulan kita benar-benar berlaku jujur pada diri kita sendiri. Mungkin saja dengan memandang bulan kita tahu hidup kita masih punya harapan di masa hadapan.





Toronto’s Union Station, Canada
10.30 malam, 7 Ogos 2017

Friday, August 04, 2017

Jampi

@Kino. Abang nak buku apa?
+ Nak tidur ni yang. Sini subuh pun belum
_ Lupa! Sorry bang
+ Tu lah dik banyak sangat rindu abang kahkahkah
_ Salah abang jampi kita
+ Takde sape jampi awak
_ E tiru ayat kita! Jahat!

Pleasure

You are my secret pleasure.


August 3rd, 2017, 3.15 pm
Europaweg, Switzerland

Wednesday, August 02, 2017

Nilai sebuah perhubungan

Maafkan abang kerana mengelak beberapa kali bila Hara cuba berbual hal tempoh hari. Bukan abang tak mahu bercakap, abang perlukan sedikit masa untuk redakan kemarahan. Hal kecurangan sangat dekat dengan diri abang. Hara sendiri tahu abang sebolehnya tak mahu ada insan lain dalam dunia ini merasa pahitnya di khianti walaupun abang sedar abang tak mampu berbuat apa-apa. Tempoh hari abang terserempak dengan Zulaikha bersama seorang lelaki. Mereka kelihatan sungguh mesra. Ribut di Kalanggaman Island tempoh hari nampaknya benar bila abang sendiri melihat Zulaikha bermesra dengan lelaki lain sedang ketika ini Ghaz sedang sibuk berkerja di Panama. 

Perasaan ini timbul begitu sahaja. Abang tiba-tiba marah, marah yang teramat sangat. Abang sedih bila mengenangkan Ghaz. Abang tahu hubungan mereka dingin walaupun abang tak bertanya. Ribut dalam secawan kopi tidak dapat di bendung lama. Ghaz beritahu pada Ocio yang Zulaikha sudah minta cerai. Zulaikha mahu Ghaz ceraikannya kerana sudah terang lagi bersuluh, tanpa berselindung - dia sudah bertemu lelaki baru yang mungkin menurutnya jauh lebih baik dari Ghaz. Tidak ada lelaki dalam dunia ini dapat terima jika wanita yang di dampinginya bermain kayu tiga.

Ghaz masih sayangkan Zulaikha. Dia masih mahu selamatkan rumah tangga mereka. Malangnya di pihak Zulaikha, dia tetap dengan keputusan minta di lepaskan. Putusnya satu ikatan merupakan titik paling sukar dalam hidup seseorang. Titik ini merupakan titik hitam yang akan di kenang selagi hayat di kandung badan. Hara perlu tahu dalam sebuah perhubungan, terdapat dua perkara asas yang menjadi tunjang sebuah ikatan. Dua perkara itu ialah kasih sayang dan kepercayaan. Cinta tak akan hadir tanpa kepercayaan. Tanpa kepercayaan, tidak wujud cinta. Tanpanya tidak akan wujud sebuah ikatan bernama perhubungan. Kata orang “The best proof of love is trust”.

Abang tahu dalam sebuah ikatan pasti banyak pertengkaran, perselisihan faham, ketidaksepakatan dan kesukaran untuk saling memberi dan menerima. Tapi itu bukan alasan kepercayaan antara dua hati tidak dapat di bina. Setiap perhubungan akan ada pasang surut. Setiap perhubungan tidak menjanjikan yang manis-manis sahaja. Di sinilah perlunya kematangan setiap pasangan untuk menjernihkan keadaan. Api tak boleh di lawan dengan api. Api harus di padam dengan air. Begitulah sifat kita dalam sebuah ikatan. Kita tidak bertengkar untuk mencapai kemenangan, kita bertengkar untuk mencapai maufakat dalam sebuah perhubungan. 

Perlakuan curang selalu membuat mangsa menjadi benci. Kebenciaan selalu memusnahkan manusia dalam apa juga bentuk sekali pun. Berjaga-jagalah dengan hati kita. Bila hati kita terdetik rasa benci, cinta yang kita bina akan musnah begitu sahaja dalam sekelip mata. Hala tuju hati kita, kemudinya bukan di tangan kita. Hala tuju hati kita, hati kitalah yang menentukan segalanya. Tidak pernah ada paksaan. Abang selalu berjaga-jaga dengan hati supaya tidak terdetik walau sesaat untuk membenci kerana abang tak mahu hanyut dalam arus kebenciaan walaupun hati abang begitu mahu sekali membencinya.

Dalam dunia ini, atas alasan apa sekalipun, manusia dan seluruh isi alam tak akan sama sekali menghalalkan kecurangan walau di beri seribu alasan sekali pun. Perbuatan ini begitu keji sekali di mata masyarakat apatah lagi di mata pasangan yang kita khianati. Hakikat hidup ini, sampai bumi terbelah dua, curang tetap di pandang hina penuh nista. Tidak akan ada manusia waras yang mahu menghormati orang yang berbuat curang walaupun akhlak orang yang di curangi tidak ubah seperti iblis. Begitulah mata masyarakat memandangkan perbuatan curang; tak ubah seperti perbuatan tanpa kata  maaf.

Kita berpijak pada bumi yang sama. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Setiap apa yang kita lakukan pada orang lain kelak akan patah balik pada diri kita. Janganlah kita sakiti hati orang lain kalau kita tak mahu orang lain sakiti hati kita. Dunia ini ada timbal-balik, ada karmanya. Hari ini kita berbuat curang. Esok lusa kita pula yang jadi mangsa kecurangan. Kita tak tahu apa pula takdir yang menunggu untuk kita di masa akan datang. Jika kita tidak bahagia, berpisahlah secara baik. Jangan di sakiti hatinya, jangan di hancurkan kepercayaannya. Ketahuilah nilai sebuah perhubungan tidak dapat di hitung dengan wang emas.


The most damaging aspect of abuse is the trauma to our hearts and souls from being betrayed by the people we love and trust. — Anonymous





Jungfraubahn, Switzerland
2 Ogos 2017, 11.10 pagi

My favorite person

Berapa orang?
+ Tak pasti lagi
_ Nervous kita
+ Mengadalah
_ Abang mana tahu
+ Paling-paling pun dalam 25 buah kereta je
_ Seriuslah
+ Laa iye. Betul
_ Kenapa ramai sangat?
+ I want everyone to meet you. You’re my favorite person of all time
_ Tak tahu nak jawab apa. Speechless
+ Good. Kurang sikit bebel hahaha
_ Kalau bapak dia pandai menjawab anak nanti tak tahulah
+ Fikir anak dah? Hahahaha
_ Suka buli kita. Benci!

Tuesday, August 01, 2017

Rombongan

+ Lama kita tak mesej lama-lama. Dekat seminggu
_ Rindu eh
+ Tak pun
_ Eleh. Rindu malu nak mengaku
+ Kita sedap je usha makwe sini. Tak sempat rindu nak putik
_ Poyolah abang ni
+ Hahaha mengata je kan. Hantar rombongan baru tau
_ Eleh hantarnya tidak
+ 2.9 nanti sampailah
_ Eleh tak caya
+ Iye. 2.9. Masak sedap-sedap tau hahaha
_ Awak serius ke?
+ Kata suruh hantar rombongan. 2.9 nanti sampailah
_ Awak gurau eh. Tak kelakarlah
+ Laa kita punya serius dia tak percaya pulak
_ Ish betul ke?
+ Tanyalah parents awak kalau tak percaya
_ Kita selalu lambat. Menyampah
+ Yelah. Dah betul parents kena tahu dulu. Awak apa je tahu. Awak tahu sayang saya je
_ Eeeee perasannya
+ Hey sweetheart. Wanna marry me?
_ Tak hingin kita
+ Hahahaha sabar je la