Thursday, June 29, 2017

Little things

10. 15 pagi
(Phone call)

Hi chocolate. Buat apa tu?”
“Kerja”
“Dah kerja? Orang lain semua cuti lagi”
“Banyak file nak review
So, how was your first day? Okey ke?”
“Tak okey”
“Laa kenapa? Apa dah jadi?”
“Nantilah H cerita”
Okay then. Ada apa-apa roger saya”
“Okey”


_

1.20 tengah hari
(Phone call)

Hye thanks for Baskin-Robbins”
“Dah sampai eh?”
“Licin dah”
“Feel much better?”
“Yeah. Thanks love. I truly appreciate your effort ”
“Cair dah eh? Tu baru sikit. Baru mukadimah hahahaha”
“Mukadimah eh”
“Ye, baru sikit je tu. Sedap ke ais krim?”
Of course sedap”
“Okey dah?”
“Yup”
“Jangan stres lagi eh”
“Okey”
Alright. Ary dah panggil. Nanti saya call lagi”
“Okey sayang”
“Waaaaaaaah! Tak tidur malamlah macam ni hahahaha”
“Eeeeee!”
“Hahahahahaha” 


_

11.45 malam
(SMS)


+ Baca surat cinta ke?
_ Mana tau ni? Mengendap kita ye
+ Taklah. Kita pasang CCTV dalam bilik awak
_ Gatal
+ Biasalah, laki
_ Majlis dah habis?
+ Dah. Puas jamu mata tengok perempuan menari Sunda
_ Awak memang suka tengok perempuan eh
+ Ha’ah. Saya suka tengok perempuan terutama awak
_ Scary-lah sayang
+ Waaaaah sayang lagi! Dua malam la tak tidur macam ni
_ Eeee malas layan

_

1.24 pagi
(SMS)

+ Ehem tak boleh tidur
_ Kenapa?
+ Ehem. Siang tadi ada orang panggil saya sayang
_ Mengada
+ Mengada dengan bakal isteri tak apa
_ Siapa je nak kawin dengan awak
+ Okey saya cari isteri lain
_ Sumpah I cekik you hidup-hidup
+ Sumpah I sayang you seumur hidup
_ Sumpah geli
+ Sumpah ehem sumpah apa eh hahahaha
_ Are you having a good day so far?
+ Yes I am
_ Awak tak nak tidur ke?
+ Tak nak
_ Kenapa tak nak?
+ You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams. (Dr. Seuss)
_ Sweet talker
+ Cair lagi ke?
_ Tak pun
+ Eleh. Buat apa ni belum tidur?
_ Baca file. Awak?
+ Kita dengan abang-abang kita nak skodeng pengantin hahahaha
_ Awak kawin nanti awak pun kena skodeng. Padan muka
+ Bukan saya je kena. Awak pun. Sebab awak kawin dengan kita hahaha
_ Siapa nak kawin dengan awak entah
+ Eleh tak nak dengan kita tapi elok je layan kita tengah malam buta ni. Opss kantoi hahaha
_ Jahatnya!

Wednesday, June 28, 2017

Kerinduan selalu mencuri lena kita

Abang di Lombok. Aladin akan bernikah pagi nanti. Semua ahli keluarga sudah mula berkumpul sejak dari siang tadi. Nampak saja muka abang, baik Ocio, Kak Ain, Ary mahu pun Petpet terus bertanya tentang awak. Abang kata awak akan berkahwinan tak lama lagi. Abang katakan awak sudah mulakan hidup baru. Abang rasa Ocio sayang betul dengan awak. Dia tanya “S macam mana? Dia sihat?”. Ary kata “Sudahlah bergaduh. Macam budak-budak. Pergilah pujuk”. Petpet cakap “Kau ni pun samdol. Kau nak tunggu apa lagi. Pergilah cari si S tu”. Kak Ain tanya “Buah hati pengarang jantung jiwa raga kau macam mana sekarang?”. Abang kata “She's better off without me”.

Ary minta handphone abang. Dia kata nak SMS awak. Abang tak bagi. Lagipun abang tak simpan nombor awak dalam senarai phone book. Ary kata dia rindu awak. Dia kata awak best. Dia cakap susah nak dapat adik ipar macam awak. Hari ini semua orang asyik bercakap tentang awak. Abang tak tahu nak balas apa. Abang sendiri tak tahu nak buka mulut beritahu yang abang sudah ada H. Semua orang bercakap tentang awak. Abang fikir sekarang bukan waktu yang sesuai untuk buka cerita tentang hal baru. Biarlah dulu. Abang tak bagitahu awak ya bahawa abang sudah ada orang baru. Namanya H, berumur 29 tahun. Tinggal di Sri Hartamas. 

Abang tak tahu istilah yang sesuai untuk gambarkan abang dan H. Kami bukan couple tapi abang rasa dia dah abang tahu apa namanya ikatan ini. Abang sudah berjumpa keluarganya minggu lepas. Abang belum hantar rombongan lagi. Mungkin lepas balik dari bercuti abang akan minta keluarga di Johor masuk meminang. Kalau semuanya berjalan lancar, abang bercadang ingin simpulkan dua hati pertengahan tahun depan. Tahun ini tak sempat rasanya, terlalu tergesa-gesa. Lagipun tak ada apa yang perlu di kejarkan. Perlahan-lahan, follow the step. Abang jumpa dia di Kino. Cantik orangnya, tinggi, langsing dengan barisan gigi yang teratur. Cuma dia tak miliki tahi lalat seperti awak. 

Cinta abang dengan H tak seperti cinta kita - panas, berapi dan berahi. Kita terasa bahangnya cinta. Abang rasa cinta abang dan dia bersifat monotonous. Ini cinta yang baru. Belum tumbuh sempurna, kata orang masih menanam benih, masih mencari kata sepakat. Tak ada bulan bintang, tak ada lautan api, tak ada gunung-ganang, tak ada ribut petir, tak ada onak duri. Cinta kita ada segalanya. Cinta abang dan H, cinta yang baru. Belum di duga ribut petir. Semuanya serba sederhana. Abang malah tertanya-tanya adakah ini di namakan cinta kerana sifatnya yang serba sederhana. Orang kata cinta ada pelbagai rupa dan warna, perlu di pupuk dan di baja agar ia tumbuh sempurna. 

Jam sudah 3.01 pagi. Abang sebenarnya terjaga dari tidur. Tidur abang terganggu dengan bayangan awak. Awak rindukan abang? Kenapa abang terasa seperti awak memanggil nama abang? Mungkin hanya perasaan. Mungkin abang yang perasan. Sudah tiga malam abang tak dapat tidur dengan lena. Semalam, ketika terjaga abang ambil telefon dan dail nombor awak. Realiti membuat abang menekan butang merah. Kita tak mungkin berbual panjang di telefon. Abang tahu. Abang patut sedar tindakan yang abang ambil adalah salah. Abang cuma mahu telefon dan bertanya “Awak okey? Sudah tiga malam saya rasa gelisah sebab awak. Kalau tak okey, saya ada”. Kerinduan selalu mencuri lena kita.

Awak tahu tak, kalau ikutkan hati, abang mahu saja culik awak dan bawa lari. Abang mahu saja kurung awak. Abang mahu lenyapkan awak dari muka bumi ini supaya semua orang anggap awak sudah mati. Biar awak jadi milik abang sepenuhnya. Tapi akal abang masih waras. Abang tak mahu lukakan hati ibu dan ayah. Abang tak mahu ibu dan ayah sedih atas kehilangan awak. Abang tak mahu ibu ayah derita. Abang tak sanggup lihat seorang ibu bersedih kehilangan anak. Cinta itu sifatnya membebaskan. Jadi abang bebaskan awak dari roh abang. Abang lepaskan awak agar awak menjadi permata buat ibu dan ayah. Cinta abang pada awak rebah bila berdepan kasih sayang seorang ibu pada anaknya.

Selamat malam, sayang. Tidurlah dengan lena, abang ada.

_

“I can write the saddest poem of all tonight.

Write, for instance: "The night is full of stars,
and the stars, blue, shiver in the distance."

The night wind whirls in the sky and sings.

I can write the saddest poem of all tonight.
I loved her, and sometimes she loved me too.

On nights like this, I held her in my arms.
I kissed her so many times under the infinite sky.

She loved me, sometimes I loved her.
How could I not have loved her large, still eyes?

I can write the saddest poem of all tonight.
To think I don't have her. To feel that I've lost her.

To hear the immense night, more immense without her.
And the poem falls to the soul as dew to grass.

What does it matter that my love couldn't keep her.
The night is full of stars and she is not with me.

That's all. Far away, someone sings. Far away.
My soul is lost without her.

As if to bring her near, my eyes search for her.
My heart searches for her and she is not with me.

The same night that whitens the same trees.
We, we who were, we are the same no longer.

I no longer love her, true, but how much I loved her.
My voice searched the wind to touch her ear.

Someone else's. She will be someone else's. 
As she once belonged to my kisses.
Her voice, her light body. Her infinite eyes.

I no longer love her, true, but perhaps I love her.
Love is so short and oblivion so long.

Because on nights like this I held her in my arms,
my soul is lost without her.

Although this may be the last pain she causes me,
and this may be the last poem I write for her.”


― Pablo Neruda





Lombok, Indonesia
3.33 pagi

Masa bersama keluarga

Kalau di buat perbandingan (kerana manusia suka membanding), Bali lebih cantik dan menawan. Bali sungguh sempurna berbanding Lombok. Kata Aladin, dia dan bakal isterinya sengaja memilih Lombok kerana Lombok tidak begitu ramai pengunjung, jalan rayanya tidak banyak kenderaan dan suasananya lebih segar. Kata mereka, Bali sudah terlalu cliché untuk sebuah majlis perkahwinan. Mereka memilih konsep ringkas sahaja. Tetamu yang di jemput hanya ahli keluarga terdekat dan sahabat handai. Di anggarkan sekitar 180 sahaja yang hadir pada majlis resepsi jam 8 malam esok. “Majlis sederhana saja, bang” kata Aladin. 

Hampir semua sudah ada. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang belum menampakkan muka. Malam ini akan di adakan majlis doa selamat yang serba ringkas. Selain hari raya, majlis perkahwinanlah yang mempertemukan kami adik-beradik. Keluarga yang besar, masa lapang yang berbeza antara satu sama lain namun kerana komitmen pada keluarga, selalunya korum keluarga penuh. Jarang ahli keluarga tidak menghadirkan diri. Ketika majlis inilah pelbagai cerita (selalunya gosip) meliar di sana sini. Ketika inilah masing-masing “mengemaskan data peribadi” kepada ahli keluarga yang lain.

Sempat berbual ringkas dengan Ocio tentang geografi kediaman barunya di Jerman. Ocio sudah berpindah dari Paris, Perancis ke Lüneburg, Jerman. Ocio kata tak ada sebab khusus dia berpindah, sekadar ingin merasai keindahan hidup di tempat baru. Dia masih berkerja sebagai juruterbang, baru sahaja menyambung kontrak untuk 5 tahun lagi. Di waktu lapang, Ocio suka memasak. Katanya, banyak tempahan yang di terima Ramadan lalu. Tak menang tangan menyiapkannya. Ocio pandai masak cookies! Tak hairanlah kalau ramai yang membuat tempahan. “Cookies abang sado ke Ocio?”. Dia hanya tersenyum. 

Kak Ain sampai lebih kurang jam 5 petang. Banyak yang di carutkan, seperti biasa. Petpet, Arygendut sampai lebih awal. Petpet datang dengan isteri lama, sudah rujuk katanya. Ary datang dengan kedua-dua isterinya. Dengan kehadiran kedua-dua isteri, nampaknya Ary akan jadi ikon poligami yang baru. Tak sangka Ary akan berpologami. Benar, siapa pernah menduga yang Ary akan bernikah dua. “Dia tak jaga makan minum aku. Aku kawin lain. Tak payah pening-pening”. Alasan paling mudah dan ringkas bila di tanya “Apa hal bro kau kawin dua. Bini sikit punya cantik pun tak cukup lagi ke?”. Berpoligami bukannya mudah dan doalah agar saya kekal duduk dalam cinta dengan yang satu sahaja. 

Hari ini semua orang berkumpul dan moleklah kiranya hajat yang sekian lama bertangguh di buat hari ini. Agak malang bila mempunyai keluarga yang besar tapi tak mengenali antara satu sama lain. Anak-anak saudara juga semakin ramai dan ada di antaranya tak pernah kenal apatah lagi mengetahui sedikit-sebanyak latar belakang mereka. Bulan Syawal, pesan arwah Ummi adalah bulan untuk mengeratkan tali siraturrahim yang renggang, mencantumkan yang terputus, memaafkan pada yang buat salah, meminta maaf jika tercacat-cela di sana-sini. Mulai hari ini bolehlah memperluas tali silaturrahim yang tertangguh.

No family is perfect - we argue, we fight. We even stop talking to each other at times, but in the end, family is family. The love will always be there. 

Anonymous




Lombok, Indonesia
7.01 malam

Tuesday, June 27, 2017

Home is wherever I'm with you.

Agaknya H, cinta kita bergerak perlahan sahaja, benar-benar perlahan. Satu langkah demi satu langkah. Kita tak berbual panjang di telefon. Kita juga tak berbalas pesanan ringkas hingga berjam-jam lamanya. Paling lama kita berSMS setakat ini cuma 10 minit. Kita barangkali masih memberi peluang pada diri untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru, pertalian baru, kepercayaan baru dan cinta yang baru. Kita adalah insan yang terselamat dari lohong hitam akibat cinta. Kita adalah manusia yang mahu terus melangkah membina impian kecil di dunia ini. Kata orang “Leave the past behind. It's time to move on to bigger and better things”.

Saya tahu H masih enggan membuka terlalu banyak ruang untuk saya. Saya tahu H takut terluka lagi. Saya pun begitu. Saya sendiri masih berjaga-jaga agar tidak terluka dan melukai orang lain. Keengganan kita membuka ruang mungkin sahaja kerana masanya belum sesuai atau mungkin saja kerana kita rasa, mimpi yang buruk itu harus saja kita lupakan - tak mahu berkongsi, enggan berbagi. Setiap dari kita punya penyesalan tertentu. Setiap dari kita ingin menebus sesuatu dari masa lepas. Setiap dari kita mahu menulis semula masa silamnyaa tapi masa silam tidak dapat di tulis semula. You can’t rewrite the past. 

Good morning Imran”
Good morning, Lavender

Saya tak sangka pagi ini saya terima SMS dari awak. Saya tahu tentulah agak lama selepas kita kenal barulah awak akan hantar SMS pada saya. Saya silap. Pagi ini saya terima pesanan dari awak. Walaupun ia kecil, sekecil “Good morning”, saya tetap sukakannya. Ia buat hati saya girang. Hari Selasa, seperti hari-hari yang lepas, saya ke Kino berharap berjumpa awak, melihat redup mata awak sungguh membahagiakan apatah lagi jika terlihat senyuman manis yang terukir di bibir. Saya balik ke rumah dengan perasaan yang sukar di ungkap. Hari ini saya tidak ke Kino, awak juga tidak ke sana. Ah! Saya sudah mula rindukan pertemuan kita di kedai buku itu. 

Langsung saya ke kedai bunga yang berhampiran. Menempah sejambak bunga ros buat awak. Bersama bunga, saya tuliskan serangkap pantun di kad.

Seri Rama raja di tasik,
Pandai tenun panca ratna;
Bagaimana hati tak kasih,
Baru berjumpa bijak laksana.

Saya pilih ros kerana antara banyak bunga yang ada di dunia ini, bunga itu yang memikat hati sejak dulu lagi. Kemudian, saya menggilai orkid, kerana saya pernah jatuh hati pada Perempuan Orkid. Cinta mudah buat kita jatuh hati pada perkara-perkara yang tidak di sangka. Baik ros mahupun orkid, setiap bunga mempunyai warna, bau dan rupanya yang tersendiri. Silap kita adalah suka membandingkannya. Perempuan sama seperti bunga, ia mekar dengan caranya yang tersendiri dan tidak boleh di banding-bandingkan. Kata Miranda Kerr “A rose can never be a sunflower, and a sunflower can never be a rose. All flowers are beautiful in their own way, and that's like women too”. 

Saya tak mahu terlalu gelojoh menetapkan tarikh perkahwinan kita. Saya malah belum memikirkan tarikh yang sesuai. Kita juga setakat ini belum lagi berbual tentang kediaman yang akan kita duduki setelah berkahwin nanti. Saya bercadang ingin berpindah ke Mon’t Kiara tahun depan tapi nampaknya suasana di Bukit Tunku masih nyaman dan penuh nostalgia. Saya juga tahu H sudah beli rumah di Damansara Heights. Kita tak punya masalah tentang kediaman kerana saya flexible orangnya. Saya boleh tinggal di mana-mana sahaja dari utara hinggalah ke selatan asalkan bersama awak. Home is wherever I'm with you.

Sunday, June 25, 2017

H & I

“What took you so long?”
“I’m afraid”
“What are you afraid of?”
“I'm afraid of losing you even you're not mine”

_

“Do you think I still have a chance?”
“How can I resist you?”
“What's that supposed to mean?”
“Yes, I do”
“Could you repeat, please?”
“You hear my word”
“Takut tersalah dengar”
“You have my word”
“Pergi kedai buku bukan nak beli buku. Nak tengok saya kan”
“Perasannya”

_

Our first conversation. Our first phone call. …and you say, yes, I do.




25062017, 10.45 malam
Sentosa Island, Singapore

Saturday, June 24, 2017

Malam raya penuh emosi

Malam tadi sewaktu semua orang sedang sibuk mengemas rumah, abang teringatkan awak. Dulu, kalau malam raya, awak yang paling sibuk; kemas rumah, mop lantai, cuci pinggan, dan sediakan persiapan hidangan untuk esok. Awak penat dan kadang-kadang kita gaduh tentang hal-hal kecil kerana abang tak matang. Setiap kali tiba hari raya, abang selalu terkenangkan awak. Awak yang paling manis, pandai memasak, rajin mengemas. Awak tak suka lantai berminyak, melekit, tong sampah penuh. Kemudian, bila tiba waktu senggang, kita selalu bergosip tentang kak ipar awak yang pemalas.

Waktu abang sedang melihat langit, Umar datang dan tanya soalan lazim setiap kali tiba hari raya “Kesian mama kalau mama kerja esok. Esok raya”. Abang kata “Nak buat macam mana mama kan doktor. Pesakit mestilah perlukan doktor”. Dia angguk tanda faham. Kemudian, selang jeda yang panjang Umar kata “Mama raya dengan siapa tahun ni daddy? Kita rayalah dengan mama. Adik rindu mama”. Lama abang fikir jawapan yang sesuai, “Mama raya dengan Tok dengan Neneklah. Tahun ni mama kawin. Tahun depan mama dah ada geng nak raya”. Abang lihat mata dia berkaca. 

Dia diam. Abang pujuk dia “Tahun depan Umar raya dengan mama baru”. Dia pandang muka abang “Adik tak nak mama baru. Adik nak mama. Mama baru tak sama dengan mama. Kalau mama baru tak sayang adik macam mama sayang adik macam mana daddy?”. Abang sendiri tak ada jawapan untuk tenangkan hati dia tapi abang tetap cuba “Daddy pun nak mama tapi tak boleh. Mama dah ada uncle baru. Jadi daddy kena lepaskan mama. Hidup tak berjalan macam yang kita rancang. Umar pun kena terima mama tetap ada dalam hati kita, bukan dalam hidup kita”

Dan dia menangis, teresak-esak. Mata abang berkaca, cuma menahan sebak sekuat mungkin. “Adik rindu mama. Adik sedih adik tak ada mama. Kawan adik semua ada mama. Kita pujuklah mama, daddy”. Nampaknya dia masih tak putus asa, cuma tak di ungkapkan. Hanya di simpan dalam hati. Sedang berbual, Huda datang “Daddy, kena adik menangis?”. Abang hanya senyum “Tak ada apa. Umar sedih sebab lepas raya ni mama nak kawin”. Mula-mula mata Huda berkaca, perlahan-lahan air matanya membasahi pipi. Dia turut menangis, kesedihan yang sukar di bendung. 

Ini adalah malam raya yang paling beremosi. Umar tanya “Mama pakai baju raya warna apa, daddy?”. Abang kata abang tak tahu sebab kita sudah lama tak berhubung. Tahun lepas abang dan anak-anak beraya dengan tema biru, sky blue. Tahun ini warna hijau mint. Abang beritahu anak-anak tahun ini adalah tahun akhir awak beraya tanpa orang istimewa. Tahun depan sudah berdua, mungkin bertiga. Wajah mereka mendung. Abang tahu mereka sedih. Abang juga sedih tapi hidup adalah satu realiti yang tak dapat di tepis. Hidup adalah kenyataan untuk kita laluinya dengan tabah dan berani. 

Begitulah malam raya kami anak-beranak, penuh emosi, cuba memahami dan menjadi matang. Anak-anak selalu tanya tentang awak. Awak juga tentu rindukan mereka tapi apakan daya, takdir tidak menulis kita menjadi sebuah keluarga selama-lamanya. Hari raya adalah hari penuh kegembiraan. Keluarga kita tak lengkap tanpa awak di sini. Abang harap lebaran kali ini lebih baik dari sebelumnya. Moga lebaran kali ini merupakan lebaran kali terakhir kita bersedih. Awak akan mulakan hidup baru, abang pun begitu. Kita akan melangkah ke destinasi yang sama cuma dengan jalan berbeza. 


Selamat hari raya, sayang. Moga yang indah-indah saja buat awak. 

_


At this moment in time, you have a new favorite song. I have a new favorite color. You have a new love in your heart. I have a new hopeful hand to hold. We have so many new things to learn, to catch up with, but we never once forget the fire we both had when we still had each other.

― Lukas W





24062017, 9.22 malam
Kota Singa

Friday, June 23, 2017

Sambutlah kasihku

H,

Saya masih tak tahu mulakan perbualan. Berkali-kali saya taip, berkali juga saya padam. Jam sudah pun menginjak ke angka 4.20 pagi. Alhamdulillah, pagi tadi semuanya berjalan seperti yang saya rancangkan. Saya melangkah masuk ke kediaman awak jam 10.15 pagi. Kedatangan saya di sambut mesra oleh ayah awak. Dia tak sangka saya datang, saya tahu. Dia bertambah tak sangka bila saya katakan yang saya berminat untuk menyunting awak sebagai isteri saya. Dia tanya bila kita berkenalan. Saya jawab “Belum lagi uncle. Tunggu green light dari uncle dengan auntie dulu”. Mereka senyum. 

Tentu saja uncle dan auntie bercerita sedikit-sebanyak tentang diri awak, kerjaya awak dan sudah tentunya soal peribadi awak. Maaf jika kedatangan saya tidak di undang. Saya barangkali sudah puas menepis bayangan yang datang setiap kali saya terjaga dari tidur. Lewat kebelakangan ini jendera saya selalu di ganggu wajah manis awak. Sudah dua kali sebenarnya saya sengaja bertangguh ke rumah awak. Saya takut dengan bayangan sendiri atau mungkin saya risau saya hanya terpesona dan bukannya jatuh cinta. Semalam saya nekad ke rumah awak setelah saya benar-benar pasti dengan suara hati saya.

Benarlah, saya terpesona dengan awak. Itu saya akui. Tanpa berselindung saya akui bahawa saya jatuh cinta, terpesona, tertawan dengan diri awak, sepenuhnya. Awak sungguh cantik. You’re the most beautiful woman in the world dan mata nakal saya tak dapat melarikan diri dari memandang awak walaupun saya kerap cuba larikan pandangan. You’ve a very beautiful lips. Not to mention that your body shape so in sexy curvy. Jahat kan mata saya? Sepanjang saya memerhatikan awak, awak tak pernah berpakaian mencolok mata mahupun seksi tapi harus saya jujur mata lelaki saya tak dapat menahan pandangan dari memandang awak. 

Saya malah cuba meneka-neka ketinggian dan berat badan awak. Saya juga sebenarnya cuba meneka-neka betapa rampingnya pinggang awak. Rasanya tekaan saya hampir tepat dan tak tersasar jauh. Ya, saya tahu saya jahat. Mata saya liar. Saya tahu kelemahan saya paling ketara ialah sukar menahan pandangan. Saya juga maklum awak bukan sahaja cantik luran malah sempurna ilmu dan pengetahuan seperti kata Nabi Muhammad “There is no beauty better than intellect". Itulah maksud kecantikan yang sebenarKecantikan rupa cuma bonus buat saya. Saya dambakan hati nurani awak. Kecantikan tak mampu bawa manusia ke mana-mana tapi jiwa yang luhur mampu mengubah dunia. 

H,

Besar hati saya jika awak sudi terima saya dalam hidup awak. Saya tahu saya bukan lelaki pertama yang hadir dalam hidup awak dan awak juga bukan wanita pertama hadir dalam hidup saya. Hati kita pernah hancur berkecai. Jiwa saya pernah luluh seperti awak. Kita sama-sama pernah merasa kepahitan tapi itu tak bermakna kita tak mampu bangun dan cuba meraih kebahagiaan. Awak pernah baca novel Haruki Murakami berjudul Norwegian Wood? Terdapat satu dialog dalam novel itu yang saya suka; “What happens when people open their hearts?" jawapannya, "They get better”. Kata Adam Silvera dalam More Happy Than Not, “Happiness comes again if you let it”

Menurut kedua ibu bapa awak, mereka tak ada masalah untuk terima saya. Saya yang minta mereka tanyakan pada awak. Saya mahu persetujuan dari awak. Saya tak mahu ikatan atas keterpaksaan. Awak yang akan abadikan seluruh hidup awak dengan saya. Awaklah yang berhak membuat keputusan sama ada mahu menerima lelaki penuh cacat-cela ini atau sebaliknya. Saya lelaki yang memandang tinggi pada perempuan dan saya bukan seorang yang sexist. Hala tuju hidup dan masa depan awak, kuncinya di tangan awak. Kalau awak terima saya, riangnya tidak terkata. Jika sebaliknya, saya terima dengan redha. Saya mahu yang baik-baik saja untuk awak, buat kita.

Hati yang terluka adalah asbab dari cinta yang kita berikan pada insan lain. The more you love, the more you suffer. Bila kita beri seluruh apa yang kita ada, lukanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. H, percayalah, tak ada kata yang mampu mengungkapkan kesakitannya. Saya pernah melaluinya. Saya tahu sakitnya di lukai, di curangi, di dustai. Saya tahu pedihnya bila kita di campak begitu sahaja. Saya tahu segala-galanya. Luka kita tak pernah sembuh. Kita cuma belajar hidup dengannya. Kita memaafkan tapi tak pernah melupakan. Saya mahu jadi cahaya dalam hidup awak. Saya mahu menerangi seluruh hidup awak. Berikanlah saya satu peluang. 

Saya mengimpikan awak hidup bersama saya. Kita akan bina hidup bersama-sama. Kita akan mengira bintang di langit tanpa jemu. Kita akan harungi perjalanan hidup yang penuh berliku. Saya akan belajar menyintai setiap kelemahan awak dan awak akan belajar menerima setiap cacat-cela yang ada pada diri saya. Kita akan mengubah diri kita menjadi lebih baik. Kita akan mencipta dunia kecil kita menjadi lebih indah. Saya akan mewarnai hidup awak dan awak akan menjadi pelbagai warna dalam hidup saya. Kita akan bercinta hingga hujung usia, hingga akhir nyawa, hingga ke syurga. Ambilah sebanyak masa yang diperlukan, saya menunggu dengan penuh debar di dada.





Ikhlas,
Bakal suami
Kenny Hills - Melaka 

Thursday, June 22, 2017

Gemuruh di jiwa

الحمد لله
Everything went well.

Wednesday, June 21, 2017

Mine happens to be you

“Hi quarterback”
“Hai Min”
“Luka you macam mana?”
“Okey dah. 9 jahit je. Bukan banyak pun”
“9 je. 9 je kan. 9 je pun. 9 je”
“Hahahahaha dah lah perli”
I risau tau”
“Tahu. Pakwe baru okey ke?”
“Yang mana satu eh?”
“Yang botak berjambang halus tu hahaha”
“Oh dia tu okey tapi tak fun langsung. I tengah cari alasan nak break up
“Sebab dia botak ke hahahaha”
You ni kan suka kutuk pakwe-pakwe I
“Pakwe-pakwe sangat. Muda lagi dah botak”
“Makwe you okey ke?”
“Makwe ramai. Makwe mana?”
“Menyampah tau I borak dengan you ni”
“Eleh sejak ada pakwe botak reti menyampah. Dulu tak pun”
“Botak handsome what
“Yelah. Simpan dalam lemari
“Luka you dah sembuh ke?”
“Luka mana satu?”
“Banyak ke?”
“Hati pun terluka jugak hahaha”
“Perut you lah”
“Dah okey”
“No boxing okay”
“Yes ma’am”
“No fencing”
“Alright ma’am”
No polo, no horse riding, menembak ke memanah ke tak payah. Stay at home and rest
Alright Jules. Tak payah risaulah. Dah biasa luka macam ni”
You memanglah semuanya biasa. Girls around you tak biasa including your ex. You tahu tak penat tau risau orang tersayang ni”
“The same point she told me before”
“Sorry dearest”
“It’s okay. You got the point”
“You keep moving. She will always behind your back”
“Orang nak kawin dah Min lepas raya ni. Nama aku pun dia tak ingat dah kot. Biarlah. Benda dah lepas”
“In every girl’s life, there is a guy she will never ever forget”
“Every guy too”
“Each girl has that one guy she will never lose feelings for. Mine happens to be you”
“Min…”
“I’ll always care for you. I love you. I will always love you. I…”

Monday, June 19, 2017

Bad temper

You should know everything, have a price and everyone have limits.

Saturday, June 17, 2017

Pejuang cinta

Menghitung tibanya hari raya samalah seperti mengira baki hari-hari terakhir awak bakal di ijab kabulkan. Menunggu hari bahagia sangat menyenangkan. Abang harap semua persiapan berjalan dengan baik. Perkahwinan adalah hari yang paling di nantikan. Ia adalah permulaan detik baru dalam hidup seseorang. Perkahwinan mengikat dua insan menjadi satu. Berkongsi segala rasa dan rahsia. Perkahwinanlah yang menjadikan hidup seseorang lebih bermakna. Keterujaan hidup bersama insan yang kita sayangi menjadikan hidup kita lebih memberi erti. Cinta menjadikan hidup kita lebih dari sekadar hidup. Cinta sering menjadikan kita seorang pejuang, pejuang cinta.

Abang tak pernah menyesal mengenali, mencintai dan memberi seluruh jiwa dan raga abang pada awak. Nasihat Mark Twain,“Never regret something that once made you smile”. Hal yang lepas sangat memedihkan namun kepedihan dan kelukaan adalah sebahagian dari kasih sayang. Jika kita tak pernah berkasih, kita tak mungkin terluka. Bercinta menjadikan kita kaya dengan sifat kasih sayang, kelembutan dan kehalusan budi. Bercinta menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya. Bercinta malah menjadikan kita seperti insan yang baru di lahirkan dengan sifat-sifat terpuji. Begitulah sifat cinta; menjadikan manusia bersifat halus. 

Perkahwinan bukanlah titik terakhir dalam percintaan. Perkahwinan adalah detik permulaan kepada sebuah percintaan. Perkahwinan yang kekal lama dan bahagia memerlukan percintaan yang berterusan. Tanpa cinta, kita tak mungkin kekal bahagia. Percintaanlah yang membuat kita mahu hidup seribu tahun lagi. Percintaanlah yang membuat kita mahu merentas lautan, meredah Sahara. Percintaan adalah segala-galanya buat kita. Insan yang bercinta adalah insan yang beroleh keuntungan dalam dunia ini. Dunia ini milik orang yang bercinta. Tak ada keraguan dalam bercinta, tak ada yang mustahil dalam percintaan seperti kata Anthony Liccione “Love makes everything possible”.

_

Doa abang, agar awak bahagia hingga hujung nyawa. Abang mahu awak bercinta sepenuh hati. Awak beruntung kerana menemukan seseorang untuk di cintai. Tuhan masih berikan awak rasa kasih dan sayang untuk di kongsi bersama insan lain. Dia yang menerima awak dengan penuh cacat-cela dan segala kelemahan yang ada pada awak, dia yang menyintai perca-perca terbaik yang ada pada diri awak, dia yang berikan seluruh hidupnya untuk hidup bersama awak. Terima dia sepenuh hati, terima seluruh kekurangan yang ada pada dirinya. Binalah mimpi, bercintalah sampai ke syurga. Jangan pernah berhenti bercinta.

Kerinduaan yang ada masih mendalam walau sekadar sisa. Kerinduan yang ada sukar di pendam malah tak mampu di zahirkan. Kerinduan ini tak terungkap, sungguh menyeksakan. Merindui seseorang selalunya menyenangkan walaupun batinnya hanya kita sahaja yang tahu. Kerinduan selalu membuat kita mengenang masa lepas yang penuh warna-warni seperti kata Dante Alighieri “There is no greater sorrow than to recall a happy time when miserable”. Kerinduan juga selalu membuat kita berhati-hati dengan masa hadapan. Kerinduaan membuat kita menaakul dengan lebih mendalam tentang kemahuan sebenar kita seperti pesan Saadi “You should know exactly what it is that you want”. 

Awak tahu apa yang lebih memedihkan? Hidup kita terhenti di masa lalu. Kita menyesal kerana tidak mengambil peluang, kita menyesal kerana tak begitu mengendahkan, kita menyesal kerana tidak berbincang dan kita menyesal kerana saling melepaskan. Abang selalu menyesal kerana jarang memuji kecantikan awak misalnya, memberi awak pengiktirafan. Abang hanya memuji awak di sini, di memo-memo dan kertas-kertas kosong. Abang tak pernah luahkan. Abang tak pernah luahkan secara berhadapan betapa abang pernah menjadi lelaki yang paling beruntung kerana memiliki perempuan seperti awak. Dan sekarang abang ralat kerana tidak pernah luahkannya.

Love really does make everything beautiful, from the inside out.

Jan Denise




The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak
Sebelum maghrib

Friday, June 16, 2017

MLM

“I don’t mind leaving medical” begitulah kata Affa apabila kami berjumpa semalam. Affa mungkin akan tinggalkan kerjayanya sebagai doktor jika dia membuat keputusan mengikut suaminya ke UK untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Saya kata “Kenapa tak jadi MO? Tak pun sambung MA dekat sana?”. Kata Affa, dia lebih rela berada di perpustakaan membaca dari berkerja di wad. Perpustakaan di sana sungguh menakjubkan dengan pelbagai khazanah ilmu. Dia perlu buat keputusan sebaik mungkin jika dia mahu menyambung pelajaran - bukan senang katanya.

Affa bercerita tentang rakan-rakannya yang sudah hilang minat setelah bergelut dalam bidang ini. Ramai antara mereka hanya mahu habiskan kontrak dan berhenti dari menjadi seorang profesional bergelar doktor. Jadual kerja yang padat dan memenatkan mungkin antara faktor mereka mengambil keputusan untuk beralih ke bidang MLM. Ya, banyak doktor terjerumus ke bidang MLM ini. Nampaknya hal doktor terjebak dengan skim MLM masih berleluasa. Mungkin MLM merupakan escape plan untuk mereka melarikan diri dari bidang yang memerlukan kudrat yang tiada tolak bandingnya. 

Sejak berpisah, saya tidak lagi mengetahui hiruk-pikuk dunia perubatan. Apatah lagi antara adik-beradik, tiada seorang pun antara kami yang mahu menjadi doktor. Agaknya, kami terkesan kerana melihat kesibukan dan kepenatan arwah Ummi bila tamat rutin di hospital. Kerjaya doktor sememangnya nampak prestij kerana gaji yang di tawarkan kelihatan agak lumayan (pada peringkat awal) namun kudrat yang perlu di hulurkan tidak bersempadan. Tenaga, komitmen dan minat yang berterusan perlu ada jika mahu kekal lama menyumbang budi dalam bidang ini. 

Sejak mengenali Affa. dia tak pernah merungut tentang kerjayanya. Suaminya juga banyak membantu, memberi dorongan dan semangat. Aizat seorang suami yang prihatin. Selalu menghantar makanan jika Affa bertugas on call. Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun dan masih belum di kurniakan cahaya mata. Saya tidak pernah bertanya tentang anak; mungkin sahaja mereka sibuk dan belum bersedia memikul tanggungjawab baru. Mungkin juga mereka masih tercari-cari kompas kehidupan setelah Aizat berhenti kerja sebagai jurutera kimia tahun lepas.

Saya berjumpa dengan Affa untuk mengambil buku dari koleksi suaminya yang hendak di jual sebagai wang tambah menyambung pengajian di UK nanti. “Banyak ni abang” katanya ketika saya menghulurkan cek sebagai bayaran. “Ambilah, rezeki Ramadan. Nanti dekat UK kalau ada masalah jangan segan SMS abang”. Dia menyambut huluran cek dengan senyuman. “Terima kasih. Semua buku abang tempah ada dalam kotak. Abang boleh semak dulu”. Kami tak berbual panjang kerana saya tahu dia masih penat setelah tamat postcall dan saya pula perlu ambil Adam dari sekolah.

_

Jika seorang perempuan mahu tinggalkan kerjaya yang paling di sayanginya demi seorang lelaki, apa lagi bukti kasih sayangnya sebagai seorang isteri?. Saya tahu, jika saya di tempat Aizat, perempuan yang ada bersama saya tak akan tinggalkan kerjayanya demi saya. Mungkin saya yang akan di tinggalkan demi kerjayanya. Saya balik ke rumah dengan doa penuh di dada moga keberangkatan mereka menempuh perjalanan mencari ilmu dipermudahkan. Mereka pasangan yang manis. Saya selalu gelarkan mereka pasangan ilmuwan yang tak lokek berkongsi ilmu. 

Wednesday, June 14, 2017

Nouveau départ

Semalam ke Kinokuniya dan H sudah sampai lebih awal, seperti biasa. Ketika saya melangkah masuk, saya lihat dia sedang membelek buku di ruangan kesukaan saya; ketenteraan. Berkerut juga dahi saya melihat seorang gadis berada di rak ini. Jarang ada perempuan sukakan buku berkaitan peperangan dan ketenteraan. Saya hanya melihat dia dari jauh. Masih tidak punya kekuatan, pun mungkin masih berteka-teki dengan hati sendiri. Usai membeli, dia melangkah keluar dengan 2 beg pembelian di tangan. Banyak benar dia membeli hari ini sedang saya hanya beli 5 buah buku sahaja. Kesemuanya merupakan buku puisi.

Selepas ambil Huda dari sekolah, saya balik ke rumah dan berehat. Malamnya ada jemputan berbuka puasa. Saya keluar dari rumah jam 6.30 petang. Sampai di majlis kira-kira jam 7.15 malam. Saya duduk semeja bersama Tengku Sofea, seorang jurutera muda dalam bidang kejuteraan petroleum. Tidak ketinggalan Syafiqah Effendy yang jelita bergaya dengan busana kontemporarinya. Berhadapan meja saya adalah meja H. Malam ini, dia seperti biasa tetap nampak menawan dengan busana tradisional serba sederhana. Dia duduk semeja bersama beberapa orang CEO dari pelbagai latar - automotive, construction dan oil and gas.

Saya berbual-bual kosong dengan Syafiqah Effendy yang baru sahaja mengambil alih perniagaan ayahnya. Katanya, proses peralihan kuasa baru sahaja berlangsung dua bulan lepas. Dia di minta menggalas tanggungjawab sebagai CEO selepas perniagaan ayahnya merosot teruk daripada 76 cawangan, 20 cawangan telah di tutup kerana ekonomi yang semakin gawat. Daripada 56 cawangan yang masih berbaki, hampir suku daripanya bergelut dengan masalah kewangan dan lambakan stok. Syafiqah sedang merangka pelan strategi terbaik untuk menyelamatkan syarikat ayahnya dari terus mengalami kerugian. 

Usai berbual ringkas bersama Syafiqah, saya terserempak dengan beberapa orang besar dalam industri. Saya hanya berbual ringkas kerana mengejar waktu solat maghrib. Ketika saya meninggalkan meja, masih ramai yang menjamah makanan. Suasana ketika itu tenang. Majlis berbuka biasanya teratur cuma makanan yang di sajikan kadang-kala tidak begitu menyelerakan. Secara peribadi, saya lebih suka berbuka di rumah bersama keluarga berbanding rakan industri. Berbuka puasa bersama keluarga suasananya lebih intim dan paling penting kegembiraan dan tali persaudaraan yang di hulurkan tidak di buat-buat. 

Setelah tinggalkan majlis jam 8.30 malam, saya bergerak ke masjid untuk solat terawih. Selesai solat terawih, saya termenung lama di masjid. Saya memikirkan hati yang gelisah dan tidak tenang, keputusan yang masih menemui jalan buntu. Saya agaknya masih takut untuk mendekati H. Saya masih takut kalau-kalau saya berubah hati dan ingin kembali ke masa lalu. Saya tak mahu merapatinya sekadar untuk melupakan masa silam yang pedih. Saya tak mahu memulakan perjalanan baru hanya kerana saya berasa kesunyiaan. Saya perlu yakin memilih jalan baru supaya dia tidak teraniaya di masa hadapan. 

Sejak hari Isnin hinggalah malam tadi, tidur saya benar-benar terganggu seolah-olah saya harus membuat keputusan saat itu juga sedang hati dan minda saya masih bertelagah, masih belum punya kata putus, masih saling meningkah. Minggu depan adalah minggu terakhir puasa seterusnya hari raya. Raya ke empat, saya akan bertolak ke Lombok, Indonesia. Adik saya, Aladin akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina yang berasal dari Jakarta tetapi memilih untuk melangsungkan majlis resepsi di Lombok. Saya akan berada di Lombok sekurang-kurangnya 4 hari untuk meraikan hari bahagia mereka.

Dari Lombok, saya dan ahli keluarga yang lain akan bergerak ke Pulau Palawan, Filipina untuk meraikan hari keluarga bagi menggantikan hari raya yang tidak di sambut pada tahun ini. Berada di Pulau Palawan selama empat hari sebelum masing-masing bergerak pulang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya pula akan bawa anak-anak pergi bercuti sempena cuti semesta bermula pada 23 Jun 2017. Anak-anak akan bercuti selama sebulan setengah. Dalam tempoh itu, saya akan berada di luar negara dan sudah tentu saya tidak mendapat apa-apa berita mengenai H. Tentu saja nanti saya rindu melihatnya di antara deretan dan rak buku, pasti rindu.

Sekiranya saya mahukan H, sekurang-kurangnya saya perlu benar-benar yakin bahawa seluruh hati, jiwa, roh dan nurani saya mahukan dia - sebulat hati tanpa ada sebarang penyaringan, percanggahan mahu pun pertelingkahan antara lahiriah dan batiniah. Saya perlu pastikan seluruh jasad sudah bersedia untuk mulakan perjalanan baru ini. Saya akan menjalani kehidupan baru, bersama orang baru, membina impian dan harapan serta menyusun mimpi dan angan yang baru. Saya akan meninggalkan seluruh masa silam dan memulakaan langkah pertama seperti kata orang berpengalaman “Every story has an ending but in life, every ending is a new beginning”.

Monday, June 12, 2017

Erat

Selamat malam, kekasih. Moga lenamu erat memeluk diriku.

Sunday, June 11, 2017

The time you enjoy wasting

Daddy: Ye ke sekolah? Esok kan Nuzul Quran
Umar: Kita dekat Johor daddy. KL dan Johor tak cuti. Kalau kita dekat Ipoh kita cuti
Daddy: Nanti daddy check kalendar
Umar: Esok adik ada hafazan, daddy
Daddy: Laa kenapa tak cakap?
Umar: Kita orang tengok daddy enjoy. Kita orang tak nak kacau daddy
Daddy: Alasan dia memang power. Daddy yang enjoy eh
Umar: Daddy dah lama tak gembira. Kalau kita tak sekolah esok, kita boleh sekolah hari lain
Daddy: Jangan nak ponteng. Lain kali bagitahu
Huda: It’s okay daddy. The time you enjoy wasting is not wasted time
Daddy: Dan-dan keluar philosophy Lennon
Huda: Bertrand Russell, daddy

Pertemuan

Pertemuan ini suatu yang abadi
bukalah hatimu sayang
agar dapat kuselami
seluruh jiwa dan ragamu.


Selat Tebrau
5.25 petang

Saturday, June 10, 2017

Param

Umar: Daddy, adik keluar tejab dengan Kakak
Daddy: Pergi mana?
Umar: Param daddy
Daddy: Mana tu?
Umar: Pasar Ramadan daddy 
Daddy: Macam-macam Umar ni. Duit ada tak?
Umar: Adik bawa dua latus. Talau tak cukup adik pinjam duit Kakak
Daddy: Jangan balik lambat. Jangan jalan jauh dari Abang Don
Umar: Okey daddy
Daddy: Kejab daddy bersiap. Kita pergi Param
Umar: Kerja daddy banyak
Daddy: Work can wait. Kita berbuka dengan luar nak? Tak payah pergi Param
Umar: Chef Jo dah siap masak daddy
Daddy: Hmm kalau macam tu kita pergi Param je. Panggil Adam

_

Can you stop growing up, kids? Daddy doesn’t want you to grow up.

Friday, June 09, 2017

Dongeng cinta kita

Selesai sahaja membaca emel yang masuk ke kotak pesanan, membalas emel yang di rasakan perlu, memadam spam dan yang tidak berkaitan, saya mengemas kini senarai contact. Antara senarai contact yang saya padam ialah the love of my life. Saya rasa saya sudah bersedia untuk melepaskan satu persatu tentang dia. Emel telah lama saya padam. Yang tinggal cuma dua patah perkataan dari chat log tahun 2013. Saya telah padam semuanya. Emosi saya sejak keluar dari hospital psikiatri semakin baik, kurang tertekan dan beransur positif. Cuma kadang-kadang saya perlu menepis kenangan yang datang secara tiba-tiba dan mencuri ketenangan hati saya. Betul kata orang “Some memories never fade”.

Apa lagi yang tinggal? Hanya serpihan memori. Percikan kenangan di sana sini yang saya tahu lama-kelamaan akan hilang di ganti memori baru. Bermula dari memadam lagu-lagu kenangan, yang satu dua masih tertinggal di dalam playlist, membawa kepada hal-hal kecil, saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada manusia yang pernah tinggal begitu lama dalam hati saya. Saya tidak membuangnya, jauh sekali membencinya. Saya harus terima yang dongeng cinta kami sudah tamat dan kini masanya untuk saya menulis cerita cinta saya yang baru. Saya mahu menulis setiap momen dengan lebih sempurna, saya mahu mencatat segala-galanya, saya mahu mengingati segala-galanya; bersama penghuni baru hati saya. 

Dia sudah memilih jalannya, saya juga sudah memilih jalan saya. Saya rasa kami tak akan saling melupakan antara satu sama lain. Ingatan-ingatan kecil pasti membawa dia kembali ke kotak memori saya, begitulah sifat memori, membawa kita kembali ke titik asal pertemuan. Titik asal pertemuan akan membawa kita menjelajah seluruh pelusuk kenangan dari hal sebesar zarah hinggalah perbalahan-perbalahan yang besar. Kami terlalu banyak berbalah, agaknya kerana ketidakpuasan hatinya, bersangka-sangka, meneka-neka tentang saya. Tak ada yang memuaskan hatinya. Ketidakpuasan hati dan sering bersangka-sangka membawa kepada tahap kesabaran paling akhir dan meletuslah sebuah perpisahan. 

Setiap antara kita mempunyai limit. Tahap kesabaran saya berakhir bila saya kata “Pergi mampuslah dengan cinta kita”. Saya mungkin sangat tertekan dan terlalu mendesak ketika itu. Dia juga sangat tertekan dan tak tahu memilih jalan. Dia berada di tengah-tengah titik persimpangan. Tahap kesabaran dia berakhir bila dia kata pada saya “You’re a coward, you have no balls”. Demi Tuhan, dia tak tahu apa yang saya lakukan selama ini untuk melindungi dirinya dari segala bahaya yang datang. Dia malah tak tahu apa-apa kerana saya menyembunyi segala-galanya dari dia. Saya tak mahu dia tahu apa-apa. Saya tak mungkin beritahu dia apa-apa. Oleh sebab itu saya selalu bersikap pentingkan diri dan dia sering terluka. 

You’re a part of it. I have no choice. Saya memang tak ada pilihan. Saya malah tidak di beri pilihan. Bertahun lamanya saya memikul hal berat ini. Saat awak memilih orang lain, saya tahu saya tak perlu lagi memikulnya. Tanggungjawab saya sudah selesai. Yang membuatkan saya sedih ialah cinta, cinta saya pada awak, cinta awak pada saya, cinta kita - berderai. Cintalah satu-satunya perkara yang tak ingin saya korbankan tapi itulah yang di tuntut. Saya harus berkorban demi kasih saya pada awak tapi bagi awak, saya tak berkorban apa-apa. Saya malah tak buat apa-apa untuk bahagiakan awak. Kata awak, saya tak gentleman. Saya tak ada apa-apa. Awak mahu hidup normal seperti orang lain, nah, sekarang hidup awak seperti orang lain.

Saya akan terus mencintai awak. Mencintai awak tak ada noktah. Awak mengajar saya supaya menjadi lebih terbuka dalam sebuah ikatan, berkomunikasi secara jujur dan tidak berselindung. Saya tahu kita jarang berkomunikasi. Saya selalu mengelak dari berbincang. Komunikasi antara kita tidak berjalan dengan baik. Saya juga tahu sebuah ikatan yang kukuh memerlukan hubungan interaksi dan komunikasi yang tulus dan terbuka. Saya juga maklum awak selalu memendam rasa untuk tidak melukakan hati saya. Banyak yang awak diamkan. Banyak yang awak pendamkan dalam hati kerana menjaga perasaan saya. Saya tahu awak cuba menjaga hati saya sebaik mungkin. Betul kata orang, “Relationships cannot grow without the proper amount of communication.

“I want that smile” kata awak suatu ketika dulu dan saya diam tanpa memberi sebarang jawapan. Hari ini saya ada jawapannya, “You will get it soon”. Cuma saya tak pasti samakah senyuman itu jika orangnya sudah berlainan. Saya harap mimpi saya cuma mimpi dan tak membawa sebarang makna. Saya mahu awak hidup bahagia, di penuhi gelak dan tawa. Saya mahu awak bina semula setiap impian yang kita pernah bina bersama. Saya mahu awak hidup lebih sempurna. Awak adalah segala-gala buat saya. Jangan pernah lupa. Baik saya ada bersama awak atau sebaliknya, awak adalah saya, dan saya adalah awak. Kita tak mungkin di pisahkan. Yang terpisah hanya jasad sedang hati, jiwa dan nurani kita masih enggan melepaskan antara satu sama lain.


Kau dan aku adalah dongeng
yang jatuh dari rak buku,
kertas-kertas yang tak terkutip dan dibiar berselerak
sehingga angin tiba dan memisahkan kita
semakin jauh dan menjarak.
Kenangan kita adalah tulang buku
yang masih tabah mencengkam halaman terakhir
sementara penjaga perpustakaan
menggantikannya dengan buku baru,
buku yang akan menguburkan kisah lama
lalu melemparkan kita ke api kelupaan.

Kau dan aku adalah mukasurat dari dongeng waktu lalu,
dongeng yang di hapuskan untuk kekasih baru,
dongeng yang menyimpan hanya bingkai buku.


― Karl Agan

Thursday, June 08, 2017

Mimpi

“Ibu sihat?”
“Ibu sihat. Im macam mana?”
“Im okey. Kenapa ibu nampak sedih?”
“Dia dah bercerai dengan Ainullah”
“Kenapa?”
“Ainullah ada perempuan lain”

Begitulah mimpi saya malam tadi. Saya terjaga secara mengejut jam 5 pagi dengan rasa sempit di dada, sukar bernafas dan kepenatan yang amat. Setelah berbuka dan selesai solat Maghrib barulah pernafasan saya beransur pulih namun masih terasa tidak begitu selesa. Mimpi yang datang malam tadi benar-benar menyesakan dada. Sepanjang malam saya bermimpi tentang dia dari berlari yang tak sudah hinggalah berjumpa dengan suaminya, anak perempuan mereka bernama Hidayah dan akhir sekali bertemu Ibu. Mimpi dengan episod yang panjang.

Ibu tahu, orang yang kita pilih untuk sehidup semati dengan kita adalah cerminan hidup kita. Saya tak tahu taste anak Ibu begitu rendah sekali. Memilih lelaki yang sangat selekeh sebagai bakal suami. Dengan tee round neck, saya kira, itu bukan gaya penampilan bakal suami seorang doktor. Saya begitu terkilan sekali bila melihat standard anak Ibu memilih calon suami. Saya tidak cemburu. Jauh sekali iri hati. Saya malah tidak berasa tergugat. Tidak ada persaingan. Tak ada fight kata orang sekarang. Saya cuma hairan dan mungkin bingung atas pilihannya. 

Setelah bertahun mengasuh, membentuk dan mendidik dia menjadi perempuan yang mempunyai standard tinggi dalam league tersendiri, dia “terjerumus” bersama seorang lelaki yang tidak langsung layak berada di sampingnya. Kadang-kadang saya rasa amat kelakar tapi saya tak mahu mengetawakannya. Nanti dia bilang saya cemburu dan iri. Hakikatnya tidak. Saya mengharapkan agar dia memilih seorang peguam atau jurutera mungkin arkitek jika tidak sekurang-kurangnya seorang doktor sama seperti dirinya. Barulah sekufu dari tangga gaji dan status sosial. 

Ibu tahu, saya sungguh sedih melihat gambar mereka keluar bersama. Bukan kerana dia keluar bersama orang lain tapi kerana penampilan lelaki yang berada di sampingannya sangat selekeh sekali. Lelaki ini, dengan rambut panjang dan janggut yang tidak di trim berada di sebelah anak Ibu amat janggal sekali keserasiannya. Anak Ibu sangat cantik tapi bila di ganding dengan lelaki ini, gayanya menjadi tempang. Taraf sosialnya nampak tak seimbang. Itu yang mengecewakan saya. Saya sebenarnya berharap lelaki ini akan well dressed bila keluar bersama anak Ibu. 

Saya kira perkahwinan perlulah sekufu dan saya kira lelaki ini tiada jaminan hidup. Dia boleh hilang kerja pada bila-bila masa kerana saya kira kerjayanya bukanlah sebuah karier. Saya tidak mahu bermulut celupar namun kadang-kadang saya terfikir, memilih lelaki ini sebagai teman hidup seolah-olah anak Ibu sangat terdesak sekali untuk bersuami. Maaf atas keceluparan saya tapi itulah yang saya rasakan. Seperti yang saya katakan, saya tidak iri apatahlah lagi dengki. Mereka yang akan membina masjid dan mereka jugalah yang akan merempuh hidup ini bersama-sama. 

Saya harap Ainullah akan menjaga anak Ibu sebaik mungkin. Saya juga berharap Ainullah bukanlah “lelaki tak sedar diri” memancing perempuan yang tidak sama taraf dengannya. Saya malah berharap Ainullah bukanlah lelaki yang mahu menumpang kesenangan anak Ibu. Lelaki sekarang amat sukakan wanita yang mempunyai pendapatan sendiri supaya mereka tidak berasa “susah” menyara keluarga dan memberi nafkah. Mereka sekadar memberi nafkah seadanya kerana suri hidup mereka mempunyai pendapatan sendiri. Lelaki hari ini tidak seperti lelaki zaman dahulu. 

Saya tak ada masalah dengan Ainullah mahu pun anak Ibu. Mereka akan di satukan tidak lama lagi dan saya sendiri juga harapnya akan mempunyai keluarga sendiri. Tahun ini adalah tahun yang amat sibuk sebenarnya. Rezeki saya pada tahun ini tidak putus-putus. Karier saya berkembangan dengan baik. Banyak tawaran baru yang saya terima. Banyak perniagaan yang saya terokai. Saya juga sedang menyiapkan tesis di peringkat akhir dan sedang mengikuti pengajian dalam beberapa bidang secara dalam talian. Saya mahu mencabar diri terbang setinggi helang. 

_

Sungguh pun cuma dalam mimpi, pelukan Ibu malam tadi benar-benar membuat hati tenang. Ibu, semuanya akan baik-baik sahaja. Ibu doakan yang terbaik buat mereka. Anak Ibu sudah memilih jalannya sendiri begitu juga dengan saya.

Wednesday, June 07, 2017

BBNU

Umar: Kawan adik yang noob tu dia pilih kereta Peugeot
Daddy: Daddy tak minat Peugeot
Umar: Adik pun tak minat
Daddy: Kenapa Umar tak suka Peugeot?
Umar: Kereta tu sesuai untuk BBNU daddy
Daddy: Apa pulak BBNU tu?
Umar: Budak Baru Nak Up hehehe
Daddy: Kemainlah mulut dia kalau mengata orang

Tuesday, June 06, 2017

Noob

Daddy: Daddy balik nanti daddy check model Umar tu
Umar: Adik dah siap 90% daddy
Daddy: Baguslah. Ada kawan Umar yang dah siap ke?
Umar: Kawan adik sembang lebih daddy. Semua noob
Daddy: Bukan main lagi sekarang kan. Dah pandai noob noob ni
Umar: Hehehehe

Sunday, June 04, 2017

Perbualan kecil yang menyenangkan

Saya kehilangan kedua orang tua ketika saya masih muda. Perkara paling menyedihkan ialah saya tidak luangkan banyak masa bersama mereka. Arwah Ummi seorang doktor. Hampir sebahagian masanya di habiskan di wad. Ketika berusia 13 tahun, saya sudah pun memasuki asrama. Bertambah singkatlah masa yang saya habiskan bersamanya. Saya selalu mencari waktu senggang bersama Ummi ketika dia sedang sibuk mengupas bawang atau ketika dia sedang sibuk mengayak tepung untuk membuat kek. Kami jarang berbual hal-hal besar, biasanya cuma hal-hal kecil yang menyenangkan.

Memasuki usia remaja, saya cuba fahamkan diri dengan kesibukkan Ummi di wad hingga jarang datang melawat saya di asrama. Kadang-kadang saya rajuk tapi rajuk saya jarang berpanjangan. “Ummi ingat. Bukan Ummi tak lupa” begitulah selalunya. Dan saya selalu kata “Asyik-asyik lebihkan orang lain”. Ummi hanya tersenyum kecil, memaut bahu saya dengan erat. Begitulah selalunya. Sebagai “tanda maaf”, setiap kali balik bercuti, Ummi akan masak lauk kegemaran saya, gulai tempoyak. Saya makan dengan lahapnya dan segala rajuk-pergeseran hilang bersama manisnya gulai tempoyak.

Sekali-sekala bila kelapangan Ummi akan mengajak saya dan adik-beradik yang lain berbaring di atas rumput dan mengira bintang. Kami memandang langit, mengira bintang, melihat bulan, mengenal buruj dan seribu satu perkara takjub yang berada di langit. “Betul ke Ummi bila mati nanti kita duduk dekat atas sana macam bintang lepas tu pandang orang kita sayang dari sana?”. Begitulah hal-hal kecil yang kami bualkan. Ia adalah antara nostalgia yang masih lekat di hati. Memori yang begitu indah di zaman remaja. Di sebalik mengira bintang, biasanya Ummi berpesan-pesan terutamanya melibatkan hal-hal lelaki perempuan.

“Im tak nak kahwin dengan doktor. Nanti dia asyik dekat wad.” Entah untuk ke berapa ratus kali saya sebutan hal ini di hadapan Ummi. “Kalau Im kahwin dengan orang kerja waktu pejabat, Im tahu bila dia balik. Tapi kalau Im kahwin dengan orang kerja syif, Im mesti excited tunggu dia balik, tahu jadual kerja dia, bila dia off. Yang tak nak itulah yang Im akan dapat nanti”. Kenyataan yang Ummi simpulkan amat ringkas tapi sangat membekas di minda saya. Setahun selepas itu, saya jatuh cinta pada seorang budak kecil berusia 13 tahun. Dia sangat comel, gempal orangnya, manis senyuman. Dan saya jatuh cinta pandang pertama.

Ketika saya balik ke Malaysia, dia di Tahun 1 MBBS. Ketika itu saya tahu saya sudah jatuh cinta dengan “sesuatu yang tidak saya senangi”. Masin mulut Ummi. Saya jatuh cinta dengan bakal doktor. Hari-hari yang saya lalui agak sukar dan mencabar kerana jadualnya yang rigid. Saya yang biasa bekerja di mana sahaja, jarang masuk pejabat merasa amat tertekan pada mulanya. Kami selalu bergaduh tentang hal-hal remeh, mungkin kerana ketidakmatangan saya mengurus masalah yang datang. Tidak lama selepas itu saya di sahkan mengidap kanser otak dan saya tahu hidup saya akan tamat pada bila-bila masa sahaja.

Ketika saya sakit, dia masih ada dengan saya. Dia seorang fighter, mempunyai jiwa dan hati yang kental. Jiwanya besar, mahu berbakti pada masyarakat. Sifat yang amat berbeza daripada saya. Dia tak mudah mengalah, masih percaya saya mampu melawan kanser dan sembuh. Tahun-tahun itu, tahun-tahun saya menderita akibat kanser adalah tahun yang paling manis dalam hidup saya. Saya kira, kami menjadi semakin akrab seperti sahabat sejati. Saya suka sekali mendengar cerita-ceritanya ketika di wad. Mendengar cerita-cerita tentang hospital, wad, pesakit, nurse dan rawatan menjadi sebahagian dari rutin hidup saya.

Perkara yang membuat saya teruja tentulah menunggu dia balik ke rumah dan berbual-bual kosong dengan saya, berborak hal-hal kecil yang menyenangkan. Saya kira diri saya sebahagiannya adalah dirinya. Saya belajar banyak perkara ketika bersamanya dan saya akui saya punyai banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Sifat terlalu berahsia yang ada pada diri saya barangkali tidak menyenangkan hatinya. Saya jarang berkongsi cerita dengannya, tidak banyak. Terlalu banyak sisi saya yang dengan sengaja saya sorokkan darinya. Bersama wanita ini, saya kira adalah pengalaman yang amat berharga. 

Dia ada di saat saya menderita, tertekan, putus harap. Dia masih setia dengan saya. Di saat-saat getir dan melalui berpuluh pembedahan, dia masih setia menemani saya malah tidak pernah berputus asa. Dia, wanita yang sangat mulia cuma takdir tidak menulis selamanya dia untuk saya. Mungkin sahaja dia berbuat salah pada saya kerana mengkhianati cinta saya padanya tapi satu kekhilafan tidak akan memadam seribu kebaikan. Jodoh, seperti kata arwah Ummi dan segala kekuasaan tidak terletak di tangan manusia. Tuhan meminjamkan dia hanya sebentar untuk mengajar saya agar tidak mudah menyerah dalam hidup. 

Saya menderita PTSD terlalu lama dan pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua tiga kali. Saya berjanji dengan dia, saya tak akan bunuh diri tak kira apa yang terjadi dalam hidup saya. Saya masih pegang erat janji yang saya buat. Dua hari dari sekarang, saya akan keluar dari hospital psikiatri ini. Saya kira laporan perubatan yang menyebut saya mengalami kecelaruan kerana di curangi adalah tidak betul sama sekali. Derita yang saya pikul ini bukan kerana cinta saya di khianati tapi kerana rindu yang mendalam. Rindulah yang membuat saya berada di sini. Mencintai wanita sehebat dia amat luar biasa sekali rindunya.

Saya barangkali merindui hal-hal kecil yang kami bualkan bersama, perbualan kecil yang menyenangkan, perbualan yang mengeratkan. Perbualan kecil yang seringkali membawa kepada hal-hal yang besar; tentang pendermaan organ misalnya atau hal-hal sekitar prosiding kes sodomi Anwar Ibrahim atau kadang-kadang kami cuma berbual hal-hal kecil yang kami suka misalnya dia suka orkid, saya suka bunga ros, dia suka minum air kosong, saya suka kopi, dia suka cakoi, saya suka badak berendam. Begitulah hal-hal yang kami bualkan bersama hingga kadang-kadang terlelap di katil. 

The best relationships in our lives are the best not because they have been the happiest ones, they are that way because they have stayed strong through the most tormenting of storms.

― Pandora Poikilos

Saturday, June 03, 2017

Pen

Ketika di bangku sekolah saya mempunyai sebatang pen berwarna hitam. Pen ini saya beli sebagai menggantikan pen lama yang telah kering dakwatnya. Pen yang baru saya beli ini merupakan pen jenama baru dan tak begitu di kenali. Ia selesa di gunakan dan mungkin kerana “keserasian”, saya membawanya ke mana sahaja. Saya jarang bergerak tanpa membawa buku. Jadi saya perlukan pen untuk mencatit, mengaris bait-bait atau key point semasa pembacaan sedang berlangsung. Setiap kali membuat pembacaan, pen ini mesti ada. 

Pen ini ada bersama saya sejak dari tingkatan satu lagi hinggalah menjejakkan kaki ke universiti. Kebiasaannya, ketika berhujah atau melontar pandangan atau membuat kritikan di dalam kelas, saya akan memegang pen ini seperti sedang menulis. Ia sebagai simbol keyakinan diri. Ketika di universiti, pen ini sudah begitu buruk dan lusuh tapi saya masih setia dengannya bukan kerana saya tidak mempunyai pen lain, tapi kerana saya selesa, gembira, dan seronok ketika menggunakannya. Pen ini saya kira merupakan sebahagian dari diri saya. Ia amat penting dalam hidup saya.

Pen kesayangan saya hilang ketika saya memasuki tahun dua di universiti. Ketika sedang tekun mendengar kuliah, pen ini terjatuh dan ghaib begitu sahaja. Selesai waktu kuliah saya mencarinya di seluruh bilik tapi masih tidak jumpa. Esoknya, ketika waktu lapang tanpa kuliah dan latihan di padang, saya masih ke bilik kuliah yang sama mencari pen kesayangan saya ini. Masih juga tidak bertemu. Saya mencarinya hingga ke tong sampah dengan harapan jika ada orang menjumpainya, mungkin akan mencampakkan pen ini ke bakul sampah kerana pen ini terlalu buruk dan hodoh.

Selama sebulan saya mencarinya, tidak juga jumpa. Akhirnya saya give up dan redha bahawa setakat itu sahajalah “jodoh” kami berdua. Saya redha dalam keterpaksaan. Saya ke kedai membeli pen yang lain. Terdapat banyak jenama tapi tak ada yang serupa atau hampir sama dengan pen kesayangan saya. Oleh sebab tiada pilihan, saya memilih untuk membeli Pen Parker. Pen ini cantik, halus buatannya tapi tak juga menarik hati saya. Setiap kali ke kedai, saya akan lawati ruangan pen dengan harapan saya akan bertemu jenama pen saya yang hilang itu. 

Secara tidak sengaja, pen yang saya beli hampir setiap minggu ini bertambah dan menjadi seperti sebuah koleksi. Semuanya saya simpan dan ada di antaranya yang tidak pernah di gunakan hingga hari ini. Tabiat saya membeli pen masih berlangsung hingga sekarang. Setiap kali melihat pen, saya akan teringatkan pen saya yang hilang. Saya “bersusah-payah” dengannya. “Mengharungi” semesta “bersama” dengan jadual padat dan soalan exam yang tak terbayang susahnya. Saya barangkali sedih kerana pen ini tidak ada dengan saya hingga saya tamat pengajian. 

Saya barangkali tak akan menemui jenama pen ini lagi. Pen saya yang hilang itu pun mustahil di temui (walaupun) saya masih berharap saya akan menemuinya. Sesuatu yang hilang dari diri kita tak kiralah apa pun akan membekas pada hati kita. Walaupun orang kata objek yang tak bernyawa tak mempunyai emosi tapi sebenarnya emosi kita berpaut kukuh padanya. Barang yang hilang mustahil di temui. Begitu jugalah dengan cinta walaupun Frank Kafka kata “Everything that you love, you will eventually lose, but in the end, love will return in a different form."

Friday, June 02, 2017

WhatsApp

We hate to see you go! Why are you leaving? (Feedback is optional)


Select reason
I am deleting my account temporarily

Why are you leaving temporarily?
The love of my life will get married soon


DELETE MY ACCOUNT

_

Sometimes you have to just erase the messages, delete the numbers and move on. You don't have to forget who that person was to you. You just have to accept that they aren't that person anymore.

― Drake





3.13 am

Joy of reading

Hikayat
  • Hikayat Awang Sulung Merah Muda
  • Hikayat Terung Pipit
  • Hikayat Faridah Hanum
  • Hikayat Malim Deman
  • Hikayat Merong Mahawangsa
  • Hikayat Seri Rama
  • Hikayat Raja Muda
  • Hikayat Iskandar Zulkarnain
  • Hikayat Amir Hamzah
  • Hikayat Nabi Yusuf (?)
  • Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
  • Hikayat Inderapura
  • Hikayat Malim Dewa
  • Hikayat Patani
  • Hikayat Raja Pasai
  • Hikayat Pusara
  • Hikayat Isma Yatim
  • Hikayat Dewa Mandu
  • Hikayat Langlang Buana
  • Hikayat Maharaja Boma
  • Hikayat Bayan Budiman
  • Hikayat Syah Mardan
  • Hikayat Si Miskin
  • Hikayat Syamsul Anuar
  • Hikayat Hang Tuah
  • Hikayat Shah Kobat
  • Hikayat Panji Semirang
  • Hikayat Umar Umaiyah
  • Hikayat Carang Kulina
  • Hikayat Ramayana
  • Hikayat Pahang
  • Hikayat Kelantan
  • Hikayat Siak
  • Hikayat Aceh
  • Hikayat Johor
  • Hikayat Misa Melayu
  • Hikayat Pendawa Lima
  • Hikayat Perang Pendawa Jaya
  • Hikayat Nakhoda Muda
  • Hikayat Perintah Negeri Benggala 
  • Hikayat Mas Edan (?)
  • Hikayat Sang Bima (?)
  • Hikayat Dewa Indera Layangan (?)
  • Hikayat Gul Bakawali
  • Hikayat Si Burung Pingai
  • Hikayat Parang Puting
  • Hikayat Marakarma
  • Hikayat Raja Babi
  • Hikayat Anggun Cik
  • Hikayat Panca Tanderan
  • Hikayat Pocut Muhamat
  • Hikayat Panji Jayeng
  • Hikayat Anak Dara Ghassan
  • Hikayat Puteri Nur Ain
  • Hikayat Khalik dan Malik
  • Hikayat Perjumpaan Asyik
  • Hikayat Seorang Perempuan Bernama Latifah
  • Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan
  • Cerita Sulung Jawa
  • Hikayat Kulim
  • Hikayat Seribu Malam
  • Hikayat Sarawak
  • Hikayat Pinggir Air Jilid 1-4
  • Hikayat Jelajah Ke Barat Jilid 1-4
  • Hikayat Tiga Negara Jilid 1-4

Syair 
  • Syair Sinyor Kosta
  • Syair Siti Zubaidah Perang China
  • Syair Burung Pungguk
  • Syair Ken Tambunan
  • Syair Sultan Maulana 
  • Syair Api Kampung Gelam
  • Syair Potong Gaji (?)
  • Syair Dandan Setia 
  • Syair Carang Kulina
  • Syair Yatim Nestapa 
  • Syair Kitab Al-Nikah
  • Syair Hukum Faraid 
  • Syair Suluh Pegawai
  • Syair Berang-Berang
  • Syair Puteri Akal
  • Syair Lalat dan Nyamuk
  • Syair Selendang Delima

Penglipur Lara
  • Cerita Lipur Lara
  • Cerita Jenaka Melayu
  • Cerita Asal Usul Bangsa Jin dan Segala Dewa-Dewa

Kamasutra  (?)
  • Serat Centhini 


Sejarah Kesultanan Melaka
  • Sulalatus Salatin
  • Bustan Al-Salatin
  • Taj As-Salatin 
  • Sejarah Melayu dan Bugis


Raja Ali Haji 
  • Kitab Pengetahuan Bahasa 
  • Tuhfat Al-Nafis
  • Bustan Al-Katibin (Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar)


Abdullah Munshi

  • Hikayat Abdullah Jilid 1 & 2
  • Kisah Pelayaran Abdullah 


Frank Athelstane Swettenham

  • Malay Sketches
  • The Real Malay
  • British Malaya; an account of the origin and progress of British influence in Malaya
  • Vocabulary of the English and Malay languages with notes

Hugh Charles Clifford

  • In Court and Kampong
  • Malayan Monochromes


Richard Olaf Winstedt

  • A History of Classical Malay Literature 
  • The Malays: A Cultural History
  • The Malay Magician: Being Shaman, Saiva, and Sufi
  • Malaya and Its History
  • A History of Johore, 1365-1895

Siri Sastera Timur dan Barat
  • Mekar dan Segar (1959)
  • Chepu Kencana (1960)
  • Romeo dan Julia (1960)
  • Kisah Pelayaran Abdullah (1960)
  • Chinta Pertama (1961)
  • Orang Tua Dengan Laut (1961)
  • Gelombang (1961)
  • Hidup Bagaikan Mimpi (1961)
  • Patah Tumboh (1962)
  • Warna Suasana (1962)
  • Mutiara (1962)
  • Bujang Angan2 (1962)
  • Shoji (1962)
  • Sajak2 Melayu Baru (1963)
  • Paria (1964)
  • Kuda Merah (1964)
  • Cherita2 Pendek Pilipina (1965)
  • Gaspar Ruiz (1966)
  • Puncak Sepi (1966)
  • Istana Impian (1967)
  • Murtad (1967)
  • Bunga Pahit (1967)
  • Fatamorgana (1967)
  • …Dan Ayer Hujan Minuman-Ku (1967)
  • Laila dan Majnun (1968)