Saturday, October 31, 2015

2.14am

Terjaga. Mimpi awak, seperti malam-malam sebelumnya.
Rindu belum padam.

Friday, October 30, 2015

Kunci

Umar: Daddy, mana kunci bilik?
Daddy: Nak buat apa dengan kunci tu?
Umar: Adik sajalah tanya.
Daddy: Ada. Daddy simpan.
Umar: Daddy timpan tekat mana?
Daddy: Dalam seluar dalam daddy.
Umar: Eeee yeks! 
Daddy: Hahahaha
Umar: Telius ke daddy?
Daddy: Ye. Nak tengok?
Umar: Tak naklah adik. 
Daddy: Hahaha tak sanggup ke nak pegang?
Umar: Daddy, macam manalah adik nak bagitahu anak adik nanti yang atok meleka timpan kunci bilik dalam seluar dalam?
Daddy: Nanti jangan lupa bagitau cucu daddy yang daddy diorang ni curi-curi keluar sebab tu atok simpan kunci dalam seluar dalam hahahaha.

Tuesday, October 27, 2015

Melayang

“Awak la lahir cepat sangat”
“Eh salah saya pulak. Salah awak la siapa suruh lahir lambat sangat”

_ _ _

Kadang, kita tidak tahu kenapa kita masih berharap.
Kadang, kita tidak tahu kenapa masih menunggu.
Kadang, kita tidak tahu kenapa tetap tinggal.
- Tere Liye



Albuquerque

Monday, October 26, 2015

Hilang

Bangun lewat. Bilik senyap. Anak-anak tak ada. Pusing motel masih tak jumpa. Punyalah gelabah. Lepas 15 minit mencari nampak kereta peronda polis berhenti depan motel. Tak lama selepas itu, Huda, Umar dan Adam turun dari kereta polis. Peronda beritahu mereka jumpa ‘kanak-kanak sesat’ di kedai grocery berhampiran. 


Daddy: Kenapa tak tunggu daddy bangun? Kalau kena culik tadi macam mana?
Umar: Daddy tidur. Adik tak tampai hati panggil daddy.
Daddy: Yela tapi boleh tunggu daddy bangun kan. 
Adam: Bukan salah abang. Adam lapar. Dalam bilik biskut habis daddy.
Kakak: Kakak salah. I’m sorry daddy.
Daddy: Kalau sesat tadi macam mana?
Umar: We can speak good English, daddy.
Daddy: Menjawab-menjawab. 
Umar: Tapi daddy yang tanya. Adik tawablah
Kakak: Kakak yang salah daddy. Adik tak salah. Kakak yang ajak adik pergi kedai.
Umar: Terima kasih Kakak back up adik.
Daddy: Elok la tu. Kalau kena culik ke, kena bunuh ke baru tahu.
Umar: Doktor takap olang tua tak boleh takutkan budak-budak tengan ugutan.
Daddy: Menjawab lagi. Daddy rotan nanti baru tahu.
Umar: Daddy tanganlah malah. Adik dah balik tengan telamat.
Adam: Daddy jangan marah Adam. Adam takut. Adam janji Adam tak buat lagi.
Kakak: Kakak minta maaf daddy. It won’t happen again. I promise.
Umar: Adik tak boleh janji daddy temudian hali adik buat lagi heee
Daddy: Tengok tu!
Umar: Daddy tangan malah nanti daddy tene dalah tinggi haa
Daddy: Memang dah naik darah dah ni. Dah jom masuk. 
Umar: Daddy tak nak tolong angkat balang ke. Balang belat.
Daddy: Masa shopping tadi larat angkat eh.
Umar: Heeeheee

We never know the love of our parents for us; till we have become parents. - Unknown

Sunday, October 25, 2015

Kedai Buku

Ketika dalam perjalanan dari San Fracisco ke Hoover Dam, abang sekali lagi singgah di Las Vegas. Anak-anak tak puas hati sebab tak dapat beli buku sebagai tanda kenangan. Mereka kata mustahil di kota sebesar Vegas tidak terdapat kedai buku. Jadi abang ringankan mulut bertanya pada penduduk setempat. Kata masyarakat setempat di Las Vegas terdapat banyak kedai buku. Mereka berikan beberapa nama kedai yang popular dan tanda arah. 

Terdapat lebih kurang 10 buah kedai buku di Las Vegas. Ada beberapa kedai pernah di lalui sambil berjalan kaki tapi tak perasan. Anak-anak gembira bukan main! Abang singgah di The Writer’s Block, Bauman Rare Books dan Alternate Reality Comics. Awak tahu tak Adam beli lebih dari 100 buah komik di Alternate Reality Comics! Adam kata dia tak tahu nak pilih komik jadi dia beli semua komik yang dia berkenan. Harga komik tak mahal sangat – tak sampai $200 pun.

Semasa di San Francisco, kedai buku yang sempat abang singgah cuma The Booksmith. Nampaknya abang kena lebih rajin membaca dan mencari info tentang kedai buku, perpustakaan serta muzium. Setelah anak-anak dapat beli dengan banyaknya di kedai-kedai buku sekitar Las Vegas barulah mereka berhenti merungut tentang “LA tak ada kedai buku”. Agaknya mereka sudah puas hati kerana setiap bandar yang mereka lawati pasti ada kedai buku dan pelbagai khazanah untuk di terokai. 

Perkara yang paling menarik ialah Vegas sedang mempersiapkan bandarnya untuk festival kesusasteraan dan pihak pentadbiran sedang merangka untuk menjadikan Las Vegas sebagai destinasi kesusasteraan selain bandar berlibur yang terkenal dengan pusat perjudian dan kasino terhebat di dunia. Ini tidaklah menghairankan kerana Vegas adalah pusat tumpuan pelancong. Rami yang berkunjung ke sini untuk berhibur dan kini mereka menyediakan bandar kesasteraan pula. Tentulah lebih ramai oang akan datang berkunjung.

As with any journey, who you travel with can be more important than your destination. - Unknown

Saturday, October 24, 2015

2.40am

Rancangnya hanya dua minggu menghabiskan masa di Nevada, Utah, Colorado, Idaho, Wyoming dan Montana tapi terlajak hingga 3 minggu. Perjalanan dari bandar ke bandar menggunakan kapal terbang kerana lebih menjimatkan masa dan tenaga. Kalau memandu tidak begitu sesuai kerana mengambil masa yang lama. Sewa kereta hanya sesuai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu tempat menarik yang lain. 

Antara banyak tempat yang di lawati, Sequoia National Park yang paling cantik. Banyak pokok-pokok tua yang berusia ratusan tahun berada di sini. Antara yang paling popular ialah General Sherman Tree yang merupakan pokok terbesar di dunia. Bersebelahan dengan Sequoia National Park ialah Kings Canyon National Park. Tapak perkhemahan juga di sediakan bagi pengunjung yang berminat bermalam di sini dengan kadar sewa serendah $12 semalam.

Death Valley National Park, The Hoover Dam dan Dinosaur National Monument merupakan tempat-tempat yang tidak termasuk dalam senarai lawatan tapi berjaya juga di lawati kerana desakan anak-anak. Sesuatu yang menakjubkan ialah Jambatan Empangan Hoover yang di bina merentasi Sungai Colorado bagi menghubungi Las Vegas dengan Arizona dan di anggarkan dapat menampung 17000 kenderaan setiap hari.

Hari ini dan esok akan berehat di hotel sambil menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Perjalanan seterusnya ke North & South Dakota, Nebraska, Kansas, New Mexico, Texas dan Oklahoma.

Wednesday, October 21, 2015

You & I

You and I will always be unfinished business.

_ _ _
Boleh jadi, yang kita buang, adalah sesuatu yang kita butuhkan.
Boleh jadi, yang kita lupakan, adalah sesuatu yang mengingat kita.
Boleh jadi, yang kita tinggalkan, justeru adalah sesuatu yang selalu menunggu. Setia. Di sana. - 
Tere Liye

Tuesday, October 20, 2015

Hidayah

Tadi abang pergi farmasi. Masa pusing-pusing cari barang, abang nampak pregnancy test kit atas rak. Abang beli satu. Dulu awak kata kalau kita dapat baby girl awak nak namakan dia Hidayah. 

Sweet memories of nights together.

_ _ _
Sometimes you keep someone who hurts you. It’s because the happiness they bring is more important than they pain they cause. - Unknown

Monday, October 19, 2015

Batman

Semalam


Adam: Adam nak pakai macam daddy.
Daddy: OK. Kejab daddy pilih.
Adam: Adam suka baju sama dengan daddy. 


Hari ini


Adam: Daddy, daddy kena pakai sama macam Adam.
Daddy: Haaaa
Adam: Semalam Adam pakai sama macam daddy.
Daddy: Adam nak pakai apa?
Adam: Baju ni 
Daddy: Alaa tak kan daddy nak jadi Batman siang-siang hari ni
Adam: (merajuk)
Daddy: OK. OK daddy pakai.
Adam: Yea!!! (sambil lompat-lompat)


Selepas 30 minit


Daddy: How do I look?
Kakak: Daddy nampak comel!
Daddy: Umar tak nak join ke?
Umar: Adik tak mainlah custom Batman daddy. Adik dah dewasa.
Daddy: Yelah. Daddy je la jadi Batman dengan Adam
Umar: Daddy tak terseksa jadi Batman hehehe?
Daddy: Esok Umar jadi ayah baru Umar tau.
Umar: Adik tanya je. Adik plihatin nasib daddy.
Daddy: Prihatin sangat
Adam: Esok Adam pakai Spiderman. Daddy jadi Spiderman.
Daddy: Daddy bawa Batman je Adam. Superman, Spiderman daddy tak bawa
Adam: (muka sedih)
Daddy: Balik Ipoh nanti kita pakai sama-sama eh. Abang Umar pun pakai.
Umar: Daddy tangan buat celite. Adik tak takap pun adik nak jadi Tuperman haa
Daddy: Daddy pakai, Umar pun kena pakai.
Adam: Yea!!! Abang jadi Spiderman
Umar: Daddy kuku besi. Kita demokelasi
Daddy: Daddy ada kuasa veto
Umar: Daddy tuke talah guna kuasa.
Daddy: Hehehe

Sunday, October 18, 2015

MO

Awak suka mengadu tentang MO yang suka buli awak. Abang pujuk awak. Abang cakap “Jangan ambil kisah sangat dia bukan doktor pun”. Awak cakap MO singakatan untuk Medical Officer; doktor senior. Abang rasa malu sebab silap tapi nak buat macam mana abang mana ada ilmu tentang bidang perubatan. 

Sebenarnya abang keliru antara MA - Medical Assistant dengan MO – Medical Officer. Abang ingat awak cakap tentang MA. Rupa-rupanya rupanya tak; awak bercakap tentang pegawai atasan awak yang suka membuli budak junior. 

Lepas kita berpisah baru abang sedar antara MA dengan MO (haih). Tapi tak apalah abang dapat juga ilmu baru. 

_ _ _

Ketika kita bisa mengingat sesuatu dengan detail, tapi tidak terasa menyakitkan lagi; maka itu berarti hati kita telah sembuh. Sebaliknya, ketika kita tidak bisa lagi mengingat sesuatu dengan detail; tapi entah kenapa tetap terasa sesak menyakitkan; maka itu berarti kita belum berhasil melepaskan dengan tulus. - Tere Liye

Saturday, October 17, 2015

Nightgown

Abang beli sehelai nightgown semasa di Las Vegas. Abang beli walaupun abang tahu awak tak ada untuk pakai. Ingat tak beberapa hari sebelum kita berpisah, awak minta nightgown. Ceritanya bermula bila abang beritahu awak yang abang nampak nightgown yang seksi di sebuah butik tapi abang segan nak beli.

Abang beli nighty warna merah. Awak kata nak nighty yang seksi. Tentu cantik dan kelihatan sangat seksi kalau awak pakai. Abang rindukan awak yang comel, yang mengada-ngada, yang manja. 

Selamat malam, cinta.

_ _ _

Waktu selalu berbaik hati mengobati kesedihan. Jadi, kalau kita tidak tahu harus bagaimana lagi, biarkan obat ini bekerja. Cobalah untuk survive, menunggu, cepat atau lambat kesedihan itu akan pergi. - Tere Liye 


Oregon
3.50am

Friday, October 16, 2015

Memori

Abang tunggu awak online Skype tapi awak tak ada pun. Kalau pun awak online belum tentu awak berborak dengan abang. Abang ada cerita best. Kawan abang marah-marah isteri dia pregnant lagi. Dia kahwin 2010. Sekarang anak nak masuk 4 orang! Dia kata salah bini dia sebab bini dia mengandung.

Abang teringat dulu masa awak sibuk dekat wad, awak suka cakap ramai orang sebab “kena buatan orang” - abang selalu fikir “buatan orang” maksudnya kena santau/ilmu hitam. Tapi maksud sebenarnya mengandung (okey abang lampi). Kalau abang nampak perempuan mengandung abang selalu teringat “kena buatan orang”. 

Awak nakal betul.

_ _ _

Memory is a way of holding on to the things you love, the things you are, the things you never want to lose - Kevin Arnold

Thursday, October 15, 2015

Wajahmu

Rembulan tenggelam di wajahmu.

Monday, October 12, 2015

You'll Never Find Another Love Like Mine

In my dreams, we’re still together.

Sunday, October 11, 2015

Sheep

Adam suka bangun tengah malam. Biasanya jam 3 atau 4 pagi. Kalau daddy tidur awal jarang pula Adam bangun kejutkan daddy. Adam suka bangun tengah malam dan minta ayam goreng, coklat panas atau bacakan dia buku cerita. Kadang-kadang teman dia menonton tv. 

Sedang daddy tidur dengan lena, Adam kejutkan daddy. Jam di dinding menunjukan 3 pagi. 

Adam: Daddy. Daddy lukis sheep.
Daddy: Sekarang?
Adam: Adam nak sheep
Daddy: In the middle of the night?
Adam: Bolehlah daddy. Bolehlah.
Daddy: Nanti daddy buka laptop.
Adam: Lukislah daddy. Adam tak nak komputer
Daddy: Haih. OK kejab. Daddy ambil pensel.

Selepas 15 minit.

Daddy: Haa dah siap. Tapi tak cantik sangat.
Adam: (peluk lukisan sheep)
Daddy: Nak pergi mana?
Adam: Adam nak tidur daddy.
Daddy: Ayam goreng, hot chocolate semua tak nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Pelik- pelik je Adam ni. Good night Adam.

Daddy terus melukis sheep. Lukisan yang bagi pada Adam tak cantik. Hmm...mama pun tak pandai melukis. Lukis kaki orang tapi hasil macam belalai gajah (hahaha saya ingat lagi tau!). 

Saturday, October 10, 2015

7.30am

I miss you more than I can bear.

Friday, October 09, 2015

3.45am

I can't unlove you.

You left a mark on me

Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu. - Tere Liye

Thursday, October 08, 2015

On Love

Some things you cannot control. No matter how bad you want to, you just can't. If we can turn back time and take a different route, we would. Everyone deserves happiness. No one wants to intentionally hurt anyone. Things just happens. It's all meant to be. Let go and you will truly find happiness even if it takes time. - SSY

_ _ _

Something always brings me back to you. 

_ _ _

When I start thinking about you, tears fall down from my eyes.

Tuesday, October 06, 2015

Pilihan

Banyak cerita menjadi viral di internet. Antaranya kisah seorang lelaki dari Kanada ke UK untuk membuat kejutan buat kekasihnya tapi tidak kesampaian apabila mengetahui kekasihnya telah berkahwin. Menurut lelaki ini, hubungan mereka baik-baik saja dan mesra seperti biasa kerana mereka selalu berhubung melalui Skype. Dia tidak langsung menyangka yang kekasihnya akan berkahwin dengan orang lain. 

Hari ini kisah yang viral tentang seorang lelaki yang tunangnya tidak lagi balas setiap WhatsApp yang di hantar. Tidak lagi mengangkat telefon. Bila mereka berjumpa, tunangnya memulangkan cincin. Kedua kisah ini sebenarnya adalah kisah manusia curang tapi perlu di nafikan. Kita mendefinasikan curang apabila kita melihat hal ini dari kaca mata “hitam”. Mereka yang curang akan di lihat sebagai manusia jahat yang tidak berhati perut. 

Hidup kita sebenarnya berjalan melalui perspektif yang kita gunakan untuk melihat dunia. Kita meletakan hukuman berdasarkan perspektif yang kita gunapakai. Perspektif ini umpama kaca mata. Kalau kita gunakan kaca mata biru, kita akan melihat dunia dengan warna biru. Kalau kita gunakan kaca mata berwarna merah, kita akan lihat dunia dengan warna merah. Perspektif ini akan berubah mengikut kaca mata yang kita gunakan untuk melihat dan menilai apa yang ada di sekeliling kita.

Dunia kita sebenarnya di huni oleh manusia yang baik tapi mereka salah membuat pilihan. Misalnya, manusia yang tertekan mengambil jalan singkat menggunakan dadah untuk melupakan tekanan. Dalam banyak pilihan yang ada, kadang-kadang kita salah memilih dan pilihan (yang salah ini) membuatkan kita nampak jahat/buruk di mata masyarakat. Setiap manusia di lahirkan suci. Tindakan kitalah yang menjadi kita kekal bersih atau kotor di kemudian hari.

Manusia membuat kesilapan tapi kesilapan yang di buat tidak harus di hukum di sepanjang hidupnya. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Semua manusia buat salah. Apa yang penting ialah kita belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya lagi. Kita juga harus berikan diri kita peluang untuk jalan terus dan tak menghukum diri sendiri sepanjang hidup atas kesilapan yang pernah kita lakukan.

Everyone makes mistakes in life, but that doesn't mean they have to pay for them the rest of their life. Sometimes good people make bad choices. It doesn't mean they're bad it means they're human. - Unknown



San Francisco

Sunday, October 04, 2015

1:05pm

Menghabiskan seharian suntuk di Disneyland. Bila melangkah keluar badan mula terasa penat. Hentian seterusnya ambil keputusan untuk tidak tidur di khemah tapi menyewa sebuah bilik di motel berhampiran. Badan terlampau penat untuk memandu dan memasang khemah apatah lagi untuk masak makan malam. Tinggal di motel lebih selesa dan dapat rehatkan badan secukupnya. 

Mujurlah dapat sebuah bilik - bilik yang agak kecil untuk menampung 4 orang tapi itu tak menjadi masalah bila diri terasa amat letih. Selesai makan malam anak-anak tidur bergelempangan akibat kepenatan. Disneyland benar-benar menjual keseronokan. Pelbagai permainan tersedia untuk di nikmati. Anak-anak bergembira dengan hampir semua permainan yang ada di Disneyland dan mereka kata ingin datang lagi.

_ _ _

Pagi tadi pergi dobi untuk cuci pakaian. Cadangan awal ingin mencuci di sungai bila tiba di hentian (tapak khemah) seterusnya. Ada baiknya juga menggunakan mesin kerana dapat jimatkan masa dan tenaga serta pakaian tidak rosak. Mungkin di hentian akan datang akan mencuci di sungai bila berkhemah nanti. Buat masa ini lebih mudah gunakan mesin.

Seperti biasa, balut buku yang sudah di baca sepanjang perjalanan untuk di pos ke Ipoh. Kalau simpan terlalu banyak buku agak susah untuk bergerak dan tentu akan ada masalah semasa ambil penerbangan nanti. Kebiasaannya hanya buku yang baru di beli akan di bawa bersama. Apa saja barang yang sudah di gunakan/tak mahu di gunakan lagi akan di pos ke rumah bagi mengelakkan beg menjadi berat dengan bebanan yang tak perlu.

_ _ _

Akan bergerak ke San Francisco untuk melihat mercu tanda San Francisco iaitu Golden Gate Bridge secara dekat. Tentu saja akan berjalan-jalan di sekitar kota yang cantik ini sambil menikmati pemandangan yang indah. Bercadang juga melawat Alcatraz Island yang terkenal dengan Penjara Alcatraz melalui penjenayah bernama Al Capone dengan menaiki feri. Tentu saja selepas itu akan singgah di Fisherman's Wharf untuk lihat sea lion secara dekat. Secara jenakanya orang kata kita hidup bukan untuk bekerja dan bayar bil sahaja tapi untuk menikmati hidup.

Maybe the journey isn’t so much about becoming anything. Maybe it’s about unbecoming everything that isn’t really you so you can be who you were meant to be in the first place. - Unknown

Saturday, October 03, 2015

Umar Zarif

Umar: Daddy! Daddy! Daddy! Adik mimpi!
Daddy: Umar mimpi apa?
Umar: Adik mimpi Umar Zarif
Daddy: Hehe baby boy eh ngee
Umar: Daddy asyik takap adik tecik-tecik je
Daddy: Habis tu Umar Zarif tu siapa?
Umar: Nama komersial adik haa
Daddy: Kecik-kecik dah ada nama komersial
Umar: Itulah daddy tak tahu. Malketing stlategi 
Daddy: Zarif tu macam nama kawan daddy
Umar: Adik tak tahu daddy ada tawan lelaki
Daddy: Daddy ada banyak kawan
Umar: Tapi tawan daddy tume pelempuan 
Daddy: Tak baik mengata daddy. Nanti kena tulah
Umar: Adik menyatakan kebenalan haa
Daddy: Ye la ye la