Tuesday, July 26, 2016

Times forever frozen still




Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive

We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still


Photograph 
Ed Sheeran

. . .

You can't fall out of real love. Even if you're not with them anymore the love stays - Unknown



Salina Cruz, Oaxaca, Mexico
12.07 am

Saturday, July 23, 2016

Love is a travel



Amsterdam Airport Schiphol
12.20 pm

Thursday, July 21, 2016

Hamartia

Malam tadi langit gelap, tak berbintang. Yang ada cuma rintik hujan membasahi bumi. Malam yang sejuk. Balik dari Markass Cafe, ambil Sekumpulan Epitaf dan Surat-Surat Yang Lewat lalu duduk mengadap balkoni bertemankan kopi pahit. Di Markass tak makan apa-apa, hanya minum teh. Lewat beberapa ini, puisi Karl Agan selalu menjadi peneman malam bila kesunyian. 

Sejak balik dari Berne Jerman, tak buat apa-apa aktiviti yang menarik. Pagi hari hanya habiskan waktu berjogging sekitar Pekan Ipoh. Jika malas hanya berenang di tasik. Tengah hari pula selain tidur, menonton VCD. Petang ke rumah anak yatim berbual soal sekolah, buku dan cikgu. Berbual kosong tentang banyak perkara termasuk soal keluarga mereka yang tak segan-segan mereka kongsikan.

Malam hari banyak habiskan masa di Khizanat mencicip kopi panas sambil membelek buku. Jika tidak ke Khizanat, ke Markass Cafe melihat anak muda dengan dunia mereka yang tersendiri. Jika Markass penuh pelanggan, curi keluar ke Cicakbo - membuang pandangan menikmati panorama malam yang suram berlatarkan bangunan tinggalan British. 

Di tengah malam, banyak habiskan masa di studio sambil cuba petik gitar mainkan beberapa lagu. Malangnya not yang cuba di mainkan sering sumbang kerana tiada penghayatan. Kadang-kadang ke bilik Umar mencuri dengar Umar mengaji. Umar selalu mengaji di tengah malam. Katanya, malam waktu terbaik untuk merehatkan diri dari masalah dunia. 

. . .

Saya merakam foto Pekan Ipoh yang penuh nostalgia untuk di buat kenangan. Saya tak tahu sampai bila saya akan berada di sini. Saya begitu sayangkan rumah pokok, tasik dan kabin. Saya seboleh mungkin tak mahu berpindah dari sini. Saya seboleh mungkin mahu menetap dan mati di pekan sunyi ini. Saya selesa berada di sini. Jauh dari hiruk-pikuk kesesakan, dari dunia penuh lara.

Ketika merakam foto, saya berkhayal merakam foto bersama awak berlatar belakangkan bangunan lama tinggalan penjajah.. Sambil memeluk erat bahu awak, dengan senyuman manis, awak berada di sisi saya tersenyum bahagia. Saya sepatutnya menjadi insan paling gembira ketika awak menghulur salam untuk bertemu mata setelah sekian lama kita nantikan penuh debar. 

Namun tak. Saya terus menyepi, membisu dan kita tak dapat melerai kekusutan yang tersimpul. Saya, seperti yang selalu awak katakan, adalah lelaki pengecut. Entah kenapa saya tak tahu sebab-musabab saya terus menyepi, membisu. Saya sendiri tak dapat memahami diri saya sendiri. Entahlah. Saya patah semangat. Saya patah hati. Kalau bukan kerana anak-anak, saya memang tak mahu hidup lagi. 

Saya selalu rindukan senyuman manis awak. Ia seperti menari-nari di mata saya. Saya rindukan bebelan manja awak. Segalanya tentang awak selalunya manis. Waktu hujan begini selalu membuat saya rindu. Rindu pada awak yang manja, garang tapi manis. Orang kata rintik hujan selalu bawa rindu, selalu bawa bahagia. Setiap kali mengenang awak, senyuman tak pernah lekang terukir pada wajah saya. Awak yang manis-manis untuk di kenang, untuk di rindu selalu.

. . .

Keabadian kita wujud dalam hal-hal yang sederhana
seperti ketika aku menulis namaku
di telapak tanganmu,
dan kau tertawa kegelian
menahan untuk tak menyimpan tangan,
atau seperti ketika kita main-main merenung mata
berlawan untuk tak terkelip,
kerana ada sesuatu yang boleh hilang
dalam sekelip mata.

- Karl Agan

Saturday, July 16, 2016

Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan





Namamu bertahun kutuliskan
di hati dan tak mungkin
terpadam.

- Rahimidin Zahari



Wesermarsch, Germany
2.01 am

Friday, July 15, 2016

Tanda soal

“Kalau senyum sorang-sorang tanda hati dah tumbuh bunga”
“Hahaha pandai je Kak Ain ni. Mana ada”
“Mana ada tengkorak kau. Aku perati rapat je ko dok senyum sorang-sorang
“Sejak bila senyum pun salah ni. Senyum pun salah. Tak senyum pun salah”
“Sapa?”
“Apa?”
“Ko mesej sapa?”
“Mana ada”
“Bak handset
“Hahaha orang dah besar la. Ada pulak nak check handphone
See....Nak sorok apa? Aku ni kakak kau-lah”
“Mana ada apa. Betul”
“Orang baru ke orang lama chor?”
“Hahaha ntah apa-apa je soalan”
“Kenal orang baru. It’s good for you
“Jadi psychologist nampak”
“Aku serius ni setan”
“Ye la”
“Umur berapa dak tu?”
“19”
Well, Sha was right. Engko ni pedo”
“Apa pulak”
“Dah move on belum?”
“Mula-mula je. Lepas tu cari jalan patah balik jugak”
Don’t give up
“Gila kakak aku ni tiba-tiba jadi pakar psychologist pulak”
Cegampang
“Orang perempuan mana boleh mencarut la hahaha”
“Pund*k”
“Hahahaha dah tak boleh buat apa dah Kak Ain ni”

Beyond words





Akan kupilih huruf-huruf yang berani melengkung
untukmu sajakku,
agar tubuhmu menakung
derita rinduku.

- Karl Agan

Wednesday, July 13, 2016

Just another sleepless night

If you awake at 4am, you are either in love or lonely.

Heart

The heart wants what it wants and sometimes you can’t change that no matter how hard to try to convince yourself otherwise. - Unknown

Tuesday, July 12, 2016

Let go

Forgive me for not being able to let go. 

Monday, July 04, 2016

Betapa saya rindukan saat itu

Saya hanya ada sekeping hati. Sekeping hati ini jugalah saya berikan pada awak berbelas tahun dulu. Keluarga saya mahu saya lupakan awak. Mereka mahu saya jalan terus. Mana mungkin saya jalan terus tanpa menoleh ke belakang. Saya kerap menoleh ke belakang; masih mengharap awak tidak jauh dari saya. 

Mereka kata saya dayus. Saya tak tahu bagaimana untuk menahan hati dari berhenti memikirkan awak. Lorong yang saya lalui semakin sunyi. Yang ada hanya bunyi bising seumpama unggas di malam hari. Mereka bertanya mengapa saya masih sayangkan awak sedang awak menduakan saya. 

Saya tak ada jawapan. Saya tak ada jawapan yang sesuai untuk mereka. Mungkin lambat atau cepat mereka akan berhenti bertanya kenapa saya masih gagal menjarakkan diri dari awak. Saya berharap mereka tak lagi bertanya tentang sekeping hati saya. Inilah satu-satunya hati yang saya punyai dan hati ini bulat-bulat saya berikan pada awak.

Saya tak berdaya melawan perasaan. Saya tak berdaya menahan rindu. Saya tak berdaya menahan fikiran. Setiap yang saya pandang, setiap yang saya dengar, setiap pergerakan - yang terlintas hanya awak. Dayuskah saya kerana masih sayangkan awak? Saya lelaki yang tak kuat menahan hati. 

* * *

Kak Ain berikan saya beberapa nombor telefon untuk saya hubungi dengan niat dapat memenuhi kolam hati saya yang sunyi. Saya tak merasa teruja seperti saat pertama saya bercakap dengan awak di telefon. Saya tak merasa debar yang sama. Saya rindu pada gemuruh yang menyeliputi hati saya saat itu. Betapa kencangnya jantung saya menahan getaran perasaan. 

Betapa mesra kita saat itu. Kita berkongsi hati, berbagi perasaan. Begitu intim sekali. Saya tak merasa getaran ini dengan perempuan lain. Saya cuba paksakan diri tapi masih tak menjadi. Usia saya tidak lagi sesuai bermain mata apa lagi untuk berkenal-kenal. Janggal benar saya rasakan. Satu-satunya yang saya inginkan hanya larut dan tenggelam dalam cinta awak.

Betapa saya rindukan saat itu. 


* * *

Tak ada yang tinggal selain ingatan
Kita menyebutnya sebagai kenangan.

- Karl Agan




Tel Aviv, Israel
6.30 am

Resepi Nasi Minyak

“Saya dapat resepi nasik minyak”
“Google la tu”
“Google main jauh-jauh. Twitter best tau”
“Nanti boleh cuba. Kalau menjadi sedap kot”
Of course sedap. Nak tahu tak resepi tu?”
“Entah mana-mana orang bagi resepi. Silap hari bulan tak menjadi”
“101% confident menjadi. Nak tau tak resepi dia?”
“Apa dia?”
“Resepi nasi minyak. Saya. Awak. Resepi by wasabisenpai”
“Sabar je la dengar”
Sweet tak awak?”
“Apa yang sweet?”
“Resepi tu”
“Tak pun”
“Cakap sweet please?
“Hahahaha”
Please
“Ada ke paksa orang cakap sweet
Say it. Bukan keluar se duit pun”
Sweet sangat hahahaha. Sabar je la”
“Okey awak. Bye!”
Call nak cakap tu je?”
“Resepi dah kasi. Sila ambil tindakan hihi”
“Hahahaha”

Sunday, July 03, 2016

Takdir yang manis

Saya ke Masjid Al-Aqsa pagi tadi. Masjid suci ketiga selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Beberapa anggota keselamatan mengawal ketat masjid ini. Saya minta izin untuk masuk melawat. Sebagai bukti saya datang secara sah, saya tunjukan dokumen perjalanan. Saya di benarkan masuk setelah hampir sejam di soal siasat.

Selesai menunaikan solat sunat, saya duduk bersandar pada dinding dengan niat ingin membaca beberapa baris puisi Alexander Pushkin. Saya tertidur lalu bermimpi berjumpa Ummi. Saya benar-benar rindukan Ummi. Ummi sedang duduk di kerusi kegemarannya sambil melukis khat. Ummi akan mengisi masa lapangnya dengan melukis kaligrafi/khat/kufi jika tidak bertugas di hospital.

Seperti selalunya, saya baring di ribaan Ummi. Dengan tidak semena-mena air mata mengalir deras tanpa di tahan-tahan. Sungguh-sungguh saya menangis. Saya jarang bercerita pada Ummi. Saya jarang meluah isi hati pada Ummi. Saya hampir tak pernah berkongsi rahsia hati pada Ummi. Usapan lembut tangan Ummi di kepala saya benar-benar menenangkan. Perlahan-lahan air mata saya berhenti mengalir.

“Im tak percaya pada takdir Tuhan?” Lembut pertanyaan Ummi membuatkan saya diam. “Percaya”. Ringkas jawapan saya. Saya bungkam kata-kata. “Percayalah takdir yang Allah tuliskan lebih indah dari yang kita mahukan. Allah tahu segalanya”. Saya diam lagi. Saya cuba menghadam setiap butiran perkataan yang keluar dari mulut Ummi. “Percayalah takdir Allah tak pernah kejam pada kita. Perancangan Allah seribu kali lebih baik dari kita”. Lembut tutur Ummi. Air mata saya kembali mengalir.

“Im tak nak orang lain, Ummi. It’s hard to let her go. It’s hard to move on”. Ummi senyum. Senyuman yang selalu menenangkan hati seorang anak. “Allah pasti gantikan yang lebih baik dari yang Dia ambil”. Pendek saja jawapan Ummi. Saya mengeluh berat. “Tapi Im tak nak orang lain. Orang lain tak sama. Saya menghembus nafas penuh keluh kesah.

“Im rasa perancangan Im, pilihan Im lebih tepat berbanding pilihan Allah?”. Saya terpaku. Ummi selalu menoktahkan setiap jawapan yang saya beri. Ummi selalu bijak mengatur ayat. Ayat yang membuat saya terdiam malu. “Tak lah sampai macam tu. Cuma Im rasa dia yang paling sesuai untuk Im. She’s perfect for me”. Jawab saya jujur. Sejujur-jujurnya.

“Im rasa dia sempurna untuk Im. Pernah tak Im fikir Im sempurna tak untuk dia?”. Saya terdiam lagi. Saya mati kata-kata. Ummi mudah benar mematikan kata-kata saya. “Seorang lelaki budiman akan terima setiap qada dan qadar yang Allah tetapkan untuk dia tanpa menyoal sedikit pun. Takdir Allah jangan kita persoalkan. Itu bukan urusan kita. Belajarlah terima tak semua yang kita mahu akan jadi milik kita. Belajarlah terima qada dan qadar Tuhan lebih manis dari apa yang kita rancangkan. Jangan kita paksa Allah tuliskan takdir seperti yang kita mahukan”

Mata saya masih berkaca. Lembut tutur Ummi benar-benar memujuk hati saya. Saya jadi runtun hati. Air mata terus mengalir tanpa henti. Saya dongak memandang wajah Ummi yang bersih. Lama saya pandang Ummi. Saya tak ada jawapan balas. Ummi mengesat air mata saya yang semakin deras mengalir. Saya memeluk Ummi, seeratnya, seperti tak mahu di lepaskan. 

Saat saya terjaga dari mimpi, saya menangis semahunya hingga terhenjut-henjut bahu, hingga sesak dada. Saya rindukan Ummi. Saya ambil pensil dan sehelai kertas kosong lalu cuba menulis khat. Saya tak mahir menulis khat apa lagi melukis kaligrafi dan kufi. Mungkin kerana saya tidak lahir dari rahim Ummi, bakat Ummi tak tumpah kepada saya. Dalam perjalanan balik ke rumah penginapan hati saya masih sebak dengan tangisan.



Masjid Al-Aqsa, Jerusalem
11.45 pm

Friday, July 01, 2016

Text Message II

Hmm...

I really don’t know how to answer your simple question. At least I have three options, but I still blur to choose the right one.

  • Abang
  • The one and only Imran
  • Your ex
  • Imran yang kacak

Tapi untuk hati-hati yang dijenguk kenangan tiap malam, hidup ialah sebuah rindu yang diperpanjangkan. - ZF Zamir



Ramallah, Palestin
6.42 am