Sunday, November 30, 2014

Call my name




Every time I read our old conversations, I realize how close we used to be.
_ _ _ 

I want you.
I want us.
I love us.
_ _ _

Nothing makes me feel like you do.
_ _ _ 

I miss the times when you still call me with all these funny, sweet & cute nicknames.

Abang
Abang sayang
Yayang
Cuk
Sayang
Romeo
Sweetpie
_ _ _ 

If I could wish one thing I’d hear you call my name.

Saturday, November 29, 2014

Let go, move on and love again

Benci tak akan dapat padamkan rasa cinta. Ini hakikat yang harus di terima. Kebencian tak dapat melawan kasih sayang. Sungguhpun kita terluka dan kecewa, kasih sayang tetap tak boleh di hapus begitu saja. Ia suatu perasaan yang sukar di tafsir dengan kata-kata. Suatu perasaan yang sukar di fahami.

Bila perasaan sayang bertukar menjadi benci, perasaan kita tak pernah aman. Jiwa kita tak akan tenteram. Kalau dengan terus mencintai membuat kita tenang, teruslah mencintai. Perasan cinta tak boleh di paksa-paksa. Ia hadir begitu saja. Walau hati sakit bila di ingat-ingat, perasaan sayang tetap akan ada walau secubit.

_ _ _ _

Dalam penerbangan tadi abang terfikir tentang awak. Awak yang akan jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak yang ramai. Abang bayangkan keluarga awak yang bahagia dan gembira. 

Abang bayangkan awak punya suami yang sihat dan menyayangi awak dengan sepenuh hati. Awak tak perlu risau kesihatannya, awak tak perlu takut dia akan tinggalkan awak pada bila-bila masa. Awak akan sentiasa gembira seperti keluarga normal yang lain.

Usai solat dalam penerbangan tadi, abang doa agar awak di berikan jodoh yang baik, hidup yang bahagia dan keluarga yang gembira. Abang doa agar awak di temukan dengan lelaki yang memahami awak, memahami kerjaya awak, mendengar cerita-cerita awak dan berkongsi susah senang dengan awak. Jujur dari hati abang ingin melihat awak bahagia.

_ _ _ _

Abang hanya cinta pertama awak (awak pernah kata abang cinta terakhir awak). Orang kata “What we all want in life, to travel, fall in love and be happy”. Abang yakin awak akan jatuh cinta pada lelaki lain selepas ini. Dan abang harap lelaki ini dapat tawarkan syurga yang tak dapat abang berikan.

Kak Ain kata pada abang tempoh hari “Im, let go, move on and love again”. Hari ini abang nak cakap pada awak perkara yang sama “Sayang, let go, move on and love again”

_ _ _ _ 

No matter what happens to us, everyday spent with you is the best day of my life. 







Auckland Airport

Monday, November 24, 2014

Butterflies in my stomach

Semalam abang tidur lena sangat (lepas SMS awak) lepas ambil ubat dengan dos yang tinggi. Abang tidur awal dan abang tidur mati. Bila awak call, abang tak sedar. Abang call peti suara, tak ada pesanan, cuma bunyi senyap yang panjang. 

Tadi, sewaktu awak call, abang sedang tidur. Hari ini pergi dialisis. Badan penat. Kena angin pun rasa macam kebas satu badan padahal pakai 4 lapis baju. Duduk berkurung dalam rumah, tak pergi mana-mana.

Sudah lebih dari sejam abang fikir sama ada hendak call awak atau tak. Abang tekan butang call kemudian tekan butang cancel. Abang rasa abang tak berani. Abang nervous. Entah kenapa. Terasa seperti kali pertama abang call awak jam 3.30 pagi dulu. Awal tentu ingat betapa gementarnya abang. 

_ _ _ _

Thought of the moments I spent with you still give butterflies in my stomach.

_ _ _ _

There’s a part of me that’s always going to have feeling for you. And yes, I might move on, and try my best to be happy. But if I’m ever asked who I love, your name will always be the first one in my mind - Unknown

_ _ _ _

I miss you badly.

Sunday, November 23, 2014

A Special Place

Masa mula-mula kita kenal (rapat) awak mainkan lagu-lagu P. Ramlee yang ada dalam playlist awak. Abang tak pernah suka lagu P. Ramlee. Bukan genre yang abang suka dengar. 

Adam mainkan lagu-lagu P.Ramlee dan abang teringatkan awak. Abang demam. Mungkin sebab abang rindukan awak. Abang banyak fikir tentang awak, tentang kita. Walaupun kita tak ada lagi...

_ _ _ _

Abang demam. Nak bangun pun tak larat.
Sejuk sangat. Badan menggigil.

_ _ _ _

For a long time, she held a special place in my heart. I kept this special place just for her, like a 'Reserved' sign on a quiet corner table in a restaurant. Despite the fact that I was sure I'd never see her again ― Haruki Murakami

Kalau awak ada dengan abang, tentu abang okey.

Wednesday, November 19, 2014

You are everything I need.

Entah kenapa kali ini rasa sedih tinggalkan KL. Mungkin sebab abang sudah tinggalkan awak secara rasmi. Entah bila abang dapat balik, abang pun tak tahu. Treatment di jangka selesai pertengahan Febuari 2015. 

Abang masih rasa sebak...Abang tak ada lagi dalam hidup awak. Jaga diri baik-baik, sayang. Jangan salahkan diri. Abang terima kita tak dapat tua bersama. Ini sudah suratan takdir. Ada hikmah di kemudian hari. 

Semoga awak dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik dari abang. 

_ _ _ _

I wanted to tell you that wherever I am, whatever happens, I’ll always think of you, and the time we spent together, as my happiest time. I’d do it all over again, if I had the choice. No regrets - Cynthia Hand

_ _ _ _

You are everything I need.




KL - Amsterdam

Tuesday, November 18, 2014

Greatful

I am forever greatful for the happiness and joy you have brought into my life.
Good night, love.
Sleep tight.


*kiss your cheek*

RM 0.10

Adam main handphone. Kredit ada RM 100. Lepas Adam guna cuma tinggal RM 0.10. 

Haih.

Jangan biarkan dia rebah.

Terserempak dengan Wan di KL pagi tadi. Aku dengan Wan memang tak pernah sebulu. Musuh yang nyata. Puncanya sebab berbeza ideologi. Tapi hari ini berbeza. Hari ini kami bersapa baik. Berbual tentang banyak perkara. Wan bercerita tentang isterinya yang hampir putus asa. Isteri Wan seorang houseman di sebuah hospital di Negri Sembilan. 

Aku dan Wan punya satu bersamaan. Kami sama-sama bangga dengan rusuk kiri kami - dengan gelaran Dr. yang di sandang. Mendapat gelaran Dr. melalui MBBS sesuatu yang berbeza. Bangganya terasa sangat lain. Mungkin kerana perjalanannya panjang dan penuh liku tapi manis bila di ingat kembali. 

Sangat manis...

Aku harap kau tak benarkan isteri kau putus asa. Aku rasa mana-mana doktor muda dalam dunia ini akan cepat putus asa dengan jadual kerja mereka yang bukan saja padat tapi agak gila - tanpa masa rehat yang cukup dan kurang masa di luangkan bersama keluarga. Aku memahaminya dan aku harap kau bersabar. Teruskan jadi tulang belakang untuk isteri kau. 

Perjalanan aku sudah terhenti. Sekarang aku tak tahu apa-apa lagi tentang dunia kedoktoran. Tak ada lagi yang bercerita tentang ward round, on call dan sebagainya. Walaupun dunia kedoktoran sangat asing tapi aku mula menyukainya. Mula menyukai jadual kerja yang gila, HO/MO yang suka membuli, rakan sekerja pemalas dan seribu satu perkara lagi.

Jaga isteri kau baik-baik Wan. Jangan biarkan dia rebah.

Monday, November 17, 2014

Bukit Fraser

Pergi Hospital Pantai untuk dialisis. Kemudian periksa berat badan. Doktor kata berat badan naik 2KG dan dia agak terkejut dengan perkembangan terbaru ini. “Awak nampak semakin sihat. Terus berusaha. Jangan putus asa. Awak akan sihat, insya Allah”. Doktor tanya tentang rawatan yang aku ambil di Paris. Katanya rawatan  menunjukan hasil yang positif. 

Tak begitu banyak perubahan kecuali mata semakin pulih (terang). Sakit kelapa masih ada. Deria masih belum berfungsi sepenuhnya. Malam tadi sebelum tidur, Huda kata rambut di kepala mula tumbuh. Sepanjang malam rasa teruja. Bagi meraikan rambut-sudah-mula-tumbuh-semula, hari ini bawa anak-anak makan angin ke Bukit Fraser. Adam suka. Umar banyak mengomel. Huda seperti biasa akan keluarkan kertas dan mula melukis.

_ _ _ _

19 Nov ini birthday I. Aku tak berminat untuk wish/beri hadiah/jumpa I. Tambahan pula ayahnya ke US. Dalam dunia I, segala-galanya adalah berita sensasi. Dan aku tak berminat untuk memasuki dunia itu (dan aku juga tak berminat pada I). Aku selalu terfikir, dalam banyak bidang yang ada, kenapa bidang itu juga yang di pilihnya. I tidak sesuai untuk bidang ini. 

Aku harap kau terus kuat melalui hari-hari mendatang. Perempuan yang baik mempunyai pengakhiran yang baik. 

_ _ _ _

Hana hantar e-mel. E-mel yang ringkas. 


London’s Most Romantic Things To Do
London's Secret Sights: 14 Odd Attractions You Never Knew Were There


Jom! Can’t wait to see you!

_ _ _ _

Hana masih belum putus asa.

Sunday, November 16, 2014

Good night

I went to sleep, thinking about you and I woke up just the same.
Good night, princess.

_ _ _ _

And tonight I’ll fall asleep with you in my heart.


PS: I miss you.

Petang Tadi

Perempuan sebenarnya tak di galakkan lakukan dua aktiviti ini:

1. Menari
2. Berenang (atau menyelam)

Kerana kedua-duanya menampakkan bentuk badan (walaupun tak menimbulkan keghairahan). Sungguhpun tidak menimbulkan keghairahan, masih lagi memancing mata-mata lelaki. Lelaki jarang sekali menjaga pandangan. Bukan menundukkan pandangan malah mendongak lebih tinggi. 

Rasanya tidak ada lelaki dalam dunia ini yang tidak suka melihat perempuan cantik apatah lagi yang mempunyai bentuk badan yang menarik (mengiurkan). Sebenarnya, tak banyak lelaki tertarik pada rupa paras yang cantik. Kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada bentuk badan wanita. 

Oleh sebab aurat perempuan meliputi hampir 90% yang perlu di tutup dari pandangan mata lelaki, eloklah di tutup dengan baik. Mata lelaki tetap akan memandang (merayap) ke setiap inci tubuh perempuan. Kerana itu, perempuan harus menutup apa yang perlu di tutup - labuhkan bahagian yang perlu, tidak ketat, tidak jarang - tidak menampakkan bentuk badan.

Ada banyak lelaki “gila” di luar sana. Maka, jagalah diri sebaiknya. 

_ _ _ _

Petang tadi menonton penari-penari dari kelab kebudayaan lakukan rehearsal. Banyak remaja lelaki yang datang “mencuci mata” sambil bersorak. Dan kemudian mereka bercakap tentang “nasi lemak” dan “tiger show”.

Pedih telinga.

_ _ _ _

Daddy janji akan jaga Huda sebaik-baiknya sebab Huda satu-satunya anak perempuan daddy.

The Cis Burn Cake

Umar: Daddy, daddy, daddy! Kakak menangis
Daddy: Kenapa Kakak menangis? Kakak jatuh ke?
Umar: The cheese cake Kakak dah jadi the-cis-cake” 
Daddy: Suka mengata Kakak kan
Umar: Bukan the cheese cake. The burn cake hehe
Daddy: Sukanya dia gelakkan orang
Umar: The-cis-burn-cake hehehe
Daddy: Penat Kakak masak. Umar kutuk pulak
Umar: Tedap nama kek baru Kakak The Cis Burn Cake hehe

Saturday, November 15, 2014

14:30

Awak baru balik kerja eh? Tentu semalam kerja syif malam. Tidurlah, abang teman.

Tidur lena sayang.


*kiss your forehead*
_ _ _ _


I miss how happy I was with you.

SMS Malam Tadi

Taip, padam, taip, padam, taip, padam.

“Over and over, I fall for you. Good night, dear”

Tapi tak tekan butang send”.

_ _ _ _

We always come back to our first love.

You’re all I need

You are my princess.
_ _ _ _

This is our last goodbye 
I hate to feel the love between us die 
But it's over 
Just hear this and then I'll go 
You gave me more to live for 
More than you'll ever know 

This is our last embrace 
Must I dream and always see your face 
Why can't we overcome this wall 
Well, maybe it's just because I didn't know you at all 

Last Goodbye
Jeff Buckley

_ _ _ _ 

Hmmm...I guess this is really our end...

Kalau awak tak minta saya tinggalkan awak, saya masih ada di sini. Sebagai lelaki, saya hormati permintaan awak untuk lepaskan awak pergi - sungguhpun berat, saya tetap gagahkan hati.

_ _ _ _

You’re all I need.

Kejujuran

Umar: Daddy, adik ada satu soalan
Daddy: Apa dia?
Umar: Daddy tene jawab tengan kejujulan
Daddy: Umar nak tanya apa?
Umar: Daddy tengan Kak Hana silius ke?
Daddy: Semalam Umar kan dah tanya
Umar: Daddy tene jawab tengan penuh kejujulan. Kejujulan asas seorang mushlim
Daddy: Amboi ayat. Macam ustaz je kan

Impian Kita

Impian kita cuma
mahukan sebuah keluarga kecil
yang bahagia

Impian kita cuma
mahukan sebuah rumah
yang dipenuhi hilai tawa

Impian kita cuma
mahu hidup bersama
dari dunia hingga ke syurga

Impian kita cuma
meniti usia tua
biar di penuhi air mata
asal terasa bahagia

Impian kita cuma
cinta yang masih tersisa
bersatu semula
seperti dulu kala

Moga Tuhan kabulkan
setiap butir doa kita
untuk hidup bersama
selama-lamanya



Hospital Kajang-Bukit Tunku-Ipoh

Bintang Di Syurga

Dua e-mel terakhir yang awak hantar memang sengaja saya tak balas. Mungkin sebab saya tak tahu nak tulis apa. Saya baca berulang kali. Ia seakan penawar yang mujarab. Ia seakan pengubat kelukaan (dan kerinduan). Tanpa berselindung, ia sememangnya pengubat yang menutup luka-luka kerinduan. 

Urusan saya di sini sudah selesai. Sudah lepas segala rasa yang di sekat-sekat. Segala-galanya sudah di lepaskan. Nyatanya, ini mungkin sudah muktamad. Mimpi indah terhenti di sini. Saya tak begitu gembira di sini. Saya hanya memerap di dalam bilik tanpa menjenguk dunia luar.

Beberapa hari lagi akan kembali semula ke London. Mungkin akan terus menetap di sana. Di sini tidak ada apa-apa lagi. Semuanya terasa seperti sebuah dunia yang asing. Sebuah dunia yang seolah-olah pertama kali menjejakkan kaki. Setiap permulaan pasti ada penghujung - dan penghujungnya ialah di sini.

_ _ _ _

I can't tell you when,
but I can promise you,
it will get better
it will get easier 
and it will all be worthwhile
just promise me you won't give up

(Unknown)

_ _ _ _

Permata jatuh ke rumput,
Jatuh ke rumput di bilang-bilang,
Dari mata tidak ‘kan luput,
Dalam hati tidak ‘kan hilang.


Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidup abang. 

_ _ _ _

Goodbyes are only for those who love with their eyes. Because for those who love with heart and soul there is no such thing as separation ― Rumi

Friday, November 14, 2014

Silius

Umar: Daddy itelefon mama?
Daddy: Tak. Kenapa Umar?
Umar: Daddy tak pujuk mama?
Daddy: Tak kot.
Umar: Tenapa daddy tak pujuk mama?
Daddy: Tak payah kot
Umar: Daddy silius ke tengan Kak Hana?
Daddy: Amboi soalan! Dahsyat je kan
Umar: Adik tanya je. Daddy silius tangat
Daddy: Pandai jawab kan
Umar: Hehehehe

Without you

You are my sweet heart.
_ _ _ _

You try to be faithful
And sometimes you're cruel.
You are mine. Then, you leave.
Without you, I can't cope.

And when you take the lead,
I become your footstep.
Your absence leaves a void.
Without you, I can't cope.

You have disturbed my sleep,
You have wrecked my image.
You have set me apart.
Without you, I can't cope.

(Rumi)


_ _ _ _

I still remember the feeling I felt when I first started talking to you.
_ _ _ _

I miss you.

Thursday, November 13, 2014

Can I have a hug?

Guruh kuat betul berdentum petang tadi. Abang harap kalau awak dengar bunyi guruh, awak tak takut lagi - tak lagi menangis. Tapi abang rasa awak tetap akan menangis sebab bunyi dentuman kuat sangat - memang menakutkan. 

Kalau awak takut dengar bunyi guruh, abang akan cakap “Jangan menangis sayang, abang ada”. Bila balik kerja, pandu hati-hati. Walaupun awak cuma pandu dengan kelajuan yang sangat minima - 60km/j - abang tetap akan pesan “Hati-hati memandu sayang terutama di waktu malam bila hujan lebat”. Lampu kereta orang Malaysia buat mata pemandu lain silau - lampu terlalu terang.

_ _ _ _ 

When I am with you, we stay up all night.
When you're not here, I can't go to sleep.

(Rumi)

_ _ _ _

Jantung rasa sakit, rasa seperti di tikam-tikam. Tak tahulah kenapa. Abang nak cuba tidur. Abang jarang dapat tidur lena. 

Can I have a hug? Please?

Selamat malam, sayang.

Wednesday, November 12, 2014

Cinta ku tak pernah mati

Entah kenapa aku ambil flight balik KL. Bukan ada apa-apa urusan. Tak ada siapa pun di sini. Dulu, pernah juga ambil flight drastik balik KL. Tapi waktu itu situasinya lain. Mungkin aku balik sebab rindu. Mungkin aku balik sebab lari dari Hana. 

Masuk bilik, buka radio - lagu yang sedang berputar Dengarlah Bintang Hatiku. Bila buka kotak e-mel, ada 4 e-mel dari Hana bertanya kenapa tidak ke public library seperti biasa atau bertemu di waktu petang di Hyde Park.

Esok atau lusa akan beli hand phone dan buat kad sim baru. Harap kad sim masih boleh di gunakan. Kalau tak dapat buat kad sim kenalah beli nombor lain. Clixter atau Red One. Rasa berat hati hendak beli hand phone lain. Hand phone yang Umar belikan dulu baru guna beberapa bulan. 

_ _ _ _

Takkah kau rasa berdosanya enkau kepadaku
Kerna menghancurkan hati ini
Yang setia kepada mu sayang
Takkah kau rasa betapa agungnya cinta kita
Betapa sucinya kasih kita sehinggalah dia tiba

Andai benar kau cintai dia
Aku rela lepaskan kau pergi
Hati sedih itu tak mengapa
Biar ku derita asal kau bahagia

Andai nanti disuatu hari
Dia tidak cintai mu lagi
Aku rela terima mu semula
Kerana kasih ku sayangku padamu
Cinta ku tak pernah mati

Cintaku Tak Pernah Mati
Utopia

_ _ _ _

I am your moon and your moonlight too
I am your flower garden and your water too
I have come all this way, eager for you
Without shoes or shawl
I want you to laugh
To kill all your worries
To love you
To nourish you.

(Rumi)

_ _ _ _

Good nite, baby.
I miss you.

Sunday, November 09, 2014

Hana

“Hana nak kawin dengan abang”
“Tak nak aku”
“Hana serius. Hana nak pinang abang”
“Jangan nak ngada-ngada”
“Hana sayang abang”
“Tak kanlah nak bersuamikan laki macam aku”
“Kenapa?”
“Buta ke bangang?”
“Abang ni garang la. Macam gengster”
“Bangang abadi macam ko bukan boleh cakap elok-elok”
“Hana nak abang jadi suami Hana”
“Aku tak boleh”
“Abang tak suka Hana?”
“Tak”
“Kenapa abang ada sini?”
“Ko yang datang menyibuk dekat sini. Dulu dah blah”
“Hana merajuk mintak pujuk”
“Jadah apa aku nak pujuk”
“Dah la tangan banyak bulu”
“Eh?”
“Hihihi”

_ _ _ _

Aku kenal Hana tak sampai sebulan. Pertemuan pertama di public library bila Hana tolong ambilkan buku di rak tinggi. Berlanjut ke pertemuan petang beberapa kali di Hyde Park. Bertukar pandangan tentang ekonomi, politik antarabangsa dan sastera.

Ia suatu yang mengujakan bila bertemu seorang perempuan yang meminati sesuatu yang kita sukai. Hana sedang mengikuti pengajian Ph.D dalam bidang kejuruteraan. Setiap kali datang ke Hyde Park, ada segelas kopi di tangannya. Dan Hana amat menyukai matematik.

Lelaki seperti aku harus sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Aku tak akan mampu bahagiakan Hana. Kanser belum ada tanda-tanda akan sembuh sepenuhnya. Nyawa aku boleh hilang pada bila-bila masa.

Beberapa kali Hana bercakap tentang berkahwin dan aku cuba mengelak. Aku rasa Hana ada banyak pilihan yang lebih baik dari aku. Hana terlalu sempurna, terlalu ideal untuk seorang lelaki seperti aku.

Mungkin aku belum bersedia untuk memulakan suatu perhubungan yang baru. Mungkin aku sudah serik. Mungkin juga aku takut. Mungkin aku masih terperangkap dengan kenangan lama. Aku sendiri tak pasti.

Petang tadi, sebelum balik, Hana tinggalkan aku dengan sekeping surat. 

“No matter what's ahead for us. I'm ready to go down any road with you. Go through any door. I know that now, more than I ever did.

Saturday, November 08, 2014

The 3 Biggest Risks You Take When You Let Someone You Love Go

Some relationships are clear failures. We’ve all dated at least one individual (more likely, several) whom we had absolutely no difficulty kicking to the curb. The dating game is a tough one, filled with a lot of sh*tty people. Well, sh*tty may be a bit harsh. Sure, some are definitely confused and lazy, but even out of the many great people whom we date throughout our lives, nearly none work out.

It’s difficult finding someone who feels just right, but I don’t need to tell you that. You surely have already come to the same conclusion yourselves. Because when we find someone we fall for and it ends up not working out, the decision to let that person go can be a near-impossible one to make.

You loved this person – that much you know. But what you feel for him or her at the moment is… confusing. Things have gotten comfortable and you seem to be losing your enthusiasm. You’re not sure if you should stick it out or if you should call it quits. A word of advice: If you’re going to decide to cut this person loose, be sure that is exactly what is best for you.

Don’t get lost in all the emotion and confusion. All decisions in life, especially the monumental ones, need to be made with a clear mind. Otherwise, you’re risking making choices that you’ll one day regret.

I find it best to check the risks of any outcome before approaching the benefits – benefits are easy to find and can have you overlook the severity of the risks. Letting go of a person you once loved comes with three major risks:


1. Although you may not appreciate what you have now, it doesn’t mean you never will.


It is possible that one day you will come to realize what exactly it is that you threw away? It’s not so much that you will realize how beautiful that person is, how intelligent and funny he or she is. It’s not that you’ll realize the amazing person that person is, nor how well he or she treated you.

What you’ll realize is the importance of having someone special in your life. It’s difficult to understand how important having a partner in life really is when you’re younger. In this day and age, especially in first world countries, we’re sheltered from many needs until we are older.

We’re spoiled and handed most things on a silver platter. Life is easy for a very large amount of people in the world. Great, right? Sure, except that eventually everyone finds him or herself on his or her own. Only when you are alone do you realize how critical it is to have someone else on your side supporting you.

The next thing you realize is how difficult it is to find an individual willing to have your back the way you need someone to have your back. Once you learn to appreciate this, your eyes open up and you begin to understand what you had and what you threw away. Of course, this could go the other way and make it clear that what you had wasn’t what you needed. They call it a risk for a reason.


2. The person he or she is now doesn’t necessarily define the person that he or she will one day be.


The person we are now influences the person that we will be. However, we all change over time and even though the person we will one day be could not exist without the person we are now, that is not to say that both versions of us are not near opposites. Not all people change, but those who change noticeably over time, change significantly.

As we learn over time, we reevaluate our opinions and theories; we begin to understand that some things that we once believed to be of great importance are, in reality, trivial. We begin to understand the world in a new, better-informed way and our thought patterns change.

As the way we think changes, we ourselves change. These novel ideas begin to shape the way we grow as individuals. While I understand that is impossible for us to foresee the type of person our lover will become, we can nevertheless calculate the possibilities of different futures coming to transpire.

Everything and anything is possible, but each possibility has an associated chance of coming to be – some things are intrinsically more likely to happen than are others.

If you’re going to be giving up on something then you should try to understand, to the best of your ability, what exactly it is that you’re giving up – present and future. If you’re thinking that this sounds too complicated, then consider the fact that nothing in life is simple. Why would any answer be?


3. There is always a possibility that you’ll never find someone better.


I’m not saying that this is the right way of thinking, but it is a risk. And, therefore, a possible reality. Even if you’re likely to find someone better, it doesn’t guarantee that you will. I’m sorry, but it’s true. It’s really all a numbers game in the end. The majority of lovers you have in life will be easy to improve. Upgrade even. But there do come those that you worry won’t be replaceable.

Human beings judge all their experiences by comparison. We judge how much we value something we have or are experiencing in the moment with previous versions of a similar nature. When we are considering giving up on the best person we’ve ever been with, it’s easy to imagine that person being the ceiling. We don’t know if there is better. We often assume there is. We always hope there is.

But the fact is that there isn't always – it’s an illogical possibility for it to be so. Even if there were someone “better” out there, you still have to calculate the likeliness of the two of you meeting and hitting it off. The person you are giving up on may be a necessary step in your journey, but that person may also be the best you will ever do.


via Paul Hudson

Kalau saya...

Kalau saya...
yang tunggu perempuan lain di tempat letak kereta

Kalau saya...
yang Whatsapp dengan perempuan lain setiap masa

Kalau saya...
yang bincang dengan perempuan lain tentang masa depan bersama

Kalau saya...
yang bawa perempuan lain jumpa Ummi minta restu

Kalau saya...
yang curang, tentu awak benci saya bukan kepalang

Kalau saya...
yang curang, tentu awak akan maki hamun saya

Kalau saya
yang curang, tentu awak kata semua lelaki sama

Kalau saya
yang curang, tentu saya lelaki paling tak berguna

Kalau saya yang curang,
mampukah awak menahan rasa
mampukah awak maafkan saya
mampukah awak menahan pedih di hati
mampukah awak menahan rasa di khianati

Letakkan diri awak di tempat saya
barang seminit dua
pejam mata dan tanya
kalau saya yang curang
apa yang awak rasa

Random

1.

Hampir 8 hari di wad. Pembedahan entah kali yang ke berapa. Radiation therapy belum selesai. Enam sesi semuanya. Masih berbaki tiga sesi. Radiation therapy akan bersambung selepas tiga minggu dan akan di lakukan setiap tiga minggu sekali. Badan terlalu lemah untuk lakukan radiasi setiap minggu. Hanya selepas selesai radiation therapy, akan jalani chemotherapy.

Tak banyak aktiviti dapat di lakukan. Tak boleh bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Untuk cuaca begini, lebih baik duduk di rumah. Doktor tak benarkan berada di tempat yang ramai orang. Mudah demam. Sistem badan tidak ada antibodi yang kuat. Lama tidak ke Hyde Park. Kali terakhir keluar bersiar-siar 18 Oktober lepas. Itu pun hanya 40 minit. Selebihnya berehat, kalau tidak di rumah - di tahan di wad. 


2.

Duduk di rumah pun ada banyak aktiviti yang boleh di lakukan. Kadang-kadang mewarna bersama Adam (terasa sangat kekok). Umar kata mewarna dapat mengaktifkan sel-sel otak. Teman Adam menonton TV. Bacakan buku cerita untuk Adam dan jawab segala persoalan yang Adam ingin tahu - bermula dengan persoalan “Daddy, kenapa Adam pergi mana-mana bulan ikut Adam?” hingga “Kenapa manusia berkaki dua, daddy?”.

Di waktu petang biasanya belajar membuat origami bersama Huda. Aha! Sampai sekarang satu origami pun daddy belum pandai buat. Huda pandai buat bermacam bentuk origami dari burung, kuda, hinggalah dinasor. Umar kata “Boleh tak Kakak buat oligami macam adik?. Adik ni tomel. Kakak tene pashtikan oligami Kakak tomel macam adik”.

Kadang-kadang, jika larat, buat kek dengan Kakak. Sekarang belajar masak pula. Lepas ini boleh belajar buat jus. Dengan Umar, tentulah aktiviti yang mendatangkan duit - jual penanda buku. Umar kata “Adik nak jadi billion air”. Sedang baca sebuah buku cerita bertema falsafah bersama Umar. “Daddy, kenapa nama dia Aristurtle? Dia tukee turtle ke daddy?”


3.

Shahir, lepaskanlah. Bila perempuan yang kita sayang minta kita lepaskan dia, sebagai lelaki, hormatilah permintaannya walaupun itu akan buat diri kita berduka. Sememangnya ia tragedi yang tak dapat kita hadapi dengan mudah. Hati kita degil tak mahu melepaskan kerana kita sayang. Tapi, kerana sayang dan tak mahu lebih melukai lebih baik kita lepaskan pergi. 

Aku tahu kau berselingkuh dengan perempuan lain. Aku tahu walaupun seluruh alam mengatakan perempuan yang kau sayang mempunyai skandal dengan lelaki lain. Kau tak seharusnya buat begitu. Mungkin segalanya sudah terlambat. Lepaskanlah dia pergi. Jangan seksa hati dan jiwanya lagi. Terima hakikat dia tak mahukan kau dalam hidupnya. 

Kalau kau benar-benar menyayanginya, lepaskanlah dia pergi. Kau tak akan menyesal bila lihat dia bahagia nanti. Lelaki yang baik tak akan seksa perempuan yang dia cintai. Kaca, bila pecah, kita tak dapat baiki. Semakin kita baiki, semakin tangan kita terluka. Kaca tak dapat di baiki, luka di tangan tambah parah.

Ia sesuatu yang berat, aku tak tipu. Ia sesuatu yang sukar. Tapi kita tak ada pilihan kecuali lepaskan dia pergi....

Setahun yang lepas...#2


_ _ _ _

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Lautan
Yuna


_ _ _ _

Have you ever loved a rose, and bled against her thorns. And swear each night to let her go, then love her more by dawn - Lang Leav

_ _ _ _

You fill my heart with love.

Friday, November 07, 2014

05:00am

Hai sayang,

Awak breakfast apa pagi tadi? Epal ke pisang? Ke roti sekeping? Abang pun tak pasti awak teruskan diet atau tak. Awak comel. Kalau kurus mesti tak comel. Bila kurus, awak tentu cantik. Sekarang pun awak cantik tapi rasanya lebih comel dari cantik (okey, ayat keling - pusing-pusing).

Tapi abang tak pernah kisah pun. Awak kurus ke tak - awak tetap nampak comel (dan cantik). Abang pun tak pasti kenapa dulu awak berhenti berdiet. (Mungkin awak marah dengan abang? Entah). Kalau awak sedang berdiet, abang nak sibuk juga tanya - berapa kilo turun bulan lepas? 

Abang nak bagi lagu tapi rasanya tak lagi sesuai. Setiap kali abang dengar lagu ini, abang akan teringatkan awak. 

_ _ _ _

I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for
Then just stay the same
So don't even bother asking if you look okay
You know I'll say,

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause, girl, you're amazing
Just the way you are


Just The Way You Are
Bruno Mars

_ _ _ _

Abang rindukan senyuman awak.
Abang rindukan gelak ketawa awak
Abang rindukan denguran awak (betul, awak selalu berdengkur)
Abang rindukan awak.

Hidup baik-baik sayang. Terima kasih bahagiakan hati abang.

Titian Silat

Umar: Adik nak buka kedai bukulah daddy.
Daddy: Umar dah ada nama kedai?
Umar: Ada daddy. Adik dah banyak-banyak fikir.
Daddy: Hee apa nama kedai Umar?
Umar: Titian Silat. Tedap tak daddy?
Daddy: Amboi. Titian Sirat. Seram bunyi. Orang tak datang kedai nanti
Umar: Mana ada selam daddy. Ada bunyi alab-alab tikit.
Daddy: Bunyi Arab pun seram jugak
Umar: Daddy tuke mengata adik. Adik melajuklah.

_ _ _

Dulu...

“Bukak kedai kek je la. Tak payah kerja doktor dah”
“Heee. Okey jugak kan”
“Kita letak nama Seksi Ovari hahaha”
“Ish abang ni!”
“Hahaha okey apa seksi ovari. Mesti ramai orang datang”

_ _ _

We laughed so well together.

Thursday, November 06, 2014

Dua tahun lepas...


_ _ _ _


Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama


Tahu
Fynn Jamal & Tri Hadzir

_ _ _ _

How can I describe love? I can't.
I can only tell you in songs, in poetry, in arts, and in dancing.
But to describe it?
You need to experience it to understand.
I can't tell you, I can't teach you.

(Unknown)

_ _ _ _

I will love her until the day I die and if God willing throughout eternity no matter who she is with nor what her thought of me may be – Unknown

_ _ _ _

I wanna hug you.
I wanna kiss you.
You were my everything.

I miss you, sayang.
A lot.

Setahun yang lepas...



_ _ _ _

You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
You'll be there

If you're tossin' and you're turnin'
And you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Every day I will remind you

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye
You know...


Count On Me
Bruno Mars