Thursday, July 31, 2014

03:30

Love is weakest when there is more doubt than trust but love is strongest when we learn to trust inspite the doubts – Unknown 

Words

Sometimes, words just are not enough to describe how you really feel – Xenon Javier

Lelaki Perkasa

Daddy: Ni bawak torchlight nak pergi mana?
Umar: Doktor nak check dahi encik
Daddy: Luka dah okey ke doktor?
Umar: Luka encik dah tembuh
Daddy: Boleh tak nak cabut benang dekat dahi ni?
Umar: Benang leput tendiri. Encik cabut nanti takit
Daddy: Mana doktor tahu benang reput sendiri?
Umar: Adik ni anak doktor. Mestilah adik tahu
Daddy: Eleh ye ke? Ke takut darah?
Umar: Adik ni lelaki pelkashe daddy

Bercakap

Umar: Daddy, daddy, daddy!
Daddy: Amboi happy je dia
Umar: Adik ada suala dah
Daddy: Boleh cakap banyak-banyak, kan?
Umar: Sebaik-baik olang ialah yang kulang bertakap 
Daddy: Ye la, ye la

08:03

I think one of the saddest things is when two people really get to know each other: their secrets, their fears, their favorite things, what they love, what they hate, literally everything, and then they go back to being strangers. It’s like you have to walk past them and pretend like you never knew them, never ever talked to them before, when really, you know everything about them – Unknown

Wednesday, July 30, 2014

Love & Life

“It’s not easy to have the same love after the tempest”
“Hmm...It is”

014

We loved with a love that was more than love – Edgar Allah Poe

Your Path

To Z,

Sometimes the people around you won’t understand your journey. They don’t need to, it’s not for them. If you fuel your journey on the opinions of others, you are going to run out of gas.



IA

Mine

Let me love you if not for the rest of your life then for the rest of mine. 

013

Once you have loved, you will always love. For what’s in your mind may escape but what’s in your heart will remain – Naushal 

Tuesday, July 29, 2014

08:11

I fought as hard as I could.

012

kau
aku
bersatu
dalam
nafas
rindu


20140717
Paris

Monday, July 28, 2014

Surat untuk Adam II

Adam demam sejak dua hari lepas. Daddy susah hati sebab bila Adam demam, Adam tak seaktif biasa. Adam tak senyum. Adam tak gelak. Adam cuma menangis. Lepas Adam demam, Kakak pun ikut demam. Kakak pun merengek macam Adam. Kakak tidur sebelah kiri daddy, Adam tidur sebelah kanan. Hari ini Abang Umar pun demam. Abang Umar tak ada suara. Daddy sunyi.

Kita nak raya tapi semua demam. Raya jadi tak seronok. Daddy sepatutnya masuk wad hari Jumaat lepas untuk pemantauan tapi sebab Adam demam – daddy minta tangguh pembedahan. Macam mana daddy nak masuk wad bila anak-anak daddy tak sihat. Kita sambut raya kali ini sederhana sangat. Pak Long Ocio kerja. Biasanya sibuk macam mana pun dia akan balik raya. Kali ini daddy tak pasti.

Adam ingat tak kita pergi Bibliotheque de I’Assemblee Nationale tempoh hari? Perpustakaan terbesar di Perancis ialah Bibliotheque de I’Assemblee Nationale. Di kutub khanah ini terdapat begitu banyak manuskip asal penulis-penulis hebat Perancis. Malangnya, manuskrip asal karya Jean Paul-Sartre (yang daddy teringin sangat nak tengok) tidak dipertontonkan kerana di simpan di ruangan khas yang memerlukan kebenaran untuk melihatnya. Kebanyakan manuskrip di jilid dengan baik. Ternyata orang Perancis sangat menghargai karya seni. Mereka meletakkan martabat seni di tempat yang tinggi.

Adam ralit ketika berada di sini. Adam pegang dengan cermat setiap manuskrip. Adam cium bau manuskip dan kadang-kadang daddy nampak Adam dakap erat manuskip yang Adam minati. Sungguh lama kita berada di sini. Daddy tahu Adam amat sukakan buku. Adam tak tidur ketika kita menghabiskan masa di sini. Pengunjung terlalu ramai yang datang melawat. Tidak kurang yang datang menelaah. Dan Adam begitu riang menyelak setiap halaman buku.

Antara banyak bahan yang di pamerkan, Abang Umar paling minat pada Kalender Aztek. Kalender ini begitu terperinci. Di gunakan oleh pendeta-pendeta Aztek untuk merancang upacara-upacara dan meramalkan hari-hari yang baik dan hari-hari yang tidak baik. Perpustakaan yang kita lawati ini di bina pada tahun 1792 yang sebelum ini menjadi milik raja. Selepas France National Convention perpustakaan ini di wartakan menjadi menjadi milik rakyat.

Kita juga melawat Basilique du Sacré-Cœur di puncak Butte de Montmartre di sebelah utara Paris. Reka bentuk  Sacré Cœur yang menawan telah di reka oleh Paul Abadie. Gereja ini mula di bina pada tahun 1875 dan siap pada 1914. Gereja ini memiliki kubah yang berwarna putih yang menjadi simbol Paris sejak tahun 1914. Pada tahun 1870-1871, Perancis telah mengalami kekalahan dalam Perang Perancis- Prussian. Warga Katolik Perancis mula mengumpul dana untuk membina gereja ini. Oleh sebab itu, gereja ini turut di kenali sebagai Sacred Heart (Hati Suci) yang menjadi simbol harapan dan kebangkitan Perancis.

Patung-patung Saint Louis dan Jeanne d’Arc  di letakkan pada teres bukit, di atas anak tangga yang curam menuju ke pintu masuk gereja ini. Menara Sacré-Cœur mempunyai Savoyarde iaitu loceng seberat 19 tan yang merupakan salah satu loceng terbesar dan mempunyai gema paling kuat di dunia. Daerah Montmartre mempunyai lebih dari Basilique du Sacré-Cœur. Masyarakat yang tinggal di bukit ini adalah masyarakat tertua dan daerah ini merupakan antara daerah yang terindah di Paris. Pada abad ke 19, daerah ini menjadi pusat para pelukis dan artis berkumpul.

Daddy rasa tak lama lagi Adam akan bangun. Mesti Adam lapar. Daddy akan menulis lagi untuk Adam. Semoga cepat sembuh.


Daddy
20140727

011



I'm gonna be here for you baby
I'll be a man of my word
Speak the language in a voice that you have never heard
I wanna sleep with you forever
And I wanna die in your arms
In a cabin by a meadow where the wild bees swarm

And I'm gonna love you like nobody loves you
And I'll earn your trust making memories of us

I wanna honor your mother
I wanna learn from your pa
I wanna steal your attention like a bad outlaw
I wanna stand out in a crowd for you
A man among men
I wanna make your world better than it's ever been


Making Memories of Us
Keith Urban

Sunday, July 27, 2014

010

I want you. Nothing else, just you. 

08:06

Kita memang bukan orang yang sama seperti sebelum ini. Kita orang yang baru – baru belajar untuk bercinta untuk takah yang lebih tinggi. Kita masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan cinta yang baru ini.

Moga-moga cinta kali ini lebih manis dari sebelumnya.


Love cannot only be found in the good times, but also when are able to stay strong after a storm – Unknown 

Saturday, July 26, 2014

01:00

I love her and that’s the beginning and the end of everything – F. Scott Fitzgerald

00:58

"You were really mad at me. You said pergi mampus dengan cinta kita. You were never that harsh before. How can you still want me?"
_ _ _ _ _ 

I’m sorry for the things I said in anger. I’m sorry I hurt you, I didn’t mean to. 

09

We’re so perfect together. 

Friday, July 25, 2014

Paris: Catatan Pendek

Kita masih di Paris melewati musim panas dengan siang yang panjang. Cuma Kakak yang puasa penuh. Umar puasa separuh hari. Puasa di musim panas kadang-kadang hingga 16 jam. Matahari terbenam sekitar jam 9.45 petang (malam). Puasa di tempat orang tak sama seperti puasa di tempat sendiri. Seperti kata Umar, ukhwah yang ada di sini dan di Malaysia tidak sama. Di sini lebih terasa Islamnya, lebih terasa persaudaraan.

Solat terawih di Qrande Mosquee de Paris setiap malam. Sebelum balik ke cottage, sengaja melatari lorong-lorong sekitar Paris. Berbanding dahulu, jumlah gelandangan di Paris semakin meningkat. Kota ii menyantuni pengemis dan gelandangan dengan baik. Polis hanya meronda di lorong-lorong untuk memastikan keadaan jenayah terkawal tanpa menghalau pengemis yang meminta sedekah di sepanjang lorong. J'ai faim (Saya lapar) adalah perkataan yang di tulis di card board oleh gelandangan bagi meraih simpati orang ramai.

Ku Nan harus mempelajari sesuatu dari Paris. Cara mereka menyantuni gelandangan amat berbeza dengan cara Ku Nan. Jika Ku Nan ingin membebaskan Kuala Lumpur dari pengemis, Ku Nan harus mempunyai pelan afirmatif jangka panjang. Pelan ini harus di jalankan dengan bersungguh-sungguh. Gelandangan harus di bantu untuk terus hidup. Gelandangan di Paris kebanyakannya bukan warga negara Perancis. Mereka datang dari negara-negara jiran yang kesempitan hidup dan mahu mencari sinar baru.

Beberapa kali Umar merengek ingin balik ke Ipoh. Umar hendak berniaga  bazar seperti tahun-tahun sebelum ini. Umar ingin mencari dana untuk tujuan amal. Tambahan pula Gaza kembali di serang. Remaja di Pusat Komuniti beritahu mereka berniaga bazar untuk mengumpul dana tapi sambutan bazar pada tahun ini tidak semeriah dulu. Mereka rugi dengan banyak dan hasrat untuk membantu golongan yang memerlukan tidak kesampaian. Sungguhpun gagal, sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha. 

17:00

Life is like a book. Each day is a new page. May your book be bestseller with adventure to tell, lessons to learn, and tales of good deeds to remember - Unknown

15:53

Daddy: Umar, meh la sini Daddy ada gosip best ni
Umar: Adik puasa. Tak boleh goship-goship
Daddy: Daddy puasa jugak. Meh la sini cepat
Umar: Tapi adik puasa tak tama macam daddy puasa
Daddy: Apa tak sama pulak. Sama je. Daddy lapar, Umar pun lapar haa
Umar: Adik puasa bukan tetakat menahan lapar dan dahaga. Adik puasa akhlak tugak 
Daddy: Ye la, ye la. Daddy insaf ni

08:30

Umar: Daddy mana boleh tengar lagu ni
Daddy: Kenapa tak boleh pulak?
Umar: Lagu-lagu daddy tengar melosak akhlak
Daddy: Apa pulak. Lagu dangdut je. Daddy bosan la dengar lagu lain-lain tu
Umar: Adik pasang lagu-lagu best. Adik tomfident daddy tak bosan
Daddy: Hee lagu apa? Lagu apa? Macam best je
Umar: Lagu-lagu zikir daddy. Tomfirm daddy tak bosan
Daddy: Ye la, ye la. Daddy dengar nasyid je lepas ni. 

Thursday, July 24, 2014

08

If you have love, you don't need to have anything else, and if you don't have it, it doesn't matter much what else you have ― J.M. Barrie

Thanks for the talk

“Life really sucks sometimes”
“Every story has an end but in life every ending is just a new beginning”
“Sampai sekarang saya tak tau pun apa nama awak”
“The deal”
“Awak memang suka deal kan”
“Life is an adventure”
“Awak memang suka adventure ke?”
“Adventure should be part of everyone’s life”
“Saya ada banyak trauma. Saya tak seberani dulu”
“Drop your fear”
“We don’t really know each other at all”
“Yes, we do”
“Saya kena balik. Little man demam. Thanks for the talk”
“Just breathe and have faith that everything will work out for the best”

12;15

Little man demam. 

11:58

Pembedahan pada hari Selasa depan. Peluang tak begitu cerah 20/80. Hari Jumaat perlu masuk wad untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut. Doktor akan masukkan tiub pada tulang sum-sum. Selalunya bila sampai tahap ini bermakna harapan semakin tipis. Keputusan ini, keputusan yang paling berani dalam hidup.

Hope

“I can’t think. For God’s sake please help me”
“I will help you”
“Give me something to ease my pain”
“Hope it’s one of many this summer”

016

True love doesn’t mean being inseparable, it means being separated and nothing changes – Unknown

Wednesday, July 23, 2014

07

The truth is, I miss you. 

I am

“Sampai bila nak macam ni?”
“Entah. Otak serabut”
“You’re so selfish”
“I am”
“Tengok 3 orang tu. Fikir. Kalau jadi apa-apa tadi 3 orang tu macam mana?”
“I’m sorry”
“Stop says sorry. Think. Tak sayang anak-anak ke Im ni. Dah tak lama nak raya”
“Sayang...”
“Habis? Nak perlingkup diri macam tu aje ke? Anak ni keutamaan. Cinta akan datang kemudian”
“I just want to be with her”
She doesn't want you. Eat that fact. Look at them. Diorang kecik. Kalau Im mati diorang macam mana? Im nak anak-anak membesar tak ada mak ayah? Im nak ke anak-anak hidup macam kita yatim piatu? Im nak?”
“I’m sorry...”
“It’s over. Let her go. Don’t look back. Your kids need you. Don’t be so selfish. Love is not everything. Ada banyak perempuan dalam dunia ni. Im boleh pilih. Yang depan mata ada pun tak nak. Apa yang Im nak sebenarnya? Stop chasing her. She’s not yours anymore”
“Jangan la marah. Semua orang nak marah je...”
Family kita ni hancur pasal cinta. Dulu Om lepas tu Carl sekarang Im. Apasal orang lelaki macam ni?’
“Sebab lelaki sekali dah sayang tak boleh lupa”
That’s bullshit. Cinta taik kucing!”
“Orang perempuan mana tahu”
“Sebab tu lelaki banyak jadi gila”

Pain

“What happened?”
“Hantuk kepala dekat cermin”
“Berapa jahit?”
“6 ke 7. Ntah”
“Kenapa?”
“Marah kot. Bengang”
“Dengan siapa?”
“Diri sendiri”
“You’ll only get yourself hurt”
“I can’t forget her”
“You can forget it or remember it just as you like”
“I can’t think. My mind is gone”
“Let bygones be bygones”
“She was my best friend. She helped me through some really tough times”
“Painful is it?”
“Yes...”
“You should never forget the past. But you can’t live there”

Tuesday, July 22, 2014

06

Although I may describe love, when I experience it, I am speechless (Rumi)

05

Ini bukan pertama kali kita gaduh.

Even if we fight a lot, I still want you in my life.  

04

Sampai saat ini saya tak mampu menulis apa-apa tentang memori kita. Ingatan saya tidak begitu baik dan saya lupa banyak perkara. Saya cuba mengingat tapi gagal. Ia sesuatu yang menyedihkan. Kalau dulu awak merajuk, saya dapat pujuk awak semula. Paling tidak, awak akan susun bantal di tengah-tengah dengan muka masam dan nada mengada-ngada (minta di pujuk).

Hingga hari ini saya masih jatuh cinta dengan awak. Sifat awak yang tegas (dan garang) buat awak sangat berbeza dengan perempuan lain. Bila awak lembut, saya mudah cair. Bila awak manja (dan mengada-ngada) selalu buat saya tersenyum bahagia. Saya tak akan dapat semua itu lagi. Saya tahu. Awak tak akan undur setiap keputusan yang awak buat.

Dan saya di sini masih rindukan semua itu...

03

Orang kata, cinta yang tragik ialah cinta yang hebat. Orang lain mungkin tak akan merasa cinta sehebat kita. Dalam cerita cinta kita ada semuanya – bermula dari saat jatuh cinta hingga ke pahit manis jatuh bangun bersama ke cemburu buta, ketidakpercayaan,  merasa diri curangi, di khianati – semuanya ada. Kita merasa semua bersama. Berdua, kita rasa kuat. Bila saya jatuh, awak pegang tangan saya, bila awak jatuh, saya pegang tangan awak.

Hidup tanpa orang yang kita sayang bukan sesuatu yang mudah. Sama ada diri saya di kelilingi orang lain atau berada seorang diri – bayangan awak tetap hadir. Bayangan awak tetap ada. Pokok renek, warna merah, hamster comel – semuanya ada kaitan dengan awak. Saya tahu, awak lebih kuat dari saya untuk harungi semua ini. Saya akui saya tak sekuat awak. Saya tak malu katakan yang awak tempat saya bergantung – sebab saya tahu saya boleh harapkan awak.

Saya rindu kita, kita yang dulu...

Someone who really loves you sees what a mess you can be. How moody you can get. How hard you are to handle. But still wants you in their life. 

Monday, July 21, 2014

4:43

“Patut saya tak perasan. Awak pakai tudung”
“Cantik?”
“Yeah. Nampak ayu”
“Demam pun datang taraweh?”
“Demam sikit je”
“Demam rindu tu”
“Tak la. Ada satu benda nak bagitahu”
“What’s up?”
“Saya jadi buat pembedahan”
“Serius?”
“Ha’ah”
“Are you alright?”
“Saya OK. Marah, bengang, sayang, fed-up, hold on, move on semua ada lagi”
“Time doesn’t heal everything. It just teaches us how to live with the pain”
“Bila kita bagi terlalu banyak. Kita sakit pun banyak jugak”
“I’m with you”
“Thank you”






Grande Mosquée de Paris

02

If I could go back and do it all over again. I would. 

16:02

I miss your hugs... 

Sunday, July 20, 2014

01

I was playing back a thousand memories, thinking about everything we've been through. 

011

“Saya dah fikir masak-masak. Saya tak nak teruskan deal tu. Saya tak nak tau nama awak. Saya tak nak kawin dengan awak”
“Sebab e-mel tu?”
“Tak. Saya tak baca pun”
“Awak selalu macam ni ke?”
“Saya tak kenal awak. Saya tak tahu siapa awak. Saya tak jatuh cinta dengan awak. Saya belum sedia”
“Tak nak move on?”
Don’t waste your time. Saya bukan lelaki yang baik. Nenek awak mesti tak bagi awak kawin dengan saya. Saya sakit. Saya tak nak jadi beban pada orang lain. Saya tak nak susahkan orang”
“Muktamad?”
“Saya dah stabil. Saya dah boleh fikir elok-elok. Deal kita tamat dekat sini je”
“Life is short. Don’t waste it being sad”
“Thank you”

You

I miss everything about you. Can't believe that I still want you. And after all the things we've been through ― Colbie Caillat

Saturday, July 19, 2014

Slow Down

“Im tak nak kahwin minggu depan. Im kena ikut jalan betul”
“Tak jadi la ni?”
“Tak. Im kena kenal dia dulu, kemudian jumpa nenek dia. Minta izin”
“Kalau nenek dia tak bagi macam mana pulak?”
“Tak payah kahwin. Kena la ada restu orang tua. Mana mau nak redah je”
“Kak Ain suka Im buat macam tu”
“Im dah lama sangat takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut orang tak boleh terima keadaan Im. Kita  cuba je la. Kalau tak boleh, tak payah kahwin. Kalau tak cuba kita tak tahu. Dulu Im langsung tak pernah  cuba. Im pengecut”
“Im cuba tebus apa sebenarnya ni?”
“Tebus keyakinan diri sendiri”
“Atau tebus masa silam?”
“Mungkin ya, mungkin tak”
“Big boy, do what you think is right”
“I’m taking my time not really in hurry”
“Relax and take your time. You don’t need to rush things in life”

010

“Apa nama awak? Awak asal dari mana?Sekarang buat apa?”
“We have a deal”
“Awak nak kahwin dengan saya. Saya kena tahu siapa awak. Saya tak nak kahwin kontrak. Hidup saya bukan drama swasta. Kalau awak nak kahwin dengan saya, saya kena ikut jalan yang betul. Perkahwinan suatu yang suci. Kahwin kontrak bukan jalan yang baik. Awak akan hidup dengan saya, jadi ibu pada anak-anak saya. Jadi kita kena ada deal baru”
“Kenapa tiba-tiba awak ubah keputusan?”
“Saya tak boleh nak kahwin dengan awak sebab saya nak tahu nama awak atau awak nak jaga saya atau awak nak tolong saya atau apa-apa je la. Tak boleh. Nasib baik Ummi saya tak ada. Kalau Ummi ada lagi mati saya kena marah”
“I thought we have a deal”
“Bawa saya jumpa mak ayah awak. Saya kena minta izin”
Parents saya dah meninggal”
Sorry...siapa yang awak ada? Awak kena faham. Kahwin bukan perkara main-main”
“Saya ada nenek dan seorang abang”
“Okey. Saya akan jumpa nenek awak. Kita tengok nenek awak cakap apa. Saya tak boleh kahwin sekarang. Abang saya tak ada. Dia ada kerja. Saya tak boleh belakangkan dia”
“Selalu ke awak ubah-ubah fikiran macam ni?”
Deal kita sebelum ni terbatal secara automatik. Saya tak nak kahwin kontrak. This is my life and my life is real”
“Got it”
“Good”

009

“Mengeluh lagi?”
“Tak la”
“Apa yang encik dah hilang setakat ni?”
“Cinta. Satu-satunya cinta...”
“Other than that?”
“Kesihatan”
“Lain?”
“Tu je”
“Be grateful. Talk about your blessing more than you talk about your losses” 

008

“Doktor suruh saya buang tumor secepat mungkin”
“Bila nak bedah?”
“Saya takut la. Doktor cakap 20/80. Saya mungkin buta”
Do it
“Tapi kalau buta nanti macam mana?”
“Mata encik buta tapi encik masih hidup. Encik kena bersyukur”
“Saya tahu. Bersyukur. Tapi kalau buta nak hidup macam mana?”
If God brings you to it, He will bring you through it”
“Awak yakin saya akan sembuh?”
“Encik jangan sibuk kerja Tuhan. Encik cuma perlu berusaha”

Friday, July 18, 2014

04.14


Love rests on no foundation. It is an endless ocean, with no beginning or end - Rumi

#PrayForMH17

Dalam hidup, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Hari ini kita bahagia, esok kita terluka. Hari ini kita gembira, esok kita berlinangan air mata. Banyak perkara yang berlaku yang kita tak pernah jangka akan berlaku. Kita selalu berharap dan menjangkakan hidup kita akan selalu di sinar dengan kebahagiaan. Kita tak mahu terluka. Kita tak mahu sengsara akibat putus kasih atau hilang orang yang kita sayang.

Tapi hidup adalah hidup. Kita tak boleh menulis laluan hidup kita. Kita hanya boleh merancang. Perancangan yang sempurna belum tentu menghasilkan hasil yang sempurna. Ada banyak perkara berlaku di luar kemampuan kita mengawalnya. Ada banyak perkara yang berlaku tanpa kita mampu mengubahnya. Selagi kita masih mempunyai masa dan hayat, nikmati hidup kita dengan orang-orang yang kita sayang.

Don’t take life for granted, because tomorrow isn't promised to anyone of us – Kirby Puckett

Cinta tidak memerlukan kata-kata.

Ocio kena panggil bertugas. Setiap kali ada tragedi melibatkan bidang penerbangan, Ocio akan terlibat sama. Sebelum pergi, Ocio jumpa Zara. Ocio tanggalkan cincin di jari manisnya dan hulurkan pada Zara - tanpa sebarang kata. Zara senyum dan kami pun bersurai.

Cinta tidak memerlukan kata-kata. Bagi kita pelik, bagi mereka tidak. 

Kita pernah merasai keindahannya bersama...

Saya tak baca e-mel yang awak hantar. Saya akui saya masih ada rasa takut untuk lebih kecewa, lebih terluka – mungkin sebab saya masih sayangkan awak, masih teringatkan awak. Saya tak nak gaduh dengan awak. Gaduh dengan awak buat hati saya tak rasa tenteram. Setiap yang saya buat semua tak kena dan keadaan jadi semakin teruk dan tak terkawal. Mungkin ada benarnya, bukan saya seorang yang terluka – awak juga rasa apa yang saya rasa. Awak juga mengharungi hari-hari yang berat dengan beban yang perasaan sama seperti saya. Barangkali saya terlupa – kita merasa sesuatu yang sama.

Kalau saya tak sakit, semuanya akan jadi lebih mudah...

I hope, one day you’ll find someone special. Someone like you would never end up alone. Saya tak nak awak habiskan usia dengan Mercy Malaysia. Dulu, saya berjaya ubah pendirian awak bila awak kata awak nak hidup seorang diri dan habiskan masa berbakti dengan Mercy Malaysia. Seseorang yang penuh cinta di dadanya tak harus hidup seorang diri. Kasih sayang harus di kongsi.

Cinta sesuatu yang cukup indah dan kita pernah merasai keindahannya bersama. Bezanya cuma saya tak dapat melalui hari-hari tua dengan awak. Saya tak dapat pegang tangan awak bila kita tua nanti, tengok muka  awak yang berkedut dan gigi tinggal dua. Saya tak dapat temani awak sehari-hari, habiskan masa berborak tentang perkara yang entah apa-apa.

Akan ada seseorang yang akan buat semua itu untuk awak. Semoga awak akan jumpa seseorang yang lebih baik dari saya. Saya minta maaf untuk semua perbuatan, perkataan yang menghiris hati awak. Hidup dengan penuh kebahagiaan, sayang. Semua orang akan dapat happy ending masing-masing. Close your eyes. Fall in love. Stay there - Rumi 

PS: Jangan bagi dia laluan mudah, biar dia berusaha sedikit untuk dapatkan hati awak.




Segala Cinta,
Abang

Mungkin itu yang saya terlupa...

“Kenapa tak baca e-mel tu?”
“Tak payah baca kot”
“Kalau ada sesuatu yang penting?”
“Tak ada apa-apa yang penting”
“Dari mana awak tahu?”
“Saya kenal dia”
“Bacalah. Mungkin ada sesuatu yang penting”
“Setiap kali saya cuba move on dia akan hantar SMS, e-mel. Hati saya terganggu semula. Nothing hurts more than being disappointed by the person you thought would never hurt you. It still hurts after all this time”
“Jangan anggap awak lebih kecewa berbanding dia. Dia pun terluka juga
“Mungkin itu yang saya terlupa...”
“Sometimes, you just have to forget about that person you once loved and just move on”

Thursday, July 17, 2014

Truly understand

People will never truly understand something until it happens to them.

A New Start

I’d love a new start, to leave all bad memories and people who have done me bad behind. I want to travel, see new places, different art, different music, touching hearts. I want to meet new people, who will show me what it is to love and be loved in return. I want to leave it all behind, to erase my book, back to the very cover, and re-write my story - Unknown

An Apple Tree

Life will break you. Nobody can protect you from that, and living alone won’t either, for solitude will also break you with its yearning. You have to love. You have to feel. It is the reason you are here on earth. You are here to risk your heart. You are here to be swallowed up. And when it happens that you are broken, or betrayed, or left, or hurt, or death brushes near, let yourself sit by an apple tree and listen to the apples falling all around you in heaps, wasting their sweetness. Tell yourself you tasted as many as you could — Louise Erdrich

Puzzle

No one has the right to tell you that their life is harder than yours. No one has the right to invalidate your struggles because they “got through it just fine.” No one has the right to tell you to suck it up because other people have it “worse.” Hardships are not comparable. Your struggles are real, legitimate, and just as difficult as anyone else’s - Unknown

007

“Awak ni serius ke? Kakak saya terkejut masa saya bagitahu dia”
“Deadly serious”
“Bila kita nak kawin?”
“Next week”
Next week nak raya la. Lepas raya tak boleh ke?”
“Encik, masa terus berdetik. Masa tak tunggu encik”
“Saya cuba uruskan secepat mungkin. Saya belum tahu nama awak lagi”
“Encik akan tahu juga nanti”
“Keluarga awak tahu kita akan kawin?”
“Tahu”
“Diorang tak marah? Awak ni betul ke?”
“Abang Long dan nenek akan datang minggu depan”
“Lepas 6 bulan saya kena ceraikan awak ke?”
“Kalau ikut perjanjian selepas 6 bulan encik perlu ceraikan saya”
“Awak asal dari mana? Bahasa Melayu awak lain macam sikit”
“Nanti encik akan tahu juga”
“Adoi. Letih la macam ni woi. Semua rahsia”
“Encik ni kasar juga orangnya”
“Siapa kata saya lembut? Awak tak tahu apa-apa tentang saya”
“Saya tak perlu tahu. Saya bukan isteri encik”
“Eleh...eleh...tunggu la nanti. Awak jadi nurse lama mana sangat”

006

“Kenapa kita mesti kena kawin kalaupun awak nak tolong saya?”
“Kita ada aurat. Kalau tak kawin macam mana saya nak jaga encik?”
“Tapi...awak tak boleh kawin semata-mata untuk jaga saya. Tindakan tak betul”
“Saya kawin dengan encik untuk 6 bulan sahaja”
“Tapi...awak perempuan. Awak tak boleh rendahkan maruah awak serendah ini”
“Kita tak akan ada hubungan intim. Saya tidur di bilik berasingan dari encik”
“Saya baru hilang orang yang saya sayang. Macam mana saya nak layan awak sebagai isteri?”
“Encik tak perlu layan saya sebagai isteri. Saya hanya nurse encik”
“Ikatan perkahwinan tak boleh di hina dengan cara macam tu”
“Saya nak tolong encik saja. Saya perlu jadi halal untuk sentuh encik”

004

“Saya setuju dengan syarat awak. Berapa kali awak bagi syarat ni pada orang lain?”
“Ini kali pertama”
“Awak pasti dengan syarat awak tu? Saya sakit. Saya tak sihat macam orang lain”
“Encik pasti akan pulih dan kembali seperti biasa”
“Awak yakin saya akan sembuh?”
“Saya akan tolong encik. Saya pasti encik akan sembuh”

There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book – Josh Jameson

003

“Kalau saya sihat tentu saya boleh bahagiakan dia...”
“Maksud encik, kalau encik tak begini encik akan bahagia bersama dia?”
“Lebih kurang macam tu la”
“Saya akan tolong encik”
“Macam mana?”
“Penuhi syarat saya”

Life goes on. Whether you choose to move on and take a chance in the unknown. Or stay behind, locked in the past, thinking of what could’ve been – Unknown

002

“Im yakin dengan keputusan Im?”
“Kalau Im tunggu pun, Im tak dapat dia semula. Im nak bina hidup baru”
“Bagitahu Kak Ain yang Im tak terpengaruh dengan drama swasta”
“Memang tak la”

If you think it’s time to let go, then just let go. There’s no point in looking back to what you have already lost

Love is keeping the promise anyway

Saya ada banyak cerita tapi awak tak ada. Saya tak ada kawan nak berbual. Saya rindu habiskan masa dengan awak. Kita berbual tentang banyak perkara. Hari ini saya rindukan semua itu. Awak tak ada lagi. Awak tak terima saya semula. Saya tahu, salah saya. Saya terlepas cakap, terbabas perbuatan. Saya minta maaf sangat. Kalau saya dapat tarik semula perbuatan dan kata-kata saya – alangkah bagusnya.

Awak berjanji macam-macam dengan saya. Bila saya baca semula setiap janji-janji awak, hati saya jadi sayu (Love is keeping the promise anyway). Saya buka blog kita. Awak sudah tukar nama. Awak tak pakai Mrs. Imran lagi. Hati saya jadi sayu sangat. Saya sayang awak tapi awak tak terima saya. Saya tak boleh buat apa-apa. Saya minta maaf kalau hati awak sakit sangat sebab saya...

Saya doakan awak hidup bahagia dengan sesiapa saja yang dapat mengisi kekosongan hati awak. Semoga awak baik-baik saja.

True love leaves a memory no one can steal and a heartache no one can heal. 

Wednesday, July 16, 2014

One Last Shot

Umar: Daddy, tekali lagi
Daddy: Apa yang sekali lagi? Umar mengigau lagi ye
Umar: Mama
Daddy: Cuba sekali lagi?
Umar: (angguk)
Daddy: Nanti mama marah daddy
Umar: Daddy tenyum panjang-panjang
Daddy: Ni yang last tau. Lepas ni tak boleh tanya dah
Umar: Okey daddy.
Daddy: Tapi daddy rasa mama tak nak dah
Umar: Daddy tuba. Talau mama tak nak daddy tenyum panjang-panjang
Daddy: Orite. One last shot. 

Memory

My memory loves you...it asks about you all the time - Jonathan Carroll

Miserable

Saya minta maaf (lagi). Saya cuma tunggu keputusan awak. Keputusan saya tetap saya – saya nak awak. Tak ada hitam, tak ada putih. Saya minta maaf buat hati awak miserable. Betul, saya tak ada hak buat  awak  miserable. 

Seindah itulah cinta

Ocio buat kek coklat. Masa berbuka tadi, Ocio beri piring kek pada Zara dengan nota paling ringkas (di dunia) – Gambar love berwarna merah yang sangat kecil (dan comel). Tanpa sepatah kata, tanpa bertentang mata, tanpa memandang muka – seindah itulah cinta.

Zara, selamat datang ke keluarga besar kami.
_ _ _ _ _ _

Sandra, rest in peace.  

Saya nak awak

“Apa yang awak nak sebenarnya?”

_ _ _ _ _


Kalaulah saya boleh jawab... “Saya nak awak...”

I'm Sorry

Pergi mampuslah dengan cinta kita


I’m really sorry that you’re having that experience and feel that way. I didn’t intend for that, but I apologize. I want you to know that I want you to be happy. I want you to feel good. I want us to have a good relationship.

Hari Ini

Daddy: Mama cakap lebih baik kalau mama tak dengan daddy
Umar: Mama malah daddy?
Daddy: Ha’ah...
Umar: Mama tak nak daddy?
Daddy: Nampak gaya macam tu la.
Umar: Adik tedihlah daddy
Daddy: Kan daddy dah cakap jangan letak harapan tinggi
Umar: (peluk)
Daddy: Tak nak nangis. Puasa kan?


Daddy tak sepatutnya beritahu Umar. Daddy sedih bila tengok Umar putus harapan. Memang salah daddy. Daddy tak patut beritahu Umar. 

Semalam

Umar: Daddy dah tanya-tanya mama?
Daddy: Dah tanya tadi.
Umar: Mama takap apa daddy?
Daddy: Mama marah daddy. Mama kan garang.
Umar: Daddy tanya lagilah.
Daddy: Tak nak la. Nanti daddy kena marah lagi.
Umar: Mama tak malah daddy.
Daddy: Kalau mama marah macam mana?
Umar: Daddy pejam mata, talik nafas dan tenyum
Daddy: Kalau mama marah jugak, daddy nak buat apa?
Umar: Daddy pejam mata, talik nafas, hembush nafas, tenyum dan takap “Demi mama”
Daddy: Bukan main lagi kan ayat tu

Tuesday, July 15, 2014

Great Player

Aku juga yang salah! Kau marah gila sebab aku padam blog kita? Aku padam ada sebab. Aku bukan malaikat. Kau nak expect apa? Bukan sepatutnya aku yang marah sebab kau curang di belakang aku? Aku penat layan game kau. You’re such a great player.

Pergi mampus dengan cinta kita!

Monday, July 14, 2014

You’re welcome.

“Zara dekat London. Kita bukak puasa dengan dia esok. Nak?”
(senyap)
“Zara belum penat, belum putus asa. Ocio tak nak buat apa-apa ke?”
(senyap)
“Ocio jangan buat silap macam Im...hmm”
(senyap)
“Don’t take someone for granted. Nanti Ocio menyesal...”
(senyap)
“Nanti kalau dah terlepas...Ocio tak boleh buat apa-apa dah...”
(senyap)
“Thank you. I enjoy talking to you”
“You’re welcome”

What are you willing to struggle for?

“Kak Ain...hmm...cuba baca”
“Siapa bagi?”
Stranger yang Im cakap tu”
“Pelukis tu?”
“Ha’ah. Macam mana?”
“Hidup Im, Im yang tentukan. Bukan Kak Ain”
“Hmm...”
"What do you want out of life?"
“I just want to be happy”
“What pain do you want? What are you willing to struggle for?
“Im tak tahu...”
“A journey of a thousand miles begins with a single step”

01.30

I’ve come to realize that the only people I need in my life are the ones who need me in theirs even when I have nothing else to offer but myself - Unknown

00.15

“Encik cari saya?”
Maybe. Talking to you more easy than anyone else”
How are you today?”
“Broken heart. Some day I feel okay. Some days I feel completely lost”
“Sounds like you found Mrs. Right on your first day”
“Ha’ah...”
“You’re hoping she’ll get back to you?”
“Yeah..tapi dia tak nak saya dah...”
“Life does move on with our without you”
“I can’t just move on and forget. It’s not that easy”
“Apa yang encik nak dalam hidup?”
“Kalau saya cakap bunyinya sangat kelakar.
“What it is?”
“Saya nak tua dengan orang yang saya sayang...”
“It sounded perfect”
“May I ask what your name is?”
“No, you may not”
“Dua kali dah saya tanya. Tak nak bagitahu jugak?”
“On one condition”
“Ada syarat pulak”
“Bagi pen dan kertas”
“If you agree I tell you my name”
“You must be joking”
“Life is all about choices”
“Don’t be so serious”
“Choose wisely”
“Balik dari London nanti saya bagitau. Kertas ni saya pegang dulu”

18.30

One of the hardest lessons in life is letting go. Whether it’s guilt, anger, love, loss or betrayal. Change is never easy. We fight to hold on, and we fight to let go.

A year ago...

A year ago, I would've never pictured my life the way it is now.


Paris - London

16.47

Waiting hurts. Forgetting hurt. But not knowing which decision to take can sometimes be the most painful – Paulo Coelho

Sunday, July 13, 2014

Sesudah Solat Subuh

Daddy: Daddy nak cakap satu benda.
Kakak: Apa dia daddy?
Daddy: Well...hmm...Macam mana eh daddy nak cakap
Umar: Takap tak susah daddy
Daddy: Alaa daddy tahu cakap tak susah. Daddy tengah fikir la ni
Kakak: Perkara penting ke daddy?
Daddy: It is. Hmm daddy dengan mama dah putus.
Kakak: Kenapa daddy?
Daddy: Daddy banyak buat salah dengan mama...
Umar: Tapi adik tayang mama banyak. Adik tedih...
Kakak: Daddy tak pujuk mama?
Daddy: Dah....
Umar: Daddy cuba banyak-banyak kali.
Daddy: Dah...dah banyak kali daddy cuba
Umar: Usaha tangga tejayaan daddy
Daddy: Hmm...daddy tak boleh jaga mama. Daddy kan sakit.
Kakak: Mama tak sayang daddy lagi?
Daddy: Mama sayang daddy...
Umar: Talau tayang tenape mama tinggal adik.
Daddy: Mama akan jadi mama Kakak, Umar, Adam sampai bila-bila...
Kakak: Daddy tak sedih?
Daddy: Daddy sedih. Umar tak nak la nangis. Nanti tak handsome
Umar: Adik tedih. Adik tayang mama.
Daddy: Kakak jangan nangis. Kan Jerman menang.
Kakak: Mama tak sama dengan Jerman menang.
Daddy: Daddy tahu...mama tak sama dengan apa-apa pun... 

Life goes on

Going sailing today.

As I Wish


This pain inside. Just won't go away.


- - - - - 

Dear God,

I've tried my best but if today I lose my hope, please tell me that your plans are better than my dreams. Amin. 

00:01

Throughout life you will meet one person who is unlike any other. You could talk to this person for hours and never get bored. You could tell them anything and they would never judge you…this person is your soul mate, your best friend…don’t ever let them go – Unknown



23:32

No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories ― Haruki Murakami

00.30

Mungkin kata-kata saya telah sakitkan hati awak dengan teruk sekali. Mungkin saya buat keputusan “It’s over” dengan tergesa-gesa tanpa berfikir panjang dan terlalu mengikut perasaan. Saya minta maaf. Salah saya semuanya. Memang salah saya...

I deserve this pain. I deserve it. It serves me right. 

00.21

I hate having to say goodbye at the end of the day when all I want to do is be with you. All I want to see you happy even if it’s not me the one making you smile.


It’s painful to say goodbye to someone you don’t want to let go, but more painful to ask someone to stay when you know they want to leave. 

Saturday, July 12, 2014

Surat untuk Umar, Si Kecil Berfikiran Besar

Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Daddy minta maaf. Daddy tak banyak sembang dengan Umar. Daddy sedang cuba menyingkir cas-cas negatif dari badan daddy seperti yang Umar sarankan.

Umar suka La Sorbonne ya? La Sorbonne (sekarang merupakan sebahagian daripada Université de Paris) di bangunkan pada abad tahun 1257 oleh Robert de Sorbon.  Nama asal  La Sorbonne ialah Collège de Sorbonne. Lokasinya yang terletak di Left Bank Sungai Seine. La Sorbonne antara universiti terbaik di Paris dan merupakan universiti tertua di sini. Lihat saja koleksi buku yang terhimpun di perpustakaan ini – hampir mencecah 470 00 buah buku!

Di sini lahirnya ramai pemikir. Antara yang daddy ingat ialah Ali Shariati. Ali Shariati telah menulis beberapa buah buku yang mengesankan dunia. Antaranya ialah Ideologi Kaum Intelektual, Fatimah Az-Zahra dan Haji. La Sorbonne yang terletak di tepi sebelah kiri Sungai Seine merupakan tempat berhimpunannya siswa dan daerah ini di kenali sebagai Daerah Latin. Di gelar Daerah Latin kerana bahasa Latin di gunakan untuk pembelajaran secara meluas pada Abad Pertengahan.

Kehidupan di Daerah Latin banyak berpusat di sekitar Boulevard Saint Michel yang lebih mesra di panggil sebagai Boul’ Mich. Kedai-kedai di sini banyak di kunjungi oleh mahasiswa. Di sini juga merupakan tempat berkumpulnya mahasiswa untuk berbincang, berbahasa dan menjalankan aktiviti kemahasiswaan. Kelihatan dari Boul’ Mich ialah Palais du Lexembourg yang di bangunkan pada abad ke 17 oleh Marie de Medicis. Jardin du Luxembourg merupakan tempat mahasiswa melepaskan lelah (melepak) yang popular di sini. Taman yang cantik membuat sesiapa saja menyukainya.

Kita juga melatari Boulevard Saint-Germain yang tidak jauh dari Boul’ Mich. Nama jalan ini di ambil dari gereja tertua di Paris iaitu Saint-Germain-des-Prés yang di bangunkan pada abad ke 10. Gereja ini menempatkan beberapa orang terkemuka yang di kebumikan di sini. Antara yang terkenal ialah ahli falsafah abad ke 17 iaitu René Descartes.

Jalan-jalan di Left Bank memang menyenangkan. Terdapat rangkaian kedai barang antik, kedai buku dan muzium seni. Dari jauh kita melihat satu pemandangan yang cantik iaitu Panthéon di atas bukit Saint Genevieve. Bangunan ini di bangunkan untuk dipersembah kepada Genevieve iaitu pelindung kota Paris. Pada tahun 1789 setelah bangunan ini siap sepenuhnya, pemerintah mengambil keputusan untuk mengubahnya menjadi sebuah Panthéon (kuil suci).

Tokoh-tokoh Perancis yang terkenal di kebumikan di sini iaitu Voltaire, Jean Jacques Rousseau, Victor Hugo dan Emile Zola serta Louise Braille. Umar kenal Louise Braille? Louise Braille adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan tulisan Braille bagi membolehkan golongan cacat penglihatan membaca dan menulis. Daddy ada sebuah buku bertulisan Braille. Daddy boleh baca tapi belum lancar.

Dari sini kita ke L'Hôtel national des Invalides yang di dirikan pada abad ke 17. Asalnya di bangunkan sebagai rumah untuk parajurit-parajurit cacat. Sekarang bangunan ini merupakan muzium ketenteraan terbesar di dunia. Bangunan ini terkenal sebagai tempat pengisytiharaan terakhir Napoleon sebelum mayatnya di bawa kembali dari Pulau St. Helena (sebuah pulau kecil di Atlantik Selatan) dan di kebumikan di sini pada tahun 1840.

Daddy akan menulis lagi di surat-surat yang akan datang. Semoga pengalaman kita di sini memberi banyak manfaat kepada Umar dalam membentuk sikap dan pemikiran di masa akan datang.


Daddy
20140708
Bouleverard des Italiens


A Final Goodbye

Saya terjaga jam 2.40 pagi. Saya mimpi awak pujuk saya. Sepanjang kita bersama, awak tak pernah pujuk saya hinggalah saat saya ingin tinggalkan awak. Awak tak pandai pujuk atau awak tak mahu pujuk saya – itu saya tak pasti. Walaupun cuma dalam mimpi, saya masih boleh tersenyum. Saya kata dalam hati “Akhirnya awak pujuk saya”. Tapi itu cuma mimpi...

Saya padam semua SMS awak. Walaupun ada antaranya saya suka baca berulang kali. Saya padam semuanya. Saya simpan buku pantun. Saya mahu move on. Saya tak mahu hidup saya di belenggu dengan cinta kita. Semua memori, saya cuba letak di satu sudut dan kuncinya rapat-rapat. Sungguh-sungguh saya mahu teruskan hidup tanpa bayangan awak. Walau saya rindu awak setinggi mana pun, saya tak mahu hubungi awak.

Saya tak pernah menyesal mencintai awak sedalam ini. Saya tak mampu buang awak dari hidup saya sebab awak pernah jadi sebahagian dari saya. Saya cuma ralat sedikit bila kita gaduh sebab awak marah saya delete blog kita. Bukankah saya yang patut marah awak begitu teruk sebab awak curang di belakang saya? Kalau awak cuba pertahankan yang awak tak curang di belakang saya, awak tak akan cakap “Someone caught my attention...”. Awak juga mengaku dia berjaya menarik perhatian awak.

Itu namanya jatuh cinta. Sungguhpun awak kata awak tak pasti apa perasaan awak pada dia – itulah perasaannya. Hanya orang yang jatuh cinta akan bincang di mana mahu beli rumah, tentang hati dan perasaan dan “Saya kenal dia sehari macam kenal dia berbulan-bulan...”. Kalau kita tak ada apa-apa perasaan, kita tak perlu dan tak akan bincang tentang semua ini. Cinta melibatkan dua hati yang setuju untuk hidup bersama.

Saya tak ralat tinggalkan awak. Saya percaya saya telah sehabis baik menjaga awak, memberi awak segala kasih sayang, perhatian yang tak berbelah bahagi dan bila awak perlukan saya – saya ada dengan awak. Atas segala kelemahan dan kekurangan diri, saya telah cuba jadi seorang lelaki yang terbaik untuk awak. Itu di pihak saya. Mungkin di pihak awak masih banyak perkara yang awak tak puas hati dengan saya.

Saya nak move on. Tak ada apa-apa lagi antara kita. Yang ada cuma kenangan. Saya minta angin bawa rasa cinta ini pergi jauh-jauh. Bebaskan hidup saya dari semua beban hati dan perasaan, perasaan resah yang tak berkesudahan, perasaan rindu yang tak berpenghujung. Saya tak mahu terpaku di sini, di pintu cinta kita untuk masa yang lama. Tiga belas tahun sudah cukup lama. Saya mahu hidup bebas tanpanya. Selagi saya berpegang pada cinta kita, selagi itu saya tak boleh move on.

Jatuh cinta dengan awak merupakan momen yang sangat indah dalam hidup saya. Dan bila awak balas cinta saya, cinta itu menjadi lebih indah. Saya ada awak dan awak ada saya. Apa yang telah berlaku tak sedikit pun dapat mengubah rasa cinta saya pada awak. Cuma saya tak boleh lagi terpaku terlalu lama di situ. Saya perlu teruskan hidup.

Terima kasih atas tahun-tahun yang indah dalam hidup saya yang awak penuhi dengan cinta Terima kasih atas kesetiaan awak selama kita bersama. Terima kasih atas segala pahit manis, ketawa riang yang kita kongsikan. Terima kasih atas semangat yang tak putus-putus awak berikan. Terima kasih kerana percaya cinta kita cinta sesungguhnya. Dan terakhir, terima kasih kerana beri peluang pada lelaki yang serba kekurangan ini mencintai dan mengasihi awak.

Some people are meant to fall in love with each other but not meant to be together.




Sahabat, Kekasih dan Segalanya,
  Imran
The City of Light

Friday, July 11, 2014

Hujan dan Pelangi

Pagi semalam, ketika duduk termenung di taman, ada seseorang menyapaku “Encik okey?” sebelum mengakhirinya dengan “Selepas hujan ada pelangi. May Allah bless you” 

Gosip Liar

Umar: Adik melajuk tengan daddy
Daddy: Jangan la merajuk. Daddy dah balik kan ni.
Umar: Daddy takap daddy pergi hospital tejab-tejab je.
Daddy: Balik dari hospital daddy pergi taman.
Umar: Auntie Zara bawa adik, Kakak, budak lambut telinting pergi jalan-jalan.
Daddy: Shopping apa dengan Auntie Zara?
Umar: Adik beli macam-macam daddy. Adik tukeeee Paris.
Daddy: Amboi! Banyaknya duit Umar shopping macam-macam.
Umar: Luit Auntie Zara. Daddy bayar tekat Auntie Zara.
Daddy: Kena bayar balik la eh? Ingatkan duit Umar tadi.
Umar: Adik mana ada luit. Daddy bayar tau. Auntie nak tawin nanti tak ada luit.
Daddy: Auntie Zara nak kawin? Daddy tak tahu pun.
Umar: Daddy menung-menung-menung daddy tak tahu goship liar.
Daddy: Amboi! Pandai dah kan gosip-gosip liar ni.
Umar: Heee ops! 

You're My Everything

Some songs can make you sad and cry when you hear them. But it’s not actually the song that makes you cry, it’s the people behind the memories - Anonymous

Thursday, July 10, 2014

4.45am

I keep thinking about this river somewhere, with the water moving really fast. And these two people in the water, trying to hold onto each other, holding on as hard as they can, but in the end it’s just too much. The current’s too strong. They’ve got to let go, drift apart. That’s how I think it is with us. It’s a shame, because we’ve loved each other all our lives. But in the end, we can’t stay together forever - Kazuo Ishiguro (Never Let Me Go)
_ _ _ _ _ _

I'm sorry I couldn't help myself. I've been thinking about you all day. I miss you like crazy.


                                                                                                    
 Sqaure du Vert Galant
5.00 am