Thursday, July 17, 2014

006

“Kenapa kita mesti kena kawin kalaupun awak nak tolong saya?”
“Kita ada aurat. Kalau tak kawin macam mana saya nak jaga encik?”
“Tapi...awak tak boleh kawin semata-mata untuk jaga saya. Tindakan tak betul”
“Saya kawin dengan encik untuk 6 bulan sahaja”
“Tapi...awak perempuan. Awak tak boleh rendahkan maruah awak serendah ini”
“Kita tak akan ada hubungan intim. Saya tidur di bilik berasingan dari encik”
“Saya baru hilang orang yang saya sayang. Macam mana saya nak layan awak sebagai isteri?”
“Encik tak perlu layan saya sebagai isteri. Saya hanya nurse encik”
“Ikatan perkahwinan tak boleh di hina dengan cara macam tu”
“Saya nak tolong encik saja. Saya perlu jadi halal untuk sentuh encik”