Thursday, December 27, 2018

Unforgettable first love

Ingin sekali kutulis namamu di sini sepertimana telah kutuliskan namamu di hatiku. Cintaku tetap seperti dulu, tidak pernah berubah malah setiap saat semakin bertambah. Tuhan telah membenihkan rasa cinta yang tak terjangkau luasnya. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkan rasa cinta terhadap dirinya dari kalbuku.

_

Hanya apabila pawana menggoncang pokok
baru terdengar geselan dedaun.

Hanya apabila ombak terhempas ke pantai
baru tercipta bunyi yang mesra.

Hanya apabila tiada kasih sayang
dan ada pendengar yang bisu
betapa indah sekalipun sajak cinta
satu-satu aksara pesona
akan rebah dan patah.

Sajak cinta yang patah
adalah bahasa kasih yang parah
pawana suasana sepi
tergantung kaku di jala waktu
ombak rasa tidak lagi teruja
rindunya tenggelam di tengah segara.

Sajak Cinta yang Patah
Peter Augustine

_


Sicily - Calabria, Italy
27.12.2018, 2.45 pagi

Saturday, December 22, 2018

Masa silam

"Kenapa tak tidur?"
"Hara terjaga"
"Sambung tidur"
"Kejab lagi. Hara nak tengok langit"
"Laa kenapa tak cakap. Abang boleh bawa Hara pergi tempat best tengok bintang"
"It's okay abang. Langit sini cantik"
"Macam Hara"
"Abang ngada"
"Betul. Cantik macam Hara"
"Abang okey?"
"Okey. Kenapa?"
"Abang masih fikir masa silam abang?"
"Tak sangat. Masa silam tetap akan paksa kita toleh ke belakang. Tetap akan kejar kita"
"Abang masih marah?"
"Abang tak marah. Cuma terasa. Terguris hati. Bila kita marah kita cepat reda. Tapi kalau terasa hati ambil masa nak okey"
"Abang jangan paksa diri. Hara tahu abang cuba lupakan masa silam. Abang jangan fikirkan perasaan Hara. Hara faham & Hara terima"
"Tak ada perempuan dalam dunia ni yang dapat terima dalam hati suami dia ada orang lain"
"Hara belajar terima. Ujian Allah untuk menguji Hara"
"Abang tak nak dalam hati abang ada sisa masa lepas. Kata-kata yang pedih mestilah ambil masa untuk di lupakan"
"Abang kuat"
"Kenapa Hara tiba-tiba tanya?"
"Hara terdengar doa abang masa kita dekat Mesir"
"Oh"
"Sejuklah"
"Kenapa tak pakai selimut?"
"Selimut tak best. Abang best"
"Dan-dan je"




Bavarian Forest, Neuschonau, Germany
21.12.18, 4.14 pagi

Thursday, December 20, 2018

Bangun [2]

"Bangun kejab. Abang nak mandi"
"Tak nak"
"Kejab je. Nanti sambung landing"
"Tak nak"
"Abang nak mandi. Nanti badan naik ruam"
"Tak nak"
"Balas dendam eh"
"Tak pun"
"Habis bangunlah kejab"
"Tak nakkkkk"
"Abang nak mandi ni yang"
"Abang mandi esok je k"
"Tak okey"
"Abang cakap kuat-kuat nanti orang luar dengar"
"Yelah yelah. Landing sampai esok"
"Sayang abang!"



Bavarian Forest, Germany
20.12.18, 10.15 malam

Wednesday, December 19, 2018

Bangun

"Abang, bangunlah"
"Tak nak"
"Abang, bangunlah"
"Tak nak"
"Bangunlah bang"
"Tak nak"
"Eeee geram je kita. Bangunlah"
"Bukan senang nak dapat tilam best macam ni"
"Abangggggg"
"Tak nak"
"Hish!"
"Abang nak tidur kejab. Bahagia je rasa"
"Abangggg"
"Jeritlah. Nanti orang dengar orang kata kita main sedap sampai jerit-jerit"
"Baringlah sampai esok pagi. Kalau abang bangun siap abang!"
"Hahaha"




Zermatt, Switzerland
18.12.18, 11.10 malam

Monday, December 03, 2018

Don juan

“Wanginyaaaa! Nak tidur pun wangi”
“Hari ni hari Isnin. Mestilah wangi”
“Eleh. Abang setiap masa wangi”
“Tak tahan eh hahahaha”
“Eh tak ada maknanya!”
“Eleh tak tahan godaan ngaku je la”
“Tak ada siapa tergoda dengan abang”
“Ye ke?”
“Adalah. Sikit. Sikit jeee”
“Jom! *wink*”
“Abang ni kan! Don juan Malaya!”
“Jomlah yang”
“Geram jeee kita tengok mata abang!”
“Hahahaha”

Wednesday, November 28, 2018

Seluas lautan

10.30 malam


"Abang baru sampai rumah. Handphone tak boleh on. Sedih betul. Rosak selama-lamanya"
"..."
"Diam je. Hara okey?"
"Tak"
"Kes macam mana?"
"Okey"
"Habis suara tak okey. Nangis kenapa ni?"
"Rindu abang..."
"Hmm...Jumaat nak balik dah kan"
"Lambat lagi..."
"Jangan nangis dah. Lusa dah nak balik"
"I miss you so bad..."
"Dah eh. Dah malam tak elok nangis. Abang teman Hara tidur nak?"
"Okey abang. Abang dah makan?"
"Belum. Makanan Jakarta tak sedap"
"Abang makan dulu. Jangan mandi lama sangat tau"
"Ye. Jangan nangis dah. Abang mandi kejab"
"Okey abang. Sorry..."


-

5.15 pagi


"Morning. Bangun. Pukul 5 lebih dah"
"Tak nak. Abang tak tidur?"
"Abang ada depan pintu ni. Bukalah"
"Pintu mana bang?"
"Pintu ada 1 je kan. Abang dekat luar ni"
"Abang jangan main-main"
"Hah dengar tak abang ketuk ni?"
"OMG! Abang!"

-

"Abang dari Penang pukul berapa?"
"12.30. Drive tak laju sebab ngantuk. Kalau tak berhenti 2,3 tempat awal lagi sampai"
"Sorry tau abang"
"Bukan jauh pun"
"Jauhlah bang. Kuantan kot"
"Kuantan jeeee"
"Iyelahhh"
"Nangis lagi. Bengkak dah mata"
"I miss you..."
"Sikit lagi Kuantan nak banjir hahaha"
"A'ah. Banjir kilat"
"Ala sian"
"Tak rindu kita ke?"
"Rindu. Seluas lautan"
"Banyaknya! Tak main 0.001 cm dah keee?"
"Tak sampai hati nak cakap takut ada orang majuk"
"Jahat!"

Tuesday, November 27, 2018

3.01 am

Balik cepat. Abang rindu.

Sunday, November 25, 2018

Kain pelikat

“Seksi jeeeeeee”
“Biasalah pakai kain selak-selak sikit”
“Eleh selak sikit”
“Bukannya nampak apa pun. Lainlah Hara fikir lain”
“Eeeeeee abang ni. Mana ada”
“Tak tenang eh jiwa tengok abang pakai kain hahahaha”
“Heee tak. Abang perasan”
“Yelah. Abang rasa kain pelikat abang okey je”
“Memanglah okey”
“Habis? Dia yang tergoda marah kita pulak”
“Eeeee abang ni mana ada”
“Kejab abang mandi lepas tu boleh beromen hahahahaha”
“Abanggggggggggggg!!!!!!!!!!”
“Hahahahahahahahaha”

Saturday, November 24, 2018

Tulang ikan

“Lamanya abang tidur. Kenapa Hara tak gerak abang?”
“Hara suka usha abang tidur. Comel jeeee”
“Haaaa! Usha apa?”
“Adalah!”
“Ish seram abang dengar”
“Takut takkkk”
“Tak punnn”
“Bangunlah. Seksi je”
“Eh seksi ke”
“Tahu takut”
“Mana ada eh. Kita pakar tidur pakai kain”
“Yelah sangat”
“Kalau tak ada orang usik kain kita, tak jadi apa hahaha”
“Eeeee abang ni! Kita mana ada buat apa-apalah”
“Siapa cakap Hara buat apa-apa. Terasa pulak”
“Malas layan abang”
“Jari tu kenapa?”
“Tulang ikan”
“Dah letak ubat?”
“Belum”
“Meh abang letak ubat”
“Oh bahagianya kita!”
“Muah!”
“Tu bukan ubat banggg”
“Pakej!”
“Takut jatuh cinta dalam-dalam dengan abang”

_


Best eh usha abang”
“Best. Best sangat”
“Ye ye je”
“Abang best. Best lah. Semua best
“Makan sedap, main pun sedap kan”
“Abang niiiiiiiiiiii. Tu je tak best. Dah lah ganas. Mulut cakap lepas”
“Ada eh abang cakap lepas?”
“Ada. Tak selalu tapi kadang-kadang ada”
“Yelah. Kadang-kadang je. Abang kan tak best
Best. Best gila!”
“Apa yang best?”
“Abang suami yang baik, lembut, penyayang”
“Puji ada makna ni”
“Kita puji ikhlassss. Tak percaya ke?”
“Percaya”
“Tak percayalah tu. Majuk la gini”
“Lepas 10 minit abang pujuk”
“Abangggggggggg!!!!!!!!!”
“Hahahaha” 

Wednesday, November 21, 2018

Sayang seberat bumi dan langit

10.30 pagi


“Semua okey hari ni?”
Cancel. Tunda esok”
“Oh. Okey. Hara dah makan?”
“Belum. Hara on the way. Nak lunch dengan abang”
“Tak payah. Tidur rumah Baba”
“Hara nak balik. Sikit lagi masuk highway
“Tak kan esok nak drive pergi KL. Penat nanti”
“Dekat jee bang. Hara balik tau”
“Tidur sana. Esok lepas kes baliklah”
“Hmmmmm...majuk“
“Laa. Majuk pulak. Nanti penat. Hara tidur sana je, okey?”
“Okeyyyyyyyyyyyy”
“Good girl”

_

10.30 malam


“Abangggggggggg...”
“Yeee. Tadi kata nak tidur”
“Tak mengantuk. Anak-anak dah tidur?”
“Dah. Tak boleh tidur sebab abang tak ada keee”
“Abanglah. Tak bagi kita balik”
“Abang teman. Tidurlah. Pejam mata”
“Tak nakkkkk”
“Tadi cakap nak tidur”
“Abang buat apa?”
“Baca buku. Hara buat apa?”
“Hara fikir abang jeee”
“Hah parah!”
“Heeee biarlah”
“Bukan udang sebarang udang,
Udang dapat meniti rakit;
Bukan sayang sebarang sayang,
Sayang seberat bumi dan langit”*
“Alaa abang ni...”
“Tidurlah. Abang teman”
“Nyanyi satu lagu please
“Yelah, nanti kejab”
“Sayang abang!”
“Dan-dan!”


*Tenas Effendy

Tuesday, November 20, 2018

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?

Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, “Hakikat sebenar akan tahap kesejahteraan dan kebahagiaan adalah bersifat peribadi. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab yang baik”. Kebahagiaan dan kegembiraan merupakan kunci kepada kesejahteraan hidup seseorang baik secara jasmani mahupun rohani. Oleh kerana itu, telah banyak negara maju mengubah hala tuju dasar negara mereka ke arah negara yang lebih sejahtera. Sebuah badan pemerintah yang baik harus memastikan rakyat yang berada di bawah tanggungjawabnya hidup harmoni, sejahtera dan bahagia. 

Seiringan dengan itu, badan pemerintah harus melihat kesejahteraan rakyat sebagai salah satu kriteria penting untuk mengubal dasar negara. Mantan Perdana Menteri dan bekas ketua pembangkang, David Cameron meletakkan kebahagiaan sebagai agenda politik utama. Menurut beliau “It’s time we admitted that there is more to life than money, and it’s time we focus not just on GDP, but GWB - General Well Being” . Menurut A Map of Global Happiness 2006, Malaysia berada pada kedudukan ke 17. Pada tahun 2018, Malaysia berada pada tangga ke 34. Negara yang mempunyai rakyat yang paling bahagia, sejahtera dan gembira adalah Finland yang berada pada kedudukan pertama. 

Hari ini, pertama kali saya menunaikan solat sunat Isyraq di masjid. Usai solat saya menelaah surah Ar-Rahman. Membaca surah Ar-Rahman sangat mengetarkan dada. Subuh ini, saya merenung jauh ke dalam diri saya, kehidupan yang saya lalui serta ujian dan rintangan yang tak habis-habis perlu saya tempuhi. Surah Ar-Rahman melantunkan pertanyaan “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (Surah Ar-Rahman: 13) sebanyak 31 kali. Sedikit sebanyak, air mata saya bergenang. Benar, kadang-kadang saya tidak bersyukur. Mendapat banyak wang tetap tidak memberi kepuasan kepada saya. Saya selalu mahukan lebih. Ia adalah sifat semula jadi manusia. 

Tuhan memberikan saya banyak nikmat, kehidupan yang seribu kali lebih baik dari orang lain - tetap juga saya berasa kurang. Tuhan memberi banyak nikmat, tetap juga saya memandang satu nikmat yang di tarik Tuhan. Tuhan memberi segala-galanya, tetap juga saya berasa tidak cukup. Saya adalah hamba yang tidak bersyukur, mungkin tidak pernah bersyukur. Saya selalu merasakan segala kemewahan yang saya genggam sekarang ini adalah hasil usaha keras saya sendiri tanpa menginsafi semua ini adalah pemberian Tuhan buat saya. Every test is a blessing, every blessing is a test. Hidup saya banyak berubah setelah kehilangan orang yang paling saya cintai. Segala-galanya berubah.

Saya sangat terseksa dengan kehilangan itu. Perpisahan yang sangat memedihkan. Lukanya tidak pernah hilang. Agaknya, Tuhan telah memalingkan hatinya dari terus mencintai saya. Kun fa ya kun - dalam sekelip mata semuanya berubah. Saya barangkali terlupa bahawa Tuhanlah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Perpisahan meragut hampir keseluruhan hidup saya. Di tinggalkan sepi. Kehidupan menjadi gelap-gelita dalam sekelip mata. Dalam perpisahan itu, saya kembali mencari diri. Saya menemui banyak perkara baru, walaupun tak serupa, tetap juga bahagia dengan jalan berbeza. Tuhan mengajar saya bahawa bukan saya yang mengatur segala-galanya. Tuhanlah yang mengawal kehidupan kita.

Rahmat yang paling agung adalah Nurhara, isteri yang mendamaikan, penasihat yang baik, ketenangan yang sukar di gambarkan. Benarlah kata arwah Ummi, Tuhan tidak pernah tersalah memilih jodoh buat kita. Aturan Tuhan tidak pernah salah cuma kita sahaja yang enggan percaya akan perancangan yang telah di aturkan Tuhan buat kita. Saya selalu berazam menjadi suami yang baik buat Hara seperti yang di pesan dalam hadis riwayat at-Tirmidzi (11/315, no 1172) “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya”. Harapnya Tuhan menuntun saya menjadi seorang suami yang baik untuk Nurhara.

Monday, November 12, 2018

Pasca PRU 14

Sejak Pakatan Harapan memegang tampuk kuasa usai Pilihan Raya Umum ke 14, iklim ekonomi terutamanya pasaran saham bertambah buruk. Banyak kaunter dibuka rendah dan mengalami penurunan yang bukan sedikit. PRU 14 menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya saya tidak menyokong pakatan pembangkang (kini kerajaan) atas beberapa faktor. Nampaknya saya membuat pilihan yang betul. Saya sebenarnya sangat kecewa dengan kerajaan PH pada hari ini. Setiap hari, retorik semakin kuat di palu. Beberapa kementerian yang dipimpin belum menunjukan kredibiliti yang baik untuk mengubah dan membaikpulih sistem sedia ada. Menteri kita lebih suka bercakap berdegar-degar dari membuat kerja.

Keadaan ekonomi nampaknya masih di tahap sama. Kuasa beli pengguna semakin rendah, kadar pengangguran tidak menunjukan angka penurunan. Bercakap soal penurunan, harga dari unit amanah (unit trust) mencatatkan penurunan yang amat ketara sekali antara 6% hingga 25%. Harga saham Telekom Malaysia jatuh merundum menyebabkan beberapa badan seperti Khazanah rugi RM 3.9 billion, KWSP rugi RM 2.5 billion dan ASB rugi kira-kira 1.8 billion. Harga saham paling terjejas majoritinya adalah GLC. Indeks Bursa Saham jatuh sebanyak 200 mata. Harga saham dalam bidang komunikasi merosot dengan teruk sekali. Bukan telekomunikasi sahaja malah hampir ke semua bidang menunjukan penurunan antara 2% hingga 63%.

Bermula pada 14 November lepas, harga minyak dunia terjunam sebanyak 6.6% kepada USD 65.47 se tong. Rentetan kejatuhan demi kejatuhan harga saham dan minyak dunia, adalah sukar untuk kerajaan PH memulihkan ekonomi negara dalam masa terdekat. Desakan pelbagai pihak untuk memenuhi janji manifesto pilihan raya membuatkan usaha untuk mengatur strategi ekonomi negara bertambah sulit. Nampaknya kerajaan baru perlu mencari formula berkesan untuk membendung kejatuhan harga saham yang belum nampak tanda akan pulih dalam masa terdekat. Rakyat terbanyak tidak lagi terbeban dengan cukai GST tapi mereka masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi terutama golongan B40 yang tinggal di bandar.

Wednesday, October 31, 2018

Garang

"Abang dah makan?"
"Belum"
"Kejab tau. Hara panaskan nasi"
"Tak nak nasi"
"Abang nak makan apa?"
"Makan Hara hahaha"
"Abang ni kan. Geram je kita"
"Alang-alang dah geram jom naik atas"
"Makanlah dulu. Perut kosong"
"Dah pandai bebel"
"Eeee abang ni kan"
"Abang nak mandi. Buatkan abang susu"
"Mandi jangan lama sangat"
"Ye. Susu bawa naik atas"
"Mandilah bang. Bebel aje"
"Temannnnn"
"Jangan ngada"
"Garang kemain"

Monday, October 29, 2018

Pagi yang indah

“Tunggu Hara ikatkan”
“Abang nak pakai color apa?”
“Hara pilih”
“Abang nak makan apa malam ni?”
“Semestinya makan Hara (wink)”
“Hara sedap kan”
“Haah”
“Bang, Hara tanya ni. Jawablah”
“Apa-apa pun okey”
“Ikan stim okey tak?”
“Bukan ikan je stim abang pun stim hahahahaha”
“Ish abang ni!”
“Betul la. Kuyu-kuyu je mata hahahaha”
“Abang nak pergi kerja dah kan”
“Malaslah. Nak buat kerja lain”
“Malam nantilah. Abang ni. Tak sabar-sabar”
“Mestilah!”
“Balik awal, okey sayang?”
“Okey”
“Jangan drive lelaju tau”
“Hara cantik hari ni”
“Mulut manis”

Thursday, October 25, 2018

Kegelapan

Agaknya semalam Hara keletihan. Hara terlelap di meja kerja. Seperti biasa, abang angkat dan letakkan Hara di atas katil. Ketika abang menyusun fail, abang terselak beberapa halaman - gambar mangsa rogol. Kanak-kanak sekolah rendah berusia 8/9 tahun. Fail kedua pula memaparkan kes 7/8 orang mangsa liwat / gangguan seksual. Fail-fail lain masih dalam kajian kes yang sama - rogol / gangguan seksual / liwat; dari kanak-kanak, remaja hinggalah wanita dewasa. Sukar di gambarkan perasaan abang ketika itu - sedih, kecewa, kasihan, marah, geram dan pelbagai lagi. Fail-fail ini adalah rutin harian hidup Hara. Kehidupan yang serba gelap, penuh noda dan nista.

Abang tak tahu malah tak pernah bertanya soal kehidupan yang Hara pilih ini. Kehidupan ini penuh kesedihan, kesengsaraan, luka yang sangat sukar di padam. Sebagai seorang suami pastilah abang berasa gusar dan takut kerana Hara bergelut untuk bernafas dalam dunia penuh kegelapan. Abang sendiri berasa kuatir akan keselamatan Hara baik fizikal mahupun mental. Dalam masa yang sama abang kagum melihat Hara berjaya melintasi lautan kegelapan saban hari untuk memberi cahaya dan pengharapan kepada mangsa yang menjadi pemuas nafsu manusia berhatikan iblis bernafsukan syaitan. Abang benar-benar kagum kerana Hara seorang wanita yang berani, cekal dan tabah.

Abang juga menjumpai fail yang diperkatakan Baba - fail yang Hara bawa ke mana saja Hara pergi. Kes yang membuatkan Hara hampir berputus asa dengan keadilan dan kemanusiaan. Mahkamah dunia kadang-kala pelik sekali. Mangsa rogol di jatuhi hukuman berat kerana mencederakan perogol sedangkan iblis yang membuat angkara terlepas bebas begitu sahaja. Mangsa ini mati kerana membunuh diri. Dulu, kenalan rapat abang selalu bercerita tentang kes-kes rogol yang sengaja di senyapkan kerana tidak mahu berlakunya kekecohan atau masyarakat panik seperti kes rogol hampir 20 orang di KL angkara orang minyak. Kes ini berjaya di tutup sebaiknya oleh pihak berkuasa. 

Setelah hampir dua bulan berumah tangga, barulah abang tahu Hara kerap berjaga malam kerana membaca / mengkaji / meneliti / mencari bahan bukti baru bagi setiap kes yang Hara kendalikan. Abang tak maksudkan apa-apa. Hara membahagikan masa antara kerja dan rumah tangga dengan baik sekali. Jika ada cacat-cela di sana sini, abang maafkan. Manusia tentu tak sempurna, pasti ada kurang-lebih pada bahagian-bahagian tertentu. Abang berharap Hara pandai menjaga diri. Abang mahu Hara sentiasa selamat. Abang tak mahu kehilangan Hara. Hidup kita baru bermula, hendaknya biarlah kita bersama hingga ke tua. Abang selalu ada bersama Hara.

Terima kasih masakkan untuk abang sup burung layang-layang bersama kanji cendawan dan jus barli. Demam abang semakin kebah. Tekak tak sakit lagi. Sakit kepala semakin hilang. Terima kasih kerana menjaga abang dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Abang bahagia bersama Hara, teramat bahagia. Setiap hari abang belajar perkara baru dari Hara. Kebetulan pula abang tak miliki apa-apa pengetahuan dalam bidang yang Hara ceburi. Pasti sahaja abang gembira menerima ilmu dan pengalaman baru dari Hara. Abang mahu menulis lagi tapi nampaknya abang perlu berhenti. Abang masih belum mandi. Jam sudah menunjukan 12.30 pagi. 



Selalu di sampingmu,
Imran





PS: Bukan nasi goreng sahaja sedap, Hara lagilah sedap! (hahaha).

Wednesday, October 24, 2018

1.50 pm

Memories never fade so with this uncomfortable feeling when my feet step into the hospital. The white coat, stethoscopes, atmosphere makes me feel dizzy. At this point, I knew that I wouldn’t recover from the past. It still bleeds and hurt.
_

“Hara minta maaf”
“Bukan salah Hara”
“Hara janji Hara tak ajak abang pergi hospital”
“Kalau Hara tak bawa abang datang sini abang pun tak tahu abang belum okey”
Sorry sayang”
“Tak ada apalah. Bawa abang balik. Sejuk”
“Abang marahkan Hara ye”
“Taklah”
_

“Dengar pantun abang”
“Silakan”
“Banyak ikan di Paya Kumbuh,
Orang mengail umpan belalang,
Laksana luka baru sembuh,
Parutnya di mana akan hilang”
“Berangan besar di dalam padi,
Rumpun buluh dibuat pagar,
Jangan syak di dalam hati,
Maklum pantun saya belajar”
“Zaman dahulu bertikar pucuk,
Zaman ini bertikar mengkuang,
Zaman dahulu kita dipujuk,
Zaman sekarang kita dibuang”
“Sampai musim pulanglah dia ke sisi abang”
“Somehow yes. A part of me was always waiting for her to come back home but would you go back to someone who once betrayed you?*”



*Lucas W




23.10.2018

Monday, October 22, 2018

Spontan

"Hi babe"
"Hai sayang"
"Busy ke?"
"Meeting"
"Tak payah meeting. Balik rumah. Abang ada"
"Aip!
"Abang call nak dengar suara Hara. Take care"
"Okey abang"
"Bye sayang. I love you"
"Bye"
"Bye je? Tak ada abang tak ada sayang"
"Ada staf"
"Hee yelah. Bye"
"Bye"

Sunday, October 21, 2018

J-Drama

Umar: Esok malam kita orang tak free daddy
Daddy: Daddy nak bawa pergi makan sushi
Umar: Kita orang nak tengok drama
Daddy: Ada cerita apa?
Adam: Abang di landa demam J-Drama daddy!
Huda: J-Pop pun!
Daddy: Drama apa tu?
Adam: Drama Jepun daddy!
Umar: Kakak buat cerita. Adik tak minat J-Pop
Daddy: Adam yang ajar abang eh
Adam: Dia cerita detektif macam CSI daddy
Huda: Adik dah belajar bahasa Jepun!
Daddy: Baguslah. Esok kita tengok cerita sama-sama

_

Cold Case: Shinjitsu no Tobira
Signal: Choki Mikaiketsu Jiken Sosahan
Miss Sherlock

Saturday, October 20, 2018

Cenge

"Sebab apa? Sebab abang handsome, kacak, menawan kan"
"Bukannnnnn"
"Sebab abang best"
"Bukannnn"
"Sebab abang good in bed kan"
"Ish abang ni!"
"Habis?"
"Sebab abang supportive. Susah dapat husband macam abang"
"Biasalah limited edition, rare"
"Puji diri sendiri eh"
"Haah. Dah puji-puji ni boleh la se-round dua"
"Empat pun boleh!"
"Hahaha abang tuntut!"
"Kita tunggu. Tak tuntut siap abang!"
"Amboi cenge cik adik kita ni"

Pelaris

Adam: Kita nak makan dekat mana daddy?
Daddy: Kita pusing-pusing. Ada kafe kita berhenti
Umar: Ramainya orang kedai tu
Daddy: Hari ni cuti. Mestilah ramai orang
Umar: Pandai dia cari pelaris daddy. Kedai dia ramai orang
Daddy: Bukan main lagi. Dah pandai pasal pelaris pulak sekarang ni
Umar: Heee

Thursday, October 18, 2018

Kegagalan

Ketika abang menulis surat ini Hara sedang di buai mimpi. Sesudah solat Isyak Hara terlelap. Abang tak sampai hati kejutkan Hara. Abang tahu Hara keletihan. Hari ini merupakan hari pertama Hara melangkah ke pejabat baru. Tahniah abang ucapkan atas penubuhan sebuah firma di Pulau Pinang! Sebagai suami, abang tumpang bangga dengan kejayaan Hara. Hara pastinya akan sibuk dengan tugas seharian. Abang doakan segalanya berjalan lancar dan seperti yang di rancangkan. Abang gembira kerana Hara tak patah semangat malah lebih beriltizam untuk berbakti kepada masyarakat. Janganlah terlalu memandang kegagalan kerana setiap dari kita pasti pernah gagal. Sekurang-kurangnya kita akan gagal sekali seumur hidup walaupun kebiasaannya kegagalan kita tidak terhitung.

Abang pernah mengalami beberapa siri kegagalan yang besar sebelum mencapai tahap ini. Bonda pernah ceritakan tentang kegagalan pertama Hara; kegagalan yang menyebabkan Hara cuba melarikan diri dari bidang yang sangat Hara cintai. Abang percaya Hara tak gagal tapi sistem yang menyebabkan Hara gagal. Sistem ini terlalu besar dan tak mampu kita lawan. Hara perlu tahu, bukan mudah untuk melawan sebuah sistem sungguhpun ia sebuah sistem yang gagal berfungsi dengan baik. Selalunya kelemahan sistem ini tidak mahu di bincangkan malah di tutup serapatnya pintu kritikan.. Setiap sistem yang kita bangunkan tentu ada cacat-cela. Kitalah yang harus mengubahnya walaupun ia suatu kelaziman yang di terima umum. 

Hara mempunyai reputasi yang baik. Hara tak seharusnya berhenti kerana satu kegagalan. Kegagalan tidak harus mematahkan semangat kita. Kegagalanlah yang harus memimpin kita untuk naik ke atas, ke tempat yang lebih tinggi. Dengan setiap kegagalan yang kita tempuhi, kita belajar untuk membaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik. Kita menjadi lebih fokus, berdaya saing, dan beriltizam untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini. Kegagalan harus menaikkan semangat kita untuk bekerja lebih keras lagi. Bidang yang Hara harungi pastinya mempunyai tekanan yang hebat dari setiap penjuru. Hara harus persiapkan diri untuk menempuh setiap kemungkinan. Pelbagai cabaran harus di tempuhi sama ada baik atau buruk.

Dalam hidup ini kita jangan mudah putus asa. Jangan mudah patah semangat dan paling penting jangan mudah berpuas hati dengan diri sendiri. Arwah Walid pernah pesan supaya kita selalu cabar diri sendiri agar kita lebih maju dan berdaya saing. Abang mahu Hara kuat semangat, tak mudah putus asa dan berani menempuh apa sahaja yang berada di hadapan kita. Kadang-kala dalam kehidupan kita tak di berikan pilihan. Kita di berikan ujian yang pelbagai. Kita harus mendepani setiap ujian dengan penuh keberanian. Abang mahu Hara menjadi perempuan yang berani, tegak berdiri mempertahankan prinsip. Jangan biarkan orang lain meremahkan pemikiran, sikap dan kepercayaan Hara. Jangan sesekali benarkan orang lain merendah-rendahkan nilai diri kita.

Abang mahu Hara tahu bahawa abang gembira memperisterikan Hara. Untuk setiap perkara-perkara kecil yang Hara lakukan, besar maknanya buat diri abang. Hidup dengan abang tidak mudah. Terima kasih kerana Hara sudi menjadi sebahagian dari hidup, semangat dan jiwa abang. Abang sangat bersyukur di kurniakan seorang isteri sebaik Hara. Seni pemikiran dan sisi keintelektulan Hara sangat mengagumkan. Abang rasa sungguh bertuah memperoleh seorang isteri yang sukakan buku dan diskusi, seorang puteri secantik bidadari kayangan. Abang harap Hara tak berputus asa dengan abang. Bersama Hara melalui hari-hari yang mendatang sangat mengujakan abang. Moga kita saling mencintai hingga akhir hayat.

Abang sayang Hara.

.

The fragrance of
The flower there
So lovely in
Your pretty hand
And that makes
My happy heart sing

The birds in the trees are singing
My heart's mellow, dear
I whisper, I love you, my darlin'
Together we'll always be



My Happy Heart Sings
Marty Robbins





11.30 malam, 17 Oktober 2018
Pulau Pinang Indera Sakti

Wednesday, October 17, 2018

Feng Shui

Daddy: Boleh. Apa pulak tak boleh
Umar: Tak boleh daddy
Daddy: Boleh. Memandai je
Umar: Feng Shui cakap tak boleh. Nanti datang sial berpanjangan. Adik tahu sebab adik baca buku Feng Shui daddy
Daddy: Sejak bila pulak pandai Feng Shui Feng Shui ni. Pandai hal bukan-bukan. Penat daddy hantar masuk sekolah agama

Iltizam




Till the end of time, long as stars are in the blue
Long as there's a Spring of birds to sing I'll go on loving you
Till the end of time, long as roses bloom in May
My love for you will grow deeper with every passing day

Till the wells run dry and each mountain disappears
I'll be there for you to care for you through laughter and through tears
So take my heart in sweet surrender and tenderly say that I'm
The one you love and live for till the end of time

Till the wells run dry and each mountain disappears
I'll be there for you to care for you through laughter and through tears
So take my heart in sweet surrender and tenderly say that I'm
The one you love and live for till the end of time


Perry Como 
Till The End of Time





Imran J,
11.01 malam, 17 Oktober 2018
Pulau Pinang Indera Sakti

Tuesday, October 16, 2018

Hujan

"Hujanlah sayang" 
"Dah nama pun main hujan" 
"Abang ni. Dah basah lenjun" 
"Tak pernah mandi hujan eh" 
"Tak" 
"Lupa. Good girl hahaha" 
"Mengata jeeee" 
"Hmm…" 
"Hmmmm..." 
"Nak menari dengan abang?" 
"Sure"
"Hari-hari cantik"
"Kecantikan bersifat sementara. Persinggahan sebelum kita menjadi tua. Mungkin sama seperti Hara, persinggahan sementara di hati abang"
"Jangan cakap macam tu"
"Sepanjang persinggahan di hati abang, Hara gembira"
"Abang tahu apa Hara rasa…"
"Jangan patah semangat"
"Yeah"
"Sayang, tak nak masuk lagi ke?"
"Nak masuk dah?"
"Sejukkk"
"Yelah. Jom abang dukung"
"Heee syoknya!"
"Sambung mandi dalam rumah!"
"Tak nak tak nak"
"Apa tak nak tak nak"
"Abang tak nak lepaskan kita eh"
"Lapar ni hahahaha"

Sunday, October 14, 2018

Menjelma

Daddy: Seronok pergi kem?
Umar: Tak seronok
Adam: Betul daddy. Bosan
Daddy: Kakak?
Kakak: Sama
Daddy: Benda apa paling best dekat kem?
Umar: Ada penampakan
Daddy: Penampakan apa?
Adam: Abang cari hantu
Umar: Dia datang sendiri. Abang tak cari
Daddy: Dah lama tak kena rotan. Dah cakap jangan cari nak cari jugak
Umar: Kita orang tak cari. Dia menjelma
Adam: Seram daddy
Daddy: Jangan main-main. Bahaya. Nak tengok sangat hantu tunggu daddy bawa dia datang
Umar: Boleh bawa dia datang daddy?
Daddy: Boleh
Adam: Abang ada sifat ingin tahu
Daddy: Malam ni kita pergi kubur. Bawa kamera semua
Adam: Abang cakap tidur awal
Daddy: Nak pergi mana?
Umar: Kita orang nak tidur daddy. Esok sekolah
Daddy: Pandai nak cabut
Kakak: Good night daddy
Umar: Selamat malam daddy
Adam: Daddy selamat malam daddy

Saturday, October 13, 2018

Never give up hope

I was so much happier back then. Abang tak macam ni”
“Life has its ups and downs. Don't stress yourself too much into things that doesn't even concern you”
“Abang dah heret Hara dalam masalah abang”
“Tempat isteri di sisi suami. Tempat Hara di sisi abang”
“Abang nak bertolak dah. Abang tak pergi meeting
“Abang kan baru sampai London”
“Abang tak happy. Tak ada mood. Dekat New York tumbuk orang. Tadi tumbuk cermin”
“Kalau macam tu abang nak makan apa? Hara siapkan makanan”
“Tak ada selera. Hara masak apa-apa pun tak apa”
“Okey sayang”
“Punyalah ramai orang dalam dunia ni kenapa abang kena semua ni. Hidup orang lain senang je”
“Tapi orang lain tak ada hidup macam abang. Semua orang nak hidup macam abang”
“Berat sangat. Tak mampu dah rasa”
“Allah didn’t create us to be perfect. He only wants us to never give up hope”
“Hmm…”
“You pick yourself up”

Friday, October 12, 2018

'Till the end of time



Hampir seminggu saya sakit kepala. Saya masih belum buat sebarang pemeriksaan lanjutan. Mungkin saya takut barah yang pernah saya hadapi dulu datang kembali. Penyakit sepert barah boleh datang kembali pada bila-bila masa tanpa di duga, tanpa memberi banyak petanda. Sungguhpun saya sihat, saya tetap berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang ada. Hidup saya terlalu banyak dugaan hingga saya rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan. Dalam perjalanan ke Sri Hartamas, melalui lebuh raya yang sesak, saya terpandang papan tanda Kajang lalu segala kenangan ligat berputar.

Kenangan yang biasa-biasa sahaja seperti menemani awak sepanjang perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja kerana awak terlalu letih untuk memandu dan teramat mengantuk. Hingga saat ini, saya masih teringatkan awak. Kalaulah saya punya kuasa untuk menghalang segala ingatan dan lintasan yang datang tentu sahaja saya lakukan. Tapi saya tak punya kuasa mengawal hati dan fikiran. Sungguh-sungguhkah saya seorang sahaja yang teringatkan awak? Benarkah semuanya telah berakhir 4 tahun dulu? Apakah kita sudah benar-benar melupakan hal silam? Apakah awak tak pernah mengingati saya? Tak pernah merindui saya? 

Begitu bencikah awak pada saya hingga segala-galanya dingin dan beku? Saya tahu awak seorang yang keras hati dan saya tak akan cuba memujuk walaupun keras hati awak hanyalah seperti keras kerak nasi; lambat-laun akan lembut. Sepanjang awak menempuh alam perkahwinan, adakah awak benar-benar bahagia bersama lelaki yang awak pilih sebagai peneman hidup? Apakah awak tak pernah bergelut untuk melupakan saya? Saya benar-benar berharap dia menjaga awak dengan baik sekali. Kalau awak bahagia, saya sangat bersyukur. Sekiranya tidak, hati saya walang tak terkira. "Your happiness is my happiness."

Saya tak gembira jika mendapat khabar awak tak bahagia bersama dia. Kegembiraan awak sangat penting buat saya. Saya juga berharap kegembiraan saya sangat penting buat awak. Saya mahu awak berasa gembira melihat saya bahagia sepertimana saya gembira melihat awak bahagia. Banyak kenangan yang ingin di lupakan tapi tak dapat di lupakan begitu sahaja. Saya tentu sahaja ingin melupakan setiap ketawa bahagia yang kita kongsikan bersama setiap pagi sebelum kita sama-sama berlalu pergi ke tempat kerja. Saya ingin lupakan setiap pelukan hangat dan kata-kata manis yang kerap di ucapkan. 

Semuanya tak dapat di kuburkan begitu sahaja. Sama seperti saya tak dapat lupakan pelukan erat di malam hari saat kita berkongsi mimpi. Saya tak pernah lupakan betapa awak gemar tidur di dada saya, mendengar setiap degup jantung yang bergetaran. Mungkin sahaja itu yang paling saya rindukan. Banyak perkara yang tak mungkin saya lupakan seperti breakfast in bed setiap pagi di hari minggu. Terlalu banyak perkara ingin di titipkan di sini. Saya tak mahu menjadi lelaki yang hidup dalam ruang kenangan kerana ruang itu terlalu sesak dengan segala memori yang terlalu berharga untuk di lupakan tapi tak mahu di ingati. 

Bagaimana harus saya hidup dengan beban perasaan yang seakan enggan meninggalkan diri ini? Katakanlah apa yang harus saya lakukan agar semua beban yang saya pikul ini hilang di bawa angin. Nasihatkanlah saya supaya saya tidak menoleh ke belakang, melihat sisa kenangan, mengenang masa silam penuh rintihan. Terlalu pedih menerima hakikat dunia cinta kita sudah berakhir. Kita telah di pisah oleh jarak dan masa serta perhubungan baru. Kita sudah tak ada lagi dalam kamus hidup masing-masing tapi cinta kita seolah-olah enggan melepaskan kita untuk berputus asa sedang kita sudah menempuh kehidupan baru. 

Dalam segala keindahan, awaklah yang paling indah. Walaupun awak meninggalkan saya dengan sembilu luka dan panah kekecewaan, keindahan itu tak pernah hilang. Masih dan akan terus ada. Saya, sang arjuna yang setia dengan cinta. Sanggup terluka demi orang tercinta. Mungkin saya terlalu buta dalam menilai cinta. Mungkin dunia cinta saya terlalu utopia. Mungkin, segala-galanya mungkin. Benar kata Haruki Murakami, “No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories”. Kesakitan, kesengsaraan, dan kepiluan sebahagian dari cerita cinta kita. Bukankah begitu?

_

Now your picture's that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh
Some that made us cry
One that made you have to say goodbye

What I'd give to run my fingers through your hair
Touch your lips, to hold you near,
When you say your prayers, try to understand
I've made mistakes, I'm just a man

When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words
You've been needing to hear, I'll wish I was him
'Cause these words are mine, to say to you

'Till the end of time
Yeah I, will love you, baby
Always and I'll be there
Forever and a day, always


Always
Bon Jovi





23 September 2018
3.50 pagi

Tuesday, October 09, 2018

11.02 am

Ya Rabb,
Please erase my worries.

Sunday, September 30, 2018

2.57 am

“Abang tak tidur?”
“Tidur. Terjaga”
“Abang mimpi lagi?”
“Haah”
“Makan ubat tak sebelum tidur?”
“Makan”
“Jangan banyak fikirlah bang”
“Tak fikir apa pun. Kepala je sakit”
“Abang cuba tidur okey”
“Tak nak. Asyik mimpi je. Pasal apa abang yang tertekan teruk. Bukan abang yang curang”
“Sebab abang orang yang baik dan Allah uji orang yang baik”
“Mengarut je lah. Abang dah penat”
“Abang…calm down. Hara takut abang marah-marah”
“Hmm…abang bukan marah Hara”
“Drink some water. You need to clear your mind first”
“Hara, teman abang tidur”
“Pejam mata. Abang jangan fikir macam-macam”
“Okey”

Thursday, September 27, 2018

15

Lima belas hari berada di NY atas pelbagai urusan. 

Tuesday, September 18, 2018

Degupan yang selalu menggetarkan dada

Cinta adalah satu kuasa yang hebat. Dengannya kita mampu mengoncang dunia. Lelaki yang menemui cinta adalah lelaki yang paling beruntung di sepanjang jalan kehidupan. Tanpa ragu-ragu ingin sekali abang katakan bahawa Hara adalah cinta abang. Abang telah menemui cinta yang telah di takdirkan untuk abang. Cinta yang hadir saat abang hampir lemas dalam arus kehidupan. Hara umpama sebuah harapan yang hadir menghulur tangan mengajak abang memulakan sebuah kehidupan baru. Hara ibarat sinaran mentari yang membawa abang keluar dari lohong hitam. Tak putus-putus abang panjatkan rasa syukur pada Ilahi.

Melalui saat itu sangat mendebarkan jiwa. Hari ini kita adalah pasangan suami isteri yang ingin sehabis daya membina sebuah keluarga yang bahagia. Kita sama-sama belajar meneroka alam, menelurusi setiap detik penuh pengharapan. Kita menjalani sebuah kehidupan dari kaca mata yang berbeza. Atas ikatan pernikahan, kita di beri tanggungjawab baru yang menjadi pelengkap separuh dari bahagian keimanan. Kita melaluinya penuh rasa bahagia. Degupan yang selalu menggetarkan dada, setiap butir bicara, pecahan hilai tawa, lirikan manja lagi mengoda merupakan saat romantis buat diri abang tika bersama Hara.

Kita telah mengembara ke empat buah negara. Di empat buah negara ini kita menyemai benih-benih cinta yang bukan sahaja mengetarkan dada malah menusuk sukma. Kata orang, ini adalah syurga dunia. Abang tak sabar ingin pulang ke rumah dan memulakan rutin harian seperti pasangan suami isteri yang lain. Kita akan memikul tanggungjawab membesar, mendidik dan memberi kasih sayang pada anak-anak. Hara bukan sahaja bergelar isteri malah dalam detik yang singkat bergelar ibu. Abang berharap kita dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 

Abang bawa Hara mengembara ke empat buah negara atas beberapa sebab. Antaranya ialah abang mahu Hara bersedia fizikal dan mental kerana apabila pulang nanti Hara akan mengadap kerenah anak-anak yang pasti sahaja memeningkan kepala - setiap saat mereka bergaduh, bertengkar malah membuat pelbagai rancangan tanpa pengetahuan kita. Menjaga anak tidaklah semudah di fikirkan. Kadang-kadang abang sendiri lelah melayan kerenah mereka - kita manusia biasa. Penat dan lelah tentu sahaja menjadi sebahagian dari diri kita tapi segala-galanya hilang bila kita merasa bahagia punya keluarga sendiri.

Abang tahu Hara tertanya-tanya tentang perancangan abang inginkan zuriat dalam tempoh 2 tahun dari sekarang. Abang tak mahu tergesa-gesa kerana abang sendiri risau Hara masih belum bersedia memikul tanggungjawab besar dalam sekelip mata. Abang cuma mahu Hara sesuaikan diri dengan peranan baru sebelum menginjak ke fasa yang lebih besar. Tentu sahaja abang mahukan zuriat bersama Hara. Abang yakin dengan izin Allah kita akan di kurniakan zuriat seperti orang lain. Dalam masa 2 tahun ini abang ingin bebas dari ubat psikiatri supaya kita tak punya masalah untuk memiliki anak. 

Mungkin juga abang mengambil ikhtibar atas kejadian yang menimpa kawan abang yang terlalu gopoh inginkan cahaya mata sedangkan isterinya masih belum bersedia. Isterinya berusia 22 tahun dan masih dalam pengajian ijazah sarjana muda, sudah tentulah belum bersedia. Dia berkeras mahukan anak walaupun usia perkahwinan ketika itu memasuki 5 bulan. Mereka di kurniakan anak tidak lama selepas itu. Kawan abang sangat gembira kerana hajatnya tercapai. Setahun selepas itu, dia kurniakan seorang lagi puteri. Isterinya tidak begitu gembira dengan kehadiran cahaya mata kerana di anggap sebagai beban. 

Isterinya merungut hampir setiap masa kerana penat menjaga dan melayan kerenah anak. Dia seakan memberontak dan kerap marah-marah akan hal-hal kecil seumpana terpijak mainan anak. Kata kawan abang, isterinya merungut kerana tiada masa untuk diri sendiri misalnya untuk berhibur bersama teman-teman sebaya. Hubungan antara mereka menjadi semakin regang dan dingin. Dia kemudiannya meminta kawan abang mencari seorang pembantu rumah. Setelah mempunyai pembantu rumah dan berjaya mendapatkan kerja, dia tidak lagi menjaga anak-anaknya. Semuanya di serahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah.

Tidak dapat di nafikan kawan abang keletihan yang amat kerana terpaksa menjaga anak-anak, bekerja dan mengurus rumah tangga tanpa bantuan isteri. Abang kagum dengan dia kerana dia tak pernah merungut. Agaknya, mungkin kerana itu abang rasa sedikit gusar untuk berbincang mahupun berbual hal berkaitan anak dengan Hara. Abang tak mahu Hara berasa tertekan walaupun sebenarnya abang tak sabar melalui fasa yang amat membahagiakan itu. Abang menantikan detik itu untuk kita melayarinya bersama-sama. Semoaga Tuhan menitipkan yang baik-baik saja buat kita sekeluarga.

Abang sayang Hara.







Lelaki yang mengetarkan jiwamu,
Imran

Sunday, September 16, 2018

Alkamar

"Kita kagum dengan abang. Makwe keliling dunia. Orang lain keliling pinggang je"
"Perli eh"
"Ada banyak skandal tapi kawin dengan kita"
"Hati terpaut"
"Ingat hati kita senang cair ke"
"Dahlah. Darah manis tak elok marah-marah"
"Darah menggelegak. Dah hilang manis-manis"
"Kecantikan Hara umpama alkamar, kekal bahari di mata abang"
"Abang ni!"
"Hahahahaha"

Friday, September 14, 2018

18

"Sekejab je dah nak habis honeymoon"
"Abang dah rindu anak-anak kan"
"Haah. Abang ajak datang anak-anak tak nak"
"Thanks shuben. This is the best honeymoon ever"
"Nak 18 anak ah hahaha"
"Hamboi 18!"
"Heeee boleh tak?"
"Abang jaga kita okey je"
"Abang nak 2 je. Tu pun 2 tahun lagi"
"2 je B? Kenapa 2 tahun lagi?"
"2 je cukup. Nanti kalau rasa tak cukup kita tambah je lah apa susah hahahahaha"
"Tu lah terkejut jugak kita nak 2 aje. Laki mesti nak bebanyak. Jaga anak malas"
"Dah pandai bebel sekarang"
"Belajar dari abang"

Monday, September 03, 2018

Kayuhan cinta

"Hara macam fikir serius kayuh basikal berdua tu romantik. Abang suka bagi jawapan pelik"
"Lepas dah kayuh berdua ni rasa romantik tak?"
"Tak mo jawab"
"Suka tak kayuh dengan abang?"
"Tak nak jawab"
"Sampai bila-bila tak boleh lupa kan"
"Perasan"
"Tak betul ke?"
"Betul sayang. Deep and simple"


*-*-*

2017


"So apa perkara romantik abang nak buat bila kita dah kawin?"
"Adalah"
"Beli barang dapur sama-sama eh"
"Taklah"
"Habis?"
"Kayuh basikal sama-sama"
"Kayuh basikal? For real?"
"Yup. Bagi abang romantik"
"Peliklah abang ni"
"Dah tanya kita jawablah"

Sunday, September 02, 2018

A night to remember

Seaside romantic candle light dinner with my love.

Wednesday, August 29, 2018

Perbualan kecil

"Shuben ingat makwe jauh keeee"
"Takkkk"
"Menung ingat siapa jeee"
"Mana ada menung. Hara tak ada kerja lain ke asyik usha abang je"
"Usha baby best"
"Ish seram kita dengar"
"Takut tak?"
"Tak pun"
"Eleh"


*-*-*

"B, I lapar. Tak nak lunch ke?"
"Tak nak ah B B"
"Hahahahahaha"
"Fine. Hara menang"


*-*-*

"Hara sayang abang"
"Good"
"Tu je?"
"Habis nak cakap apa"
"Apa-apa yang sama dengannya"
"Tak reti"
"Eeeee geram je"

Senyum

"Hara nak pergi mana?"
"Mandi"
"Tak payah mandi. Semua orang tak mandi"
"Ishhhhh orang nak mandi"
"Nak ikut"
"Abang dah mandi kan"
"Dah"
"Habis tu? Duduk diam-diam"
"Nak ikutttttt"
"Tak boleh"
"Apasal tak boleh?"
"Tak bolehlah. Abang ni"
"Ala nak ikut"
"Eee abang ni"
"Jom mandi!"
"Hara boleh jalan sendiri. Abang!"
"Bising je. Kata nak mandi"
"Abang jahat"
"Aummmmmm!"

Tuesday, August 28, 2018

Semalam

"Tak pedaslah bang"
"Pedas yang"
"Abang makan ubat dah?"
"Dah sapu minyak angin"
"Kurang sikit tak?"
"Tak sakit sangat dah. Kalau Hara tak suka bau minyak angin, Hara kena suka jugak sebab abang suka minyak angin"
"Kenapa abang tanya?"
"Ada orang cakap bau minyak angin busuk. Tak tahan"
"Asal abang selesa Hara okey"
"Bau minyak angin Hara malam ni"
"Nasib badan"
"Bancuhkan abang susu, abang nak tidur awal sebab nak bangun buat kerja"
"Abang cakap abang cuti sebulan"
"Siang je cuti. Malam kerja. Tambah sekarang dah tambah lagi satu kerja"
"Kerja apa bang?"
"Kerjakan Hara hahahaha"
"Eeee jahat!"
"Betul kan"
"Tak nak layan abang"
"Hahahaha"

Saturday, August 25, 2018

Bulan madu

"Hara, dengar pantun abang"
"Silakan"
"Di mana kuang bertelur?
Di atas lata, di ruang batu;
Di mana abang nak tidur?
Di atas dada, di ruang susu."
"Hamboi!"
"Hahahahaha"
"Baik-baik belayar malam,
Arus deras, karangnya tajam;
Kalau tidak malim yang faham,
Di situ banyak kapal yang tenggelam"
"Amboi! Kemain dia"
"Abang yang ajar"

Thursday, July 12, 2018

Projek sains Adam

Umar: Living room kita bau vanila
Daddy: Hmm…
Umar: Dapur kita bau strawberry
Daddy: Hmm…
Umar: Toilet bau anggur
Daddy: Hmm…
Umar: Library kita bau epal
Daddy: Hmm…
Umar: Budak kecik bila nak habis eksperimen sains dia daddy?
Daddy: Minggu depan
Umar: Kita semua migrain

.

Kakak: Adaaaaaaaaaaaammmmm! No! No! Bau durian!

Monday, July 09, 2018

When are we going to see each other

“Minggu depan abang mula edar kad kawin” 
“Tak sabarnya nak tengok” 
“Pergi lagi Berkeley” 
“Abang juga yang cakap “Okey kalau Hara nak pergi” 
“Salahkan abang pulak” 
“Salah abang. Abang tak cakap “Hara jangan pergi” 
“Baju nikah kita dah siap. Nanti kita pergi tengok sama-sama” 
“Okey abang” 
“Abang nak bawa Hara pergi program dekat muzium. Kita pergi sana pagi, petang kita pergi butik”
“Sempat ke baby?”
“Sempat. Program 2 jam je”
“Okey ikut abanglah”
“Hara jaga diri. Abang tunggu Hara balik”
“Bila kita nak jumpa?”
*When are we going to see each other, she asks
After a year and a war, I say
When is the war going to end, she asks
When we see each other, I say.
“Hmmm!”
“Hmmmm!”
“Tunggu kita balik tau”
“Abang tunggu dekat airport
“Nenda cakap misai abang macho habis. Selfie untuk tunang please
“Tadi pergi sauna. Lepas tu trim misai”
“Tak nak misai. Abang nampak bad boy. Tak comel”
“Nenda suka!”
“Bini awak suka jambang”
“Kahkahkahkah”
“E jahatnya!”




* Mahmoud Darwish

Monday, July 02, 2018

Mulut manis

“Sian abang. Dah makan ke?”
“Dah. Hara hmmm”
“Jangan macam-macam”
“Hahahahahahahaha”
“Abang suka macam tu”
“Macam apa?”
“Eleh buat-buat tak tahu”
“Nanti Hara balik abang nak nota”
“Boleh bang”
“Tergodalah hahahaha”
“Mengadalah”
“Abang saja call. Nak dengar suara Hara ”
“Rindu keee”
“Tak pun. Makwe kita ramai lagi”
“Makwe-makwe abang sihat keee?”
“Amboi makwe-makwe”
“Selagi kita nombor 1 kita okey”
“Kalau nombor 2,3,4?”
“Siap abang!”
“Hahahahahahahaha”
Anniversary kita abang tak wish pun”
Sorry…abang lupa”
“Apa yang ada dalam fikiran abang?”
“Hara”
“Eleh. Makwe keliling pinggang”
“Ada eh laki tak ada makwe keliling pinggang?”
“Ada kot”
“Majuk la tu”
“Kita tunggu abang wish...
“Abang lupa. Sorry
“Simpan makwe ramai sangat. Geram je kita”
“Kalau geram balik cepat!”
“Rindu kita kannnn”
“Tak pun”
“Poyo gila laki kita ni”
“Poyo-poyo pun sayang”
“Siapa cakap?”
“*Terdengar air di jantung kelapa,
Durian kuning menyimpan rahsia,
Aku tahu kurinduimu sentiasa,
Mengapakah kau rindukan bibirku pula?”
“Mulut manis”




*Henri Fauconnier

Wednesday, June 27, 2018

May the best man win

Saya berpegang pada prinsip kebahagiaan orang yang kita sayang lebih penting dari kebahagiaan kita sendiri. Malam tadi anak-anak masih bercakap soal awak ketika kami duduk makan malam bersama. Mereka bertanya sama ada saya gembira jika mendapat tahu hidup awak tidak bahagia bersama dia. Jawapan saya, sudah tentulah saya tumpang berduka kerana insan yang kita sayangi hidup tidak gembira. Anak-anak barangkali kurang mengerti atau kebingungan bila saya nyatakan saya tak pernah berasa gembira atas kesedihan orang lain walaupun orang itu pernah melukakan hati saya. 

Saya membetulkan salah tafsir anak-anak bahawa keputusan untuk kita berpisah adalah keputusan paling mudah yang pernah awak lakukan. Saya yakin itulah detik paling sukar dalam hidup awak - memilih lelaki terbaik untuk berkongsi susah senang di dunia ini. Saya beritahu mereka tak semua orang mampu membuat keputusan di saat sukar. Hanya orang yang matang, tabah dan nekad sahaja yang dapat menentukan yang terbaik untuk dirinya walaupun terpaksa melukakan hati orang lain. Saya tekankan kepada anak-anak bahawa keputusan itu sudah ranum di buah fikir. 

Saya berpesan kepada anak-anak agar belajar menghormati keputusan dan pilihan orang lain walaupun keputusan itu tidak memihak kepada kita. Saya berpesan agar mereka faham bahawa kita tak boleh memaksa orang lain untuk hidup bersama kita jika mereka tak mahu. Tak ada istilah paksaan dalam kamus percintaan. Saya juga minta mereka fikir-fikirkan apa yang di ucapkan Lucas W. “Would you still hold onto someone if you knew you were the reason behind their tears?”. Saya mahu anak-anak faham untuk hidup dengan orang yang kita cintai haruslah hadir keinginan bersama untuk membina dunia yang lebih bahagia.

Awak mengajar saya untuk mencintai dan melepaskan dengan ikhlas. Awak mengajar saya untuk terima setiap qada dan qadar yang telah di tetapkan buat kita. Saya pula ajarkan kepada anak-anak supaya yakin dan percaya bahawa keimanan kita terpasak pada Rukun Iman - untuk terima segala suratan dengan hati terbuka, pasrah dan redha dengan ketentuaan-Nya walaupun dengan jujuran air mata. Indahnya mencintai seseorang dengan ikhlas, melepaskannya untuk orang yang lebih berhak. Keindahan itu saya rasai. Itulah kemanisan cinta yang sebenar. 

Saya juga mengajarkan kepada anak-anak agar menerima kekalahan dengan tangan terbuka. Setiap persaingan ada kalah menang. Jika kita kalah, pesan saya pada anak-anak supaya tidak membenci jauh lagi berdendam. Orang bijaksana selalu berkata “May the best man win”. Adat hidup di dunia adakalanya kita beruntung, adakalanya tidak. Menerima dan mengakui kelemahan diri amat penting untuk pembangunan kendiri kita supaya kita menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan. Buanglah ego kita jauh-jauh kerana sifat egois tak akan membantu kita menjadi insan kamil pada mata orang. 

Marahlah saya sepuas hati awak, bencilah saya semahunya dan saya masih dan akan tetap mencintai awak. Membenci tidak pernah menyelesaikan apa-apa masalah. Awak adalah kegembiraan yang berpanjangan, keindahan dalam setiap isi dunia. Hidup tanpa awak sungguh menyesakkan dada seperti kata Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī “When I am outside of you, life is a torment”. Sungguhpun begitu, saya berjaya teruskan hidup tanpa awak dan itulah pengajaran yang saya sampaikan pada anak-anak - Whatever happens, life goes on. Biarlah terpaksa merangkak sekalipun, jangan pernah mengalah. 

Kata orang, cinta sememangnya gila dan kenyataan ini ada benarnya kerana menurut Pedro Calderon de la Barca, “When love is not madness, it is not love”. Tak perlu di tunjukkan bukti. Cukup dengan sesi-sesi rawatan dan terapi yang harus saya jalani di wad psikiatri. Cinta punya magisnya yang tersendiri, keajaiban yang tak di sangka-sangka. Saya selalu percaya kita dapat mengubah dunia dengan cinta. Kita juga mampu jatuh tersungkur kerana cinta. Mungkin sahaja kita akan mati kerana cinta. Itulah kekuatan cinta. Pilihan berada di tangan kita untuk menjadikan cinta itu sebuah kekuatan atau kehancuran atau apa sahaja. 

.

If I never see you again 
I will always carry you
inside
outside

on my fingertips
and at brain edges

and in centers
of what I am of
what remains.

― Charles Bukowski

Tuesday, June 26, 2018

Ruang

Hari ini abang ada mesyuarat di KL. Selesai sahaja mesyuarat abang ke Kino. Dulu, setiap hari Selasa adalah hari yang di tunggu-tunggu - kita akan bertemu di sini, berbalas pandangan, bertukar senyuman. Kecintaan kita pada buku membuatkan kita jatuh cinta. Abang berada di Kino sekitar 15 minit sahaja kerana ada mesyuarat lain yang perlu abang hadiri. Hari yang agak memenatkan kerana pasaran saham masih belum pulih setelah jatuh terduduk buat pertama kali dalam sejarah berada di bawah paras 1700. Selesai makan tengah hari, abang ambil keputusan untuk balik ke Penang. 

Dalam perjalanan pulang, abang pandu ke pejabat Hara, parkir kereta di tepi, matikan enjin dan merenung tempat kita selalu berbual mesra di hadapan pintu bangunan. Ada ketikanya abang menghantar makanan melalui Don jika Hara bekerja lebih masa. Ada ketikanya abang sendiri yang menghantar makanan untuk Hara dan staf yang lain. Kadang-kadang abang menyamar sebagai penghantar makanan dan Hara gagal mengesan penyamaran abang hinggalah abang berlalu meninggalkan pejabat. Maafkan abang kerana suka menyamar ketika masuk ke pejabat untuk ‘bertemu’ Hara. Ia adalah permainan yang amat mengujakan.

Abang agaknya suka berada di pejabat Hara. Ruang luas yang di penuhi susun atur pelbagai jenis buku serta ribuan fail kes. Ruang peribadi yang Hara miliki ini amat menakjubkan dan sangat memberi inspirasi. Dekorasinya sangat cliché dengan latar kerjaya Hara. Agaknya hampir semua yang berlatar belakangkan pendidikan / kerjaya seperti Hara akan memilih dekorasi seperti ini kerana cetusan citarasa atau ilham yang sama. Itu hanya pandangan abang - boleh jadi tebakan abang tidak begitu tepat dan semuanya hanya kebetulan sahaja. Ruang ini amat selesa dan abang senang berada di dalamnya. 

Abang naik ke pejabat Hara sekadar ingin melihat dari jauh seolah-olah Hara berada di dalam ruang peribadi menekuni setiap butiran kes. Abang tersenyum sendiri mengimbau beberapa kenangan manis di sini. Sedang abang termenung, ada seseorang memegang bahu abang dari belakang. Rupanya bakal ayah mertua ada di sini. Ayah Hara mengajak abang masuk ke pejabat Hara. Kami berbual tentang banyak perkara. Lebih kurang 30 minit dia tinggalkan abang kerana perlu menjawab panggilan telefon. Ketika menunggu, abang hampiri rak buku dan membaca sepintas lalu. 

Usai minum kopi dengan bakal ayah mertua, abang balik ke Penang. Sampai di rumah, Hara tahu apa yang terjadi? Adam bawa balik musang! Mula-mula dia bawa balik kura-kura - katanya jumpa atas jalan raya (3 ekor), kemudian anak kambing kecil (comel) yang katanya tersesat, Tak lama kemudian dia bawa balik kucing bukan seekor dua tapi 8 ekor anak kucing (bayangkanlah!). Baru-baru ini dia bawa balik 2 ekor monyet yang cedera parah di langgar kereta. Adam bawa ke klinik untuk rawatan lanjut. Monyet semakin sihat dan Adam berhasrat ingin membelanya. 

Sampai di sini saja. Jumpa lagi di lain masa.


xoxo

Monday, June 25, 2018

Dugaan

Ketika mengemas bilik bacaan, saya keluarkan dua buah kotak buku yang sengaja dari sorok dari pandangan umum. Saya menyimpannya secara berasingan kerana buku-buku ini berkaitan seks. Kebanyakannya adalah buku kama sutra yang sukar di dapati di Malaysia kerana telah di haramkan. Saya membelinya sebagai koleksi peribadi dan hingga kini masih belum di baca. Secara peribadi, saya kurang minat membaca buku-buku begitu - mungkin kerana saya takut saya tidak dapat mengawal nafsu. Semua orang tahu nafsu seorang lelaki ibarat seekor kuda liar yang sukar di jinakkan. 

Makcik Siti memberi saranan dan galakan halus agar saya menjadi lebih terbuka dan bersedia membaca buku-buku yang terdapat dalam kotak tersebut. Katanya, saya harus menyiapkan diri untuk menjadi seorang lelaki yang bakal mengemudi sebuah bahtera. Dia mahu saya menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggung jawab, berprinsip, lemah lembut, murah dengan kasih sayang, tegas dalam mendidik dan bersifat pelindung. Katanya, sebagai seorang lelaki dewasa, saya haruslah bersifat lebih terbuka untuk mendalami hal ehwal rumah tangga terutama berkaitan batiniah. 

Kebimbangan dan kerisauan yang melanda diri saya sejak akhir-akhir ini dapat di kesan dengan baik oleh Makcik Siti. Tentu sahaja saya tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari pengetahuannya kerana dia adalah pengasuh saya sejak saya berusia 2 tahun. Hampir keseluruhan sifat yang ada dalam diri saya dalam pengetahuannya. Dia sangat arif membaca riak dan bahasa tubuh saya. Oleh sebab itu, akhirnya saya membuka mulut dan melepaskan keresahan yang melanda diri saya sejak kebelakangan ini. Hal ini berpunca dari preskripsi SSRI yang di berikan oleh psikiatri.

Salah satu kesan pengambilan SSRI adalah mengurangkan daya seksualiti dan ini akan menjejaskan hubungan seks. Kegagalan seorang lelaki berfungsi sebagai seorang suami menandakan hubungan yang di bina akan berakhir dengan perpisahan. Menurut hukum agama, seorang suami yang gagal berfungsi harus melepaskan isterinya. Mungkin kerana itu Makcik Siti mahu saya bertindak cepat, sekurang-kurangnya untuk mengurangkan risiko yang bakal di hadapi pada masa akan datang. Makcik Siti menyuruh saya mengambil herba tradisional dan mengamalkan beberapa petua lama. 

Sebelum Hara berlepas ke AS, saya mengusulkan kepada Hara agar hubungan kami di noktahkan kerana saya tak mahu Hara menderita di kemudian hari. Hara tak mahu berganjak dari keputusan dan mahu pernikahan kami di teruskan seperti yang telah di rancangkan. Kata Hara “Yakinlah dengan Qada dan Qadar yang Allah tetapkan buat kita. Hal zuriat bukan urusan kita. Hara sanggup hidup bersama abang”. Itulah kali pertama saya mendengar dia menangis teresak-esak di telefon. Hara tak mahu lagi saya bangkitkan soal perpisahan dan saya pula serba-salah. Berat benar dugaan ini.

Saya harus mempersiapkan diri dengan semua kemungkinan yang ada. Mungkin juga ada baiknya saranan yang di berikan Makcik Siti. Setelah selesai sarapan saya menyelongkar 2 kotak buku yang sekian lama tersorok di balik rak. Di dalam kotak ini terkandung beberapa kitab lama antara lain Kitab Mengenal Nafkah Batin, Tongkat Nakhoda, Permata Yang Hilang, Risalah Hukum Jima’, Mutiara Taman Wangi (untuk wanita) dan lain-lain. Buku-buku kama sutra memang banyak dalam simpanan kerana saya gemar membeli untuk di hadiahkan pada adik-beradik atau kenalah rapat sebagai hadiah perkahwinan mereka. 

Buku terbaru berkaitan seksualiti rumah tangga telah di cetak semula dari karya klasik Imbang Jaya berjudul Rahsia Pengantin Baharu terbitan Klasika Media dengan kerjasama Akademi Jawi Malaysia. Saya membeli buku ini 2 naskah - senaskah untuk saya dan senaskah lagi untuk di hadiahkan kepada Hara semasa majlis akad nikah kami nanti. Saya akan bergelar suami tidak lama lagi. Dalam keterujaan hidup berdua, saya tetap berasa gemuruh dengan segala perencanaan Tuhan buat saya dan Hara. Hingga saat ini saya masih belum memutuskan destinasi bulan madu kami. 

Wednesday, June 20, 2018

Saturday, June 16, 2018

I no longer need her in my life

Daddy: I no longer need her in my life
Kakak: You sure about that?
Daddy: 100% positive

Friday, June 15, 2018

I got your back

“Memendam tak baik untuk abang. You know I got your back
“Okey”

Wednesday, June 13, 2018

Cincin

“Habis jumpa ke tak?”
“Jatuh dalam sinki celah mana nak cari”
“Tina cakap apa?”
Sorry b. I tak sengaja”
“Hahahaha duh! Sakit dengar”
“Cincin 88k dude. Aku kerja macam babi cari duit”
“Nak suruh sabar pun hati panas juga ni”
“Faham pun kau. Babi gila perempuan sekarang”

Monday, June 11, 2018

Lap punggung

Umar: Baju sana-sini
Adam: Adam kemas beg. Adam nak raya!
Umar: Mana beg awak?
Adam: Tu
Umar: Satu je?
Adam: Abang bawa berapa?
Umar: Towel dah masuk dalam beg?
Adam: Dah abang!
Umar: Mana towel awak? 
Adam: Yang macam ni
Umar: Tuala kecik untuk lap muka, lap rambut. Tuala besar mana? Tak bawa?
Adam: Tak bawa
Umar: Kalau awak lap punggung, nak lap muka guna apa?
Adam: Tak payah lap punggung. Lap badan 
Umar: Kulat punggung. Siapa nak jawab?
Adam: Abang tak payah fikir deep deep
Umar: Tak busuk ke lap punggung lepas tu lap muka
Adam: Tuala Adam. Punggung Adam
Umar: Buka beg. Kemas semula
Adam: Abang kemas. Adam nak main counter-strike
Umar: Kalau abang jadi daddy, abang dah haramkan awak main game. Padan muka awak
Adam: Alhamdulillah. Nasib Adam baik tak ber-daddy-kan abang