Monday, March 31, 2014

Adik Perempuan Umar

Umar: Kenapa rumah kita ada banyak bilik, daddy?
Daddy: Tak banyaklah. Cukup setiap seorang dapat 1 bilik.
Umar: (kira guna jari) Tapi daddy kita ada 1 bilik kosong.
Daddy: Oh! Tu bilik untuk adik perempuan Umar.
Umar: Apa daddy?
Daddy: Bilik untuk adik perempuan Umar.
Umar: Tapi adik tak ada adik pelempuan.
Daddy: Soon (senyum)
Umar: (tarik muka masam)

Sunday, March 30, 2014

2:26am

1.

Secara rasminya telah berpindah ke Rumah Pokok. Rumah di Meru (sebenarnya rumah Ocio) telahpun di jual. Ocio cakap dia tak perlukan rumah itu lagi. Lagipun Ocio sudah membeli sebuah banglo tiga tingkat di Saujana Duta S2 Heights, Seremban.

Anak-anak seperti tidak begitu gembira tinggal di Rumah Pokok. Mungkin ini satu kesilapan yang besar dan mementingkan diri. Masih berulang-alik ke Pusat Komuniti hampir setiap hari untuk meneruskan program di sana (walaupun beberapa kali berbincang untuk menutup pusat ini tapi Umar tak benarkan).

Meninjau beberapa kawasan perumahan baru sekitar Ipoh. The Thompson Flora Tropika Residences kelihatan menarik. Kawasan luar bandar yang tidak begitu sibuk dan kelihatan eksklusif. The Haven seperti okey tetapi tidak menarik hati. Beberapa kali meninjau Meru Hills dan Meru Desa Park.

Masih lagi berbincang dengan anak-anak. Tinggal di Rumah Pokok amat menyenangkan. Jauh dari kesibukan dan orang ramai. Cuaca yang redup dan tidak panas. Bila petang Adam akan memancing. Kadang-kadang Adam akan kejar belalang. Umar nampak tidak begitu gembira.


2.

Keputusan SPM & STPM sudah keluar. Tidak ada dari kalangan remaja dari Pusat Komuniti yang mendapat semua A dan ini tidak mengecewakan. Ramai yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke pusat kemahiran. Sekurang-kurangnya ini petanda positif. Mereka bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat bagi menyatakan kesyukuran.

Lulus dengan kredit dan kelayakan paling minima merupakan kejayaan besar buat mereka. Syukurlah, tidak ramai yang gagal dalam Matematik dan English. Mereka memilih untuk ke Giat Mara, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negar (IKBN). Pusat Latihan biasanya memberi alaun sara hidup. Mereka tidak perlu meminjam dari PTPTN.

Umar cakap Pusat Komuniti tak boleh di tutup. Harapan banyak orang ada di sini. Semoga masa depan mereka cerah dengan jalan yang mereka pilih. Pusat Komuniti di Sarawak akan beroperasi April ini. Harapan tinggi agar pusat ini nanti memberi banyak manfaat kepada orang ramai.


3.

Kemalangan di Vietnam merencatkan banyak perancagan. Sudah pulih sepenuhnya. Boleh bekerja seperti biasa. Huda juga sudah pulih dari di gigit lipan.



Selamat malam, sayang.

Sunday, March 09, 2014

3.26am

1.

Saya tahu ada banyak perkara yang biasa saya lakukan dahulu kini jarang-jarang saya lakukan. Rasanya sudah lama saya tidak beri awak kad (cinta), menyanyi (dodoikan awak?), hantar e-mel (masih perlu eh), dan dedikasikan lagi.

Saya minta maaf jarang lakukan semua itu. Awak balik lambat dan kadang-kadang kita tak sempat nak berborak panjang – awak sudah mengantuk dan perlu tidur. Kadang-kadang bila awak balik saya sedang sesak nafas – tak dapat menyanyi untuk awak. Selalunya sebab saya tak tahu nak menyanyi lagu apa (sebab selalu lupa lirik).

Maaf.


2.

Saya tak dapat bayangkan saat ini kalau awak berada dalam pesawat MH370 yang masih tak tahu nasibnya walaupun banyak media asing sudah laporkan bahawa pesawat tersebut terhempas. Saya tak dapat bayangkan kehilangan orang yang paling saya sayang. Bayangkan pun saya tak nak.

Terima kasih luangkan masa dengan saya sebelum awak tidur tadi. Sungguhpun tak sampai sejam, ia cukup membahagiakan. Saya suka teman awak tidur. Selalunya awak akan tidur lena. Kadang-kadang saya akan tersenyum bila awak berdengkur, kadang-kadang fikiran saya melayang nakal dan selalunya mata saya berkaca. 

Entah kenapa saya selalu emosi.


3.

Untuk 3 minggu selepas ini kita akan berjauhan. Saya tahu awak tak suka dan tadi awak (sempat) merengek. Saya rasa tak sampai hati pula hendak tinggalkan awak. Awak sangat manja. Tawaran lazy Wednesday sangat mengiurkan. Awak memang pandai mengoda (kan?). Memanglah kita agak lama tak baring-tanpa-buat-apa-apa.

Rindu kita tak sempat terlerai. Saya suka merindu-rindu. Ia menghangatkan perhubungan. Dalam perhubungan yang sudah terjalin lama, kehangatan adalah perkara yang paling sukar di kekalkan. Merindu-rindu adalah suatu yang boleh  mengembalikan/menambah kehangatan.

Rindu masih belum terlerai.


4.

Pukul 3.13 pagi. Boleh tak saya nak bagi salam ? Hehe.

MH370

#PrayForMH370


Saturday, March 08, 2014

3.22am

Maaf, saya moody beberapa hari lepas.

***

Doktor kata saraf tunjang saya tidak lagi berfungsi. Doktor cuma tidak pasti (memerlukan lebih banyak pemeriksaan lanjut) sama ada saraf tunjang saya rosak sepenuhnya  (complete transaction) atau rosak di bahagian tertentu (incomplete cord injury).

Kecederaan saraf tunjang sepenuhnya bermaksud kehilangan sepenuh kawalan saraf dan deria rasa (sensasi) dan fungsi otot dan organ pada bahagian yang cedera serta ke bawah tahap kecederaan terbabit.

Kecederaan saraf tunjang yang tidak sepenuhnya pula bermaksud saraf tunjang pada bahagian yang tercedera masih berfungsi.

Selain itu, katanya, wujud risiko kedua-dua tangan dan kaki lumpuh jika kecederaan terjadi pada bahagian saraf tunjang servikal (di tengkok).

Jika kecederaan saraf tunjang itu terjadi pada bahagian tulang belakang bawah (lumbar dan thorako-lumbar) ia boleh menyebabkan kedua-dua kaki lumpuh. Kawalan bagi pundi kencing dan anus juga akan mengalami kerosakan.

***

Saya sudah lama lumpuh. Kaki dan tangan sudah tidak berfungsi. Pundi kencing juga begitu. Tak lama lagi fungsi kelakian saya juga akan berakhir.

Sesi di hospital hampir tiga jam. Bila saya dengar saraf tunjang saya sudah tidak lagi berfungsi; saya tak beri perhatian pada butiran lain – saya fikirkan tentang kelakian saya.

Hal ini membuatkan saya sedih, tertekan dan kecewa yang amat sangat. Saya beritahua awak “Saraf tunjang saya rosak”. Saya tak pasti awak memahami maksud sebenar yang ingin saya sampaikan atau tidak.

Dan selepas itu saya bercakap tentang hal yang tak ingin awak dengar, hal yang tak mahu kita bincangkan, hal yang terlalu pahit untuk di bualkan.

Selamat Hari Wanita Sedunia

1.

Seingat saya, kita mula rapat bila awak lahirkan rasa tak puas hati pada suatu malam. Ayah ugut untuk tarik balik perbelanjaan pengajian atas sebab awak keluar malam. Ayah tak benarkan awak keluar malam atas alasan awak perempuan (walaupun untuk apa tujuan sekalipun). Alasan yang paling berbulu awak dengar. Gender bias kata awak.

Pada malam itu kita berbual panjang dan saya hanya menadah telinga mendengar awak membebel marahkan ayah. Seingat saya, saya tak banyak memberi komen dan kebanyakan komen saya seperti menyokong ketidakpuasan hati awak. Dan saya benar-benar ikhlas berkongsi pandangan yang sama dengan awak; bukan sebab nak ambil hati.

Saya rasa lelaki dan perempuan tak banyak perbezaan kecuali yang telah di tetapkan sejak azali. Saya tak memandang wanita dengan pandangan yang lemah. Oleh sebab saya lebih banyak habiskan masa dengan Ummi maka pandangan alam saya terhadap wanita tidak banyak berat sebelah.


2.

Kawan-kawan saya selalu kata perempuan tak ada harga. Perempuan boleh datang dan pergi. Senang di cari. Senang di tukar ganti. Perempuan tak ada apa-apa nilai kecuali di lahirkan untuk seks, melahirkan anak dan menyenangkan kerja di rumah. Saya tak bersetuju dengan pandangan mereka. Kebanyakan mereka yang berpandangan begini adalah mereka yang di besarkan oleh seorang ayah.

Saya tak pernah menyenangi bila perempuan hanya di jadikan bahan lawak, tanda aras kejantanan dan bahan perjudian. Saya tidak menyenangi bila lelaki tidak tahu menghormati perempuan. Saya bertambah meluat bila lelaki selalu perasan mereka lebih hebat dari perempuan.

Kalangan kawan-kawan saya banyaknya yang begini. Agaknya sebab itulah saya tak banyak kawan. Saya tak suka lelaki yang tak hormat perempuan sebab saya di ajar lelaki harus menghormati perempuan; hormati perempuan kerana mereka juga manusia. Dan saya tak tahu kenapa perempuan selalu di sinonimkan dengan sifat lemah.  


3.

Untuk perempuan besi dalam hidup saya; Selamat Hari Wanita. Terima kasih atas segala kebahagian yang di berikan setiap hari sungguhpun mata awak tak pernah surut dari air mata. Saya menyanjung tinggi segala kerja keras yang awak curahkan setiap detik untuk membahagiakan orang lain.

#SelamatHariWanitaSedunia

[30]

Daddy: Umar ni pandai cakap.
Umar: Otak adik berhubung.
Daddy: Sebab minum susu Wardina Safiyyah eh?
Umar: Taklah daddy.
Daddy: Habis?
Umar: Tebab takap bukan susah pun.
Daddy: Kena sabar banyak kan dapat anak pandai bercakap ni (geram).
Umar: Hehehehe

Friday, March 07, 2014

Trauma

Daddy: Daddy rasa daddy nak baby girl la.
Huda: Kakak suka!
Daddy: Kan? Kan? Kakak pun tak ada kawan.
Umar: Daddy leka celite. Adik tawan tengan Kakak tiap-tiap hali.
Daddy: Mana ada daddy reka cerita.
Umar: Daddy takap Kakak tak ada tawan.
Daddy: Alaaa daddy maksudkan lain la. Umar ni...
Umar: Daddy boleh di taman tebab fitnah adik.
Daddy: Alaa ngada la Umar ni. Umar dah 6 tahun tau. Dah layak dapat adik.
Umar: Kita ada budak tecik-tecik.
Daddy: Trauma nak dapat adik eh? (gelak)
Umar: Adik melajuk tengan daddy. 

Thursday, March 06, 2014

Kawan Adam #2

Daddy: Adam menangis ye.
Adam: Semua kawan Adam mati.
Daddy: Kawan Adam sakit?
Adam: Hutan bakar. Semua kawan Adam mati.
Daddy: Erm...sekarang musim panas.
Adam: Manusia jahat. Manusia buat kawan Adam mati.
Daddy: Erm...orang buat bangunan. 
Adam: Kawan Adam tak ada makanan. Rumah kawan Adam rosak.
Daddy: Daddy faham Adam sayang haiwan.
Adam: (peluk daddy)

Bumi semakin panas. Menurut Bomba & Penyelamat, tahun ini banyak kebakaran hutan berlaku. Gunung di tarah untuk di bina bangunan. Haiwan hilang habitat dan makanan.

Siapa yang peduli kecuali si anak kecil ini? 

Tuesday, March 04, 2014

Busyet

Daddy: Kenapa Umar aikido kawan Umar tu dulu?
Umar: Dia tebut benda tak baik, daddy.
Daddy: Dia cakap apa?
Umar: Adik tak nak tebut. Tak baik daddy.
Daddy: Tapi daddy nak tahu jugak.
Umar: Dia tebut busyet.
Daddy: Okey, memang tak elok apa yang dia cakap tu.
Umar: Kan adik dah kata. Daddy tak percaya.
Daddy: Alaaa mana daddy tahu.
Umar: Budak-budak zaman tekalang lain daddy.
Daddy: Amboi! Pandai cakap.
Umar: Hehehehe 

Kawan Adam #1

Huda: (jerit)
Adam: Adam lupa nak bagitahu Kakak. Ni kawan-kawan Adam.
Huda: (lari)
Adam: Kawan Adam sesat. Dia tumpang tidur rumah kita.
Huda: Adam suka bawa balik kawan-kawan tak bagitahu Kakak.
Adam: Kakak jangan marah. Kawan Adam lapar. Kakak buat kek sedap.
Huda: (tarik hidung) Bodek Kakak ye?
Adam: (sengih)


Adam bawa balik seekor anak ular (yang sesat katanya) dan anak biawak.