Saturday, January 31, 2015

Perempuan dari planet Pluto

“Ko baca buku apa tu?”
“Roger Scruton The Meaning of Conservatism
“Serius ke ko baca?”
“Kenapa abang tak percaya?”
“Tak la”
Impress ke”
“Hmm...agaklah”
“Abang pun baca ke?”
“Tak habis-habis pun lagi”
“3 kali Hana khatam buku ni tau”
“Okey...patut nampak lunyai”
“Buku apa lagi yang ko baca?”
“Paulo Freire Pedagogy of the Oppressed
“Perempuan dari planet Pluto”
“Siapa?”
“Ko la”
“Abang impress ke?”
“Hmm.... Jarang aku jumpa perempuan baca buku-buku ni”
“Ambil Hana jadi isteri abang!”
“Eh? Pasal apa pulak

_ _ _

Menurut Makcik Siti, Hana tumpang tidur di apartment kawan dia untuk mudahkan dia ulang alik melawat aku di hospital. Aku tak pernah berbincang lanjut dengan Hana tentang perkara yang telah di sampaikan oleh ayahnya tempoh hari. Kadang-kadang Hana temankan aku tidur walaupun banyak kali aku menegah. Bila bangun aku selalu lihat meja tempat Hana buat kerja bersepah dengan kertas. Dia bawa segala kerjanya ke sini.

Baik Hana, Makcik Siti mahupun anak-anak masih belum tahu yang aku sudah mampu bangun tapi masih belum mampu berjalan. Sudah mampu mengangkat tangan dan menggenggam walaupun belum cukup kuat untuk mendukung Adam. Hujung bulan Febuari kalau segalanya berjalan lancar IV tidak perlu di gunakan lagi. Sekarang pun sudah semakin jarang gunakan tiub pernafasan. Sudah jarang sesak nafas.

_ _ _

Aku harus akui aku agak kagum dengan Hana bila dia memegang naskah The Meaning of Conservatism yang di tulis oleh Roger Scruton. Naskah ini bukan mudah di hadam. Ia memerlukan banyak ilmu sampingan untuk membolehkan naskah ini di fahami sepenuhnya. Perempuan yang membaca Pedagogy of the Oppressed oleh Paulo Freire sudah buat aku cukup kagum. Kalau Hana membaca buku-buku ini, entah apa lagi buku hebat yang di bacanya.

Aku mudah suka dengan perempuan yang suka buku dan cerdik. Agaknya selama ini aku tersilap bila selalu mengatakan perempuan cantik biasanya tidak cerdik. Beauty without brain. Aku kurang berkenan dengan Hana cuma satu sebab saja; sikap tergedik-gedik manja yang walaupun tak merimaskan tapi masih tak begitu menyenangkan (Makcik kata gedik dalam kawalan). Umur sudah menginjak 25 tahun tapi berhati tisu, mudah merajuk, suka merengek dan manja. 

Hana suruh create account Skype supaya mudah berhubung. Bila aku cakap “Tak payahlah” dia jawab dengan nada penuh manja “Nanti Hana rindu suara abang yang ehem tu ” sambil ketawa dan kenyit sebelah mata.

Aku rasa nak terajang laju-laju. 

Bulan

Setiap kali saya pandang bulan penuh di langit, ingatan saya pantas berlari mengingat awak.

Rindu belum pudar.

Adam harus suka

Adam: Daddy daddy Adam.
Daddy: Hehe kenapa ni?
Adam: Abang cakap Adam suka Adam tak suka Adam harus suka.
Daddy: Abang Umar garang eh? Hee kesian dia.
Adam: Abang paksa Adam. Abang buli Adam.
Daddy: Jangan marah eh. Abang Umar kan memang macam tu.
Adam: Abang Umar cepat rambut putih.
Daddy: Hahahaha tak baik Adam ni doa dekat Abang Umar macam tu. Adeh.

Friday, January 30, 2015

Puisi

“Bila abang boleh keluar wad?”
“Entah. Doktor tak cakap pun”
“Mendung je. Ada masalah ke?”
“Ayat drama. Aku nak mintak tolong boleh?”
“Abang nak Hana buat apa?”
“Bawak aku keluar wad”
“Lari dari wad maksud abang?”
“Ha’ah. Boleh?”
“Lari dari wad je. Ingatkan apa tadi”
“Bawak aku pergi Seine River boleh?”
“OK! Jom!”
Sporting jugak ko ni kan?”
“Heh! Baru tau ke?”

_ _ _ 


“Serius ke nak hanyutkan?”
“Ha’ah”
Doll tu comel. Hana nak boleh?”
“Tak boleh. Orang punya”
“Kalau orang punya kenapa nak hanyutkan?”
“Kot la sampai pada orang yang aku nak bagi tu”
“Dekat kertas emas tu abang tulis apa?”
“Puisi”
“Hana nak baca boleh?”
“Tak payah la. Puisi bodoh je”
Please?”
“Baca cepat”
“Abang buat untuk siapa? Special sangat orang tu”
“Masukkan balik dalam botol. Tolong hanyutkan. Aku tak sampai”
Take your time. Hana pergi cari coffee
It’s okay. Kita kena pergi hospital dah”
“When a guy cries over a girl, he will never love another girl like her”
“Buruk lelaki yang menangis sebab perempuan ni. Lemah sangat nampak”
“Taklah. It proves you love her”
“Cerita Cinderella bolehlah”
“Let me be your Cinderella”

Thursday, January 29, 2015

I still feel you everywhere...

Doktor kata proses penyembuhan berjalan lancar. Banyak perkara positif telah berlaku antaranya tangan kanan sudah boleh di angkat dan di genggam (cuma belum cukup kuat untuk dukung Adam). Tapi proses yang sedang berjalan lancar ini terganggu kerana emosi. 

Sampai sekarang aku tak faham fungsi emosi yang mampu mengganggu (merencatkan) kelancaran proses penyembuhan. Doktor kata emosi memainkan peranan yang besar. Setiap emosi yang di hasilkan akan memberi impak kepada tubuh badan kita. 

Kita berjaya singkirkan seketika rasa yang kita cuba pinggirkan. Kemudian ia datang kembali. Kita kembali bergelut dengan rasa yang kita cuba pinggirkan itu. Pergelutan kembali reda bila kita berjaya letakkan rasa yang kita tak mahu itu di satu tempat. Tidak lama selepas itu ia muncul kembali. Ia seperti sebuah bulatan. Tak pernah habis.

_ _ _

Cara paling senang untuk singkirkan rasa sayang ialah benci. Tapi benci pun tak pernah lama, tak pernah berkekalan, tak pernah bertahan lama. Cuba untuk benci sesuatu yang kita sayang dan kita akan di kalahkan dengan perasaan kita sendiri. 

But most of all, I hate the fact that I don’t hate you, not even a little bit, not even at all.

_ _ _

Kenapa abang rasa seperti kita tak pernah berpisah...

I still feel you everywhere...

Perempuan untuk Aku

Seorang budak perempuan comel
cuba merapati kawanan merpati

Di bibirnya ada senyuman mungil
dari redup matanya terpancar bahagia

Detik itu
buat kali pertama
aku yakin dialah satu-satunya
perempuan untuk aku

15 belas sudah berlalu
rasa tak pernah berbeza 
seperti waktu pertama
jatuh cinta pandang pertama

walau
kejab gaduh
kejab bengang
kejab geram
kejab sedih 
kejab rindu 

dan terus sayang
dan terus cinta


29.01.2015
Paris

Sunday, January 25, 2015

I Still Remember

Menangis semahu-mahunya...

_ _ _ 

I had a dream of you and I
A thousand stars lit up the sky
I touched your hand and you were gone
But memories of you live on...

You looked into my eyes
You had me hypnotized
And I can still remember you
Those moments spent together
Promising forever
And I can still remember you

Do you ever think of me
And get lost in the memory
When you do, I hope you smile
And hold that memory a while...


I Still Remember
Blackmore’s Night

_ _ _ 

I miss you, babe.
I really do...

Cinta pertama tak pernah mati.


E-mel terakhir yang awak hantar 9 Januari lepas. Masa itu abang ada di Ipoh. Malamnya abang melepak di tepi jalan. Di tepi jalan yang sama bila awak hantar SMS minta abang lepaskan awak. Awak cakap tentang betapa tak seronoknya (gundah-gulana?) ketika kita masih bersama. Abang masih ingat setiap butir yang awak cakap.

Bila balik rumah dan buka inbox, ada e-mel dari awak. Abang jadi marah. Mungkin kerana emosi. Mungkin kerana tekanan. Jadi abang tak buka dan baca e-mel awak. Kemudian abang balik ke Paris. Kena buat radiation therapy. Radiation therapy berjalan lancar. Bulan Febuari nanti abang akan buat radiation therapy untuk kali terakhir.

_ _ _ 

Sejak masuk bulan Januari hampir setiap hari abang mimpikan awak. Entah kenapa abang rasa tiba-tiba excited. Mungkin sebab hari ulang tahun kita bulan ini. Abang tak pernah kisah dulu, tak berapa ingat tarikh. Selalu keliru sama ada 26 atau 28 haribulan. 28 Januari kan sayang? Hmm...bekas hari ulang tahun kita...

Beberapa hari lagi 28 Januari akan menjelma. Abang tahu tarikh ini tak lagi signifikan pada kita. Tak akan ada apa-apa yang terjadi. Tak ada apa-apa yang istimewa. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Tiba-tiba abang rasa sedih sebab 28 Januari cuma beberapa hari dari sekarang...

_ _ _ 

Pagi tadi abang baru sedar dari koma (yang pendek). 20 Januari lepas abang masuk bilik bedah. Abang pengsan. Doktor kata ada darah beku dan terus buat pembedahan. Bila abang sedar, abang cari awak. Abang lupa awak dah tak ada dalam hidup abang. Abang buka e-mel, ada satu e-mel yang abang belum baca - emel 9 Januari dari awak...

Entah kenapa abang membebel panjang. Awak nak habis housemanship dah ya? Semoga sukses selalu. Abang dah lama tak dengar istilah medic yang pelik-pelik bila awak tak ada dalam hidup abang. Hari ini ada istilah baru. Untuk apa pun, semoga terus maju. Kalau awak rasa susah, kena selalu ingat usaha tangga kejayaan.

Dan abang harap ibu & ayah sihat dan gembira selalu.
_ _ _ 

Tajam tubuh si buah gading,
Hendaklah ikat bersama tali, 
Hancur luluh tulang dan daging,
Namun kulupa tidak sekali.


Selamat hari ulang tahun, kekasih.
Cinta pertama tak pernah mati.


Abang,
Kota Cinta

Monday, January 19, 2015

Cukup besar

“Abang nak balik dah?”
“Haah”
“Baru je sampai”
“Cuaca teruk sangat. Boleh mati kot”
“Rindu belum habis lagi tau”
“Nanti-nanti ko boleh sambung rindu tu”
“Bosanlah abang tak ada”
“Baca buku. Tak bosan”
“Orang bukan budak kecik
“Macamlah ko tu besar sangat kan”
“Cukup besar untuk jadi bini abang”

Sunday, January 18, 2015

Robot Tua

“Abang cakap apa tadi tu?”
“Aku cakap apa?”
“Saya kenal dia sehari macam... ntah tak ingat”
“Aku ada cakap ke? Merepek je la ko ni”
“Apa tu?”
“Apa?”
“Yang abang cakap tadi tu”
“Cakap apa?”
“Abang tak suka Hana?”
“Entah”
“Abang ada girl lain ke?”
“Aku perlukan masa kot nak fikir”
Love at first sight abang?”
(Diam)
“Apa yang terjadi?”
“Tak ada apa. Nothing
“I want to be your last everything”
“Hana, tengok aku betul-betul. Kau tak akan dapat apa-apa dengan aku”
“Hana yakin abang akan bahagiakan Hana”
You deserve better than me
“Hana nak abang je”
“Terima kasih bagi pinjam buku”
“Tuan punya buku abang tak nak ke?”
“Aku kena gerak. Nak balik rehat. Penat”
“Hana nak ikut!”
“Jangan nak mengada”
“Nak jugak”
“Penerajang nak?”
“Alaaa garang je robot tua ni”
“Ko panggil aku apa tadi?”
“Robot tua! K, bye!”
“Muka mintak kaki kan”
“Robot tua bwek!”

Saturday, January 17, 2015

Cuaca Menggila

Balik Malaysia adalah pilihan yang terbaik dalam cuaca begini. Tambahan pula baru lepas radiation therapy. Badan tak begitu bertenaga. Makcik Siti pun tak sihat sangat. Rasanya eloklah balik ke Malaysia.

Cuaca menggila.

Friday, January 16, 2015

Tabah

Maaf. Aku lambat tahu tentang berita ini. Aku tumpang sedih. Tak ada orang dalam dunia ini yang mahu perhubungannya terputus di tengah jalan namun kudrat kita tak mampu melawan ketentuan takdir.

Moga kau terus tabah, I.

Thursday, January 15, 2015

Kawan

Umar: Daddy nak pergi mana?
Daddy: Jumpa kawan kejab. Kenapa Umar?
Umar: Tawan pelempuan ke tawan lelaki?
Daddy: Kawan perempuan.
Umar: Tawan banyak ke tawan tikit-tikit?
Daddy: Kawan biasa je. Kenapa ni?
Umar: Tawan biasa tu macam mana daddy?
Daddy: Daddy nak pulangkan buku kawan daddy je la. Ish!
Umar: Adik tak takap apa-apa pun. 
Daddy: Eleh Umar tu. Habis tanya macam Sherlock Homes je tadi.
Umar: Adik ni anak yang plihatin daddy.

Wednesday, January 14, 2015

Tambah Anak

Umar: Daddy, adik nak pergi tengar shalahan.
Daddy: Daddy ada kerja. Tak boleh teman Umar.
Umar: Daddy hantar adik. Adik besar. Adik pandai jaga dili.
Daddy: Phew! Dah besar ye? Boleh tambah adik lagi heee
Umar: Tenapa daddy tukee budak tecik-tecik banyak-banyak?
Daddy: Best apa hehehe
Umar: Nanti luit daddy banyak habish.
Daddy: Eh ye ke?
Umar: Budak tecik-tecik guna luit daddy banyak.
Daddy: Ni psiko daddy ke apa ni?
Umar: Betullah adik takap.
Daddy: Haah kan...susu, pampers. Umar dah besar la. 
Umar: Tekalang daddy tahu betapa pentingnya luit talam hidup kita.
Daddy: Ye la, ye la. Daddy tak jadi tambah anak.

Monday, January 12, 2015

Doa dari jauh

Semalam rasa marah. Hari ini rasa rindu. 

Pagi nanti akan balik Paris. Jadual radiation therapy minggu ini. Walaupun masa tak sesuai untuk terbang ke Paris dengan segala macam konstroversi yang melanda, abang tetap kena balik juga ke sana. Rawatan belum selesai. 

Tak tahulah dapat buat radiation therapy atau tak. Demam. Semalam duduk lama-lama dalam hujan lebat. Abang makan ubat tapi demam belum kebah. Semalam abang temankan Adam. Dia sedih. Bob dan keluarganya hilang. Mungkin waktu banjir tempoh hari Bob bawa ahli keluarganya pindah ke tempat lain.

Umar pun sedih juga. Dua ekor kucing kesayangan dia mati. Sepanjang hari dua beradik duduk termenung. Adam tak nak makan sebab rindukan Bob. Umar menangis. Menangis dalam diam. Sebelum ini dua ekor kucing kelihatan sihat dan cergas. Tiba-tiba saja mati. Abang teringat Stokin. Dia sudah balik ke rumah?

Anak-anak tak mahu pergi sekolah. Umar kata pergi sekolah tak boleh buat dia jadi kaya. Kemungkinan setiap kali abang travel untuk kerja, anak-anak akan ikut sekali. Kalau tinggal tak ada orang jaga. Lagipun Makcik Siti sudah tua. Kasihan juga nak benarkan makcik jaga anak-anak.

Tahun ini mungkin abang tak selalu balik Malaysia. Abang ada 3 projek yang agak besar untuk di uruskan. Satu di Dubai, satu di Vietnam dan satu dia US. Abang akan selalu berulang-alik ke tiga negara ini. Kalau ikut perancangan awal begitulah. Tapi tak tahulah kalau di kemudian hari rancangan berubah. Tahu sajalah keadaan ekonomi sekarang.

Kerja okey? Abang tak tahu awak masuk posting apa sekarang. Awak ada beritahu abang dulu tapi abang sudah lupa. Jaga ibu ayah baik-baik. Jaga diri baik-baik. Siapa tahu hujung tahun ini awak akan jadi milik orang. Moga-moga segalanya bejalan lancar. 

Doa dari jauh.

You’re the one who broke my heart,
You’re the reason my world fell apart,
You’re the one who made me cry, yet
I’m still in love with you,
and I don’t know why.

Sunday, January 11, 2015

Pergilah sayang....

Jumaat lepas bad mood tanpa ada sebarang sebab. Sepatutnya tak marah-marah. Tak tahu kenapa bila buka kotak e-mel dan nampak nama awak tiba-tiba rasa marah. Mungkin sebab saya baru balik dari tempat yang menjadi sejarah hitam dalam hidup saya. Tempat awak minta saya tinggalkan awak. Di tempat itu juga awak beritahu saya banyak perkara yang pahit untuk di telan - awak tak sanggup hidup dengan saya lagi. 

Saya rasa itulah yang terbaik ketika itu dan saya pun turutkan saja. Saya bukan give up dengan awak cuma saya tak mahu memaksa dan cuba menjadi lelaki yang memahami. Lalu saya tinggalkan awak sungguhpun hati saya amat berat. Luka di hati bertambah dalam. Saya tahu awak tak boleh lupakan saya sama seperti saya tak boleh lupakan awak. Tapi kita tak boleh buat apa-apa. Kita tak mungkin start all over again. Walaupun dulu saya rasa hendak cuba start all over again tapi kemudian saya rasa semua itu tak mungkin terjadi.

Saya belajar hidup tanpa awak, tanpa cinta awak. Saya belajar terima hakikat kita tak mungkin kembali seperti dulu. Cerita kita bukan fairy tale. Saya bukan putera raja. Awak bukan Cinderella. Cerita kita sudah tamat dan tak ada apa-apa yang boleh diperbetulkan lagi. Kalau saya lelaki yang baik, saya pasti awak tak akan ada lelaki lain di belakang saya. Saya yakin awak tak akan curang dengan saya. Saya yakin awak tak akan biarkan saya terkapar-kapar. Tapi....awak layan saya tak ubah seperti sampah ketika itu.

Ia sangat pedih....Setiap kali nama awak masuk kotak e-mel, setiap kali itu juga semuanya akan berputar kembali. Semuanya...Hati saya pedih masih belum pulih. Ia sangat menghiris. Saya tak tahu nak kata apa...Ia terlalu sakit. Awak tahu saya sayang awak lebih dari saya sayang diri sendiri tapi awak tetap hancurkan hati saya. Awak tinggalkan luka paling dalam. Dan luka itu di tabur dengan garam. Tak pernah sehari pun saya lupa. Saya tak mahu ingat....ia sangat pedih......

Awak tak tahu apa yang saya rasa. Awak tak tahu kesakitan yang saya rasa bila orang yang saya sayang ada orang lain. Memikirkan awak ada orang lain sudah cukup buat mata saya basah. Belum kira lagi pedih di hati bila tahu awak merancang ingin beli rumah dan hidup bersamanya. Saya cukup terluka. Terluka yang amat dalam. Mujur saya mampu bangkit dan cuba teruskan kehidupan. Saya tak ada kehidupan lain selain awak. Seluruh hidup saya hanya ada awak. Dan awak hadiahkan luka paling dalam di hati saya....

Sampai hati awak, kan? Semua kisah lepas kalau di kenang tak ada faedahnya. Tak ada manfaat. Awak ada hidup baru. Bila saya tak ada dalam hidup awak pastinya awak lebih bahagia. Awak tak perlu fikirkan saya sihat atau sakit, sudah makan ubat atau belum, badan cramp atau tak. Tak ada apa yang awak perlu risaukan. Awak tak perlu fikirkan apa-apa tentang saya. Awak ada ramai kawan. Mana-mana pesakit boleh jatuh cinta bila-bila masa saja dengan awak. Untung sabut, cinta mereka awak sambut. 

Antara saya dan kerja, awak pilih kerja. Antara saya dan kawan baik awak, Oden, awak pilih Oden. Antara saya dan Mr.A, awak pilih Mr.A. Saya ini cuma...entahlah...Saya menyampah dengan diri saya sendiri sebab selalu teringatkan awak. Saya meluat dengan diri sendiri setiap kali saya rindukan awak. Saya benci dengan diri sendiri setiap kali saya rasa saya masih sayangkan awak. Banyak kali saya beritahu diri yang saya bodoh sebab masih ingat dan sayang awak. Tapi otak saya tak faham apa yang hati rasa.

Jangan torture saya lagi. Saya penat. Kalau dulu awak rasa awak penat dengan saya, penat dengan sakit yang saya alami, sekarang saya beritahu awak yang saya penat dengan awak. Seperti awak tak mahu apa pun dari saya dulu seperti itu juga sekarang - saya tak mahu apa pun dari awak. Saya penat. Saya letih. Tolonglah kesiankan saya. Saya tak kuat baik fizikal mahupun emosi. Saya cuba jadi kuat walaupun tak sekuat mana. 

Saya tak ada dendam dengan awak. Saya ikhlas lepaskan awak pergi. Saya ikhlas lepaskan awak untuk cari kebahagiaan awak sendiri. Saya tak pernah doa apa yang saya alami awak akan alami nanti. Saya selalu harap awak tak akan rasa apa yang saya rasa, tak akan di curangi, tak akan di khianati. Saya tahu saya bukan lelaki yang baik untuk awak. Saya tahu saya banyak buat salah. Saya tahu saya banyak buat hati awak merana. Semuanya salah saya. Awak tak ada salah apa-apa pun. Cerita lama kalau di ungkit tetap tak ada gunanya...

Pergilah sayang....

_ _ _ _

Once a man has won a woman’s love, the love is his forever. He can only lose the woman. - Robert Brault

Saturday, January 10, 2015

Robot

Tiba-tiba ayah Hana hulurkan telefon bimbitnya - “Hana nak cakap.”


“Hai abang”
“Hai”
“Seronok keluar dengan ayah”
“Boleh la”
“Orang rindu abang”
“Hmm”
“Abang tak rindu orang ke?”
“Tak”
“Bwekkk”
Pulak
“Bye robot”
“Bye”
I love you abang. You mean a lot to me
“Hmm...”
Bestnya ayah ada. Abang tak boleh marah-marah”
“Hmm...”
“Abang maki Hana dalam hati ye”
“Haah”
“Bye. Balik cepat tau. Hana rindu abang”
“Bye”

Friday, January 09, 2015

Neon

Lorong yang sama. Lampu neon yang sama. Meja yang sama. Jalan raya tak begitu sibuk. Bulan tak begitu terang dan langit tak berbintang. Di lorong ini beberapa bulan yang lepas kau minta aku tinggalkan kau. Dan kerana sayang, aku lepaskan kau - seperti yang kau hendaki.

Malam ini di lorong yang sama, lampu neon masih malap seperti beberapa bulan lepas, meja dan susun aturnya masih sama. Ingatan aku berlari pantas mengenang kisah kita. Kau minta aku lepaskan kau dan aku tunaikan. Malam itu juga aku hilang dari bayangan kau. Hilang seperti asap melayang dalam kelam.

Yang bezanya, malam ini aku tenang. Menikmati malam dalam suasana neon yang malap. Menikmati setiap sudut pandangan. Telahan aku betul. Kau telah aku lepaskan perlahan-lahan. Yang ada hanya ingatan. Tak begitu rindu. Tak begitu rasa mencintai. Tahun baru. Hidup baru. Dunia baru.

Balik saja ke kabin, aku buka peti e-mel. Nama kau terpampang pada kotak e-mel. Aku tanya pada diri “Patutkah aku baca?”. Aku sign out tanpa membacanya. Ini entah kali ke berapa. Setiap kali aku move on, kau akan menjelma. Kebetulankah? Mungkinkah kebetulan hingga lebih dari empat kali? Tiba-tiba aku rasa menyampah yang amat sangat.

Aku terasa hendak bertanya. Sebenarnya apa yang kau mahukan lagi dari aku? Kau minta aku lepaskan kau, aku buat. Kau minta aku pergi jauh, pun aku buat. Aku masih tak beli hand phone untuk elakkan diri dari SMS kau. Sungguh-sungguh aku cuba jauhkan diri dari kau.

Sebenarnya, akui saja yang kau tak pernah lepaskan aku. Aku tahu ego kau menghalang dari mengakui hakikat itu.

Tamat.


Ironi. Aku masih menulis 2014 walaupun kini sudah 2015.

Thursday, January 08, 2015

Ironi




Orang yang paling kita sayang, lukakan hati kita paling dalam.





Hospital Kajang,
5 Januari 2015

Wednesday, January 07, 2015

2.43am

Penyerahan dan pengagihan sumbangan tidak terurus dengan baik. Semua orang bekerja seperti tidak ada satu sistem yang sistematik. Semuanya berterabur. Kalau pengurusan lebih sistematik tentu pengagihan dapat berjalan lancar dan lebih efektif. Antara badan kerajaan dengan sukarelawan, sukarelawan lebih pandai dalam menjalankan kerja. Mereka tahu apa yang perlu mereka buat. 

Sikap penduduk Kelantan ada yang tak kena. Khabarnya (harapnya khabar angin sahaja) setelah pihak pasaraya menghantar pakaian baru kepada mangsa banjir, pakaian terpakai yang di dermakan tidak di endahkan lagi dan di biarkan begitu saja. Harap-harap berita yang sedang tersebar ini palsu dan tidak benar sama sekali. Jika benar amat sayu hati orang yang menderma melihat pakaian yang sumbangkan secara ikhlas di buang begitu saja. 

_ _ _ _

Misi menghantar sumbangan kali ini terasa amat asing kerana ayah Hana ikut sekali dalam rombongan. Terasa seperti sedang diperhatikan atau lebih tepat di nilai. Terasa seperti di pantau melalui CCTV. Ayah Hana minta izin untuk ikut serta dalam misi pengagihan barang sumbangan untuk mangsa banjir. Tak begitu ada chemistry tapi aku senang dengannya walaupun kami tidak bercakap banyak dan hanya berbual sekali sekala. Aku mengelak bila di tanya mengenai soal peribadi.

Pagi nanti akan bertolak balik ke Ipoh. Bantuan akan di hantar pula sekitar Temerloh, Pahang. Temerloh antara kawasan yang teruk di landa banjir. Cadangnya hendak balik rumah di Bukit Istana. Oleh sebab ayah Hana turut serta, segan pula hendak ke Kuantan untuk berehat-rehat. Setelah balik dari Pahang perlu kemaskan barang untuk terbang semula ke Paris bagi sesi radiation therapy. Radiation therapy kali ke lima. 

_ _ _ _

Sebelum ke Paris, kalau sempat hendak beli beberapa buah buku sebagai peneman sunyi. Ada beberapa buah dalam perhatian. Antaranya Kritikan Teori Alam Kejadian Semesta oleh Shaharir Mohamad Zain, Monitoring and Decision Making in the Construction Industry, Risk Management in Construction dan Al-Bīrūnī's Treatise on Eclipses oleh Norzakiah Saparmin,

Mata kini lebih terang. Sudah boleh membaca (walau tidak mampu mencatat dengan pen di kertas nota). Itu lebih dari memadai. Kadang-kadang mata terasa pedih juga tapi tidaklah seteruk dulu. 

Sunday, January 04, 2015

Tanda Penuaan

Umar: Tenape adik tene pergi tekolah?
Daddy: Kena sekolahlah. Umar kan dah besar.
Umar: Adik tak nak tekolah.
Daddy: Habis nak pandai macam mana?
Umar: Daddy ajar adik.
Daddy: Tapi daddy tak pandai nak ajar Umar semua benda.
Umar: Adik nak jadi taye daddy.
Daddy: Kena masuk sekolah jugak kan.
Umar: Walt Disney tak tekolah. Wallen Bapet tak tekolah.
Daddy: Kena sekolah juga. 
Umar: Daddy tak boleh pakshe-pakshe adik.
Daddy: Kenapa tak boleh?
Umar: Negale kita negale demokelasi.
Daddy: Daddy guna kuasa veto sebagai daddy.
Umar: Daddy talah guna kuasa. 
Daddy: Daddy ada kuasa mutlak sebagai daddy Umar
Umar: Daddy takap dalam negale demokelasi tak ada kuasa mutlak
Daddy: Ini bukan hal negara. Ni hal Umar.
Umar: Orang dewasa tukee takap tak telupa bikin.
Daddy: Pandai cakap kan
Umar: Takap tak sushah daddy hihihi
Daddy: Habis ni tak nak sekolahlah eh?
Umar: Tak nak. Adik nak jadi taye. Taye tak payah tekolah daddy.
Daddy: Mana Umar tahu orang kaya tak payah sekolah?
Umar: Sejalah menunjukkan orang taye tak pergi tekolah daddy.
Daddy: Mana Umar tahu?
Umar: Adik ulat. Adik baca buku.
Daddy: Bukan ulat. Ulat buku. Cakap pun tak betul lagi tak nak pergi sekolah.
Umar: Daddy ada tanda-tanda penuaan. Tebab daddy tukee takap macam orang tua hee
Daddy: Mengata daddy lagi.
Umar: Hihihihi

2.35am

Kira kambing biri-biri, baca buku, pusing kiri, pusing kanan mata tetap tak mahu lelap. Tengah hari tadi jumpa ayah Hana. Ia perbualan serius yang cuba di jadikan humor. Ayah Hana lamar (pelik bunyinya) aku untuk Hana atas permintaan Hana sendiri. Aku menolak tapi ayah Hana minta aku pertimbangkan. 

Aku rasa aku masih belum sedia untuk berikan hati pada mana-mana perempuan. Aku belum cukup bersedia untuk menjalinkan perhubungan baru. Fokus 2015 hanya tertumpu pada pembangunan kerja dan kesihatan. Soal hati belum dan terasa enggan dipertimbangkan. 

Sungguh Hana serius tentang aku. Aku selalu anggap dia main-main atau sekadar bergurau. Sudah lebih dari tiga kali Hana ajak aku kahwin. Aku tak pernah ambil serius. Sekarang bukan waktu yang sesuai. Sekurang-kurangnya bukan sekarang. Ribut dan taufan, luka akibat patah hati, mimpi ngeri baru beransur surut. 

Ayah Hana bercakap tentang soal ini dengan penuh hati-hati. Dia minta aku pertimbangkan untuk jadikan anaknya sebagai isteri. Banyak kali aku beritahu Hana terlalu sempurna untuk aku. Ayah Hana hanya tersenyum. Katanya dia hanya menjadi wakil kepada Hana untuk sampaikan hasrat anaknya itu.

_ _ _ _ 

Makcik Siti suruh simpan buku-buku medic yang aku bercadang ingin jual/berikan pada library. Makcik kata itu tanda cinta aku, tanda cinta dan kasih sayang tanpa sempadan. Kotak-kotak buku sudah di balut kemas. Makcik kata simpan untuk tanda kenangan. Makcik kata lagi, tak salah kita menyimpan tanda cinta sebagai kenangan.

Tapi aku rasa tak sanggup lagi melihat buku-buku itu. Ia masa untuk let go satu persatu perasaan yang ada. Ia masa untuk tidak lagi menoleh ke belakang. Ia masa untuk move on. Ia masa untuk aku mulakan hidup baru dan bergembira dengan apa yang ada. Ia masa untuk membina sebuah kehidupan baru.

Letting go, even if it hurts, doesn't mean you have to let go of everything. You just have to let go of the person and your feelings for her but the memories will always be there whether it’s good or bad. Because every time you remember those memories, it will always put a smile into your heart. And be glad that once in your life this person made you happy and put colors into your life even if it’s just for a while - Unknown

_ _ _ _ 

You chose.
You chose.
You chose.

You chose to give away your love.
You chose to have a broken heart. 
You chose to give up. 
You chose to hang on.

You chose to react.
You chose to feel insecure.
You chose to feel anger.
You chose to fight back.
You chose to have hope.

You chose to be naive. 
You chose to ignore your intuition.
You chose to ignore advice.
You chose to look the other way. 
You chose to not listen. 
You chose to be stuck in the past. 

You chose your perspective. 
You chose to blame. 
You chose to be right.
You chose your pride. 
You chose your games.
You chose your ego.
You chose your paranoia. 

You chose to compete.
You chose your enemies.
You chose your consequences.

You chose.
You chose.
You chose.
You chose.

Choose to let go.
Choose dignity. 
Choose to forgive yourself.
Choose to forgive others.
Choose to see your value.
Choose to show the world you’re not a victim.
Choose to make us proud. 

― Shannon L. Alder 

_ _ _ _

This is a new year. A new beginning ― Taylor Swift

Saturday, January 03, 2015

The Stolen Years


Cinta seharusnya membuatkan kita menjadi lebih kuat. Abang percaya awak tak boleh lari dari bayang-bayang abang. Abang percaya awak tak boleh lari dari cinta abang. Abang percaya awak masih cintakan abang sepenuh hati awak. Abang percaya apa yang abang rasa, awak juga merasainya. 

Orang kata “Together we are strong”. Awak tahu, abang pernah janji pada diri yang abang akan jaga awak dengan sepenuh hati. Abang harap abang dapat jadikan awak perempuan paling bahagia dalam dunia ini. Abang akan ada dengan awak tak kira susah senang. Abang tak akan tinggalkan awak. I’ll stand by you.

Banyak perkara yang kita lalui dan abang rasa hampir tak mungkin abang akan jatuh cinta pada perempuan lain. Awak sangat istimewa di mata abang. Sejak kali pertama lagi, abang jatuh cinta dengan awak, abang tahu awak satu-satunya perempuan yang akan bahagiakan abang.

Emosi abang mungkin terganggu setelah menonton The Stolen Years sebentar tadi. Moga dengan ketiadaan abang menjadikan hidup awak lebih bermakna.

2.03am

Sepatutnya ketika ini aku sedang tidur lena kerana badan kepenatan yang amat. Tapi tak, aku tak tidur. E-mel dari ayah Hana membuatkan aku tak boleh tidur. Esok ayah Hana mahu jumpa aku. Tak pula di nyatakan tujuannya. Adakah kerana aku pernah marah Hana, ayahnya mahu bertemu empat mata dengan aku? Seperti tak logik.

Haih...

17.54

Baru balik dari Kuala Krai. Hampir segalanya musnah. Yang tinggal pada mereka hanya kenangan sebelum di landa ‘tsunami’ kecil. Hantar 3 lori makanan dan pakaian ke Kuala Krai. Makanan masih tidak mencukupi. Kawasan Kuala Krai masih lagi kotor. Air bersih dan elektrik di sesetengah tempat masih belum ada. Sebatang lilin di jual dengan harga RM 1.00. 

Akan ke Manik Urai. Kali ini akan bawa pakaian sekolah. Ibu bapa kata anak mereka mungkin tidak ke sekolah. Tak ada wang untuk perbelanjaan sekolah. Semuanya musnah. Perlu senaraikan barang-barang untuk ke sana. Semasa di Kuala Krai terasa seperti banyak barang yang perlu di bawa untuk di sumbangkan tak di bawa. Tak cukup persediaan. Kali ini akan turun ke Manik Urai dengan persiapan yang lebih baik. 

_ _ _ _ _

Mandi, rehat dan ingin tidur sepuasnya. Umar mandi lebih dari sejam setengah!

Totorlah daddy. Tene mandi lama-lama-lama. Baru belesih

_ _ _ _ _

Bersabarlah.