Saturday, June 29, 2013

13:38



1.

Pusat Komuniti sudah siap di renovasi. Minggu depan boleh mulakan aktiviti membersih dan menyusun perabot. Harapnya, bulan puasa nanti bolehlah digunakan sepenuhnya. Jadual perbincangan dan material sudah pun di susun atur. Belum lagi mendapat pembantu tetap. Masih mencari. 

Setakat ini sudah ada 2 orang yang sudi mengajar kanak-kanak membaca (menggantikan saya bila saya tidak berkelapangan). Ada 2 kumpulan. Satu kumpulan terdiri dari 7 orang. Kumpulan kedua 8 orang. Saya mengajar kumpulan 1 setiap Isnin dan Rabu, kumpulan 2 setiap Selasa dan Khamis. Kalau terlalu ramai dalam kumpulan agak sukar di kawal.

Mereka menunjukan peningkatan. Ada beberapa orang kanak-kanak sudah kenal huruf dan boleh mengeja perkataan yang pendek-pendek. Saya masih belum ingat nama mereka. Mungkin ada baiknya cadangan Huda untuk buat name tag.


2.

Saya risau bila tengok awak stres. Saya risau sangat sebenarnya. Tapi bila awak cakap awak dapat tukar, saya rasa lega dan awak patut rasa happy. Harapnya di hospital baru nanti awak tak lagi alami situasi kerja yang sama. Harap juga semangat awak kembali pulih seperti sediakala.

Terima kasih kerana menghabiskan banyak masa dengan saya. Saya rasa seolah-olah awak cuba gantikan masa yang lepas-lepas yang awak tak dapat habiskan dengan saya. Saya rasa malas hendak buat apa-apa kerja. Tengok kerja pun saya tak mahu *dahsyatnya penanggan awak*

Terima kasih kerana meluangkan masa dengan saya.


3.

Hari ini saya kena paksakan diri bekerja. Ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Ada banyak perkara yang perlu perhatian saya. 

*rindu lagi*

Monday, June 24, 2013

Taici

6.30 pagi.

Adam sedang bertaici. Mamanya belum bangun pun lagi (mentang-mentanglah dia bercuti).

2:42am

All I need is you.

Friday, June 21, 2013

Awak amat istimewa di hati saya dan ia kekal selama-lamanya.



1.

Saya harap semuanya akan berjalan lancar. Kalau dapat Finland lebih baik berbanding Qatar tapi kalau dapat Qatar juga pun kena bersyukur sebab dapat lari dari HOD yang bermasalah. Saya suka awak lanjutkan cuti sampai minggu depan. Saya pun tak banyak kerja yang perlu di siapkan. 

Saya rasa macam esok atau bila-bila saja awak akan berangkat pergi. Tentu saya sedih. Saya risaukan awak sebenarnya. Tentu saya risau sebab awak seorang yang manja dan mudah merindu. Tapi saya tahu awak pandai jaga diri. Awak pandai berdikari.

Agaknya untuk dua tahun kita perlu merindu-rindu dari jauh. Awak kata kalau saya tak benarkan awak pergi, awak tak akan pergi. Saya rasa macam pentingkan diri. Awak juga ada cita-cita. Awak juga ada impian. Awak patut teruskan.


2.

Saya tak tahu kenapa saya emosi. Mungkin sebab fikirkan tentang awak yang akan pergi jauh dari saya. Mungkin nanti kita tak banyak masa untuk di luangkan bersama. Mungkin juga kesibukan awak (dan saya) membataskan masa kita. Mungkin juga komunikasi semakin terbatas. Memang ada banyak perkara yang saya fikirkan. Saya pasti akan sunyi bila awak tak ada nanti.

Kadang-kadang saya rasa lucu. Awak belum berangkat lagi mata saya sudah pun berkaca. Beberapa kali mata saya berkaca bila fikirkan tentang awak. Tapi saya tak nak awak risau. Saya rasa ini perasaan normal. Saya tetap nak awak pergi buat internship. Tengok negara orang, kutip ilmu dan pengalaman. Awak ada sokongan saya, sokongan yang padu.

Saya tak pernah tahu sejauh mana saya cintakan awak. Saya tak pernah tahu hinggalah saat ini bila saya fikirkan yang awak akan pergi (untuk sementara waktu) jauh dari saya. Setiap kali saya memikirkannya, mata saya berkaca. Untuk beberapa lama saya akan berasa sunyi tapi saya akan cuba sesuaikan diri sebagaimana saya cuba sesuaikan diri dengan jadual kerja awak.


3.

Awak tahu, saya mula merindui awak. Saya mula merindui segalanya tentang awak. Kasih sayang awak buat saya jadi kuat. Saya nak awak buat internship sebab saya tak nak lihat awak stres dan bersedih. Saya tahu jaga diri. Awak jangan risau. Saya jaga diri baik-baik. Saya tak ponteng makan ubat, saya tak ponteng dialisis, saya tak ponteng jumpa psikiatri.

Awak kejarlah impian awak. Jangan berhenti. Jangan pernah berputus asa. Jangan mudah mengaku kalah. Saya pilih awak sebab saya tahu awak perempuan yang cerdik, yang ada cita-cita dan bersifat feminis. Sifat-sifat itu selalu membuat saya jatuh cinta dengan awak. Saya kagum dengan pencapaian awak dan setiap perkara yang awak lakukan. 

Saya percaya perempuan tempatnya bukan hanya di dapur, bukan hanya di katil, bukan semata-mata untuk berdandan. Perempuan juga memiliki cita-cita dan impian untuk di kejar, untuk di genggam. Kalau umur saya panjang tentu saya dapat lihat awak ambil MA pula. Perempuan cerdik yang bercita-cita sayang kalau tempatnya hanya di dapur dan bersolek untuk lelaki.


4.

Awak amat istimewa di hati saya dan ia kekal selama-lamanya.

Thursday, June 20, 2013

Eeeeeeeeeee!



Adam: Abang nak pergi mana?
Umar: Masjid.
Adam: Adam nak ikut abang.
Umar: Budak tecik-tecik nak buat apa dekat sana?
Adam: Adam nak main bola.
Huda: Kan dah kena!
Umar: Eeeeeeeeeee!



Wednesday, June 19, 2013

4:39am



1.

Saya rasa teruk sebab kali ini saya tak dapat tenangkan awak. Saya tak dapat kurangkan beban hati awak. Saya rasa saya gagal. Gagal membuat awak tenang. Saya minta maaf. Sejak Sabtu saya sibuk. Saya kurang tidur, lupa makan ubat dan hanya fokus pada kerja. Saya tahu, saya seolah-olah abaikan awak. Saya minta maaf.

Awak ambil cuti waktu jadual kerja saya begitu padat. Saya tahu awak ambil cuti sebab awak sedih kena extend untuk 3 bulan lagi di bawah HOD yang awak tak suka. HOD yang selalu buat awak stres. Saya tahu beban hati awak. Saya cuba redakan tapi saya gagal.

Maafkan saya. Kesibukan saya buat awak terabai dan menanggungnya seorang diri.


2.

Betul. Saya tak pernah suka awak pakai baju renang. Saya cemburu. Saya akui. Cemburu bila orang lain lihat awak. Beberapa kali saya cuba pujuk awak pergi berenang tapi awak tak mahu. Rupanya awak masih ingat yang saya tak suka awak pakai baju renang. Saya cuma nak katakan yang air boleh buat manusia tenang. Air sebenarnya boleh meneutralkan emosi kita yang ketegangan.

Awak ada 3 pilihan. Habiskan houseman, berhenti, atau berhenti dan buat internship. Kalau awak tak boleh habiskan houseman di sini, awak ambilah opsyen ketiga. Saya tak mahu awak berhenti. Kalau awak berhenti sayalah orang paling sedih. Sayang, jangan bagi orang lain bunuh diri kita, bunuh minat kita, bunuh kesungguhan kita untuk bekerja. 

Saya suka dengan kerjaya awak walaupun saya akui saya selalu rasa kesunyian. Tapi saya tak kisah asalkan awal selesa dengan kerja yang awak buat. Tapi sekarang banyak perkara yang berubah. HOD buat macam-macam. Saya boleh lihat awak penat dan lemah dan kadang-kadang putus harap. Diam-diam saya harap awak abaikan saja semua itu. Saya harap awak jadi kuat.


3.

Biarlah dia bagi awak extend. Saya percaya ada banyak hikmah di sebaliknya. Awak perlu  menjadi semakin matang, semakin dewasa semakin banyak cabaran. Tuhan bagi cabaran sesuai dengan usia kita, sesuai dengan kematangan kita untuk menghadapinya. Saya betul-betul harap semangat awak pulih. Banyak kali saya cakap yang saya tetap akan ada dengan awak untuk lalui situasi yang sukar ini.

Kalau awak ambil opsyen yang ketiga pun saya izinkan. Saya tak akan anggap awak lemah. Awak tak lemah bila awak ambil keputusan untuk berhenti dan buat internship. Kalau kita ambil keputusan untuk berhenti dari lakukan sesuatu yang kita amat sayangi itu maknanya kita kuat untuk melepaskan ia pergi. Bukan semua orang mampu lakukan.

Jangan paksa diri. Kalau diri kita tak mampu dan kita hidup dalam keadaan stress, kita cari jalan keluar dari situasi neraka itu. Jangan biarkan diri kita terus di bakar hingga kita hilang identiti, hilang diri kita sendiri. Sayang, HOD banyak buat sayang berubah. Dia buat awak hilang diri awak sendiri. Jangan biarkan orang lain ambil diri kita, ambil jiwa kita.

4.

Awak pilihlah. Norway pun okey. Jangan Qatar. Saya lebih percayakan negara bukan Islam berbanding negara Islam. Negara bukan Islam lebih selamat berbanding negara Islam. Di negara Arab banyak isu gangguan seksual, cabul dan rogol. Lagipun kerja di negara Arab lebih stres. Orang Arab tahulah. Perangai mereka banyak yang tidak bertamadun.

Awak pergilah ke mana pun asalkan hati bahagia. Awak masih muda. Masa muda perlu di gunakan sebaik mungkin. Cari pengalaman, kutip ilmu di rantau orang. Kalau awak berminat, Kanada pun pilihan yang baik. Jangan risau tentang saya. Saya boleh jaga diri. Dua tahun bukan lama. Kadang-kadang kita kena keluar dari persekitaran kita untuk dapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Saya tak suka awak macam ini. Awak seperti hilang diri sendiri. Saya tak suka orang yang saya sayang hilang jiwa, patah semangat dan merasa lemah. Kalau saya boleh lalui sesuatu yang lebih sukar, saya percaya awak juga boleh. Kuatkan hati, cari kembali semangat, pulihkan jiwa. Jangan paksa diri kalau tak mampu lalui sesuatu yang beri kita tekanan, sesuatu yang sukar.

Pilihlah lorong lain yang beri kesenangan, ketenangan dan kebahagiaan. Walaupun orang lain akan melihat kita sebagai lemah tapi sebenarnya kita cukup kuat untuk buat keputusan dan cuba merubah. Abang pernah merasainya, percayalah abang memahami apa yang sayang lalui.


5.

Saya tak dapat tidur. Belakang badan sakit sangat. Agaknya sebab duduk terlalu lama. Hari ini pun banyak tidur. Kerja masih banyak berbaki. Rezeki datang tanpa di duga. Mata pun tiba-tiba pedih. Jangan fikirkan sangat tentang abang. Berani buat keputusan. Abang selalu beri sokongan.

Berjauhan dan merindu-rindu sesuatu yang asyik. Kita bukan tak biasa berjauhan. Sayang, cinta tak pernah mengajar kita jadi lemah. Cinta membuatkan abang jadi lebih kuat. Sayang juga harus begitu.

Sayang selalu.

Friday, June 14, 2013

Buah hati saya sibuk.



1.

Letih. Rasa nak berehat panjang tapi tak boleh. Prestasi syarikat mula pulih. Ada tanda-tanda positif. Ada tanda-tanda prestasi syarikat akan jadi lebih baik dari sebelum ini tapi masih perlukan usaha yang tinggi untuk lebih maju. 

Dalam perancangan untuk buka anak syarikat baru. Juga merancang untuk pindah rumah. Cuba mencari rumah berhampiran tasik/laut. Di Ipoh pastilah tak ada. Kalau ada pun sekitar Penang. 

Kalau pindah, tak ada orang yang akan teruskan pusat komuniti. Tiba-tiba hati jadi berbagi sama ada untuk pindah dan tinggal berhampiran tasik atau tinggal di Ipoh dan terus dengan cita-cita bangunkan pusat komuniti. 

Perlu korbankan diri sendiri untuk masyarakat(?)


2.

Melihat pusat komuniti di ubah suai juga meriangkan. Ubah suai hampir selesai. Pilih banglo berhampiran Taman DR. Sebenarnya, banglo tersebut amat dekat dengan sebuah rumah pelacuran. Saya di beritahu oleh beberapa pelajar sekolah tentang pusat pelacuran itu. Itulah tempat yang paling strategik yang saya jumpa.

Pusat pelacuran itu kata mereka tidak aktif lagi. Mereka kenal amat dengan para pekerja sosial di situ. Pusat komuniti ini sebenarnya untuk budak-budak flat. Budak-budak flat yang amat sinonim dengan ganja, lumba haram, ragut dan lain-lain. Remaja perempuannya hampir 70% lesbian dan remaja lelakinya 60% gay.

Semua orang tahu hakikat ini. Juga banyak anak-anak kecil tidak sah taraf. Di kedai makan sekitar flat, menjelang 12 tengah malam akan di penuhi dengan penjual dadah/ganja/pil dan lelaki/perempuan mencari teman malam. Ini pemandangan biasa di situ dan flat ini berada di bawah pantauan pihak berkuasa.

Remajanya terbiar dan tak siapa ambil peduli.


3.

Beberapa kali berulang ke Kota Singa atas urusan perniagaan. Amat memenatkan. Dalam masa yang sama perlu juga sediakan beberapa bahan untuk pusat komuniti ini. Belum ada yang mahu menyumbang tenaga. Masyarakat agak skeptik dengan budak-budak flat. Semua kerja buat masa ini saya perlu buat sendiri. 

Dua minggu lagi  jika tak ada halangan pusat ini boleh mula beroperasi. Saya bercadang ingin membawa mereka ke Pulau Pinang bulan Ramadhan nanti. Kawan saya membuat program di sana – menyediakan Sahur untuk geladangan. Berbincang dengan beberapa remaja berkenaan hal ini. Mereka teruja untuk mengumpulkan barang-barang seperti pakaian, selimut, bantal dan sebagainya untuk di sedekahkan. Sudah melantik beberapa orang menguruskan hal ini.

Saya mencari bahan yang sesuai untuk tujuan dialog/perbincangan berkumpulan/forum di pusat komuniti ini. Setakat ini bahan-bahan yang saya ambil kebanyakanya dari Universiti Terbuka Anak Muda. Sebenarnya, saya agak teruja untuk mendengar pandangan para remaja ini berkaitan isu-isu yang saya pilih. Saya pasti fikiran mereka cerdas dan mereka sebenarnya bukanlah remaja dungu yang tak berguna seperti kata masyarakat di sini.


4.

Huda ke Jerman menyertai pameran lukisan. Ahad ini Huda pulang. Sunyi juga bila anak gadis saya ini tak ada. Umar sibuk di pusat komuniti. Dia menjadi pemerhati. Beberapa kali kontraktor merungut kerana Umar minta mozek di beberapa bahagian di buka semula. Umar tak suka kerja yang tak kemas. Umar sangat teliti. Urusan di tapak komuniti dia yang uruskan. Bila malam dia beri laporan.

Adam tak ada buat kerja apa-apa selain mengacau kucing-kucing peliharaan Umar. Dia juga tidak ke dapur kerana kakaknya tak ada. Kadang-kadang mengacau daddy membuat kerja. Seperti biasa, petang ke taman bermain bola. 

Buah hati saya sibuk.