1.
Pusat Komuniti
sudah siap di renovasi. Minggu depan boleh mulakan aktiviti membersih dan menyusun perabot. Harapnya, bulan puasa nanti bolehlah digunakan sepenuhnya. Jadual perbincangan
dan material sudah pun di susun atur. Belum lagi mendapat pembantu tetap. Masih mencari.
Setakat ini
sudah ada 2 orang yang sudi mengajar kanak-kanak membaca (menggantikan saya bila saya tidak berkelapangan). Ada 2 kumpulan. Satu
kumpulan terdiri dari 7 orang. Kumpulan kedua 8 orang. Saya mengajar kumpulan 1
setiap Isnin dan Rabu, kumpulan 2 setiap Selasa dan Khamis. Kalau terlalu
ramai dalam kumpulan agak sukar di kawal.
Mereka
menunjukan peningkatan. Ada beberapa orang kanak-kanak sudah kenal huruf dan
boleh mengeja perkataan yang pendek-pendek. Saya masih belum ingat nama mereka.
Mungkin ada baiknya cadangan Huda untuk buat name tag.
2.
Saya risau bila
tengok awak stres. Saya risau sangat sebenarnya. Tapi bila awak cakap awak
dapat tukar, saya rasa lega dan awak patut rasa happy. Harapnya di hospital
baru nanti awak tak lagi alami situasi kerja yang sama. Harap juga semangat
awak kembali pulih seperti sediakala.
Terima kasih
kerana menghabiskan banyak masa dengan saya. Saya rasa seolah-olah awak cuba
gantikan masa yang lepas-lepas yang awak tak dapat habiskan dengan saya. Saya
rasa malas hendak buat apa-apa kerja. Tengok kerja pun saya tak mahu
*dahsyatnya penanggan awak*
Terima kasih
kerana meluangkan masa dengan saya.
3.
Hari ini saya
kena paksakan diri bekerja. Ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Ada
banyak perkara yang perlu perhatian saya.
*rindu lagi*