Sunday, January 31, 2016

2.11am

Umar: Daddy tenape tak tidur?
Daddy: Daddy ada kerja sikit. Yang Umar ni kenapa tak tidur lagi?
Umar: Adik tidur. Adik bangun. Adik pergi tandas.
Daddy: Jom daddy teman naik bilik.
Umar: Adik dah besar daddy.
Daddy: Okey, okey. Umar tidur dulu.
Umar: Kalau mama ada anak lain mesti mama lupakan adik kan daddy?
Daddy: Tak la. Mana pulak. Mama selalu sayang Umar.
Umar: Tapi mama dah pergi jauh kan daddy?
Daddy: Umar mesti nak mama happy kan? Kita doa yang baik-baik je untuk mama.
Umar: Daddy pelgi Sabah daddy carilah mama.
Daddy: Tak boleh. Daddy tak boleh cari mama.
Umar: Tebab?
Daddy: Jom daddy dukung naik atas. Umar kena sambung tidur.
Umar: Daddy jangan tedih-tedih.
Daddy: Daddy tak sedih. Daddy nak tidur sebelah Umar la. Boleh?
Umar: Tak nak. Adik dah besar. Nanti budak tecik-tecik mengata adik.
Daddy: Hahaha tahu pun takut kena kata tapi tak nak mengaku jadi abang besar lagi.
Umar: Adik belum belsedia daddy. Temua tene ambil masa kan daddy kan?
Daddy: Ye la ye la. Pandai jawab.

Saturday, January 30, 2016

2.31am

Selamat sampai Ipoh dengan penerbangan yang agak panjang. Sampai di KLIA sekitar jam 10 pagi. Don sudah sedia menunggu. Minta Don bawa ke S2 Heights. Nampaknya rumah sudah ada pembeli dan telah siap di ubah suai. Berjumpa dengan pemilik baru, seorang perempuan muda. Cuba buka tawaran untuk beli semula rumah tapi dia tak mahu jual.


“Excuse me, Sir. Looking for anybody?”
“Saya saja datang tengok rumah”
“Rumah yang mana satu ye?”
“Rumah yang ni”
“Ini rumah saya tapi bukan untuk di jual”
“Tahu. Saya pemilik asal rumah ni”
“Saya di beritahu tuan rumah jual sebab nak pindah ke luar negeri”
“Dulu cadangnya begitulah. Tapi dah tukar fikiran”
“I see”
“Don’t let your emotions make your decisions”
“Pardon me”
“Rumah ni saya sayang. Tolong jaga dengan baik. Saya tahu bukan rumah saya lagi hmm saya balik dulu. Nanti kalau saya rindu rumah ni saya datang lagi hahaha. Maaf, saya gurau je”
“Okey. Saya masuk dalam dulu”
“Baik”

_ _ _

Umar: Daddy okey?
Daddy: Okey. Cantik kan rumah tu.
Umar: Tapi lumah tu lumah olang.
Daddy: Orang tu tak nak jual.
Umar: Adik ada cadangan daddy.
Daddy: Apa dia?
Umar: Daddy tawin tengan kakak tadi daddy dapat lumah.
Daddy: Ekstrem betul cadangan Umar tu.
Umar: Talah ke daddy cadangan adik?
Daddy: Tak la salah.
Umar: Cadangan adik belnash daddy.
Daddy: Hahaha bernas sangat.

_ _ _

“Sikit kamu makan”
“Dah 4 pinggan. Sedap betul makcik masak”
“Bila kamu nak kawin?”
“Eh tetiba je”
“Aku nak turunkan air tangan ke bini kamu. Aku mati kurus keding kamu tu nanti”
“Orang baru balik dah cakap pasal mati”
“Aku cakap je”
“Terima kasih makcik. Sedap sampai terbayang-bayang dalam mimpi”
“Bila kamu nak bercukur? Aku tengok kamu ni tak ubah macam beruk baru keluar hutan”
“Orang sikit punya tampan ada samakan dengan beruk”
“Orang tua dulu-dulu pesan kalau cantik tak boleh puji cantik. Kena cakap buruk”
“O. Esok Im pergi gunting rambut. Isnin nak pergi Sabah. Ada kerja”
“Kamu ke Sabah buat kerja apa? Cuba cakap dengan aku betul-betul”
“Pergi SOGIP dekat Sipitang”
“Bukan cari yang tu?”
“Tak la. Orang balik dengan penuh semangat ni”
“Bagus. Lega aku dengarnya”
“Makcik jangan risau la. Im tak lari-lari lagi. Kalau makcik nak Im cepat kawin, tolong la carikan”
“Kamu cari sendirilah. Malas aku”
“Hahaha ingat tadi nak jadi ejen cari jodoh”

_ _ _

May love be the heart of this home.

Friday, January 29, 2016

Home

There’s nothing half so pleasant as coming home again. 

_ _ _

Letting go, even if it hurts, doesn't mean you have to let go of everything. You just have to let go of the person and your feelings for her but the memories will always be there whether it’s good or bad. Because every time you remember those memories, it will always put a smile into your heart. And be glad that once in your life this person made you happy and put colors into your life even if it’s just for a while - Unknown

Wednesday, January 27, 2016

Tanggal 28 Januari

Hari ini 28 Januari, hari ulang tahun kita. Sungguhpun abang suka bermain dengan nombor, abang selalu gagal mengingat tarikh penting ini atau bagi abang tarikh bukan sesuatu yang penting. Abang malah tak dapat mengingat dengan jelas tarikh/hari kita secara rasminya berpisah. Biarlah ingatan tentang itu hilang begitu saja. Itu lebih baik. Sempena ulang tahun kita, abang akan tinggalkan cinta kita di sini. Ia bermula pada tarikh ini dan tamat pada tarikh ini juga. 

Abang tak merancang dan ini berlaku secara kebetulan. Abang kira ia tidak ada kena-mengena dengan tindakan “kejam” menoktahkan cinta kita pada tarikh awak setuju menjadi sebahagian dari hidup abang. Setelah apa yang kita kongsikan bersama, setelah banyak yang kita tempuhi, sejujurnya, rancangan Tuhan adalah yang terbaik buat kita. Berpuluh kali kita gaduh tentang isu yang sama, berjuta kali isu tak percaya timbul, malah beribu kali juga kita terluka dengan perkara yang sama. Setelah di teliti sehalus-halusnya, inilah yang terbaik buat kita.

Jangan pernah meragui kasih sayang abang pada awak dan abang tak pernah merasa ragu cinta awak pada abang. Abang percaya awak sangat sayangkan abang. Dan abang juga tahu awak lebih dari tahu yang abang sangat mengasihi awak. Ia cinta yang sangat manis. Tumbuh secara perlahan-lahan dan hidup subur buat seketika hinggalah bermacam rasa tak puas hati antara kita muncul. Dunia kita sangat berbeza malah citarasa kita tak pernah sama tapi itulah sebenarnya yang menjadikan cinta kita sangat indah bila di kenang, sangat manis untuk di simpan di dalam hati. 

Sejauh manapun abang sayangkan awak, realiti memisahkan kita. Hidup perlu di teruskan seadanya. Bukan bermaksud abang tak setia pada cinta pertama. Ia tak mungkin dapat di lupakan tapi masa silam adalah masa silam dan tak mungkin dapat di ubah. Past is past. Tapi masa depan dapat di ubah. Kalau abang terpaku terlalu lama di satu pintu tanpa menoleh pada pintu yang lain, abang akan membuang terlalu banyak masa dan tenaga. Masa lepas adalah sejarah. Banyak perkara yang abang pelajari. Abang perlu perbaiki diri untuk menjadi lelaki yang lebih baik di masa hadapan. 

Sayang, ini adalah nota perpisahan. Abang tanpa rasa berat ingin lepaskan awak pergi. Abang tak marah lagi dengan awak. Abang tak kecewa. Abang rela dengan hati terbuka lepaskan belatan yang membelenggu hidup abang. Awak cakap, kalau abang sayangkan awak, abang harus lepaskan awak. Di sini sayang, abang lepaskan awak. Tamatlah cerita cinta kita. Awak yang manis, terima kasih kerana pernah menyayangi lelaki yang serba kekurangan ini dengan sepenuh hati. 

“This is not a goodbye, my darling, this is a thank you. Thank you for coming into my life and giving me joy, thank you for loving me and receiving my love in return. Thank you for the memories I will cherish forever. But most of all, thank you for showing me that there will come a time when I can eventually let you go. I love you” . ― Nicholas Sparks

_ _ _ 

Tuhan, hadiahkan aku seorang perempuan yang boleh aku jadikan teman di setiap detik dalam hidupku, yang menunjuk jalan ketika aku buntu, menegur ketika aku membuat salah, penguat ketika aku lemah dan penenang ketika aku resah gelisah. Hadiahkan aku seorang perempuan sebagai pelengkap hidupku kerana tanpanya aku kesunyiaan. Fitrah lelaki perlukan seorang teman seperti Adam perlukan Hawa.

Tentu, janji manis-Mu tak pernah mungkir seperti yang termaktub dalam Surah al-Anfal ayat 70 “Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah di ambil darimu”. Bila Kau ambil sesuatu yang paling aku sayang - Kau berjanji pengantinya sesuatu yang lebih baik.

Aku menunggu dengan sabar. Buat rusuk kiriku, kita masih belum bertemu dan entah siapa yang bakal Tuhan hantarkan untukku. Sungguhpun begitu, aku tetap mahu ucapkan “Selamat datang rusuk kiriku, bidadari syurga hatiku. Dampingilah aku tanpa jemu. ”

My heart is a pen in your hand.
It is all up to you
to write me happy or sad.
I see only what you reveal
and live as you say.
All my feelings have the color
you desire to paint.
From the beginning to the end,
no one but you.
Please make my future
better than the past.

- Rumi




Band E Amir Natinal Park, Afghanistan

Sunday, January 24, 2016

Forget & Forgive

Entah bagaimana Tuhan jadikan hati ini semakin hari semakin gembira tanpa sebarang sebab. Beban yang mengasak dada sejak dua tahun lepas perlahan-lahan tpergi. Tambahan pula agak sibuk dengan jadual kerja yang padat dan pengembaraan bersama anak-anak. Benar, sedikit sebanyak kesibukan berjaya membunuh kerinduan dan ingatan kita kepada seseorang. 

Seperti kata Tere Liye, “Ada orang-orang yang boleh jadi sebaiknya cukup menetap dalam hati kita saja, tapi tidak bisa tinggal dalam hidup kita. Maka, biarlah begitu adanya, biar menetap di hati, diterima dengan lapang. Toh, dunia ini selalu ada misteri yang tidak bisa dijelaskan. Menerimanya dengan baik justeru membawa kedamaian.” Ia sesuatu yang indah untuk hidup bersama dengan orang yang kita sayang tapi urusan Tuhan bukan letaknya di tangan kita. 

_ _ _

Hari ini abang rasakan abang semakin jauh dari awak. Ini menandakan abang sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa kehadiran awak. Lukanya masih ada, harapnya semakin mengecil dan tidak meninggalkan parut. Kalaupun ada biarlah ia sebagai penanda bahawa abang pernah merasai cinta yang sangat manis bersama perempuan yang sangat istimewa. Ia akan kekal bersama abang, kekal di dalam hati. 

Abang mahu mengenang awak dengan ingatan yang membahagiakan supaya abang kekal gembira dan berasa bertuah dapat hidup bersama awak. Abang mahu kekal begitu. Abang mahu sembuh dari kesedihan yang berpanjangan. Hidup mesti jalan terus ke hadapan. Tak boleh lagi menoleh ke belakang. Hidup mesti berani tempuh pelbagai perasaan. Hidup ialah satu pengembaraan yang panjang dan penuh pengharapan seperti kata Stephen Hawking dalam The Theory of Everything, “While there’s life, there is hope”

_ _ _

Ya, alangkah mudah
kalau bisa semudah mereka berkata
kau kulupakan saja

Tetapi apakah yang lebih pedih
daripada mengenang manis berkasih
dan menyedari kini
bahawa kau bukan milikku lagi


Cinta Pertama
Firdaus Abdullah

_ _ _ 

The best deed of a great man is to forgive and forget - Hazrat Ali


Afghanistan

Tuesday, January 19, 2016

Emosi

Bila fikir semula rasa menyesal pula jual rumah di S2 Heights. Kalaulah tak buat keputusan secara tergesa-gesa. Kalaulah ketika itu lebih matang dan tak terlalu mengikut perasaan. Sayangnya nasi sudah menjadi bubur. Rumah pun sudah ada pembeli.

Arwah Ummi selalu pesan; jangan buat keputusan ketika sedang sedih. Jangan berjanji ketika sedang gembira. Jangan bercakap ketika sedang marah. Degil, selalu tak dengar nasihat Ummi.

Kalaulah dulu tak buat keputusan secara membabi buta. Masa tak dapat di undur ke belakang; jadikan pengajaran dan tauladan supaya beringat-ingat di hari depan. Jadikan peringtan supaya perkara yang sama tidak berulang.

_ _ _

Don’t let your emotions make your decisions.

Monday, January 18, 2016

Whatsapp

“Whatsapp you sihat ke tak?. Last seen entah bila-bila”
“Banyak betul masa sibuk Whatsapp orang bergerak ke tak”
“I love stalking you”
“Tu nombor kerja. Kadang-kadang je guna. Selalu guna emel je”
I nak nombor private you
Private number Whatsapp tak ada”
“Ni yang I menyampah. Pakai Whatsapp please
Handphone zaman dinasor. Mana ada Whatsapp”
“Bila you nak kasi I?”
“Tak beli lagi sim. Nombor yang guna hari tu dah mati”
“Kenapa?”
“Lupa nak top-up. Sayang betul nombor tu. Nombor ong tu hahaha”
Centre boleh ganti”
“Malas. Beli je la lain”
I cuti tau. Bila you nak datang sini?”
“Dekat Kyrgyzstan ni. Baru sampai semalam. Cuti berapa lama?”
“Bila you balik rumah? I cuti dalam 2 minggu”
“Lepas ni nak pergi Tajikistan lepas tu Afghanistan. Aku rasa macam nak pergi Pakistan. Tapi anak-anak nak pergi Iran. Banyak lagi tempat nak pergi ni”
“Tak pergi offshore?”
“Tak”
“Anak-anak you tak school ke?”
“Tak. 
“You tak kerja ke handsome?”
“Kerja-dalam-pergembaraan. Okey la Min. Aku nak masak”
“Boleh tercalon father mithali”
“Mesti la hahaha”
Happy hati I you dah getting sihat”
“Yeah. Terima kasih Min”

Sunday, January 17, 2016

Doa

Daddy: Cepatnya Umar habis doa. Selalu bukan main lama.
Umar: Adik doa linglash daddy tebab adik ada teleje.
Daddy: Umar doa apa je tadi?
Umar: Adik doa “Ya Allah Ya Tuhanku. Doa adik tama macam doa temalam
Daddy: Haih. Umar ni. Jangan doa macam tu dah lain kali. 
Umar: Tak boleh ke daddy doa macam tu?
Daddy: Doa elok-elok penuh tertib kan lagi elok.

Sunday, January 10, 2016

Lazy Sunday

Baby, let’s crawl under a big blanket.

Friday, January 08, 2016

1.51am

Come here, I miss you.