Monday, October 29, 2012

Buenos Aires


 1.

Ibu negara Argentina ialah Buenos Aires. Sebenarnya bukan dua perkara sahaja yang menarik di Argentina. Perkara lain yang terkenal di Argentina ialah Pergunungan Agnes yang terkenal dengan peristiwa pesawat terhempas dan terpaksa survive dengan menjadi karnibal. Selain itu, muzik tango amat terkenal di Argentina dan pastinya lagenda bola sepak terkemuka – Diego Maradona.

Argentina pernah di jajah oleh Sepanyol jadi bahasa rasminya adalah bahasa Sepanyol. Agama rasminya pula ialah Roman Katolik. Buenos Aires merupakan antara ibu kota terbesar di dunia. Kawasan ini terletak di muara Rio de la Plata yang kira-kira 240km dari Atlantik.

Di sini, terdapat sebuah tempat yang menyamai perencanaan jalan raya dan seni bina Paris yang menjadi tempat bagi kebanyakan kedutaan asing. Di Avenida Sante Fe, dengan  toko-tokonya yang banyak dan gallerias iaitu jalan beratap akan mengingatkan kita kepada salah satu kota di Itali. Umar suka ke Di La Boca kerana kebanyakan bangunan di cat dengan warna pelangi dan berhampiran pelabuhan. Banyak seniman tinggal di sini.


2.

Karya yang paling awal di hasilkan adalah La Argentina yang di karang oleh Ruy Diaz de Guzman. Selama penentangan untuk mendapatkan kemerdekaan, banyak syair telah di hasilkan untuk mewujudkan semangat patriotik melawan bangsa Sepanyol dan Inggeris. Di antara yang terkenal adalah Marcha patriotic dan El triunfo Argentino oleh Vicente Lopez y Planes.

Dua penulis terkemuka Argentina yang juga pernah menjawat jawatan Presiden ialah Domingo Faustino Sarmiento dan Bartolome Mitre. Mereka antara penulis yang di segani ramai. Mitre juga menerbitkan salah satu akhbar yang penting ketika itu yakni La Nacion.

Karya klasik bangsa Argentina di tulis oleh Jose Hernandez yang berjudul Martin Fierro. Karya ini menggunakan gaya bersajak yang terbahagi kepada dua bahagian; yang pertama di sebut La Partida (Keberangkatan)dan yang kedua La Vuelta de Martin Fierro (Kembalinya Martin Fierro).

Hasil sastera yang terhebat dari Argentina datangnya dari Jorge Luis Borges. Di antara karya Borges adalah Fervor de Buenos Aires yang merupakan antologi puisi, Ficciones, dan El librode los seres imaginarios (karya tentang makhluk khayalan).

Terdapat sebuah perpustakaan di Buenos Aires iaitu Biblioteca Nacional yang merupakan antara perpustakaan terbesar di Argentina dan antara yang terpenting di Amerika.


3.

Argentina juga mempunyai seniman/pelukis yang hebat antaranya Antonio Berni. Beliau melukis dalam corak eskpresionis dan telah mempengaruhi ramai pelukis muda di Argentina. Selain itu, Horacio Butler yang juga pernah menuntut di Paris sama seperti Berni merupakan pelukis yang hasil karyanya termasuk dalam koleksi tetap di kebanykan muzium seni dunia. Seorang pelukis yang tidak kurang hebatnya kerana banyak menggunakan teknik impresionis ialah Miguel Diomede.


4.
Malam tadi sempat menonton tango.

Saturday, October 27, 2012

Can I have a hug?


1.

Semalam sebelum pergi airport abang jatuh bilik air. Tangan tak kuat nak paut. Badan terhentak dekat mangkuk tandas. Abang tak boleh bangun. Abang cuba tapi tak boleh. Huda turun ke lobi minta tolong. Umar nampak risau sangat tapi dia tak menangis. Dia pegang tangan abang kuat-kuat.

Abang rasa sakit sangat tapi abang tak boleh menangis depan Umar. Nanti Umar risau. Lepas kemas, bertolak ke airport badan masih rasa sakit. Abang tahan diam-diam. Mujur Adam tak merengek. Huda uruskan semua dari timbang berat bagasi sampailah ambil boarding pass. Umar check semua beg. Dia tak banyak cakap.

Bila masuk dalam pesawat, badan makin rasa sakit. Abang sapu minyak. Tapi tak okey sangat. Abang nak tidur tapi tak boleh. Sakit mendenyut-denyut. Bila sampai Argentina ambil teksi ke motel. Anak-anak penat dan terus tidur.

Baru abang boleh menangis. Badan bengkak.


2.

Sepanjang malam abang tak boleh tidur. Abang tak dapat bergerak pun. Abang rasa dahaga tapi tak sampai hati nak kejutkan Huda. Abang tak boleh makan. Salur tiub ada masalah. Macam tersekat. Abang cuba minum macam orang normal. Tapi air tak masuk dalam tekak – bertakung dalam mulut. Abang tak ada kekuatan pun nak telan air.

Abang tak nak rasa sakit jadi abang cuba-cuba menaip. Huda letakkan laptop sebelah abang. Macam biasa, abang tak boleh taip laju. Guna satu tangan dan hanya satu jari untuk taip keseluruhan. Abang rasa makin sedih.

Pukul 3/4 pagi badan kram. Abang muntah darah, batuk, sesak nafas, gusi berdarah. Abang tak nak kejutkan Huda. Abang tak nak anak-anak susah hati.

Kemudian Adam bangun. Macam biasa nak susu. Susu sudah tersedia dalam botol. Adam teman abang sampai pagi.

Dia buat muka comel. Abang lupa sekejab yang abang sedang tahan sakit.


3.

Bila pagi, abang nak mandi. Umar panggilkan orang dekat lobi minta tolong angkat abang. Umar takut abang jatuh bilik air lagi. Abang bagilah sikit tips pada dua lelaki yang tolong abang. Mereka nampak gembira.

Abang lapar. Tiub masih belum okey. Mungkin tiub kena tukar. Tiub pernafasan okey cuma tiub makanan saja yang bermasalah. Esok abang kena cari tempat untuk dialisis. Abang rasa nak balik awal. Badan tak larat. 

Abang demam semula.

Masa dalam kapal terbang tiba-tiba abang rasa macam ada sesuatu kena mata. Sampai sekarang pedih. Mata kabur. Kena tengok betul-betul baru nampak. Itupun masih blur. Kepala pun sakit. 


4.

Doktor hantar e-mel minta abang balik cepat. Dia suruh buat kemoterapi. Sebenarnya dia suruh buat pembedahan tapi abang tak berani. Risiko tinggi.

Sayang, doktor cakap abang mungkin akan kena strok. Simptom-simptom semakin jelas.

Keadaan tak menjadi semakin baik. Keadaan tak menjadi seperti yang kita harap-harapkan. Harapan semakin tipis...

Can I have a hug?

xoxo

Setiap masa, di mana saja – awak dalam ingatan saya.


1.

Saya sampai di bumi Argentina. Penerbangan hampir 11 jam dari John F. Kennedy International (JFK) New York ke Aeroparque Jorge Newbery (AEP). Tidak ada yang istimewa di bumi Argentina kecuali dua perkara. Pertama tentang Jorge Luis Borges dan kedua tentang hak LGBT di iktiraf. Argentina mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Borges seorang sasterawan yang di kagumi ramai. Saya tidak terkecuali. Karya-karya fiksyen yang menyegarkan.

Sampai sekitar jam 12 malam. Daftar masuk ke motel dan tidur.


2.

Kali ini tak terkejar-kejar. Sepatutnya saya ambil pesawat dari Sydney ke New York atau lebih mudah dari Kuala Lumpur transit di Narita kemudian ke New York. Setelah ke Sydney, saya ke Melbourne. Dari Melbourne terbang ke Los Angeles (transit) kemudian ke New York. Tiada penerbangan terus ke New York dari Melbourne. Masa penerbangan lebih kurang 24 jam dan kadang-kadang lebih bergantung kepada cuaca. Amat meletihkan.

Masa transit di LA untuk ke NY hanya 1 jam 30 minit. Kelam kabut untuk pelbagai proses sebelum perlepasan. Nyaris tak terlepas pesawat.

Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy   (JFK). Antara lapangan terbang tersibuk. Lapangan terbang LaGuardia biasanya di gunakan untuk penerbangan domestik.


3.

New York sesuai untuk manusia berjiwa urban. Kota ini tidak begitu sesuai untuk saya. Kota yang amat sibuk – lebih sibuk dari Sydney. Banyak bangunan daripada manusia. Bulan October antara bulan terbaik untuk melawat New York kerana cuacanya yang nyaman. Selepas Thanksgiving, musim sejuk akan bermula hingga Febuari/Mac.

Ada tiga/empat tempat yang wajib di lawati bila ke New York iaitu Empire State Building, Statue of Liberty, Ellis Island Immigration Museum dan New York Skyride.

Tentunya ke kedai buku yang membuatkan saya dan anak-anak lebih teruja. Kami singgah di beberapa buah kedai buku antaranya Strand Books, Books of Wonder, Mysterious Bookshop dan Stmarks Bookshop. St.Mark's Bookshop di tubuhkan pada tahun 1977 antara kedai tertua di New York. 

Sempat juga memborong di sini terutama apabila ke Mysterious Bookshop. Jumpa banyak buku-buku buruan (baca jarang jumpa/rare) di Books of Wonder tapi harganya agak mahal untuk di miliki. 

Beli juga senaskah novel erotik-porno karya D.H Lawrence berjudul Lady Chatterley’s Lover yang di terbitkan pada tahun 1928. Saya beli edisi tanpa pindaan terbitan 1959.


4.

Setiap masa, di mana saja – awak dalam ingatan saya.

xoxo

Friday, October 26, 2012

Kesempurnaan


1.

Pet Pet sah bercerai dengan isteri dia. Abang tak tahu nak beri respon. Abang tak pernah salahkan isteri Pet Pet. Mungkin setakat itu sahaja dia boleh bersabar atau mungkin dia tak dapat lagi  bersabar. Pet Pet sangat cerewet. Cerewet yang bukan-bukan.

Kalau sidai tuala salah tempat dia bising, lipat baju salah cara pun dia bising. Itu belum lagi ambil barang dan salah letak mengikut posisi asal. Bayangkan, kalau posisi minyak wangi condong 90 darjah (pada kedudukan asal) bila ambil dan mahu letakkan semula juga pada posisi 90 darjah tepat.

Pet Pet terlalu mencari kesempurnaan. Tak mungkin dia akan berjumpa dengan perempuan yang sama perangai (dalam menyusun barang, susun atur perabot dll) yang sama citarasa dengan dia. Kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta. Itu pun – mungkin.

Pet Pet ajak pergi rumah dia tapi abang macam tak nak pergi. Bukan sebab abang tak suka dia tapi abang tak nak nanti anak-anak rasa macam “melawat penjara”. Memang tak ada adik-beradik lain yang nak pergi/tinggal di rumah dia.

Rumah sangat bersih & kemas cuma hilang seri. Dan Pet Pet lakukan kesilapan yang besar bila ceraikan isteri dia.


2.

Takeshi merajuk dengan Kak Ain. Semua pun salah Kak Ain. Kak Ain tak hargai Takeshi betul-betul. Macam-macam Takeshi buat untuk Kak Ain tapi Kak Ain layan Takeshi lebih kurang. Takeshi khabarnya ambil cuti ke Kyoto.

Kak Ain tak bolehlah anggap Takeshi macam bekas suami dia yang dulu. Takeshi jauh lebih baik walaupun dia kurang romantik dan nampak kurang peduli. Sekurang-kurangnya dia jaga Kak Ain dengan baik. Paling penting dia tak pukul Kak Ain dan dera seksual macam bekas suami Kak Ain yang dulu.

Kadang-kadang kita kena belajar menerima sesuatu seadanya. Kita tak boleh mengharapkan kesempurnaan dalam semua aspek sebab kesempurnaan tak pernah wujud dalam sesebuah hubungan.

Kalaupun Kak Ain tak bersedia nak timbang anak, dia kena terima juga sebab kandungan dia dah melebihi 4 bulan. Kak Ain perlu jadi lebih sensitif dan prihatin dengan Takeshi. Takeshi lelaki yang baik. Perempuan tak memerlukan lelaki yang romantik – mereka perlukan lelaki yang boleh memimpin dan bertanggung jawab serta prihatin dengan kehendak mereka.


3.

Ary dan isteri sudah tinggal sebilik walaupun berlainan rumah. Tapi sekurang-kurangnya isteri Ary boleh bebas lepas dalam rumah Ary dan Ary tak lagi rasa ada “alien” dalam rumah dia. Mungkin Ary boleh terima dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri. Harap-harap Ary boleh sesuaikan diri dan menerima bahawa dia sudah ada isteri. Ary sudah kahwin hampir setahun tapi masih belum mampu sesuaikan diri.

Ary tak cakap apa-apa tentang anak. Dia perlukan masa untuk sesuaikan diri untuk jadi seorang ayah agaknya. Kalau Ary masih tunggu dan cuba sesuaikan diri, sampai bila-bila keadaan tidak akan berubah.  Ary perlu lebih cepat adaptasikan kehidupan baru dia walaupun usia rumah tangganya sudah mencapai usia setahun.

Ary semakin kurus. 


4.

Alex cakap Ocio masih di Syria dan tak ada tanda-tanda nak mengikat hati dengan Zara. Tak tahulah apa masalahnya. Dari air muka Zara semua orang tahu Zara sayangkan Ocio. Ocio memang tak akan cakap tentang hati dan perasaan.

Harap-harap Ocio tidak di belenggu kenangan. Ocio patut ingat dan ambil pengajaran tentang peristiwa lepas. Ocio sepatutnya lebih peka dan terbuka. Semoga Ocio tak menyesal di kemudian hari.

Kalau Ocio dapat terima Zara tentu baik.


5.

Semua yang terjadi ada hikmah.

Thursday, October 25, 2012

Awak, perempuan hebat yang saya cintai sepenuh hati


1.

Saya tak pernah menyukai seorang wanita bekerja sebagai doktor. Saya tak pernah menyenanginya. Mungkin kerana Ummi terlalu sibuk dengan kerjayanya hingga tak banyak masa di luangkan untuk saya. Saya faham Ummi punya tugas yang berat untuk di pikul.

Saya memang berazam untuk menghindari wanita yang bekerja sebagai doktor. Tapi, sejauh mana saya cuba menghindari akhirnya belahan hati saya seorang doktor. Kalaulah saya mengenali  awak lebih awal lagi, saya mungkin akan pengaruhi awak untuk ambil bidang lain.

Tapi saya tak akan buat begitu sebenarnya. Saya tak akan pengaruhi awak kerana saya percaya awak punya hak untuk memilih impian yang awak inginkan. Saya akan berikan awak peluang untuk membuat pilihan. Tidak sesekali saya akan cuba aturkan hidup awak.


2.

Saya percaya setiap wanita berhak menentukan arah hidupnya. Saya percaya lelaki tidak harus menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang wanita dari meneruskan impian mereka. Saya percaya lelaki dan wanita harus di berikan hak yang sama rata untuk menyinarkan diri.

Saya percaya ini aturan Tuhan untuk buat saya lebih memahami. Bila awak sudah bergelar doktor, baru saya sedar bahawa tugas ini tidaklah mudah malah menuntut komitmen yang tinggi. Saya rasa bersalah terhadap Ummi.

Saya tahu Ummi sayangkan saya. Cuma Ummi tidak banyak meluangkan masa untuk melayan kerenah saya. Saya jadi walang dan kecil hati tika itu. Saya katakan pada Ummi bahawa Ummi lebih pentingkan hospital dari rumah sendiri. Saya terlalu cabul saat itu. Saya tak memahami...


3.

Saya banyak memberontak dalam senyap. Ketika itu, saya tak fikirkan yang Ummi penat selepas seharian berada di hospital tambah-tambah bila on call. Saya tak fikirkan bahawa Ummi perlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga. Saya tak pernah fikirkan bahawa Ummi punya tanggungjawab yang besar.

Hari ini, dengan takdir Tuhan saya dapat merasa semua ini. Barulah saya tahu kenapa Daddy tak pernah merungut bila Ummi keluar untuk bekerja. Waktu itu tidak banyak doktor pakar jadi kepakaran Ummi amat diperlukan.

Waktu itu juga saya katakan bahawa Daddy tak memahami hati saya yang inginkan seorang ibu di rumah. Saya begitu daif ketika itu. Ummi tidak pernah cuba memahamkan saya dengan kerjayanya kerana katanya suatu hari nanti saya akan faham.

Hari ini Im mengerti, Ummi. Maafkan Im...


4.

Ini di namakan perencanaan Tuhan. Seorang wanita bekerjaya doktor amat saya hindarkan walhal dalam perencanaan Tuhan dialah untuk saya. Saya kurang menyukai wanita bekerja sebagai doktor walhal wanita itu sebaik-baiknya untuk saya.

Tuhan membuat saya faham dengan mentakdirkan awak hadir dalam hidup saya.

Terima kasih kerana masih menjadi nafas untuk lelaki berkerusi roda ini yang hidup dengan satu mata dan menggunakan hanya sebelah tangan bagi meneruskan sisa kehidupan.

Awak, perempuan hebat yang saya cintai sepenuh hati. 

Sunday, October 21, 2012

Manusia mesti berjuang


1.

Setiap manusia di lahirkan dengan pelbagai impian. Impian kita selalunya tinggi. Dalam hidup, setiap tahun kita menulis impian di awan. Kita mengira seberapa banyak impian yang berjaya kita kecapi. Kita membilang impian yang gagal kita pegang.

Sesetengah manusia melalui laluan untuk mengapai impian dengan mudah. Terdapat manusia melaluinya dengan penuh kesulitan. Hidup manusia memang tidak mudah. Manusia tidak boleh rebah dan mudah mengaku kalah. Manusia mesti berjuang.


2.

Saya tumpang gembira (dan bersyukur) bila lihat awak dapat genggam apa yang awak impikan. Saya tahu laluannya sukar tetapi kemudiannya dipermudah. Saya tahu awak akan menikmati hasil yang manis setelah melalui masa-masa sukar.

Saya teruja bila lihat awak konvo. Mungkin rasa teruja kita tak sama. Saya teringat masa-masa getir ketika saya bergelut menyiapkan tesis. Susah dan getirnya hanya di fahami oleh manusia yang melaluinya. Memang perit dan terasa amat payah pada mulanya. Tidak ada perkara bermula dengan kesenangan dan keselesaan.


3.

Awak habis belajar dan tidak lama kemudian di panggil bekerja. Don habis belajar 3 tahun lepas dari universiti prestij tapi masih menganggur. Dalam erti kata sebenar, dia mempunyai kerja tapi bukan kerja yang setaraf dengan tahap pendidikannya. Tidak pula saya katakan tujuan universiti di tubuhkan untuk memberi persediaan pekerjaan buat siswa. Itu satu topik yang lain.

Saya melihat banyak graduan yang menganggur. Sampai sekarang masih bergelut mencari kerja. Mereka tertekan kerana hutang PTPTN perlu di bayar. Tekanan paling hebat adalah memikul harapan orang tua yang ingin melihat anak mereka berjaya dalam hidup (dengan mendapat pekerjaan yang terbaik) setelah tamat pengajian.

Awak wajib bersyukur kerana di berikan rezeki secepat ini. Ada antara kita masih tercari-cari pekerjaan. Masih berharap akan memegang jawatan tetap. Bersyukurlah awak dipercepatkan rezeki.


4.

Awak perlu tahu saya bangga dengan awak. Saya nak cakap masa telefon tadi tapi entah kenapa seperti biasa saya gagal. Selamat memasuki alam pekerjaan penuh cabaran yang menuntut kesabaran yang tinggi. Selamat mengutip pengalaman dan menghargai kehidupan.

Saya tahu selepas ini masa kita akan jadi lebih terbatas. Berikan saya masa dan saya cuba sesuaikan diri. Saya tahu awak sedih tapi kita tak punya pilihan. Kerjaya ini pilihan awak. Semoga awak berbahagia bila bergelut dengannya nanti.

Seronok bukan bila impian jadi kenyataan?


xoxo

Thursday, October 18, 2012

Rindu awak yang sentiasa hangat



1.

Mula-mula abang cadang nak terus ke New York tapi tak jadi bila Mr. Smith cakap nak jumpa abang dekat Sydney. Dia ajak tengok hartanah dekat sana. Abang terus tempah tiket ke Sydney. Penerbangan lewat sejam. Jam 1 tengah hari baru berlepas.

Umar & Huda macam biasa – tak banyak buat hal. Adam banyak kali merengek. Dia nak berjalan. Bagi dia permainan pun dia tak layan. Bila bagi dia tengok awan bukan main suka. Dia paut bahu abang. Cuba berdiri. Pandai. Berdiri lama pula tu.

Sebab penat berdiri, dia cepat tidur.


2.

Tujuh jam penerbangan. Bila sampai hari dah gelap. Apit ambil dari lapangan terbang. Beli kebab untuk anak-anak. Kakak nak nasi tapi mana nak cari nasi. Banyak kedai dah tutup. Umar boleh nak pantun lagi masa tu.

Dua darab empat lapan,
Kakak tak nak adik makan.

Kakak makan juga kebab. Umar nakal betul. Lepas salin pampers Adam, bagi dia susu, lap-lap sikit badan dia - dia pun tidur lena. Umar tak tidur. Dia tengok peta. Cari maklumat tempat-tempat menarik. Dekat Sydney apalah yang ada sangat kecuali Opera House.

Esoknya, masa abang jumpa Mr. Smith, Apit bawa anak-anak pergi Opera House


3.

Habis meeting kena cepat pergi airport. Ambil flight ke Melbourne. Abang di Melbourne sekarang. Abang suka Melbourne. Sydney sangat sibuk (macam KL). Orang-orang Melbourne tak suka orang-orang Sydney. Flight lebih kurang sejam setengah. Nasib tak delay. Flight Qantas  selalu bermasalah.

Sampai Melbourne pun dah lewat petang. Sempat jalan-jalan dekat kompleks. Huda sangat teruja tengok banyak kedai buku. Harga buku di Melbourne pun murah. Mana taknya, banyak kegiatan kesasteraan di sini. Lagipun, pada Ogos 2008, UNESCO telah menobatkan Melbourne sebagai City of Literature.

Sebuah buku terpakai yang kualitinya seakan-akan buku baru hanya sekitar AUD 3. Abang tak dapat tahan diri dari membeli. Abang borong 5 buku. Huda beli 6. Umar borong  10 buku!  Abang balut kemas terus pos. Kalau bawa naik kapal terbang nanti mesti ada masalah lebihan berat. Lagipun banyak tempat nak pergi.

Makan nasi goreng di Yarra River. Umar terkejut sebungkus nasi goreng berharga AUD 18. Dia nyaris tak nak makan sebab mahal sangat katanya. Tapi makan juga sebab lapar. Adam makan nestum. Lepas makan abang ajak anak-anak solat dekat taman. Alahai...sayu hati tengok muka Huda. Anak-anak tak biasa solat merata tempat. Dekat Melbourne tak ada masjid. Dekat Sydney ada sebuah masjid. Azan pun tak ada di sini.

Dengan susah payah tengok anak-anak ambil wuduk. Pengalaman baru untuk Huda dan Umar. Lepas solat, jalan-jalan lagi. Kemudian ambil tram terus balik hotel. Perkhidmatan tram paling popular di Melbourne. Jadual waktu di patuhi – perjalanan jarang terlewat.


4.

Kursus induksi bosan? Kesian awak. Bosan pun kena dengar juga.


5.

Saya harap awak sudah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Harap-harap awak dapat tukar ke Hospital Putrajaya/HUKM. Kawasan Klang agak berbahaya. Banyak samseng. Tak sesuai untuk orang yang akan memandu lewat malam macam awak.

Kalau awak tak sedia nak kerja, kena sediakan diri juga. Kena bayar duit Mara RM 360,000. Lepas dua tahun kalau awak masih bosan kerja – sambung Master. Okey?


6.

Esok tak sempat dialisis. Flight awal. Sampai New York nanti jadual padat. Susah hatilah....


7.

Hari ini hari Khamis malam Jumaat. Rindu awak yang sentiasa hangat.




xoxo

Saturday, October 13, 2012

[12]


My fault... I’m sorry...

Pantun


Empat hari lepas ajar Umar & Huda tentang pantun – tentang maksud dan pembayang. Ajar tentang pantun dua dan empat kerat.  Lepas ajar lebih kurang 40 minit, minta Umar & Huda cipta pantun. Dan Umar berjaya. Pantun pertama Umar berbunyi:

Hari-hari mengaji mukadam,
Adik sayang Adam.

Kemudian, Umar berpantun tanpa jemu. Huda masih gagal cipta pantun. Masih mencuba. Ada beberapa pantun Umar yang menarik.

Adik rasa nak makan Papparoti,
Abang Don bawa kereta hati-hati.

Budak-budak main papan,
Kalau Adam nakal kena rotan.


Ada banyak lagi pantun Umar tapi dah lupa :(

Monday, October 08, 2012

2.21 pagi


Saya berdoa agar Tuhan berikan awak kebahagian lebih dari apa yang saya mampu berikan.

Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba rasa sebak. Semalam saya menangis lagi. Malam ini, malam ketiga saya rasa sebak. Semalam saya rasa takut. Takut kalau awak akan tinggalkan saya. Bila awak berikan saya jaminan – saya masih rasa takut.

Saya rasa sebak, mungkin sedih dengan apa yang tak mampu saya berikan. Saya rasa serba kekurangan. Saya rasa tak berguna dan saya rasa saya patut di tinggalkan walau sebenarnya saya berharap awak tak akan tinggalkan saya. Tak...saya tak mahu awak tinggalkan saya.

Tapi...saya tak nak lihat air mata awak menitis selalu. Semuanya kompleks. Baru tadi, saya seakan berjanji untuk tidak putus asa. Kadang-kadang saya rasa saya patut mati tapi saya belum puas hidup dengan awak. Saya belum puas rasa kasih sayang awak.

Saya tak boleh tidur. Badan saya cramp macam biasa. Sakit kepala pun datang. Sejak tiga hari, saya sesak nafas dengan teruk. Mungkin sebab menangis. Mungkin saya rasa tertekan. Mungkin saya rasa kekurangan yang amat. Saya mahu jadi lelaki normal yang mampu buat awak bahagia.

Tapi saya tak mampu...

Saya sayang awak. Saya harap tak akan pergi. Tak akan pergi tinggal saya seorang diri walaupun saya rasa saya tak layak terima kasih sayang awak.

Malam ini saya menangis lagi...


Saya sayang awak, selalu. 

[11]


1.

Hari ini pergi mahkamah untuk lawan kes - hak penjagaan Adam tapi Aiman tak datang jadi tak boleh buat apa-apa. Bincang dengan peguam dia – tawarkan dia boleh lawat Adam bila-bila masa dia mahu. Minta dia tarik balik kes. Huda & Umar bangun awal. Umar pakai kemeja kuning. Umar sibuk nak pakaikan Adam kemeja. Hari ini semua pergi mahkamah pakai kemeja warna kuning. Adam wangi – Umar sembur minyak wangi Boss.

Sampai mahkamah sekitar jam 8.30. Kes pukul 10. Rasa tak seronok pergi mahkamah. Rasa gementar, rasa segan sebab ramai orang tengok-tengok, pandang-pandang, bisik-bisik. Tapi kena pergi juga. Bila tahu Aiman tak datang, hakim marah bukan main lagi. Bila masuk mahkamah tak boleh bising. Bila Umar tanya macam-macam, tak boleh nak terangkan. Akhirnya, Umar minta nak cakap sendiri dengan Tuan Hakim ketika sesi belum pun bermula! 

Umar: Adik boleh takap sendili. Tak payah suluh abang peguam takap. Adik tak nak bagi adik tecik-tecik dekat abang Aiman. Adik penat sayang adik tecik-tecik. Kakak sayang adik tecik. Daddy sayang adik tecik. Mama pun sayang adik tecik. Adik janji adik tak buli adik tecik. Adik janji adik jaga adik tecik. Adik janji adik tak malah adik tecik. Janganlah ambil adik tecik. Adik ada solang je adik tecik. Nanti adik tak ada kawan. Pakcik tak payahlah bagi adik tecik adik dekat abang Aiman.

Boleh ingat satu-satu apa yang Umar cakap. Tak sempat nak halang Umar pun. Umar dah bangun. Dengan penuh yakin Umar cakap. Hakim pun dah kena panggil “pakcik”. Mujur hakim tak marah. Hakim angguk-angguk kemudian senyum. Umar memang berani. Tak sangka Umar nak cakap dengan hakim macam tu. Agaknya Umar dah pendam lama jadi dia nak lepaskan. Memang sejarah tercipta di mahkamah siang tadi.

Habis dekat mahkamah terus pergi hospital. Badan bengkak  sebab tak pergi dialisis. Umar & Huda kena balik rumah sebab nak bersiap pergi kelas karate. Bila Umar dah tinggalkan Adam, Adam merengek tak henti-henti. Nak tak nak kena juga pujuk Adam sebab kalau tak habiskan dialisis nanti badan akan bertambah bengkak.


2.

Hari ini bawa anak-anak pergi taman. Berhari-hari sibuk mengadap kerja, Umar mula merajuk. Umar tak main sangat pun. Dia tak suka peluh banyak sangat. Nanti comot. Main ala kadar. Habis main terus pergi cari popia basah. Huda beli pau ayam & roti jala. Umar beli Papparoti macam biasa.

Huda: Roti jala ketot-ketot macam adik.
Daddy: Adik Huda yang mana satu?
Huda: Umar!
Umar: Adik tecik lagi. Kakak tuke tate (ngata) adik. Melajuklah.
Huda: Ketot pun comel. Kakak sayang adik.
Umar: Kakak tade (ngada)


3.

Esok bercadang ke rumah orang-orang tua. Agak lama tak ke sana. Sengaja bawa anak-anak ke sana. Mungkin mereka dapat belajar sesuatu dari sana. Sudah menjadi trend agaknya anak-anak yang membuang ibu bapa sendiri. Ibu bapa yang uzur sudah di anggap sebagai beban kepada anak-anak. Rumah penempatan orang-orang tua kebanyakannya sudah penuh dan tak dapat menampung jumlah penghuni yang semakin bertambah.

Hari ini The Star melaporkan semakin banyak orang tua di tinggalkan oleh anak-anak mereka di hospital  walaupun ibu bapa mereka telah sembuh. Terdapat banyak kes anak-anak yang memberi nombor telefon dan alamat palsu untuk mengelakkan mereka dari di hubungi oleh pihak hospital. Apabila anak-anak tidak dapat di hubungi, kebiasaannya pihak hospital akan memindahkan orang-orang tua ini ke rumah perlindungan. Ada juga orang-orang tua yang kecil hati kerana anak-anak langsung tidak mengambil berat tentang mereka.


Hindarilah kita dari menjadi anak yang begini kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi tua. Kita pastinya mahu hari-hari tua kita di isi dengan gelak ketawa ahli keluarga dan anak-anak. Perlulah selalu kita ingat tanpa ibu bapa kita tidak akan wujud. Ada hari-harinya kita mungkin terguris hati dengan mereka. Kecil hati kita dengan ibu ayah janganlah terlalu lama kerana masa beredar dengan cepat. Saat kita ingin mengasihi mereka mungkin ketika itu mereka sudah pun pergi.


4.

Hari ini akan mengajar anak-anak tentang pantun. Kata Prof. Muhammad Haji Saleh, pantun itu salah satu daripada 3 genius Melayu. 

Sunday, October 07, 2012

[10]


1.

Saya susah hati. Demam awak belum kebah. Saya susah hati awak batuk teruk. Saya jadi bertambah susah hati bila awak sakit kepala. Saya harap saya boleh ambil kesakitan yang awak rasa. Saya harap awak lekas sembuh.

Mungkin saya sedikit lega bila saya lepaskan apa yang terbuku dalam hati. Saya belajar untuk lepaskan apa yang saya simpan. Ini kali kedua. Saya cuma lepaskan 0.01% dari apa yang saya rasa. Saya masih suka pendam walaupun saya tahu dengan berbuat begitu saya akan bertambah stres.


2.

Saya sangat sayangkan awak. Mungkin kalau saya taipkan tiga ratus juta kali masih tak mencukupi. Saya  sayang awak lebih dari yang awak fikirkan. Saya sanggup korbankan banyak perkara untuk buat awak bahagia.

Mungkin mitos cinta pertama memang kuat dalam diri saya. Tak kisahlah siapa pun diri awak pada masa lepas atau pada masa akan datang, cinta saya pada awak tetap sama. Tetap tak berubah.

Mencintai awak buat saya bahagia.


3.

Terima kasih kerana malam tadi awak menangis bersama-sama saya. Terima kasih selalu buat saya rasa bahagia tak kira masa.

Awak begitu bermakna dalam hati saya. 


xoxo

[9]


1.

Umar: Daddy! Daddy! Mangun! Mangun!
Daddy: Kan awal lagi. Baru pukul 7. Daddy baru nak tidur. Semalam Daddy tak tidur.
Umar: Daddy janji nak tolong adik.
Daddy: Lagi 10 minit okey?
Umar: Adik ada banyak teleje. Daddy tanganlah main-main. Adik bishi (busy).  
Daddy: Alaaa...hari Ahad mana ada kerja nak buat. Nanti kita buat eh?
Umar: Adik ada uslah pukul 4 petang. Adik nak main pukul 6. Adik nak belajar dapur lagi.
Daddy: Belajar dapur? Daddy mana reti nak ajar Umar pasal dapur.
Umar: Dapurlah Daddy. Daddy tuke buli adik (merajuk)
Daddy: Haih... dapur apa ni Umar?
Umar: Dapur yang tebulur hali-hali. Orang kulit telap-telap tu.
Daddy: Ish! Tu Darfurlah. Bukan dapur. Eee! Dah besar pun pelat lagi.
Umar: Adik melajuk, adik melajuk, adik melajuk.
Daddy: Hee Umar cakap macam orang Cinalah.
Umar: Daddy tuke buli adik.


2.

Daddy: Umar main dengan siapa tadi?
Umar: Adik main dengan anak teling tecik tu (sambil tangan tunjuk arah budak lelaki India)
Daddy: Ish! Bukan Kelinglah. Panggil India. Keling tu bahasa tak elok.
Umar: Adik tengar olang-olang dekat sulau panggil teling-teling je.
Daddy: Tak boleh. Kena panggil India. Baru nampak sopan. Okey?
Umar: Adik tak main dah dengan anak teling.
Daddy: Bukan tak boleh main dengan dia. Tak boleh panggil dia macam tu. Tak elok.
Umar: Adik panggil dia India. Tapi bunyi tak tedaplah Daddy. Teling lagi tedap.
Daddy: Ish! Bukan sedap ke tak bunyi tu. Sopan ke tak panggilan tu. Kan nabi pesan kena panggil orang dengan panggilan baik-baik. Umar dah lupa ye.
Umar: Adik ingat. Adik tak panggil teling dah.
Daddy: India
Umar: Haa India.
Daddy: Haa pandai pun!


3.

Esok perlu pergi mahkamah. Aiman failkan kes. Dia nak ambil Adam semula. Suasana rumah agak suram. Masing-masing fikirkan tentang esok. Harap-harap Adam tak perlu kembali kepada Aiman. Umar yang pada mulanya enggan terima Adam sudah mula sayang Adam.

Melihat keletah Adam boleh meringan beban kesakitan. Adam agak aktif. Kadang-kadang Umar pun tak terlayan dia. Adam akan paksa Umar main dengan dia. Sejak Huda sibuk dengan lukisan, Adam lebih banyak kacau Umar.

Ada sekali Adam merengek nak ikut Huda masuk studio. Huda bagi berus. Ajar Adam melukis. Tapi Adam tak melukis di kertas. Adam melukis di muka Umar. Membebel panjang Umar.

Umar pandai ‘gunakan’ Adam. Adam nak makan Papprotilah, Adam nak makan ais kacang, Adam nak makan ais krim – semua pun Adam. Umar gunakan Adam untuk dapat makanan yang dia nak.


4.

Untuk beberapa hari kebelakangan ini lagu Maher Zain tak berkumandang lagi di rumah. Umar bangun agak lewat jadi Huda gunakan peluang yang ada untuk dengar lagu Pink Floyd & Nirvana. Kadang-kadang K-Pop.

Umar: Kakak tangan dengar kepop-kepop. Tak telonok. Adik tak tuke.
Huda: Kakak tak dengar kepop. Kakak dengar K-Pop.
Umar: Tak nak tawan kakak.

Umar anti K-Pop.


5.

Huda suka bola sepak. Penyokong Real Madrid. Tak tahulah macam mana Huda boleh minat bola dengan dahsyat sekali. Umar langsung tak suka bola.

Umar: Kakak tak payahlah tengok bola tepak.
Huda: Kakak nak tengok juga.
Umar: Esok adik beli kakak bola tepak. Kakak tengoklah bola yang betul. Lagi telonok.
Huda: Kakak nak tengok orang main bola.
Umar: Adik tak faham tenapa olang tuke tengok bola tepak. Temua olang nak tejar 1 bola. Nanti adik beli bagi olang-olang. Olang-olang tak payah main tejar -tejar bola.
Huda: (muka stres)
Umar: Pandai tak adik?
Huda: Tak
Umar: Kakak tengki.
Huda: Bweeeek!