Thursday, January 31, 2019

Futuhul Ghaib

Hai Hara!

Abang selamat tiba di bumi Georgia... Kerja berjalan dengan baik. Cuaca juga amat menyenangkan. Sebelum abang terlupa, terima kasih siapkan keperluan abang. Semua suit yang Hara pilih ternyata amat berpadanan dengan acara yang akan abang hadiri. Tentulah abang teruja kerana ini adalah kali pertama Hara siapkan beg pakaian abang.

Maafkan abang atas jadual kerja yang padat. Abang tak dapat luangkan banyak masa bersama Hara dan anak-anak. Abang harap Hara faham. Tugas dan tanggungjawab yang abang pikul selalu memaksa abang bekerja lebih masa di luar negara. Mudah-mudahan Hara dapat sesuaikan diri dan menerima jadual kerja abang seadanya. 

Hara sedang buat apa? Abang menyambung bacaan kitab Futuhul Ghaib karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Abang suka kitab karangan beliau - mudah di fahami walaupun kadang-kala abang terpaksa merangkak membacanya. Karya-karya beliau sungguh baik untuk di tekuni. Kitab ini akan selalu bersama abang untuk jangka masa panjang. 

Abang rindu Hara, rindu banyak sangat. Abang suka merindu dari jauh. Kata orang, merindu dari jauh lebih intim dan nikmat. Bagi abang pula, merindu dari jauh sesuatu yang manis kerana kita tak sabar-sabar ingin pulang ke pangkuan orang yang kita sayang. Abang rindu Hara sedalam-dalamnya. Jaga diri baik-baik sayang. Rehat secukupnya. 

I feel you
in the sunsets I watch
in the road trips I take
in the books I read
in the songs I hear
in the breeze I feel.

I feel you -
in the things
that make me
the happiest.


Tanpa Nama






Lelaki di sudut hatimu,
Abang




Tbilisi, Georgia
31 Januari 2019, 8.30 malam

Wednesday, January 30, 2019

Business travel

Off to Georgia.

Tuesday, January 29, 2019

Late night conversation

"Masa kita bercinta dulu baru perasan kita tak gayut tengah malam. Hara ah tidur awal"
"Hara tak tidur pun"
"Tahu. Saja tak nak gayut"
"A'ah. Biar abang rindu"
"Hara tak suka eh cakap dengan abang?"
"Taklah bang. Siapa je tak suka cakap phone waktu malam"
"Habis dulu kenapa tak boleh?"
"Sebab tak bolehlah"
"Boleh pulak macam tu"
"Boleh je"

-

"Baby, jom balik"
"Yelah. Jom. Dah 300 kali menguap kan"
"Hihihi mana ada. Abang ni kan"
"Panjat je la belakang abang"
"Tak nak. Nanti orang nampak"
"Jalan elok-elok nanti tersepak batu salahkan batu"
"Hara rindu abang. Rindu abang bebel"
"Laa...ingatkan rindu lain"
"Heee abang fikir apa?"
"Hahahaha adalah"

-

"There’s no therapy or medicine like sharing meaningful time with someone you feel at peace and comfortable with. A little music for atmosphere and some quality conversation, and all of your wounds and sorrows heal themselves."

(Beau Taplin)







4.15 pagi, 29 Jan 2019

Monday, January 28, 2019

Meningkat dewasa

Daddy: Daddy jumpa gambar perempuan seksi bawah katil. Umar ke Adam yang punya?
Umar: Gambar apa daddy?
Daddy: Buat-buat tanya
Adam: Adam tak tahu
Daddy: Habis hantu punya?
Umar: Sejak kita orang meningkat dewasa, kita orang selalu mengalami perkara aneh
Adam: Betul daddy
Daddy: Pandai je

Tuesday, January 22, 2019

How I miss you

"Jangan risau. Nanti abang balik. Tadi tu bunyi angin. Kan dekat laut"
"Everything okay sayang?"
"Okay. Semua okey"
"Thanks for teasmade. Bila abang beli?"
"Rahsia. Abang balik nanti kita minum teh sama-sama"
"Janji?"
"Janji"
"Take care arjuna"
"Tergodalah hahaha"




via satphone

Sunday, January 20, 2019

7 days

Heading to a country that has strictly access internet and limited cell phone coverage in the world. The giant power in nuclear weapon. It is not for business purpose so I can’t complain much.

See you in 7 days.

Novel cinta

Umar: Daddy! Kakak baca novel cinta
Daddy: Kakak baca novel cinta tu biasa. Umar tak baca buku tu yang luar biasa
Kakak: Keno se das. Cian hehehehe
Umar: Daddy! Kakak mengata adik!
Daddy: Dah Umar mengata Kakak buat apa
Kakak: Keno lagi se das. Sakit dok hehehe

Saturday, January 19, 2019

Tokek

Adam: Daddy penyu dia haiwan apa?
Daddy: Reptilia
Adam: Cicak daddy?
Daddy: Sama. Reptilia
Adam: Macam mana Adam nak tahu dia haiwan reptilia?
Daddy: Senang je. Reptilia kulit bersisik, keras dan kering. Reptilia haiwan berdarah sejuk. Suhu badan berubah ikut persekitaran. Reptilia bernafas ikut paru-paru sebab lubang hidung dia bersambung terus dengan paru-paru. Reptilia membiak melalui bertelur
Adam: Adam faham
Daddy: Ada banyak jenis kumpulan cicak; sumpah-sumpah, mengkarung, biawak, gekko
Adam: Gekko tu apa daddy?
Daddy: Gekko tu contohnya cicak rumah, kubin, tokek yang selalu kita nampak dekat rumah. Tokek makan serangga. Tokek bertelur beberapa kaki dalam setahun. Telur pun tak banyak sangat, 1 hingga 3 biji. Bila sampai musim mengawan, tokek jantan buat bunyi 'tok heh' tak pun 'gek oh' untuk panggil tokek betina. Tokek betina bisu
Adam: Wow! 
Kakak: Menarik!
Daddy: Nampak tak kelebihan baca buku dari main phone
Umar: Keno se das. Cian
Kakak: Daddy! Adik mengata Kakak!

Thursday, January 17, 2019

Drama 2.30 pagi

"No...no…no tak boleh"
"Abang kena siapkan kerja. Kejab je"
"Tak boleh"
"Abang nak bangun macam mana ni"
"Tak bolehlah. Abang ni"
"Hara naik atas teman abang buat kerja"
"Tak nak"
"Okey. Abang bawa turun buat dekat sini, boleh?"
"Tak boleh"
"Dah abang nak buat kerja macam mana"
"Tak payahlah buat kerja"
"Lain macam punya manja"
"Manja sikit je. Eleh makwe abang macam tak manja. Itu yang kita tahu. Yang kita tak tahu entah berapa ramai luar sana"
"Laaaa"
"Apa senyum-senyum tengok kita"
"Garangnya"
"Garanglah. Orang tak nak tidur sorang"
"Abang buat kerja, Hara tengok movie. Okey?"
"Tak nak. Nak tengok abang je"

.

"Bang…"
"Hmmm…"
"…"
"Laa dah tidur"
"Mana ada eh. Orang pejam mata je"
"Hahaha yelah yelah"

Rambang mata

Umar: Adik rasa adik dah jatuh cinta
Daddy: Kata hari tu dah jatuh cinta 
Umar: Biasalah daddy. Kita orang lelaki kita senang rambang mata 
Daddy: Kemain je sekarang

Wednesday, January 16, 2019

Menetap di Pune

Salam ke atas kekasihku Nurhara, 

Setiap hari abang bangun dengan penuh kebahagiaan. Kebahagiaan abang adalah Hara dan anak-anak serta impian-impian kecil yang sering kita sandarkan bersama. Hari Selasa lepas kita pergi jogging bersama-sama selama 1 jam 45 minit. Semalam pula kita pergi lapangan menembak. Abang mahu Hara mahir menembak. Bila ada kelapangan nanti kita akan pergi berburu bersama-sama. Sudah lama abang tak pergi berburu. Esok pagi jika tiada aral abang akan ajar Hara teknik bermain judo. Tiba musim yang sesuai nanti kita akan pergi berkhemah. Selain itu, abang ingin bawa Hara ke acara motocross. 

Hidup kita di Pune bermula dengan agak baik. Bandar ini sederhana besar dengan lalu lintas yang tak begitu sesak seperti New Delhi. Kemudahan pengangkutan awam juga tidaklah sebaik bandar lain di India. Pune, selain menjadi hub pendidikan merupakan pusat teknologi maklumat yang semakin hari semakin berkembang pesat. Pencemaran udara di Pune masih belum berada di paras bahaya dan darurat. Memetik laporan Indeks kualiti udara Delhi yang menyukat jumlah partikel toksik memberikan bacaan purata 420 pada bulan Disember sedikit baik berbanding bacaan 449 hingga 450 pada bulan sebelumnya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 14 buah bandar di India tersenarai sebagai bandar paling tinggi pencemaran udara. Jerebu teruk melanda New Delhi memaksa sekolah di tutup. Pihak pemerintah India tidak mempunyai pelan rangka kerja untuk mengurangkan masalah pencemaran udara yang di sebabkan oleh pelepasan asap industri dan kenderaan. Selain itu, pencemaran juga di kaitkan dengan penggunaan bahan bakar yang tidak mesra alam sekitar. Kesannya, menurut Lancet Planetary Health seramai 1.24 juta orang telah terkorban pada 2017 kerana bernafas dalam udara yang mengandungi racun.

Hara janganlah risau. Jika keadaan tidak mengizinkan, kita akan berpindah ke tempat lain. Udara yang tercemar memberi kesan kepada kesihatan manusia. Tentu sahaja abang tak akan memperjudikan kesihatan Hara dan anak-anak. Jadi tak usahlah Hara bimbang. Abang tahu kita sedang merancang untuk menimbang cahaya mata sulung dan Hara tak mahu hal-hal begini merencat perancangan kita. Setelah selesai seluruh kerja abang di sini, dan jika Allah tak mengizinkan kita menetap lama di India - kita akan merantau lagi atau mungkin balik semula ke Malaysia. Sejujurnya, abang mahu menetap di rantau orang. 

Oh ya, kelas bahasa Sanskrit dan Urdu yang abang pelajari berjalan dengan baik. Agak susah juga belajar dua bahasa dalam satu masa. Abang berharap Tuhan terangkan hati abang untuk menuntut ilmu. Bahasa Urdu adalah bahasa pengantar bagi penganut agama Islam di India. Bahasa Sanskrit pula adalah bahasa kuno yang banyak meriwayatkan kisah dewa-dewa penuh kesaktian yang terdapat dalam banyak buku hikayat lama. Mempelajari bahasa tidak pernah merugikan malah ia akan menambah khazanah bangsa. Bagaimana dengan perkembangan projek yang sedang Hara usahakan? Semoga semuanya lancar.

Kepada Allah abang berharap agar Hara selalu dalam perlindungan dan karamah-Nya. 

.

You are my
love story, and I
write you into
everything I do,
everything I see,
everything I touch
and everything
I dream, you
are the words
that fill my pages.

A.R.Asher




Suami yang amat mencintaimu,
Abang







Pune, Maharashtra, India
16 Jan 2019, 11.06 malam

Tergigit semut

Daddy: Sekolah macam mana?
Umar: Biasa-biasa daddy
Daddy: Belajar apa hari ni?
Umar: Semua adik lupa
Daddy: Baru keluar pagar sekolah dah lupa
Umar: Semalam adik tergigit semut

Monday, January 14, 2019

The Last Farewell

Genap seminggu saya menerima kiriman e-mel dari awak dengan pelbagai rasa menyerbu ke dada. Malam itu saya menaip e-mel yang agak panjang sebagai kiriman balas namun membatalkan niat sebelum menekan butang ‘hantar’. Saya hanya membalas kiriman khabar dengan e-mel paling ringkas “Tahniah atas pernikahan dan selamat maju jaya dalam kehidupan”. Sejak kita membawa haluan masing-masing, saya kerap menerima rawatan psikiatri akibat kemurungan dan tekanan jiwa. Mood saya kerap berubah. Saya perlu mengambil pelbagai jenis ubat, melalui hari-hari gelap di wad psikiatri dan menjalani sesi terapi yang panjang.

Episod malang ini telah saya lalui untuk beberapa ketika. Malang sekali buat seorang lelaki seperti saya harus menempuh dugaan saat saya miliki hampir segala-galanya yang ada di atas muka bumi ini. Takdir, sebagaimana yang kita fahami - tidak dapat di ubah. Kita malah di saran menerima takdir yang Tuhan tuliskan buat kita. Kita dipaksa menerimanya sama ada kita suka atau tidak. Sakit di hati saya tidak pernah berkurang. Saya bergelut setiap hari untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah, segalanya beransur baik sejak penghujung tahun lepas. Hidup saya kembali tenang dan berwarna-warni. Saya kembali bernafas. 

Kesakitan yang saya tempuhi ini hanya di fahami oleh manusia yang pernah merasainya. Awak tentu sahaja tidak faham. Luka di hati ini akan tetap berdarah. Parutnya akan kekal hingga habis nafas. Pedihnya tak pernah berkurang dan kata maaf hanyalah setitik dari selautan derita yang awak tinggalkan buat saya. Awak tahu, mengenangkannya sudah cukup memilukan, cukup untuk menitiskan air mata. Saya tahu sia-sia sahaja saya katakan semua ini kerana rangkaian kata-kata tidak lagi bernilai. Semua kesalahan terbeban di bahu saya. Kata-kata tidak memberi sebarang makna. Tidak ada apa-apa yang bermakna antara kita. 

It still hurts, I still weep
Over promises we keep
It still hurts, I still bleed
Over promises we keep

It still hurts, I still weep
Over promises we keep
It still hurts, I still bleed
And the promise that we keep
Will stay forever

Do you know
What happened to me?
After we threw it all away
Yeah, everyday I drowned in sorrow
And just in case you want know
If I can feel the pain


It Still Hurts
Doro


Setelah sekian lama awak menyepi dari sanubari ini, tiba-tiba sahaja, tanpa sebarang petanda, awak muncul kembali ketika saya baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Mahatma Gandhi untuk memulakan kehidupan baru. Saya ingin sekali tahu, apakah kiriman awak benar-benar bersifat “penutup” kepada skesta antara kita? Secara peribadi, e-mel yang awak kirimkan bersifat justifikasi untuk memberitahu saya betapa betulnya pilihan yang awak buat, betapa bahagianya kehidupan awak sekarang dan betapa tak bergunanya saya ketika kita masih bersama. Bukankah begitu simpulan tersirat yang mahu awak sampaikan kepada saya? 

Saya menaip e-mel ini kerana perasaan bersalah membalas kiriman khabar dengan patah perkataan paling ringkas dan padat. Terasa pula seperti lelaki tanpa adab. Sejujurnya, saya tak mahu lagi mengungkit kisah lepas. Saya mahu berdiam diri kerana diam itu lebih baik dari kata-kata yang tidak memberi sebarang nilai, sekadar membuang masa. Pesan pujangga “Some things are better left unsaid, some words are better left unspoken”. Begitulah seharusnya kerana seperti kata Joe Barron “And now we’re just strangers with memories”. Masalah kita satu sahaja; jiwa kita teramat kenal antara satu sama lain. 

Saya masih merasa bahagia menulis kepada awak seperti waktu dulu. Ingin sahaja saya tuliskan bait-bait indah buat awak namun tentu sahaja tidak manis kerana awak sudah menjadi kepunyaan orang lain. Hidup kita penuh dengan kejutan. Tanpa pukulan ribut dan angin taufan, kita harus memilih jalan kehidupan masing-masing. Tika tiba detiknya kita berpisah, saya tahu saya tak mungkin melihat gigi awak tinggal dua. Kita tak mungkin hidup bersama ke akhir usia. Sungguhpun begitu, terima kasih kerana mengabdikan seluruh cinta dan kasih sayang awak buat saya suatu ketika dulu. Ia merupakan detik terindah dalam hidup saya.

Apa khabar ibu dan ayah? Fuad sudah berkahwin? Anak-anak membesar dengan baik cuma semakin hari semakin banyak ragam. Beberapa bulan lepas Umar dan Adam pergi mencari hantu ala paranormal. Kemudian mereka sibuk menjadi detektif. Sesak nafas di buatnya. Penat tak usah cerita. Masa bergerak begitu pantas. Berlalunya masa tidak memudarkan rasa cinta. Cinta, sebagaimana bentuknya akan kekal abadi dalam riwayat hidup kita sampai bila-bila, selagi hayat masih bernyawa, sampai kita menutup mata. Begitulah sifat cinta, masa tak dapat mencurinya, memadam atau membuat kita lupa pada cinta kita. 

Bukan perahu sebarang perahu,
Perahu Bugis membawa tiram;
Bukan rindu sebarang rindu,
Habis nyawa barulah padam.

(Tenas Effendy)







Lelaki yang tak punya harga di matamu,
Imran 






Sri Hartamas, Kuala Lumpur
3.33 pagi, 13 Jan 2019

A hug from behind

"Hara! Ayam dah berasap!"
"Allah!"
"Hmm!"
"Abang!"
"Jangan lari"
"Abang, nanti maid nampak"
"Abang dah suruh semua buat kerja dekat depan"
"Abang nak kopi?"
"Tak nak"
"Sandwich?
"Kita baru makan LSC minggu lepas"
"Ais krim?"
"Tak nak"
"Okay….mmm...what do you want?"
"Nothing"
"Mmmm...okey…abang lapar?"
"Shh…I miss you and I need 5 minute hug"
"I'm sweaty sayang"
"You smell good"

Tuesday, January 08, 2019

Will we be alright?

Terima kasih atas kiriman khabar yang datang bertandang saat kita baru sahaja melangkah ke tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu. Apa khabar awak di sana? Saya baik-baik sahaja. Pertama sekali, maafkan saya kerana membaca e-mel awak sepintas lalu dan masih belum berniat untuk membacanya berulang kali. Ya, saya masih gementar melihat nama awak di peti masuk e-mel saya. Saya barangkali teramat takut jika hati saya terguris dan berasa di sakiti. Dalam kamus hati, luka terhiris tak pernah kenal erti tepu. Luka di hati tetap akan berdarah sampai bila-bila. Luka tak akan pernah sembuh. Sakitnya kekal hingga ke akhir hayat namun kita tak punya kuasa melawan takdir yang Tuhan telah tetapkan buat kita. Takdir bersifat fitratullah.

Tidak ada kata maaf yang perlu dilafazkan. Tidak ada apa-apa yang perlu dimaafkan. Setiap manusia punya hak dan kebebasan untuk menentukan arah tuju kehidupan masing-masing. Awak tak terkecuali. Awak memilih jalan paling sempurna untuk dilalui sehari-hari dan pasti sahaja awak punya alasan tersendiri. Kita memilih jalan kehidupan tanpa paksaan. Tiada istilah paksaan dalam membuat pilihan. Kita membuat pilihan dengan penuh kesedaran dan timbangan yang waras. Barakallahu laka wa baaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khair Tahniah atas ikatan pernikahan yang di bina atas kesedaran cinta dan kasih sayang yang teguh, menempuh onak sepanjang jalan menuju kebahagiaan. Itulah cinta sejati yang di cari-cari. Cinta mati yang kekal abadi. 

Perkara yang telah berlaku antara kita dahulu adalah kerana kekhilafan dan kesalahan saya sendiri. Sepenuh kekhilafan dan kesalahan terletak di bahu saya. Sayalah lelaki yang tidak bertanggungjawab, penakut seperti yang selalu awak katakan. Segala kekurangan itu saya terima dengan penuh walang di dada. Maafkan saya kerana tak pernah memberi kebahagiaan dan kegembiraan seperti yang awak harap-harapkan. Saya terlalu mementingkan diri sendiri, terlalu takut dengan bayang-bayang realiti. Kesannya sudah saya terima saat awak memilih lelaki paling agung di dunia sebagai pendamping hingga menutup mata. Saya sangat terkesan dengan perpisahan itu hingga sukar meneruskan kehidupan. Saya mengambil masa yang amat panjang untuk menerimanya.

Sungguhpun begitu, saya tak pernah berdendam dengan awak. Jauh sekali berharap rumah tangga awak di badai gelora. Saya tumpang bahagia mendengar awak bahagia samping lelaki terbaik yang muncul dalam hidup awak, lelaki yang sempurna segala-galanya. Saya selalu berdoa agar masjid yang awak bina di teguhkan dengan persefahaman, berbumbungkan kepercayaan dan kesetiaan. Saya berdoa agar rumah awak di hiasi dengan gelak-ketawa anak-anak kecil, senyuman yang membahagiakan dan kegembiraan yang berpanjangan. Saya senang melihat awak bahagia. Saya bersyukur Tuhan temukan awak dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik dari saya. Nikmatilah hidup ini seadanya. Bersyukurlah kerana Tuhan memberi pelbagai nikmat untuk di syukuri. 

-

Maafkan saya kerana lewat membalas kiriman e-mel. Saya baru sahaja pulang dari bercuti dan kini sedang sibuk mengemas rumah. Saya kini berada di Pune, India dan akan menetap di sini buat beberapa ketika. Pune yang diberi jolokan “Oxford of the East” merupakan sebuah bandar yang menakjubkan. Setiap hujung minggu saya berhasrat berlibur di Goa dan Bangalore. Bangalore mempunyai banyak pantai yang bersih dan cantik. Goa, bandar bekas jajahan Portugis tidak kurang hebatnya dengan hiburan dan senibina yang menawan. Begitulah kiranya perancangan saya di sini. Jika berkesempatan saya ingin mengikuti kelas mempelajari bahasa Sanskrit dan mendalami bahasa Urdu. Dalam pada itu juga, saya sedang menyiapkan diri untuk mendaki Everest Base Camp tidak lama lagi.

Bandar ini diharapkan dapat menjadi penawar agar saya mampu melupakan masa silam walaupun saya sedar masa l tidak mudah lupus dari hati dan ingatan. Memasuki tahun ke 5, babak kesakitan ini masih terasa pedih seolah-olah segalanya terjadi semalam. Kata orang luka perpisahan tidak pernah sembuh. Saya terkesan sekali bila membaca ratapan Lucas W mengenai kesakitan cinta, “What are you doing? Are you waiting for someone who has no intention of coming back? Or are you trying to run away from them? Are you learning to relive your life? Or are you recovering from every bruise and cut? Tell me, what are you doing at this very moment?”. Bebanan hati ini memenjarakan hampir segenap hidup saya. Saya seolah-olah terkurung dalam masa lepas. 

Tak pernah dalam sehari saya tidak mengingati awak. Perasaan ini amat memilukan. Saya malah tidak pernah tahu mencintai seseorang begitu meresahkan. Hidup saya menjadi semakin tenat dan menyesakkan dada. Saya seperti seorang perenang amatur yang hampir lemas di laut dalam. Benar ungkapan Lucas W, “I am alright without you but I am not happy. I am well without you but I am empty”. Cinta pula tak pernah mengajar saya untuk mengucap selamat tinggal. Kata Lucas W. “Come over and teach me the art of leaving without having to leave parts of myself behind. Come and help me master the ways of letting go without ever dying night after night when every soul is fast asleep. Come over, and teach me the art of saying goodbye.”

Saya selalu memujuk hati dengan membaca Surah al-Baqarah ayat 216 “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu”. Kadang-kadang saya memujuk hati dengan Surah al-Qamar ayat 49 “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” atau Surah at-Talaq ayat 3 “Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. Sering juga saya baca Surah al-Baqarah ayat 286 “Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang terdaya olehnya” dan Surah al-Hadid ayat 23 “(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu”

Perpisahan mengajar saya banyak perkara. Kata pujangga “Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga harus selalu di benci kerana mungkin sahaja rasa sakit itu malah akan mendatangkan kebaikan buat seseorang”. Dalam Surah at-Taubah ayat 51,“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami”.  Dalam Shahih Muslim Jilid 4 hadis 2277 telah di titipkan “Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a katanya dia mendengar Rasulullah bersabda: “Allah Taala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum diciptakan-Nya langit dan bumi dan (ketika itu) Arasy Allah Taala berada di atas air”. Begitulah saya memujuk hati setiap hari. 

Terima kasih atas kiriman khabar dan doa yang tulus. Moga Tuhan melimpahkan rahmat dan kurniaan-Nya buat awak dan suami. Oh ya, ibu dan ayah sihat? Harapnya mereka menikmati penghujung usia dengan kegembiraan dan ketenangan yang berpanjangan. Mempunyai orang tua adalah satu rahmah dalam kehidupan. Huda, Umar, dan Adam sihat. Huda sedang menikmati dunia remaja yang penuh warna-warni, Umar masih sibuk dengan pelbagai kegiatan perniagaan dan Adam seperti biasa sibuk dengan kamera. Anak-anak akan mulakan sesi persekolahan pada 7 Januari ini. Sekolah telah dibuka pada 2 Januari namun atas beberapa sebab teknikal, saya lewat mendaftar sesi P&P mereka.. Sekian sahaja untuk kali ini. Moga kita bertemu lagi.


-

Habis kikis
segala cintaku hilang terbang
pulang kembali aku padamu
seperti dahulu.

Kaulah kandil kemerlap
pelita jendela di malam gelap
melambai pulang perlahan
sabar, setia selalu

Satu kekasihku
aku manusia
rindu rasa
rindu rupa
di mana engkau
rupa tiada
suara sayup
hanya kata merangkai hati


Padamu Jua
Amir Hamzah





Segalanya tinggal kenangan,
Imran







Pune, Maharashtra, India
6 Jan 2019, 3.29 pagi

Monday, January 07, 2019

1.15 pagi

Main catur dengan Hara.

Sunday, January 06, 2019

Seksi

"Gebu je"
"Apa?"
"Hara"
"Shubennnnnnn!"

-

"Hara! Ular keluar!"
"Mana bang?!"
"Ni ha! Hahahahaha"
"Abang jahat!"


"Hara baca apa?"
"Kita berangan"
"Fikir apa je?"
"Abang yang seksi *wink*"
"Heee malu kita hahaha"
"Geli tau kita dengar"

-

"Abang, tayang badan sikit"
"Nak rakam body sado kita la tu"
"Perasannnnn"
"Habis? Nak naik stim? Hahaha"
"Abang!!!!!!"

-

"Hara, meh duduk sini"
"Ada apa bang"
"Bawa buku duduk sini atas riba abang ni"
"Heeeee kejab tau"
"Kempen membaca bersama-sama"
"Rambut abang ada uban"
"Banyak?"
"Sehelai dua"
"Esok nak pergi spa ah"
"Pantang ada perubahan! Nak ke spa aje"
"Hahaha mesti ah"
"Dukung please. Hara dah ngantuk"
"Tidurlah. Abang nak baca sikit lagi"
"Angkat tau"
"Tak kan nak tinggal sini pulak"
"Night shuben"
"Ye ye nak baca novel tadi"
"Tengok muka shuben dah cair"
"Aha!"
"Tak kasi kita tidur eh"
"Tidurlah. Pejam mata"

Saturday, January 05, 2019

Pukul bantal

“Haraaaaa”
“Mmmm pukul berapa bang?”
“3. 50 pagi”
“Kerja dah siap?”
“Dah. Bukan ada buat apa pun. Karang-mengarang surat je”
“Pukul 4 pagi abang tulis surat apa?”
“Ala dah siap dah. Jom tidur!”
“Dia bangunkan kita lepas tu suruh kita tidur”
“Yelahhhh tidur. Nak buat apa lagi. Esok cakap nak kayuh basikal. Kenalah tidur”
“Abang bawa kita jalan!”
“Memalam buta ni?”
“Abang karang surat bolehhhh”
“Aik lain macam je bunyi”
“Kalau tak nak kita merajuk”
“Uguttttttttttttttttttt”
“Biarlah. Tak nak kawan abang”
“Pukul 4 pagi pun boleh tak nak kawan”
“Abanglah. Cuit-cuit kita. Bang! Jom tengok movie!”
“Cerite blue eh *wink* hahahaha”
“Shubennnnnnnnnnnnn!”
“Hahahahahaha dah, tidur”
“Abang tulis surat apa memalam ni?”
“Pagi dah”
“Surat makwe mana kali ni?”
“Krohhh krohhhh”
“Tak senonohnya dia. E mengadu dekat Bonda nanti”
“Bonda ikut kita pergi Maldives. Bonda datang nanti boleh ngadu”
“Bila kita pergi Maldives?”
“.…”
“Shubennnnn eeeeeeeee”
“Apa ni pukul orang dengan bantal. Kita pukul balik kang nagis pulak”
“Ingat kita takut sangat ke awak ugut-ugut kita?”

_

“Habis bilik sepah. Hah awak kemas esok”
“Lelaki selalu macam ni kan. Buat sepah sama-sama. Kita kena sorang”
“Phew! Kita dah sent video main baling pukul bantal sampai sepah dekat Bonda!”
“Shuben!!!!!!!!!!!”
“Hahahahahaha kita tidur dulu!”
“Abang tipu kan”
“Tunggu je la pagi nanti Bonda cakap apa *wink*”
“Shuben!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Muah! Good night darling! Jangan marah-marah hahahahaha”

Friday, January 04, 2019

Kiss

A sweet kiss.




Calabria - Amalfi Coast, Italy
28.12.2018, 3.45 pagi

Kehidupan yang teruja

"Abang baca apa?"
"Puisi"
"Puisi cinta?"
"Puisi kehidupan"
"Bacalah. Nak dengar"

-

Mungkinkah kita terlalu dibelai kesibukan
hingga tak terfikir untuk merenung
dan bertanya menilai
akan erti sebuah kehidupan yang teruja?
Atau lidah kehabisan kata
hanya cukup sebuah sajak indah
yang telah dirakam semalam
ketika asyik duduk kesepian
yang tumpah dari cahaya bula
memercikkan khayalan
dan layanan manis diri sendiri?


Peter Augustine

-

Lake Pukaki - Aoraki Mount Cook Village, New Zealand
3.1.2019, 5. 15 petang

Tuesday, January 01, 2019

Resolusi 2019

Memperbaiki solat. 




Milford Sound, New Zealand
1-1-2019, 10.01 pm