Monday, June 30, 2014

I'll stay with you for all of time

My day may be busy, and there may be a lot going on around me, but in-between each drudging hour, during the quiet moments, the blank minutes, and the dull silence, it’s you I think about. 

I can’t sleep at night. Can you? I have nothing to offer. All that I can give you is love. I miss your voice, your warm hugs and foremost I miss you.

I love you unconditionally.

I know now, just quite how
My life and love might still go on
In your heart, in your mind
I'll stay with you for all of time
― Alex Band

Clive Christian

“Berapa lama stay sini?
Not sure. Sebulan dua kot”
Stay sini sampai bila-bila tak boleh ke?
“Im kena balik”
“Macam biskut. Hari ni datang esok hilang”
“Laa..kenapa tiba-tiba sedih ni. Big girl don’t cry
I don’t want to lose you for second time”
“Kita akan jadi kawan sampai bila-bila”
“Stay here until sunset”
“Tak boleh la Min. Anak-anak tunggu dekat cottage
Please, please, please
“Tak boleh. Lain kali? Lagipun nak buka puasa dah”
10 minutes more?
“OK. 10 minit je tau”
“I miss your smell. Clive Christian?
“Yeah. Min...Hmm...”
“Shhh...”


Thank you for the pain.

Kota Paris memang cantik. Tapi kecantikan yang ada di Paris belum dapat sembuhkan luka abang. Abang masih tertanya-tanya “What have I done?”. “Why you betray me?”, “Why you do this?”.  Apa salah yang abang buat sampai sayang curang belakang abang. Apa yang abang buat sampai sayang khianat cinta abang. Kenapa mesti sayang curang?

Abang rasa abang lelaki paling bertuah. Hari-hari sayang cakap “I love you” dan sayang beri abang bermacam bait puitis. Dua hari sebelum sayang jatuh cinta (dengan dia), sayang masih cakap perkara yag manis pada abang. Semua yang sayang cakap bohong belaka ke? Sebab simpati dengan abang? Abang kenal sayang. Abang tahu sayang tak akan sakitkan hati abang. Tapi abang silap. Abang tak kenal sayang.

Sayang orang yang paling abang percaya. Sayang tikam abang dari belakang. Sakit tahu tak? Kena tikam dari belakang dengan orang yang paling kita percaya. Hati abang sakit setiap kali fikirkan tentang kita. Bagitahu abang, kenapa sayang curang dengan abang? I give  you all my attention. I give all that I have.

Abang tak pergi rawatan hari ini. Abang tak boleh masuk hospital pun. Abang rasa benci dengan doktor. It just likes a DVD player. Roll all the images of you and him – you smile to him, greet him and fall in love. It makes me hurt. I wish you would say “I’m sorry abang. I made a mistake. Please forgive me”. You didn’t say any single word. You just dumped me like I’m nothing to you.

How could you do this to me? Are you happy? You will live with my shadow. You can’t deny that you betray me. One day, if somebody that you trust breaks your spirit and being a traitor – at that time you need to handle with it.

Abang orang paling bodoh. Abang percaya pada cinta dan kesetiaan dan ini yang abang dapat. Abang memang orang paling bodoh sebab abang tak mampu pun nak benci orang yang khianat abang. Abang orang paling bodoh sebab masih harap manusia yang khianat cinta abang akan patah balik pada abang semula. What a funny life.

Thank you for the pain.



He who trusts the world, the world betrays him - Hazrat Ali 

Sunday, June 29, 2014

Tu me manques

Mesej pendek dari Min di e-mel.


Looking forward to seeing you again and maybe start all over with you. Tu me manques.

Yours,
Yasmin Aifa



Hmm...

3.06am

Tidur tak sampai setengah jam. Mimpi awak hantar 3 SMS. Mimpi bertindih. Saya nampak dokumen tentera US akan serang Iran.

Saya tak mahu tidur. 

1:46am

I can't sleep through the pain...

1:26am

Sayang, stay with me for a second. It hurts like hell to let you go.


I don't know what I'd do
Baby if I lost you
Cause I've been without you and I know how it feels
And I can't be alone anymore


More Than Love
Los Lonely Boys



Paris

Heart and Mind

I could lie to anyone in this entire planet, but I couldn’t lie to myself. There’s a voice in my heart says that I can’t easily giving up. I should hold on and stay strong.  I have gone through this pain before and I can stand.

My mind says I should let her go. Her happiness is my happiness too.

Well, I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

I Won’t Give Up
Jason Mraz







Île de la Cité, Paris

A love letter that I wouldn’t send to you #2

Abang demam. Badan panas. Esok pergi hospital pukul 9.00 pagi. Nak pergi buat rawatan tapi demam. Badan mesti makin lemah.

Abang bawa anak-anak ke Île de la Cité. Île de la Cité merupakan jantung kota Paris. Di sini ada sebuah gereja yang sangat popular iaitu Notre Dame de Paris (Gereja Notre Dame). Antara bangunan kebanggaan Perancis yang di bangunkan pada abad ke 12. Ukiran bangunan bermotifkan gothik boleh di katakan antara yang terhalus di dunia.

Don terpaksa pikul (angkat) abang naik ke atas. Tak ada lif. Ada 387 anak tangga untuk di daki sebelum sampai ke atas. Pemandangan dari menara cantik. Nampak pantulan bangunan pada riak-riak air pun sudah cukup menggambarkan betapa Notre Dame mempunyai kualiti seni bina yang tinggi. Umar suka tengok batu grotesque yang bertanduk di kepala dan berparuh. Batu grotesque merupakan simbol popular di Paris.

Kemudian abang pergi Sainte-Chapelle. Bangunan yang di bangunkan oleh Saint Louis pada abad ke 13. Sainte-Chapelle di kenali kerana jendela kaca yang indah yang menggambarkan adegan-adegan yang di ambil dari Injil. Hiasan interiornya mewah.

Pilar dan lengkungan yang cantik kerana bersadur emas yang warnanya agak kontra dengan tembok dan langit-langit yang berwarna merah dan biru, di hiasi pula dengan fleurs-de-lis yang diperbuat dari emas.

Di Sainte-Chapelle terdapat Conciergerie (tempat penyiksaan). Conciergerie merupakan sebuah bangunan yang mencerminkan zaman suram dalam sejarah Perancis. Sel-selnya masih menunjukkan bekas-bekas kekejaman Revolusi Perancis dan derita tahanan sebelum di bawa ke tiang guillotine (alat pemenggal kepala). Abang tak lama di sini dan sayang tahu kenapa.

Keindahan Paris sebenarnya terletak pada Seine River yang mengalir dan berkelok-kelok membahagikan kota kepada dua daerah iaitu Rive Droite (sebelah kanan) yang terletak di utara sungai dan Rive Gauche (sebelah kiri) yang terletak di selatan.

Untuk menikmati pemandangan Seine River perlu menggunakan bateau mouche (perahu). Menggunakan bateau mouche, kita akan di bawa melewati bangunan-bangunan besar sekitar Paris. Dan sepanjang menyusuri Seine River, ingatan abang melayang mengingat sayang.

Terdapat sebuah jambatan yang melintasi Seine River yang di panggil Pont Neuf yang selesai di bina pada tahun 1604. Jambatan tertua di Paris berdekatan barat daya Île de la Cité. Di bawah jambatan terdapat sebuah lapangan kecil yang di panggil Square du Vert Galant. Taman yang cantik. Banyak pokok. Orang kata taman ini salah satu taman yang romantik di Paris.

Abang rindu sayang. Taklah banyak sangat – dalam dua titik. 

PS: Puasa tak? Hahaha
PS: Kalau minta kerja jadi pemandu pelancong lulus tak agaknya?


Segala Cinta,

Abang
 Square  du Vert Galant

Square du Vert Galant

Lama menghabiskan masa di Square du Vert Galant. Umar baca novel. Huda melukis. Adam mewarna. Saya cuma dengar lagu dan termenung. Kadangkala melayan Adam mewarna. Datang seseorang menyapa.

“Im kan? Where have you been? Tiba-tiba muncul”. Saya cuma tersenyum dan kaget (barangkali). Siapa sangka saya akan menjumpainya di sini. Saya mengenalinya. Cuba-cuba mengingat nama namun gagal.

“Jangan ambil hati. Saya kenal tapi tak ingat nama”. Saya tak mahu dia kecil hati kerana saya tak mengingati namanya. Saya harap benar dia tak berkecil hati. 

“Min. Yasmin”. Okey. Yasmin. Betul. Ini Yasmin. Kali terakhir berjumpa sewaktu zaman kampus. Terasa cepatnya masa berlalu. Yasmin junior saya sewaktu di kampus dulu.

Kami berbual pelbagai perkara yang kebanyakanya menyentuh hal kampus dan nostalgia zaman remaja (kalau boleh saya katakan begitu).

“What happened? You look terrible”.

“Brain cancer. Stage 4"

Kami berborak hampir dua jam sebelum dia minta diri untuk pulang. Dia perlu bertemu seseorang atas urusan peribadi.

“Tak nak bagi contact number?”

“Belum beli lagi. E-mel boleh?”

Dia ketawa. Katanya zaman sekarang manusia tak lagi berhubung melalui e-mel. Whatsapp, Viber, Line, We Chat dan segala macam aplikasi hampir mengambil alih tempat e-mel.

“Give me your cell phone. Nak masukkan nombor”

“Hand phone bateri habis”

Sebelum balik dia sempat bertanya “ Bila nak pergi London?”

“Dua minggu lagi. Nak bawa anak-anak beli buku. Kenapa Min?”

“Kita lebih mesra di London berbanding Paris. See you around”

SMS

Dia hantar SMS.
Saya tak baca.
Saya biarkan saja.
Saya takut terluka.

Saturday, June 28, 2014

Be soft. Do not let the world make you hard. Do not let the pain make you hate. Do not let the bitterness steal your sweetness. 

Awak tak rindukan saya?

1.

Rawatan mula hari Isnin. Pihak hospital suruh tinggal di wad selama tempoh rawatan. Kalau kena tahan dekat wad tak dapat pergi mana-mana. Tak dapat bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Cadangnya nak bawa anak-anak lawat perpustakaan dan kedai buku sekitar UK & Perancis.

Bulan Jun, cuaca yang paling sesuai untuk melawat Perancis. Cuaca yang sesuai untuk pelancong. Ada beberapa tempat yang Umar ingin lawati. Huda berminat mengikuti perkembangan seni lukis di Perancis. Kata Adam, dia nak cium bau buku.

Huda ajak menonton teater. Masih mencari-cari teater yang sesuai untuk di tonton. Sekitar London dan Paris memang banyak pertunjukan teater dan aktiviti seni. Kalau kena tahan di wad, semua yang di rancangkan tak dapat di buat.

2.

Merancang untuk paragliding bersama anak-anak. Huda ada masalah gayat dengan ketinggian. Bangunan tiga tingkat pun Huda tak berani nak panjat. Huda banyak habiskan masa dengan melukis. Sekali-sekala bawa dia keluar dan buat aktiviti tentu seronok.

Umar kata Kakak orang seni. Orang seni suka duduk dalam bilik, berkawan dengan berus dan cat. Kadang-kadang Adam turut mewarna – bukan atas kertas tapi pada muka kakak.
Adam memang manja.

3.

Bila saya duduk seorang diri, saya akan teringatkan awak. Masa di Malaysia tak begitu terasa sebab saya boleh habiskan masa dengan banyak benda. Kebetulan, Ham dan kawan-kawan balik bercuti. Saya tak begitu terasa.

Sekarang...saya terasa awak tak ada. Saya suka merindu dari jauh. Saya akan merindu awak selama-lamanya dari jauh. Saya dengar semua lagu kita. Dan saya jadi bertambah rindu. Awak yang manis, manja dan kadang-kadang mengada-ngada.

Saya nak hantar e-mel. Saya nak SMS. Saya nak call. Tapi nanti tentu keadaan akan jadi teruk semula. Saya tak nak gaduh dengan awak.     

Awak tak rindukan saya?


Hmm...

A love letter that I wouldn’t send to you #1

Perut abang sakit. Tak ada orang nak gosok perut abang lagi. Abang ada di Paris. Anak-anak sihat. Treatment mula hari Isnin.

Abang minta maaf sebab tak balas e-mel yang sayang hantar 24 Jun yang lepas. Abang tak mampu nak buka kotak e-mel dan baca apa yang sayang tulis. Abang tak rasa abang kuat. Abang tak nak tambah rasa pedih yang sedia ada.

Bermula dengan “Someone caught my attention...” hingga ke “Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan...” hingga ke “I’m sorry...Saya pilih...”. Abang cukup rasa terseksa. Abang terseksa setiap kali mengingati bait-bait ini.

Ia seperti pita. Kerap kali bermain di fikiran. Kerap kali abang putarkan. Abang tak gembira mengingat sayang sebagai seorang yang curang dengan abang, sebagai seorang pengkhianat. Abang tak gembira mengingat sayang dengan ingatan demikian.

Abang nak ingat yang baik-baik tentang sayang. Bait-bait manis yang sayang selalu cakap pada abang. Bait-bait yang akan buat abang tersenyum. Abang tak nak hukum sayang dengan satu kesilapan yang tak sengaja sayang lakukan – jatuh cinta pada orang lain.

Abang tahu, sayang berat untuk buat keputusan. Dan abang pun tak nak pentingkan diri. Ini jalan yang terbaik untuk kita. Abang tak pasti sama ada sayang dapat tidur lena lepas semua terjadi. Mungkin tak. Mungkin ya. Mungkin kadang-kadang sayang menangis juga.

Sayang, hidup kita memang tak mudah. Kita lalui banyak saat bersama. Dalam susah dalam senang kita ada antara satu sama lain. Hidup dengan sayang, abang rasa bahagia. Tapi bahagia kita cuma sampai sini...

Sayang, study okey? Be a good girl, aite?


I will always love you.


Segala Cinta,
Abang

Kepada Encik A

Nama saya Imran.
Awak ambil orang yang saya sayang dalam masa dua hari.

Sedikit tip untuk awak:-

Dia perempuan yang manis, manja dan kadang-kadang mengada-ngada. Dia nampak keras tapi sebenarnya lembut di dalam. Dia takut dengan guruh. Pastikan bila ada guruh, awak ada dengan dia. Dia akan menangis bila dengar bunyi guruh yang kuat.

Kadang-kadang dia akan mengada - minta awak temankan dia tidur, nyanyikan lagu untuk dia. Bawa dia tonton teater, belikan dia bunga; bukan ros tapi orkid – dia tak suka bunga ros. Dia pembersih. Jangan kotorkan lantai dapur dengan minyak, dia tak suka orang pengotor.

Kalau awak nak belikan dia hadiah, beli yang berwarna merah. Dia suka warna merah. Jangan susah hati, dia bukan kaki shopping. Dia cuma shopping sebulan sekali atau dua bulan sekali. Dia tak boros dan pandai urus duit.

Kalau dia stres, awak perlu tenangkan dia. Bila dia rasa down, awak perlu beri dia semangat. Jangan biarkan dia lalui seorang diri. Dia ada banyak impian dalam hidup. Biarkan dia kejar impian walaupun awak tak begitu menyukainya.

Jangan susah hati. Kalau awak nak bawa dia pergi ke mana-mana – dia mandi tak lama, cuma 15 minit. Bersiap paling kurang setengah jam. Jadi, awak tak ada rungutan macam lelaki lain yang perlu tunggu isteri bersiap lebih dari sejam.

Awak perlu beri dia sepenuh perhatian dan kasih sayang. Kadang-kadang dia cepat terasa hati. Cepat merajuk dan susah di pujuk. Sesekali bawa dia pergi diving –dia suka menyelam sambil lihat ikan dan terumbu karang.

Jaga dia dengan penuh kelembutan. Awak tak akan jumpa perempuan sebaik dia. Dia akan jadi isteri yang baik untuk awak, ibu yang terbaik untuk anak-anak awak. Hargai setiap apa yang dia lakukan. Tak susah ambil hati dia – cukup dengan senyuman atau sebuah panggilan telefon.

Jangan curang dengan dia. Jangan khianat cinta dia. Sekali dia tak percayakan awak, susah untuk awak dapatkan kepercayaan dia semula. Hati dia keras. Susah untuk di cairkan. Saya minta, awak jaga dia dengan baik hingga awak menutup mata. Berikan dia kebahagiaan yang tak dapat saya berikan.

Semoga cinta awak dan dia berkekalan.  

Nota kaki: Nama awak pelik.
Nota kaki lagi: Kalau awak orang PKR, lupakan saja. Dia penyokong tegar Dr.M (BN)
Nota kaki lagi lagi: Jadual kerja dia memang gila. Biasakan diri.


Imran


Friday, June 27, 2014

23:22

You may feel lost and alone, but God knows exactly where you are, and He has a good plan for your life - Anonymous

Somebody That I Used To Know

Saya tak pasti ini keajaiban atau apa. Saya membayangkan kalau saya hilang dia, saya jadi separuh gila. Tapi rupanya tidak. Saya malah sudah mula dapat sesuaikan diri. Beban perasaan yang saya pikul beransur-ansur ringan. Saya sudah dapat terima kenyataan.

Saya jadi pelik. Bukankah sepatutnya saya menangis? Saya cuma menangis pada dua hari pertama, (menangis dengan teruk dan saya sangat malu) sebelum dia memberi jawapan untuk tidak memilih saya. Kemudian, saya langsung tak menangis. Mungkin sedikit sedih.

Mungkin kerana saya di kelilingi dengan ramai orang jadi saya tak terlalu memikirkannya. Mungkin kerana pengkhianatan, saya rasa, kalau saya rasa sedih pun tak berguna. Mungkin juga kerana saya redha dan terima ketentuan takdir, hati saya tidak begitu galau.

Tuhan memberi saya kesempatan untuk merasai keindahan apabila kita dapat menerima takdir dengan penuh keredhaan. Perasaan ini sungguh indah dan tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Saya tak langsung di kurniakan perasaan dendam (secara normalnya, sesiapa pun akan berdendam jika di curangi) dan cemburu atau sakit hati terlampau.

Segala keresahan, kesakitan, kelukaan dan kehilangan yang masih berbaki, saya mahu tinggalkan di sini saja. Saya tak mahu bawa ke mana-mana.

Saya kembali semula  ke tempat saya mula-mula jatuh cinta dulu tapi kali ini untuk mulakan hidup baru.


But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Somebody That I Used To Know
Gotye featuring Kimbra



KLIA

Thursday, June 26, 2014

I Will Always Love You

Luka di hati saya memang sakit dan pedih hingga saya tak tahu nak kata apa-apa. Saya percaya luka ini  akan sembuh. Mungkin mengambil sedikit masa. Saya redha awak tinggalkan saya. Saya terima takdir awak bukan milik saya. 

Saya harap dengan berbuat begitu hati saya tidak begitu berat menanggung perasaan. Saya mahu melalui hari-hari mendatang dengan perasaan tenang. Sesekali memang saya masih teringatkan awak tapi saya biarkan ia berlalu begitu saja.

Saya lepaskan awak pergi supaya hati saya menjadi tenang. Saya tak berdendam dengan awak. Saya akan cuba lupakan awak sedikit demi sedikit. Hidup saya perlu di teruskan sungguhpun awak tiada lagi dengan saya.

Saya berdoa agar awak tak merasa apa yang saya rasa. Saya berdoa agar cinta awak tak di khianati. Saya berdoa agar awak tak di curangi. Saya tak mahu awak rasa apa yang saya rasa. Saya minta hidup awak di jauhkan dari semua itu.

Semoga segala rancangan dan persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar. Saya tumpang gembira. Melihat awak gembira, saya tumpang bahagia.


I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of
And I wish you joy and happiness
But above all this I wish you love

I Will Always Love You
Whitney Houston






KPJ Kajang Specialist Hospital

All of Me

Being without you offers no relief at all. My future feels like a bleak, empty road. I don’t know what I’m trying to say. Just that if you have any sense that you made the wrong decision, this door is still wide open.

And if you feel that your decision was the right one, know this at least: that somewhere in this world is a man who loves you, who understands, how precious and clever and kind you are. A man who has always loved you and, to his detriment, suspects he always will.

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

All of Me
John Legend


Broga Hill

Wednesday, June 25, 2014

3.33am

I was madly in love and I just desired to spend every minute with you. But being with you was enough for me. 

Payback

SMS dari Aiman

"Amacam bro pedih ke hati lu? Revenge is sweet"

I Miss You

I miss you. I wish I could hear your voice, hold your hand and hug you tight.  I wish everything would be okay and we back to normal, but I realize that we won’t be like before because you’re happy with him.



When I Was Your Man

“Apsal pakcik nyanyi lagu ni? Gua touching. Gua baru hilang marka”. Oh! Patutlah nak jerit kuat-kuat semalam. Putus cinta rupanya.

“Pakcik nyanyi bikin hati gua nangis”. Suasana jadi riuh. Mereka memperlekehkan Ham.“It’s okay Ham. Manusia memang ada perasaan. Tak salah nak sedih”. Saya pun tak pasti apa yang saya maksudkan.

“Pakcik sembang kencang. Bukan pakcik rasa pun. Gua serius sedih ni pakcik”. Jarang nampak Ham sesedih ini. Pengalaman mendewasakan manusia. Manusia akan melalui pelbagai pengalaman yang akan membuatnya lebih matang.

Saya cuma senyum. Ham tak perlu tahu apa-apa. 


I hope he buys you flowers
I hope he holds your hand
Give you all his hours
When he has the chance
Take you to every party
'Cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done
When I was your man
Do all the things I should have done
When I was your man

When I Was Your Man

Bruno Mars

Hutan Lipur
10.01 malam

Tuesday, June 24, 2014

11:53

Sakitnya... hingga tak tahu nak di gambarkan dengan kata-kata.

Delete

Dia hantar e-mel.
Saya tak baca.
Saya delete

Menulis

Menulis, satu-satunya cara untuk tenangkan hati. Satu-satunya cara yang ada untuk kawal kemarahan, kesakitan dan kehilangan.  

Epik

Aiman bagi SMS lagi. 

"Bini lu kena enjut dengan jantan lain lu tak rasa terbakar ke, bro? Kalau gua tempat lu dah lama gua hentak. Gua lupa punggung lu pun orang lain basuh. Nak hentak orang kejadah apa. Memang epik gua cakap lu"

Hmm...


Hmm...

Aiman hantar SMS

"Payback time! Lu rembat anak gua. Orang lain rembat lu punya bini. Gua paling bahagia! Padam muka! lu sial" 


Hmm...

Monday, June 23, 2014

Tiga Belas Tahun

1.

Kita pernah bincang dulu. Saya rasa lebih dari 5 kali saya minta awak tinggalkan saya. Saya tak nak buat awak terseksa. Berulang kali awak cakap awak tak mahu orang lain. Awak cuma nak saya seorang. Tak ada orang boleh ganti tempat saya. Itu yang awak, itu yang saya pegang.

Saya tahu kita tak boleh pilih orang untuk jatuh cinta. Macam awak cakap “It’s just happened”. Saya tak salahkan awak. Saya tahu banyak keinginan awak saya tak penuhi. Bila awak banding-bandingkan, saya rasa kecil sangat.

Saya kenal awak sebelum awak dewasa. Awak tak bersedia untuk apa-apa komitmen. Saya ambil masa terlalu lama untuk yakinkan awak. Ayah selalu buat perangai. Perangai ayah buat awak tak percaya pada lelaki dan saya jadi mangsanya.

Awak kenal dia setelah awak dewasa. Pemikiran awak sudah banyak berubah. Bila dia datang dan tawar sesuatu yang tak dapat saya penuhi, awak terus terima. Dan awak kata “Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan”. Dia tak ambil banyak waktu untuk yakinkan awak macam saya...

2.

Kalau awak minta saya tinggalkan awak. Saya akan buat dan awak boleh cari orang lain. Saya tak marah. Saya cuma terkilan, dalam kita masih ada ikatan – awak jatuh cinta pada orang lain. Saya rasa di khianati, di tikam dari belakang. Saya tak suka guna istilah curang tapi itu yang saya rasakan.

Perkara paling berat untuk saya terima ialah awak curang di belakang saya. Kalau awak minta kita putus baik-baik, saya akan buat. Cara awak tinggalkan saya macam saya tak berharga. Bila awak ada dia, awak tak endahkan saya. Saya termangu-mangu berfikir kerana saya tak tahu apa-apa.

Tiba-tiba awak kata ada “I don’t know. It’s just happened”. Saya sayang awak sangat. Saya tahu saya tak ada harapan lagi di hati awak. Saya tahu awak akan pilih dia. Saat awak berikan keputusan, iPod saya sedang maikan lagi Cinta Sesungguhnya – lagu yang saya tujukan untuk awak dulu...

3.

Saya sakit hati bukan sebab awak jatuh cinta pada dia. Saya sakit hati sebab awak hancurkan kepercayaan saya. Awak tikam saya dari belakang, awak curang dengan saya. Saya tahu saya tak dapat lengkapi hidup awak. Saya tahu saya tak sebaik dia. Saya tahu dari awal yang awak memang sayangkan dia. Dua kali awak menangkan dia di hadapan saya.

Awak tak akan faham perasaan di khianati. Cuba Ibu yang faham. Saat ayah ada perempuan lain tentu hati ibu sangat remuk sama seperti hati saya. Saya tahu dan faham apa yang ibu rasa sebab hari ini – orang yang paling benci ayah curang terhadap ibu dulu curang pula terhadap saya. Saya tahu itu bukan niat awak. Awak tak sengaja jatuh cinta.

Walau sebesar kuman pun saya tak cemburu awak ada orang lain. Saya malah bersyukur awak tak akan melalui lagi kepedihan, kesedihan dan putus harapan. Saya bersyukur awak akan mendapat bahagia yang awak idam-idamkan. Saya tumpang gembira orang yang paling saya sayang akan mendapat lebih kebahagiaan dari yang dapat saya berikan...

4.

Saya rasa nak maki awak. Saya rasa marah sangat. Saya rasa nak benci awak sepuas-puasnya. Saya rasa nak bunuh awak. Tapi saya buang jauh-jauh perasaan itu. Saya pendam semuanya. Saya tak tahu pada siapa saya boleh lepaskan semua yang terpendam. Kalau saya buka mulut, tentu yang salah banyak di pihak saya. Awak sedang meniti bahagia. Mana mungkin awak akan ingat saya lagi.

Ummi pesan, “Kalau orang buat salah dengan kita, kita tak boleh benci dia. Kita kena ingat setiap kebaikan yang dia pernah buat untuk kita”. Saya ingat setiap kebaikan yang awak lakukan untuk saya. Dan saya kenang kesetiaan awak pada saya. Saya tak pernah lupa susah senang saya dengan awak.

Untuk tiga belas tahun saya mencintai awak, tak pernah sekali pun saya kesali sungguhpun begini akhirnya. Untuk tiga belas tahun saya hidup dengan harapan saya dapat bahagiakan awak sampai bila-bila. Saya nak tua dengan awak dan menikmati kehidupan bersama-sama.

5.

Saya cuba tak benci awak tapi kadang-kadang saya gagal. Dalam diam-diam saya doa agar tak di titipkan walau sebesar biji sawi benih kebenciaan terhadap insan yang saya sandarkan cinta selama tiga belas tahun untuk hidup bersama.

Saya tak menangis lagi. Untuk apa saya menangis untuk sebuah pengkhianatan.


8.55am

Birds are singing.

Urat dan Nadi

Hari ini, orang yang saya paling sayang cakap:
“Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan...” 

Saya cuma senyum. Dalam diam terasa betali tajam menghiris perlahan-lahan urat dan nadi.

Sekudus Doa

Subuh tadi, sekudus dan seikhlas doa saya utus buat Pencipta.


Tuhan, Kau ambil kedua ibu bapaku ketika aku belum bersedia, Kau ambil kesihatanku ketika aku sedang mencipta bahagia, dan hari ini Kau ambil orang yang paling aku kasihi. Aku mohon jangan di cambah rasa benci antara kami kerana sesungguhnya kasih sayangnya pada diri ini adalah rahmat terindah kurniaanMu untukku. Aku mohon moga Kau satukan mereka di bawah rahmatMu, hadirkan mereka cahaya mata yang baik-baik, panjangkanlah jodoh mereka hingga ke syurga dan berkatilah hidup mereka hingga ke liang lahad. Amin. 

Someone...

I loved someone who found someone else that she couldn't resist.

Why Is Love So Painful?

Why should love be this pain? And why am I experiencing the same pain again. I have tried my best to be yours. I bring you along everywhere I go. I bring you in my heart. I have tried very best to maintain and sustain this string that we ties us together.

Maybe we should just detach from each other. Maybe someone else is meant to be yours. Maybe you need other man which suits you and who will give you happiness that I never give you. I have tried but I fail. I’m tired of trying...

I love you so much but let you find your own happiness. It’s true to love is to letting go and I’m letting you go. Let me have all the memories that we have together. I know I can go through this...

I love you so much. It seems you’re the best for me. No one can ever replace you here, in my heart. But I can’t keep trying. I was so worried that you will hate me because I don’t want you to hate me. I want to be the person that you love most...

Where is the love that blossoming between the two of us?


I love you so much.



Srinagar - Segari 
21:25 

Sunday, June 22, 2014

Cinta Kita Cinta Sampai Mati

1.

Perlu balik ke Malaysia. Kemas barang dan perjalanan baru akan bermula. Sudah merayu nampaknya tak ada tanda positif. Memang sudah rasmi saya kalah pada lelaki itu.

Saya sudah puas menangis. Kadang-kadang mata saya tetap bergenang juga bila teringat tentang awak tapi diri perlu kuat. Untuk apa saya menagih pada orang yang tak sudi. Awak sudah mula jauhkan diri sedikit demi sedikit. Sudah tak lagi bahasakan dirinya seperti selalu.

Saya perlu akur pada takdir...


2.

Memanglah di mulut saya kata tak mahu tapi di hati saya rasa amat berat untuk lepaskan awak. Saya masih menyimpan sedikit harap. Sisa-sisa harapan yang terakhir. Ocio kata saya perlu belajar terima ketentuan Illahi dan jauhkan diri dari sifat suka menyalahkan takdir.

Untuk berbelas tahun saya pandang awak dari jauh, mencintai awak dari jauh. Selepas ini, bila awak jadi milik orang lain saya tak lagi boleh sayang awak dari jauh. Awak sememangnya begitu mahal pada saya. Memang tertulis sejak azali kita sampai di sini.

Hari-hari terindah akan saya simpan baik-baik dalam hati.


3.

Bulan Ramadhan akan bermula tak lama lagi. Saya perlu selesaikan urusan pengagihan buku yang begitu banyak (satu kontena buku tentulah banyak). Pusat Komuniti di Sabah dan Sarawak akan di buka tak lama lagi.

Pusat Komuniti di Ipoh akan di serahkan kepada orang lain untuk di tadbir urus buat sementara waktu (atau mungkin selamanya). Sekali-sekala saya pasti balik untuk menjenguk Rumah Pokok yang membahagiakan.

Semua cerita cinta kita tamat di sini.


4.

Saya akan ke Perancis untuk menjalani rawatan di sana. Saya mungkin tak dapat bangun dan berjalan seperti dulu. Tapi saya mahukan satu kehidupan baru. Kalau saya mampu bertahan hingga saat ini bermakna saya mampu bangun dan mulakan hidup baru.

Untuk awak, terimalah lamaran dia. Tuah tak datang selalu. Kebahagian awak ada bersama dia barangkali. Saya tak dapat penuhi impian awak. Saya ambil jalan mudah. Saya tak mahu awak serabut. Terima dia dan tinggalkan saya.

Demi kasih dan segala cinta, saya rela asalkan awak bahagia. Saya tak mahu membenci awak bila awak tak mahu angkat panggilan saya, balas mesej-mesej saya. Saya tak mahu benci awak. Saya cemburu dengan dia kerana dapat merebut hati dan fikiran awak dalam masa dua hari saja.


5.

Pengorbanan kali ini biarlah saya yang buat. Saya tak mahu pentingkan diri. Awak seolah-olah menyampah dengan saya. Kalau saya terus berharap saya akan lebih sedih. Dulu awak minta supaya saya kekal dengan awak, tak tinggalkan awak biar apa pun terjadi. Saya masih di sini dan awak seolah-olah tak mahukan saya lagi.

Beberapa hari sebelum awak jatuh cinta pada dia, banyak kata manis yang awak berikan pada saya. Berulang-ulang kali saya baca dan saya rasa semakin tak percaya ini yang terjadi. Saya tak mahu kata setiap bait manis yang awak nukilkan semua bohong belaka. Saya percaya apa yang awak ucap dan nukilkan. Semuanya indah belaka.

Mungkin itu juga takdir. Hari ini awak ucap kata cinta dan esoknya awak jatuh cinta. Kita boleh jatuh cinta pada bila-bila masa. Saya tak pasti sama ada awak jatuh cinta atau itu cuma crushing atau perasaan-yang-singgah-sebentar. Sejujurnya, saya terlebih dahulu merasai hal ini dengan seseorang. Saya kagum dengan daya intelektualnya. Dua kali berbalas e-mel sudah buat saya terpaut hati padanya. Saya rasa kami ada keserasian.


6.

Tapi saya abaikan saja perasaan itu. Saya anggap perasaan itu hanya singgah sebentar. Dia sebaya denga awak dan kini sedang mengikuti kursus Doktor Falsafah. Saya amat tertarik dengan daya keintelektualannya dan kami berbalas e-mel tentang pelbagai perkara. Minat kami sama.

Perasaan itu hanya singgah sebentar dan kemudian hilang begitu sahaja kerana saya tahu dan yakin dengan siapa saya mahu hidup bersama. Saya tahu apa yang saya rasa terhadap dia. Awak sendiri belum pasti perasaan awak pada dia.

Saya pernah mengalami perasaan ini sebelum awak dan saya faham. Perasaan saya terhadap dia tidaklah sampai menganggu fikiran saya. Tidak hingga terjejas hubungan kita. Tidak hingga saya serabut dan biarkan awak begitu saja.


7.

Kalau dulu saya beritahu awak tentang ini tentu hati awak akan hancur berderai. Saya tak jatuh cinta pada dirinya. Saya jatuh cinta pada daya keintelektualannya. Saya kagum dengan ilmu yang ada padanya. Tak sampai sejam saya memikirkan perasaan saya pada dia. Lama-kelamaan hilang begitu saja.

Sudah agak lama saya tidak berbalas e-mel dengannya dan saya tak rasa rindu atau fikiran saya serabut. Dengan awak, ya, fikiran saya berserabut. Saya mahu antara kita ada kata putus dan hal ini segera selesai.


8.

PS: I miss you.

Saturday, June 21, 2014

Orang dewasa selalu luka dalam hati.

Umar: Tenapa tengan mata daddy?
Daddy: Mata daddy pedih sikit je.
Umar: Bukan. Mata daddy bengkak.
Daddy: Daddy tak tidur malam tadi.
Umar: Bukan. Adik CHI tau daddy.
Daddy: Daddy okey. Jangan risau eh?
Umar: Olang dewasa suka menangis.
Daddy: Mana ada daddy menangis.
Umar: Olang dewasa selalu luka dalam hati.
Daddy: (senyum) Umar memang pandai cakap, kan?
Umar: (peluk) Daddy ada adik.
Daddy: Daddy tahu. 



Khyber Himalayan Resort & Spa, Gulmarg, Kashmir

Marah

Umar: Adik nak minta tolong mama.
Daddy: Minta tolong mama? Kenapa?
Umar: Adik nak minta tolong mama malah olang yang buat daddy menangis.
Daddy: Kenapa kena minta tolong mama?
Umar: Tebab mama galang. Olang tu mesti takut. Mama marah dia.
Daddy: (senyum)

Friday, June 20, 2014

Pengemis Cinta

1.

Saya tak nak jadi pengemis cinta awak lagi. Cukuplah. Muka saya tebal kalah tembok. Saya tahu saya memang muka tak malu. Saya rasa malam tadi saya tak ubah macam sampah. Saya mungkin sudah jadi sampah di mata awak.

Sekuat mana pun saya cuba tahan air mata saya tetap mengalir juga. Saya sedih sebab saya rasa diri saya tak ubah macam pengemis. Saya sedih awak tak nak bercakap dengan saya.  

Kalaupun ada orang lain jangan buat saya  macam sampah, macam pengemis. Sampai hati awak... Saya tak marah. Saya cuma sedih.


2.

Saya tahu saya tentu susah untuk  lupakan awak tapi saya boleh cuba sehabis daya. Lama-lama nanti tentu saya dapat biasakan diri. Saya boleh biasakan diri dengan jadual kerja awak. Tentu saya boleh. Cuma saya perlukan masa.

Saya boleh sibukkan diri dengan kerja. Saya boleh sibukkan diri dengan perkara lain. Saya tahu saya boleh. Ini bukan pertama kali hati saya terguris. Saya tentu dapat biasakan diri. Saya tak nak lagi berharap. Saya pun ada maruah. Sekurang-kurangnya letaklah cinta kita di tempat yang lebih tinggi.

Saya sangat malu mengemis cinta awak untuk kali yang entah ke berapa. Awak tak nak selesaikan masalah. Awak cuma senyap dan biarkan saya. Kalau awak tak nak, bagitahu yang awak tak nak. Saya boleh terima walaupun pahit.


3.

Mungkin saya tak dapat tengok awak dapat MA. Saya nak awak tahu yang saya bangga dengan awak. Dan, saya bahagia selama dengan awak. Tak pernah pun saya menyesal. Cuma saya terkilan tak dapat ubah beberapa perkara.

Saya sakit. Saya tak nak masalah antara kita buat saya lebih tertekan dan bertambah sakit. Saya nak habiskan hujung usia dengan hari yang membahagiakan.

Hari-hari yang mendatang tak akan sama tanpa awak.


4.

PS: I love you.

7.05am


Umar: Tenapa daddy tedih?
Daddy: Daddy okey. Daddy ada masalah sikit.
Umar: Daddy ada masalah apa?
Daddy: Masalah yang daddy tak boleh bagitahu Umar.
Umar: Olang dewasa suka solok masalah dalipada kanak-kanak.
Daddy: Umar tak boleh tahu.
Umar: Masalah hati, daddy?
Daddy: Pandai betul Umar ni, kan?
Umar: Daddy tangan sedih.
Daddy: Tak. Daddy okey.
Umar: Adik tak faham tenapa olang dewasa telalu ada masalah hati.
Daddy: Sebab Umar kanak-kanak lagi. Mana Umar faham.
Umar: Adik tahu masalah hati takit.
Daddy: (senyum) Nanti bila Umar besar, Umar mesti tahu.
Umar: Adik tak nak besar. Nanti hati adik takit.



Taj Mahal, Agra, India
7.05 pagi

Rindu

1.

Masih lagi duduk di hadapan Taj Mahal sejak malam tadi. Masih belum jamah apa-apa makanan. Tak dapat tidur malam. Sakit kepala. Sakit dada. Sesak nafas. Matahari sudahpun terbit. Kawasan sekitar Taj Mahal sangat cantik.

Shah Jahan membina sebuah monumen yang sangat cantik buat Mumtaz. Monumen yang akan di kenang-kenang sepanjang zaman. Manusia tidak dapat mengira jumlah cintanya pada orang yang di kasihi. Nilai cinta suatu bentuk yang tak boleh di hitung. Terjemahan nilai cinta bagi setiap individu adalah berbeza.


2.

Saya sangat menyayangi awak. Tak kiralah berapa kali pun awak lukakan hati saya, saya tetap sayangkan awak. Saya tetap mencintai awak sampai bila-bila, sampai akhir nafas saya. Tak kiralah berapa kali awak sakitkan hati saya, saya tetap mencintai awak seadanya.

Saya tak akan letakkan diri saya terlampau rendah untuk cinta yang saya ingini. Saya tak boleh letakkan harga diri saya rendah untuk itu. Saya tak akan merendah-rendahkan diri semata-mata untuk cinta. Saya ada prinsip. Saya menyenangi orang yang meletakkan cinta saya di tempat yang seharusnya.


3.

The best thing in life is finding someone who knows all your flaws, mistakes and weaknesses, and still thinks you're completely amazing.

Dua Hari...

1.

Hari ini kita sembang panjang tentang banyak perkara. Saya rasa sangat bahagia. Awak minta saya balik awal dari Tanjung Lumpur. Selasa dan Rabu awak off. Saya balik awal tapi awak buat tak layan dengan saya. Kemudian awak keluar kerja tanpa beritahu saya. Sesuatu yang awak tak pernah buat sebelum ini.

Saya dapat rasa ada sesuatu yang berlaku. Dan saya betul. Bila orang yang kita sayang beritahu kita yang dia jatuh cinta dengan orang lain, hati kita akan jatuh berderai. Hati saya sangat remuk. Dari saat awak beritahu saya, tak setitik pun air mata saya tumpah.

Mata saya bergenang tapi saya tak akan menangis. Saya tak rasa perlu menangis. Saya tahan perasaan dari pagi hari. Saya keluar jumpa peguam. Saya remove nama awak dari senarai pemegang amanah dan hak jagaan anak. Saya rasa sebak sangat tapi saya tak benarkan air mata mengalir...

2.

Hari ini kita bahagia. Dua hari kemudian awak jatuh cinta dengan orang lain. Cuma dua hari... Dulu, saya ambil masa entah berapa lama. Tentu dia sangat istimewa. Saya tak cemburu cuma saya terkilan. Setiap hari awak beritahu saya cintakan saya, sayangkan saya dan awak boleh jatuh cinta dengan orang lain dalam masa cuma dua hari. Dan dia adalah pesakit awak.

Patutlah bila awak balik rumah, awak cuma diam. Awak tak panggil saya Abang pun. Saya jadi orang paling asing dan awak cakap saya tak kenal awak, tak tahu hati awak? Awak cakap awak akan jaga hati untuk saya tapi...

Sekarang, awak tentu faham dan setuju bahawa love at first sight memang indah. Dulu awak tak percaya cinta pandang pertama. Awak tak jatuh cinta pandang pertama dengan saya. Tapi dengan dia... Tentu dia sangat menarik hati awak.

3.

Saya tak mahu jadi orang tengah antara awak dengan dia. Tak apalah. Saya terima walaupun pahit. Saya terima walaupun sakit. Saya terima walaupun hati saya hancur berderai. Saya nak awak bahagia. Saya tak cukup sempurna. Saya tak cukup istimewa. Dengan rela hati saya tarik diri. Pastikan dia akan menjaga awak dengan baik.

Saya teringin nak dengar suara awak tapi saya tahu awak bukan milik saya lagi. Lagipun, saya rasa saya tak mampu nak dengar suara awak. Saya sangat tak sangka lepas beberapa hari saya rasa amat indah dan bahagia – hari ini saya rasa sakit dan derita.

Saya tak pasti saya boleh lagi tinggal di sini atau tak. Mungkin saya akan pindah semula ke US. Saya tak ada apa-apa lagi dekat sini. Terima kasih untuk beberapa hari yang membahagiakan dalam hidup saya. Terima kasih untuk kasih, sayang dan perhatian yang awak berikan. Terima kasih sudi hadir dalam hidup saya.

4.

Saya hilang rusuk kiri saya, sahabat paling baik dengan saya, teman gaduh dan kekasih hati. Kalau dalam masa dua hari awak boleh cakap yang awak dan dia  ada connection, apa lagi yang saya boleh harapkan.

Saya harap saya akan jadi lebih kuat untuk hari-hari mendatang. Hidup saya pasti sunyi. Hidup saya tak sama kalau awak tak ada.

Saya tumpang bahagia. Semoga yang baik-baik saja untuk awak berdua.





Taj Mahal, Agra, India