Thursday, December 31, 2015

2016

My sweet one, 

Happy New Year, sayang. May your life be filled with beautiful sunsets, great waves and sand between your toes. 

In all the world, there is no heart for me like yours. In all the world, there is no love for you like mine. - Maya Angelou


Lots of love,
Abang

Sunday, December 20, 2015

Ada bezanya, Min

You demam ke dear?”
“Tak”
“Teruk batuk you tu”
“Dah makan ubat tadi”
I dengar you muntah kot”
“Okey je ni”
What’s wrong dearest?”
“Tak ada apa. Tak sedap hati je”
You tak sedap hati sampai muntah?”
“Rasanya la”
You tak sedap hati pasal apa?”
“Tak ada apa pun”
Your ex?
“Hmm...”
You risau apa for real?”
“Sibuk je kan”
You takut dia kawin ea”
“Hmm...”
You takut dia jadi milik orang lain”
“Hmm....”
You risau pasal ni je sampai muntah gila”
“Jangan la kutuk”
“Serius dear you risau sampai muntah-muntah?”
“Dah la Min. Ish”
If dia kawin apa bezanya. Still bukan hak you
“Hmm...”
“Apa bezanya dearest?”
“Mesti la ada”
“Apa?”
“Fikir la sendiri”
You memang. Asyik paksa suruh I fikir”
“Habis dah tanya je. Fikir la sendiri”

Saturday, December 19, 2015

A year ago today...



How time flies and I still miss you like we never part ways. I try, but still couldn’t forget you. Forget how happy I am when we are together. The feeling never changes, I guess.

But here are the fact. The fact that I wouldn’t hear your voice calling me abang. The fact that every night I won’t have any chance to hear you snore. It’s hard, but I need to live with that.

I just hope you remember me in a good ways. I made a lot of mistakes and I guess I’m not the type that you choose to live together till the end of life. Never mind. Whatever I have with you more than enough. I can’t ask more.

Thank you for loving me in such ways. It means a lot to me.



Your man,
Abang

Last digit of pi

Menyelesaikan masalah matematik sama saja seperti merungkai kekusutan cinta. Pernah sekali Mignon McLaughlin berkata “In the arithmetic of love, one plus one equals everything, and two minus one equals nothing”. Menggeluti semula dunia matematik setelah agak lama meninggalkannya benar-benar memberi kesegaran kepada jiwa. Ia sekurang-kurang dapat mengalihkan perhatian kepada perkara lain. 

Ahli matematik selalu percaya matematik sentiasa menawarkan jawapan kepada setiap persoalan yang timbul dalam hidup kita. Yang penting, kita mahu berusaha menyelesaikannya. Ia sama seperti masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu berusaha untuk menyelesaikan apa jua masalah yang datang. Seperti matematik, tidak ada masalah atau persamaan yang tidak dapat di selesaikan. 

Matematik sama seperti cinta. R. Drabek pernah berkata “Math is like love - a simple idea but it can get complicated”. Kita mungkin sahaja sama seperti parallel lines yang tidak pernah bertemu. Sesetengah ahli matematik percaya parallel lines bertemu di titik infiniti. Ia agak kompleks untuk di rungkai dan masih belum ada jawapan muktamad. Sama seperti kita, kompleks dan masih belum temui jawapan yang tepat.

Remember darling, I’ll love you till the last digit of pi.

Friday, December 18, 2015

Suri Jiwa

Hai babe,

Abang selamat sampai di Guangzhou setelah menempuh angin yang agak kencang di laut. Kapal layar nyaris berlanggar dengan bot pendatang asing. Mujurlah tak berlaku apa-apa. Sekarang abang berada di Pearl River, menikmati pemandangan petang sambil teman anak-anak makan ais krim. Pearl River walaupun tidak sebersih dulu masih cantik berbanding sungai di Malaysia. 

Ada banyak perkara membawa abang kepada awak. Salah satunya pengembaraan Trans Siberian. Minggu depan abang dan anak-anak akan melalui perjalanan ini. Abang ambil train dari Beijing ke Moscow menggunakan laluan Lake Baikal dan Mongolia. Sayangnya abang tak dapat ambil private train. Private train lebih selesa walaupun agak mahal. Tarikh terakhir private train beroperasi untuk tahun ini pada 6 Disember yang lepas. 

Abang akan berlepas pada 26 Disember dan di jangka sampai pada 1 Januari 2016. Sebenarnya tak ada sebarang tujuan abang ke Moscow. Dalam keadaan ekonomi dunia semakin mencengkam, harga minyak turun ke paras paling rendah dalam sejarang dunia (USD 37) tak ada banyak projek yang boleh abang ceburi. Apa yang abang buat ialah duduk diam-diam dan menikmati hidup dengan anak-anak (kalau ada awak lebih bahagia).

Abang mungkin tak lagi tinggal di Ipoh. Nampaknya Malaysia tak sesuai untuk abang. Dulu abang balik Malaysia sebab awak. Sekarang awak pun tak ada jadi rasanya ini masa yang sesuai untuk abang kemas beg dan barang-barang untuk pindah ke tempat lain. Abang masih belum putuskan tempat baru untuk di diami. Tak semua perkara yang menyenangkan akan kekal dengan kita, kan sayang?

Memasuki tahun kedua kita berpisah abang masih terasa seperti baru kehilangan awak. Agaknya cinta pertama memang sukar di lupakan dan abang pun tak tahu cara memulakan hidup baru. Tahun depan tak ada sebarang perancangan walaupun abang selalunya merancang sebelum buat sesuatu perkara. 

Tak kisahlah apa yang terjadi kepada kita, abang tetap berharap awak akan dapat happy ending yang awak mahukan. Happy ending awak bukan dengan abang tapi orang yang lebih baik dari abang. Abang selalu harap awak akan dapat apa yang awak cari. Abang harap awak akan gembira dengan pilihan yang awak buat meskipun pilihan itu pilihan yang menyakitan untuk abang.

Suri Jiwa, jaga diri baik-baik. 

Abang rindu awak. 



Pearl River, Guangzhou

Sunday, December 13, 2015

The world breaks every one

“Hai Min”
Hi hero. You rindu I eh?”
“Buat apa tu?”
“Apa hal bunyi bising. You dekat mana?”
“Atas bot. Pakai satelit. Biasa la”
“I thought you at offshore”
“Tak la. Hujung bulan depan baru pergi sana”
“Are you okay handsome?”
“Okey kot”
Time will heal everything. Sabarlah”
“Farid al-Atrash sihat ke?”
“Entah. Mana I tahu”
“Kata boyfriend
You yang cakap bukan I
“Jangan jual mahal. Nanti dia blah baru tau”
You okey ke tak ni? Batuk you macam teruk je”
“Cuba tukar you tu jadi awak. Baru mendaulatkan bahasa Malaysia”
“E geli okey”
“Hahaha. Teruk betul city girl ni”
You suka tukar tajuk. Sakit you datang ke?”
“Entah”
“You skip your medical check again?”
“Ha’ah”
“Life moves on. You lost her, but you get your life back. Be thankful”
“Hmm...”
“Cakaplah”
“Never mind”
“You cured. Not all people get that chance. You’re the chosen one”
“Membebel je kan”
“The world breaks every one and afterward many are strong at the broken places”
“Siapa cakap tu?”
“Itu pun you nak tanya ke?”
“Saja la nak tau”
“Ernest Hemingway”
“Sejak bila baca Ernest Hemingway ni?”
“Gotta go”
“Ala takkan nak blah dah”
I nak siap”
“Pergi mana?”
Date la sayang”
“Hee dengan mamat mana?”
“Nanti I story
“Okey”
Red or black?
“Apa?”
“Dress”
“Black”
“Bye love”
“Jangan pakai seksi-seksi sangat Min”
You jealous ea”
“Tak ada maknanya”

Saturday, December 12, 2015

Rainy Day

Hai sayang,

Abang dalam perjalanan ke Guangzhou dengan kapal layar. Dalam masa dua atau tiga hari (bergantung kepada cuaca) sampailah abang di Guangzhou atau nama lamanya Canton. Sengaja abang tak ambil flight sebab abang tak ada apa-apa urusan di sana. Jadi tak perlu tergesa-gesa. Bersama abang, seorang kapten kapal dan anak-anak kapalnya seramai lima orang. Hujan sepanjang hari. Rasa lebih sejuk dari biasa. Beberapa kali kapal di lambung ombak kerana ribut yang agak kencang. 

Kalau awak ada tentu lebih seronok. Kita boleh habiskan banyak masa di atas kapal. Kapal layar sangat selesa dan agak besar untuk menampung abang dan anak-anak. Kalau awak ada tentu lebih manis dan perjalanan tak terasa terlalu lama. Kita boleh minum kopi (abang minum kopi; awak minum koko panas), kita boleh pandang laut tanpa buat apa-apa. Mungkin juga kita boleh buat ‘macam-macam’ sebab hujan sepanjang hari :p

Abang tahu awak tak pergi jauh dari abang. Awak selalu ada dengan abang. Awak selalu rindukan abang. Awak selalu teringatkan abang. Abang rasa sebenarnya awak pun rindukan abang. Mungkin awak terlalu ego untuk mengakuinya tapi abang tahu awak sebenarnya belum dapat bebaskan diri sepenuhnya dari abang (kalau tak betul anggaplah abang perasan).

Sekarang jam 3.09 pagi. Abang nak tidur. Nak suft internet pun tak best. Abang tak gunakan wireless. Abang guna satelit jadi faham-faham sajalah. 

Selamat bertemu dalam mimpi, sayang.

*terbayang-bayang bibir awak yang seksi dan menggoda* 

_ _ _

Kenapa kita mengenang banyak hal saat hujan turun? Karena kenangan sama seperti hujan. Ketika dia datang, kita tidak bisa menghentikannya. Bagaimana kita akan menghentikan tetes air yang turun dari langit? Hanya bisa ditunggu, hingga selesai dengan sendirinya. - Tere Liye

Friday, December 11, 2015

Just The Two Of Us

Sambil jalan-jalan di Shilin Night Market, abang terasa seperti kita jalan bersama sambil berpegangan tangan. Abang teringat blog kita; “Just The Two Of Us”. Segala catatan yang abang nukilkan telah abang padam dan ia mengundang kemarahan awak yang amat sangat sehingga awak ambil keputusan untuk pergi dari hidup abang. 

Hmm...apa yang jadi pada ‘the two of us’?

_ _ _ 

I see the crystal raindrops fall
And the beauty of it all
Is when the sun comes shining through
To make those rainbows in my mind
When I think of you sometime
And I want to spend some time with you

Just the two of us
We can make it if we try
Just the two of us
Just the two of us 
Building castles in the sky
Just the two of us
You and I

We look for love no time for tears
Wasted water's all that is
And it don't make no flowers grow

Good things might come to those who wait
Not for those who wait too late
We gotta go for all we know

I hear the crystal raindrops fall
On the window down the hall
And it becomes the morning dew
And darling when the morning comes
And I see the morning sun
I want to be the one with you.


Just The Two Of Us
Bill Withers

Tuesday, December 08, 2015

Just to have you back again

You realize how much you truly miss someone when something happens, good or bad, and the only person you want to tell is the one person who isn’t there.

Sehingga saat ini abang masih rindukan awak. Tahun depan tahun kedua kita berpisah. Abang masih rasa sunyi dan tak dapat sesuaikan diri. Abang masih rasa kekosongan, resah, gelisah, sedih, tertekan. Abang tak tahu nak kawal perasaan dengan baik. Abang tak tahu nak buat apa bila abang rindukan awak. Abang masih berlari - tak tahulah bila akan akan berhenti. Abang tak tahu nak buat apa kecuali lari. Abang tak dapat fokus, rasa runsing, moody. Jalan singkat yang ada lari ke tempat lain.

Sejak tiga empat hari lepas abang marah-marah. Entah apa yang abang marah-marahkan. Kesilapan kecil jadi isu besar. Perkara mudah jadi teramat rumit. Abang tak boleh berfikir dengan baik. Abang mungkin terlalu ikutkan perasaan. Mungkin abang masih tak mampu kawal perasaan dengan baik. Abang tak berjaya jadi lelaki yang pandai kawal hati dan emosi. Memendam rindu terlalu menyeksakan. Rasa sepert memikul bebanan yang amat berat dan tak mampu bertahan. Sungguh, abang tak mampu memendam rindu. Ia terlalu menyesak dada.

Ada banyak cerita abang nak kongsikan dengan awak. Abang baru dapat tender dan berjaya tempatkan diri dalam beberapa lapangan baru. Abang juga akan buka sebuah anak syarikat tak lama lagi. Tapi semua berita yang ada abang tak dapat kongsikan dengan awak. Ada beberapa berita kurang baik tapi seperti biasa, abang tak berkongsi berita kurang baik dengan awak sejak dulu lagi. Tentu awak pun ada banyak cerita tapi tak dapat cerita dengan abang. Cerita dengan orang lain tak sama macam cerita dekat abang, kan sayang?

Awak sihat? Abang harap awak okey. Abang selalu risaukan awak bila baca tentang Sabah - penculikan, gempa bumi (walaupun gegaran kecil). Awak jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Abang cuma nak cakap abang rindukan awak, rindu sangat. Pukul 1.10 pagi. Abang kena tidur sebab esok nak bergerak ke Taipei. Abang penat berlari sebenarnya tapi kalau abang duduk rumah lebih menyeksakan. Terkenang awak sesuatu yang menghiris hati. Abang tak kuat. Abang tak tahu nak lawan macam mana lagi. Abang tak tahu nak buat apa pun sebenarnya,

_ _ _

You taught me how to love
What it's of, what it's of
You never said too much 
But still you showed the way
And I knew from watching you
Nobody else could ever know
The part of me that can't let go

And I would give anything I own
Give up my life, my heart, my home
I would give everything I own
Just to have you back again

Is there someone you know
You're loving them so
But taking them all for granted
You may lose them one day
Someone takes them away
And they don't hear the words you long to say

Everything I Own
Bread



Kowloon, Hong Kong

Down

Umar: Tepuluh kali adik nampak daddy taip tomputer daddy padam.
Daddy: Berapa lama dah Umar mengendap daddy ni?
Umar: Adik tak mengendap daddy. Daddy tak pelasan adik.
Daddy: Dah Umar datang senyap-senyap. Mana daddy perasan.
Umar: Daddy tanganlah lase down. Daddy tenelah kuat macam Tuperman.
Daddy: Amboi dah maju setingkat nampak. Dah pandai down down sekarang ni.
Umar: Adik maju. Daddy telalu tak pelasan.

Sunday, December 06, 2015

Rolls Royce

Umar: Tak tangka adik dapat naik Rolls Royce
Daddy: Peninsular Hotel guna Rolls Royce sebagai limosin rasmi
Umar: Daddy belilah satu. 
Daddy: Hahahaha
Umar: Kita beli satu daddy.
Daddy: Kereta yang ada pun tak terpakai. 
Umar: Daddy tak nak beli adik beli sendililah
Daddy: Daddy boleh tumpang naik hehehe
Umar: Daddy beli la satu. Adik tuke
Daddy: Umar suka. Umar la yang beli haa

Friday, December 04, 2015

12.31pm

“Where are you now?”
“Hong Kong”
“The Peninsula Hotel?”
“Ha’ah. Tau je kan”
“I’m your other half okay”
“Ni cari nak apa? Mesti ada apa-apa kan”
You lari lagi ek. Tak penat ke?”
“Aku dah tak boleh duduk Malaysia”
“Meh pindah Jamaica. I ada”
“Dari Jamaica baik pergi Brazil”
“Brasil banyak girls
“Pandai pun”
“Berapa lama stay Hong Kong?”
“Tengok mood. Tengah stres”
“Your ex?”
“Macam Khaled Hosseini cakap ‘It always hurts more to have and lose than to not have in the first place’
“Dia dah bomohkan you kot”
“Eh sejak bila city girl percaya bomoh ni hahaha”
I serius kot”
“Tak la”
“Mana you tahu?”
“Aku tahu” 

Reflection

The people you choose as your companions are a reflection of you. - Unknown

Thursday, December 03, 2015

See the leg

“Imran, bawak aku pergi Giant”
“Makcik nak beli apa? Ada yang tertinggal masa dekat TF tadi?”
“Aku nak makan sizzling mee. Giant ada jual mi tu”
“Dahsyat jugak makcik ni kan”
See the leg (sambil goyang-goyang kaki)”
“Hahaha”

Wednesday, December 02, 2015

Amrah

“Makcik, ni buah kedondong kan? Macam mempelam telur”
“Hah buah amrah. Kamu ndak ke? Buat kerabu sedap?”
“Sedap nama buah tu. Kalau bagi nama dekat orang mesti cantik”
“Sibuk ke pompuan. Jaga buah kamu tu elok-elok”
“Makcik jangan risau. Di selia rapi hahaha”
“Aku sunat jugak kamu ni sekali lagi”

Tuesday, December 01, 2015

Kurus kering

“Alaa ayam ke. Ingat tempoyak”
“Kamu ni Imran cubalah makan benda lain pulak. Jemu aku asyik makan tempoyak”
“Habis dah tu je orang reti makan nak buat macam mana”
“Kamu nak makan apa petang ni?”
“Cokodok pisang. Tak pun otak-otak. Roti jala la makcik dengan kopi o’”
“Korak kamu ndak?
“Makcik nak buat ke? Boleh jugak
“Kamu ni kalau dapat bini moden kurus kering gamaknya”

Monday, November 30, 2015

Beli barang basah

“Kamu tengok apa tu Imran?”
“Buah ni haa makcik”
“Buah Kiwi namanya”
“Oh. Memang dia bentuk macam tu eh?”
“Kamu ingat manusia je ada bulu?”
“Makcik jangan la cakap kuat-kuat. Orang tanya je”

 _ _ _

“Makcik pakai wheel chair la. Tak payah jalan”
“Kamu ingat aku ni tak mampu ke jalan sendiri?”
“Orang tak kata pun”

Sunday, November 29, 2015

Group WhatsApp

Umar: Kawan adik ejek adik daddy tebab adik tak ada smartphone.
Daddy: Ala jangan la ambil hati.
Umar: Adik update tekat daddy je.
Daddy: Budak kecik-kecik tak sesuai pakai handphone.
Umar: Adik tetinggalan. Tawan adik temua ada group Whatsyep.
Daddy: Apa je la budak-budak baya Umar borak dalam WhatsApp eh
Umar: Adik tak tahu daddy, Adik tak ada Whatsyep.
Daddy: Ayat minta handphone ke tu?
Umar: Hehehe

Saturday, November 28, 2015

Home

Daddy: Laa kenapa menangis ni?
Umar: Adik tertelamat dali nahas kapal telbang.
Daddy: Suka fikir bukan-bukan.
Umar: Adik tinggi imaginasi daddy.
Daddy: Memang pun.

_ _ _

Daddy: Dah nak pergi mana? Baru je sampai Ipoh. Rumah pun belum jejak lagi.
Umar: Adik nak jumpa tawan. Adik nak minum tengan tawan.
Daddy: Budak-budak pun pergi minum ke? Ingat makan ais krim je hehe
Umar: Daddy tuke mengata adik. 

_ _ _ 

Daddy: Kawan Umar semua okey? 
Umar: Tawan adik ada banyak masalah daddy.
Daddy: Hai budak kecik pun ada masalah ke.
Umar: Tawan adik tene malah tengan mama dia tebab dia dapat nombor 4 dalam telas.
Daddy: Hmm...kesian dia.
Umar: Dia takap adik beltuah adik tak ada mama. Adik tak tene malah.
Daddy: Mama dia marah sebab dia dapat nombor 4 je?
Umar: Dia telalu dapat nombor 1 daddy. Tekalang dia takap dia steles.
Daddy: Daddy ingat orang dewasa je stres. Rupanya budak-budak pun.
Umar: Budak-budak tekalang lain daddy. Meleka ada banyak masalah.
Daddy: Takut pulak daddy dengar.

Wednesday, November 25, 2015

Sweetness

Better you tidur”
“Kejab lagi la”
I tak larat tau dengar you menguap”
“Eleh. Macam dengar sangat”
You tunggu apa sebenarnya?”
“Tak ada apa”
“Rindu your ex yek?”
“Hmm...mana la nak tau dia dah balik ke belum. Dekat wad ke dekat rumah”
You risaukan apa?”
“Tak ada apa”
I nak tahu please
“Sabah banyak kes culik. Tu je”
“I’m sure she’s doing fine”
“Harap-harap macam tu la”
You je ingat dia. Dia mimpi you pun tak”
“Tak kisah dia tak ingat pun. Mesti dia bosan kan aku tak ada. Mesti dia sunyi. Dia perempuan yang baik Min. Dia tak tinggalkan aku waktu aku tengah sakit. Nampak je luar keras tapi dalam lembut macam kapas”
“I’m sure she has a good heart”
“Mata masuk habuk. Nak tidur tapi tak mengantuk”
You memang”
“Tahun ni umur berapa dah?”
“Hampeh. Umur I susah ke you nak ingat. 29 genap!”
“Bila nak tamat zaman anak dara ni?”
“Target 36”
“36? Lambat gila. Tak okey ke dengan si Farid al-Atrash tu?’
“Tak boleh go dengan mamat tu. Tak sama”
“Tak sama apa?”
“Tak sama dengan you
“Apa la yang aku ada Min. Harap kacak, tampan dan menawan je lebih hahaha”
“Your sweetness is my weakness”
“Aku doakan ko jumpa mamat turun dari kayangan bawak sebakul gula-gula”
You nak tidur dah?”
“Ha’ah”
I dah agak dah. You dah pasang lagu You're My Everything
“Perasan je kan”
“Macam mana you hidup...”
“Nak buat macam mana Min. Dah orang tak nak dekat kita”
“Macam you tak nak dekat I
“Min hmmm”
“Good night handsome”
“Selamat malam Jules”

Monday, November 23, 2015

3.30am

You own my heart.

Sunday, November 22, 2015

Tanya sama hati

“What’s up dear”
“Lepas lunch dengan Shereen. Makcik ajak datang rumah”
“Jadi ke?”
“Hahaha entah”
“Macam mana orangnya?”
“Sedap mata memandang, tak berhias sangat, pergaulan terjaga, jenis taat tanpa bantah ni, pandai bergaul, soft spoken
“Jalangnya mata you! Is she hot or what?”
“Habis tak kan nak tengok lantai kot. Tak hot pun. Hmm tak hot langsung”
“So?”
“Apa?”
“Kenal lebih rapat ke acane?”
“Ciri-ciri perempuan macam tu memang aku suka. Suka tapi tak bermaksud nak buat isteri”
“She’s not your type anyway”
“Hahahaha bila masa aku cakap aku suka perempuan hot
“Tapi macam mana kalau Tuhan turunkan jodoh yang tak sama macam yang you nak?”
“Hahaha entah no comment
“You like her kan. Say it dearest”
“Farid al-Atrash mana?”
You jangan nak melencong. Jawab dulu soalan I
“Apa?”
“Eh kejab dia Islamik kew?”
“Tak. Tapi dia pakai tudung labuh. Bukan tudung labuh macam budak sekolah, ustazah pakai tu. Tudung biasa tapi yang labuh”
“Oh”
“Aku suka je perempuan yang pakai tudung macam tu. Tak payah la aku nak jaga mata sangat hahaha”
Body cuts okay?”
“Mesti la lurus macam tiang lampu. Alah tak nampak pun sebab dia pakai baju kurung tadi”
“That’s why”
“Apa?”
“Between Hana and Shereen which one you prefer?
“Sadis la soalan tu”
“Jawab please
“Sibuk je kan”
“Jawab la please
“Malas ah”
Please please please
“Tu tak boleh cakap hahaha”
Move on sayang”
“Dalam proses”
“Glad to hear that all went well”

Saturday, November 21, 2015

Perawan atau Janda



“Adeh makcik sakit. Kuatnya makcik pulas. Putus telinga Im nanti”
“Kamu merenyam dengan janda mana? Cuba bagitau aku”
“Mana ada. Orang dengar lagu je”
“Yang kamu senyum-senyum tu kenapa?”
“Tak ada. Dengar lagu je. Betul ni”
“Shereen tu kamu berkenan tak?”
“Err...tak”
“Kenapa kamu tak berkenan?”
“Tak berkenan kena ada sebab ke makcik?”
“Apa yang kurang? Lawa aku tengok budak tu, masuk unibersiti
“Semua okey. Cuma dia baik sangat”
“Baik pun salah. Habis kamu nak cikaro ye”
“Tak la. Makcik ni”
“Im tu makcik nak yang keras-keras, yang lawan-lawan dia, jinak-jinak burung merapti. Baik-baik ni bukan taste dia”
“Aip! Sibuk je Kak Ain ni. Saja kipas makcik”
“Aku bagi yang baik kamu tak nak. Kamu carilah sendiri”
“Shereen tu okey. Im je belum sedia. Makcik jangan la merajuk”
“Bila masa aku merajuk?”
“Makcik tak merajuk eh? Tak merajuk tak apa la. Orang tanya je”
”Abang pilih yang mana? Perawan atau janda?”
”Pandai makcik nyanyi. Sedap pulak tu. Mesti la janda! Banyak pengalamannya hahaha”
(pulas telinga)
”Aduh sakit makcik. Orang gurau je”

Friday, November 20, 2015

Planet of Apes

“Kurus kamu ni”
“Dah makcik tak ada. Makanan US tak sedap”
“Kamu bagi anak kamu melantak apa? Makanan patung kuning tuh?”
“Tak la. Orang daddy yang hebat jadi orang masak. Hebat tak?”
“Hebat tengkorak kamu”
“Makcik rindu Im eh”
“Kamu rehat. Aku masak kari kepala ikan”
“Terus lapar! Boleh la makan bersuap”
“Dah berbulu atas bawah nak bersuap”
“Tadi kata rindu haa”
“Bila masa aku cakap?”
“Ye la ye la. Makcik menang”
“Pergi bercukur. Macam Planet of Apes dah aku tengok”
“Ada pulak Im yang tampan ni makcik cakap macam Planet of Apes

Wednesday, November 18, 2015

Janji

“Hai makcik. V cakap makcik nak balik sangat dah hehehe”
“Reti pulak kamu telefon aku”
“Makcik merajuk ke”
“Aku nak balik. Bawak aku balik. Bila kamu nak ambik aku?”
“Bila makcik nak balik?”
“Sekarang!”
“Makcik duduk la dulu. Nanti diorang cakap Im bolot makcik”
“Aku nak duduk dengan kamu. Ambik aku. Aku nak balik”
“Okey. Lagi 2 minggu Im ambik makcik”
“Kamu ni tak sayang ke aku ke?”
“Apa pulak tak sayang. Dah anggap macam mak sendiri dah”
Ambik la aku ni. Aku nak duduk dengan kamu. Kalau kamu anggap aku macam mak kamu datanglah ambik aku. Kalau aku mati biar aku mati dekat rumah kamu”
“Apa pulak cakap pasal mati ni. Makcik siap beg. Im ambik flight pagi esok”
“Aku ni tak biasa jauh-jauh dengan kamu. Aku makan aku ingat ke kamu”
“Hmm...makcik rehat dulu. Im kemas beg. Nanti kita balik Ipoh”
“Kamu jangan tak datang”
“Datang. Pernah ke Im tipu makcik”
“Kamu janji”
“Janji. Dah silang jari dah ni”
“Kamu kata nak kemas beg. Lama mana kamu nak cakap dengan aku ni”
“Haa lupa pulak. Terbayang gulai tempoyak hehehe”
“Kamu janji”
“Janji”

Tuesday, November 17, 2015

Payung

Umar: Tenapa daddy menung?
Daddy: Daddy tengah rehatkan otak.
Umar: Daddy lindu mama?
Daddy: Umar buatkan kopi untuk daddy dapat jugak pahala.
Umar: Adik tanya je. Nanti daddy tangan takap adik tak payung.
Daddy: Amboi ayat. Siap ada payung-payung bagai sekarang.

Monday, November 16, 2015

Snorkelling

“Hi birthday girl!”
“Hi dearest. Nak hadiah please
“Hadiah tak ada. Minta dengan Farid al-Atrash”
Of course dia kasi I present
“Dia bagi apa? Hati dia eh hahaha”
“Whatever”
“Buat apa je?”
Snorkeling. Bukan you suka pun”
“Hahaha aku ni pemalu orangnya. Basah-basah ni seksi”
“Seksi ke?”
“Seksi la. Baju basah-basah naik pantai semua mata pandang”
Hot gitu
“Serius. Orang laki memang suka tengok body perempuan. Dah korang bagi tengok free. Seronok la diorang enjoy cuci mata sambil mengata body korang yang tak berapa hot tu”
Body I hot okey”
“Dah  tahu hot jangan tayang. Simpan untuk husband la”.
“Habis you guys jangan tengok. Tundukkan pandangan gitu
“Bagitahu aku Farid al-Atrash tak bising ke. Mesti bising kan”
“Cemburu habis mamat tu”
“Kan”
Open minded please
“Hahaha aku tak rugi apa pun. Alah tengok je la kan Min. Bukan luak pun kan. Sejuta laki tengok pun bukan ada kesan apa-apa kan kan”
“I hate you”
“Hahaha birthday girl tak boleh marah-marah. Aku cakap je. Tak suruh ikut pun”
Perhaps you tak dapat bini suka snorkeling
“Harapnya. Tapi biasanya kalau kita tak nak tu la yang Tuhan bagi sangat. Ko tu kawin dengan Farid al-Atrash nanti habis la dia”
“Why?”
“Dah dia la tanggung dosa ko tayang badan basah-basah tu. Sekarang tak kawin papa ko la yang tanggung. Kesian orang tua tu. Ko tak kesian ke?”
I bukan snor sampai tua”
“Yelah. Aku ada kerja. Nanti sambung”
Okay love. Bye”
“Renung-renungkan dan selamat beramal hahaha”
“Hey!”
“Yelah yelah. Bye hahaha”

Saturday, November 14, 2015

I miss your laugh



Hai sayang,

Semua orang tengah marah dengan Ary sebab Ary hantar gambar beg kesayangan dia yang ‘sangat comel’ (siap ada 'lalang-lalang' lagi) dekat emel. Sajalah nak gosip dengan awak sebab kita lama tak bergosip. Kita lama tak gelak sakan. Abang lama tak dengar suara awak.

Simpan gambar beg yang ‘sangat comel’ dalam hand phone awak.. Kalau awak stres, boleh jadi pengubat tekanan. Jangan ingat benda lain pula. Hahaha jangan fikir yang nakal-nakal.

PS: Ary stres sebab bini dia suruh dia tidur luar. 
PSS: I miss your laugh.

Friday, November 13, 2015

My Mind

I woke up with you on my mind.

Thursday, November 12, 2015

A cup of coffee

“Kalau ada dekat sana boleh la ajak minum kopi”
“Then come here. Let’s have a cup of coffee”
“Kalau sempat nanti singgah”
“You know life is offering you more than you think”
“Tahu”
“Don’t look back. Move on”
“Love just hurt”
“No. Love doesn’t make people hurt”
“Hmm...”
“Fall in love again, handsome”
“Tak nak la”
“You must. Love like you never hurt”
“Boleh ke?”
“Some people teach you how to love, some people teach you how to forgive, some people teach you how to love again”
“Nombor 1 dengan 2 dah jumpa dah. Nombor 3 belum”
“You’ll find one”
“You’re in love, are you?
“Yes, I am”
“Patut la happy je'”
“Yup”
“Terima kasih”
“Thanks for what?”
“Nothing”

Wednesday, November 11, 2015

Orang Dewasa

Umar: Gembilenya daddy.
Daddy: Daddy menung Umar susah hati. Daddy gembira pun susah hati jugak?
Umar: Daddy dah takap tengan mama?
Daddy: Belum. Mama tak online pun.
Umar: Daddy itelefon mama. 
Daddy: Lupakan je la hasrat Umar tu. Tak mungkin terjadi pun.
Umar: Mana daddy tahu?
Daddy: Dah daddy daddy Umar. Mesti la daddy tahu.
Umar: Daddy tuke tak silius bila adik takap.
Daddy: Daddy nak serius macam mana lagi Umar. Ala kita cari mama lain je la.
Umar: Hali ni daddy takap nak cali mama lain. Esok daddy nak mama temula.
Daddy: Hahaha dia pulak nak sekolahkan kita. Hari tu kata suruh daddy move on haa.
Umar: Tekalang macam mana daddy?
Daddy: Daddy Umar ni kacak. Esok lusa beratur perempuan cari daddy. 
Umar: Adik telalu tak faham tengan olang dewasa (sambil kerut-kerut dahi)
Daddy: Memang la. Dah Umar kecik lagi. Ish.
Umar: Olang dewasa tuke tak tahu apa yang meleka mahukan.
Daddy: Power betul ayat Umar!.

You are me

You're my one, only and always.
_ _ _ 

Neither I am me, 
nor you are you, 
nor you are me.
Also, I am me, 
you are you
and you are me.
We have become one 
in such a way, 
That I am confused whether 
I am you,
or you are me.

- Rumi

Tuesday, November 10, 2015

Penampilan

Umar: Adik nak jam baru daddy. Adik nak jenama Tag Heuer
Daddy: Pandai dia sebut. Tak pelat pulak tu. Jam lama mana?
Umar: Jam adik dah losak daddy. Daddy belilah satu Tag Heuer untuk adik
Daddy: Tak nak la daddy. Nak buat apa
Umar: Daddy tak best
Daddy: Ye la. Daddy Umar ni tak best
Umar: Adik jadi Anak Bangsawan Halimaulah
Daddy: Ingatkan nak jadi Anak Buluh Betong hahahaha
Umar: Adik nak melajuk
Daddy: Alololo Anak Bangsawan Harimau merajuk hahahaha
Umar: Adik mengadu tekat mama
Daddy: Macamlah mama bagi Umar pakai.
Umar: Talau Tag Heuer tak boleh Omega boleh tak daddy?
Daddy: Tak boleh
Umar: Bell & Ross daddy?
Daddy: Tak boleh
Umar: Rolex boleh daddy?
Daddy: Tak boleh
Umar: Daddy boleh. Adik tak boleh. Adik menangislah
Daddy: Menangis pun nak bagitau daddy hehehe
Umar: Adik nak jugak. Adik nak guling tekat sini haa
Daddy: Umar nak buat apa Tag Heuer tu. Jam Power Rangers okey apa
Umar: Habislah penampilan adik daddy. Adik tene jaga penampilan haa. Macam daddy

Monday, November 09, 2015

Nothin'

I think a lot, but I don't say much.

Sunday, November 08, 2015

Silang Jari

Umar: Olang tu tak tahu ke adik galang macam mama.
Daddy: Manalah orang tu tahu. Umar ni pun.
Umar: Mentang-mentanglah adik tak ada mama. Dia tuke-tuke hati buli adik.
Daddy: Dah la tu. Marah-marah nanti cepat tua haa
Umar: Tetian tekat adik kan daddy. Adik tak ada mama.
Daddy: Ha'ah kesian dekat Umar.
Umar: Bila daddy nak pujuk mama? Lama mama melajuk. Telalu mama melajuk tetejab je.
Daddy: Daddy nak masak. Umar nak tolong tak?
Umar: Daddy tanganlah lali. Adik tanya daddy belum jawab.
Daddy: Laa Umar ada tanya ke?
Umar: Daddy tuke buat-buat tak tengar
Daddy: Cuba ulang Umar tanya apa tadi.
Umar: Bila daddy nak pujuk mama? 
Daddy: Hmm...daddy rasa...hmm...
Umar: Daddy nak pujuk mama hali ni kan daddy?
Daddy: Daddy nak masak ni. Nanti daddy fikir.
Umar: Daddy takaplah betul-betul.
Daddy: Nanti daddy fikir.
Umar: Daddy tak tetian ke tekat adik. Adik tak ada mama.
Daddy: Kalau mama online Skype nanti daddy cakap. Okey?
Umar: Okey daddy. Adik silang jari. 
Daddy: Amboi. Dah pandai silang jari bagai dah
Umar: Adik maju ke hadapan daddy.

Saturday, November 07, 2015

Morning

Your smile makes me smile.

Friday, November 06, 2015

6am

Daddy: Good morning Umar Zarif!
Umar: Assalamualaikum daddy!
Daddy: Ye ye je kan
Umar: Daddy yang panggil haa

Thursday, November 05, 2015

4am

Yes, I'm thinking about you right now.

Wednesday, November 04, 2015

Cerita Lama

Petang tadi abang teringat awak. Abang terinagat awak beritahu abang yang awak jatuh cinta pada seorang lelaki ketika merawat dia di wad. Abang teringat, awak beritahu abang, ada semacam panahan kilat menyambar bila pertama kali mata awak bertembung dengan mata dia dan awak tak dapat nafikan perasaan itu.

Mungkin betul orang kata “Love isn’t something you find, love is something that finds you.”

_ _ _ 


Terima kasih telah memalingkan wajahmu
Karena, setiap kali aku mengingatnya
Aku belajar akan selalu peduli kepada siapapun
Karena sakit sekali tidak dipedulikan

Terima kasih telah meninggalkanku
Karena, setiap kali aku mengenangnya
Aku belajar akan selalu setia
Karena sakit sekali telah ditinggalkan

Terima kasih telah menolakku
Karena, tentu saja itu hak setiap orang, menerima atau menolak
Tapi aku belajar akan selalu berusaha memahami
Meski sekeras apapun aku ingin menolak orang lain

Terima kasih telah menghinaku
Karena, setiap masa hinaan itu terngiang
Aku belajar akan selalu menghargai dan menghormati
Karena demikianlah sifat mulia manusia

Terima kasih telah menuduhku
Karena, tuduhan yang palsu hanya akan menguatkanku
Juga tuduhan yang benar membuatku memperbaiki diri
Tiada rugi mendengarkan tuduhan itu

Terima kasih telah melupakanku
Karena, semakin dilupakan, sesuatu akan semakin diingat
Aku tidak akan menghabiskan waktu dalam kesedihan
Apalagi balas turut melupakan

Terakhir,
Terima kasih telah menyakitiku
Karena, rasa sakit akan membuatku lebih kuat
Bersabar atas setiap detik sakit tersebut
Untuk besok lusa, menjadi kebal atas racun yang sama

- Tere Liye

Tuesday, November 03, 2015

Teruja

Umar: Adik teluje nak dapat luit!
Daddy: Bukan teruja nak dapat adik? hahaha
Umar: (muka masam)
Daddy: Hehehe bunyi nak dekat sama. Duit, adik hahaha

Monday, November 02, 2015

Seram

“Tak telam langsung celite ni daddy. Adik tak takut pun” kata Umar sambil menonton TV melalui celah jarinya.

Sunday, November 01, 2015

My hardship

Setiap kali abang teringatkan awak, abang mesti tersenyum. Tak tahulah kenapa. Agaknya abang terkenang-kenang senyuman awak yang manis dan sangat menggoda itu. 

You were the ease in my hardship - Yasmin Mogahed

Saturday, October 31, 2015

2.14am

Terjaga. Mimpi awak, seperti malam-malam sebelumnya.
Rindu belum padam.

Friday, October 30, 2015

Kunci

Umar: Daddy, mana kunci bilik?
Daddy: Nak buat apa dengan kunci tu?
Umar: Adik sajalah tanya.
Daddy: Ada. Daddy simpan.
Umar: Daddy timpan tekat mana?
Daddy: Dalam seluar dalam daddy.
Umar: Eeee yeks! 
Daddy: Hahahaha
Umar: Telius ke daddy?
Daddy: Ye. Nak tengok?
Umar: Tak naklah adik. 
Daddy: Hahaha tak sanggup ke nak pegang?
Umar: Daddy, macam manalah adik nak bagitahu anak adik nanti yang atok meleka timpan kunci bilik dalam seluar dalam?
Daddy: Nanti jangan lupa bagitau cucu daddy yang daddy diorang ni curi-curi keluar sebab tu atok simpan kunci dalam seluar dalam hahahaha.

Tuesday, October 27, 2015

Melayang

“Awak la lahir cepat sangat”
“Eh salah saya pulak. Salah awak la siapa suruh lahir lambat sangat”

_ _ _

Kadang, kita tidak tahu kenapa kita masih berharap.
Kadang, kita tidak tahu kenapa masih menunggu.
Kadang, kita tidak tahu kenapa tetap tinggal.
- Tere Liye



Albuquerque

Monday, October 26, 2015

Hilang

Bangun lewat. Bilik senyap. Anak-anak tak ada. Pusing motel masih tak jumpa. Punyalah gelabah. Lepas 15 minit mencari nampak kereta peronda polis berhenti depan motel. Tak lama selepas itu, Huda, Umar dan Adam turun dari kereta polis. Peronda beritahu mereka jumpa ‘kanak-kanak sesat’ di kedai grocery berhampiran. 


Daddy: Kenapa tak tunggu daddy bangun? Kalau kena culik tadi macam mana?
Umar: Daddy tidur. Adik tak tampai hati panggil daddy.
Daddy: Yela tapi boleh tunggu daddy bangun kan. 
Adam: Bukan salah abang. Adam lapar. Dalam bilik biskut habis daddy.
Kakak: Kakak salah. I’m sorry daddy.
Daddy: Kalau sesat tadi macam mana?
Umar: We can speak good English, daddy.
Daddy: Menjawab-menjawab. 
Umar: Tapi daddy yang tanya. Adik tawablah
Kakak: Kakak yang salah daddy. Adik tak salah. Kakak yang ajak adik pergi kedai.
Umar: Terima kasih Kakak back up adik.
Daddy: Elok la tu. Kalau kena culik ke, kena bunuh ke baru tahu.
Umar: Doktor takap olang tua tak boleh takutkan budak-budak tengan ugutan.
Daddy: Menjawab lagi. Daddy rotan nanti baru tahu.
Umar: Daddy tanganlah malah. Adik dah balik tengan telamat.
Adam: Daddy jangan marah Adam. Adam takut. Adam janji Adam tak buat lagi.
Kakak: Kakak minta maaf daddy. It won’t happen again. I promise.
Umar: Adik tak boleh janji daddy temudian hali adik buat lagi heee
Daddy: Tengok tu!
Umar: Daddy tangan malah nanti daddy tene dalah tinggi haa
Daddy: Memang dah naik darah dah ni. Dah jom masuk. 
Umar: Daddy tak nak tolong angkat balang ke. Balang belat.
Daddy: Masa shopping tadi larat angkat eh.
Umar: Heeeheee

We never know the love of our parents for us; till we have become parents. - Unknown

Sunday, October 25, 2015

Kedai Buku

Ketika dalam perjalanan dari San Fracisco ke Hoover Dam, abang sekali lagi singgah di Las Vegas. Anak-anak tak puas hati sebab tak dapat beli buku sebagai tanda kenangan. Mereka kata mustahil di kota sebesar Vegas tidak terdapat kedai buku. Jadi abang ringankan mulut bertanya pada penduduk setempat. Kata masyarakat setempat di Las Vegas terdapat banyak kedai buku. Mereka berikan beberapa nama kedai yang popular dan tanda arah. 

Terdapat lebih kurang 10 buah kedai buku di Las Vegas. Ada beberapa kedai pernah di lalui sambil berjalan kaki tapi tak perasan. Anak-anak gembira bukan main! Abang singgah di The Writer’s Block, Bauman Rare Books dan Alternate Reality Comics. Awak tahu tak Adam beli lebih dari 100 buah komik di Alternate Reality Comics! Adam kata dia tak tahu nak pilih komik jadi dia beli semua komik yang dia berkenan. Harga komik tak mahal sangat – tak sampai $200 pun.

Semasa di San Francisco, kedai buku yang sempat abang singgah cuma The Booksmith. Nampaknya abang kena lebih rajin membaca dan mencari info tentang kedai buku, perpustakaan serta muzium. Setelah anak-anak dapat beli dengan banyaknya di kedai-kedai buku sekitar Las Vegas barulah mereka berhenti merungut tentang “LA tak ada kedai buku”. Agaknya mereka sudah puas hati kerana setiap bandar yang mereka lawati pasti ada kedai buku dan pelbagai khazanah untuk di terokai. 

Perkara yang paling menarik ialah Vegas sedang mempersiapkan bandarnya untuk festival kesusasteraan dan pihak pentadbiran sedang merangka untuk menjadikan Las Vegas sebagai destinasi kesusasteraan selain bandar berlibur yang terkenal dengan pusat perjudian dan kasino terhebat di dunia. Ini tidaklah menghairankan kerana Vegas adalah pusat tumpuan pelancong. Rami yang berkunjung ke sini untuk berhibur dan kini mereka menyediakan bandar kesasteraan pula. Tentulah lebih ramai oang akan datang berkunjung.

As with any journey, who you travel with can be more important than your destination. - Unknown

Saturday, October 24, 2015

2.40am

Rancangnya hanya dua minggu menghabiskan masa di Nevada, Utah, Colorado, Idaho, Wyoming dan Montana tapi terlajak hingga 3 minggu. Perjalanan dari bandar ke bandar menggunakan kapal terbang kerana lebih menjimatkan masa dan tenaga. Kalau memandu tidak begitu sesuai kerana mengambil masa yang lama. Sewa kereta hanya sesuai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu tempat menarik yang lain. 

Antara banyak tempat yang di lawati, Sequoia National Park yang paling cantik. Banyak pokok-pokok tua yang berusia ratusan tahun berada di sini. Antara yang paling popular ialah General Sherman Tree yang merupakan pokok terbesar di dunia. Bersebelahan dengan Sequoia National Park ialah Kings Canyon National Park. Tapak perkhemahan juga di sediakan bagi pengunjung yang berminat bermalam di sini dengan kadar sewa serendah $12 semalam.

Death Valley National Park, The Hoover Dam dan Dinosaur National Monument merupakan tempat-tempat yang tidak termasuk dalam senarai lawatan tapi berjaya juga di lawati kerana desakan anak-anak. Sesuatu yang menakjubkan ialah Jambatan Empangan Hoover yang di bina merentasi Sungai Colorado bagi menghubungi Las Vegas dengan Arizona dan di anggarkan dapat menampung 17000 kenderaan setiap hari.

Hari ini dan esok akan berehat di hotel sambil menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Perjalanan seterusnya ke North & South Dakota, Nebraska, Kansas, New Mexico, Texas dan Oklahoma.

Wednesday, October 21, 2015

You & I

You and I will always be unfinished business.

_ _ _
Boleh jadi, yang kita buang, adalah sesuatu yang kita butuhkan.
Boleh jadi, yang kita lupakan, adalah sesuatu yang mengingat kita.
Boleh jadi, yang kita tinggalkan, justeru adalah sesuatu yang selalu menunggu. Setia. Di sana. - 
Tere Liye

Tuesday, October 20, 2015

Hidayah

Tadi abang pergi farmasi. Masa pusing-pusing cari barang, abang nampak pregnancy test kit atas rak. Abang beli satu. Dulu awak kata kalau kita dapat baby girl awak nak namakan dia Hidayah. 

Sweet memories of nights together.

_ _ _
Sometimes you keep someone who hurts you. It’s because the happiness they bring is more important than they pain they cause. - Unknown

Monday, October 19, 2015

Batman

Semalam


Adam: Adam nak pakai macam daddy.
Daddy: OK. Kejab daddy pilih.
Adam: Adam suka baju sama dengan daddy. 


Hari ini


Adam: Daddy, daddy kena pakai sama macam Adam.
Daddy: Haaaa
Adam: Semalam Adam pakai sama macam daddy.
Daddy: Adam nak pakai apa?
Adam: Baju ni 
Daddy: Alaa tak kan daddy nak jadi Batman siang-siang hari ni
Adam: (merajuk)
Daddy: OK. OK daddy pakai.
Adam: Yea!!! (sambil lompat-lompat)


Selepas 30 minit


Daddy: How do I look?
Kakak: Daddy nampak comel!
Daddy: Umar tak nak join ke?
Umar: Adik tak mainlah custom Batman daddy. Adik dah dewasa.
Daddy: Yelah. Daddy je la jadi Batman dengan Adam
Umar: Daddy tak terseksa jadi Batman hehehe?
Daddy: Esok Umar jadi ayah baru Umar tau.
Umar: Adik tanya je. Adik plihatin nasib daddy.
Daddy: Prihatin sangat
Adam: Esok Adam pakai Spiderman. Daddy jadi Spiderman.
Daddy: Daddy bawa Batman je Adam. Superman, Spiderman daddy tak bawa
Adam: (muka sedih)
Daddy: Balik Ipoh nanti kita pakai sama-sama eh. Abang Umar pun pakai.
Umar: Daddy tangan buat celite. Adik tak takap pun adik nak jadi Tuperman haa
Daddy: Daddy pakai, Umar pun kena pakai.
Adam: Yea!!! Abang jadi Spiderman
Umar: Daddy kuku besi. Kita demokelasi
Daddy: Daddy ada kuasa veto
Umar: Daddy tuke talah guna kuasa.
Daddy: Hehehe

Sunday, October 18, 2015

MO

Awak suka mengadu tentang MO yang suka buli awak. Abang pujuk awak. Abang cakap “Jangan ambil kisah sangat dia bukan doktor pun”. Awak cakap MO singakatan untuk Medical Officer; doktor senior. Abang rasa malu sebab silap tapi nak buat macam mana abang mana ada ilmu tentang bidang perubatan. 

Sebenarnya abang keliru antara MA - Medical Assistant dengan MO – Medical Officer. Abang ingat awak cakap tentang MA. Rupa-rupanya rupanya tak; awak bercakap tentang pegawai atasan awak yang suka membuli budak junior. 

Lepas kita berpisah baru abang sedar antara MA dengan MO (haih). Tapi tak apalah abang dapat juga ilmu baru. 

_ _ _

Ketika kita bisa mengingat sesuatu dengan detail, tapi tidak terasa menyakitkan lagi; maka itu berarti hati kita telah sembuh. Sebaliknya, ketika kita tidak bisa lagi mengingat sesuatu dengan detail; tapi entah kenapa tetap terasa sesak menyakitkan; maka itu berarti kita belum berhasil melepaskan dengan tulus. - Tere Liye

Saturday, October 17, 2015

Nightgown

Abang beli sehelai nightgown semasa di Las Vegas. Abang beli walaupun abang tahu awak tak ada untuk pakai. Ingat tak beberapa hari sebelum kita berpisah, awak minta nightgown. Ceritanya bermula bila abang beritahu awak yang abang nampak nightgown yang seksi di sebuah butik tapi abang segan nak beli.

Abang beli nighty warna merah. Awak kata nak nighty yang seksi. Tentu cantik dan kelihatan sangat seksi kalau awak pakai. Abang rindukan awak yang comel, yang mengada-ngada, yang manja. 

Selamat malam, cinta.

_ _ _

Waktu selalu berbaik hati mengobati kesedihan. Jadi, kalau kita tidak tahu harus bagaimana lagi, biarkan obat ini bekerja. Cobalah untuk survive, menunggu, cepat atau lambat kesedihan itu akan pergi. - Tere Liye 


Oregon
3.50am

Friday, October 16, 2015

Memori

Abang tunggu awak online Skype tapi awak tak ada pun. Kalau pun awak online belum tentu awak berborak dengan abang. Abang ada cerita best. Kawan abang marah-marah isteri dia pregnant lagi. Dia kahwin 2010. Sekarang anak nak masuk 4 orang! Dia kata salah bini dia sebab bini dia mengandung.

Abang teringat dulu masa awak sibuk dekat wad, awak suka cakap ramai orang sebab “kena buatan orang” - abang selalu fikir “buatan orang” maksudnya kena santau/ilmu hitam. Tapi maksud sebenarnya mengandung (okey abang lampi). Kalau abang nampak perempuan mengandung abang selalu teringat “kena buatan orang”. 

Awak nakal betul.

_ _ _

Memory is a way of holding on to the things you love, the things you are, the things you never want to lose - Kevin Arnold

Thursday, October 15, 2015

Wajahmu

Rembulan tenggelam di wajahmu.

Monday, October 12, 2015

You'll Never Find Another Love Like Mine

In my dreams, we’re still together.

Sunday, October 11, 2015

Sheep

Adam suka bangun tengah malam. Biasanya jam 3 atau 4 pagi. Kalau daddy tidur awal jarang pula Adam bangun kejutkan daddy. Adam suka bangun tengah malam dan minta ayam goreng, coklat panas atau bacakan dia buku cerita. Kadang-kadang teman dia menonton tv. 

Sedang daddy tidur dengan lena, Adam kejutkan daddy. Jam di dinding menunjukan 3 pagi. 

Adam: Daddy. Daddy lukis sheep.
Daddy: Sekarang?
Adam: Adam nak sheep
Daddy: In the middle of the night?
Adam: Bolehlah daddy. Bolehlah.
Daddy: Nanti daddy buka laptop.
Adam: Lukislah daddy. Adam tak nak komputer
Daddy: Haih. OK kejab. Daddy ambil pensel.

Selepas 15 minit.

Daddy: Haa dah siap. Tapi tak cantik sangat.
Adam: (peluk lukisan sheep)
Daddy: Nak pergi mana?
Adam: Adam nak tidur daddy.
Daddy: Ayam goreng, hot chocolate semua tak nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Pelik- pelik je Adam ni. Good night Adam.

Daddy terus melukis sheep. Lukisan yang bagi pada Adam tak cantik. Hmm...mama pun tak pandai melukis. Lukis kaki orang tapi hasil macam belalai gajah (hahaha saya ingat lagi tau!). 

Saturday, October 10, 2015

7.30am

I miss you more than I can bear.

Friday, October 09, 2015

3.45am

I can't unlove you.

You left a mark on me

Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu. - Tere Liye

Thursday, October 08, 2015

On Love

Some things you cannot control. No matter how bad you want to, you just can't. If we can turn back time and take a different route, we would. Everyone deserves happiness. No one wants to intentionally hurt anyone. Things just happens. It's all meant to be. Let go and you will truly find happiness even if it takes time. - SSY

_ _ _

Something always brings me back to you. 

_ _ _

When I start thinking about you, tears fall down from my eyes.

Tuesday, October 06, 2015

Pilihan

Banyak cerita menjadi viral di internet. Antaranya kisah seorang lelaki dari Kanada ke UK untuk membuat kejutan buat kekasihnya tapi tidak kesampaian apabila mengetahui kekasihnya telah berkahwin. Menurut lelaki ini, hubungan mereka baik-baik saja dan mesra seperti biasa kerana mereka selalu berhubung melalui Skype. Dia tidak langsung menyangka yang kekasihnya akan berkahwin dengan orang lain. 

Hari ini kisah yang viral tentang seorang lelaki yang tunangnya tidak lagi balas setiap WhatsApp yang di hantar. Tidak lagi mengangkat telefon. Bila mereka berjumpa, tunangnya memulangkan cincin. Kedua kisah ini sebenarnya adalah kisah manusia curang tapi perlu di nafikan. Kita mendefinasikan curang apabila kita melihat hal ini dari kaca mata “hitam”. Mereka yang curang akan di lihat sebagai manusia jahat yang tidak berhati perut. 

Hidup kita sebenarnya berjalan melalui perspektif yang kita gunakan untuk melihat dunia. Kita meletakan hukuman berdasarkan perspektif yang kita gunapakai. Perspektif ini umpama kaca mata. Kalau kita gunakan kaca mata biru, kita akan melihat dunia dengan warna biru. Kalau kita gunakan kaca mata berwarna merah, kita akan lihat dunia dengan warna merah. Perspektif ini akan berubah mengikut kaca mata yang kita gunakan untuk melihat dan menilai apa yang ada di sekeliling kita.

Dunia kita sebenarnya di huni oleh manusia yang baik tapi mereka salah membuat pilihan. Misalnya, manusia yang tertekan mengambil jalan singkat menggunakan dadah untuk melupakan tekanan. Dalam banyak pilihan yang ada, kadang-kadang kita salah memilih dan pilihan (yang salah ini) membuatkan kita nampak jahat/buruk di mata masyarakat. Setiap manusia di lahirkan suci. Tindakan kitalah yang menjadi kita kekal bersih atau kotor di kemudian hari.

Manusia membuat kesilapan tapi kesilapan yang di buat tidak harus di hukum di sepanjang hidupnya. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Semua manusia buat salah. Apa yang penting ialah kita belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya lagi. Kita juga harus berikan diri kita peluang untuk jalan terus dan tak menghukum diri sendiri sepanjang hidup atas kesilapan yang pernah kita lakukan.

Everyone makes mistakes in life, but that doesn't mean they have to pay for them the rest of their life. Sometimes good people make bad choices. It doesn't mean they're bad it means they're human. - Unknown



San Francisco

Sunday, October 04, 2015

1:05pm

Menghabiskan seharian suntuk di Disneyland. Bila melangkah keluar badan mula terasa penat. Hentian seterusnya ambil keputusan untuk tidak tidur di khemah tapi menyewa sebuah bilik di motel berhampiran. Badan terlampau penat untuk memandu dan memasang khemah apatah lagi untuk masak makan malam. Tinggal di motel lebih selesa dan dapat rehatkan badan secukupnya. 

Mujurlah dapat sebuah bilik - bilik yang agak kecil untuk menampung 4 orang tapi itu tak menjadi masalah bila diri terasa amat letih. Selesai makan malam anak-anak tidur bergelempangan akibat kepenatan. Disneyland benar-benar menjual keseronokan. Pelbagai permainan tersedia untuk di nikmati. Anak-anak bergembira dengan hampir semua permainan yang ada di Disneyland dan mereka kata ingin datang lagi.

_ _ _

Pagi tadi pergi dobi untuk cuci pakaian. Cadangan awal ingin mencuci di sungai bila tiba di hentian (tapak khemah) seterusnya. Ada baiknya juga menggunakan mesin kerana dapat jimatkan masa dan tenaga serta pakaian tidak rosak. Mungkin di hentian akan datang akan mencuci di sungai bila berkhemah nanti. Buat masa ini lebih mudah gunakan mesin.

Seperti biasa, balut buku yang sudah di baca sepanjang perjalanan untuk di pos ke Ipoh. Kalau simpan terlalu banyak buku agak susah untuk bergerak dan tentu akan ada masalah semasa ambil penerbangan nanti. Kebiasaannya hanya buku yang baru di beli akan di bawa bersama. Apa saja barang yang sudah di gunakan/tak mahu di gunakan lagi akan di pos ke rumah bagi mengelakkan beg menjadi berat dengan bebanan yang tak perlu.

_ _ _

Akan bergerak ke San Francisco untuk melihat mercu tanda San Francisco iaitu Golden Gate Bridge secara dekat. Tentu saja akan berjalan-jalan di sekitar kota yang cantik ini sambil menikmati pemandangan yang indah. Bercadang juga melawat Alcatraz Island yang terkenal dengan Penjara Alcatraz melalui penjenayah bernama Al Capone dengan menaiki feri. Tentu saja selepas itu akan singgah di Fisherman's Wharf untuk lihat sea lion secara dekat. Secara jenakanya orang kata kita hidup bukan untuk bekerja dan bayar bil sahaja tapi untuk menikmati hidup.

Maybe the journey isn’t so much about becoming anything. Maybe it’s about unbecoming everything that isn’t really you so you can be who you were meant to be in the first place. - Unknown

Saturday, October 03, 2015

Umar Zarif

Umar: Daddy! Daddy! Daddy! Adik mimpi!
Daddy: Umar mimpi apa?
Umar: Adik mimpi Umar Zarif
Daddy: Hehe baby boy eh ngee
Umar: Daddy asyik takap adik tecik-tecik je
Daddy: Habis tu Umar Zarif tu siapa?
Umar: Nama komersial adik haa
Daddy: Kecik-kecik dah ada nama komersial
Umar: Itulah daddy tak tahu. Malketing stlategi 
Daddy: Zarif tu macam nama kawan daddy
Umar: Adik tak tahu daddy ada tawan lelaki
Daddy: Daddy ada banyak kawan
Umar: Tapi tawan daddy tume pelempuan 
Daddy: Tak baik mengata daddy. Nanti kena tulah
Umar: Adik menyatakan kebenalan haa
Daddy: Ye la ye la

Wednesday, September 30, 2015

Catatan Senja

Caravan yang di gunakan dulu ada di rumah Ary. Kalau pergi Ohio jumpa Ary tentu boleh ambil caravan. Sayangnya Malaysia tak benarkan kenderaan seperti caravan berada di atas jalan raya. Jadi semasa pindah dari US ke Ipoh tak bawa caravan bersama-sama. Ary kata caravan masih boleh di gunakan kerana di jaga dengan baik. Cadangnya bila balik Malaysia nanti akan bawa caravan bersama. Dapat letak di garaj pun jadilah. Sekurang-kurangnya ada di depan mata.

Berada di California dan cuaca amat baik sekali. Sewa sebuah van. Pada mulanya bercadang untuk menyewa pajero atau Ford Mustang tapi Umar kata tak sesuai sebab tak nampak seperti dalam misi mengembara. Bawa van lebih relaks sebab tak boleh bawa laju dan dapat lihat pemandangan. Kebiasaannya, anak-anak tak tangkap gambar pemandangan tapi mereka lebih suka menghayati pemandangan. Untuk di rakam di kotak ingatan menurut Umar.

Malam tadi tidur di bawah jambatan. Ambil keputusan untuk beli khemah dan tak menyewa hotel. Pasang khemah - anak-anak ambil masa hingga 2 jam untuk dirikan sebuah khemah dan mereka sangat gembira bila berjaya lakukannya tanpa bantuan daddy. Hidupkan unggun api untuk panggang ayam yang di beli lebih awal di hypermarket. Masak nasi dan hangat air untuk bancuh kopi. Betul-betul dalam suasana pengembaraan. Sebenarnya ini bukan misi pengembaraan pun. Hanya berjalan-jalan untuk ringankan beban perasaan dan melupakan kisah silam.

Petangnya tengok matahari terbenam berlatarkan gunung. Sungguh cantik. Beberapa hari ini bulan di langit kelihatan sangat menawan. Huda ambil peluang lukis pemandangan. Umar kata tak ada yang istimewa kecuali kalau dapat di fotokan dan di jual kepada mereka yang berminat. Adam tak berkelip tengok matahari terbenam. Adam kata cantik macam dalam cerita yang dia selalu tonton. Baik matahari mahupun bulan, kedua-duanya sangat indah untuk di nikmati. Melihat matahari terbenam perlahan-lahan sambil dengar lagu dan minum kopi adalah heaven on earth.

Ayam hangit dan hitam lenggam kerana tertidur semasa panggang ayam dan anak-anak tak kejutkan. Makan dengan anak-anak sambil ketawa sebab ayam yang kami makan berwarna hitam dan rasanya tidak lagi seperti ayam. Mujurlah ada kicap. Makan nasi bersama kicap dan ayam hangus ketika mengembara adalah pengalaman yang menakjubkan kerana kita terpaksa makan apa sahaja untuk mengalas perut supaya bertenaga pada keeseokkan harinya. Bekalan coklat, roti dan tuna masih banyak. Anak-anak makan berdikit-dikit untuk jimatkan perbelanjaan kerana mereka kata orang dalam pengembaraan makan sekadar alasa perut.

Di hentian seterusnya nanti kena basuh baju. Menurut Umar, orang pergi mengembara tak cuci baju di dobi. Nampaknya mereka benar-benar ingin rasai pengalaman mengembara. Selepas ini perlu beli selimut tebal, wayar, dan bulb lampu supaya kawasan perkhemahan lebih terang dan mereka dapat membaca dan menulis dengan lebih selesa. Umar gemar menulis sebelum tidur. Huda akan baca beberapa muka surat sebelum melelapkan mata. Adam suka menonton tv malangnya tv tak ada jadi dia akan mewarna buku lukisannya sebelum tidur. 

Monday, September 28, 2015

Bawah Umur

Daddy: Kenapa Adam masam je ni. Abang buli eh.
Adam: (geleng)
Umar: Daddy tuke tuduh adik. 
Daddy: Alaaa daddy tanya je. Mana ada daddy tuduh.
Adam: Abang baik.
Daddy: Dah kenapa masam je ni?
Adam: Ayam goreng Adam habis. Adam kongsi dengan meow.
Daddy: Nanti daddy beli lagi eh.
Umar: Adik ada polishi daddy.
Daddy: Polishi apa ni Umar?
Umar: Adik tak buli tanak-tanak bawah umur.
Daddy: Ye la, ye la. Daddy salah.

Sunday, September 27, 2015

Home

Home isn't a place, its a feeling - Cecelia Ahern

Saturday, September 26, 2015

3:50am

Demam semakin kebah setelah makan sup kaki ayam. Sofea masak dan hantarkan ke rumah tumpangan. Rupanya dia masih ingat - favorite soup. Selepas ini akan patah balik ke California. Semasa di Los Angeles tempoh hari, anak-anak tak mahu ke Disneyland. Kali ini mereka kata teringin pula ke sana. Sepatutnya kena rancang trip supaya lebih lancar dan tak begitu membazir. New York - Washington DC - Washington (Seattle) - California - Iowa satu perjalanan yang agak membazir sebenarnya kerana jarak antara negeri amat jauh. 

Sepatutnya dari California terus ke Arizona atau Nevada dan bukan ke Iowa. Nevada dan Arizona tak banyak tempat menarik kerana kawasan ini merupakan kawasan pergunungan. Kalau musim sejuk bolehlah ke Pergunangan Rocky bermain ski. Dalam perancangan ke Dream Lake Rocky Mountain National Park. Panoramanya sungguh cantik bila matahari terbenam. Semasa di California, anak-anak merajuk sebab bawa ke tempat hiburan yang kurang mereka sukai. Tak pastilah kenapa mereka anti-hiburan. Mungkin mereka lebih selesa berada di pusat intelektual berbanding tempat berfoya-foya. 

Disneyland terletak di Anaheim, California. Tempat ini merupakan antara taman tema terbesar di Amerika Syarikat. Agak rugi jika sampai ke Los Angeles tapi tak menjejakkan kaki ke Disneyland. Di California nanti bercadang ke Glass Beach. Hari Isnin depan akan berlepas ke California dan menghabiskan beberapa hari di sana. Ada beberapa tempat menarik untuk di kunjungi selain menikmati musim yang baru bertukar - di mana-mana sahaja dapat di lihat “Happy First Day of Fall” bagi meraikan musim yang baru tiba.

Nevada, Utah, Colorado, Idaho, Wyoming dan Montana adalah negara-negara bahagian pergunungan. Negeri-negeri ini amat terkenal dengan “budaya liar” yang selalu di pamerkan melalui filem-filem koboi, sheriff, pasukan berkuda, penjahat, perempuan penari bar, Red Indian dan perompak. Setiap daerah di pergunungan mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Sebahagiannya masih mengekalkan ciri-ciri tradisi walaupun sedikit sebanyak telah melalui proses globalisasi dan pemodenan. 

Antara tempat-tempat menarik untuk di lawati di negeri kawasan pergunungan adalah Great Salt Lake, Yellowstone National Park, Pikes Peaks, Monument Valley, Grand Teton. Di Arizona pula akan melawat Grand Canyon Skywalk. Mungkin akan habiskan dua minggu di sini sebelum bergerak ke tempat lain. Cabaran utama ke beberapa tempat yang memerlukan tenaga ialah anak-anak. Risau mereka cedera dan kepenatan. Mungkin tiba masanya untuk anak-anak keluar bergembira selain menghabiskan masa di perpustakaan, kedai buku, galeri dan muzim.

Sesekali buat aktiviti luar besar juga faedahnya.