Wednesday, June 27, 2018

May the best man win

Saya berpegang pada prinsip kebahagiaan orang yang kita sayang lebih penting dari kebahagiaan kita sendiri. Malam tadi anak-anak masih bercakap soal awak ketika kami duduk makan malam bersama. Mereka bertanya sama ada saya gembira jika mendapat tahu hidup awak tidak bahagia bersama dia. Jawapan saya, sudah tentulah saya tumpang berduka kerana insan yang kita sayangi hidup tidak gembira. Anak-anak barangkali kurang mengerti atau kebingungan bila saya nyatakan saya tak pernah berasa gembira atas kesedihan orang lain walaupun orang itu pernah melukakan hati saya. 

Saya membetulkan salah tafsir anak-anak bahawa keputusan untuk kita berpisah adalah keputusan paling mudah yang pernah awak lakukan. Saya yakin itulah detik paling sukar dalam hidup awak - memilih lelaki terbaik untuk berkongsi susah senang di dunia ini. Saya beritahu mereka tak semua orang mampu membuat keputusan di saat sukar. Hanya orang yang matang, tabah dan nekad sahaja yang dapat menentukan yang terbaik untuk dirinya walaupun terpaksa melukakan hati orang lain. Saya tekankan kepada anak-anak bahawa keputusan itu sudah ranum di buah fikir. 

Saya berpesan kepada anak-anak agar belajar menghormati keputusan dan pilihan orang lain walaupun keputusan itu tidak memihak kepada kita. Saya berpesan agar mereka faham bahawa kita tak boleh memaksa orang lain untuk hidup bersama kita jika mereka tak mahu. Tak ada istilah paksaan dalam kamus percintaan. Saya juga minta mereka fikir-fikirkan apa yang di ucapkan Lucas W. “Would you still hold onto someone if you knew you were the reason behind their tears?”. Saya mahu anak-anak faham untuk hidup dengan orang yang kita cintai haruslah hadir keinginan bersama untuk membina dunia yang lebih bahagia.

Awak mengajar saya untuk mencintai dan melepaskan dengan ikhlas. Awak mengajar saya untuk terima setiap qada dan qadar yang telah di tetapkan buat kita. Saya pula ajarkan kepada anak-anak supaya yakin dan percaya bahawa keimanan kita terpasak pada Rukun Iman - untuk terima segala suratan dengan hati terbuka, pasrah dan redha dengan ketentuaan-Nya walaupun dengan jujuran air mata. Indahnya mencintai seseorang dengan ikhlas, melepaskannya untuk orang yang lebih berhak. Keindahan itu saya rasai. Itulah kemanisan cinta yang sebenar. 

Saya juga mengajarkan kepada anak-anak agar menerima kekalahan dengan tangan terbuka. Setiap persaingan ada kalah menang. Jika kita kalah, pesan saya pada anak-anak supaya tidak membenci jauh lagi berdendam. Orang bijaksana selalu berkata “May the best man win”. Adat hidup di dunia adakalanya kita beruntung, adakalanya tidak. Menerima dan mengakui kelemahan diri amat penting untuk pembangunan kendiri kita supaya kita menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan. Buanglah ego kita jauh-jauh kerana sifat egois tak akan membantu kita menjadi insan kamil pada mata orang. 

Marahlah saya sepuas hati awak, bencilah saya semahunya dan saya masih dan akan tetap mencintai awak. Membenci tidak pernah menyelesaikan apa-apa masalah. Awak adalah kegembiraan yang berpanjangan, keindahan dalam setiap isi dunia. Hidup tanpa awak sungguh menyesakkan dada seperti kata Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī “When I am outside of you, life is a torment”. Sungguhpun begitu, saya berjaya teruskan hidup tanpa awak dan itulah pengajaran yang saya sampaikan pada anak-anak - Whatever happens, life goes on. Biarlah terpaksa merangkak sekalipun, jangan pernah mengalah. 

Kata orang, cinta sememangnya gila dan kenyataan ini ada benarnya kerana menurut Pedro Calderon de la Barca, “When love is not madness, it is not love”. Tak perlu di tunjukkan bukti. Cukup dengan sesi-sesi rawatan dan terapi yang harus saya jalani di wad psikiatri. Cinta punya magisnya yang tersendiri, keajaiban yang tak di sangka-sangka. Saya selalu percaya kita dapat mengubah dunia dengan cinta. Kita juga mampu jatuh tersungkur kerana cinta. Mungkin sahaja kita akan mati kerana cinta. Itulah kekuatan cinta. Pilihan berada di tangan kita untuk menjadikan cinta itu sebuah kekuatan atau kehancuran atau apa sahaja. 

.

If I never see you again 
I will always carry you
inside
outside

on my fingertips
and at brain edges

and in centers
of what I am of
what remains.

― Charles Bukowski

Tuesday, June 26, 2018

Ruang

Hari ini abang ada mesyuarat di KL. Selesai sahaja mesyuarat abang ke Kino. Dulu, setiap hari Selasa adalah hari yang di tunggu-tunggu - kita akan bertemu di sini, berbalas pandangan, bertukar senyuman. Kecintaan kita pada buku membuatkan kita jatuh cinta. Abang berada di Kino sekitar 15 minit sahaja kerana ada mesyuarat lain yang perlu abang hadiri. Hari yang agak memenatkan kerana pasaran saham masih belum pulih setelah jatuh terduduk buat pertama kali dalam sejarah berada di bawah paras 1700. Selesai makan tengah hari, abang ambil keputusan untuk balik ke Penang. 

Dalam perjalanan pulang, abang pandu ke pejabat Hara, parkir kereta di tepi, matikan enjin dan merenung tempat kita selalu berbual mesra di hadapan pintu bangunan. Ada ketikanya abang menghantar makanan melalui Don jika Hara bekerja lebih masa. Ada ketikanya abang sendiri yang menghantar makanan untuk Hara dan staf yang lain. Kadang-kadang abang menyamar sebagai penghantar makanan dan Hara gagal mengesan penyamaran abang hinggalah abang berlalu meninggalkan pejabat. Maafkan abang kerana suka menyamar ketika masuk ke pejabat untuk ‘bertemu’ Hara. Ia adalah permainan yang amat mengujakan.

Abang agaknya suka berada di pejabat Hara. Ruang luas yang di penuhi susun atur pelbagai jenis buku serta ribuan fail kes. Ruang peribadi yang Hara miliki ini amat menakjubkan dan sangat memberi inspirasi. Dekorasinya sangat cliché dengan latar kerjaya Hara. Agaknya hampir semua yang berlatar belakangkan pendidikan / kerjaya seperti Hara akan memilih dekorasi seperti ini kerana cetusan citarasa atau ilham yang sama. Itu hanya pandangan abang - boleh jadi tebakan abang tidak begitu tepat dan semuanya hanya kebetulan sahaja. Ruang ini amat selesa dan abang senang berada di dalamnya. 

Abang naik ke pejabat Hara sekadar ingin melihat dari jauh seolah-olah Hara berada di dalam ruang peribadi menekuni setiap butiran kes. Abang tersenyum sendiri mengimbau beberapa kenangan manis di sini. Sedang abang termenung, ada seseorang memegang bahu abang dari belakang. Rupanya bakal ayah mertua ada di sini. Ayah Hara mengajak abang masuk ke pejabat Hara. Kami berbual tentang banyak perkara. Lebih kurang 30 minit dia tinggalkan abang kerana perlu menjawab panggilan telefon. Ketika menunggu, abang hampiri rak buku dan membaca sepintas lalu. 

Usai minum kopi dengan bakal ayah mertua, abang balik ke Penang. Sampai di rumah, Hara tahu apa yang terjadi? Adam bawa balik musang! Mula-mula dia bawa balik kura-kura - katanya jumpa atas jalan raya (3 ekor), kemudian anak kambing kecil (comel) yang katanya tersesat, Tak lama kemudian dia bawa balik kucing bukan seekor dua tapi 8 ekor anak kucing (bayangkanlah!). Baru-baru ini dia bawa balik 2 ekor monyet yang cedera parah di langgar kereta. Adam bawa ke klinik untuk rawatan lanjut. Monyet semakin sihat dan Adam berhasrat ingin membelanya. 

Sampai di sini saja. Jumpa lagi di lain masa.


xoxo

Monday, June 25, 2018

Dugaan

Ketika mengemas bilik bacaan, saya keluarkan dua buah kotak buku yang sengaja dari sorok dari pandangan umum. Saya menyimpannya secara berasingan kerana buku-buku ini berkaitan seks. Kebanyakannya adalah buku kama sutra yang sukar di dapati di Malaysia kerana telah di haramkan. Saya membelinya sebagai koleksi peribadi dan hingga kini masih belum di baca. Secara peribadi, saya kurang minat membaca buku-buku begitu - mungkin kerana saya takut saya tidak dapat mengawal nafsu. Semua orang tahu nafsu seorang lelaki ibarat seekor kuda liar yang sukar di jinakkan. 

Makcik Siti memberi saranan dan galakan halus agar saya menjadi lebih terbuka dan bersedia membaca buku-buku yang terdapat dalam kotak tersebut. Katanya, saya harus menyiapkan diri untuk menjadi seorang lelaki yang bakal mengemudi sebuah bahtera. Dia mahu saya menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggung jawab, berprinsip, lemah lembut, murah dengan kasih sayang, tegas dalam mendidik dan bersifat pelindung. Katanya, sebagai seorang lelaki dewasa, saya haruslah bersifat lebih terbuka untuk mendalami hal ehwal rumah tangga terutama berkaitan batiniah. 

Kebimbangan dan kerisauan yang melanda diri saya sejak akhir-akhir ini dapat di kesan dengan baik oleh Makcik Siti. Tentu sahaja saya tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari pengetahuannya kerana dia adalah pengasuh saya sejak saya berusia 2 tahun. Hampir keseluruhan sifat yang ada dalam diri saya dalam pengetahuannya. Dia sangat arif membaca riak dan bahasa tubuh saya. Oleh sebab itu, akhirnya saya membuka mulut dan melepaskan keresahan yang melanda diri saya sejak kebelakangan ini. Hal ini berpunca dari preskripsi SSRI yang di berikan oleh psikiatri.

Salah satu kesan pengambilan SSRI adalah mengurangkan daya seksualiti dan ini akan menjejaskan hubungan seks. Kegagalan seorang lelaki berfungsi sebagai seorang suami menandakan hubungan yang di bina akan berakhir dengan perpisahan. Menurut hukum agama, seorang suami yang gagal berfungsi harus melepaskan isterinya. Mungkin kerana itu Makcik Siti mahu saya bertindak cepat, sekurang-kurangnya untuk mengurangkan risiko yang bakal di hadapi pada masa akan datang. Makcik Siti menyuruh saya mengambil herba tradisional dan mengamalkan beberapa petua lama. 

Sebelum Hara berlepas ke AS, saya mengusulkan kepada Hara agar hubungan kami di noktahkan kerana saya tak mahu Hara menderita di kemudian hari. Hara tak mahu berganjak dari keputusan dan mahu pernikahan kami di teruskan seperti yang telah di rancangkan. Kata Hara “Yakinlah dengan Qada dan Qadar yang Allah tetapkan buat kita. Hal zuriat bukan urusan kita. Hara sanggup hidup bersama abang”. Itulah kali pertama saya mendengar dia menangis teresak-esak di telefon. Hara tak mahu lagi saya bangkitkan soal perpisahan dan saya pula serba-salah. Berat benar dugaan ini.

Saya harus mempersiapkan diri dengan semua kemungkinan yang ada. Mungkin juga ada baiknya saranan yang di berikan Makcik Siti. Setelah selesai sarapan saya menyelongkar 2 kotak buku yang sekian lama tersorok di balik rak. Di dalam kotak ini terkandung beberapa kitab lama antara lain Kitab Mengenal Nafkah Batin, Tongkat Nakhoda, Permata Yang Hilang, Risalah Hukum Jima’, Mutiara Taman Wangi (untuk wanita) dan lain-lain. Buku-buku kama sutra memang banyak dalam simpanan kerana saya gemar membeli untuk di hadiahkan pada adik-beradik atau kenalah rapat sebagai hadiah perkahwinan mereka. 

Buku terbaru berkaitan seksualiti rumah tangga telah di cetak semula dari karya klasik Imbang Jaya berjudul Rahsia Pengantin Baharu terbitan Klasika Media dengan kerjasama Akademi Jawi Malaysia. Saya membeli buku ini 2 naskah - senaskah untuk saya dan senaskah lagi untuk di hadiahkan kepada Hara semasa majlis akad nikah kami nanti. Saya akan bergelar suami tidak lama lagi. Dalam keterujaan hidup berdua, saya tetap berasa gemuruh dengan segala perencanaan Tuhan buat saya dan Hara. Hingga saat ini saya masih belum memutuskan destinasi bulan madu kami. 

Wednesday, June 20, 2018

Saturday, June 16, 2018

I no longer need her in my life

Daddy: I no longer need her in my life
Kakak: You sure about that?
Daddy: 100% positive

Friday, June 15, 2018

I got your back

“Memendam tak baik untuk abang. You know I got your back
“Okey”

Wednesday, June 13, 2018

Cincin

“Habis jumpa ke tak?”
“Jatuh dalam sinki celah mana nak cari”
“Tina cakap apa?”
Sorry b. I tak sengaja”
“Hahahaha duh! Sakit dengar”
“Cincin 88k dude. Aku kerja macam babi cari duit”
“Nak suruh sabar pun hati panas juga ni”
“Faham pun kau. Babi gila perempuan sekarang”

Monday, June 11, 2018

Lap punggung

Umar: Baju sana-sini
Adam: Adam kemas beg. Adam nak raya!
Umar: Mana beg awak?
Adam: Tu
Umar: Satu je?
Adam: Abang bawa berapa?
Umar: Towel dah masuk dalam beg?
Adam: Dah abang!
Umar: Mana towel awak? 
Adam: Yang macam ni
Umar: Tuala kecik untuk lap muka, lap rambut. Tuala besar mana? Tak bawa?
Adam: Tak bawa
Umar: Kalau awak lap punggung, nak lap muka guna apa?
Adam: Tak payah lap punggung. Lap badan 
Umar: Kulat punggung. Siapa nak jawab?
Adam: Abang tak payah fikir deep deep
Umar: Tak busuk ke lap punggung lepas tu lap muka
Adam: Tuala Adam. Punggung Adam
Umar: Buka beg. Kemas semula
Adam: Abang kemas. Adam nak main counter-strike
Umar: Kalau abang jadi daddy, abang dah haramkan awak main game. Padan muka awak
Adam: Alhamdulillah. Nasib Adam baik tak ber-daddy-kan abang

Sunday, June 10, 2018

1.40 am

Suffering from writer's block.

Lagu raya


One of my favorite songs.

Friday, June 08, 2018

Tv

+ Abang tak tidur pun
_ Abang buat apa sepanjang malam?
+ Tengok TV
_ Cerita apa?
+ Tak ada yang best baik bukak Apple TV, Unifi TV, Astro lagilah. Netflix okeylah
_ Banyak gila tv abang
+ Umar tengok Apple TV, Huda tengok Unifi TV, Adam dengan Netflix dia. Abang biasalah, orang tua. Layan Astro je
_ Abang bosan sangat ke?
+ Abang nak menulis tapi 6 jam ngadap skrin habuk pun tak ada
_ Sian abang
+ Hmm….
_ Apple TV okey tak bang? 
+ Tak
_ Astro orang dah tak tengok bang
+ Kutuk abang je kan
_ Banyak sangat channel. Sempat ke anak-anak abang tengok
+ Maid yang banyak layan tv 
_ Laju maid buat kerja sebab nak layan tv
+ Haah. Semua channel diorang layan. Abang dengan anak-anak tengok malam je
_ Tak nak tidur ke bang?”
+ Tak nak

Thursday, June 07, 2018

1.50am

"The most important thing you can do for your partner is encourage and inspire meaningful growth. Take every opportunity to contribute to the lives and progress of those you love. A sincere and positive impact will last a lifetime, even if the relationship does not." 
- Beau Taplin

Wednesday, June 06, 2018

..

“Tak merajuk dah eh?”
“Merajuk. Berhenti jab”
“Boleh berhenti pulak”
“Kita emo. Emo gila”
“Pasal screenshot tu?”
“Aah”
“Yelah. Teruk ayat dia”
“Okey dah ngadu nak sambung majuk
“Laa nak sambung ke?”
“Mestilah”
“Ala tak payahlah majuk dah”
Majuk. Bye bang”
“Hmm…mau nak terkam!”
“Hamboi!”
“Hahaha manis je majuk-majuk ni”
“Pujuklah kita”
“Malas hahahaha”
“Ish! Bye!”
“Hahahahaha”

Monday, June 04, 2018

Hara merajuk

“Hai cik abang sayang”
“Amboi kemain happy
Happy sikit dah tegur”
“Makin mengada kan sekarang”
“Hihihi biarlah”
“Sabar je la”
“Abang mesej siapa pukul 2 pagi?”
“Bila?”
“Masa abang on WA minggu-minggu lepas”
“Rajinnya check
“Nak tahu cik abang kita mesej siapa pukul 2 pagi”
“Dah tahu abang online kenapa tak WA abang?”
“Kita kan dah setuju lepas 12 malam tak boleh mesej”
“Hara je setuju. Abang tak”
“Abang mesej siapa? Makwe mana kali ni?”
“Hal kerja”
“Guna private number?”
“Hal kerja tapi orang tu abang kenal rapat”
“Tak percaya”
“Ye. Hal kerja. Dah kata on WA haram nak mesej. Kalau tak asyik tanya je”
“Kita perati abang rapat-rapat”
“Ye ye je”
“Siapa tu abang?”
“Siapa apa?”
“Abang mesej siapa?”
“Makwe hahaha”
“Agak dah. Okey bye”
“Eh nak bye pulak”
“Mesejlah dengan makwe awak tu”
“Laa dah pandai cemburu”



Klik



Hara merajuk. Comel benar rasanya bila lihat dia merajuk.

Sunday, June 03, 2018

.

Adam: Adam pun ada adik. Nanti adik panggil Adam abang
Daddy: Mana pulak Adam nak dapat adik?
Adam: Anak mama dengan Uncle Ain
Daddy: Pejam mata. Tidur. Esok nak sekolah
Adam: Mama tak nak kenalkan dekat Adam ke daddy?
Daddy: Baca doa. Nanti mimpi
Adam: Daddy tak ada gambar mama?
Daddy: Adam nak buat apa?
Adam: Adam nak peluk gambar mama macam Adam peluk mama
Daddy: Hmm...daddy teman Adam. Pejam mata
Adam: Mama tak ingat Adam ke daddy?
Daddy: Ingat. Selalu mama ingat
Adam: Mama tak pernah telefon Adam
Daddy: Mama kan busy dekat wad
Adam: Mama tak sayang Adam ke daddy?
Daddy: Mama sayang Adam
Adam: Adam sayang Aunty Hara tapi Adam nak mama

Duduk sekampung lagikan rindu

Hai Hara, 

Maafkan abang kerana tidak menulis surat buat Hara. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, abang semakin hilang kata-kata walau sebenarnya banyak yang ingin abang catatkan buat kenangan dan ingatan kita berdua. Lambakan kerja yang tiada kesudahan serta masa yang pantas berlari antara faktor yang memandulkan kata-kata yang tak mampu abang ungkapkan di atas cebisan kertas. Benar kata Hara bahawa abang terlalu mengambil berat dan selalu memikirkan sedalam-dalamnya akan hal-hal kecil yang remeh-temeh. Itu adalah antara sikap yang sukar abang buang dari diri.

Abang tak dapat tidur lena hampir 3 minggu. Terlalu banyak gangguan yang abang hadapi. Abang sendiri tak pasti sama ada gangguan ini kerana ketidaktenteraman dalam jiwa abang atau sekadar halusinasi. Atas sebab itu abang ambil keputusan untuk pulang ke Johor Baharu - mengambil angin segar dan membebaskan diri dari kesibukan hiruk-pikuk fikiran yang bersimpang-siur di dalam minda. Tubuh badan yang keletihan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi di tahap terbaik sedangkan abang punya 8 esei untuk di siapkan sebelum hujung bulan ini. 

Semalam abang berbuka di rumah Mak Usu. Selesai solat terawih dan makan ubat, abang terlelap hingga waktu bersahur. Kata Mak Usu, abang tidur lena jadi dia tak sampai hati hendak kejutkan abang. Malam semalam abang tidur lena tanpa sebarang mimpi buruk menjelma. Oleh sebab terlalu tertekan dengan himpitan kerja, abang ambil keputusan untuk keluar dari Pulau Pinang buat sementara waktu. Balik kampung bertemu saudara-mara, berbuka bersama-sama, berkongsi cerita tentu saja dapat meringankan beban perasaan. Pagi ini, abang bertambah baik. Abang lebih tenang dan tenteram.

Waktu berbuka semalam Mak Usu masak 3 jenis kuih; tepung pelita, puteri mandi dan lompat tikam. Abang baru tahu kuih tepung pelita adalah kuih limas. Abang tak makan puteri mandi dan lompat tikam (bukan Hara tak tahu abang memilih makan). Hari ini Mak Usu masak laksa Johor. Kalau tak salah abang, abang pernah makan sekali sahaja laksa Johor ketika abang berumur 13/14 tahun. Kata Pak Usu, abang harus belajar makan makanan dan masakan Johor. Tambah Pak Usu, abang kena belajar cakap dalam loghat Johor. Abang kata, abang selesa menjadi orang Perak walaupun di besarkan di Kuala Lumpur.

Pak Usu tanya tentang persiapan perkahwinan kita. Abang kata “Semuanya berjalan dengan baik sebab Hara yang uruskan”. Mak Usu kata “Orang lelaki selalu tak ambil berat hal perkahwinan. Segala-galanya serahkan pada perempuan”. Abang cuma diam dan angguk bila dengar Mak Usu membebel. Lama tak ada orang tua membebel. Sejak Makcik Siti tak sihat, jarang dengar dia membebel pada abang. Mungkin kerana cepat letih, Makcik Siti kurang bercakap apatah lagi membebel seperti sebelum ini. Abang selalu risau kalau-kalau makcik pergi tinggalkan abang. 

Abang balik Penang malam ini selepas solat terawih. Sejak memiliki kenderaan baru yang amat pantas walaupun tidak menjimatkan minyak dan kos kendalian yang agak tinggi, abang kira abang semakin selesa menggunakannya. Dari segi masa dan tenaga, ia amat menjimatkan. Abang boleh bergerak ke mana sahaja tanpa perlu memikirkan tempoh perjalanan. Dengan adanya kenderaan ini, Hara tak perlu lagi risau keselamatan abang kerana abang tak akan memandu laju atau mengarahkan Don memecut bila ada keperluan. Hara janganlah tanya; masa adalah emas - kerana itu kelajuan sangatlah penting. 

Abang akan menulis tentang Tanjong Katong bila ada kelapangan nanti. Buat Hara, nah serapkap pantun peneman diri di kala rindu,

Di Tanjung Katong airnya biru
Di situ tempatnya mencuci mata
Duduk sekampung lagikan rindu
Inikan pula nun jauh di mata.






Lelaki yang tak pernah berhenti mencintaimu,

Imran
10.25 pagi, 3 Jun 2018
(Tanjong) Katong, Singapura

Saturday, June 02, 2018

Renungan Ramadhan

Prof. Madya Dr. Faisal Haji Othman dalam makalah bertajuk Nilai-Nilai Positif DPN dan Tanggungjawab Ulama (1991:65) menyebut “Imam Ali bin Abu Talib pernah mengatakan bahawa kebatilan yang diatur dengan rapi kemudian dilaksanakan dengan penuh disiplin boleh mengalahkan kebenaran yang tidak terencana dan berperaturan serta dilaksanakan tanpa peraturan dan disiplin”.