Thursday, December 31, 2015

2016

My sweet one, 

Happy New Year, sayang. May your life be filled with beautiful sunsets, great waves and sand between your toes. 

In all the world, there is no heart for me like yours. In all the world, there is no love for you like mine. - Maya Angelou


Lots of love,
Abang

Sunday, December 20, 2015

Ada bezanya, Min

You demam ke dear?”
“Tak”
“Teruk batuk you tu”
“Dah makan ubat tadi”
I dengar you muntah kot”
“Okey je ni”
What’s wrong dearest?”
“Tak ada apa. Tak sedap hati je”
You tak sedap hati sampai muntah?”
“Rasanya la”
You tak sedap hati pasal apa?”
“Tak ada apa pun”
Your ex?
“Hmm...”
You risau apa for real?”
“Sibuk je kan”
You takut dia kawin ea”
“Hmm...”
You takut dia jadi milik orang lain”
“Hmm....”
You risau pasal ni je sampai muntah gila”
“Jangan la kutuk”
“Serius dear you risau sampai muntah-muntah?”
“Dah la Min. Ish”
If dia kawin apa bezanya. Still bukan hak you
“Hmm...”
“Apa bezanya dearest?”
“Mesti la ada”
“Apa?”
“Fikir la sendiri”
You memang. Asyik paksa suruh I fikir”
“Habis dah tanya je. Fikir la sendiri”

Saturday, December 19, 2015

A year ago today...



How time flies and I still miss you like we never part ways. I try, but still couldn’t forget you. Forget how happy I am when we are together. The feeling never changes, I guess.

But here are the fact. The fact that I wouldn’t hear your voice calling me abang. The fact that every night I won’t have any chance to hear you snore. It’s hard, but I need to live with that.

I just hope you remember me in a good ways. I made a lot of mistakes and I guess I’m not the type that you choose to live together till the end of life. Never mind. Whatever I have with you more than enough. I can’t ask more.

Thank you for loving me in such ways. It means a lot to me.



Your man,
Abang

Last digit of pi

Menyelesaikan masalah matematik sama saja seperti merungkai kekusutan cinta. Pernah sekali Mignon McLaughlin berkata “In the arithmetic of love, one plus one equals everything, and two minus one equals nothing”. Menggeluti semula dunia matematik setelah agak lama meninggalkannya benar-benar memberi kesegaran kepada jiwa. Ia sekurang-kurang dapat mengalihkan perhatian kepada perkara lain. 

Ahli matematik selalu percaya matematik sentiasa menawarkan jawapan kepada setiap persoalan yang timbul dalam hidup kita. Yang penting, kita mahu berusaha menyelesaikannya. Ia sama seperti masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu berusaha untuk menyelesaikan apa jua masalah yang datang. Seperti matematik, tidak ada masalah atau persamaan yang tidak dapat di selesaikan. 

Matematik sama seperti cinta. R. Drabek pernah berkata “Math is like love - a simple idea but it can get complicated”. Kita mungkin sahaja sama seperti parallel lines yang tidak pernah bertemu. Sesetengah ahli matematik percaya parallel lines bertemu di titik infiniti. Ia agak kompleks untuk di rungkai dan masih belum ada jawapan muktamad. Sama seperti kita, kompleks dan masih belum temui jawapan yang tepat.

Remember darling, I’ll love you till the last digit of pi.

Friday, December 18, 2015

Suri Jiwa

Hai babe,

Abang selamat sampai di Guangzhou setelah menempuh angin yang agak kencang di laut. Kapal layar nyaris berlanggar dengan bot pendatang asing. Mujurlah tak berlaku apa-apa. Sekarang abang berada di Pearl River, menikmati pemandangan petang sambil teman anak-anak makan ais krim. Pearl River walaupun tidak sebersih dulu masih cantik berbanding sungai di Malaysia. 

Ada banyak perkara membawa abang kepada awak. Salah satunya pengembaraan Trans Siberian. Minggu depan abang dan anak-anak akan melalui perjalanan ini. Abang ambil train dari Beijing ke Moscow menggunakan laluan Lake Baikal dan Mongolia. Sayangnya abang tak dapat ambil private train. Private train lebih selesa walaupun agak mahal. Tarikh terakhir private train beroperasi untuk tahun ini pada 6 Disember yang lepas. 

Abang akan berlepas pada 26 Disember dan di jangka sampai pada 1 Januari 2016. Sebenarnya tak ada sebarang tujuan abang ke Moscow. Dalam keadaan ekonomi dunia semakin mencengkam, harga minyak turun ke paras paling rendah dalam sejarang dunia (USD 37) tak ada banyak projek yang boleh abang ceburi. Apa yang abang buat ialah duduk diam-diam dan menikmati hidup dengan anak-anak (kalau ada awak lebih bahagia).

Abang mungkin tak lagi tinggal di Ipoh. Nampaknya Malaysia tak sesuai untuk abang. Dulu abang balik Malaysia sebab awak. Sekarang awak pun tak ada jadi rasanya ini masa yang sesuai untuk abang kemas beg dan barang-barang untuk pindah ke tempat lain. Abang masih belum putuskan tempat baru untuk di diami. Tak semua perkara yang menyenangkan akan kekal dengan kita, kan sayang?

Memasuki tahun kedua kita berpisah abang masih terasa seperti baru kehilangan awak. Agaknya cinta pertama memang sukar di lupakan dan abang pun tak tahu cara memulakan hidup baru. Tahun depan tak ada sebarang perancangan walaupun abang selalunya merancang sebelum buat sesuatu perkara. 

Tak kisahlah apa yang terjadi kepada kita, abang tetap berharap awak akan dapat happy ending yang awak mahukan. Happy ending awak bukan dengan abang tapi orang yang lebih baik dari abang. Abang selalu harap awak akan dapat apa yang awak cari. Abang harap awak akan gembira dengan pilihan yang awak buat meskipun pilihan itu pilihan yang menyakitan untuk abang.

Suri Jiwa, jaga diri baik-baik. 

Abang rindu awak. 



Pearl River, Guangzhou

Sunday, December 13, 2015

The world breaks every one

“Hai Min”
Hi hero. You rindu I eh?”
“Buat apa tu?”
“Apa hal bunyi bising. You dekat mana?”
“Atas bot. Pakai satelit. Biasa la”
“I thought you at offshore”
“Tak la. Hujung bulan depan baru pergi sana”
“Are you okay handsome?”
“Okey kot”
Time will heal everything. Sabarlah”
“Farid al-Atrash sihat ke?”
“Entah. Mana I tahu”
“Kata boyfriend
You yang cakap bukan I
“Jangan jual mahal. Nanti dia blah baru tau”
You okey ke tak ni? Batuk you macam teruk je”
“Cuba tukar you tu jadi awak. Baru mendaulatkan bahasa Malaysia”
“E geli okey”
“Hahaha. Teruk betul city girl ni”
You suka tukar tajuk. Sakit you datang ke?”
“Entah”
“You skip your medical check again?”
“Ha’ah”
“Life moves on. You lost her, but you get your life back. Be thankful”
“Hmm...”
“Cakaplah”
“Never mind”
“You cured. Not all people get that chance. You’re the chosen one”
“Membebel je kan”
“The world breaks every one and afterward many are strong at the broken places”
“Siapa cakap tu?”
“Itu pun you nak tanya ke?”
“Saja la nak tau”
“Ernest Hemingway”
“Sejak bila baca Ernest Hemingway ni?”
“Gotta go”
“Ala takkan nak blah dah”
I nak siap”
“Pergi mana?”
Date la sayang”
“Hee dengan mamat mana?”
“Nanti I story
“Okey”
Red or black?
“Apa?”
“Dress”
“Black”
“Bye love”
“Jangan pakai seksi-seksi sangat Min”
You jealous ea”
“Tak ada maknanya”

Saturday, December 12, 2015

Rainy Day

Hai sayang,

Abang dalam perjalanan ke Guangzhou dengan kapal layar. Dalam masa dua atau tiga hari (bergantung kepada cuaca) sampailah abang di Guangzhou atau nama lamanya Canton. Sengaja abang tak ambil flight sebab abang tak ada apa-apa urusan di sana. Jadi tak perlu tergesa-gesa. Bersama abang, seorang kapten kapal dan anak-anak kapalnya seramai lima orang. Hujan sepanjang hari. Rasa lebih sejuk dari biasa. Beberapa kali kapal di lambung ombak kerana ribut yang agak kencang. 

Kalau awak ada tentu lebih seronok. Kita boleh habiskan banyak masa di atas kapal. Kapal layar sangat selesa dan agak besar untuk menampung abang dan anak-anak. Kalau awak ada tentu lebih manis dan perjalanan tak terasa terlalu lama. Kita boleh minum kopi (abang minum kopi; awak minum koko panas), kita boleh pandang laut tanpa buat apa-apa. Mungkin juga kita boleh buat ‘macam-macam’ sebab hujan sepanjang hari :p

Abang tahu awak tak pergi jauh dari abang. Awak selalu ada dengan abang. Awak selalu rindukan abang. Awak selalu teringatkan abang. Abang rasa sebenarnya awak pun rindukan abang. Mungkin awak terlalu ego untuk mengakuinya tapi abang tahu awak sebenarnya belum dapat bebaskan diri sepenuhnya dari abang (kalau tak betul anggaplah abang perasan).

Sekarang jam 3.09 pagi. Abang nak tidur. Nak suft internet pun tak best. Abang tak gunakan wireless. Abang guna satelit jadi faham-faham sajalah. 

Selamat bertemu dalam mimpi, sayang.

*terbayang-bayang bibir awak yang seksi dan menggoda* 

_ _ _

Kenapa kita mengenang banyak hal saat hujan turun? Karena kenangan sama seperti hujan. Ketika dia datang, kita tidak bisa menghentikannya. Bagaimana kita akan menghentikan tetes air yang turun dari langit? Hanya bisa ditunggu, hingga selesai dengan sendirinya. - Tere Liye

Friday, December 11, 2015

Just The Two Of Us

Sambil jalan-jalan di Shilin Night Market, abang terasa seperti kita jalan bersama sambil berpegangan tangan. Abang teringat blog kita; “Just The Two Of Us”. Segala catatan yang abang nukilkan telah abang padam dan ia mengundang kemarahan awak yang amat sangat sehingga awak ambil keputusan untuk pergi dari hidup abang. 

Hmm...apa yang jadi pada ‘the two of us’?

_ _ _ 

I see the crystal raindrops fall
And the beauty of it all
Is when the sun comes shining through
To make those rainbows in my mind
When I think of you sometime
And I want to spend some time with you

Just the two of us
We can make it if we try
Just the two of us
Just the two of us 
Building castles in the sky
Just the two of us
You and I

We look for love no time for tears
Wasted water's all that is
And it don't make no flowers grow

Good things might come to those who wait
Not for those who wait too late
We gotta go for all we know

I hear the crystal raindrops fall
On the window down the hall
And it becomes the morning dew
And darling when the morning comes
And I see the morning sun
I want to be the one with you.


Just The Two Of Us
Bill Withers

Tuesday, December 08, 2015

Just to have you back again

You realize how much you truly miss someone when something happens, good or bad, and the only person you want to tell is the one person who isn’t there.

Sehingga saat ini abang masih rindukan awak. Tahun depan tahun kedua kita berpisah. Abang masih rasa sunyi dan tak dapat sesuaikan diri. Abang masih rasa kekosongan, resah, gelisah, sedih, tertekan. Abang tak tahu nak kawal perasaan dengan baik. Abang tak tahu nak buat apa bila abang rindukan awak. Abang masih berlari - tak tahulah bila akan akan berhenti. Abang tak tahu nak buat apa kecuali lari. Abang tak dapat fokus, rasa runsing, moody. Jalan singkat yang ada lari ke tempat lain.

Sejak tiga empat hari lepas abang marah-marah. Entah apa yang abang marah-marahkan. Kesilapan kecil jadi isu besar. Perkara mudah jadi teramat rumit. Abang tak boleh berfikir dengan baik. Abang mungkin terlalu ikutkan perasaan. Mungkin abang masih tak mampu kawal perasaan dengan baik. Abang tak berjaya jadi lelaki yang pandai kawal hati dan emosi. Memendam rindu terlalu menyeksakan. Rasa sepert memikul bebanan yang amat berat dan tak mampu bertahan. Sungguh, abang tak mampu memendam rindu. Ia terlalu menyesak dada.

Ada banyak cerita abang nak kongsikan dengan awak. Abang baru dapat tender dan berjaya tempatkan diri dalam beberapa lapangan baru. Abang juga akan buka sebuah anak syarikat tak lama lagi. Tapi semua berita yang ada abang tak dapat kongsikan dengan awak. Ada beberapa berita kurang baik tapi seperti biasa, abang tak berkongsi berita kurang baik dengan awak sejak dulu lagi. Tentu awak pun ada banyak cerita tapi tak dapat cerita dengan abang. Cerita dengan orang lain tak sama macam cerita dekat abang, kan sayang?

Awak sihat? Abang harap awak okey. Abang selalu risaukan awak bila baca tentang Sabah - penculikan, gempa bumi (walaupun gegaran kecil). Awak jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Abang cuma nak cakap abang rindukan awak, rindu sangat. Pukul 1.10 pagi. Abang kena tidur sebab esok nak bergerak ke Taipei. Abang penat berlari sebenarnya tapi kalau abang duduk rumah lebih menyeksakan. Terkenang awak sesuatu yang menghiris hati. Abang tak kuat. Abang tak tahu nak lawan macam mana lagi. Abang tak tahu nak buat apa pun sebenarnya,

_ _ _

You taught me how to love
What it's of, what it's of
You never said too much 
But still you showed the way
And I knew from watching you
Nobody else could ever know
The part of me that can't let go

And I would give anything I own
Give up my life, my heart, my home
I would give everything I own
Just to have you back again

Is there someone you know
You're loving them so
But taking them all for granted
You may lose them one day
Someone takes them away
And they don't hear the words you long to say

Everything I Own
Bread



Kowloon, Hong Kong

Down

Umar: Tepuluh kali adik nampak daddy taip tomputer daddy padam.
Daddy: Berapa lama dah Umar mengendap daddy ni?
Umar: Adik tak mengendap daddy. Daddy tak pelasan adik.
Daddy: Dah Umar datang senyap-senyap. Mana daddy perasan.
Umar: Daddy tanganlah lase down. Daddy tenelah kuat macam Tuperman.
Daddy: Amboi dah maju setingkat nampak. Dah pandai down down sekarang ni.
Umar: Adik maju. Daddy telalu tak pelasan.

Sunday, December 06, 2015

Rolls Royce

Umar: Tak tangka adik dapat naik Rolls Royce
Daddy: Peninsular Hotel guna Rolls Royce sebagai limosin rasmi
Umar: Daddy belilah satu. 
Daddy: Hahahaha
Umar: Kita beli satu daddy.
Daddy: Kereta yang ada pun tak terpakai. 
Umar: Daddy tak nak beli adik beli sendililah
Daddy: Daddy boleh tumpang naik hehehe
Umar: Daddy beli la satu. Adik tuke
Daddy: Umar suka. Umar la yang beli haa

Friday, December 04, 2015

12.31pm

“Where are you now?”
“Hong Kong”
“The Peninsula Hotel?”
“Ha’ah. Tau je kan”
“I’m your other half okay”
“Ni cari nak apa? Mesti ada apa-apa kan”
You lari lagi ek. Tak penat ke?”
“Aku dah tak boleh duduk Malaysia”
“Meh pindah Jamaica. I ada”
“Dari Jamaica baik pergi Brazil”
“Brasil banyak girls
“Pandai pun”
“Berapa lama stay Hong Kong?”
“Tengok mood. Tengah stres”
“Your ex?”
“Macam Khaled Hosseini cakap ‘It always hurts more to have and lose than to not have in the first place’
“Dia dah bomohkan you kot”
“Eh sejak bila city girl percaya bomoh ni hahaha”
I serius kot”
“Tak la”
“Mana you tahu?”
“Aku tahu” 

Reflection

The people you choose as your companions are a reflection of you. - Unknown

Thursday, December 03, 2015

See the leg

“Imran, bawak aku pergi Giant”
“Makcik nak beli apa? Ada yang tertinggal masa dekat TF tadi?”
“Aku nak makan sizzling mee. Giant ada jual mi tu”
“Dahsyat jugak makcik ni kan”
See the leg (sambil goyang-goyang kaki)”
“Hahaha”

Wednesday, December 02, 2015

Amrah

“Makcik, ni buah kedondong kan? Macam mempelam telur”
“Hah buah amrah. Kamu ndak ke? Buat kerabu sedap?”
“Sedap nama buah tu. Kalau bagi nama dekat orang mesti cantik”
“Sibuk ke pompuan. Jaga buah kamu tu elok-elok”
“Makcik jangan risau. Di selia rapi hahaha”
“Aku sunat jugak kamu ni sekali lagi”

Tuesday, December 01, 2015

Kurus kering

“Alaa ayam ke. Ingat tempoyak”
“Kamu ni Imran cubalah makan benda lain pulak. Jemu aku asyik makan tempoyak”
“Habis dah tu je orang reti makan nak buat macam mana”
“Kamu nak makan apa petang ni?”
“Cokodok pisang. Tak pun otak-otak. Roti jala la makcik dengan kopi o’”
“Korak kamu ndak?
“Makcik nak buat ke? Boleh jugak
“Kamu ni kalau dapat bini moden kurus kering gamaknya”