Wednesday, June 19, 2013

4:39am



1.

Saya rasa teruk sebab kali ini saya tak dapat tenangkan awak. Saya tak dapat kurangkan beban hati awak. Saya rasa saya gagal. Gagal membuat awak tenang. Saya minta maaf. Sejak Sabtu saya sibuk. Saya kurang tidur, lupa makan ubat dan hanya fokus pada kerja. Saya tahu, saya seolah-olah abaikan awak. Saya minta maaf.

Awak ambil cuti waktu jadual kerja saya begitu padat. Saya tahu awak ambil cuti sebab awak sedih kena extend untuk 3 bulan lagi di bawah HOD yang awak tak suka. HOD yang selalu buat awak stres. Saya tahu beban hati awak. Saya cuba redakan tapi saya gagal.

Maafkan saya. Kesibukan saya buat awak terabai dan menanggungnya seorang diri.


2.

Betul. Saya tak pernah suka awak pakai baju renang. Saya cemburu. Saya akui. Cemburu bila orang lain lihat awak. Beberapa kali saya cuba pujuk awak pergi berenang tapi awak tak mahu. Rupanya awak masih ingat yang saya tak suka awak pakai baju renang. Saya cuma nak katakan yang air boleh buat manusia tenang. Air sebenarnya boleh meneutralkan emosi kita yang ketegangan.

Awak ada 3 pilihan. Habiskan houseman, berhenti, atau berhenti dan buat internship. Kalau awak tak boleh habiskan houseman di sini, awak ambilah opsyen ketiga. Saya tak mahu awak berhenti. Kalau awak berhenti sayalah orang paling sedih. Sayang, jangan bagi orang lain bunuh diri kita, bunuh minat kita, bunuh kesungguhan kita untuk bekerja. 

Saya suka dengan kerjaya awak walaupun saya akui saya selalu rasa kesunyian. Tapi saya tak kisah asalkan awal selesa dengan kerja yang awak buat. Tapi sekarang banyak perkara yang berubah. HOD buat macam-macam. Saya boleh lihat awak penat dan lemah dan kadang-kadang putus harap. Diam-diam saya harap awak abaikan saja semua itu. Saya harap awak jadi kuat.


3.

Biarlah dia bagi awak extend. Saya percaya ada banyak hikmah di sebaliknya. Awak perlu  menjadi semakin matang, semakin dewasa semakin banyak cabaran. Tuhan bagi cabaran sesuai dengan usia kita, sesuai dengan kematangan kita untuk menghadapinya. Saya betul-betul harap semangat awak pulih. Banyak kali saya cakap yang saya tetap akan ada dengan awak untuk lalui situasi yang sukar ini.

Kalau awak ambil opsyen yang ketiga pun saya izinkan. Saya tak akan anggap awak lemah. Awak tak lemah bila awak ambil keputusan untuk berhenti dan buat internship. Kalau kita ambil keputusan untuk berhenti dari lakukan sesuatu yang kita amat sayangi itu maknanya kita kuat untuk melepaskan ia pergi. Bukan semua orang mampu lakukan.

Jangan paksa diri. Kalau diri kita tak mampu dan kita hidup dalam keadaan stress, kita cari jalan keluar dari situasi neraka itu. Jangan biarkan diri kita terus di bakar hingga kita hilang identiti, hilang diri kita sendiri. Sayang, HOD banyak buat sayang berubah. Dia buat awak hilang diri awak sendiri. Jangan biarkan orang lain ambil diri kita, ambil jiwa kita.

4.

Awak pilihlah. Norway pun okey. Jangan Qatar. Saya lebih percayakan negara bukan Islam berbanding negara Islam. Negara bukan Islam lebih selamat berbanding negara Islam. Di negara Arab banyak isu gangguan seksual, cabul dan rogol. Lagipun kerja di negara Arab lebih stres. Orang Arab tahulah. Perangai mereka banyak yang tidak bertamadun.

Awak pergilah ke mana pun asalkan hati bahagia. Awak masih muda. Masa muda perlu di gunakan sebaik mungkin. Cari pengalaman, kutip ilmu di rantau orang. Kalau awak berminat, Kanada pun pilihan yang baik. Jangan risau tentang saya. Saya boleh jaga diri. Dua tahun bukan lama. Kadang-kadang kita kena keluar dari persekitaran kita untuk dapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Saya tak suka awak macam ini. Awak seperti hilang diri sendiri. Saya tak suka orang yang saya sayang hilang jiwa, patah semangat dan merasa lemah. Kalau saya boleh lalui sesuatu yang lebih sukar, saya percaya awak juga boleh. Kuatkan hati, cari kembali semangat, pulihkan jiwa. Jangan paksa diri kalau tak mampu lalui sesuatu yang beri kita tekanan, sesuatu yang sukar.

Pilihlah lorong lain yang beri kesenangan, ketenangan dan kebahagiaan. Walaupun orang lain akan melihat kita sebagai lemah tapi sebenarnya kita cukup kuat untuk buat keputusan dan cuba merubah. Abang pernah merasainya, percayalah abang memahami apa yang sayang lalui.


5.

Saya tak dapat tidur. Belakang badan sakit sangat. Agaknya sebab duduk terlalu lama. Hari ini pun banyak tidur. Kerja masih banyak berbaki. Rezeki datang tanpa di duga. Mata pun tiba-tiba pedih. Jangan fikirkan sangat tentang abang. Berani buat keputusan. Abang selalu beri sokongan.

Berjauhan dan merindu-rindu sesuatu yang asyik. Kita bukan tak biasa berjauhan. Sayang, cinta tak pernah mengajar kita jadi lemah. Cinta membuatkan abang jadi lebih kuat. Sayang juga harus begitu.

Sayang selalu.