Friday, June 14, 2013

Buah hati saya sibuk.



1.

Letih. Rasa nak berehat panjang tapi tak boleh. Prestasi syarikat mula pulih. Ada tanda-tanda positif. Ada tanda-tanda prestasi syarikat akan jadi lebih baik dari sebelum ini tapi masih perlukan usaha yang tinggi untuk lebih maju. 

Dalam perancangan untuk buka anak syarikat baru. Juga merancang untuk pindah rumah. Cuba mencari rumah berhampiran tasik/laut. Di Ipoh pastilah tak ada. Kalau ada pun sekitar Penang. 

Kalau pindah, tak ada orang yang akan teruskan pusat komuniti. Tiba-tiba hati jadi berbagi sama ada untuk pindah dan tinggal berhampiran tasik atau tinggal di Ipoh dan terus dengan cita-cita bangunkan pusat komuniti. 

Perlu korbankan diri sendiri untuk masyarakat(?)


2.

Melihat pusat komuniti di ubah suai juga meriangkan. Ubah suai hampir selesai. Pilih banglo berhampiran Taman DR. Sebenarnya, banglo tersebut amat dekat dengan sebuah rumah pelacuran. Saya di beritahu oleh beberapa pelajar sekolah tentang pusat pelacuran itu. Itulah tempat yang paling strategik yang saya jumpa.

Pusat pelacuran itu kata mereka tidak aktif lagi. Mereka kenal amat dengan para pekerja sosial di situ. Pusat komuniti ini sebenarnya untuk budak-budak flat. Budak-budak flat yang amat sinonim dengan ganja, lumba haram, ragut dan lain-lain. Remaja perempuannya hampir 70% lesbian dan remaja lelakinya 60% gay.

Semua orang tahu hakikat ini. Juga banyak anak-anak kecil tidak sah taraf. Di kedai makan sekitar flat, menjelang 12 tengah malam akan di penuhi dengan penjual dadah/ganja/pil dan lelaki/perempuan mencari teman malam. Ini pemandangan biasa di situ dan flat ini berada di bawah pantauan pihak berkuasa.

Remajanya terbiar dan tak siapa ambil peduli.


3.

Beberapa kali berulang ke Kota Singa atas urusan perniagaan. Amat memenatkan. Dalam masa yang sama perlu juga sediakan beberapa bahan untuk pusat komuniti ini. Belum ada yang mahu menyumbang tenaga. Masyarakat agak skeptik dengan budak-budak flat. Semua kerja buat masa ini saya perlu buat sendiri. 

Dua minggu lagi  jika tak ada halangan pusat ini boleh mula beroperasi. Saya bercadang ingin membawa mereka ke Pulau Pinang bulan Ramadhan nanti. Kawan saya membuat program di sana – menyediakan Sahur untuk geladangan. Berbincang dengan beberapa remaja berkenaan hal ini. Mereka teruja untuk mengumpulkan barang-barang seperti pakaian, selimut, bantal dan sebagainya untuk di sedekahkan. Sudah melantik beberapa orang menguruskan hal ini.

Saya mencari bahan yang sesuai untuk tujuan dialog/perbincangan berkumpulan/forum di pusat komuniti ini. Setakat ini bahan-bahan yang saya ambil kebanyakanya dari Universiti Terbuka Anak Muda. Sebenarnya, saya agak teruja untuk mendengar pandangan para remaja ini berkaitan isu-isu yang saya pilih. Saya pasti fikiran mereka cerdas dan mereka sebenarnya bukanlah remaja dungu yang tak berguna seperti kata masyarakat di sini.


4.

Huda ke Jerman menyertai pameran lukisan. Ahad ini Huda pulang. Sunyi juga bila anak gadis saya ini tak ada. Umar sibuk di pusat komuniti. Dia menjadi pemerhati. Beberapa kali kontraktor merungut kerana Umar minta mozek di beberapa bahagian di buka semula. Umar tak suka kerja yang tak kemas. Umar sangat teliti. Urusan di tapak komuniti dia yang uruskan. Bila malam dia beri laporan.

Adam tak ada buat kerja apa-apa selain mengacau kucing-kucing peliharaan Umar. Dia juga tidak ke dapur kerana kakaknya tak ada. Kadang-kadang mengacau daddy membuat kerja. Seperti biasa, petang ke taman bermain bola. 

Buah hati saya sibuk.