Dalam hidup,
kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Hari ini kita
bahagia, esok kita terluka. Hari ini kita gembira, esok kita berlinangan air mata. Banyak perkara yang berlaku yang kita tak pernah
jangka akan berlaku. Kita selalu berharap dan menjangkakan hidup kita akan
selalu di sinar dengan kebahagiaan. Kita tak mahu terluka. Kita tak mahu sengsara akibat putus kasih atau hilang orang yang kita sayang.
Tapi hidup
adalah hidup. Kita tak boleh menulis laluan hidup kita. Kita hanya boleh
merancang. Perancangan yang sempurna belum tentu menghasilkan hasil yang
sempurna. Ada banyak perkara berlaku di luar kemampuan kita mengawalnya. Ada
banyak perkara yang berlaku tanpa kita mampu mengubahnya. Selagi kita masih
mempunyai masa dan hayat, nikmati hidup kita dengan orang-orang yang kita
sayang.
Don’t take life for granted, because tomorrow isn't promised to anyone of us – Kirby Puckett