Sakit dada telah pun hilang, dan dia telah selamat melahirkan anak jam 2:51 petang, 10 Mac 2025. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hari ini jadual aku padat sejak awal pagi. Di sela-sela waktu antara menjawab panggilan telefon, mesyuarat bersama staf, menyemak dokumen dan perkembangan projek, aku tetap mencuri masa membalas e-mel walaupun aku sendiri tak pasti apa yang harus aku tuliskan — aku membalasnya sebagai tanda aku ada; setia menemaninya dari benua kejauhan.
Saat ini aku benar-benar merasa letih kerana kurang tidur. Sejak mendapat berita dia di masukkan ke wad, aku tidak putus menunaikan solat hajat, membaca Quran dan doa-doa yang aku tahu. Aku mohon agar segalanya dipermudahkan. Itulah satu-satunya yang mampu aku lakukan —tidaklah sebesar mana, hanya sekadar mengirim doa pada Yang Maha Besar. Aku sukar melelapkan mata di waktu malam kerana gusar. Mujurlah semuanya baik-baik sahaja. Aku titipkan rasa syukur dengan solat sunat dua rakaat.
Setelah tahu semuanya telah selamat, aku log out dari Skype. Malam ini, keletihan terasa begitu menyeluruh. Ara pula merajuk, barangkali kerana cemburu. Aku tak menyembunyikan apa-apa daripadanya. Dia mengetahui setiap perkembangan kerana aku sentiasa memberitahunya—tiada yang perlu di rahsiakan. Ara tak menunjukkan kemarahan atau bersikap dingin cuma wajahnya sedikit muram. Tentulah perempuan akan cemburu tetapi berlalu jujur lebih baik dari menyimpan rahsia yang lebih melelahkan.
_
"Merajuk esok boleh?"
"Sapa merajuk?"
"Malam ni abang penat. Esok abang pujuk"
_
"Tidur sana"
"Kenapa pulak?"
"Bangggg"
"Picit ke urut ke sedap jugak. Lenguh badan"
"Suruh dia, watpe suruh kita. Sayang kannnn"
_
"Kita di tuntut berbuat baik"
"Dengan ex? Please la"
"Kenapa ni? Cemburu? Solat je bukannya apa pun"
"Gigih"
"Dah habis dah"
"Apa yang dia ada, kita tak ada?"
"Sepatutnya tanya, apa yang Ara ada, dia tak ada. Baru betul"
_
"Nak tahu tak apa Saidina Ali cakap dekat bini dia?"
"Tak nak"
"Abang nak tidur dekat riba Ara…"
"Mmm…"
"Dah…jangan marah"
"Tak marah pun"
_
"Kita acam nak lupuskan Kajang dari peta Malaysia"
"Marah betul tu"
"Hola"
"Okey, confirm marah"
_
"Bagi abang tidur dua jam. 12:30 abang bangun. Boleh?"
"Mmm…"
_
"Pukul berapa?"
"1"
"Kenapa tak kejut?"
"Saja"
"Jom naik bot pusing-pusing"
_
"Sapa merajuk?"
"Malam ni abang penat. Esok abang pujuk"
_
"Tidur sana"
"Kenapa pulak?"
"Bangggg"
"Picit ke urut ke sedap jugak. Lenguh badan"
"Suruh dia, watpe suruh kita. Sayang kannnn"
_
"Kita di tuntut berbuat baik"
"Dengan ex? Please la"
"Kenapa ni? Cemburu? Solat je bukannya apa pun"
"Gigih"
"Dah habis dah"
"Apa yang dia ada, kita tak ada?"
"Sepatutnya tanya, apa yang Ara ada, dia tak ada. Baru betul"
_
"Nak tahu tak apa Saidina Ali cakap dekat bini dia?"
"Tak nak"
"Abang nak tidur dekat riba Ara…"
"Mmm…"
"Dah…jangan marah"
"Tak marah pun"
_
"Kita acam nak lupuskan Kajang dari peta Malaysia"
"Marah betul tu"
"Hola"
"Okey, confirm marah"
_
"Bagi abang tidur dua jam. 12:30 abang bangun. Boleh?"
"Mmm…"
_
"Pukul berapa?"
"1"
"Kenapa tak kejut?"
"Saja"
"Jom naik bot pusing-pusing"
_
"She makes you happy?"
"Hmm?"
"Does she make you laugh like I do?"
"……""You want her back?"
"……"
"She bring back memories from before I was even around?"
"Abang bagitahu bukan nak buat Ara jealous. Abang tak nak sorok. Abang rasa bersalah dengan Ara. Kalau sorok, rasa macam ada skandal. Tak sorok, tak rasa macam tu. Ara tak suka abang reply, abang tak reply. Your feelings matter"
"I hate feeling insecure. I don’t wanna be a needy, paranoid, overly dramatic wife"
"………"
"Since she came back, you look good"
"Tak la. Abang yang janji dengan diri tak nak mengamuk apa semua tu"
"Betul ke?"
"Ye"
"Bukan sebab dia?"
"Tak"
_
"Ara ingat senang ke?"
"Tapi abang sayang dia"
"Sometimes, you missed the memories with that person but not the person itself"
"Abang? Memori ke orangnya?"
"Tak aci la perangkap abang"
"See. Soalan acam tu pun tak boleh jawab"
_
"Abanggggg!"
"Geli, geli, geli hehehe"
"Abang jahat!"
"Eh, belum mula dah jahat hahahaha"
"Abangggg tak nak la. Geli"
_
"Hempap sekali senyap terus"
"Abang berat!"
Mac 10, 2025