Love is weakest when there is more doubt than trust but love is strongest when we learn to trust inspite the doubts – Unknown
Thursday, July 31, 2014
Lelaki Perkasa
Daddy: Ni bawak torchlight nak pergi mana?
Umar: Doktor nak
check dahi encik
Daddy: Luka dah
okey ke doktor?
Umar: Luka encik
dah tembuh
Daddy: Boleh tak
nak cabut benang dekat dahi ni?
Umar: Benang leput tendiri. Encik cabut nanti takit
Daddy: Mana
doktor tahu benang reput sendiri?
Umar: Adik ni
anak doktor. Mestilah adik tahu
Daddy: Eleh ye
ke? Ke takut darah?
Umar: Adik ni
lelaki pelkashe daddyBercakap
Umar: Daddy, daddy, daddy!
Daddy: Amboi happy je dia
Umar: Adik ada suala dah
Daddy: Boleh cakap banyak-banyak, kan?
Umar: Sebaik-baik olang ialah yang kulang bertakap
Daddy: Ye la, ye la
08:03
I think one of the saddest things is when two people really get to know each other: their secrets, their fears, their favorite things, what they love, what they hate, literally everything, and then they go back to being strangers. It’s like you have to walk past them and pretend like you never knew them, never ever talked to them before, when really, you know everything about them – Unknown
Wednesday, July 30, 2014
Your Path
To Z,
Sometimes the
people around you won’t understand your journey. They don’t need to, it’s not
for them. If you fuel your journey on the opinions of others, you are going to
run out of gas.
IA
013
Once you have loved, you will always love. For what’s in your mind may escape but what’s in your heart will remain – Naushal
Tuesday, July 29, 2014
Monday, July 28, 2014
Surat untuk Adam II
Adam demam sejak
dua hari lepas. Daddy susah hati sebab bila Adam demam, Adam tak seaktif biasa.
Adam tak senyum. Adam tak gelak. Adam cuma menangis. Lepas Adam demam, Kakak
pun ikut demam. Kakak pun merengek macam Adam. Kakak tidur sebelah kiri daddy,
Adam tidur sebelah kanan. Hari ini Abang Umar pun demam. Abang Umar tak ada
suara. Daddy sunyi.
Kita nak raya
tapi semua demam. Raya jadi tak seronok. Daddy sepatutnya masuk wad hari Jumaat
lepas untuk pemantauan tapi sebab Adam demam – daddy minta tangguh pembedahan.
Macam mana daddy nak masuk wad bila anak-anak daddy tak sihat. Kita sambut raya
kali ini sederhana sangat. Pak Long Ocio kerja. Biasanya sibuk macam mana pun
dia akan balik raya. Kali ini daddy tak pasti.
Adam ingat tak
kita pergi Bibliotheque de I’Assemblee Nationale tempoh hari? Perpustakaan
terbesar di Perancis ialah Bibliotheque de I’Assemblee Nationale. Di kutub
khanah ini terdapat begitu banyak manuskip asal penulis-penulis hebat Perancis.
Malangnya, manuskrip asal karya Jean Paul-Sartre (yang daddy teringin sangat
nak tengok) tidak dipertontonkan kerana di simpan di ruangan khas yang memerlukan kebenaran untuk melihatnya.
Kebanyakan manuskrip di jilid dengan baik. Ternyata orang Perancis sangat
menghargai karya seni. Mereka meletakkan martabat seni di tempat yang tinggi.
Adam ralit
ketika berada di sini. Adam pegang dengan cermat setiap manuskrip. Adam cium
bau manuskip dan kadang-kadang daddy nampak Adam dakap erat manuskip yang Adam minati.
Sungguh lama kita berada di sini. Daddy tahu Adam amat sukakan buku. Adam tak
tidur ketika kita menghabiskan masa di sini. Pengunjung terlalu ramai yang
datang melawat. Tidak kurang yang datang menelaah. Dan Adam begitu riang
menyelak setiap halaman buku.
Antara banyak
bahan yang di pamerkan, Abang Umar paling minat pada Kalender Aztek. Kalender
ini begitu terperinci. Di gunakan oleh pendeta-pendeta Aztek untuk merancang
upacara-upacara dan meramalkan hari-hari yang baik dan hari-hari yang tidak
baik. Perpustakaan yang kita lawati ini di bina pada tahun 1792 yang sebelum
ini menjadi milik raja. Selepas France National Convention perpustakaan ini di
wartakan menjadi menjadi milik rakyat.
Kita juga
melawat Basilique du Sacré-Cœur di puncak Butte de Montmartre di sebelah utara
Paris. Reka bentuk Sacré Cœur yang
menawan telah di reka oleh Paul Abadie. Gereja ini mula di bina pada tahun 1875
dan siap pada 1914. Gereja ini memiliki kubah yang berwarna putih yang menjadi
simbol Paris sejak tahun 1914. Pada tahun 1870-1871, Perancis telah mengalami
kekalahan dalam Perang Perancis- Prussian. Warga Katolik Perancis mula
mengumpul dana untuk membina gereja ini. Oleh sebab itu, gereja ini turut di
kenali sebagai Sacred Heart (Hati Suci) yang menjadi simbol harapan dan
kebangkitan Perancis.
Patung-patung
Saint Louis dan Jeanne d’Arc di letakkan
pada teres bukit, di atas anak tangga yang curam menuju ke pintu masuk gereja
ini. Menara Sacré-Cœur mempunyai Savoyarde iaitu loceng seberat 19 tan yang
merupakan salah satu loceng terbesar dan mempunyai gema paling kuat di dunia.
Daerah Montmartre mempunyai lebih dari Basilique du Sacré-Cœur. Masyarakat yang
tinggal di bukit ini adalah masyarakat tertua dan daerah ini merupakan antara
daerah yang terindah di Paris. Pada abad ke 19, daerah ini menjadi pusat para
pelukis dan artis berkumpul.
Daddy rasa tak
lama lagi Adam akan bangun. Mesti Adam lapar. Daddy akan menulis lagi untuk
Adam. Semoga cepat sembuh.
Daddy
20140727
011
I'm gonna be here for you baby
I'll be a man of my word
Speak the language in a voice that you have never heard
I wanna sleep with you forever
And I wanna die in your arms
In a cabin by a meadow where the wild bees swarm
And I'm gonna love you like nobody loves you
And I'll earn your trust making memories of us
I wanna honor your mother
I wanna learn from your pa
I wanna steal your attention like a bad outlaw
I wanna stand out in a crowd for you
A man among men
I wanna make your world better than it's ever been
Making Memories of Us
Sunday, July 27, 2014
08:06
Kita memang bukan orang yang sama seperti sebelum ini. Kita orang yang baru – baru belajar untuk bercinta untuk takah yang lebih tinggi. Kita masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan cinta yang baru ini.
Moga-moga cinta kali ini lebih manis dari sebelumnya.
Love cannot only be found in the good times, but also when are able to stay strong after a storm – Unknown
Saturday, July 26, 2014
00:58
"You were really mad at me. You said pergi mampus dengan cinta kita. You were never that harsh before. How can you still want me?"
_ _ _ _ _
I’m sorry for the things I said in anger. I’m sorry I hurt you, I didn’t mean to.
Friday, July 25, 2014
Paris: Catatan Pendek
Kita masih di
Paris melewati musim panas dengan siang yang panjang. Cuma Kakak yang puasa
penuh. Umar puasa separuh hari. Puasa di musim panas kadang-kadang hingga 16
jam. Matahari terbenam sekitar jam 9.45 petang (malam). Puasa di tempat orang
tak sama seperti puasa di tempat sendiri. Seperti kata Umar, ukhwah yang ada di
sini dan di Malaysia tidak sama. Di sini lebih terasa Islamnya, lebih terasa
persaudaraan.
Solat terawih di
Qrande Mosquee de Paris setiap malam. Sebelum balik ke cottage, sengaja melatari lorong-lorong sekitar Paris. Berbanding
dahulu, jumlah gelandangan di Paris semakin meningkat. Kota ii menyantuni
pengemis dan gelandangan dengan baik. Polis hanya meronda di lorong-lorong
untuk memastikan keadaan jenayah terkawal tanpa menghalau pengemis yang meminta
sedekah di sepanjang lorong. J'ai faim (Saya lapar) adalah perkataan yang di
tulis di card board oleh gelandangan bagi meraih simpati orang ramai.
Ku Nan harus
mempelajari sesuatu dari Paris. Cara mereka menyantuni gelandangan amat berbeza
dengan cara Ku Nan. Jika Ku Nan ingin membebaskan Kuala Lumpur dari pengemis,
Ku Nan harus mempunyai pelan afirmatif jangka panjang. Pelan ini harus di
jalankan dengan bersungguh-sungguh. Gelandangan harus di bantu untuk terus
hidup. Gelandangan di Paris kebanyakannya bukan warga negara Perancis. Mereka
datang dari negara-negara jiran yang kesempitan hidup dan mahu mencari sinar
baru.
Beberapa kali
Umar merengek ingin balik ke Ipoh. Umar hendak berniaga bazar seperti tahun-tahun sebelum ini. Umar
ingin mencari dana untuk tujuan amal. Tambahan pula Gaza kembali di serang.
Remaja di Pusat Komuniti beritahu mereka berniaga bazar untuk mengumpul dana
tapi sambutan bazar pada tahun ini tidak semeriah dulu. Mereka rugi dengan
banyak dan hasrat untuk membantu golongan yang memerlukan tidak kesampaian.
Sungguhpun gagal, sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha.
17:00
Life is like a book. Each day is a new page. May your book be bestseller with adventure to tell, lessons to learn, and tales of good deeds to remember - Unknown
15:53
Daddy: Umar, meh la sini Daddy ada gosip best ni
Umar: Adik puasa. Tak boleh goship-goship
Daddy: Daddy puasa jugak. Meh la sini cepat
Umar: Tapi adik puasa tak tama macam daddy puasa
Daddy: Apa tak sama pulak. Sama je. Daddy lapar, Umar pun lapar haa
Umar: Adik puasa bukan tetakat menahan lapar dan dahaga. Adik puasa akhlak tugak
Daddy: Ye la, ye la. Daddy insaf ni
08:30
Umar: Daddy mana boleh tengar lagu ni
Daddy: Kenapa tak boleh pulak?
Umar: Lagu-lagu daddy tengar melosak
akhlak
Daddy: Apa pulak. Lagu dangdut je. Daddy
bosan la dengar lagu lain-lain tu
Umar: Adik pasang lagu-lagu best. Adik
tomfident daddy tak bosan
Daddy: Hee lagu apa? Lagu apa? Macam
best je
Umar: Lagu-lagu zikir daddy. Tomfirm
daddy tak bosan
Daddy: Ye la, ye la. Daddy dengar nasyid
je lepas ni. Thursday, July 24, 2014
08
If you have love, you don't need to have anything else, and if you don't have it, it doesn't matter much what else you have.
― J.M. Barrie
Thanks for the talk
“Life really
sucks sometimes”
“Every story has
an end but in life every ending is just a new beginning”
“Sampai sekarang
saya tak tau pun apa nama awak”
“The deal”
“Awak memang
suka deal kan”
“Life is an adventure”
“Awak memang
suka adventure ke?”
“Adventure
should be part of everyone’s life”
“Saya ada banyak
trauma. Saya tak seberani dulu”
“Drop your fear”
“We don’t really know each
other at all”
“Yes, we do”
“Saya kena balik. Little man demam. Thanks for the talk”
“Just breathe
and have faith that everything will work out for the best”
11:58
Pembedahan pada
hari Selasa depan. Peluang tak begitu cerah 20/80. Hari Jumaat perlu masuk wad
untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut. Doktor akan masukkan tiub pada tulang
sum-sum. Selalunya bila sampai tahap ini bermakna harapan semakin tipis.
Keputusan ini, keputusan yang paling berani dalam hidup.
Hope
“I can’t think. For God’s sake please help me”
“I will help you”
“Give me something to ease my pain” “Hope it’s one of many this summer”
True love
True love doesn’t mean being inseparable, it means being separated and nothing changes.
– Unknown
Wednesday, July 23, 2014
I am
“Sampai bila nak
macam ni?”
“Entah. Otak
serabut”
“You’re so
selfish”
“I am”
“Tengok 3 orang tu.
Fikir. Kalau jadi apa-apa tadi 3 orang tu macam mana?”
“I’m sorry”
“Stop says
sorry. Think. Tak sayang anak-anak ke Im ni. Dah tak lama nak raya”
“Sayang...”
“Habis? Nak
perlingkup diri macam tu aje ke? Anak ni keutamaan. Cinta akan datang kemudian”
“I just want to be with her”
“She doesn't
want you. Eat that fact. Look at them. Diorang kecik. Kalau Im mati diorang
macam mana? Im nak anak-anak membesar tak ada mak ayah? Im nak ke anak-anak
hidup macam kita yatim piatu? Im nak?”
“I’m sorry...”
“It’s over. Let her
go. Don’t look back. Your kids need you. Don’t be so selfish. Love is not everything.
Ada banyak perempuan dalam dunia ni. Im boleh pilih. Yang depan mata ada pun
tak nak. Apa yang Im nak sebenarnya? Stop chasing her. She’s not yours anymore”
“Jangan la
marah. Semua orang nak marah je...”
“Family kita ni
hancur pasal cinta. Dulu Om lepas tu Carl sekarang Im. Apasal orang lelaki
macam ni?’
“Sebab lelaki
sekali dah sayang tak boleh lupa”
“That’s bullshit.
Cinta taik kucing!”
“Orang perempuan
mana tahu”
“Sebab tu lelaki
banyak jadi gila”Pain
“What happened?”
“Hantuk kepala
dekat cermin”
“Berapa jahit?”
“6 ke 7. Ntah”
“Kenapa?”
“Marah kot.
Bengang”
“Dengan siapa?”
“Diri sendiri”
“You’ll only get yourself hurt”
“I can’t forget her”
“You can forget it or remember it just as you like”
“I can’t think. My mind is gone”
“Let bygones be bygones”
“She was my best friend. She helped me through some
really tough times”
“Painful is it?”
“Yes...”
“You should never forget the past. But you can’t live
there”
Tuesday, July 22, 2014
04
Sampai saat ini saya tak mampu menulis apa-apa tentang memori kita. Ingatan saya tidak begitu baik dan saya lupa banyak perkara. Saya cuba mengingat tapi gagal. Ia sesuatu yang menyedihkan. Kalau dulu awak merajuk, saya dapat pujuk awak semula. Paling tidak, awak akan susun bantal di tengah-tengah dengan muka masam dan nada mengada-ngada (minta di pujuk).
Hingga hari ini saya masih jatuh cinta dengan awak. Sifat awak yang tegas (dan garang) buat awak sangat berbeza dengan perempuan lain. Bila awak lembut, saya mudah cair. Bila awak manja (dan mengada-ngada) selalu buat saya tersenyum bahagia. Saya tak akan dapat semua itu lagi. Saya tahu. Awak tak akan undur setiap keputusan yang awak buat.
Cinta yang tragik
Orang kata, cinta yang tragik ialah cinta yang hebat. Orang lain mungkin tak akan merasa cinta sehebat kita. Dalam cerita cinta kita ada semuanya – bermula dari saat jatuh cinta hingga ke pahit manis jatuh bangun bersama ke cemburu buta, ketidakpercayaan, merasa diri di curangi, di khianati – semuanya ada. Kita merasa semua bersama. Berdua, kita rasa kuat. Bila saya jatuh, awak pegang tangan saya, bila awak jatuh, saya pegang tangan awak.
Hidup tanpa orang yang kita sayang bukan sesuatu yang mudah. Sama ada diri saya di kelilingi orang lain atau berada seorang diri – bayangan awak tetap hadir. Bayangan awak tetap ada. Pokok renek, warna merah, hamster comel – semuanya ada kaitan dengan awak. Saya tahu, awak lebih kuat dari saya untuk harungi semua ini. Saya akui saya tak sekuat awak. Saya tak malu katakan yang awak tempat saya bergantung – sebab saya tahu saya boleh harapkan awak.
Saya rindu kita, kita yang dulu...
Someone who really loves you sees what a mess you can be. How moody you can get. How hard you are to handle. But still wants you in their life.
Monday, July 21, 2014
4:43
“Patut saya tak
perasan. Awak pakai tudung”
“Cantik?”
“Yeah. Nampak
ayu”
“Demam pun
datang taraweh?”
“Demam sikit je”
“Demam rindu tu”
“Tak la. Ada
satu benda nak bagitahu”
“What’s up?”
“Saya jadi buat
pembedahan”
“Serius?”
“Ha’ah”
“Are you
alright?”
“Saya OK. Marah,
bengang, sayang, fed-up, hold on, move on semua ada lagi”
“Time doesn’t heal everything. It just teaches
us how to live with the pain”
“Bila kita bagi
terlalu banyak. Kita sakit pun banyak jugak”
“I’m with you”
“Thank you”
Grande Mosquée de Paris
Sunday, July 20, 2014
011
“Saya dah fikir
masak-masak. Saya tak nak teruskan deal tu. Saya tak nak tau nama awak. Saya
tak nak kawin dengan awak”
“Sebab e-mel tu?”
“Tak. Saya tak
baca pun”
“Awak selalu
macam ni ke?”
“Saya tak kenal
awak. Saya tak tahu siapa awak. Saya tak jatuh cinta dengan awak. Saya belum
sedia”
“Tak nak move
on?”
“Don’t waste
your time. Saya bukan lelaki yang baik. Nenek awak mesti tak bagi awak kawin
dengan saya. Saya sakit. Saya tak nak jadi beban pada orang lain. Saya tak nak
susahkan orang”
“Muktamad?”
“Saya dah
stabil. Saya dah boleh fikir elok-elok. Deal kita tamat dekat sini je”
“Life is short. Don’t
waste it being sad”
“Thank you”You
I miss everything about you. Can't believe that I still want you. And after all the things we've been through ― Colbie Caillat
Saturday, July 19, 2014
Slow Down
“Im tak nak
kahwin minggu depan. Im kena ikut jalan betul”
“Tak jadi la ni?”
“Tak. Im kena kenal dia dulu, kemudian jumpa nenek dia. Minta izin”
“Kalau nenek dia
tak bagi macam mana pulak?”
“Tak payah
kahwin. Kena la ada restu orang tua. Mana mau nak redah je”
“Kak Ain suka Im
buat macam tu”
“Im dah lama
sangat takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut orang tak boleh terima keadaan
Im. Kita cuba je la. Kalau tak boleh, tak payah kahwin. Kalau tak cuba kita tak
tahu. Dulu Im langsung tak pernah cuba. Im pengecut”
“Im cuba tebus
apa sebenarnya ni?”
“Tebus keyakinan
diri sendiri”
“Atau tebus masa
silam?”
“Mungkin ya,
mungkin tak”
“Big boy, do what
you think is right”
“I’m taking my
time not really in hurry”
“Relax and take your time. You don’t need to
rush things in life”010
“Apa nama awak?
Awak asal dari mana?Sekarang buat apa?”
“We have a deal”
“Awak nak kahwin
dengan saya. Saya kena tahu siapa awak. Saya tak nak kahwin kontrak. Hidup saya
bukan drama swasta. Kalau awak nak kahwin dengan saya, saya kena ikut jalan
yang betul. Perkahwinan suatu yang suci. Kahwin kontrak bukan jalan yang baik.
Awak akan hidup dengan saya, jadi ibu pada anak-anak saya. Jadi kita kena ada
deal baru”
“Kenapa
tiba-tiba awak ubah keputusan?”
“Saya tak boleh
nak kahwin dengan awak sebab saya nak tahu nama awak atau awak nak jaga saya
atau awak nak tolong saya atau apa-apa je la. Tak boleh. Nasib baik Ummi saya
tak ada. Kalau Ummi ada lagi mati saya kena marah”
“I thought we have a deal”
“Bawa saya jumpa
mak ayah awak. Saya kena minta izin”
“Parents saya dah meninggal”
“Sorry...siapa yang awak ada? Awak kena
faham. Kahwin bukan perkara main-main”
“Saya ada nenek
dan seorang abang”
“Okey. Saya akan
jumpa nenek awak. Kita tengok nenek awak cakap apa. Saya tak boleh kahwin
sekarang. Abang saya tak ada. Dia ada kerja. Saya tak boleh belakangkan dia”
“Selalu ke awak
ubah-ubah fikiran macam ni?”
“Deal kita
sebelum ni terbatal secara automatik. Saya tak nak kahwin kontrak. This is my life and my life is real”
“Got it”
“Good”
009
“Mengeluh lagi?”
“Tak la”
“Apa yang encik
dah hilang setakat ni?”
“Cinta. Satu-satunya
cinta...”
“Other than
that?”
“Kesihatan”
“Lain?”
“Tu je”
“Be grateful. Talk
about your blessing more than you talk about your losses”
008
“Doktor suruh
saya buang tumor secepat mungkin”
“Bila nak
bedah?”
“Saya takut la.
Doktor cakap 20/80. Saya mungkin buta”
“Do it”
“Tapi kalau buta
nanti macam mana?”
“Mata encik buta
tapi encik masih hidup. Encik kena bersyukur”
“Saya tahu.
Bersyukur. Tapi kalau buta nak hidup macam mana?”
“If God brings
you to it, He will bring you through it”
“Awak yakin saya
akan sembuh?”
“Encik jangan
sibuk kerja Tuhan. Encik cuma perlu berusaha”Friday, July 18, 2014
#PrayForMH17
Dalam hidup,
kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Hari ini kita
bahagia, esok kita terluka. Hari ini kita gembira, esok kita berlinangan air mata. Banyak perkara yang berlaku yang kita tak pernah
jangka akan berlaku. Kita selalu berharap dan menjangkakan hidup kita akan
selalu di sinar dengan kebahagiaan. Kita tak mahu terluka. Kita tak mahu sengsara akibat putus kasih atau hilang orang yang kita sayang.
Tapi hidup
adalah hidup. Kita tak boleh menulis laluan hidup kita. Kita hanya boleh
merancang. Perancangan yang sempurna belum tentu menghasilkan hasil yang
sempurna. Ada banyak perkara berlaku di luar kemampuan kita mengawalnya. Ada
banyak perkara yang berlaku tanpa kita mampu mengubahnya. Selagi kita masih
mempunyai masa dan hayat, nikmati hidup kita dengan orang-orang yang kita
sayang.
Don’t take life for granted, because tomorrow isn't promised to anyone of us – Kirby Puckett
Cinta tidak memerlukan kata-kata.
Ocio kena
panggil bertugas. Setiap kali ada tragedi melibatkan bidang
penerbangan, Ocio akan terlibat sama. Sebelum pergi, Ocio jumpa Zara. Ocio tanggalkan
cincin di jari manisnya dan hulurkan pada Zara - tanpa sebarang kata. Zara
senyum dan kami pun bersurai.
Kita pernah merasai keindahannya bersama...
Saya tak baca e-mel yang awak hantar. Saya akui saya masih ada rasa takut untuk lebih kecewa, lebih terluka – mungkin sebab saya masih sayangkan awak, masih teringatkan awak. Saya tak nak gaduh dengan awak. Gaduh dengan awak buat hati saya tak rasa tenteram. Setiap yang saya
buat semua tak kena dan keadaan jadi semakin teruk dan tak terkawal. Mungkin
ada benarnya, bukan saya seorang yang terluka – awak juga rasa apa yang saya
rasa. Awak juga mengharungi hari-hari yang berat dengan beban perasaan yang sama seperti saya. Barangkali saya terlupa – kita merasa sesuatu yang sama.
Kalau saya tak
sakit, semuanya akan jadi lebih mudah...
I hope, one day
you’ll find someone special. Someone like you would never end up alone. Saya
tak nak awak habiskan usia dengan Mercy Malaysia. Dulu, saya berjaya ubah
pendirian awak bila awak kata awak nak hidup seorang diri dan habiskan masa
berbakti dengan Mercy Malaysia. Seseorang yang penuh cinta di dadanya tak harus
hidup seorang diri. Kasih sayang harus di kongsi.
Cinta sesuatu
yang cukup indah dan kita pernah merasai keindahannya bersama. Bezanya cuma
saya tak dapat melalui hari-hari tua dengan awak. Saya tak dapat pegang tangan
awak bila kita tua nanti, tengok muka
awak yang berkedut dan gigi tinggal dua. Saya tak dapat temani awak
sehari-hari, habiskan masa berborak tentang perkara yang entah apa-apa.
Akan ada
seseorang yang akan buat semua itu untuk awak. Semoga awak akan temui seseorang
yang lebih baik dari saya. Saya minta maaf untuk semua perbuatan, perkataan
yang menghiris hati awak. Hidup dengan penuh kebahagiaan, sayang. Semua orang
akan dapat happy ending masing-masing. Close your eyes.
Fall in love. Stay there - Rumi
PS: Jangan bagi
dia laluan mudah, biar dia berusaha sedikit untuk dapatkan hati awak.
Segala
Cinta,
Abang
Mungkin itu yang saya terlupa...
“Kenapa tak baca e-mel tu?”
“Tak payah baca kot”
“Kalau ada sesuatu yang penting?”
“Tak ada apa-apa yang penting”
“Dari mana awak tahu?”
“Saya kenal dia”
“Bacalah. Mungkin ada sesuatu yang penting”
“Setiap kali saya cuba move on, dia akan hantar SMS, e-mel. Hati saya terganggu semula. Nothing hurts more than being disappointed by the person you thought would never hurt you. It still hurts after all this time”
“Jangan anggap awak lebih kecewa berbanding dia. Dia pun terluka juga”
“Mungkin itu yang saya terlupa...”
“Sometimes, you just have to forget about that person you once loved and just move on”
Thursday, July 17, 2014
A New Start
I’d love a new start, to leave all bad memories and people who have done me bad behind. I want to travel, see new places, different art, different music, touching hearts. I want to meet new people, who will show me what it is to love and be loved in return. I want to leave it all behind, to erase my book, back to the very cover, and re-write my story - Unknown
An Apple Tree
Life will break you. Nobody can protect you from that, and living alone won’t either, for solitude will also break you with its yearning. You have to love. You have to feel. It is the reason you are here on earth. You are here to risk your heart. You are here to be swallowed up. And when it happens that you are broken, or betrayed, or left, or hurt, or death brushes near, let yourself sit by an apple tree and listen to the apples falling all around you in heaps, wasting their sweetness. Tell yourself you tasted as many as you could — Louise Erdrich
Puzzle
No one has the right to tell you that their life is harder than yours. No one has the right to invalidate your struggles because they “got through it just fine.” No one has the right to tell you to suck it up because other people have it “worse.” Hardships are not comparable. Your struggles are real, legitimate, and just as difficult as anyone else’s - Unknown
007
“Awak ni serius
ke? Kakak saya terkejut masa saya bagitahu dia”
“Deadly serious”
“Bila kita nak
kawin?”
“Next week”
“Next week nak
raya la. Lepas raya tak boleh ke?”
“Encik, masa
terus berdetik. Masa tak tunggu encik”
“Saya cuba
uruskan secepat mungkin. Saya belum tahu nama awak lagi”
“Encik akan tahu juga nanti”
“Keluarga awak
tahu kita akan kawin?”
“Tahu”
“Diorang tak
marah? Awak ni betul ke?”
“Abang Long dan nenek akan datang minggu depan”
“Lepas 6 bulan
saya kena ceraikan awak ke?”
“Kalau ikut
perjanjian selepas 6 bulan encik perlu ceraikan saya”
“Awak asal dari
mana? Bahasa Melayu awak lain macam sikit”
“Nanti encik
akan tahu juga”
“Adoi. Letih la
macam ni woi. Semua rahsia”
“Encik ni kasar
juga orangnya”
“Siapa kata saya
lembut? Awak tak tahu apa-apa tentang saya”
“Saya tak perlu
tahu. Saya bukan isteri encik”
“Eleh...eleh...tunggu
la nanti. Awak jadi nurse lama mana sangat”006
“Kenapa kita mesti kena kawin
kalaupun awak nak tolong saya?”
“Kita ada aurat.
Kalau tak kawin macam mana saya nak jaga encik?”
“Tapi...awak tak
boleh kawin semata-mata untuk jaga saya. Tindakan tak betul”
“Saya kawin
dengan encik untuk 6 bulan sahaja”
“Tapi...awak
perempuan. Awak tak boleh rendahkan maruah awak serendah ini”
“Kita tak akan
ada hubungan intim. Saya tidur di bilik berasingan dari encik”
“Saya baru hilang orang yang saya sayang. Macam mana saya nak layan awak sebagai isteri?”
“Saya baru hilang orang yang saya sayang. Macam mana saya nak layan awak sebagai isteri?”
“Encik tak perlu
layan saya sebagai isteri. Saya hanya nurse encik”
“Ikatan perkahwinan tak boleh di hina dengan cara macam tu”
“Saya nak tolong encik saja. Saya perlu jadi halal untuk
sentuh encik”004
“Saya setuju
dengan syarat awak. Berapa kali awak bagi syarat ni pada orang lain?”
“Ini kali
pertama”
“Awak pasti
dengan syarat awak tu? Saya sakit. Saya tak sihat macam orang lain”
“Encik pasti
akan pulih dan kembali seperti biasa”
“Awak yakin saya
akan sembuh?”
“Saya akan
tolong encik. Saya pasti encik akan sembuh”
There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book – Josh Jameson
003
“Kalau saya
sihat tentu saya boleh bahagiakan dia...”
“Maksud encik,
kalau encik tak begini encik akan bahagia bersama dia?”
“Lebih kurang
macam tu la”
“Saya akan
tolong encik”
“Macam mana?”
“Penuhi syarat
saya”
Life goes on. Whether you choose to move on and take a chance in the unknown. Or stay behind, locked in the past, thinking of what could’ve been – Unknown
002
“Im yakin dengan
keputusan Im?”
“Kalau Im tunggu
pun, Im tak dapat dia semula. Im nak bina hidup baru”
“Bagitahu Kak
Ain yang Im tak terpengaruh dengan drama swasta”
“Memang tak la”
If you think it’s time to let go, then just let go. There’s no point in looking back to what you have already lost.
Love is keeping the promise
Saya ada banyak
cerita tapi awak tak ada. Saya tak ada kawan nak berbual. Saya rindu habiskan
masa dengan awak. Kita berbual tentang banyak perkara. Hari ini saya rindukan
semua itu. Awak tak ada lagi. Awak tak terima saya semula. Saya tahu, salah
saya. Saya terlepas cakap, terbabas perbuatan. Saya minta maaf sangat. Kalau
saya dapat tarik semula perbuatan dan kata-kata saya – alangkah bagusnya.
Awak berjanji
macam-macam dengan saya. Bila saya baca semula setiap janji-janji awak, hati
saya jadi sayu (love is keeping
the promise anyway). Saya buka blog kita. Awak sudah tukar nama. Awak tak pakai Mrs.
Imran lagi. Hati saya jadi sayu sangat. Saya sayang awak tapi awak tak terima
saya. Saya tak boleh buat apa-apa. Saya minta maaf kalau hati awak sakit sangat sebab saya...
Saya doakan awak
hidup bahagia dengan sesiapa saja yang dapat mengisi kekosongan di hati awak. Semoga
awak baik-baik saja.
True love leaves a memory no one can steal and a heartache no one can heal.
Wednesday, July 16, 2014
One Last Shot
Umar: Daddy, tekali lagi
Daddy: Apa yang sekali lagi? Umar
mengigau lagi ye
Umar: Mama
Daddy: Cuba sekali lagi?
Umar: (angguk)
Daddy: Nanti mama marah daddy
Umar: Daddy tenyum panjang-panjang
Daddy: Ni yang last tau. Lepas ni tak
boleh tanya dah
Umar: Okey daddy.
Daddy: Tapi daddy rasa mama tak nak dah
Umar: Daddy tuba. Talau mama tak nak
daddy tenyum panjang-panjang
Daddy: Orite. One last shot. Miserable
Saya minta maaf
(lagi). Saya cuma tunggu keputusan awak. Keputusan saya tetap saya – saya nak
awak. Tak ada hitam, tak ada putih. Saya minta maaf buat hati awak miserable.
Betul, saya tak ada hak buat awak miserable.
Seindah itulah cinta
Ocio buat kek
coklat. Masa berbuka tadi, Ocio beri piring kek pada Zara dengan nota paling ringkas
(di dunia) – Gambar love berwarna
merah yang sangat kecil (dan comel). Tanpa sepatah kata, tanpa bertentang mata,
tanpa memandang muka – seindah itulah cinta.
Zara, selamat
datang ke keluarga besar kami.
_ _ _ _ _ _
Saya nak awak
“Apa yang awak nak sebenarnya?”
_ _ _ _ _
Kalaulah saya boleh jawab... “Saya nak awak...”
I'm Sorry
“Pergi mampuslah dengan cinta kita”
.
I'm truly sorry that you're having that experience and feeling that way. It wasn't my intention, but I apologize. I want you to know that I want you to be happy, to feel good, and for us to have a good relationship.
Hari Ini
Daddy: Mama cakap lebih baik kalau mama tak
dengan daddy
Umar: Mama malah
daddy?
Daddy: Ha’ah...
Umar: Mama tak
nak daddy?
Daddy: Nampak
gaya macam tu la.
Umar: Adik
tedihlah daddy
Daddy: Kan daddy
dah cakap jangan letak harapan tinggi
Umar: (peluk)
Daddy: Tak nak
nangis. Puasa kan?
Daddy tak
sepatutnya beritahu Umar. Daddy sedih bila tengok Umar putus harapan. Memang
salah daddy. Daddy tak patut beritahu Umar.
Semalam
Umar: Daddy dah
tanya-tanya mama?
Daddy: Dah tanya
tadi.
Umar: Mama takap
apa daddy?
Daddy: Mama
marah daddy. Mama kan garang.
Umar: Daddy
tanya lagilah.
Daddy: Tak nak
la. Nanti daddy kena marah lagi.
Umar: Mama tak
malah daddy.
Daddy: Kalau
mama marah macam mana?
Umar: Daddy
pejam mata, talik nafas dan tenyum.
Daddy: Kalau
mama marah jugak, daddy nak buat apa?
Umar: Daddy
pejam mata, talik nafas, hembush nafas, tenyum dan takap “Demi mama”
Daddy: Bukan
main lagi kan ayat tuTuesday, July 15, 2014
Great Player
Aku juga yang salah! Kau marah
gila sebab aku padam blog kita? Aku padam ada sebab. Aku bukan malaikat. Kau
nak expect apa? Bukan sepatutnya aku
yang marah sebab kau curang di belakang aku? Aku penat layan game kau. You’re such a great player.
Monday, July 14, 2014
You’re welcome.
“Zara dekat
London. Kita bukak puasa dengan dia esok. Nak?”
(senyap)
“Zara belum
penat, belum putus asa. Ocio tak nak buat apa-apa ke?”
(senyap)
“Ocio jangan
buat silap macam Im...hmm”
(senyap)
“Don’t take
someone for granted. Nanti Ocio menyesal...”
(senyap)
“Nanti kalau dah
terlepas...Ocio tak boleh buat apa-apa dah...”
(senyap)
“Thank you. I
enjoy talking to you”
“You’re welcome”What are you willing to struggle?
“Kak Ain...hmm...cuba baca”
“Siapa bagi?”
“Stranger yang Im cakap tu”
“Pelukis tu?”
“Ha’ah. Macam mana?”
“Hidup Im, Im yang tentukan. Bukan Kak Ain”
“Hmm...”
"What do you want out of life?"
“I just want to be happy”
“What pain do you want? What are you willing to struggle for?
“Im tak tahu...”
“A journey of a thousand miles begins with a single step”
01.30
I’ve come to realize that the only people I need in my life are the ones who need me in theirs even when I have nothing else to offer but myself - Unknown
00.15
“Encik cari
saya?”
“Maybe. Talking
to you more easy than anyone else”
“How are you
today?”
“Broken heart.
Some day I feel okay. Some days I feel completely lost”
“Sounds like you
found Mrs. Right on your first day”
“Ha’ah...”
“You’re hoping
she’ll get back to you?”
“Yeah..tapi dia
tak nak saya dah...”
“Life does move
on with our without you”
“I can’t just
move on and forget. It’s not that easy”
“Apa yang encik nak dalam hidup?”
“Apa yang encik nak dalam hidup?”
“Kalau saya
cakap bunyinya sangat kelakar.
“What it is?”
“Saya nak tua
dengan orang yang saya sayang...”
“It sounded
perfect”
“May I ask what your name is?”
“No, you may not”
“Dua kali dah
saya tanya. Tak nak bagitahu jugak?”
“On one
condition”
“Ada syarat
pulak”
“Bagi pen dan
kertas”
“If you agree I
tell you my name”
“You must be joking”
“Life is all
about choices”
“Don’t be so
serious”
“Choose wisely”
“Balik dari
London nanti saya bagitau. Kertas ni saya pegang dulu”18.30
One of the hardest lessons in life is letting go. Whether it’s guilt, anger, love, loss or betrayal. Change is never easy. We fight to hold on, and we fight to let go.
16.47
Waiting hurts. Forgetting hurt. But not knowing which decision to take can sometimes be the most painful – Paulo Coelho
Sunday, July 13, 2014
Sesudah Solat Subuh
Daddy: Daddy
nak cakap satu benda.
Kakak: Apa
dia daddy?
Daddy: Well... hmm... Macam mana eh daddy nak
cakap
Umar: Takap tak susah daddy
Daddy: Alaa
daddy tahu cakap tak susah. Daddy tengah fikir la ni
Kakak: Perkara
penting ke daddy?
Daddy: It is. Hmm daddy dengan mama dah putus.
Kakak: Kenapa
daddy?
Daddy: Daddy banyak
buat salah dengan mama...
Umar: Tapi
adik tayang mama banyak. Adik tedih...
Kakak: Daddy
tak pujuk mama?
Daddy: Dah....
Umar: Daddy
cuba banyak-banyak kali
Daddy: Dah...dah
banyak kali daddy cuba
Umar: Usaha tangga
tejayaan daddy
Daddy:
Hmm...daddy tak boleh jaga mama. Daddy kan sakit.
Kakak: Mama
tak sayang daddy lagi?
Daddy: Mama
sayang daddy...
Umar: Talau tayang tenape mama tinggal adik
Daddy: Mama
akan jadi mama Kakak, Umar, Adam sampai bila-bila...
Kakak: Daddy
tak sedih?
Daddy: Daddy
sedih. Umar tak nak la nangis. Nanti tak handsome
Umar: Adik tedih. Adik tayang mama.
Daddy: Kakak
jangan nangis. Kan Jerman menang
Kakak: Mama
tak sama dengan Jerman menang
Daddy: Daddy tahu.... Mama tak sama dengan apa-apa pun... As I Wish
This pain inside. Just won't go away.
- - - - -
Dear God,
I've tried my best but if today I lose my hope, please tell me that your plans are better than my dreams. Amin.
Soulmate
Throughout life, you will meet one person who is unlike any other. You could talk to this person for hours and never get bored. You could tell them anything, and they would never judge you... This person is your soulmate, your best friend... Don't ever let them go.
– Unknown
23:32
No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories ― Haruki Murakami
00.30
Mungkin kata-kata saya telah sakitkan hati awak dengan teruk sekali. Mungkin saya buat keputusan “It’s over” dengan tergesa-gesa tanpa berfikir panjang dan terlalu mengikut perasaan. Saya minta maaf. Salah saya semuanya. Memang salah saya...
I deserve this pain. I deserve it. It serves me right.
00.21
I hate having
to say goodbye at the end of the day when all I want to do is be with you. All
I want to see you happy even if it’s not me the one making you smile.
It’s painful to say goodbye to someone you don’t want to let go, but more painful to ask someone to stay when you know they want to leave.
Saturday, July 12, 2014
Surat untuk Umar, Si Kecil Berfikiran Besar
Banyak perkara
yang berlaku kebelakangan ini. Daddy minta maaf. Daddy tak banyak sembang
dengan Umar. Daddy sedang cuba menyingkir cas-cas negatif dari badan daddy
seperti yang Umar sarankan.
Umar suka La
Sorbonne ya? La Sorbonne (sekarang merupakan sebahagian daripada Université de
Paris) di bangunkan pada abad tahun 1257 oleh Robert de Sorbon. Nama asal
La Sorbonne ialah Collège de Sorbonne. Lokasinya yang terletak di Left
Bank Sungai Seine. La Sorbonne antara universiti terbaik di Paris dan merupakan
universiti tertua di sini. Lihat saja koleksi buku yang terhimpun di
perpustakaan ini – hampir mencecah 470 00 buah buku!
Di sini lahirnya
ramai pemikir. Antara yang daddy ingat ialah Ali Shariati. Ali Shariati telah
menulis beberapa buah buku yang mengesankan dunia. Antaranya ialah Ideologi Kaum Intelektual, Fatimah Az-Zahra dan
Haji. La Sorbonne yang terletak di tepi
sebelah kiri Sungai Seine merupakan tempat berhimpunannya siswa dan daerah ini
di kenali sebagai Daerah Latin. Di gelar Daerah Latin kerana bahasa Latin di
gunakan untuk pembelajaran secara meluas pada Abad Pertengahan.
Kehidupan di
Daerah Latin banyak berpusat di sekitar Boulevard Saint Michel yang lebih mesra
di panggil sebagai Boul’ Mich. Kedai-kedai di sini banyak di kunjungi oleh mahasiswa.
Di sini juga merupakan tempat berkumpulnya mahasiswa untuk berbincang,
berbahasa dan menjalankan aktiviti kemahasiswaan. Kelihatan dari Boul’ Mich
ialah Palais du Lexembourg yang di bangunkan pada abad ke 17 oleh Marie de
Medicis. Jardin du Luxembourg merupakan tempat mahasiswa melepaskan lelah (melepak) yang popular
di sini. Taman yang cantik membuat sesiapa saja menyukainya.
Kita juga
melatari Boulevard Saint-Germain yang tidak jauh dari Boul’ Mich. Nama jalan
ini di ambil dari gereja tertua di Paris iaitu Saint-Germain-des-Prés yang di
bangunkan pada abad ke 10. Gereja ini menempatkan beberapa orang terkemuka yang
di kebumikan di sini. Antara yang terkenal ialah ahli falsafah abad ke 17 iaitu
René Descartes.
Jalan-jalan di
Left Bank memang menyenangkan. Terdapat rangkaian kedai barang antik, kedai
buku dan muzium seni. Dari jauh kita melihat satu pemandangan yang cantik iaitu
Panthéon di atas bukit Saint Genevieve. Bangunan ini di bangunkan untuk
dipersembah kepada Genevieve iaitu pelindung kota Paris. Pada tahun 1789
setelah bangunan ini siap sepenuhnya, pemerintah mengambil keputusan
untuk mengubahnya menjadi sebuah Panthéon (kuil suci).
Tokoh-tokoh
Perancis yang terkenal di kebumikan di sini iaitu Voltaire, Jean Jacques
Rousseau, Victor Hugo dan Emile Zola serta Louise Braille. Umar kenal Louise
Braille? Louise Braille adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan
tulisan Braille bagi membolehkan golongan cacat penglihatan membaca dan
menulis. Daddy ada sebuah buku bertulisan Braille. Daddy boleh baca tapi belum lancar.
Dari sini kita
ke L'Hôtel national des Invalides yang di dirikan pada abad ke 17. Asalnya di
bangunkan sebagai rumah untuk parajurit-parajurit cacat. Sekarang bangunan ini
merupakan muzium ketenteraan terbesar di dunia. Bangunan ini terkenal sebagai
tempat pengisytiharaan terakhir Napoleon sebelum mayatnya di bawa kembali dari
Pulau St. Helena (sebuah pulau kecil di Atlantik Selatan) dan di kebumikan di sini pada tahun 1840.
Daddy akan
menulis lagi di surat-surat yang akan datang. Semoga pengalaman kita di sini
memberi banyak manfaat kepada Umar dalam membentuk sikap dan pemikiran di masa
akan datang.
Daddy
20140708
Bouleverard des Italiens
A Final Goodbye
Saya terjaga jam
2.40 pagi. Saya mimpi awak pujuk saya. Sepanjang kita
bersama, awak tak pernah pujuk saya hinggalah saat saya ingin tinggalkan awak.
Awak tak pandai pujuk atau awak tak mahu pujuk saya – itu saya tak pasti. Walaupun
cuma dalam mimpi, saya masih boleh tersenyum. Saya kata dalam hati “Akhirnya
awak pujuk saya”. Tapi itu cuma mimpi...
Saya padam semua
SMS awak. Walaupun ada antaranya saya suka baca berulang kali. Saya padam semuanya. Saya simpan buku pantun. Saya
mahu move on. Saya tak mahu hidup
saya di belenggu dengan cinta kita. Semua memori, saya cuba letak di satu sudut
dan kuncinya rapat-rapat. Sungguh-sungguh saya mahu teruskan hidup tanpa bayangan awak.
Walau saya rindu awak setinggi mana pun, saya tak mahu hubungi awak.
Saya tak pernah
menyesal mencintai awak sedalam ini. Saya tak mampu buang awak dari hidup saya
sebab awak pernah jadi sebahagian dari saya. Saya cuma ralat sedikit bila kita
gaduh sebab awak marah saya delete
blog kita. Bukankah saya yang patut marah awak begitu teruk sebab awak curang
di belakang saya? Kalau awak cuba pertahankan yang awak tak curang di belakang
saya, awak tak akan cakap “Someone caught
my attention...”. Awak juga mengaku dia berjaya menarik perhatian awak.
Itu namanya jatuh cinta. Sungguhpun awak kata awak
tak pasti apa perasaan awak pada dia – itulah perasaannya. Hanya orang yang
jatuh cinta akan bincang di mana mahu beli rumah, tentang hati dan perasaan dan
“Saya kenal dia sehari macam kenal dia
berbulan-bulan...”. Kalau kita tak ada apa-apa perasaan, kita tak perlu dan
tak akan bincang tentang semua ini. Cinta melibatkan dua hati yang setuju untuk
hidup bersama.
Saya tak ralat
tinggalkan awak. Saya percaya saya telah sehabis baik menjaga awak, memberi awak
segala kasih sayang, perhatian yang tak berbelah bahagi dan bila awak perlukan
saya – saya ada dengan awak. Atas segala kelemahan dan kekurangan diri, saya
telah cuba jadi seorang lelaki yang terbaik untuk awak. Itu di pihak saya.
Mungkin di pihak awak masih banyak perkara yang awak tak puas hati dengan saya.
Saya nak move on. Tak ada apa-apa lagi antara
kita. Yang ada cuma kenangan. Saya minta angin bawa rasa cinta ini pergi
jauh-jauh. Bebaskan hidup saya dari semua beban hati dan perasaan, perasaan
resah yang tak berkesudahan, perasaan rindu yang tak berpenghujung. Saya tak
mahu terpaku di sini, di pintu cinta kita untuk masa yang lama. Tiga belas tahun
sudah cukup lama. Saya mahu hidup bebas tanpanya. Selagi saya berpegang pada cinta kita,
selagi itu saya tak boleh move on.
Jatuh cinta
dengan awak merupakan momen yang sangat indah dalam hidup saya. Dan bila awak
balas cinta saya, cinta itu menjadi lebih indah. Saya ada awak dan awak ada
saya. Apa yang telah berlaku tak sedikit pun dapat mengubah rasa cinta saya
pada awak. Cuma saya tak boleh lagi terpaku terlalu lama di situ. Saya perlu
teruskan hidup.
Terima kasih
atas tahun-tahun yang indah dalam hidup saya yang awak penuhi dengan cinta Terima
kasih atas kesetiaan awak selama kita bersama. Terima kasih atas segala pahit
manis, ketawa riang yang kita kongsikan. Terima kasih atas semangat yang tak
putus-putus awak berikan. Terima kasih kerana percaya cinta kita cinta
sesungguhnya. Dan terakhir, terima kasih kerana beri peluang pada lelaki yang
serba kekurangan ini mencintai dan mengasihi awak.
Some people are meant to fall in love with each other but not meant to be together.
Some people are meant to fall in love with each other but not meant to be together.
Sahabat, Kekasih dan Segalanya,
Imran
The City of Light
Friday, July 11, 2014
Hujan dan Pelangi
Pagi semalam,
ketika duduk termenung di taman, ada seseorang menyapaku “Encik okey?” sebelum
mengakhirinya dengan “Selepas hujan ada pelangi. May Allah bless you”
Gosip Liar
Umar: Adik melajuk tengan daddy
Daddy: Jangan la
merajuk. Daddy dah balik kan ni.
Umar: Daddy takap daddy pergi hospital tejab-tejab je.
Daddy: Balik
dari hospital daddy pergi taman.
Umar: Auntie
Zara bawa adik, Kakak, budak lambut
telinting pergi jalan-jalan.
Daddy: Shopping apa dengan Auntie Zara?
Umar: Adik beli
macam-macam daddy. Adik tukeeee
Paris.
Daddy: Amboi!
Banyaknya duit Umar shopping
macam-macam.
Umar: Luit Auntie Zara. Daddy bayar tekat Auntie Zara.
Daddy: Kena
bayar balik la eh? Ingatkan duit Umar tadi.
Umar: Adik mana
ada luit. Daddy bayar tau. Auntie nak tawin
nanti tak ada luit.
Daddy: Auntie
Zara nak kawin? Daddy tak tahu pun.
Umar: Daddy menung-menung-menung daddy tak tahu goship liar.
Daddy: Amboi!
Pandai dah kan gosip-gosip liar ni.
Umar: Heee ops! You're My Everything
Some songs can make you sad and cry when you hear them. But it’s not actually the song that makes you cry, it’s the people behind the memories - Anonymous
Thursday, July 10, 2014
4.45 am
I keep thinking
about this river somewhere, with the water moving really fast. And these two
people in the water, trying to hold onto each other, holding on as hard as they
can, but in the end it’s just too much. The current’s too strong. They’ve got
to let go, drift apart. That’s how I think it is with us. It’s a shame, because
we’ve loved each other all our lives. But in the end, we can’t stay together
forever.
(Kazuo Ishiguro)
_ _ _ _ _ _
I'm sorry I
couldn't help myself. I've been thinking about you all day. I miss you like
crazy.
Sqaure du Vert Galant
5.00
am
Subscribe to:
Posts (Atom)