Tuesday, July 08, 2025

"Sempat la otak abang berehat dari anxiety"
"Anxiety apa? Kenapa tak cakap?"
"Hari tu abang mop lantai ada kesan. Esoknya ada lagi. Abang nak mop, Ara cakap nak bersih. Ara lap guna span. Kata nak mop lepas masak. Dah masak, letih. Abang pun malas nak bising"
"Mmm calah kita?"
"Tak"
"Astu?"
"Ara bawa pergi mana bekas tu sampai jauh menitik?"
"Acam tak ingat"
"Kalau nak tengok kembar, bekas letak dulu dalam sinki. Taklah menitik. Tak baik ada kesan macam tu dalam rumah. Kena bersih elok-elok. Tak boleh lap guna span je"
"Dah letak sabun"
"Lain kali jangan buat lagi, okey?"
"Mmmmmmm"
"Terima kasih masak untuk abang. Benda kecik, tak ada apa pun"
"Abang tak marah?"
"Tak"
"Kenapa tak marah? Marah laaa cepat. Kita nak gaduh"
"Tak payah gaduh. Gaduh bukan dapat apa pun"
"Acam nak gaduh…"
"Ara makan cukup?"
"Cukup"
"Duit belanja cukup?"
"Cukup. Kalau nak bagi lebih pun bolehhh"
"Badan sihat?"
"Sihat!"
"Cukup tidur?"
"Cukup!"
"Metabolisme okey?"
"Perfect sangat!"
"Minum air cukup?"
"Ye, bang"
"Ada sakit-sakit?"
"Takde"
"Mental health okey?"
"Okey"
"Emosi?"
"Okey"
"Mood?"
"Nak gaduhhhh"
"Pakaian luar dalam apa semua cukup?"
"Cukupppp"
"Handbag, kasut, perfume, jam, gelang, rantai, cincin cukup?"
"Gobok dah penuh, bang"
"Duit nak beli apa tak cukup?"
"Hati abang hihi"
_

"Mekasih tau audit kita"
"Ha"


5/7

"Tengok laaa jab"
"Penerbit baru?"
"Ha'a"
"Banyak buku terjemahan"
"Astu la. Kita tahu abang mesti jatuh cinta dengan kita"
"Eh?"
"Hihihihi"


5/7
"Budak tengah besar. Masalah duit. Sekarang cuti sem, cari kerja tak dapat. Seminggu dah. Tu yang dia call"
"Kita baca Microsoft lay off 9000 workers"
"Dekat Malaysia dah mula SST + E-Invoice. Tarif lagi. Memang susah cari kerja. Orang nak ambil budak part time pun fikir dua kali. Abang dulu tak tahu nak cari kerja apa. Lalu tapak projek, cuba nasib. Tengok dapat. Orang tu bagi kerja bancuh simen. Hari pertama angkat simen, tak terangkat. Kena jerkah sebab lambat. Dekat tapak projek tak ada paip air. Kena angkut dalam tong sampai tempat bancuh. Lepas tu sodok pasir gaul-gaul dengan simen. Dah siap bancuh, sodok masuk dalam kereta sorong hantar dekat tukang. Ulang-alik. Kalau dapat ketua yang baik, dia bagi tempat bancuh dengan hantar dekat. Tak penat. Tapi biasa dapat ketua letak jauh-jauh. Penat ulang-alik. Tak boleh berteduh bawah tempat redup nanti kena marah. Ulang proses tu dari pagi sampai habis kerja. Kerja 8 pagi - 5 petang. Gaji RM 20. Kadang RM 10"
"Sikitnya…"
"Haah. Sebab kerja sedia barang, bukan tukang mahir. Daily paid. Rehat sejam. Lepas solat abang tidur. Haus cari paip air minum. Abang kerja hujung minggu. Ada kerja abang pergi. Kalau tak ada, abang kerja tempat lain. Kadang ambil upah mesin rumput. Abang kumpul duit sampai dapat beli mesin second. Lepas tu belajar servis mesin"
"Berapa umur abang masa tu?"
"11"
"11 tahun? Angkat simen?"
"Haah. Kalau cuti sekolah abang loaded. 4 pagi sampai 7, abang kerja pasar. 8-5 kerja kontrak. 8 malam sampai 11 jual barang dekat pasar malam tak pun tolong orang jaga kedai. Balik rumah lepas mandi tidur tak ingat dunia"
"Berapa jam abang tidur? Macam sekejab aje"
"12.30-3 pagi. 3.45 nak kena gerak. Nanti lambat orang marah.
"Dengar pun penat"
"Kita menumpang kenalah buat cara menumpang. Umur 11 abang dah fikir nanti 18 kena keluar nak duduk mana. Abang mana ada tempat nak pergi. Berfikir ke hadapan. Ara 11 tahun buat apa? Jadi princess lagi?"
"Eee tak la. 11 dah besar tau"


6/7
"Abang…okey tak?"
"Sakit kepala. Entah apa dia bising. Malas fikir"
"Wanna have a chigwag?"
"Apa tu?"
"Talk to me"
"Ooo ingat makanan adoi"

Monday, July 07, 2025


"Tak takut dosa dengan Tuhan main sedap mulut cakap"
"Kita baca pun sakit hati. Minta Kajang tidurkan dia"
"Doktor lain punya banyak"
"Kajang tetap di hati abang, kan?"
"Ara cakap bukan abang"
"Eleh"

"Bagi dia anak tu tanggungjawab isteri. Dia nampak jaga anak senang. Bila isteri tak dapat buat, dia pandang rendah"
"Hembus jab dia, bang. Perangai acam pokok pisang"

"Perempuan lagi jahat dari lelaki. Memang ramai perempuan sengaja cari laki lurus. Mudah kenakan. Laki senang ikut cakap bini, dah sayang. Dia tak tahu pun bini ambil kesempatan atas dia. Laki baik banyak rosak sebab perempuan"
"Tetiba kita risau jodoh anak laki kita hmmm"
"Jahat lelaki kita tahu. Jahat perempuan tak ada sempadan. Lebih berbisa dari ular. Licik, penuh tipu muslihat"

"Memang orang perempuan suka makan tengah malam eh"
"Tak tahu hihihi"
"Indomee tu maggi ke?"
"Laki kita palau semua jenis maggi and fast food and processed food. Sedih tau. Real food aje boleh. Healthy nau"
"Tunggu awak berhenti, kiamat pun belum tentu"


6/7
"Kita nak gedik-gedik dengan abang"
"Abang tengah ulang kaji surah hari kiamat - Al-Infitar, Al-Inshiqaq, Al-Takwir"
"Acam tak jadi gedik"
"Pulak"
"Acam terkenang dosa-dosa dengan suami. Salah abang. Penyabar sangat"
"Habis nak abang jadi apa? Mengamuk macam orang gila?"
"Tahun ni tak mengamuk acam pelik cikit acam abang normal tak acam mmm abang sayang kita tak"
"Apa kaitan abang mengamuk dengan sayang Ara?"
"Abang fikir la sendiri. Kita tak suka fikir-fikir kerut dahi acam abang acam berat nau dunia"
"Sudah"
"Sayang kita tak?"
"Sayang"
"Banyak tak?"
"Banyak mana Ara nak?"
"Semua"
"Seluas langit dan bumi?"
"Tak luas"
"Seluas angkasa raya?"
"Tak cukup"
"Segenap kalbu abang…"
"Tak nakkk. Situ ada Kajang"
"Laaaa"
"Habis mana?"
"Abang fikir la"
"Hati abang tiada lain melainkan sebuah singgahsana, yang telah abang peruntukkan hanya untuk dikau, permaisuri cinta"
"Abang tak rasa over ke?"
"Memang pun. Kata nak romantik"
"Astu tukar la"
"Sehalus sutera itulah lembutnya kasihku padamu, tiada mampu terlerai meski teruji ribuan badai"
"Acam suka tapi acam bukan abang"
"Jika benar cinta itu hadir kerana Allah, maka biarlah ia mengajar kita menjadi insan yang lebih mulia, bukan sekadar merasa indahnya perasaan"
"Abang ingat tak, abang selalu cakap dahulukan Allah supaya Allah dahulukan kita. Sampai pejabat dahulukan Dhuha. Sebelum Qailullah baca sebaris dua al-Quran untuk redakan lelah"
"Bila? Ada ke?"
"Masa tu kita baru aje kenal. Kita kan selalu stres. Abang cakap lembut aje"
"Haa ingat"
"First time kita dengar abang tazkirah dekat rumah aunty acam habislah kita, abang dah ambil hati kita"
"Memori simpan dalam disket eh? Semua ingat"
"Baru abang tahu perempuan acam mana"


2/7

Sunday, July 06, 2025

"Fikir Kajang?"
"……"
"You can share with me"
"Tak ada apa"
"Have you sorted out your thoughts?"
"Hmm"
"Abang…cakaplah"
"It’s too personal. Dengan diri sendiri pun malu tambah dengan Ara. Lepas fikir, abang dah dapat jawapan"
"Apa yang abang fikir?"
"Tak penting pun. Kena layan otak sekejab. Sekarang dah okey…"
"Please?"
"Abang nak tidur. Jom"
"Abang…"
"Abang okey…nanti abang pujuk hati abang terima…macam abang pujuk hati abang dulu. Ara tak boleh pujuk hati abang. Abang je yang boleh buat…"
_

"Biasa la otak abang. Dia nak perhatian, kita bagi"
"Kita pun nak perhatian"
"Laa kan berkepit je"
"Cheating isn’t only in your actions, it’s in your thoughts too"
"Amboi. Sampai situ"
"Eh mesti la. Laki kita hak kita"

Saturday, July 05, 2025

"Abang tak nak ingat. Bukan lupa cuma tak nak simpan dalam hati. Masa tu abang sakit. Duit kering. Projek banyak sangkut. Dia hentam abang. Teruk abang kena sihir. Nasib boleh sembuh.
"Astu susah cari abang"
"Macam-macam jadi bertimpa-timpa. Lepas satu, satu. Masuk pelaburan, janji tempoh matang 4 tahun, rugi besar. Hancur hati. Dah la duit tu abang harap sangat. Berkali-kali abang tanya tapi dia orang cakap abang yang salah. Abang nak guna settle banyak benda. Projek pulak tengah problem. Sana sini orang tindas. Dalam tengah struggle, dia sihir abang, dengan sakit lagi. Bayang la nak cari duit, badan tak sihat, anak lapar. Dia pulak buat macam tu padahal kenal rapat"
"Abang gaduh dengan dia ke?"
"Tak. Dia susah abang tolong. Abang susah dia tolong. Dah main sihir, jumpa abang slumber je macam tak ada apa"
"Jahat betul perangai"
"Tahun-tahun yang mendesak. Hidup sempit. Perit rasa. Tak ada tempat berpaut. Abang tak reti mengadu sangat. Tak nak orang tahu masalah abang. Dari kecik susah senang abang telan sendiri. Tak tahu nak rasa sedih macam mana. Dahlah susah, yang ada dengan kita pun angkat kaki. Bila orang tahu kita susah, banyak yang ambil kesempatan. Konon nak bantu tapi tipu"
"Dia call nak apa?"
"Cerita dia sakit sekarang, nak ambil rawatan duit tak ada, kereta rosak, orang hantar 'barang'. Hidup melarat"
"Rasakan. Jahat sangat"
"Tak baik cakap macam tu. Ara isteri yang baik. Jaga lisan. Tu bahagian dia, biarlah. Kata-kata kita boleh jadi pembakar semangat, boleh juga jadi racun yang berbisa. Pilihlah untuk bercakap hal yang baik. Jaga lisan. Jangan cakap lepas dekat orang. Kata-kata yang tajam orang akan ingat sampai mati. Kita tak tahu apa yang orang hadap dalam hidup. Jangan sampai lisan buruk kita beri kesan dalam hidup orang. Orang tak boleh lupa. Dalam badan kita ada dua anggota tak bertulang tapi paling bahaya kalau tak di jaga dengan baik. Pertama lidah, kedua kemaluan. Jagalah kedua-duanya terutamanya lidah dari lisan yang menyakitkan hati orang"


4/7


"Laki bersepah. Pilihlah kumbang lain. Belum kawin dah tinggal tepi jalan. Dah kawin nanti dia buat lagi teruk daripada ni"
"Anti betul kita dengan laki acam ni. Taguna"
"Ni bukan lelaki. Kalau laki dia tak tinggal perempuan macam mana marah sekali pun. Gentleman belum kawin, dah kawin tak buat macam tu"
"Ni cetan, kan abang?"
"Hahahahaha"
"Naik kereta asing macam kita kan senang. Kalau timbul isu - tak pernah pun, gaduh ke - pun tak pernah, ada kereta balik sendiri"
"Kita never fight-fight"
"Jenis kuat sentap + baran + fikir diri sendiri. Merana la bini kalau kawin. Cipta neraka sendiri pilihan sendiri"
"Tinggal aje aihhh. Red flag sangat"
"Kita pergi muzium senang. Tempat tenang, aircond sejuk, percuma lagi, balik dapat ilmu, orang tak ramai. Boleh tukar pandangan. Strategi tu penting. Nampak je orang laki ni simple padahal semua benda dia tengok, semua benda dia kira. Ara ingat dia tak kira ke berapa banyak duit dia keluar bawa perempuan keluar dating. Duit minyak, tol, belanja makan, tengok wayang, beli hadiah. Belum campur kalau PJJ kena naik flight. Dulu masa dekat U, ada member break up. Segala jenis bil dia simpan. Resit semua dia claim sekali hadiah dia mintak balik"
"Sakit jiwa ke apa?"
"Ara kena faham, bila satu laki mengekor rapat, ada la benda yang dia target. Ara ingat laki pilih perempuan rambang ke? Setiap orang ada target. Ada jenis pilih nak join loan senang. Senang bahagikan perbelanjaan bila dah kawin. Ada jenis cari perempuan kerja tetap senang nak suruh buat loan. Ada yang tengok keluarga perempuan loaded, ada nama boleh menumpang. Ada yang cari bini untuk jadi maid - masak, cuci baju, buat kerja rumah. Dia nak bini bukan nak jadi suami"
"Kita tak boleh brain acam mana dia boleh terfikir claim semua tu. Betul la perempuan cakap ramai laki tak ada mindset provider. Dia prefer split bill"
"Kawan abang pernah marah bini tak nak kerja. Dia cakap bini lain okey je kerja"


2/7


"Haaa tu"
"Laju FB buat kerja"
"Kontraktor je pokai. Benda la. Sebab tu kalau orang tanya abang kerja apa abang tak jawab. Dalam otak orang dah set macam-macam pasal kontraktor"
"Kita tanya abang jawab 'susun bata'. Cakap la developer ke. Tak pun property portfolio ke. At least cakap la development & construction services. Ini tak"
"Tak reti cakap bend macam tu. Sama je. Tak susun bata tak jadi bangunan"
"Orang lain beria tau pegang pelan dekat site. Tempek gambar dekat FB cerita macam-macam. Laki kita mmm"
"Dia projek besar. Abang projek kecik. Malu la beria pegang pelan macam drama Melayu. Abang pergi site bawa muka handsome je"
"Memang kena ada eh handsome tu?"
"Yela. Pekerja tengok sejuk hati. Bos handsome, kacak, bergaya, tampan, perkasa"
"Dah habis?"
"Dah hehehe"


3/7



"Ha pasal loan lagi"
"Ha'a loan sana sini"


3/7


"Haaa"
"Baru aje sembang, tora datang lagi"
"Menantu nak merasa apa. Kerja la nak duit"


4/7

Thursday, July 03, 2025

Cinta yang terluka adalah cinta yang terindah. Meski pahit.

01-02-2024
Dia tidak dapat menyembunyikan keresahannya.

23-11-2023, 6.17 pagi
"Bising sangat. Acam dia aje pergi kerja"
"Yela dia pesan dekat anak jaga diri. Risau orang ambil ke ular datang ke"
"Astu keluar laa. Lama nau bebel dekat anak. Cari cacing dekat je pun"
"Jauh la. Penat dia terbang kadang sampai 200km cari makan. Saintis letak kamera ikut dia"
"Tengok tu tak keluar lagi. Kalau terbang dah sampai"
"Kejab lagi dia keluar"
"Dia bebel sambil buat breakfast dekat anak astu bebel dekat laki. Mesti burung betina. Kuat bebel"
"Merdu apa"
"Tak suka. Bising"


3/9/2024
I woke up from a dream again. You were on vacation in a village, and I was staying at a resort nearby. A little girl came to me and hugged me. She looked like Marissa, so I went to the car park to look for your car, but I didn’t see it. Just days before, I dreamt about Pinky. In the dream, I opened my eyes and she was right in front of me. I jumped back to reality, but I still smiled. Lately, my chest hurts and my head aches on and off. My wife says I need rest, but I know it’s not sleep I need. It’s something deeper – it’s you. I keep myself busy with work so I don’t think about you. I count the days to your birthday but stay silent, afraid to cross lines that should not be crossed again.

May 2, 2025
Tunggu sekejab wahai kekasih
kerana hujan masih renyai
tunggu sekejab dalam pelukan asmaraku
jangan bimbang 
walaupun siang akan menjelma
malam belum puas 
kubercumbu dengan dinda.

(P.Ramlee)

_

Untuk sayang,

25 Februari 2024 
Tegucigalpa, Honduras
"Acam tabaik kan orang meninggal kita ambil kesempatan gaduh"
"Betul la tu"
"Acam tak jadi gaduh"
"Selamat"
"Satu dua ri aje, pastu kita gaduh"
"Nak gaduhkan apa?"
"Abang cari gaduh ke?"
"Haah"
"Tak takut ke?"
"Tak"
"Apasal tak takut?"
"Beras kita beli, baju kita basuh, A sampai Z kita buat. Bini kasi anak, anak pun kita jaga dari merah dua jari sampai sekarang. Apa lagi? Panjang kalau nak list ni"
"Lama pendam ekkkk"
"Hahahahahaha"


27/6

Wednesday, July 02, 2025

"Dua tahun lagi cukup ulang tahun ke 10 kita pergi Seychelles. Repeat honeymoon"
"Kita dah kawin berapa tahun?"
"8…kan?"
"Amboih. Confident nohhhh"
"Mesti"
"Confident beli mana?"
"Built-in masa lahir"
"Tuhhhhh"
"Saya ni bukan setakat handsome, kacak, bergaya, tampan, perkasa, semua lengkap"
"Siapa cakap?"
"Sendiri angkat bakul. Tunggu orang puji lambat hahahaha"


27/6
"Ingatkan abang nak beli buku AJM bagi Kakak. 5 judul berkaitan perempuan"
"Dia baca ke, bang?"
"Dia baca ke tak lain cerita. Kita bagi dulu. Sebagai parents, kita kena ajar anak kita tentang tanggungjawab, tunjuk ajar tentang alam rumah tangga biar di faham falsafah pernikahan dalam Islam. Tapi abang bukan nak bagi buku alam rumah tangga. Kita mulakan dengan buku berkaitan perempuan"
"Macam orang tua dulu-dulu"
"Abang nak dia bahagia, tahu tanggungjawab sebagai isteri, faham tugas sebagai ibu, pandai bawa diri bila masuk keluarga orang, reti jaga pergaulan sebagai perempuan. Dia ada masa depan yang cerah walaupun kita selalu nampak dia tak serius, main-main. Abang nak dia berjaya dunia akhirat. Sakit Ara sebagai ayah kalau tengok anak perempuan kita jatuh cinta dan berkahwin dengan orang yang salah. Abang bagi buku tu supaya dia dapat jadikan panduan. Mungkin tak berguna sekarang tapi satu hari nanti siapa tahu. Kita bukan hidup selamanya nak jaga dan bimbing dia"
"Jauhnya abang fikir. Tak terkejar kita"
"Nak lepaskan anak perempuan bukan senang. Kita manjakan dia, bagi hidup yang baik. Dapat tangan laki guna, hidup kalah neraka. Haih Ya Allah. Jauhkanlah. Boleh bayang tak, anak kita tatang-tatang, sayang-sayang masa kecik tiba-tiba kena pukul. Nak rotan masa kecik pun kalau boleh kita tak nak. Sampai tangan laki, salah letak gula kena tengking, kena maki, naik tangan, kena pijak"
"Bang, dah la. Kita dah anxiety"
"Anak laki lain pulak ceritanya. Kalau tersalah pilih, habis hidup. Duit bini pegang. Harta bini nak. Hidup kena control. Memang tak boleh nak grow dah. Tamat sampai situ. Hidup dalam stres, hati tak bahagia. Orang dulu-dulu takut kalau anak laki kawin tak balik rumah. Dia lebihkan keluarga bini. Apa-apa keluarga bini dulu. Ikut telunjuk bini. Tapi orang pun kadang tak tahu. Ada laki sifat dia memang macam tu tambah lagi kalau dia datang dari keluarga masalah. Perkahwinan satu escapisme. Laki baik-baik selalu perempuan cari mangsa. Tengok hidup Ocio. Habis musnah dari sehebat orang bila kawin dengan orang yang salah"
"Double anxiety mmm"
"Kita ni sikit hari lagi nak dapat cucu. Macam best, kan? Nanti cucu cakap, 'Atok handsome la' hahahahaha"
"Itu aje kan"
"Main dengan cucu. Heee best. Masa tu umur kembar berapa? 9/10 tahun lagi?"
"13"
"Mesti orang ingat adik dia orang padahal anak sedara"


1/5

"Rezeki orang tak sama. Dia ada rezeki lebih, dia beli nombor plate. Abang ada rezeki lebih, abang bina sekolah dengan library"
"Dulu kita ase acam best dapat plate acam tu. Sejak kawin dengan abang ase acam membazir"
"Tak la. Dia pun mesti buat kebaikan yang kita tak tahu. Banyak sedekah banyak rezeki. Cara kita guna duit tak sama. Setiap orang berbeza. Kita jangan pernah rasa diri mulia sebab banyak buat kebaikan. Setiap orang ada kebaikan yang kita tak tahu. Itu rezeki dia. Kita tumpang happy sebab dia happy dapat plate yang dia nak. Hidup ni senang je kalau tak banding-banding"
"Ha'a"
"Nak jual ke plate kereta Ara? Kalau nak jual, cari foremen yang beli nombor plate. Dapat dia rezeki lebih. Foreman pun banyak yang baik. Ada je foreman masa dapat kereta second dia check dulu semua, tukar barang apa yang patut, service balik macam kereta baru sebelum jual balik"
"Tak kot"
"Jutawan Dubai beli Bugatti tu biasa tapi nombor plate dia paling mahal dekat dunia. Plate "No.7" harga RM 63.7 juta"
"Membazir aje"
"Kita hidup tak lama. Tuhan bagi kita rezeki lebih sikit dari orang lain, kita fikir apa yang kita mampu buat untuk bantu orang. Kan Nabi cakap sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain"


16/1

Rehat

"Kita datang sini boleh rehat. Ara tak payah fikir lepas ni nak buat apa, benda apa belum settle. Boleh makan, mandi, rehat, tidur dengan tenang"
"Di samping suami tersayang"
"Tak payah fikir kemas rumah, masak, kemas dapur. Relaks sikit. Relaks dekat rumah tak sama relaks masa makan angin"
"Ha'a. Takdelah kelamsss sana sini"

Tuesday, July 01, 2025

Luqman

"Tak payah push Luqman. Kita sebagai mak ayah jangan bunuh kegembiraan dia hanya sebab dia tak boleh bercakap. Biar dia ekspresi diri dia sendiri. Kalau dia tak boleh cakap, kita reda, move on cari solusi. Jangan fokus pada masalah. Dia kecil lagi, Ara"
"Kita sedih. Kembar lain boleh cakap. Dia senyap aje"
"Ara kena faham, memori yang kekal sampai mati memori kita masa kecil. Biar memori yang anak kita ingat memori yang indah, yang baik-baik. Bukan kita gaduh, bertengkar, kita marah dia, kita push dia benda yang dia tak mampu buat. Jangan kita letak beban pada anak. Tengok dari perkembangan, dia cuma speech delay bukan autisme. Nanti Ara dah sedia, kita bawa dia jumpa pakar. Sekarang kita relaks dulu. Anak baru 3 tahun. Baru nak explore dunia"
"Mmmm"
"Kalau dia bisu pun, kita terima je kekurangan dia. Kita tak tahu apa kelebihan Allah bagi dekat dia. Ara kena lebih terbuka. Allah tak jadikan ikut apa yang kita nak. Yang kita nak, selalu kita tak dapat. Yang kita tak nak, tu yang kita dapat. Allah kan sebaik-baik perancang. Kita percaya pada Allah. Mengeluh tu benda biasa. Abang tak marah pun Ara mengeluh. Dah memang sifat manusia berkeluh-kesah. Tapi dalam keluh-kesah, kita kena bersyukur. Anak kita tak terlantar. Kalau terlantar, lagi susah nak urus. Allah bagi kemudahan. Luqman pandai urus diri"
"Kita kesian tengok dia…macam…apalah salah kita masa mengandung…"
"Dah…jangan fikir macam tu"
"Terima kasih, abang. Kita perlu sangat sokongan sebab kita rasa salah kita"


21/6

Nikmat

"Kadang-kadang…nikmat yang Allah bagi kita tak hargai sampailah nikmat tu hilang dari kita. Kalau kita selalu cari kekurangan, kekuranganlah yang kita nampak. Mata kita buta pada kebaikan. Hargai apa yang kita ada waktu kita memilikinya. Bila dah tak ada, sayang setinggi gunung tak ada erti. Masa tak boleh di ganti"
"Babtu kita sayang caveman. Dia philosophical"
"Abang cakap dekat Ary, kadang-kadang kita kena belajar sayang orang dari jauh. Kebahagiaan dia pasti melukakan hati kita walaupun kita selalu cakap kita nak orang yang kita sayang bahagia tapi itulah tanda kasih sayang sebenar. Sayang tak bernoktah, tanpa sempadan, tak bersyarat"
"Dia baik senannya tapi itulah. Kita pun tak faham apa dia nak"


25/6

Ary

"Kak Ain, nasihat sikit adik Kak Ain ni"
"Tangan tu masih elok kan? atau dah lupa cara guna sabun? Kalau sabun habis, beli"
"Hahahahahaha"
"Tangan tak sedap macam jilat pantat kahkahkahkah"
"Bengong"


29/6


"Sabar je la"
"Hihihi"

"Abanggg, pleaseee"
"Kan dah bagitahu"
"Buat la list"
"Malas"
"Buat buku kembar rajin. Dengan kita berkira"
"Ha ye la. Lepas habis kerja abang buat"
"Heee macehhh"
_

"Mayat ke nak baca?"
"Kenapa pulak?"
"Hitam putih aje. Takde color ke? Kita nak emoji. Susah tau cakap dengan caveman"
_

"Dia cukaikan semua?"
"Semua. Dokumen ada, download baca"
"Tak rajin kita"


19/6
"98% dari data kajian cakap macam tu. Pendek kata, bukan la aku cakap punai lu pendek, tapi if your mouth game’s on point, nobody cares about the size of your tool"
"Wa hilang mood nak kekah kambing, bro. Lidah pahit. Otak asyik teringat janda"
"Hmmm"
"Wa rasa dunia wa gelap. Rasa macam… hidup pun tak nak. Hirup udara yang sama tiap hari, tapi kosong"
"Habis nak sedut apa? Karbon dioksida macam pokok?"
"Wa tatau bro"
"Jangan mengada la. Perempuan bukan satu. Kemboja ada, Matahari ada, Melur, Mawar, Lili, Orkid. Pilih mana nak. Bendalah. Tapi jangan salah petik. Nanti luka sakit"
"Wa tak nak bunga. Wa nak apam sedap kahkahkah"
"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah perempuan solehah. Cari elok-elok. Kalau kita bahagiakan dia, dia bahagiakan kita. Buang perangai lama. Hidup berdua kena tolak ansur macam telor dengan meat. Kadang senak, kadang heaven. Kena selalu alter parking hahahahaha"
"Gampang!"


25/6
"Siapa ni?"
"Doktor merangkap influencer"
"Tak kenal. Syarat masuk event memang tak boleh pakai baju?"
"Tak sure tapi asenya tak. Jab kita buka IG"
"Dia macam tak sihat je. Badan nampak londeh. Lama tak masuk gym kot. Six-pack pun tak nampak"
"Ha'a. Acam nampak penat aje kan"
"Cara dia lari macam ada tak kena. Lepas buat wall balls nampak mengah"
"Jadilah acam laki kita. Lepas ada orang tengok kita lari ri tu, dia cakap tak nak lari tunggu abang buat private stadium. Kita pun cakap tak payah, kita dah pencen. Penat tau lari. Kita dah tua acam laki kita"
"Abang tak suka orang tengok bini abang"
"Faham. Acam tu la laki kita. Kawan dia nak datang rumah, kita tanya nak masak apa. Dia hantar kita balik Hartamas"
"Abang tak nak kawan rasa masakan Ara. Kawan datang rumah pun abang tak suka. Kawan abang tak tahu rumah abang dekat mana. Kalau nak datang sangat, bawa pergi guest house je"
"Acam tu lah perangai dia. Sangat privacy"
"Sedara-mara, adik-beradik Ara, keluarga terdekat okeylah. Yang lain guest house. Kawan-kawan tak sesuai bawa datang rumah. Kena pilih-pilih. Sepupu-sepapat, ipar-duai yang tak okey pun seeloknya jangan bawa masuk rumah. Bukan semua datang nak bersilaturrahim"


"Cara-cara nak besarkan payudara bini anda atau kekasih anda - selalulah raba-raba"
"Ye ye aje"
"Ye la. It's an open secret. Semua laki tahu. Jadi, lepas ni kalau Ara tengok yang besar-besar tu fahamilah bukan ambil ubat sangat pun kerja laki dia"
"Tahu aje semua"
"Sebab tu laki tahu perempuan bekas orang ke fresh tak ada orang pegang"
"Susah kan jadi perempuan"
"Dah bini tak selesa, kenalah cakap. Memang la rasa kena cabul asyik nak raba tak kira masa. Suruh perempuan tu raba burung laki dia. Aduh, tegak nanti nak mencelup pulak. Susah jugak hahahaha"
"Takde fikir lain"
"Dari 24 jam, lelaki normal yang tak busy fikir pasal sex 23 jam kot. Perempuan suka sentuhan. Dia tak suka peluh-peluh, yelah penat nak cuci itu ini lepas 'kenduri'"
"Tak reti penat eh?"
"Orang cakap pasal kenduri. Betul la, lepas kenduri basuh periuk belangga. Ara fikir apa? haaa"
"Eleh abang tu. Kalau kenduri takde lain. Situ aje"
"PM perempuan tu tanya berapa besar baju dalam dia. Nak tahu jugak hahahahahahaha"

MoF SST Policy Adjustments

Ministry of Finance Announcement (27 June 2025)


Review of SST Expansion
  • Taking into account public and industry feedback.

Sales Tax Exemption
  • Apples
  • Oranges
  • Mandarin oranges
  • Dates
→ All exempted from Sales Tax


Adjustment of Registration Threshold

Applies to:
  • Leasing / rental services
  • Financial services

Threshold increased:
  • From RM500,000
  • To RM1 million

Exemption for Micro and Small Enterprises (MSEs)

Criteria:
  • Annual sales below RM1 million
Benefit:
  • Exempted from Service Tax on rental or lease services

Beauty Services

Service Tax will not be expanded to:
  • Manicure and pedicure (nail treatments)
  • Facial treatments
  • Haircutting and hair grooming services

Fiscal Metrics Outlook (2023-2025)

Fiscal Deficit (% GDP)
  • 2023: 5.0%
  • 2024: 4.1% (↓ from 2023, below 4.3% target)
  • 2025 (Projected): 3.8% → Improving toward 3% by 2028

Debt Position

(a) Absolute Debt:
  • 2022: RM1.399T (78.1% of GDP)
  • 2024: RM1.2T
  • 2025: RM1.5T (record high)
(b) Debt-to-GDP Ratio:
  • 2023: 64.3%
  • 2024: 64.6%
  • 2025: 64.2% (projected) → Stagnant

Revenue & Expenditure

(a) Tax Revenue (% GDP):
  • 2023: ~12.0%
  • 2024: 12.5%
  • 2025: 12.4% →Below 15% threshold
(b) Petroleum Revenue (% GDP):
  • 2025: 1.0% (↓33% from 2023)
(c) Rigid Expenditure Share:
  • 2022: 40%
  • 2024: 48% → Crowding out investments

Social & Development

(a) STR/SARA Allocation:
  • 2024: RM10+B
  • 2025: RM13B (↑30% YoY)
(b) Development Expenditure (% GDP):
  • 2024: 4.4%
  • 2025: 4.1% →2-year decline

Critical Trends

(a) Positive:
  • Net borrowings ↓ to RM76.8B (2024 vs. RM92.6B 2023)
(b) Risks:
  • Development spending ↓ to 4.1% of GDP
  • Petroleum revenue ↓ 33% since 2023

Key Takeaway

Structural weaknesses persist:
  • Tax revenue critically low
  • Rigid costs crowd out growth investments
  • Absolute debt at record high
  • →Requires GST/wealth taxes + subsidy restructuring

Practical Impact:

Every 10% SST on "non-essentials" (e.g., glassware, chocolates) and 8% tax on commercial leases directly funds initiatives like:
  • Sumbangan MADANI cash aid (RM2.5b budget)
  • Public transport subsidies (RM1.8b)
  • Rural healthcare expansion


(16/6/2025)