1.
Ocio ada di sini.
Tak pasti dia datang dari rumah/tempat kerja/tempat kebajikan/tempat merayau
(mengembara). Tak tanya dan tak mahu tanya. Ocio seperti biasa tak banyak cakap
– angguk, geleng, okey!, tak, tak pasti, tak tahu. Ini saja jawapan dari mulut
Ocio kalau siapa tanya dia tentang apa pun.
Adam belum ‘biasa’
dengan Pak Long Ocio. Adam agaknya pelik dengan muka Pak Long Ocio yang hampir
tak ada langsung apa-apa reaksi bila sedih, gembira, seronok baik bila bermain
atau apa saja. Muka Ocio manis kerana dia tak kedekut senyuman. Nak dengar dia
ketawa pun susah. Jangan harap nak dengar dia bercerita panjang.
Ocio minum milo
panas tanpa gula malam tadi. Rasanya macam tak cool langsung bila orang tua
macam Ocio minum milo. Ocio suka hot chocolate, milo, koko dan segala yang
berperisa coklat.
Ocio, bukan perisa coklat untuk kanak-kanak saja ke?
2.
Pusat Komuniti
sudah boleh mula beroperasi. Terima kasih
pada Ocio dan Don (juga Fizkry) yang banyak membantu. Ocio tak cakap apa pun
tentang Pusat Komuniti ini. Dia tak komen apa pun. Budak-budak remaja di sini
agak takut dengannya sejak peristiwa beberapa bulan lepas. Ada remaja kurang
ajar dan jarinya nyaris di patahkan oleh Ocio begitu saja. Budak
ini tunjukkan jari tengah kepada Ocio.
Ocio tak banyak
cakap tapi tindakannya kadangkala menakutkan. Dia tak suka bercakap, dia lebih
senang “bercakap” melalui perbuatan.
Kalau Ocio jadi model tentu sesuai sebab
Ocio ada six pack, badan orang kerap ke gym. Mukanya tak begitu garang.
Orang perempuan kata dia comel sebab ada six pack dan suka minum coklat panas,
pandai memasak apa saja (kek, biskut dan segala macam), dan pandai juga
menjahit.
Ocio ada banyak
peminat. Dia hot stuff. Saya jealous (dululah).
3.
Saya tak rapat
dengan Ocio. Sejak kecil kami tak bergaul mesra. Dia seorang yang baik,
bertanggungjawab dan mengambil berat. Ociolah yang paling kerap datang melawat
saya (mungkin kerana dia masih bujang di usia 40an). Terima kasih kerana
mengambil berat. Sungguhpun saya suka mengata dia (dan rusuk kiri saya tak
menyukainya), dia tetap prihatin terhadap saya.
Ocio, terima
kasih kerana menjadi abang yang baik buat semua orang.
4.
Tujuh Julai.
Genap 6 tahun pemergian Carl. Kami masih terasa kehilangannya.