Thursday, July 11, 2013

Kerana awak



1.

Soal hati memang sukar di tafsir. Adakalanya kita fikir kita cukup segala tapi orang yang kita sayang tak pula membalas rasa sayang yang kita curahkan. Kadang-kadang kita suka melihat, menghakimi dan menentukan pasangan yang sesuai untuk orang lain. Kita suka lelaki kacak bergaya d padankan dengan perempuan cantik. Mestikah seorang lelaki kacak bergaya, berwang, berstatus tinggi memiliki seorang gadis yang next to perfect?

Saya tak pernah fikir begitu. Jatuh cinta bukan perkara yang boleh kita paksakan. Kita tak merancang untuk jatuh cinta dengan individu tertentu. Kita malah tak berniat untuk jatuh cinta. Saya fikir jatuh cinta sesuatu yang indah kerana kita tak tahu dengan siapa kita (akan) jatuh cinta. Sedar-sedar kita sudah mula menyayanginya. Perasaan ini sesuatu yang indah. Kadangkala perasaan yang indah ini tidak berbalas dan kita merasa pedih.

Saya tak fikir perempuan cantik hanya untuk lelaki kacak bergaya. Lelaki yang tidak kacak juga boleh saja memiliki perempuan yang cantik. Tapi nampaknya masyarakat kita masih lagi sukar menerima perempuan cantik yang berkahwin dengan lelaki bermuka  tembok. Sungguhpun dia bermuka pecah , saya tak fikir ia sesuatu yang ganjil untuk mereka menjadi pasangan kerana mereka saling mencintai. Orang kita selalu berfikir jika perempuan cantik jatuh cinta dengan lelaki kurang berduit, tidak kacak, maka perempuan tersebut sudah diguna-guna oleh lelaki bermuka tembok dan sebaliknya.


2.

Kita sepatutnya menerima perhubungan tersebut kerana ia lahir dari perasaan yang jujur. Saya kira rupa dan fizikal bukanlah sesuatu yang amat penting dalam perhubungan. Lelaki selalunya berbangga memiliki perempuan cantik. Saya kira perempuan cantik selalu menimbulkan ‘masalah’. Mereka tidak tahu memasak, pemalas, tak tahu buat kerja rumah dan selalunya ego dan maaf kalau saya katakan perempuan cantik jarang mempunyai akal yang cerdik. Saya tak sukakan perempuan cantik. 

Manusia selalu gunakan rupa paras untuk menipu/memperdaya manusia lain. Manusia selalu tertipu dengan wajah mulus manusia lain. Kita tak boleh menghakimi orang lain sekadar melalui wajahnya. Kita tak boleh beranggapan bahawa lelaki kacak/perempuan cantik akan mendatangkan kebahagian kepada kita. Kecantikan selalunya akan jadi pemusnah pada seorang individu. Misalnya, perempuan cantik ke mana saja pergi akan menjadi perhatian lelaki. Lelaki akan mengurat/menggoda perempuan cantik dan bila di tolak pelbagai taktik kotor akan di gunakan untuk mendapatkan perempuan itu.

Kecantikan sesuatu yang abstrak. Setiap manusia menilai kecantikan dari sisi yang berbeza. Kalau sekadar cantik tapi tak mahir memasak susah juga. Bonus kalau anak manja dan tak pandai pula jaga anak, tak pandai kemas rumah, tak tahu seterika baju. Kalau kita tengok mukanya yang cantik dan segala urusan di rumah selesai begitu saja tak apa juga. Cantik tak beri apa-apa makna kalau pakej penting (sebagai seorang perempuan) tak ada. Sama juga dengan lelaki – kalau dapat lelaki kacak bergaya tapi malas kerja tak ada gunanya.


3.

Awak tahu, saya tak pernah berbohong bila saya katakan awak hot. Di mata saya, awak memang hot. Saya tak peduli mata orang lain. Saya tak kisah awak renek-renek pokok pisang. Awak tetap comel. Kalau awak tak turunkan berat badan pun saya tak pernah kisah. Saya terima awak sejujurnya meliputi segala kebaikan dan keburukan yang awak ada. Awak memang cantik. Cukuplah awak cantik di mata saya. Kecantikan tak akan kekal. Bila awak umur 70 tahun, gigi awak mungkin tinggal dua, pipi awak berkedut dan mungkin awak semakin renek (alah! comelnya!). 

Tak ada apa-apa yang kekal kecuali hati awak yang budiman, sifat penyayang yang tak terbatas dan kesetiaan awak yang tak perlu saya persoalkan lagi. Apa lagi yang saya mahu? Semuanya sudah cukup, lebih dari cukup sebenarnya. Jatuh cinta dengan awak sesuatu yang amat indah dalam hidup saya. Saya tak akan lupa usaha gigih saya mendapatkan hati awak yang ya... amat sukar di miliki. Tapi...semuanya berbaloi. Jatuh cinta dengan awak berkali-kali menjadikan hidup saya lebih indah.

Sebenarnya, hidup saya menjadi indah kerana adanya awak.

Saya nak siapkan kerja dan cuba tidur. Kalau saya tak dapat tidur, peluk awak yang gebu, pandang muka awak yang comel pun seronok juga. Cuma malam ini awak tak seksi. Aha! *Khamis malam Jumaatlah, sayang*