1.
Saya tak suka
bila awak balik dalam keadaan yang tak okey. Bila saya tanya, awak mula sedih
dan kemudian menangis. Saya memang tak suka lihat awak menangis.
Abang harap
sayang boleh bersabar untuk tempoh setahun dan lima bulan dari sekarang. Sayang
kena kuat. Environment kerja dengan
kampus memang berlainan. Orang-orang atasan selalu bunuh keghairahan bekerja. Belajar
untuk jadi lebih kuat. Orang-orang atasan perangainya tipikal. Lebih tipikal
kalau perempuan di hujung usia yang masih bujang.
2.
Abang juga kena
jadi lebih kuat. Abang tak nak biarkan sayang lalui semua kepahitan ini seorang
diri. Belajar tinggalkan hal kerja di tempat kerja. Jangan bawa balik ke rumah,
ke bilik tidur kita. Kalau tak, rumah dan tempat kerja tak ada bezanya.
Seperti
bercinta, bekerja juga mempunyai banyak fasa. Sayang sedang melalui fasa-fasa pertama
dalam kerjaya. Fasa yang menuntut kesabaran yang tinggi bila berdepan
birokrasi. Memang, kitalah yang selalu menjadi mangsa walaupun di kebanyakan
masa kita tak bersalah.
Stres di tempat
kerja selalu membunuh keinginan kita untuk bekerja. Bekerja dalam keadaan stress
tidak bahagia.
3.
Bersabar untuk
setahun dan lima bulan lagi. Semua yang berlaku akan membentuk character sayang di masa hadapan. Kita
tak boleh selalu berada dalam comfort
zone. Percayalah, saat getir ini akan banyak memberi pedoman dan pengajaran
bila kita berada di puncak yang lebih tinggi.
Bila habis
tempoh houseman nanti, sayang boleh ke
mana saja untuk berkhidmat. Ke Papua New Guinea, Palestin, Afrika atau ke mana
sahaja yang memerlukan khidmat doktor. Boleh sahaja berkhidmat sebagai doktor,
boleh juga sebagai sukarelawan.
Sayang kan suka
jadi sukarelawan?
4.
Apa pun yang
kita buat, bawalah cinta dalam hati kita ke mana sahaja. Dengan adanya cinta,
kita pasti berjaya.
Tidurlah, abang
akan teman sampai pagi. Tidur lena, sayang.