1.
Bila saya mula
rasa kesepian saya akan cuba mengingat perkara manis tentang kita. Perkara
manis yang membuatkan saya tersenyum. Kadang-kadang saya selalu juga teringat
perkara-perkara pahit yang berlaku antara kita.
Saya tahu, muka
saya lebih tebal dari tembok. Sejak mula kenal, awak tak pernah sukakan saya.
Awak suka menguji saya. Awak suka buat saya down. Beribu kali saya cuba
dekatkan diri, berpuluh ribu kali saya di tolak ke tepi.
Sampailah saya
rasa saya tak mahu dekat dengan awak lagi. Saya tak mahu terluka lagi. Saya tak
mahu buat muka tak malu lagi. Tapi hati saya degil. Berpuluh kali awak menolak,
saya tetap nak mencuba. Percubaan saya berhasil di hujung-hujung usaha.
Saat saya hampir
mengangkat bendera putih tanda mengalah barulah cinta saya bersambut. Barulah
saya rasa lega. Tapi itu bukan pengakhiranya. Selepas itu cabarannya lebih
besar. Banyak yang kita lalui bersama.
2.
Saya harap masa
tidaklah terlalu pendek. Saya harap sangat masa tidak terlalu kejam. Saya tak
mahu pergi tanpa ucap selamat tinggal. Doktor tak boleh buat apa-apa lagi.
Sebenarnya memang tak ada apa-apa rawatan lagi. Saya tahu, saya tak akan
sembuh.
Saya rasa saya
pentingkan diri. Saya nak tengok awak lebih bahagia. Kalau awak ada orang lain
pun saya tak marah. Asalkan orang itu dapat buat awak bahagia, penuhi impian
dan keperluan awak yang tak dapat saya buat.
Syarat yang awak
berikan memang berat. Tentu sukar untuk saya penuhi. Mana mungkin saya dapat
carikan orang lain untuk jaga awak. Saya tahu awak sengaja berikan syarat tersebut. Saya sedang memikir calon yang
sesuai. Tapi saya tak tahu sama ada nanti saya mampu lihat awak dengan orang
lain atau tidak.
Saya tak dapat
tipu diri sendiri. Saya tak percaya orang lain dapat jaga awak seperti mana
saya jaga awak. Saya berada antara dua persimpangan.
3.
Saya minta maaf.
Saya tahu kebelakangan ini saya selalu marah-marah, saya selalu naik angin.
Terima kasih kerana selalu bersabar dengan saya. Terima kasih kerana selalu ada
dengan saya. Terima kasih kerana selalu jadi penenang paling mujarab buat saya.