1.
4.14 pagi.
Satu kerja sudah siap. Adam belum tidur.
Ingatkan lepas minum dua botol susu bolehlah tepuk-tepuk sampai dia tidur. Nampaknya
tak. Adam pun buat kerja juga. Daddy nak baca kertas kerja, dia sibuk nak
pegang pensil. Daddy tutup buku dia sibuk nak baca buku.
Kejab lagi
bila Adam tidur, Umar akan bangun. Macam biasa, abang akan ke masjid. Hari ini
kena pergi dialisis. Badan bengkak. Petang kena pergi hospital. Maksudnya abang
tak dapat tidur. Memang abang tak boleh tidur pun. Satu sebab badan rasa sakit,
kepala berdenyut, mata pedih dan kedua sebab sayang tak ada. Malam ini sejuk.
Kalau sayang ada boleh tumpang haba.
2.
Umar
merajuk. Dia minta nak pergi Perhimpunan Blackout dekat Medan Istana malam
tadi. Abang rasa pergi perhimpunan belum sesuai untuk dia. Lagipun siapa yang nak
temankan. Abang tak boleh pergi tempat yang ramai orang. Lagipun abang ada
kerja yang perlu di selesaikan.
Umar
merajuk. Umar kata nak mogok. Erm...
3.
Hari ini
abang akan siapkan semua kerja sebab hari Selasa dan Rabu sayang cuti. Tapi,
Selasa dan Rabu abang ada kerja. Abang kena hadiri persidangan. Abang tak nak
pergi sebenarnya. Abang tak boleh berucap depan khalayak ramai, abang tak nak
jadi badut, abang tak nak dapat simpati orang.
(Sepatutnya) Hari Rabu
kena pergi Hospital Bahagia. Boleh tak kalau abang tak nak pergi? Abang tak
suka. Trauma datang semula dan abang tak boleh kawal. Sorry, ada banyak
perkara yang abang sengaja rahsiakan dari sayang. Mungkin sebab abang fikirkan
tentang kerja sayang, tentang sayang yang selalu kena buli dengan MO, stres, rasa tak nak pergi kerja dan bermacam lagi.
Abang rasa
bukan masa yang sesuai untuk cakap tentang hal ini. Tambah pula dengan
masalah di pejabat. Masalah yang amat besar. Abang betul-betul perlukan
kekuatan. Syarikat berdepan dengan masalah yang serius. Kalau abang gagal
bermakna segalanya akan hilang. Kita perlukan wang yang banyak untuk
belanja perubatan. Abang tahu abang boleh buat, abang tahu abang akan menang
dan abang tahu jalannya sukar tapi abang optimis dan postif yang semuanya akan
berjalan seperti biasa walaupun akan mengambil sedikit masa.
4.
Semalam
abang pengsan 4 kali. Abang tak makan sebab muntah sepanjang hari. Belakang sakit.
Kepala berdenyut, mata pedih. Dan jantung abang rasa lain... Abang risau kalau
jantung abang tak berfungsi lagi. Abang tak nak fikir jadi abang gagahkan diri
untuk buat kerja. Abang tak nak layan rasa sakit. Banyak kali juga berhenti
sebab mata pedh, kabur.
Sayang
jangan risau. Kerja baik-baik. Abang tunggu sayang balik rumah malam nanti :)
Selamat
pagi, sayang.
xoxo