Sunday, May 12, 2013

18:44


1.

Sepatutnya saya perlu selesaikan kerja. Godaan awak cukup kuat nampaknya. Saya dengan rela hati tinggalkan kerja walaupun sebenarnya banyak yang perlu saya siapkan. Sekurang-kurangnya saya perlu siapkan jurnal terlebih dahulu sebelum mulakan kerja lain. Saya tak menyesal sebab saya rasa bahagia. Saya rasa bahagia bila awak ada dengan saya. Saya rasa stres berkurang.

Saya sedang menghadapi masalah besar. Saya masih berahsia dengan awak. Saya rasa saya tak perlu berkongsi dengan awak. Saya rasa saya kuat untuk laluinya sendiri. Buat masa ini, masalah yang pertama hampir separuh jalan menuju penyelesaian. Hanya tingga yang ini.


2.

Tak banyak yang saya lakukan hari ini. Seharian dalam studio menyelesaikan kerja. Masih banyak yang belum selesai. Masih banyak yang perlu diselia. Saya terpandang surat tawaran kerja sebagai tenaga pengajar. Saya tak perlu simpan surat tersebut. Saya tak mahu ke mana-mana lagi. Saya rasa cukup sudah hidup merantau dari usia 18 tahun. Saya tak mahu ke US, saya tak mahu ke UK, saya tak mahu ke Canada, saya tak mahu ke mana-mana. Saya  mahu tinggal di sini.

Saya sudah fikirkan masak-masak sejak balik dari US lagi. Sana, bukan dunia saya. Di sana hanya impian dan kerjaya saya. Tapi, di sini ada cinta. Sebahagian dari saya ada di sini. What goes around comes around. Dulu, saya selalu tinggalkan awak sebab kerja. Sekarang, saya selalu di tinggalkan juga kerana kerja. Saya merasa kehilangan, kesepian dan keseorangan seperti yang pernah awak rasa dahulu.


3.

Awak, saya rasa macam nak belajar lagi. Mungkin saya merindu udara kampus. Tapi saya belum buat apa-apa keputusan.  Ada beberapa pelajar sekolah minta saya ajarkan mereka beberapa subjek. Saya terfikir untuk buka sebuah pusat pembelajaran. Saya temui banyak kanak-kanak sebaya Huda yang ketinggalan dalam pembelajaran. Saya dapati tak ada yang peduli.

Saya tak mahu buat-buat buta. Saya tak mahu buat-buat tak tahu. Saya rasa saya perlu bantu. Saya belum berbincang dengan Umar. Saya tak mahu Umar terlalu sibuk dengan politik. Saya mahu dia lakukan sesuatu yang lebih bermakna. Dulu, Carl pernah buka beberapa pusat begini di kawasan pendalaman sekitar Perak dan Pahang. Bila ada masa, saya teringin ke sana.

Carl cakap, kalau kita hendakkan perubahan, perubahan itu mestilah datang dari diri sendiri. Saya mula seronok melakukan kerja-kerja kebajikan. Mungkin kalau saya tak sakit, saya tak akan menoleh ke arah sebahagian lagi dari sisi kemanusiaan itu kebajikan. Saya akan terus sibuk dengan kerjaya saya. Saya terlampau sibuk dengan kerjaya hingga lupa perkara lain termasuk awak. 

Penyakit ini di hantar untuk buat saya sedar. Begitulah agaknya.


4.

Selamat petang, sayang.

xoxo