Thursday, May 16, 2013

130513


1.

Mogok Umar rupa-rupanya ada tujuan lain. Umar siapkan poster dengan pertolongan Huda bersempena 13 Mei Hari Persaudaraan Malaysia. Umar buat flashmob di Taman Dr. Seenivasagam jam 5.30 petang. Satu poster bertulis “Kami Kawan” di ikuti lukisan kartun watak Melayu, Cina, India, orang Sarawak dan Sabah masing-masing dalam pakaian kebudayaan tradisional mengikut etnik.

Sukar sebenarnya untuk mentafsir tindakan Umar. Saya biarkan saja. Ternyata, dia mendapat sokongan dari ramai orang yang berada di taman. Saya tak benarkan sesiapa mengambil gambar Umar membuat flashmob siang tadi. Saya tak mahu gambar tersebut di manipulasi oleh mana-mana pihak. Mujur ramai yang hormat. Masing-masing tidak mengambil gambar.


2.

Malamnya, Umar minta maaf kerana tak minta kebenaran dari untuk buat semua itu. Tapi saya tak berniat untuk denda Umar. Umar belum memahami situasi rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang penuh dengan perasaan curiga-mencurigai antara satu sama lain, tidak menghormati budaya dan sering mencela. Saya juga positif bahawa bukan semua orang begitu. Masih ada yang mahu bertoleransi antara satu sama lain.

Bersama Umar memegang poster petang tadi ialah Goh, Xavier, Jason, Spartacus, Linda dan beberapa kawan Umar yang lain. Saya kira, ini antara petanda positif ke arah semangat meraikan kekitaan tanpa perasaan perkauman.


3.

Adam tak terlibat. Dia sibuk tendang bola. 



130513