Saturday, May 18, 2013

Berehat selama-lamanya....


1.

Saya perlu masa bersendiri untuk seminggu dua atau mungkin untuk tempoh sebulan dua. Saya perlukan masa untuk berfikir tentang banyak perkara. Mungkin untuk bermusahabah. Saya perlukan lebih masa untuk diri sendiri.

Saya tahu semuanya berpunca dari saya. Semuanya salah saya. Saya tahu saya akan sakit hati tapi saya masih berdegil. Mungkin sebab saya hanya fikirkan tentang diri sendiri, tentang ketakutan yang melampau dan mimpi ngeri yang berulang-ulang.

Saya fikir awak mampu menenangkan tapi saya salah. Saya patut tahu awak tak punya banyak masa untuk melayan kerenah saya. Saya patut sedar dari awal dan tak bergantung harap pada awak. Saya patut tahu semua itu.

Saya mula berjanji pada diri sendiri bahawa saya harus bergantung sepenuhnya pada diri sendiri. Saya mula berjanji untuk menjadi seperti dulu – tidak berkongsi apa-apa dengan orang lain termasuk awak.


2.

Saya berada di pantai malam tadi. Saya tunggu ombak. Mungkin ombak boleh bawa keresahan hati saya. Mungkin ombak boleh bawa saya pergi jauh dari muka bumi ini. Hujan lebat dan saya kebasahan. Kesejukan.

Saya cuba bangun tapi terjatuh. Saya cuba berdiri tapi tak mampu. Dan akhirnya ombak bawa saya pergi. Saya bergelut dengan ombak dan air laut yang masin. Saya lemas dan tak mampu bernafas. Saya tak nampak apa-apa kecuali kegelapan.

Saya marah bila Don selamatkan saya dari ombak yang ganas. Sepatutnya Don biarkan saya bermain-main dengan ombak. Saya pasti ombak akan bawa saya pergi jauh dari kesepian dan kesengsaraan. Kenapa saya masih ada di sini, di atas muka bumi ini?

Saya kerdil. Saya tak mampu lawan ombak. Saya kecil. Saya tak mampu melawan hidup yang sukar. Dugaan yang berat. Saya rasa ini penamatnya. Psikiatri saya betul. Saya ada kecenderungan yang tinggi untuk bunuh diri lagi.


3.

Dalam hidup saya cuma ada awak. Dan sekarang saya rasa saya tak boleh bergantung pada awak. Saya tak nak rasa sakit hati. Saya tak suka rasa kecil hati. Saya suka pendam rasa. Mungkin kerana terlalu lama pendam akhirnya saya jadi begini.

Mungkin kerana itu, psikiatri selalu memilih awak sebagai subjek. Saya tak suka kerana menganggapnya terlalu peribadi. Mungkin kerana itu saya jadi terlalu memedam rasa, menjadi murung.

Saya cuma ingin berehat dari bergelut dengan hidup yang sukar ini. Saya penat. Kalau ada doktor yang mahu lalukan euthanasia, saya lebih dari terima. Saya ingin berehat panjang. Berehat selama-lamanya....