Saturday, August 16, 2025

Kronologi Kes Siti Bainun

1. Latar Kes Bella

1.1. Februari – Jun 2021
  • Tempoh kejadian pengabaian dan penderaan terhadap remaja sindrom Down, Bella, yang ketika itu berusia 13 tahun, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
1.2. 3 Mei 2023
  • Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun selepas beliau disabitkan bersalah atas dua pertuduhan pengabaian dan penyiksaan.
  • Hukuman turut disertakan dengan ikatan kelakuan baik selama 5 tahun (RM5,000 dengan seorang penjamin), serta perintah menjalani 200 jam khidmat masyarakat dalam tempoh 6 bulan selepas pembebasan.
  • Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman ditolak.
1.3. 2 Mei 2024
  • Mahkamah Tinggi menolak rayuan Siti Bainun untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
  • Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman turut ditolak.
1.4. 20 Mei 2024
  • Siti Bainun menarik balik rayuan terhadap penolakan penangguhan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Tinggi untuk memfailkan permohonan baharu.
1.5. 21 Februari 2025
  • Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 19 Mei 2025 bagi pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman.
1.6. 3 Jun 2025
  • Mahkamah Rayuan memutuskan tarikh 14 Ogos 2025 sebagai pendengaran terakhir rayuan.
  • Pihak pembelaan memohon untuk mengemukakan bukti baharu.

2. Perkembangan Baharu – Laporan Polis Kes Zayn Rayyan


2.1. 6 Disember 2023
  • Kanak-kanak autistik berusia 6 tahun, Zayn Rayyan Abdul Manaf, ditemui meninggal dunia di Sungai Buloh.
2.2. Tarikh Laporan Polis (2024)
  • Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, membuat laporan polis yang secara tidak langsung mengaitkan nama Siti Bainun.
2.3. Keterangan Laporan
  • Dalam laporan, Ismanira mendakwa beliau telah diperkenalkan kepada Siti Bainun oleh individu bernama Mona Din, yang ketika itu didakwa membantu keluarga mencari pelaku pembunuhan Zayn.
  • Nama Siti Bainun kemudian muncul dalam dokumen laporan polis, sekali gus menimbulkan persepsi negatif baharu terhadap beliau di ruang awam dan media sosial.
2.4. Reaksi Pihak Pembelaan
  • Peguam Siti Bainun menafikan sebarang hubungan antara anak guamnya dengan keluarga Allahyarham Zayn Rayyan.
  • Mereka mendakwa terdapat unsur manipulasi maklumat dan tekanan luar, termasuk cadangan oleh individu bernama Mahmud Jumaat supaya Ismanira mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut, sebelum maklumat itu disebarkan di platform Edisi Siasat.
3. Status Terkini (14 Ogos 2025)
  • Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhir Siti Bainun dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret pada 3 Mei 2023 dan disahkan Mahkamah Tinggi pada 2 Mei 2024.
  • Panel tiga hakim sebulat suara mendapati tiada kesilapan fakta atau undang-undang dalam keputusan mahkamah terdahulu, dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melebihi keraguan munasabah.
  • Permohonan pihak pembela untuk mengemukakan bukti baharu ditolak kerana tidak memenuhi kriteria undang-undang yang ditetapkan.

Hai Ummi

Hari ini, Im buka semula folder di telefon bimbit. Sejak dahulu, Ara sering berkongsi pelbagai maklumat, khususnya berkaitan isu jenayah. Malangnya, Im tidak pernah terfikir untuk menyimpan atau memuat naik ke blog peribadi sebagai tanda kenangan. Tahun lepas, ketika perempuan dari masa silam muncul kembali, Im menyimpan segala gambar yang di hantarnya, meskipun ada yang tidak begitu penting kerana kenangan harus diabadikan. Ketika itu Im tersedar, Im tidak berusaha mencatat kenangan bersama Ara. 

Ara yang banyak mengambil berat, sentiasa setia di sisi. Penyesalan itu tidak mampu mengubah apa-apa. Sejak hari itu, apa sahaja gambar, video atau infografik—kerana Ara maklum minat Im terhadap rajah dan diagram—yang Ara hantar, Im akan simpan. Sebahagiannya di muat naik ke blog. Di tengah jadual harian yang padat, Im tetap mencuri ruang untuk membaca setiap siaran media atau dokumen yang Ara kongsikan. Ummi tentu tahu, Im tidak begitu meminati bidang guaman, justeru tidak memberi banyak perhatian.

Esok, 14 Ogos 2025, merupakan tarikh rayuan terakhir Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Rayuan. Sekiranya gagal, dia akan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun. Difahamkan, sehingga kini dia menanggung hutang kira-kira RM200,000 meliputi kos guaman, sewa rumah, bayaran kereta, utiliti, serta kerugian Rumah Bonda. Sejak kes Bella mendapat perhatian ramai, komuniti guaman di Malaysia seolah-olah terbahagi kepada dua kumpulan. Ara banyak berkongsi kisah tentang mereka—dan tidak semuanya sedap didengar.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila laporan polis oleh Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, mengaitkan nama Siti Bainun. Menurut dakwaan, Ismanira diperkenalkan kepada Siti Bainun oleh Mona Din ketika membantu keluarga mencari pelaku pembunuhan namun selepas itu nama Siti Bainun muncul dalam aduan rasmi. Hal ini mencetuskan spekulasi baharu serta persepsi negatif di media sosial, yang berpotensi mempengaruhi prosiding rayuan dan menambah tekanan terhadap pihak pembelaan. 

Dalam salah satu hantaran bertarikh 11 Ogos 2025, jam 8:34 malam, sebuah catatan telah di muat naik yang menimbulkan persoalan serius. Nama Siti Bainun di laporkan muncul dalam dokumen rasmi (laporan polis) meskipun beliau tidak pernah mengenali Ismanira Abdul Manaf. Persoalan utama yang timbul adalah sama ada wajar, atau pernah berlaku, seorang peguam menasihatkan anak guamnya supaya membuat pengakuan bersalah terhadap kesalahan berat seperti pembunuhan semata-mata bagi meredakan tekanan masyarakat.

Jika pendedahan ini benar, bukan sahaja mengejutkan malah membongkar sisi gelap yang jarang terlihat dalam proses perundangan negara. Ia mendedahkan individu yang sepatutnya menjadi penggerak keadilan turut terlibat, sekali gus menandakan wujudnya defisit keyakinan awam yang kian meruncing. Jika tidak ditangani secara tuntas dan berkesan, keadaan ini berpotensi menghakis integriti institusi kehakiman sekaligus melunturkan kepercayaan terhadap keluhuran undang-undang dan keadilan tinggal sekadar retorik murahan.


Ogos 13, 2025

Friday, August 15, 2025

Walanon tersembunyi

"Abang tak suka apa nama. Itu memang jelas dan terang"
"Walanon tersembunyi ekk"
"Walanon terus"
"Eleh. Walanon tu walanon aje lah"
"Ada benda yang abang suka, ada benda yang abang tak suka. Ada benda yang abang tak nak masuk campur"
"Contohnya?"
"Pasal qazaf"
"Tengah panas sekarang"
"Isu ni sensitif sebab melibatkan hukum agama. Kalau Ara ada dokumen mahkamah masa perbicaraan, abang nak baca"
"Ada. Hujahan Mendiang Karpal Singh masa prosiding pembelaan"
"Apa dia cakap?"
"Acane eh nak terang? Alaa abang tapaya tahu"
"Kenapa pulak?"
"Ara rasa abang tak perlu tahu sebab abang kan tak nak terlibat dengan qazaf"
_

"Abang tahu kan implikasi qazaf"
"Hukum Hudud 80 sebatan, kesaksian ditolak selama-lamanya. Pelaku di anggap fasik"
"Kalau fasik tak boleh jadi wali, kan?"
"Ya, kena gantikan dengan wali hakim"
"Tapi, kalau dia masih walikan anak dia, sah ke? Anak yang lahir tak di anggap anak luar nikah?"
"Ada khilaf. Kalau rukun nikah lain cukup (akad, saksi, dll.), pernikahan boleh dianggap sah melainkan terbukti fasik itu terlalu berat dan ditolak secara syarak"
"Kedudukan anak macam mana?"
"Sepengetahuan abang, selagi perkahwinan sah menurut syarak, anak yang lahir adalah anak sah taraf"
"Tapi kan dekat FB ramai cakap anak tak sah taraf"
"Siapa tu lagi pandai dari ulama?"


April, 2025

Mimpi ikan

Hasha: Daddy
Daddy: Ha ni kenapa bangun? Pampers penuh?
Hasha: Asha mimpi
Daddy: Mimpi apa?
Hasha: Ikan suruh Asha makan
Daddy: Ikan suruh Hasha makan dia?
Hasha: *angguk*
Daddy: Dia tak mati ke kalau Hasha makan dia?


6/4