Thursday, December 18, 2025

Panduan Mengendalikan Kenderaan Automatik untuk Mengelakkan Kerosakan Gear


Semasa berhenti di lampu isyarat:
1. Tekan brek kaki sehingga kenderaan berhenti sepenuhnya.
2. Berhenti singkat (≤ 30–60 saat): Kekal di kedudukan Drive (D) dengan brek kaki ditekan.
3. Berhenti lebih lama: Alihkan gear ke Neutral (N) dan tarik brek tangan.
4. Lepaskan brek kaki.


Apabila lampu isyarat bertukar hijau:
1. Tekan brek kaki terlebih dahulu.
2. Alihkan gear ke Drive (D) jika sebelum ini berada di Neutral (N).
3. Lepaskan brek tangan.
4. Lepaskan brek kaki dan tekan pedal minyak dengan perlahan-lahan. Elakkan pecutan mengejut.


Nota penting: Jika kenderaan menggunakan enjin Continuously Variable Transmission (CVT), tekan pedal minyak secara perlahan untuk mengelakkan kerosakan pada belt CVT. Elakkan menekan pedal minyak kuat dari keadaan pegun. Jangan menukar N ↔ D ketika kenderaan masih bergerak.

_
Huda ketawa besar ketika membaca manual yang aku tulis. Dia kata dia sudah dewasa dan telah lulus ujian memandu. Aku tahu, tapi bila aku lihat cara dia gunakan gear dengan salah, aku perlu tegur. Membaca manual sahaja tidak cukup; amali juga perlu. Betulkan yang salah, biasakan yang betul.


Januari 4, 2025