Thursday, December 18, 2025

"Dah macam-macam sangat, dia cerai je la laki dia"
"Dia yang cerai?"
"Yela. Pandai sangat buat hal. Tunggu laki ceraikan mesti tak cerai. Dapat banyak advantage"
"Ha'a kan"
"Dah semua benda kena buat sendiri. Habis masak, jaga anak. Dua-dua kerja tapi laki tak buat apa. Balik, tidur. Sepanjang masa aktiviti luar mana tak kena cerai"
"Ada perempuan lain gaknya"
"Tak ada. Dia join geng kereta, main futsal, ikut konvoi. Hujung minggu tak pernah lekat rumah. Mana bini nak tahan. Dia enjoy, bini letih dekat rumah. Duduk rumah pulak, cari salah bini. Semua benda tak kena"
"Hidup acam orang bujang"
"Faham pun. Bini jadi tukang cuci pakaian, iron baju, share loan beli rumah. Berjalan guna kereta bini. Loan bini bayar. Duit anak sekolah ke taska ke apa semua bini. Gaji bini tinggal berapa je. Bayar kereta, bayar rumah, taska anak"
"Kita dengar pun sedih"
"Sebelum kawin kalau Ara tengok dialah laki paling boleh di harapkan. Ambil hantar apa semua. Bagi hadiah ratus-ratus. Dah kawin, apa pun tak"
"Jenis beria sebelum kawin"