Saturday, December 06, 2025

"30% of Malaysian doctors in B40 group, only 10% truly economically successful, says Malaysian Medical Association rep. Another 30% only have enough to get by while the rest are said to be “below the water”. Sorry la kita tak percaya. Doktor kaya-kaya tau"
"Dah makan?"
"Tak nak komen ehhh"
"Nak komen apa? Mana tahu pasal doktor. Bini lawyer pun tak tahu pasal lawyer"
"Eleh"
"Doktor yang buka klinik dengan hospital swasta tak sama konsep dengan kesihatan awam bawah hospital kerajaan. Klinik running cara business. Gaji staf, tukang cuci, kos operasi senang cerita sama macam business lain. Beli ubat harga pukal, kuantiti dah tak sama dengan harga macam 10-20 tahun dulu. Swasta tak payah kacau sebab business. Perbaiki kualiti perkhidmatan, rasionalisasikan jam bekerja, struktur semula beban tugas doktor dengan nurse, semak gaji, buang kerja yang tak perlu dalam office yang merepek. Tu yang kena buat. Pamer harga tu bagus tapi boleh datangkan banyak mudarat. Orang boleh pertikai. Macam kerja yang lain. Kontraktor la selalu kena. 'Mahal sangat charge. Kos barang murah, kenapa upah mahal? Tukang-tukang semua ni ada Ph.D ke?'. Swasta memang fikir duit. Mana boleh suruh buat macam hospital kerajaan. Farmasi okey kot kalau nak pamer harga. Hospital swasta dengan klinik rasanya tak payah. Doktor kerja situ pun serba salah nak charge"
"Nampakkk sebelahkan doktor hihihihi"
"Penat abang ulas, itu je Ara komen? Kejab lagi ni haa nasib jauh"


Panggilan telefon
8/5