Tuesday, September 09, 2025

Doaku untukmu…

Ya Rabb al-‘Alamin,

Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Limpahkanlah rahmat dan inayah-Mu ke atas dirinya, kurniakanlah dia ‘afiyah pada tubuh dan rohnya. Janganlah Kau cabut segala nikmat yang pernah Kau anugerahkan kepadanya. Berilah dia yang terbaik dalam setiap urusannya – pada rezekinya, makan minumnya, pakaiannya, akhlaknya, dan budi pekertinya. Lindungilah dia daripada aib, muliakanlah kedudukannya, dan ampunilah segala dosanya.

Ya Allah, keluarkanlah diriku daripada hatinya, agar hatinya menjadi lapang, fikirannya tenteram, dan hidupnya dipenuhi ketenangan dengan limpahan kasih-Mu.


Ogos, 2025