"Abang kalau nak masuk Siam tak guna Bukit Kayu Hitam. BBNU je ikut situ. Abang ikut Pengkalan Hulu. Nak power lagi masuk Kelantan naik sampan tak payah passport. Jalan kaki pun boleh sampai"
"BBNU siap"
"Ye la. Orang lama semua masuk ikut Pengkalan Hulu. Laluan tak payah passport ikut Kelantan. Siam siap bina jeti. Lawa. Lepas kes Bae Soba Bae semua kena runtuh. Tak boleh lalu situ nanti PDRM tangkap. Masuk situ jangan pergi jauh. Lepas makan balik. Sewa motor tak payah IC, tak pakai helmet pun"
"Apasal tak pernah cerita?"
"Dah Ara nak ikut BKH. Abang follow je. Abang kan ikut cakap bini"
"Jangan Fazurakan kita eh"
"Tak boleh dah sekarang. Arahan dah keluar. Dulu baju biru tahu tapi tutup mata"
"Abang lepak Siam ke? Abang kan tak suka Siam. Abang cari apa sana?"
"Mana ada lepak Siam. Bukan ada apa pun. Rumah urut je banyak. Laki suka masuk Siam kena hati-hati hahahaha takut kaki celup je"
"Itu aje ke matlamat laki pergi Siam sana?"
"Ha la. Apa lagi. Perempuan sibuk makanan sedap. Laki nak makan lain. Ada ke jumpa laki balik Siam cerita makanan best dekat Siam dalam Facebook?"
"Acam mana kita tak tahu eh"
"Laki asal utara, tak pun yang kerja/ menetap sana boleh kata semua biasa main dengan perempuan Siam. Kebanyakan laki yang masuk Siam sama je. Dah kena urut, lentok. Tak kira bujang ke laki orang. Ada yang betul pergi ride. Banyak helah je buat alasan ride"
"Acam air buah Ganu tu, kan?"
"Pandai"
_
"Sebab tu perempuan kena jaga laki. Minta je tak nak bagi, dia cari dapur luar"
"Eleh. Jagalah acam mana pun, bang. Kalau dia nak curang, dia curang aje"
"Ramai laki kawin muda umur 40 atas. Masa ni ramai cari perempuan baru. 60, anak kecik lagi. Bini-bini yang laki nak masuk 40, ada duit, drive pulak Alphard tunggulah laki kena kebas. Perempuan muda memang mau wang tapi dia kasi manja. Dah kawin, tak ikut apa dia nak, malam tak dapat. Nak hayun mesti kena kasi wang berjuta. Dapat harta, dapatlah manja, merengek bak kata Ary menetek hahahahahahaha"
"Teruk la abang ni"
"Laki nak apa lagi. Duit dengan perempuan je. Punca laki tak dapat tiap kali mintak sebab tak ada duit. Perempuan mana nak layan laki miskin. Cuba tabur macam dedak, semua dapat. Macam tu game dia. Tabur, bukan bagi. Bagi ada had, sikit. Tabur, banyak"
"Jab kita fikir hujah balas"
_
"Nak have fun tapi pakai duit bini mana mahunya. Kalau bukan isu duit, ada harapan nak sambung tapi kalau isu duit, perempuan mesti tak nak. Kalau perangai boleh janji usaha berubah tapi kalau duit tak boleh nak janji apa"
"Have fun bini tanggung acam melampau eh"
"Kalau perempuan tinggal laki, jangan mimpi laki nak patah balik pujuk. Tapi, kalau laki yang mintak putus, ada harapan dia merangkak cari perempuan tu balik. Ara kena faham benda tu"
"Ha'a kan. Selama ni kita tak perasan"
"Perempuan boleh percaya laki nak berubah tapi kalau bab duit, dah la tu"
"Siapa yang kecewakan awak? Acam ada dendam je hihihi"
Julai, 2025