1.
Beberapa hari berada di ICU.
Doktor kata peluang amat tipis sekali. Dapat bertahan hingga tahap ini
merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Ramai pesakit kanser yang meninggal
dunia. Tetapi ada juga yang sembuh. Buat pesakit kanser, jika mempunyai peluang
untuk hidup cuma 1% sekalipun, pasti ramai yang akan cuba mengambil peluang.
Walau hanya 1%.
Kesakitan, kalau di layan akan
menjadi lebih teruk.
2.
Umar dan Huda sudah balik dari
mengembara. Umar kata banjir di Palestin agak teruk juga. Umar dan Huda
membantu Ocio bersama kawan-kawannya mengagih bantuan untuk rakyat Palestin. Ini
merupakan pengalaman pertama anak-anak melalui situasi banjir, pengalaman di
tempat orang pula.
Umar dan Huda juga ke Syria memberi bantuan. Musim sejuk di Syria berada di tahap yang membimbangkan. Sekurang-kurangnya
12 kontena (lagi) di perlukan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Syria
untuk mereka menempuh musim sejuk ini.
Kawan Umar bernama Yazid
kehilangan ibu akibat cuaca sejuk di sana.
3.
Krew Pusat Komuniti menghantar
bantuan kepada mangsa banjir di Pahang dengan dua buah van. Ada beberapa
individu yang menelefon untuk bertanya status barangan yang di hantar. Rupa-rupanya
krew Pusat Komuniti menggunakan nama Kelab Remaja Rosak Akhlak (KRRA). Patutlah
ada individu “besar” yang menelefon bertanya itu dan ini.
Hilmi selaku ketua projek
menjalankan program agihan bantuan banjir dengan baik sekali. Dia jugalah
individu yang bertanggungjawab memberikan nama KRRA. Hilmi kata dia hanya
bersikap sarkastik kepada individu-individu yang bertanya.
4.
Minggu lepas, dua orang bayi di buang
di Pusat Komuniti. Kedua-duanya bayi lelaki. Di buang berdekatan tong sampah.
Masih bertali perut. Hampir setiap hari ada kes pembuangan bayi. Di Ipoh, beberapa bulan lepas ada seorang bayi baru lahir di kelar menggunakan pisau
cukur (untuk membuatkan bayi tersebut diam – bagi menyembunyi kelahiran dari pengetahuan
umum).
Tak apalah buang di Pusat
Komuniti dari di bunuh hidup-hidup.
5.
Selamat berdiet sayang!