Wednesday, December 25, 2013

21:27

1.

Minggu lepas Pusat Komuniti jalankan aktiviti mencari dan menyelamat kucing jalanan. Jumpa sekitar 30 ekor kucing. Terus hantar ke klinik haiwan. Doktor setuju beri diskaun 50% untuk rawat kucing-kucing jalanan ini. Beri ubat, mandikan dan carikan tuan.

Minggu ini semua kucing sudah bertuan. Umar kaya! Umar sasarkan hendak mencari 200 ekor kucing. Cuma jumpa sekitar 30 ekor sahaja. Sabtu ini aktiviti ini akan di jalankan lagi. Kucing masih di klinik. Masih ada yang belum di beri rawatan.


2.

Jumpa seekor monyet di tengah-tengah jalan. Monyet cedera di perut. Rasanya di langgar kenderaan. Monyet ini tak dapat bergerak. Nampak merah-merah di  perut (tali perut sudah terjuntai). Monyet ini memandang sayu. Mengharapkan ada manusia sudi membantu.

Bawa ke klinik dan di beri rawatan. Monyet ini selamat tetapi belum pulih. Bila sudah sembuh nanti akan hantar semula ke kawasan yang di jumpai. Monyet ini masih kecil. Tentu ada keluarga.


3.

Volkswagen Kombi telah di hentikan pengeluarannya. Sempat  bida empat buah van untuk di jadikan koleksi peribadi. Harga pasaran Malaysia sekitar RM 46,000. Van ini sangat luas dan selesa. Sesuai juga di jadikan karavan.

Rumah Pokok di jangka siap hujung Febuari. Bila siap nanti van akan di letakkan di sana. Huda sedang siapkan lakaran untuk bina rumah kecil buat kucing-kucing Umar dan hamster Adam.


4.

Sedang mencari sebuah bot untuk bersiar-siar sambil bawa Adam memancing ikan. Berada dalam bot dan lihat matahari terbenam juga amat menarik. Ada sebuah Rumah Pokok, Volkswagen Kombi dan sebuah bot terasa segalanya lengkap.

Set buku akan di pindahkan ke Rumah Pokok. Boleh membaca di sana.


5.

Sudah beberapa kali mengikuti kelas braille tapi masih belum pandai membaca. Perlu usaha lebih kuat lagi. Suka atau tidak, ini adalah persediaan untuk menempuh hari-hari yang lebih mencabar di masa akan datang.

Anak-anak pun cuba belajar sama. Seronok kata mereka.


6.

Tak sempat bawa anak-anak melawat Candi Lembah Bujang. Terasa sebak dan sedih bila candi ini di robohkan kerana sikap pemaju yang bebal sejarah. Alasan yang di berikan amat tidak masuk akal. Candi yang akan di bina semula tidak sama nilainya dengan candi yang telah di robohkan.

Sebaknya amat terasa.


7.

Tahniah sayang sebab berjaya turunkan 1kg. Usaha tangga kejayaan!