Sunday, May 19, 2013

1.55am


Seperti tidak banyak berubah walaupun awak katakan awak cuba untuk menjadi lebih baik. Saya skeptikal kerana saya tahu manusia susah untuk lakukan perubahan. Saya tak mahu menjadi terlalu demand. Saya tahu awak tahan kantuk dan beberapa kali terlelap. Tidak membalas beberapa pertanyaan saya. Akhirnya saya bercakap seorang diri.

Akhirnya bila saya beri green light, awak terus tidur dengan lena. Saya marah mulanya, bertambah kecil hati, mungkin menjadi semakin rajuk tapi saya cuba kawalkan. Saya tak mahu menjadi marah. Bila marah, saya hilang kawalan dan tak mampu kawal setiap tindakan.

Don bawa saya lari dari wad (atas arahan saya). Sebelum Subuh saya akan kembali ke katil hospital. Harapnya pagi nanti saya di benarkan keluar wad.