1.
Wad sunyi dan
sejuk. Saya demam. Saya minta maaf kerana menuntut yang bukan-bukan. Saya tahu
saya mengada-ngada. Saya menuntut lebih perhatian sedangkan saya tahu awak tak
mampu berikan. Awak milik setiap pesakit yang ada di Malaysia. Saya tahu awak
penat tapi saya masih menuntut di beri perhatian.
Saya tahu saya
tak patut tambahkan beban hati awak. Saya patut ringankan. Saya minta maaf
untuk setiap perkataan yang saya ucapkan. Setiap perkataan yang menyakitkan
hati awak. Setiap perkataan yang buat awak terasa. Setiap perkataan yang buat
awak menangis. Terima kasih kerana masih sudi memegang erat tangan saya. Terima
kasih kerana masih belum berputus asa dengan saya.
2.
Nampaknya
kecelaruan fikiran dan perasaan semakin tampak ketara. Mungkin kerana tekanan
akibat PTSD. Mungkin tekanan akibat kanser. Mungkin kedua-duanya. Mungkin
tekanan akibat krisis kewangan syarikat. Mungkin juga kerana saya terlalu
memendam rasa.
Saya akui saya
tak bijak mengawal perasaan. Saya selalu ikutkan hati. Kemurungan datang semula
dan saya gagal tangani dengan bijak. Kalaupun saya katakan bahawa saya tak
perlukan awak, saya tahu saya cuba bohongi diri sendiri.
Penat melawan
ombak masih belum reda. Saya perlukan rehat. Saya tahu awak tak akan cuba pujuk
saya. Awak tak pernah pandai memujuk sejak dulu lagi. Mungkin awak satu-satunya
perempuan dalam dunia yang tak pandai memujuk. Jadi, saya tak akan mengharap
apa-apa.
3.
Saya rindukan
awak.