Tuesday, April 11, 2023

Syahid kerana rindu

Apabila rindu itu datang mengganggu ia amat menyakitkan. Sesekali rindu menjengah ia boleh menyiksa jiwa dan batin. Lagi tersiksa jika rindu itu kepada yang telah tiada.

Rindu kepada seseorang yang jauh juga boleh membuatkan angau yang tidak keruan. Apatah lagi rindu kepada seseorang yang tidak ambil kisah dan peduli akan perasaan ini menjadikan ‘haru biru’ dibuatnya.

Namun, rindu kepada Rasulullah S.A.W adalah rindu yang paling agung.


Apa itu rindu?

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan dan ada rindu disertai dengan menjaga diri dan ada juga di ikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. Seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan

Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari golongan syuhada di akhirat adalah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang-orang meskipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.


Kredit: Sumber asal

Monday, April 10, 2023

Memendam Rindu

يقول الأصمعي :

Imam al-Asmu'i menceritakan:

بينما كنت اسير في البادية,
إذ مررت بحجر مكتوب عليه هذا البيت :

Tatkala aku berjalan di suatu kampung, tiba-tiba aku melewati batu yang tertulis syair seperti berikut :

أيا معشر العشاق بالله خبروا
إذا حل عشق بالفتى كيف يصنع

Wahai para pejuang cinta, tolong beritahu aku, jika seseorang dilanda rindu, apa yang harus dia lakukan?

فكتبت تحته البيت التالي:

Kemudian aku (Imam al - Asmu'i) menulis di bawah syair tersebut:

يداري هواه ثم يكتم ســـــره
ويخشع في كل الامور ويخضع

Jagalah cintamu kemudian simpan dalam hatimu, lalu bersikaplah biasa saja dan jangan menampakkan apa yang ada di dalam hatimu.

يقول ثم عدت في اليوم التالي
فوجدت مكتوبا تحته هذا البيت :

Kemudian keesokan harinya aku kembali dan menemukan balasan syair ini:

وكيف يداري والهوى قاتل الفتى
وفـــــي كل يوم قلبه يتقطــــــــع

Bagaimana bisa aku menahan cinta ini sedangkan cinta ini membunuhku, setiap hari hatiku terasa seperti hancur

فكتبت تحته البيت التالي :

Kemudian aku membalas dengan menulis syair di bawahnya:

إذا لم يجد صبرا لكتمان سره
. فليـــس له شيء سوى الموت ينفع

Jika kamu tidak bisa lagi bersabar dalam menyimpan rasa cintamu, maka tidak ada lagi kebaikan untukmu kecuali menunggu ajal datang menjemputmu

يقول الاصمعي :
فعدت في اليوم الثالث، فوجدت شاباً ملقى تحت الحجر ميتا، ومكتوب تحته هذان البيتان :

Kemudian aku kembali lagi pada hari ketiga dan aku menjumpai seorang pemuda di bawah batu tersebut dalam keadaan sudah meregang nyawa sementara batunya bertuliskan dua bait syair ini:

سمعنا أطعنا ثم متنا فبلغـــــــــــــوا
سلامي إلى من كان بالوصل يمنـــع

Aku mendengarmu dan aku mematuhimu, kemudian aku merasakan ajal akan menjemputku, maka tolong sampaikanlah salamku pada seseorang yang cintaku tidak kesampaian.

هنيـــــئا لارباب النعيم نعيمــــــــهم
وللعاشق المسكيــــــــــن ما يتجرع

Selamat bagi mereka yang dapat menggapai cintanya, dan malangnya nasibku karena cintaku tidak kesampaian.


Sumber: Kitab Nafhatul yamani fi ma yazulu bidzikrihi as syajanu

(من عشق فكتم وعف ومات مات شهيدا) قال ابن عربي : العشق التقاء الحب بالمحب حتى خالط جميع أجزائه واشتمل عليه اشتمال الصماء.

“Barangsiapa yang jatuh cinta lantas dia menahannya hingga ia mati, maka dia mati syahid.”

(Faidh al-Qadiir VI/233)




Kredit: Sumber asal

Sunday, April 09, 2023

The back hug

"Abang..."
"Lena tidur?"
"Lena sangat. Abang masak apa tu?"
"Sup ayam. Cuba rasa sedap tak?"
"Sedap. Abang masak semua sedap"
"Rasa pun belum dah sedap"
"Haah semua sedap. Macam abang, tengok je dah kenyang"
"Amboi"
"Terima kasih tau. Masak sahur hari-hari"


Yang paling indah antara yang terindah adalah menerima bingkisan takdir Yang Maha Esa.





Pavilion Residences, KL
8 April 2023, 4.15 pagi

Tuesday, April 19, 2022

Di Sepanjang Malam Aku Berdoa



Di sepanjang malam berdoa tetapi tidak pernah meminta untuk kembali hidup bersama. Melepaskan untuk selama-lamanya. Cukuplah hanya kekal dalam ingatan dan doa yang di titipkan dalam diam.






Janda Baik,
19 April 2022, 3:15 petang