Wednesday, March 04, 2015

Pemegang Amanah


Daddy: Daddy ada benda nak cakap dengan Umar ni.
Umar: Daddy nak takap apa?
Daddy: Daddy dah tahu pasal hamster yang Adam bawak tu.
Umar: Tenapa daddy?
Daddy: Umar tak boleh buat macam tu.
Umar: Adik buat apa daddy?
Daddy: Tu minta $2 dekat Adam nak simpan rahsia konon.
Umar: $2 untuk adik tebagai pemegang amanah daddy.
Daddy: Rasuah tu.
Umar: Bukanlah daddy. Upah tebagai pemegang amanah.
Daddy: Pemegang amanah tak ambil upah.
Umar: Tenelah ambil daddy. Kita buat teleje simpan lahsia dia haa
Daddy: Rasuah la tu. Rasuah ni ambil/bagi duit untuk dapat faedah sesuatu.
Umar: Tapi adik tak dapat faedah sesuatu.
Daddy: Dapat. Tu $2 tu haa. Jangan buat macam tu lagi. Salah. Tak betul.
Umar: Tapi adik lase tak talah. Adik tolong timpan lahsia.
Daddy: Salah. Sebab Umar pau duit Adam. Dah dua kali salah.
Umar: Tapi daddy...
Daddy: Tak ada tapi. Salah. Muktamad.
Umar: Kita buat teleje. Kita ambil upah. Tak talah daddy.
Daddy. Umar subahat dengan Adam songlap hamster masuk airport, kan?
Umar: (angguk)
Daddy: Umar minta duit dari Adam untuk simpan rahsia Adam songlap hamster kan?
Umar: (angguk)
Daddy: Dua-dua perbuatan Umar salah. Satu kesalahan jenayah subahat. Satu lagu jenayah minta duit.
Umar: Belat tak hukuman adik daddy?
Daddy: Berat.
Umar: Adik ledha tene hukuman. Adik buat talah.
Daddy: Kali ni daddy tak kenakan hukuman. Lain kali kalau buat lagi, kena.
Umar: Nasib baik daddy adik tacak. Lega adik.
Daddy: Jangan nak bodek.
Umar: Adik puji itelash. Daddy tukee talah anggap tekat adik.
Daddy: Puji Umar tu ada makna.
Umar: Nabi takap tak baik buluk tangka.
Daddy: Nampak. Pandai jawab. Mulut tu bijak sangat kan.
Umar: Hehehehe

Monday, March 02, 2015

Jual mahal

“Orang rindu abang. Finally dapat skype”
“Baru berapa hari”
“Orang nangis-nangis rindu abang tau”
“Masuk dalam Instagram tak gambar tu?”
“Gambar apa abang?”
“Gambar ko nangis la. Ratu Insta tak kan tak masuk gambar”
“Perli la peril. Orang tak main Insta dah sejak abang marah hari tu”
“Aku marah ko masukkan gambar aku je. Gambar ko lantak ko la”
“Abang buat apa tu?”
“Peluh-peluh tengok perempuan arab gelek tadi”
“Eeeee abang ni tak senonoh”
“Habis nak buat apa dekat sini. Tu je yang ada”
“Kalau lelaki tu lelaki jugak”
“Tak ada lelaki yang tak gila perempuan”
“Sebab tu lelaki selalu gila dekat perempuan kan abang”
“Entah. Ye la kot”
“Yang ada depan mata jual mahal. Nak yang jauh jugak”
“Mana la ada orang nak dekat aku ni”
“Ada. Hana nak dekat abang. Hana sayang abang”
“Hmm…”

Sunday, March 01, 2015

Kawan Adam

Adam: Daddy, kawan Adam lapar. 
Daddy: Adam tak makan lagi? Daddy teman Adam eh. 
Adam: Kawan Adam lapar. Dia belum makan. 
Daddy: Adam makan roti dulu nak? 
Adam: Kawan Adam tak makan roti daddy. 
Daddy: Adam nak makan apa? 
Adam: Kawan Adam nak kuaci daddy. 
Daddy: Kuaci? Mana nak cari. Adam makan benda lain dulu boleh? 
Adam: Bukan Adam daddy. Kawan Adam. 
Daddy: Kawan Adam mana satu pulak ni? 
Adam: Ni kawan Adam. 
Daddy: Bila masa Adam bawak dia? 
Adam: Adam letak dalam poket seluar. 
Daddy: Nanti daddy potong buah untuk kawan Adam tu. Haih Adam ni. Terkejut daddy. 
Adam: Kawan Adam cakap terima kasih.
Daddy: Yela, yela. Sama-sama. Nasib baik tak kena tahan dekat airport.
Adam: Kawan Adam baik daddy. Nama dia Tunnel. 
Daddy: Hai Tunnel. Nanti makan eh. Nasib baik dia tak mati. 
Adam: Abang cakap kalau dia ada oksigen dia boleh hidup daddy. 
Daddy: Abang Umar tahu? 
Adam: (angguk) Abang minta $2 simpan rahsia. 
Daddy: Bukan main lagi adik-beradik ni kan. 
Adam: Abang cakap abang uruskan. 
Daddy: Umar ni kan…hmm…okey-okey. Bagi kawan Adam makan dulu. 

Perempuan gelek

Business deal dengan orang Arab tak susah. Cuma remeh sedikit sebab kena ikut dia pergi berlibur di kelab yang mengajikan minuman keras (dan biasanya mereka ini pemabuk). Ini kali kedua membuat business deal dengan orang besar dan berpengaruh di Abu Dhabi. Dapat lari dari mengikut pak arab ini berhibur di kelab tapi tak dapat lari dari menonton perempuan arab menari gelek separuh bogel. Menari gelek separuh bogel adalah acara hiburan biasa di Arab.

Menonton saja sudah berpeluh-peluh di buatnya. Perempuan-perempuan gelek Arab ini cantik dan mengiurkan. Tidak duduk lama. Selepas 10 minit minta diri untuk balik ke hotel kerana minuman keras mula di sajikan. Panas punggung jadinya kerana itu terus keluar. Agaknya minuman keras sudah jadi seperti air mineral. Ini bukan sesuatu yang menghairankan. Kebiasaannya bila membuat urusan dengan putera mahkota arab, perkara ini biasa berlaku. Mereka sangat sukakan hiburan dan minuman keras.

Hari ini dapatlah cuci mata melihat perempuan arab mengelek. Perubatan mata percuma. Sempat bermain mata dengan beberapa penari gelek. Kemudiannya mereka marah kerana main mata tanpa selitkan tip di celah pangkal payudara mereka. Yang memberi tip dapatlah membuat apa sahaja. Acara ini biasanya berakhir dengan membawa perempuan-perempuan pelacur kelas atasan naik ke hotel mewah.