Sunday, August 26, 2012

Melihat orang lain bahagia kadang-kadang buat saya terluka.


Awak cakap pejam-celik-pejam-celik awak dah balik. Tapi saya rasa macam masa lambat sangat berlalu. Saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak rasa sedih. Saya cuma rasa hidup saya tak lengkap. Mungkin saya rindukan awak melebihi had. Walaupun ada ramai orang di sekeliling saya tapi tak sama, saya tetap rasa kosong. Ada bahagian dalam diri saya yang hilang.

Awak pun tahu saya suka pendam daripada luahkan. Saya tak pandai nak cakap. Saya tak pandai nak luahkan. Mungkin sebab itu e-mel saya pendek. Kadang-kadang saya tak tahu pun nak cerita apa. Kadang-kadang saya e-mel awak waktu saya tengah rasa sakit tapi saya tak nak cakap. Saya tak nak awak susah hati sebab saya. Saya tak nak kacau masa awak bergembira dekat sana.

Doktor telefon saya semalam. Dia suruh saya buat kimoterapi. Saya masih dekat Sabah. Sabah memang cantik, segala-galanya cantik. Tapi saya lebih rindukan awak. Saya rasa tak seronok. Mungkin saya cemburu dengan abang dan kakak-kaka saya. Melihat orang lain bahagia kadang-kadang buat saya terluka. Ironi bukan. Sepatutnya, saya doakan orang lain bahagia dan tumpang bahagia lihat orang lain gembira. Tapi saya tak boleh tipu diri sendiri...

Mungkin saya di buai waktu. Mengira hari awak balik terasa lambat. Saya cuba sibukkan diri dengan kerja tapi saya hilang fokus. Awak sudah ambil sebahagian dari diri saya. Mungkin saya di buai perasaan yang sukar di kawal. Mungkin kerana saya terlalu rindukan awak. Entah...saya sendiri tak pasti. Hari ini hari Ahad dan saya tak ada mood. Semalam, saya cuma duduk dalam bilik.

Saya cuba bangun, saya cuba berdiri, saya nak berjalan. Saya nak dukung Adam. Tapi satu pun tak menjadi. Saya jatuh berkali-kali sampai tersungkur. Macam mana saya nak berjalan kalau tangan pun tak kuat nak pegang kerusi roda, nak paut pada meja. Saya jadi marah, saya rasa nak mengamuk. Saya tak ada awak untuk tenangkan saya, untuk kurangkan kemarahan saya...

Saya tak tahu saya marahkan siapa. Mungkin saya marahkan Tuhan sebab saya rasa saya tak mampu lagi nak tahan cabaran. Mungkin saya marahkan diri sendiri sebab tak mampu nak berdikari. Saya tak mampu nak makan sendiri. Ada beberapa ketika saya tak mampu ambil wuduk dan mandi sendiri. Semuanya perlukan pertolongan orang. Orang lihat saya dengan mata simpati. Saya tak suka orang pandang saya dengan mata kasihan. Saya tak suka di beri keistimewaan. Saya nak jadi normal macam dulu. Kadang-kadang saya rasa penat pujuk diri sendiri terima kenyataan yang saya tak normal lagi.

Kalau mata saya buta apa lagi yang saya boleh buat? Memang saya rasa dunia tak adil. Saya rasa macam-macam kesakitan. Saya rasa macam-macam penderitaan sedangkan saya tengok orang lain tak sesusah saya. Saya tak ada lagi rasa nak bunuh diri macam dulu. Saya rasa, cuma Tuhan yang mampu ambil kesakitan saya dengan mengambil nyawa saya. 

Sementara itu, kitaran akan berulang. Saya perlu pujuk diri terima kenyataan, saya rasa putus asa, orang akan berikan semangat, saya rasa kuat dan nak terus hidup dan kitaran yang sama akan berulang. Saya akan pujuk diri bahawa bukan saya seorang yang hidup susah, ada ramai lagi yang hidup sengsara di luar sana cuma saya saja yang tak tahu dan segala macam kata motivasi diri. Sebenarnya, semua itu hanya untuk menipu diri sendiri supaya saya boleh hidup sehari lagi...

Subuh tadi, Adam minta dukung. Dan saya tak mampu...saya rasa teruk sangat. Saya rasa nak marah dengan diri sendiri lagi... Saya tak akan rasa hampa macam ini kalau Tuhan ambil saja nyawa saya... 

Wednesday, August 22, 2012

Keumala


Entah bagaimana rasanya jika dunia terang menjadi gelap. Silau mata semakin menjadi-jadi. Tiada lagi buku, tiada lagi tv, tiada juga lappy. 

Semuanya akan menjadi gelap, seperti yang di rasakan Keumala...

...rasa membuat aku mengenal waktu... - Keumala

Friday, August 17, 2012

Love

Love is exciting, each moment I spend with you.

Thursday, August 16, 2012

[3]


1
Setiap tahun undi di buat. Tahun ini kalau mengikut undian akan beraya di US tapi last minute macam ramai decide nak balik Malaysia. Lagi dua hari kita akan berhari raya dan persiapan raya belum di buat. 

Kalau beraya di Ipoh mestilah ruang rumah tak cukup untuk menampung 33 keluarga. Undi semula sama ada akan beraya di TTDI atau "kampung". Sebenarnya tak adalah "kampung" sangat dan bukan "kampung" kami pun.

Tak ada apa-apa yang spesifik di situ kerana kami di besarkan di TTDI. Cuma, Ummi amat menyukai tempat yang di panggil kampung itu. Lalu, di bina sebuah rumah besar di tepi sungai di sebuah tempat terpencil. 

Hari ini perlu balik ke KK. Rumah besar perlu di bersihkan. Sekurang-kurangnya untuk bersihkan habuk dan mop lantai. Langsir tak perlu di tukar. Perabot masih elok. Rumah ini dan rumah di TTDI adalah rumah rasmi untuk ahli keluarga berkumpul.

Semalam, 5 keluarga sampai dari destinasi masing-masing. Hari ini dan seterusnya akan menyusul. Selalunya diperlukan 3 bas untuk konvoi balik kampung. Keluarga kami mempunyai bas sendiri sebab ahli keluarganya ramai. 

Harap-harap ramailah yang sampai awal sebab banyak kerja perlu di buat. Tukang masak kali ini nampaknya masih Ocio. Program tak ada yang banyak berubah. Bermula malam ini hingga Sabtu jika berkesempatan akan di adakan tahlil. 

Bermula malam ini - pihak lelaki akan mengemas rumah, pihak perempuan akan memasak. Tengah malam akan ada qiam seterusnya bacaan Quran sebelum & selepas Subuh. Dan, pastinya rumah tersebut akan terang seperti selalunya - seperti kedua ibu dan ayah kami ada di sisi...

Mungkin selepas raya akan ke Johor menziarah kubur Mak, Walid & adik-adik. Sudah lama ingin menziarah tetapi selalu tertangguh. Hampir 2 bulan. Mungkin juga akan terbang ke beberapa buah tempat jika berkesempatan. 


2
Harap-harap keputusan mengambil Adam adalah tepat. Proses pengambilan sedang di uruskan oleh peguam. Aiman dapat kerja baru di MISC. Dia tak mampu jaga Adam kerana perlu beri komitmen yang tinggi pada tanggung jawab baru. Sebenarnya, Adam itulah tanggung jawabnya paling besar sekali.

Dia ambil Adam dari rumah anak yatim kerana hidupnya sunyi. Bila ada anak, dia rasa tanggung jawab itu terlalu berat. Ahkirnya, bila dapat kerja baru dia terpaksa berikan hak jagaan Adam kepada orang lain. Tak tahulah apa yang dia fikirkan sebenarnya. Harap-harap dia tak akan ambil Adam semula selepas menyerahkan hak jagaan kepada saya.

Ramai yang cakap keputusan saya menjaga Adam adalah salah kerana saya sendiri tak mampu jaga diri. Tapi, siapa tahu, Adam membawa "sesuatu" kepada saya. Bermulalah semula rutin berjaga malam, beri minum susu dan temankan dia. Cuma setakat ini Ocio yang bantu tolong mandi dan tukarkan lampin. 

Umar belum boleh terima Adam sepenuhnya. 


3
Selamat mengembara ke Glasgow sayang.