Saturday, March 28, 2026


"Baru satu Malaysia tahu berbinikan lawyer macam mana hahahahahaha"
"Eee! Tak baik tau"
"Itu belum lagi perangkap soalan haaa berpeluh nak jawab"
_

"Semua lawyer macam Waheeda ke cium baju suami lepas balik outstation?"
"Acam adalah kadang-kadang"
"Huish. Creepy. Takut la"
"Kalau tak buat salah kenapa takut?"
"Memang la takut dah bini kalah forensik. Silap-silap tapak kasut pun check"
"Semua kita check"
"Tu diaaaa"
_

"Kenapa Ara check? Takut abang main perempuan lain?"
"Kita suka bau abang"
"Ye la dah kejab bagi losyen avocado. Hari tu papaya. Tapi papaya tu bau sedap"
"Every time kita cium baju abang…bau peluh aje tinggal astu kita doa rezeki abang sentiasa bertambah. Terima kasih tau…nafkahkan kita acam tuan puteri"


27032026

Friday, March 27, 2026

"Lama tau, tak panggil kita sayang"
"Ara lapar ke?"
"Itu aje kan abang tahu"
"Ye la kalau lapar abang nak turun masak"
"Masa bercinta ada je panggil kita sayang astu now takde dah"
_

"Sekarang pukul berapa?"
"1"
"1?"
"Ha"
"Acam mana tahu pukul 1?"
"Laa tengok la jam"
"Ase acam pukul 6"
"Belum. Mengigau apa tadi terjaga terus sound abang?"
"Hihihi hantu kacau kita"
"Tu la tidur tak baca doa"
_

"Ra, esok pagi abang pergi trim jambang. Sabtu abang masuk office"
"Tak payah kerja, bang. Minyak takde acam mana nak gerak sana sini"
"Kerja tetap kena jalan. Ara boleh tolong kemas beg abang?"
"Acam malas"
"Mana tak malas. Tadi nak beli kunafa, kunafa habis. Nak kek, kek habis"
"Entahnya. Menyampah. Tutup ajelah kedai tu"

Monday, March 23, 2026

4:36 a.m.

There are days when I simply cannot stop thinking about you. Yesterday was one of them. I don’t know why but you occupied my mind completely. You flooded my thoughts, as if you were lodged somewhere in my head, unable to find the exit.  This lovelorn ache sits heavy within me.

You were always so at ease in the kitchen. You loved to cook. You loved baking bread, though I never told you how much I liked buns. When Eid came around, you would make biscuits—especially semperit and tart nenas. I never really ate them. You also loved making kuah kacang.

I often wished I could visit your home—taste your cooking, admire your smile, listen to your stories, maybe even borrow a book or two to take with me. I wanted, in some quiet way, to have a small piece of life with you. Something I could carry as a memory, and return to with each passing day.

Tuesday, March 17, 2026

• Reports say Khamenei has been assassinated.
• Reports also say the Strait of Hormuz is closed.
• The Middle East looks very unstable right now.
• The Strait of Hormuz carries about 20% of the world’s oil.
• If it really closes, oil prices will rise fast.
• Malaysia Airlines has cancelled some flights to the region.
• If this continues, the global economy could change.
• We might face another recession.
• It could be worse than past crises.
• I think I made the right decision to return here.
• I love Costa Rica, but it is close to Honduras and El Salvador.
• The US has strong influence in those countries.
• There are also more reports about drug problems in Costa Rica.
• Staying in Cyprus felt stressful and risky.
• Israel and the US may not stop their strategic plans.
• Many people say Palestine is already facing severe humanitarian damage.
• There are fears the same could happen in Syria and Lebanon.
• There may be a bigger plan behind all this.
• Many people are not prepared if things escalate.


01032026

Monday, March 16, 2026

"Mesti abang terlalu terluka terpaling dalam, kan?"
"Bukan Ara dah ubatkan ke?"
"Acam tak berkesan aje"
"Apa tanda orang sayang kita?"
"Mmmm…caring?"
"Lagi?"
"Protective?"
"Bila orang sayang kita atau kita sayang orang, rasa kasih sampai pada diri kita atau pada orang yang kita sayang"
_

"Mana ada orang berkasih tak terluka"
"Ase acam kita banyak aje lukakan hati abang"
"Rasa macam abang yang banyak lukakan hati Ara"
_

"Kenapa kita nak bercakap tentang luka bila kita boleh bercakap tentang bahagia?"
"Kita nak tahu aje. Tak salah pun"
"Manusia terbentuk dari sejarah luka. Tanpa memahami luka, manusia tak hargai bahagia. Kalau kita nak pulih, kita perlu lalui proses emotional processing. Kita kena kenal, kena namakan, kena fahami apa yang kita lalui untuk betul-betul sembuh. Kalau kita mengelak, emotional avoidance kita panggil, luka kita susah sembuh. Mungkin jadi lebih parah. Luka sebenarnya takkan sembuh cuma kita belajar hidup dengan luka yang kita ada. Dengan memahami luka, kita dapat membentuk kematangan emosi, bina empati, dan menjadi lebih bijaksana. Kita perlu ada keupayaan untuk terima dan proses pengalaman pahit secara sihat walaupun susah"


Mac, 2026

Sunday, March 15, 2026

"Mana eh naik zip line yang best? Survey kejab"
"Alaaaa abang survey sendiri"
"Kalau kakak angkat punya trip, dari tempah tiket pilih hotel sampai makan siap itinerary boleh buatkan. Kalau abang suruh haram nak buat. Sini nombor kakak angkat nak complaint kejab"
"Tak bolehhhh"
"Laki dia tak reti ke nak plan trip?"
"Laki tak function"
"……………"
"Suami kita function teruk. Bab tu kita acam tak reti nak buat apa"
"Laki dia reti buat apa? Anak?"
"Asenya acam susah dapat. Katanya buat sebab tanggungjawab"
"Tu tengah mesej ke?"
"Ha'a"
"Patut tak layan abang cakap mata tengok handphone. Kawin dua la macam ni"



Mac, 2026

Saturday, March 14, 2026

"Ra, kemeja mana lawa? Baby pink ke salmon pink padan dengan slack hitam?"
"Baby pink"
"Okey"
_

"Ra nak apa?"
"Abang nak gi mana senanya?"
"Bazar"
"Lah. Beria"
"Biarlah. Orang nak handsome"


Mac, 2026

Friday, March 13, 2026

"Serius la"
"Apa?"
"Abang nak pergi mana?"
"Keluar kejab"
"Gini aje?"
"Kenapa? Tak okey ke?"
"Takkk"
"Hari ni nak relaks"
"Bang, baju hijau seluar merah kot"
"Pergi mall je"
_

"Tadi pergi Mydin. Jalan-jalan tingkat atas nampak banyak orang buka booth. Tengok banyak yang lawa, material pun okey"
"Beli acam nak buka butik"
"Tak sampai 60 pasang pun. Khas nak pakai pergi solat Jumaat"
"Emang setiap tahun alasan sama an, an?"
"Esok lusa nak pergi lagi. Nak beli baju budak-budak pakai Jumaat"
_

"Ra, jom pergi Jakel"
"Baju raya dah tempah, kan?"
"Saja la usha kot ada yang best. Abang kan suka fabrik dengan karpet. Jom la"
"Ritu bebel kita shopping. Katanya badan satu aje. Ni acam mana kisahnya?"
"Heee. Siap cepat. Banyak betul siasat"


Mac, 2026

Thursday, March 12, 2026

"Ra, ni martabak dinosaur. Nampak macam sedap"
"Alaaa kita diet. Murtabak ayam ke daging?"
"Hahahahaha"

Wednesday, March 11, 2026

"Ni workout nak tidur. Mana tahu boleh tidur. Workout makan Ara lain"
"Katanya kalau orang ingat kita emangnya tak boleh tidur"
"Siapa je nak ingat abang"
"Kajang sana"
"Taklah"
"Astu siapa?"
"Tak ada siapa"
"Acam lupa di tinggalkan hihi"
"Ye la"
"Jujur aje"
"Dah orang tu siap cakap 'Sayang saya untuk awak tak pernah kurang, cuma saya sayangkan dia lebih. He loves me wholeheartedly'. Haa apa lagi nak ingat"
_

"Apa perasaan abang?"
"Lupa nak cakap Zaza dah lulus submission. Dia mesej berapa minggu lepas"
"Wahhhh! Tak nak kita tahniahkan dia"
"Laa"
_

"Sakit hati?"
"Ra…jangan tanya dah. Abang sakit dada"
"That answers it, right?"



3.45 pagi
10-03-2026

Tuesday, March 10, 2026

" 'Untuk Ara yang selalu abang nikmati'. Serius laaaaa"
"Betul la kan"
"Emang la tapi"
"Cantik isteri abang"
"Abang ni. Malu kita"
"Sikit lagi belakang tu naik bunga, semua cantik macam Ara. Haih Ya Allah…sejuknya hati tengok isteri sendiri"
_

"Abang suka Ara tak kerja duduk rumah 24 jam boleh pandang. Isteri pulak cantik. Aduuuu"
"Acam tu la dia. Kita serabai acam Mak Limah katanya cantik"
"Tak pernah tak cantik. Setiap masa cantik"
_

"Abang tengok apa?"
"Ara"
"Tudung selebet?"
"Tak"
"Astu?"
"Rasa bertambah-tambah sayang. Haih Ya Allah…"


Mac, 2026
"Pilih apa, bang?"
"Warna seluar dalam nak pakai"
"…………"
"Huyoo baby blue!"
_

"Spender abang kan, warna baby blue"
"…………"
"Handsome, kan? Ke comel?"
"Puasa dok?"
"Hahahahaha"
"Hari ni Imam suruh ambil tauliah mengajar"
"On aje, bang"
"Tak nak la"
"Apasal?"
"Muka abang bukan untuk tontonan awam. Yela kang orang tergila-gila pulak susah hahahahaha"
"Eeee gedik"
_

"Abang paling benci orang ambil mudah pasal aurat. Aurat pun tak boleh jaga macam mana nak jaga benda lain"
"Bang, tak payah jadi ustaz. Takut tau laki bertukar Taliban"
"Orang laki sekarang pakai seluar sikit lagi nak nampak hujung punai. Orang lain ada jugak punai tapi nak sorok-sorok. Kalau boleh zip seluar tak nak kembung nak flat. Tak malu ke orang tengok pakai pendek sampai bentuk telor pun nampak"
"Fesyen, bang"
"Tu bukan fesyen. Tu bangang"


Mac, 2026
"Jalan la cepat"
"Dah nampak orang baris panjang pergi tekan lagi minyak"
"Astu dah jalan. Dia yang lambat"
_

"Laa tak top-up ke?"
"Dah, tak perasan habis"
"Undur, parking tepi"
"Kejab, top-up"
"Undur duduk tepi"
"Takde orang pun"
"Undur je, Ra"
"Kejab, bang"
"Hmm"
"Dah top-up!"
_

"Laju kereta ni nak masuk simpang"
"…………"
"Ra, bagi dia masuk"
"Dia yang tak nak masuk"
"Ara pun laju dah jadi bersaing"
"Asyik salahkan kita aje"
_

"Pergi ATM dulu nanti bateri habis susah"
"Ada aje bateri"
"Berapa peratus?"
"2"
.

...

....

"Dah bateri 2% call pulak orang"
"………"
"Tak nak ambil duit?"
"Kita guna QR"
.

..

...

....

Kaunter: RM 1150.50
"Bang, bateri habis"
"Nah, pakai kad abang"
"Jab tau"
"Bayar pakai kad"
"Dalam kereta. Jab, kita turun"
.

..

...

....

"Tak pergi ambil duit lagi?"
"Kita pinjam charger kiosk"
"Bayar cash kan senang"
"Jab tau kita cari ATM"
"Kenapa tak pergi dari tadi?"
.

..

...

....

"Marah kita ke?"
"………"
"Sorry la astu bateri habis"
"Dekat setengah jugak kena sidai tadi"


Februari, 2026
"Kita acam nak mengeletis pun susah tau"
"Ara reti ke mengeletis?"
"Reti laaaa"
"Sejak bila?"
"Abang takde kerja untuk kita ke? Kita acam bosan. Kerjakan kita ke hihihi"
"Amboi, orang dekat bengkel ni. Ada mesin baru masuk"
"Mesin apa?"
"Padi. Tadi ada orang offer bendang 200 ekar"
"Rajin ke gi bendang masalahnya?"
"Bendang mana satu? Hahahahahaha"
_

"Ni orang dah balik. Kata nak mengeletis"
"Kita tak boleh tau tak tengok muka abang"
"Abang ngantuk"
"Tiba aje kan"
"Tak nak pergi bendang?"
"Nak mengeletis aje"
"Pulak"


06022026

Saturday, March 07, 2026

Many women today take photos and post them online without checking their aurah properly. Before posting any picture, check it carefully. Check twice or even three times. Sometimes reflections from mirrors, television screens, windows, or other objects can reveal parts of your body that you did not realize were visible. You may think your aurah is covered, but a small moment of carelessness can expose it to everyone who sees the photo.

Dear sisters, this is a serious matter.

Always double-check before posting anything online. If you later realize that you missed something, delete the post immediately. Go through your social media accounts from time to time and check your old photos as well. Make sure nothing was overlooked.

Your aurah is your dignity. Protect it.
______

This was my short lecture at the mosque a few days ago.

Thursday, February 26, 2026

"Tengok apa, bang?"
"Tu, labah-labah"
"Lahhh. Esok kita sapu"
"Biar situ. Boleh tengok dia mengawan"
"Takde kerja ek"
"Hahahahaha"
_

"Are you okay?"
"Kepala sakit. Kajang cari abang kot. Busy dia dalam otak abang ni"
"Nape kacau laki kita? Laki dia mana?"
"Ra, abang nak baring. Sakit sangat"


Februari, 2026

Tuesday, February 24, 2026

"Bang"
"Ha dah bangun"
"Abang masak apa?"
"Macam biasa je"
"Ya Allah, berikanlah syurga untuk suami saya. Dia tak pernah susahkan saya. Baik sangat-sangat orangnya. Amiin"
_

Mata aku berkaca…mengenangkan aku pernah curang…hakikat yang tak boleh di padam lagi…


Februari, 2026

Sunday, February 22, 2026

"Main ni haa. Kenapa Ra cari abang?"
"Keto sokmo dio"
"Ra, abang nak truck satu lagi boleh?"
"Buleh. Suko deh?"
"Ha. Suka. Tapi nak truck minyak"
"Oren?"
"Ha. Ara pergi la buat kerja. Abang ada bawah katil ni. Apa-apa roger"
"Nok tidur ko?"
"Ha? Tak. Main je"
"………"
"Mata Ara kenapa? Masuk habuk? Abang rasa bilik ni dh bersih dah. Meh sini abang tiup"
"Okey je. Habis main panggil kita tau"
"Ra, Ra, Ra. Terima kasih"
"Abang…"
"Apa, Ra?"
"Dah beribu kali tau abang cakap terima kasih. Abang dah boleh stop"
"Truck ni lawa…"
"Panggil tau"
"Okey"


Februari, 2026

Friday, February 20, 2026

"Acam busy ngat acam tak sempat mencurang"
"Siapa? Abang?"
"Dok eh. Jirey sebeloh"
"Hahahaha buat lawak. Dalam hutan ni jiran kita pokok je"
"Mmmm"
"Mana ada busy. Pukul 3:30 dah sampai rumah. Petang main dengan kembar lepas tu pergi masjid dengar kuliah hmm busy jugak la. Sikit"
"Acam barang terbuang aje"
"Siapa? Ara ke?"
"Tidur, bang"
"Ara lapar eh?"
"Mmmm"
"Nak bihun sup?"
"Bihun tomyam oleh tak?"
"Jom turun abang masak"
"Maceh tau"


Februari, 2026
"Bang, nak peluk"
"Come"
"Acam tu aje?"
"Sini la kata nak peluk"
"Tak nak argue? Marah ke?"
"Kenapa?"
"Baru aje kan keluar bilik air tak marah ke kita nak hug?"
"Lepas peluk ambil wuduk lain"
"Mmmm…"
_

"Bad mood?"
"Tak"
"Nak gaduh?"
"Tak pun"
"Lapar?"
"Melampau eh baru aje sahur"
"Habis tu?"
"Tak tahu"


Februari, 2026

Wednesday, February 18, 2026

Daddy: Ni nama dia sawah padi. Kita tanam pokok padi dekat sini. Bila cukup umur, kita tuai. Hasil dia kita panggil beras. Dah masak kita panggil nasi
Hasha: Daddy, tu apa?
Daddy: Tu kita panggil orang-orang. Pesawah letak untuk takutkan burung
Daneal: Burung makan padi
Daddy: Dekat sawah, ada macam-macam haiwan perosak. Sebab tu kita kena hargai nasi, susah nak tanam. Jangan bazir. Sayang kalau tak habis makan. Allah tak suka orang membazir
Raysha: Cantiknya
Daddy: Kan? Lawa kan. Dulu orang tanam guna alat nama kuku kambing. Sekarang kita guna mesin. Kejab lagi kita tengok mesin padi
_

Daddy: Jalan elok-elok atas batas
Daneal: Ayah
Daddy: Haa kenapa?
Daneal: I see a snake
Daddy: Bukan. Tu belut. Kita boleh makan. Banyak khasiat
Daneal: Can I take a picture?
Daddy: Boleh
_

Daddy: Dah pergi bendang pakai gown lepas tu mula takut baju kotor
Raysha: Baju Acha cantik
Daddy: Daddy suruh pakai seluar kan tadi?
Raysha: Acha nak cantik


Februari, 2026
Daddy: Kalau stranger bagi candy cakap apa?
Hasha: No, thank you
Daddy: Kalau stranger ajak cari kucing hilang cakap apa?
Hasha: Asha tak nak
Daddy: Kalau stranger tarik ke dukung Hasha bawa lari, Hasha buat apa?
Hasha: Asha jerit fire! Fire!
Daddy: Good. Sentiasa pegang tangan daddy. Jangan pergi jauh dari daddy. Okey?
Hasha: Okey


Februari, 2026

Tuesday, February 17, 2026

Daddy: Esok nak pakai baju apa malam ni pilih siap-siap. Pagi daddy nak gerak awal
Raysha: Yellow!
Daddy: Malam ni yellow. Esok tiba-tiba oren. Kita tak boleh buang masa lama-lama untuk pilih baju. Lagi lama kita fikir, lagi banyak masa kita bazir. Rugi. Masa tu emas
Raysha: Acha tak nampak rantai emas
Daddy: Manalah tak berasap Ibu awak kan dengar jawapan awak ni


Februari, 2026

Sunday, February 15, 2026

Aku suka tulis surat, catatan dan nota ringkas. Ara jarang menulis surat, tetapi lebih gemar menulis nota. Aku pula menulis sekali-sekala sahaja — selalunya ketika menyiapkan bekal untuknya atau ketika menghadiahkan bunga. Mungkin berjangkit, Ara menulis nota hampir setiap hari. Dia selitkan di merata tempat — dalam poket baju, dompet, dashboard kereta, laci almari, kasut. Kadang -kadang dalam buku yang sedang aku baca. Paling lucu apabila dia selitkan nota dalam lipatan seluar dalam — “Menyala! Gerammm!” Aku baca lalu tersenyum, kadang-kadang ketawa kecil. Nota-nota ini aku masukkan dalam balang kaca. Sudah ada empat buah semuanya. Ara tak tahu aku simpan — mungkin dia sangka selepas baca, aku ronyok dan buang begitu saja.

Hari ini, sebelum Subuh, aku siapkan bekal dan pakaian Ara ke pejabat. Dia tak bekerja, cuma ada mesyuarat di sana.
_

Untuk Ara yang selalu menambat hati,
kenangan menjadi sehelai kain yang hangat di jemuran. masih berbau matahari, masih menyimpan kelembapan rindu yang sama seperti pagi pertama kita berjanji. aku terpesona bagaimana ia menaung begitu nyaman, ditambah-tambah lagi engkau di depanku sedang berdandan.

dua musim rasa telah kita harungi – musim panas mengajar tentang redup, menitiskan peluh-peluh sabar di tanah hidup. musim tengkujuh menuntun untuk melepaskan hal-hal ringan. dingin adalah ruang keintiman, menjadikan kita semakin rapat, terikat dan menyimpul lebih erat.

entah berapa kali gelas kita saling bertukar tempat, sehingga cukup mengenali kata maaf dan cinta yang saling melompat. antara lipatan kain di almari, ada haruman tubuhmu yang tak sengaja terbawa sampai ke baju-bajuku. menyapa pancaindera setiap waktu, membuat jiwa hanyut selalu.

kita bukan lagi dua insan saling berteka teki, tetapi dua sejoli yang saling berkongsi roti, pagi, hobi, obsesi. sembari kau berpaut pada lenganku tatkala dunia merintih, aku menjadi tugu yang teguh menempuh seribu musim, seribu gelombang, seribu iklim, dan seribu pulang.

— Jed Stellarose

Dari abang yang selalu memikat hatimu

Saturday, February 14, 2026

Daddy: Kita berhenti kejab. Daddy nak cari bunga untuk Ibu
Hasha: Ibu tak nak bunga
Daddy: Habis Ibu nak apa?
Hasha: Ibu nak ayam goreng
Daddy: Hahahaha kejab lagi Ibu dengar haaa


Februari, 2026

Friday, February 13, 2026

Daddy: Dah mandi belum?
Daneal: Sudah, ayah
Daddy: Siap ikut daddy hantar barang. Bawa baju
Daneal: Ayah pergi mana?
Daddy: Seberang Prai
Daneal: Seberang Prai di mana?
Daddy: Penang
Daneal: *cari peta*
Daddy: Bawa peta tu sekali. Siap cepat. Daddy tunggu bawah


Februari, 2026

Thursday, February 12, 2026

Daddy: Ikan dah makan?
Hasha: Dah
Daddy: Kambing dah makan?
Raysha: Dah
Daddy: Arnab dah makan?
Daneal: Dah, ayah
Daddy: Luqman dah siram pokok?
Luqman: *angguk*
Daddy: Kuda siapa bagi makan?
Daneal: Saya, ayah
Daddy: Masuk rumah, pergi mandi. Lepas makan, tidur. Petang kita ada aktiviti padang


Februari, 2026

Wednesday, February 11, 2026

Daddy: Luqman dah siap?
Luqman: *angguk*
Daddy: Jom kita pergi bengkel. Salam Ibu. Daddy tunggu dekat kereta
Luqman: *angguk*


Februari, 2026

Tuesday, February 10, 2026

Daddy: Raysha, dah siap ke belum? Lambatnya, pilih kasut je
Raysha: Daddy! Daddy!
Daddy: Cepat! Lambat daddy tinggal
Raysha: Blue cantik. Red beautiful
Daddy: Final dah? Pilih satu nak pakai mana
Raysha: Blue
Daddy: Okay, nice color
Raysha: Acha pilih red
Daddy: Memang perangai perempuan sejati
_

Raysha: Hello, madam. Welcome to our resort
Visitor: Hello, dear. Can I have a room, please?
Raysha: How many guests?
Visitor: Four. Two adults and two children
Raysha: Daddy, Acha nak cakap apa?
Daddy: Tengok daddy


Februari, 2026

Monday, February 09, 2026

Daddy: Hasha nak pergi mana bangun awal?
Hasha: Klinik
Daddy: Hari ni tak boleh. Daddy ada kerja dekat Langkawi
Hasha: *menangis*
Daddy: Esok kita pergi, boleh? Hari ni Hasha rehat
Hasha: Asha kuat
_

Hasha: Atok sakit apa?
Pesakit: Perut memulas. Pedih
Hasha: Asha ada ubat
Pesakit: Ubat apa?
Hasha: Daddy (…) minyak angin
Daddy: Eh, daddy pulak jadi contoh
_

Daddy: Dah habis interview orang? Jom balik
Hasha: Asha tak nak
Daddy: Daddy ada kerja. Esok ke lusa kita datang lagi
_

Daddy: Best ke pergi klinik?
Hasha: Besttttt
Daddy: Amboi. Macam doktor


Februari, 2026

Saturday, February 07, 2026

"Kenapa? Tak pernah nampak orang panjat pokok petai ke?"
"Kita yang takut"
"Tak jatuhlah. Bukannya first time. Pokok kelapa pun boleh panjat tapi tu la sekarang tanam kelapa pendek. Pendek pun bila dah besar tinggi jugak"
"Beli kedai aje. Jangan panjat pasni"
"Semalam orang nak panjat jual mahal lepas tu pagi jealous dengan pokok petai hahahahaha"
_

"Kenapa, Ra?"
"Moody"
"Berat naik? Slim je"
"Tak pun"
"Habis tu? Nak shopping?"
"Tak"
"Hmm…kenapa?"
"Entah"
_

"Nak kek? Abang pergi beli Secret Recipe"
"………"
"Ais krim?"
"………"
_

"Abang tak sayang kita"
"Mana pulak"
"Abang dah banyak tau berubah"
"Ha?"
"Abang ada perempuan lain kan?"
"Ara lapar ke apa?"
"Tengok tu"
"Tak ada"
"Sumpah?"
"Eh nak main sumpah-sumpah pulak"
_

"Ara nak makan apa? Cakap cepat. Abang nak suruh masak"
"Tak lapar"
"Abang mana ada perempuan lain"
"Sumpah?"
"Tapi nak suruh kawin 2. Macam mana ni"
"Iye, kan?"
_

"Nak kambing golek? Abang pergi sembelih kejab"
"Tak nak"
"Itak salai? Sembelih kejab je"
"Tak nakkk"
"Ikan bakar? Dalam kolam ada. Nak sungai punya, abang pergi tangkap. Kejab je tak lama"
"Tak nakkkkk"
"Habis nak apa?"
"Entah"
_

"Ara duduk rumah, abang nak pergi cari buloh. Kita makan nasi dalam buloh. Sedap"
"Mmm…"
"Lepas tu abang buat ikan bakar. Ikan nak sungai ke kolam?"
"Kita tak makan ikan sungai"
"Ha lupa. Tapi nak cuba? Sedap jugak"
"Senang ke tangkap?"
"Boleh, pasang umpan"
"Mmmm…"
"Lapar eh hehehe"


08-02-2026

Friday, February 06, 2026

4 September 2024

“No man ever steps in the same river twice, for it is not the same river and he is not the same man.” — Heraclitus

Wednesday, February 04, 2026

Just when I thought I was starting to forget those biting words, they would return like hallucinations, coming back to haunt me. Just when the memories seemed to fade into the distance, they would surge forward and inundate the next moment.

4 January 2026

Thursday, January 22, 2026

"Hai, hai orang di sana. Saya busy tapi masih ingat awak"
"Eleh padahal ingat ex"
"Kejab lagi saya ronda rumah ex haaaa"
"Astu dah pergi nak buat apa?"
"Tu la kan. Tak jadi pergi"
"Babtu kena tinggal. Tak berani memiliki"
"Saya kan milik awak"
"Iye aje"
"Ye la"
"Astu jangan rayap sana sini. Habis kerja, kelik"
"Ha"


18/1
Hari pertama

Pelanggan: Adik jual apa?
Umar: Nasi lemak ayam berempah, sambal sotong, paru berlada
Pelanggan: Yang ini nasi apa?
Umar: Nasi kerabu
Pelanggan: Ikan rebus?
Umar: Ikan goreng, ayam crispy
Pelanggan: Berapa harga sebungkus? Boleh bayar guna QR?
Hasha: Kenapa banyak tanya?
Aku: Haip! Hasha, apa cakap macam tu. Cakap sorry dekat aunty. Budak tak boleh menyampuk orang tua bercakap
Hasha: Asha minta maaf
Aku: Minta maaf, puan. Anak saya terlepas cakap
Pelanggan: It's okay. Budak-budak
_

Hari kedua

Pelenggan: Hari ini ada lauk apa?
Umar: Udang petai, daging salai, siput sedut
Hasha: Semalam dah tanya
Aku: Ye la orang nak beli kena tahu apa yang dia beli, berapa harga, benda apa dapat. Tu hak pengguna. Kita kena jadi peniaga yang berhemah. Hasha tak boleh cakap macam tu. Kejab lagi daddy rotan, nak?
Hasha: Asha minta maaf
Aku: Cakap dekat aunty
Hasha: Sorry, aunty
Pelanggan: You’re very adorable
Hasha: Thank you
_

Hari ketiga: Ada peniaga serang Umar — pertikaian tapak meniaga walhal sudah survey hampir dua minggu tak ada orang berniaga di situ.
_

Hari empat: Syiling berterabur di tapak meniaga. Ada tangkal berbalut kuning dengan lilit hitam
_

Hari kelima: Majlis Perbandaran datang. Ada orang buat aduan.
_

Hari keenam: Pejabat Tanah datang. Ada orang buat aduan.
_

Hari ketujuh: Pejabat Kesihatan Daerah datang. Ada orang buat aduan.
_

Hari kelapan: Kawasan Umar meniaga sudah di ambil orang. Hari itu…Umar letak nasi dalam bakul, berjalan sambil bertanya jika ada yang mahu beli barang jualannya. 

Saturday, January 10, 2026

 

Wednesday, January 07, 2026

"Barang Ara ke tu sampai berlonggok depan pintu?"
"Kita kan busy acam tak sempat angkat"
"Tak sampai sebulan dah beratus barang sampai. Beli apa?"
"Kehendak hati haruslah di turuti"
"Ada je jawapan"


2026-01-06
Hai Ummi,

Hari ini Im bawa penghuni asrama anak yatim keluar untuk beli keperluan sekolah. Bermula dari pakaian sekolah, beg, kasut, stokin hingga alat tulis. Semuanya sudah lengkap. Banyak kenangan yang datang terutama ketika membeli alat tulis. Im teringin pensel warna Staedtler dengan 48 pilihan warna. Ummi belikan untuk Im pensel warna Stabilo dan Im tetap gembira.

Kawan-kawan sekelas ramai menggunakan Faber-Castell dan cat air (water color) pula daripada jenama Buncho. Im tak ingat jenama water color yang pernah Im guna — kecil sahaja, sekali guna sudah kering. Harganya murah. Tadi Im beli Faber‑Castell Polychromos 120 set warna untuk penghuni berusia 16-17 tahun kerana ramai antara mereka mengambil subjek Pendidikan Seni Visual.

Harganya sedikit mahal tapi warnanya cantik. Huda suka jenama ini berbanding Caran d’Ache. Anak-anak berusia 13-15 tahun pula Im belikan Staedtler 72 Design Journey Colouring Pencils. Adam selalu gunakan jenama ini kerana warnanya terang dan sekata. Bagi penghuni 10-12 tahun, Im belikan Staedtler 48. Terakhir, STABILO Swan 30 untuk anak-anak berusia 7-9 tahun.

Selesai beli pensel warna (lama juga sebab Im baca label setiap satunya), Im ke bahagian pensel dan pen. Im borong berkotak-kotak pensel dari pelbagai jenama. Ada banyak warna. Tak pernah jumpa pensel berwarna merah jambu, biru, hijau dan ungu. Im beli Jumbo, Noris dan beberapa jenis lagi daripada HB hinggalah 8B.Rupanya pensel Noris 2B menggunakan kayu kitar semula. Baru tahu.


5 Januari 2026
Admin akan hide profile kan? Boleh tak bagi saya kata² semangat. kisahnya macam ni, 3 minggu sebelum perceraian, hari jumaat tau, ada la saya perasan 1 status wasap client suami saya ber ♥️ dengan suami saya. caring betul ayat perempuan(ibu tunggal) tu kat suami saya. tapi bila saya tanya suami saya, dia nafikan status tu ditujukan untuk suami saya. okey lah. tamat conversation.

hari sabtu, suami saya pergi kerja macam biasa, eh malam tu dia langsung tak balik,

takde call, takde whatsapp untuk saya. saya tak boleh lelap, pagi tu pukul 7 lebih baru dia balik, saya tegur la kenapa buat macam ni, phone ada 2, kalau taknak call, boleh whatsapp supaya saya tak risau. dia just cakap sorry. tu je.

dan seterusnya, minggu depan nya, dia balik, tak balik, tak balik, balik, dan tetap juga tak ada 1 notification pun dari dia.

kemudian, hari jumaat juga, dia bagi tarikh kat saya, suruh saya pilih tarikh mana yang saya free untuk bercerai. (sampai hati dia kan).

Saya kata, saya tak free sampai hujung bulan 10, sedangkan saya nak kami berfikir secara waras. udahnya, dia kata saya ni main tarik tali, dia siap tanya pulak, nak aku lafaz luar mahkamah ke? saya kata tak perlu la buat macam tu, (terluka betul saya rasa) dan saya pun bagi tarikh.

tapi, saya tak menyerah tau, 2 hari sebelum kena pergi court, saya pergi office dia, saya tanya betul² kenapa nak bercerai, dia kata, malas nak cakap.

tapi saya cakap macam ni, saya pun ada terasa tapi tak perlu la pergi court. saya list la satu² :

1. dia tak defend saya bila ada isu ngan family dia
2. Hal rumah memang dia tak ambil tau, kadang lubang air kat sinki tu tersubat, asyik banjir je, saya minta tolong dia, nanti² katanya, last² saya la korek pakai tangan sendiri.
3. Saya kerja dia pun kerja, kadang² bila dia balik lambat, saya dah sisihkan makanan untuk dia, dia dah habiskan, pagi bila bangun, pinggan² lauk yg dah habis makan masih atas meja. apa la salahnya dah habis makan, letak kat sinki. huhuhu
4. langsir rumah pun kalau sebulan terjuntai, macam tu la terjuntainya kalau bukan saya yang betulkan.

okey, jadi tibalah kita di hari perceraian,

pagi kat rumah, saya peluk dia, menangis la saya kenapa dia sampai hati nak buat macam ni, tapi macam biasa, dia kata sorry buat macam ni.

otw nak pergi court baru lah dia cerita sebab² nya :

1. dia rasa macam baran, bila saya asyik sebut pasal hal rumah. (yela, takkan la saya yang nak handle semua 🥹, tolong buang sampah pun mujur dah tapi takde juga)
2. dia kata dia rasa bersalah bila dia tak boleh defend saya depan family dia.
3. dia kata, dia terasa bila saya cakap, nanti kalau dah pindah rumah baru, abang jangan la rosakkan barang rumah dah, semua nak beli baru nanti.(pe'el dia, kalau kami tengah bergaduh, dia suka tumbuk almari la, pecahkan pintu la, tu yang majoriti almari rumah saya takde pintu, dah rosak dikerjakan 😂. Salah ke cakap macam tu, kalau terasa pun, bagi tau je la.
4. kami ni kerap bergaduh sebab hal² kecil macam kat atas. jadi dia malas nak fikir dah.

tersentak juga saya, benda yang ini, dia nak bawa bercerai. patut saya yang bawa dia pergi bercerai sebab saya lagi banyak makan hati.. tapi semudah ini je? dia yang takde komunikasi. takde perbincangan ngan saya pun. cuba bila ada isu tolonglah bercakap.

akhirnya tetap juga jatuh talak 1. sakitnya la perasaan ini. kami kahwin 14 tahun. bukan 14 jam. banyak sangat kenangannya. huhuhu.

doakan saya dan anak² kuat. Alhamdulillah anak² semua dah sekolah rendah. tak besar sangat tak kecil sangat. jadi, masih boleh handle.

Doakan saya tau... 🤲

(Facebook)
_

"Tu perempuan janda tu"
"Nampak sangat, kan? Terang lagi cerah"
"Hati dan perasan boleh bolak-balik. Di datangkan sebagai ujian"
"Eee abang ni. Tak best la"
"Apa? Kang cakap dah servis baik dapat dosa kering pulak kalau dia tak buat"
"Astu balik, tak balik pergi mana aje"
"Yela duduk celah kangkang janda tapi kena la lapik. Puasa ni, berdosa kang"
"Hihihihi walaun"
Selamat petang. Saya ingin meminta satu pendapat mengenai perasaan suami saya. Tolong sembunyikan profil Facebook saya ya.

Begini ceritanya, saya mengenali suami saya pada bulan Ogos tahun 2024 dan kami berkahwin pada awal tahun ini. Dari awal perkenalan kami, saya tidak tahu sekiranya dia mempunyai bekas kekasih atau mungkin masih berhubung dengan bekas kekasihnya, kerana suami saya memberitahu bahawa dia sudah berpisah dan berstatus bujang sejak tahun 2022.

Persoalan yang timbul sekarang ialah, mengapa suami saya kadang-kadang mengigau ketika tidur dan menyebut nama bekas kekasihnya. Apabila saya bertanya tentang mimpi tersebut, dia mengatakan tidak tahu dan tidak ingat apa-apa.

Dalam keadaan seperti ini, adakah suami saya benar-benar menyayangi saya, atau dalam masa yang sama dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya?

(Facebook)
_

"Obviously, dia tak sayang awak, sis. Sekadar mengeruhkan keadaan hihihi"
"…………"
"Senyap aje, bang"
"Nak cakap apa?"
"Cakap la dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya. Gituuu"
"Bahan abang ke ni?"
"Takkkk"
aku tahu dalam kepala dia mesti ada persoalan — kenapa sekarang, kenapa tiba-tiba. tak ada ribut, tak ada petir, tapi abg berubah dan seolah-olah tutup terus pintu hati.

semuanya bermula bila kami buat deeptalk tentang cinta. dari situ aku sedar satu perkara yang aku lama nafikan — aku tak rasa cinta sebagai suami. bila perbincangan kedua jadi lebih fokus pada kami, keadaan jadi tegang. emosi jadi tak stabil, dan setiap cubaan untuk berbincang berakhir dengan tarik muka, memberontak, dan diam. dari situ hubungan kami jadi dingin.

aku tak nafikan, wife aku dah buat yang terbaik. aku tak salahkan dia. tapi aku tetap tak rasa kami serasi. cara berfikir, cara menerima n melihat sesuatu perkara — semuanya berbeza. menyebabkan setiap luahan atau perbincangan, berakhir dgn pergaduhan. sbb tu aku mula banyak diam, sebab aku tak rasa ada ruang yang selamat untuk meluah. lama-lama aku rasa kosong dan hilang diri sendiri.

aku sayangkan isteri aku, tapi cinta itu tak pernah hadir walaupun selepas bertahun-tahun dan dua orang anak. yang tinggal cuma sayang dan tanggungjawab. aku kahwin dengan harapan cinta akan tumbuh, tapi selepas enam tahun, keserasian itu tetap tak ada.

aku sedar ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa. mungkin keadaan boleh reda sekejap, tapi aku yakin ia akan berulang. aku juga sedar kegagalan ini banyak datang daripada diri aku sendiri — aku melamar tanpa benar-benar kenal diri aku dan keperluan emosi aku. tempoh kami kenal tu pendek sgt, dlm 5 bulan, terus menikah.

aku takut kalau aku terus bertahan, aku akan makin kosong dan hilang diri. impaknya nanti akan lebih besar, untuk aku, dia, dan anak-anak. aku bukan nak lari, dan aku bukan jahat kerana rasa begini. aku cuma jujur dengan diri sendiri.

tentang anak-anak, apa pun keputusan nanti, aku tetap akan jadi ayah yang hadir dan bertanggungjawab. itu tak pernah berubah.

aku cuma cuba menahan keadaan ini daripada menjadi lebih buruk — dan dalam kemampuan aku yang terhad, aku hanya mahu kurangkan impaknya untuk semua.

aku pon tak tahu mana yg lebih minima impak, berpisah sekarang, atau bertahan tapi tanpa jiwa.

(Facebook)
_

"Ri tu kan abang pernah cakap laki kalau tak sayang dari awal maknanya tak sayang"
"Ha. Cinta tak boleh di pupuk. Perempuan boleh"
"Acam mana abang tahu eh? Sebab handsome?"
"Ha? Handsome?"
"Ya Tuhannn boleh tak tolong dia? Lambat acam siput"
"Ingat handsome lain hahahaha"

Sunday, January 04, 2026

"Bata merah selalunya kita guna untuk fire rated wall atau pun untuk party wall. Kalau kebakaran, bata merah ada ketahanan 2 jam kalis api"
"Faham"
"Biasa orang guna bata merah untuk dinding pemisah sebab kedap bunyi"
"Bata putih tak kedap?"
"Tak. Jiran berjuang di tengah malam boleh dengar hahahahaha"


20/11
"Abang dekat kedai karpet. Sejak bila kedai karpet jual buaian kayu?"
"Cantik tak?"
"Cantik"
"Astu?"
"Saja bagitahu. Buaian ada satu je. Pelik, kedai jual karpet"
"Kalau suka, beli aje"
"Tak…tengok dari jauh"
"Acam Marrybrown?"
"Tak. Buaian kayu la. Ish"
"Dekat mana kedainya?"
"Ahhh kejab lagi pergi beli kang tak pasal. Abang tak nak. Cerita je"


27/12
"Apa dia orang cakap sikmak, sikmak tu? Orang KL ni baru balik Marikh ke apa"
"Nasi lemak"
"Tu je?"
"Ha'a"
"Cakap je la nasi lemak. Dah bunyi macam mencarut"
"KL slang gitu"


27/12
"Hari tu lupa nak cakap. Yelah, abang suka Netherlands. Alah, ajak pergi tak nak"
"Nampak sangat tua"
"Siapa?"
"Jiran sebelah"
"Eh Uncle Maher memang dah tua kan?"
"Hihihihihi"
"Apa?"
"Hihihihihihihi"
"Apa, Ra?"
"Tua emang slow gini hihihi"
"Abang ke yang Ara cakap tua?"
"Ho la"


27/12
"Cakap apa? Tak ingat pun"
"Abang cakap 'Kalau sayang, tak tinggal'"
"Oooo"
"Abang okey tak? Kenapa nangis? Tak pernah mimpi tak nangis. Abang mimpi apa senanya?"
"Tak ada apa. Terbawa-bawa semalam fikir kot"
"Cerita la mimpi apa"
"Kenapa tak tidur?"
"Tersedar"
"Dah, tidur"
"Abang…cakaplah"
"Benda lama. Tak penting"
_

"Deep love leaves deep scars"
"Sorry, kacau tidur Ara"
"This still hurts you, kan abang?"
"Jom tidur"
"Abang"
"Ninety percent of people don’t fall in love with the right person, but with the one who is there at the right time"
"Mmmm…"
"I don’t hate her. She chose the right one, at the right time, with the right man. No man can step in unless he is invited"
"Abang…"
"3:58 dah, Ara. Jom tidur. Kejab lagi nak Subuh"


28/12
Kakak: Why didn’t you cut your hair?
Dad: Your mom likes it long
Kakak: Why though?
Dad: I don’t know. I didn’t ask. If it makes her happy, why not? As long as it’s not against our religion
Kakak: That lowkey sounds henpecked
Dad: You think so?
Kakak: Maybe
Dad: I take care of myself. For me and for her. I don’t like fighting over small things. If your mom wants my beard like Santa’s, I’ll grow it. If she wants my hair curly, I’ll do it. Simple. No arguments


30/12
"Bang, gunting rambut tau"
"Kenapa? Orang simpan dah"
"Tak best dengar Huda cakap mmm"
"Ara suka, abang buat. Pendapat orang lain tak penting. Dia tengah besar, belum nampak perbezaan. Dengar nasihat bini dengan ikut telunjuk bini tu lain. Ikut telunjuk bini macam makan nasi kangkang. Ikut semua tak bantah. Bini ketua keluarga"
"Kita tak nak dia salah faham"
"Lama-lama dia akan faham. Ara tak payah fikir"


2026-01-01
"Tapi abang rasa, dia penat layan perangai laki dia tu. Kejab merajuk, kejab moody, kejab silent treatment, kejab marah. Perempuan kawin sebab nak laki layan perangai dia bukan dia layan perangai laki"
"Letih tau layan perangai acam tu. Acam layan anak itik"
"Dah anak itik pulak kena"
"Astu bertukar peranan acam mana tu? Pelik aje"
"Perempuan nak di manja tapi laki nak di belai-belai, di sayang-sayang, di usap-usap. Dua-dua nak menerima tapi tak nak memberi. Susah la"


2026-01-01






Hai Ummi,

Sekarang jam 4.54 pagi. Semalam Im berada di Rawang. Enam orang bekas penghuni rumah anak yatim akan memulakan kehidupan baharu. Mereka kini berusia 18 tahun. Im bawa mereka ke bengkel. Mereka akan mula bekerja pada hari Isnin depan. Penginapan disediakan di tingkat atas. Gaji bulanan sebanyak RM2,000. Bengkel ini telah beroperasi hampir enam tahun. Alhamdulillah, masih kekal beroperasi sehingga kini dan harapnya bertahan.  

Puluhan tahun dahulu, Im juga melalui jalan yang sama seperti mereka. Im faham betapa sukarnya berhadapan dengan dunia sebenar. Seperti kata Bill Gates, “Dunia ini tidak adil, biasakan diri.” Benar kata Bill Gates . Dunia tidak adil, dan selalunya tiada siapa yang benar-benar peduli. Apabila melangkah keluar dari rumah Ummi, dunia terasa asing dan menakutkan. Im melalui tekanan hidup yang berat, khususnya ketika menuntut di United Kingdom.

Berbekalkan pengalaman yang ada, Im bangunkan sebuah model pembangunan kerjaya yang berfungsi sebagai pusat transit—tempat persediaan sebelum mereka benar-benar berdikari. Realiti anak yatim yang tinggal bersama ibu/bapa tidak sama dengan penghuni asrama seperti Im yang tidak punya walau seorang saudara. Im tidak punya dahan untuk berpaut. Im bergantung sepenuhnya pada diri sendiri. Mujurlah Ummi banyak membantu..

Im sering merindukan kehidupan di rumah Ummi. Masa berlalu begitu pantas. Sekarang, Im pun sudah semakin tua. Kehidupan di asrama merupakan antara pengalaman paling membahagiakan dalam hidup Im. Andai masa boleh diundur, Im nak belajar masak gulai tempoyak. Im rindu masakan Ummi, tapi Im tidak pandai memasak. Masih terbayang cempedak goreng yang rangup dan sagu gula Melaka yang manis. Kini, semuanya tinggal kenangan….

Anak-anak ini membangkitkan banyak nostalgia. Im seolah-olah terlontar ke masa silam; melihat diri sendiri ketika mula bertatih memulakan kehidupan. Mereka bekerja dan di beri latihan. Sekiranya nanti mendapat peluang melanjutkan pelajaran, itu sesuatu yang lebih baik. Im sentiasa galakkan mereka mengikuti kursus kemahiran dan latihan teknikal. TVET menawarkan banyak peluang untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya. 

Kerajaan menyediakan pelbagai peluang pendidikan TVET melalui GIATMARA, Kolej Komuniti, ILP, KKTM, IKBN, IKM dan ADTEC. Melalui institusi ini, pelajar mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3. Laluan seterusnya ialah SKM lanjutan, DKM, DLKM atau kelayakan di bawah MQA sehingga Tahap 5. Di GIATMARA dan Kolej Komuniti, pelajar diberikan elaun. Di ILP pula, pelajar menerima elaun serta makanan tiga kali sehari.

Selain itu, terdapat banyak institusi lain yang jarang diketengahkan dan kurang mendapat perhatian umum. Antaranya ialah Institut Kemahiran Orang Asli (IKOA), Pusat Latihan Pertanian Negeri (PLPN), Institut Kemahiran KEMAS, Institut Latihan Pembangunan Belia Desa (i-Desa), Institut Kemahiran FELCRA, Institut Latihan LKIM (Perikanan), Institut Latihan FAMA dan Kolej RISDA. Banyak kemudahan disediakan. Rugilah jika tidak mengambil peluang.

Ramai memandang rendah kursus-kursus ini tanpa menyedari bahawa kadar kebolehpasaran graduannya tinggi. Kurikulumnya bersifat praktikal, selari dengan keperluan industri, dan lebih dekat dengan realiti pasaran kerja sebenar. Tempoh pengajian juga lebih singkat, dengan yuran yang berpatutan. Im berharap usaha kecil ini menjadi titik permulaan kepada mereka—sebagai bimbingan awal untuk mengenal sepak terajang kehidupan sebenar.

Bye, Ummi. Nanti Im tulis lagi. 
• Gaji pokok: RM2,000 sebulan
• Elaun Kehadiran: RM100 sebulan
• Waktu kerja: 8:30 pagi – 5:30 petang
(rehat 12:45 tengah hari – 2:00 petang)
• Hari rehat mingguan: Ahad
• Cuti umum: Gaji penuh
• Cuti sakit:
– Hari 1–3: Gaji penuh
– Hari 4–7: Separuh gaji (dengan MC sah)
• Kerja lebih masa (OT):
– OT hari biasa: RM16/jam
– OT hari rehat (Ahad): RM20/jam
– OT cuti umum: RM24/jam
• Makan: Tiga (3) kali sehari ditanggung majikan (tidak termasuk hari Ahad)
• Tempat tinggal:  Percuma berserta kemudahan asas
– Sofa
– Meja makan
– Katil
– Tilam
– Bantal
– Pemanas air
– Periuk nasi
– Peralatan dapur
– Peti ais
– Mesin basuh
– Pancuan air panas
• Pakaian Kerja: Dibekalkan
– Kemeja berkolar & uniform
– Seluar slack kasar
– Kasut keselamatan
• Perlindungan: PERKESO & KWSP
• Pengangkutan: Tidak disediakan

**Makan, tempat tinggal dan pakaian adalah kemudahan yang dibekalkan, bukan sebahagian daripada gaji pokok.